MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
1. DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN
Malu, malu, di mana akan aku sorokkan mukaku . Rasa malu dan sedih menyelubungi diriku
apabila cikgu mengembalikan kertas Sains dan Matematik. Aku cuma mendapat 25 dan 30
peratus sahaja. Ini bermakna aku mendapat ‘D’ bagi kedua-dua matapelajaran tersebut.
Aku bingung , dulu sewaktu di sekolah rendah markahku tidak seteruk ini. Peperiksaan PT3
diadakan dalam masa enam bulan lagi. Fikiranku terus berkecamuk , aku benar-benar insaf ,
akau telah banyak menghabiskan masaku di padang. Sepatutnya , kecemerlanaganku di
padang seiring dengan kecemerlangan di kelas. Aku berjanji pada diriku untuk menebus
kegagalalan ini.
Ibu memang tidak menghalang aku aktif dalam bidang sukan, tetapi ibu sentiasa mengigatkan
aku agar pandai membahagikan masa , selain itu ibu juga menyuruh aku mengikuti kelas
tuisyen tetapi aku sentiasa memberikan alasan tarikh peperiksaan masih jauh lagi. Sekarang
baru aku sedar , bahawa aku telah jauh tertinggal daripada rakan-rakanku.
Mulai hari itu aku akan mengikuti kelas tuisyen , di samping membuat latihan intensif
sekurang-kurangnya tiga jam sehari, aku yakin akau akan dapat memperbaiki kelemahanku.
Aku juga akan mengikuti rancangan pendidikan di Astro , untuk memastikan aku mendapat
maklumat-maklumat terkini teknik belajar yang berkesan. Aku bertekad untuk melakukan
apa sahaja yang terdaya untuk cemerlang dalam matapelajaran Sain dan Matematik tanpa
mengira penat lelah.
Tiga bulan berlalu , dalam ujian pertengahan semester aku hampir-hampir tidak percaya
markahku telah melonjak hampir mencapai ‘A’. Walaupun aku masih ketinggalan jika
dibandingkan dengan rakan-rakanku yang lain aku tetap yakin menjelang peperiksaan PT3
nanti aku pasti boleh mencapai markah yang maksimum.
Apabila keputusan peperiksaan percubaan PT3 dikeluarkan , aku berjaya mendapat A dalam
mata pelajaran Sains dan Matematik. Aku mampu tersenyum, usahaku sejak lima bulan yang
lalu benar-benar memberi kesan yang positif. Aku yakin aku akan beroleh kecemerlangan
dalam pepriksaan PT3 yang akan belangsung pada bulan hadapan.
Peperiksaan PT3 pun bermula dan aku menjawab semua soalan dengan penuh keyakinan.
Selepas sebulan, keputusan PT3 pun diumumkan dan aku merupakan salah seorang pelajar di
sekolahku yang mendapat keputusan cemerlang iaitu 7A. Kini aku benar-benar sedar dan
hayati maksud pepatah Melayu “ di mana ada kemahuan di situ ada jalan .”