1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)
KAMPUS IPOH PERAK
TAJUK tutorial : aktiviti kumpulan – pembentangan
aktiviti p&p yang sesuai dengan
perkembangan kognitif & bahasa
murid-murid.
NAMA AHLI KUMPULAN : SURIES A/L SUNDARAM SANGARAM
MOHANA A/P SANDIRAN SAGIRAN
MOGANAPRIA A/P KALAICHELVAM
KASTURI A/P LATCHAMANAN
UNIT : H7
NAMA PENSYARAH : pN. Vasuki muniandy
2.
3. Tujuan : membantu mengenali pelbagai simpulan
bahasa yang baru di mana membantu dalam
perkembangan bahasa.
Objektif : - Dapat mengenali simpulan bahasa.
- Menguji minda. ( kemahiran berfikir
dari segi bahasa).
- Dapat menggunakan masa yang
diberikan dengan sebaiknya.
4. Aktiviti ini adalah bagi perkembangan kognitif dan bahasa
murid-murid.
Pelbagai simpulan bahasa telah digunakan dalam aktiviti ini.
Satu roda telah disediakan dengan menggunakan ‘straw’, cawan
polisterine, dan kotak.
Pembalut hadiah telah digunakan bagi mencantikkan roda
tersebut.
Murid-murid akan lebih berminat jika sesuatu alat yang
digunakan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti menarik perhatian
mereka.
5. Arahan bagi aktiviti ini ialah:
Setiap murid telah disuruh untuk berdiri dalam satu bulatan.
Satu meja diletak di tengah-tengah bulatan dan roda yang telah
disediakan pula telah diletakkan di atas meja tersebut.
Di atas roda tersebut terdapat satu anak panah yang akan
menuju kepada seorang murid yang berdiri di bulatan.
Murid tersebut hendaklah keluar dari bulatan dan mengisi
tempat kosong dengan huruf-huruf yang betul bagi
melengkapkan simpulan bahasa yang telah diberikan.
Murid – murid hanya diberikan 2 minit bagi melengkapkan
simpulan bahasa tersebut.
Murid-murid yang menjawab dengan betul telah diberikan gula-
gula sebagai hadiah.
6. Antara simpulan bahasa yang telah digunakan ialah:
Ambil angin
Ambil berat
Alas perut
Anak buah
Bulat hati
Buta huruf
Darah daging
Kaki lima
Cahaya mata
Tajam akal
7.
8. Tujuan : membantu murid menulis dan memberi
pendapat mereka bagi topik yang diberikan.
Objektif : - kemahiran berfikir dan bertindak
cepat untuk mencari kad yang disembunyikan.
Membantu dalam penulisan.
Dapat mengenali kesalahan bahasa yang dibuat
apabila menulis ayat.
9. Aktiviti ini telah dijalankan di dalam kelas.
Semua murid telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini.
12 tajuk telah ditulis dalam kad yang berwarna kuning dan
disembunyikan di merata tempat di kelas.
Murid – murid dikehendaki mencari kad yang kuning itu
dengan menggunakan kad biru yang telah diberikan
kepada setiap murid.
Satu klu telah diberi dalam kad biru tersebut bagi
membantu mereka mencari kad kuning yang
disembunyikan.
10. Murid-murid dikehendaki mencari kad kuning
tersebut dengan cepat setelah arahan diberikan.
Setelah menjumpai kad tersebut murid-murid
hendaklah menulis sekurang-kurangnya 3-4 ayat
bagi tajuk yang telah diberikan.
Murid-murid hanya diberikan 5 minit bagi
menulis ayat-ayat tersebut.
Setelah menulis ayat-ayat tersebut setiap murid
telah membacakannya di depan kelas dan
kesalahan bahasa yang dibuat dalam ayat-ayat
tersebut telah dibetulkan.
11. Antara tajuk yang telah diberikan ialah :
Ibu saya
Hobi saya
Sekolah saya
Rumah saya
Mimpi ngeri saya
Guru kesayangan saya
Cuti sekolah saya
Cita-cita saya
Makanan kegemaran saya
Ayah saya
Orang yang paling saya sukai
Buku cerita yang saya sukai