SlideShare a Scribd company logo
1 of 116
Download to read offline
MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN (AGM) BAGI
BADAN PENGURUSAN
STRATA
AKTA PENGURUSAN STRATA 2013
(AKTA 757)
25 APRIL 2019
KING GREEN HOTEL MELAKA CITY CENTRE
LATAR BELAKANG
PERLEMBAGAAN
PERBADANAN
PENGURUSAN
PERSEDIAAN AGM
PROSIDING AGM PASCA AGM RUMUSAN
SKOP SYARAHAN
POLL SESSION
Berapa ramai
ialah anggota
JK Pengurusan
JMB/MC?
BAB 1 :PERUNTUKAN BAGI BADAN
PENGURUSAN
(JADUAL KEDUA, AKTA 757)
• Satu perlembagaan yang
seragam bagi suatuJMB &
Perbadanan Pengurusan (MC).
• Bagi memperuntukan
perundangan mengenai:
• Keahlian
• Anggota Jawatankuasa
Pengurusan
• Mesyuarat Agung
• Mesyuarat jawatankuasa
pengurusan
APA ITU PEMBANGUNAN STRATA?
• Pemajuan melibatkan
pecah bahagi
bangunan/tanah di bawah
Akta Hakmilik Strata 1985.
• Pemilik petak bertanggung
jawab terhadap pengurusan
dan penyenggaraan Harta
Bersama.
• Aktiviti dan tingkah laku
sesuatu penghuni
mempunyai kesan signifikan
terhadap keselesaan dan
keharmonian penghuni-
penghuni lain.
PERBADANAN PENGURUSAN
1. Entiti yang bertanggung jawab mentadbir uruskan pengurusan dan
penyelenggaraan harta bersama
2. Keahlian terdiri dari pemilik petak sahaja.
3. Wujud dalam tiga (3) keadaan :-
• Sebelum ada hakmilik strata
Perbadanan Pengurusan Bersama (JMB)
• Selepas ada hakmilik strata
Perbadanan Pengurusan (MC)
Perbadanan Pengurusan Subsidiari (Sub MC)
4. Hanya terbubar apabila berlakunya penamatan pecah bahagi
bangunan/tanah
5. BUKAN satu badan bersifat keuntungan “No risk, no reward”
PEMAJU
Pengurusan dilaksana
oleh Pemaju
JMB/JMC
Diwujudkan dalam tempoh
12 BULAN VP
yang pertama
BADAN PENGURUSAN (MC)
Pengurusan oleh komuniti
pemilik-pemilik petak
setelah ¼ syer agregat
telah dipindahmilik PEMBUBARAN MC
GARIS MASA PENGURUSAN
STRATA
Pengurusan ditamatkan
apabila pecah bahagi
ditamatkan.
“TEMPOH PERMULAAN”
- TEMPOH DI MANA 25% SYER PEMBELI
PETAK BELUM SELESAI DIPINDAHMILIK
Kunci pertama
diterima oleh pembeli
VACANT POSSESSION
JMB/JMC • Satu badan pengurusan harta
bersama yang terdiri dari kalangan
pemunya petak dan pemaju.
• Ahli jawatankuasa di kalangan
pemunya petak dipilih melalui satu
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)
• Ditubuhkan selepas 12 bulan
serahan milikan kosong (VP) yang
pertama
• Dibubar setelah 3 bulan dari tarikh
AGM pertama perbadanan
pengurusan
PENGECUALIAN PENUBUHAN JMB
• Jika MC telah pun ditubuhkan sebelum JMB
ditubuhkan, tiada keperluan untuk penubuhan JMB
• Terus kepada panggilan AGM MC yang pertama
jika telah memenuhi syarat.
Seksyen 17 (5)(a)(b) Akta 757
PEMAJU
Pengurusan dilaksana
oleh Pemaju
BADAN PENGURUSAN (MC)
Pengurusan oleh komuniti
pemilik-pemilik petak
setelah ¼ syer agregat
telah dipindahmilik PEMBUBARAN MC
GARIS MASA PENGURUSAN
STRATA
Pengurusan ditamatkan
apabila pecah bahagi
ditamatkan.
“TEMPOH PERMULAAN”
- TEMPOH DI MANA 25% SYER PEMBELI
PETAK BELUM SELESAI DIPINDAHMILIK
Kunci pertama
diterima oleh pembeli
VACANT POSSESSION
FAQ : MC TELAH DITUBUHKAN? JADI,
MENGAPA PEMAJU YANG
MENGURUS?
• Apabila geran strata dikeluarkan, secara automatik
MC telah pun ditubuhkan oleh Pendaftar Tanah.
• Pemaju menguruskan strata kerana JK Pengurusan MC
belum lagi dipilih melalui AGM yang pertama
Pengisian
dan
penyaksian
Borang 14A
Pentaksiran
Pindah Milik
Pejelasan
duti setem
Perserahan
Borang 14A
Pendaftaran
Hakmilik
Geran strata
dikeluarkan
Pemilik
berdaftar ialah
pemaju
Pemilik
berdaftar ialah
pembeli
PROSES PINDAHMILIK
GERAN STRATA
FAQ : BAGAIMANA INGIN MENGESAN
PEMBELI/PEMILIK PETAK JIKA
PINDAHMILIK BELUM SELESAI?
• Kaedah terbaik dalam mengesan pembeli/pemilik petak
adalah dengan merujuk kepada:-
• DAFTAR PEMUNYA PETAK* – jika pengurusan strata ialah
pemaju atau JMB
• DAFTAR STRATA** – jika pengurusan strata ialah MC
• Kedua-dua daftar ini mengandungi :-
• Unit syer yang diumpukkan
• Luas lantai petak
• Nama dan alamat pemunya petak
• Nama dan alamat peguam cara yang bertindak dengan
urusan jual-beli (jika berkaitan)
*sek 30 Akta 757
** sek 72 Akta 757
PERBADANAN
PENGURUSAN (MC)
• Satu badan pengurusan harta
bersama yang terdiri dari hanya
kalangan pemilik petak.
• Ahli jawatankuasa di kalangan
pemilik petak dipilih melalui
Mesyuarat Agung Tahunan
(AGM).
• Panggilan AGM dibuat apabila
pindahmilik hakmilik strata telah
mencapai satu perempat (25%)
jumlah agregat unit syer.*
*sek 46 (2) Akta 757
FAQ : ADAKAH 25% SYER AGREGAT
BERSAMAAN 25% JUMLAH PETAK?
• TIDAK SEMESTINYA
kerana setiap petak
mempunyai syer yang
berbeza-beza
• Jalan terbaik adalah
rujuk ke Pejabat Tanah
& Galian untuk
menyemak status
pindahmilik
“Bagaimana
jika tiada
perbadanan
pengurusan?”
??
?
1st MILESTONE
KOS PEMBERSIHAN RM6,000 SEBULAN
SECARA PURATA = RM 60 / BULAN
MAMPUKAH RM6,000 DIKUTIP DARI SETIAP PEMILIK?
ADAKAH PEMILIK-PEMILIK SEBULAT SUARA INGIN
PERKHIDMATAN INI?
ATAU BERSETUJU DENGAN KOS DAN CARUMAN DIKENAKAN?
100
PEMILIK UNIT
100
PEMILIK UNIT
BADAN
PENGURUSAN
KEAHLIAN PERBADANAN
PENGURUSAN
• Hanya terhad kepada
pemilik petak sesuatu skim
strata
• Sekiranya LAYAK,
mempunyai hak untuk:-
• Mengundi
• Dipilih sebagai anggota JK
Pengurusan
• Melantik proksi untuk
mengundi
SIAPAKAH PEMILIK PETAK?
• Penama yang didaftarkan
dalam senarai Daftar
Pemunya Petak (Sekyen 30
Akta 757)bagi JMB
• Penama yang didaftarkan
dalam senarai Daftar Strata
(Sekyen 72 Akta 757)bagi
MC
KEANGGOTAAN JK PENGURUSAN
• Min. 3 orang; Maks. 14 orang
• Bagi JMB salah seorang
keanggotaan hendaklah terdiri dari
wakil Pemaju.
• Dipilih setiap kali Mesyuarat Agung
Tahunan (MAT)
• Mandatori:-
• Pengerusi
• Setiausaha
• Bendahari
• Keanggotaan maks. 3 tempoh berturut-
turut.
• Jawatan mandatori maks. 2 tahun
berturut-turut.
KELAYAKAN UNTUK DIPILIH
SEBAGAI ANGGOTA JK
• Umur lebih 21 tahun
• Pemilik atau pemilik bersama
Petak
• Calon oleh pemilik Petak yang
merupakan suatu syarikat,
pertubuhan, badan berkanun
atau mana badan-badan
yang lain
• Anggota keluarga terdekat
bagi pemilik petak yang
mempunyai dua atau lebih
Petak.
TIDAK LAYAK UNTUK DIPILIH
SEBAGAI ANGGOTA JK
• mempunyai caruman atau caj tertunggak pada hari ketujuh sebelum tarikh
pemilihan
• Pemilik yang tidak menghadiri mesyuarat melainkan melantik proksi untuk
menamakan dirinya.
• Proksi yang mewakili pemilik.
• pemilik bersama yang mana pemilik bersama yang lagi satu telah dipilih/dicalon
(jika pemilikan satu petak)
• Individu yang dinamakan oleh pemilik bersama yang mana pemilik bersama itu
telah pun dinamakan sebelum itu (bagi kes pemilikan bersama dua petak atau
lebih)
• Anggota keluarga terdekat bagi pemilik petak yang mempunyai dua atau lebih
petak apabila bilangan ambang pemilik petak berkenaan melebihi 49% dalam JK
Pengurusan
TIDAK LAYAK UNTUK DIPILIH
SEBAGAI ANGGOTA JK
(PEMILIK BERSAMA SATU
PETAK)
• Alice dan Peter secara
bersama memiliki satu petak
• Alice telah dinamakan oleh
Peter
• Peter tidak layak untuk
dinamakan lagi sebagai
calon.
ALICE PETER
TIDAK LAYAK UNTUK DIPILIH
SEBAGAI ANGGOTA JK
(PEMILIK/PEMILIK BERSAMA
DUA PETAK ATAU LEBIH)
• Alice dan Peter secara bersama
memiliki dua petak
• Alice telah dinamakan oleh
Peter
• Peter tidak layak untuk
dinamakan lagi sebagai calon
oleh Alice
• Namun, Peter layak dicalonkan
oleh David, seorang pemilik
petak lain.
ALICE PETER
DAVID
TIDAK LAYAK UNTUK DIPILIH
SEBAGAI ANGGOTA JK
(KELUARGA TERDEKAT PEMILIK
PETAK)
• Alice dan Peter secara bersama memiliki
8 petak
• Pemilihan Anggota JK adalah seramai 10
orang
• Alice telah dinamakan oleh Peter
• Peter pula telah dinamakan oleh David
sebagai calon
• Baki keluarga terdekat yang boleh
dicalonkan oleh Alice dan Peter secara
kasarnya adalah seramai 2 orang
sahaja.
ALICE PETER
DIANA
EMILY
SIAPAKAH KELUARGA TERDEKAT?
• Individu yang mempunyai
hubungan berikut kepada
pemilik/pemilik bersama:
1. Suami/Isteri
2. Anak/anak angkat/anak tiri yang
berumur lebih 21 tahun
3. Ibu atau bapa
4. Adik beradik yg berumur lebih 21
tahun.
• Keluarga terdekat hendaklah tidak
mempunyai tunggakan jika memiliki
petak dalam skim yang sama.
PENGOSONGAN ANGGOTA JK
YANG JELAS DALAM AKTA
• Meletak jawatan
• Meninggal dunia
• Bankrap
• Bukan lagi seorang pemilik
• Telah disabitkan dengan suatu pertuduhan:-
• fraud, kecurangan dan keburukan akhlak
• Rasuah
• Kesalahan di bawah Akta 757
• Apa-apa kesalahan lain yang membawa hukuman pemenjaraan melebihi 2
tahun.
• Telah mencemarkan nama baik JK Pengurusan (secara kolektif diputuskan dalam
mesyuarat)
PENGOSONGAN ANGGOTA JK
YANG JELAS DALAM AKTA
• Tidak sempurna akal atau uzur tenat yang berpanjangan
• Jika seorang pengerusi, telah 3 kali berturut-turut tidak hadir mesyuarat
yang dijadualkan tanpa persetujuan JK Pengurusan
• Jika seorang ahli JK, telah 3 kali berturut-turut tidak hadir mesyuarat yang
dijadualkan tanpa persetujuan Pengerusi
• Jika seorang wakil badan tertentu, telah dipecat. Seandainya pertukaran,
tidak berlaku pengosongan.
• Ingkar dalam pembayaran Caj atau caruman wang penjelas selama 3
bulan berturut-turut.
• Telah melanggar undang-undang kecil yang serius dan tidak meremedikan
kesalahan tersebut dalam tempoh 14 hari.
PENGISIAN KEKOSONGAN
ANGGOTA JK
• Anggota JK Pengurusan yang
tinggal melantik seorang pemilik
yang lain sehingga AGM seterusnya
• Jika pemecatan dibuat melalui
EGM, melantik anggota baharu
dalam EGM itu sehingga AGM
seterusnya.
• Bagi kes wakil syarikat yang dipecat
hendaklah diisi oleh syarikat,
pertubuhan, perbadanan wakilnya
yang baharu dalam tempoh 14
hari.
RUMUSAN BAB 1
• Penjelasan mengenai perbadanan pengurusan
• Keahlian sesuatu JMB/MC
• Keanggotaan JK Pengurusan
• Kelayakan untuk menjadi anggota JK Pengurusan
• Pengosongan anggota JK Pengurusan
APAKAH PERBEZAAN JMB/MC
DENGAN PERSATUAN
PENDUDUK?
PERBADANAN PENGURUSAN VS
PERSATUAN PENDUDUK
PERKARA PERBADANAN PENGURUSAN PERSATUAN PENDUDUK
KEPERLUAN PENUBUHAN STATUT
• JMB – < 12 BULAN DARI VACANT
POSSESION
• MC – WUJUDNYA BUKU DAFTAR STRATA
PILIHAN
• SUB MC – RESOLUSI KOMPRHENSIF
DITERIMA DLM AGM MC
SUKARELA
KEAHLIAN JMB - PEMILIK PETAK/PEMAJU
MC – PEMILIK PETAK SAHAJA
PENGHUNI (PEMILIK/PENYEWA)
JENIS KEAHLIAN MANDATORI SUKARELA
PENDAFTAR PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)
• JMB
PENGARAH TANAH DAN GALIAN
• MC
• SUB MC
PENDAFTAR PERTUBUHAN
KEGAGALAN MEMBAYAR
CARUMAN/YURAN
• HILANG HAK MENGUNDI
• TIDAK LAYAK DIPILIH SEBAGAI ANGGOTA
JK PENGURUSAN
• DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-
UNDANG BERKAITAN (PENYITAAN)
KEAHLIAN DIGANTUNG/DIBUANG
2ND
MILESTONE
BAB 2 : PERSEDIAAN MESYUARAT
TUJUAN MESYUARAT AGUNG
• Kehendak statut – Perenggan 10 (1), Jadual Kedua, Akta Pengurusan Strata
2013 (Akta 757)
• Sebagai akauntibiliti terhadap perbadanan pengurusan kepada ahli-
ahlinya
• Untuk menimbangkan:
I. akaun-akaun;
II. bajet tahunan;
III. pemilihan jawatankuasa pengurusan
IV. Apa-apa urusan yang berkaitan
TEMPOH MATANG PANGGILAN
MESYUARAT
• Lazimnya terdapat 4 jenis
mesyuarat di bawah pengurusan
strata:
• Mesyuarat agung tahunan yang
PERTAMA
• Mesyuarat agung tahunan
• Mesyuarat agung luar biasa (EGM)
• Mesyuarat jawatankuasa
pengurusan
• Setiap mesyuarat mempunyai
cetusan kematangan yang
berbeza-beza mengikut sifat
mesyuarat berkenaan
TEMPOH MATANG PANGGILAN
MESYUARAT
JENIS MESYUARAT PENCETUS KEPERLUAN PIHAK YANG
MEMANGGIL
RUJUKAN STATUT
Mesyuarat agung
tahunan (AGM) JMB
YANG PERTAMA
Dalam tempoh 12
bulan selepas serahan
milikan kosong
Pemaju Seksyen 17 & 18, Akta
757
AGM perbadanan
pengurusan (MC)
YANG PERTAMA
Dalam tempoh 1
bulan setelah 25%
syer agregat telah
diserah milik kepada
pembeli
Pemaju Seksyen 57 (1), Akta
757
AGM biasa • Setahun sekali
• Tidak lebih 3 bulan
dari tarikh ulang
tahun AGM
sebelumnya
Jawatankuasa
pengurusan
Perenggan 10 (2),
Jadual Kedua, Akta
757
TEMPOH MATANG PANGGILAN
MESYUARAT
JENIS MESYUARAT PENCETUS KEPERLUAN PIHAK YANG
MEMANGGIL
RUJUKAN STATUT
Mesyuarat agung
tahunan luar biasa
(EGM)
Permintaan telah
memenuhi 25% syer
agregat; atau
Arahan COB.
MAKA,
Secepat mungkin dan
tidak lebih dari 6
minggu dari tarikh
cetusannya.
Jawatankuasa
Pengurusan
Perenggan 11 (2),
Jadual Kedua, Akta
757
JK Pengurusan Tidak melewati 2
bulan antara 2
mesyuarat
Jawatankuasa
pengurusan
Perenggan 5 (2),
Jadual Kedua, Akta
757
NOTIS PANGGILAN MESYUARAT
• Satu kaedah rasmi mengikut perundangan
• Cara pemberitahuan kepada pemilik-pemilik petak
tentang kendalian sesuatu mesyuarat
• Kandungan notis
• Tempat
• Tarikh
• Masa
• Agenda
• Ketetapan/usul
• Pemberitahuan tentang hak mengundi
• Salinan minit mesyuarat AGM terdahulu (jika
berkaitan)
• Salinan akaun teraudit dan laporan juruaudit
PENYEDIAAN BUKU LAPORAN
TAHUNAN
• Pek dokumen mesyuarat yang
mengandungi :
• Agenda MAT
• Salinan minit MAT sebelumnya
• Laporan JK Pengurusan termasuk
laporan-laporan JK Kecil
• Salinan akaun teraudit bersama
laporan juru audit
• Anggaran belanjawan
• Apa-apa penyataan/usul yang
ingin dipertimbangkan
FAQ : BOLEHKAH SALINAN
MESYUARAT, AKAUN TERAUDIT DAN
LAPORAN JURUAUDIT HANYA DIBERI
ATAS PERMINTAAN PEMILIK?
• Soalan ini sering dibangkit atas faktor kos cetakan yang tinggi.
• Jelas termaktub dalam Jadual Kedua Akta 757 perlu disertakan.
• Segala kelonggaran perlulah terlebih dahulu mendapatkan
persetujuan COB
• OPTION 1 : Maklumkan dalam notis dokumen-dokumen
berkenaan perlu diambil dari pejabat.
• OPTION 2 : Beri pilihan pada pemilik untuk menerima hard copy
atau softcopy.
• OPTION 3 : Hanya lampirkan dokumen-dokumen berkenaan
kepada pembeli/pemilik yang tiada tunggakan caj.
KAEDAH PENGHANTARAN NOTIS
• Dihantar pada alamat
pembeli/pemilik yang
terkandung dalam Daftar
Pemunya Petak atau Daftar
Strata
• Serahan tangan jika alamat
dalam kawasan pemajuan.
• Serahan pos jika alamat di luar
kawasan pemajuan.
• Salinan notis dipamer pada
bahagian yang mudah dilihat
dalam kawasan pemajuan
Sek 18 (3) dan sek 57(3) Akta 757
Notis AGM yang
pertama
JMB
Borang 5, Peraturan-
Peraturan Pengurusan
Strata
(Penyenggaraan dan
Pengurusan) 2015
MC
Borang 14, Peraturan-
Peraturan Pengurusan
Strata
(Penyenggaraan dan
Pengurusan) 2015
TEMPOH PEMBERIAN NOTIS
JENIS MESYUARAT NOTIS MINIMUM PIHAK YANG
DIPANGGIL
RUJUKAN STATUT
MAT yang pertama Tidak kurang 14 hari
dari tarikh mesyuarat
• Pemaju
• Pemilik petak
Seksyen 57 (3), Akta
757
MAT Tidak kurang 14 hari
dari tarikh mesyuarat
Pemilik petak Perenggan 12 (1),
Jadual Kedua, Akta
757
EGM Tidak kurang 14 hari
dari tarikh mesyuarat
Pemilik petak Perenggan 11 (4),
Jadual Kedua, Akta
757
Jawatankuasa
pengurusan
Tidak kurang 7 hari
dari tarikh mesyuarat
Anggota
jawatankuasa
pengurusan
Perenggan 5 (3),
Jadual Kedua, Akta
757
CARA PENGIRAAN HARI NOTIS
18 Mei 2019 Hari notis dipamer
19 Mei 2019 Hari ke-2 notis
20 Mei 2019 Hari ke-3 notis
21 Mei 2019 Hari ke-4 notis
22 Mei 2019 Hari ke-5 notis
23 Mei 2019 Hari ke-6 notis
24 Mei 2019 Hari ke-7 notis
25 Mei 2019 Hari ke-8 notis
26 Mei 2019 Hari ke-9 notis
27 Mei 2019 Hari ke-10 notis
28 Mei 2019 Hari ke-11 notis
29 Mei 2019 Hari ke-12 notis
30 Mei 2019 Hari ke-13 notis
31 Mei 2019 Hari ke-14 notis
1 Jun 2019 Tarikh AGM
LATIHAN
Mesyuarat
AGM pertama
JMB
Tarikh vacant
possession yang
pertama
1 Jun 2015
Tarikh akhir untuk
kendalikan MAT yang
pertama
Tarikh akhir untuk notis
mesyuarat
Mesyuarat
EGM
Tarikh 25% permintaan
pemilik tercapai
15 Ogos 2015
Tarikh akhir untuk
kendalikan EGM
Tarikh akhir untuk notis
mesyuarat
LATIHAN
Mesyuarat
AGM pertama
JMB
Tarikh vacant
possession yang
pertama
1 Jun 2015
Tarikh akhir untuk
kendalikan MAT yang
pertama
31 Mei 2016
Tarikh akhir untuk notis
mesyuarat
Mesyuarat
EGM
Tarikh 25% permintaan
pemilik tercapai
15 Ogos 2015
Tarikh akhir untuk
kendalikan EGM
Tarikh akhir untuk notis
mesyuarat
LATIHAN
Mesyuarat
AGM pertama
JMB
Tarikh vacant
possession yang
pertama
1 Jun 2015
Tarikh akhir untuk
kendalikan MAT yang
pertama
31 Mei 2016
Tarikh akhir untuk notis
mesyuarat
17 Mei 2016
Mesyuarat
EGM
Tarikh 25% permintaan
pemilik tercapai
15 Ogos 2015
Tarikh akhir untuk
kendalikan EGM
Tarikh akhir untuk notis
mesyuarat
LATIHAN
Mesyuarat
MAT pertama
JMB
Tarikh vacant
possession yang
pertama
1 Jun 2015
Tarikh akhir untuk
kendalikan MAT yang
pertama
31 Mei 2016
Tarikh akhir untuk notis
mesyuarat
17 Mei 2016
Mesyuarat
EGM
Tarikh 25% permintaan
pemilik tercapai
15 Ogos 2015
Tarikh akhir untuk
kendalikan EGM
25 September 2015
Tarikh akhir untuk notis
mesyuarat
11 September 2015
AGENDA MESYUARAT
• Sek. 58 Akta 757 telah menetapkan agenda AGM YANG
PERTAMA dimasukkan 8 perkara berikut:-
1. Penentuan bilangan anggota JK pengurusan dan
pemilihan mereka;
2. Menimbangkan belanjawan;
3. Memutuskan jumlah caruman caj penyenggaraan dan
caruman sinking fund;
4. Menentukan kadar bunga ke atas caj pembayaran
lewat;
AGENDA MESYUARAT
5. Menimbangkan akaun teraudit;
6. Memutuskan pengambilan insurans;
7. Memutuskan perkara mengenai undang-undang
kecil; dan
8. Menimbangkan apa-apa perkara berkaitan
dengan penyenggaraan dan pengurusan harta
bersama.
Siapa di antara anda yang berpengalaman
menghadiri mana-mana AGM ?
MELETIHKAN sekiranya
berlanjutan selama berjam-
jam.
Tidak akan mendorong ahli-
ahli untuk hadir MAT
seterusnya.
2 JAMTEMPOH IDEAL SESUATU MAT3RD
MILESTONE
5 PERKARA UNTUK MENINGKATKAN
KEBERKESANAN MAT
MELETAKKAN MASA TAMAT DALAM AGENDA
• Menjadi amalan biasa letak masa mula tetapi
jarang meletakkan masa tamat
• Tidak melebihi 2 JAM dari masa mula
5 PERKARA UNTUK MENINGKATKAN
KEBERKESANAN MAT
MEMULAKAN MESYUARAT TEPAT PADA MASA
YANG DITETAPKAN
• Mula sebaik sahaja kuorom mencukupi
• 30 minit sekiranya tiada kuorom dipanggil
• Meningkatkan kesedaran kepentingan
menepati masa
• URUSAN YANG SERIUS
5 PERKARA UNTUK MENINGKATKAN
KEBERKESANAN MAT
MELETAKKAN TANDA ARAS MASA BAGI SETIAP
SEGMEN DALAM AGENDA
• Sebagai gambaran yang jelas tempoh masa
yang ditetapkan pada setiap segmen
• Meningkatkan keberkesanan mesyuarat dapat
ditamatkan dalam tempoh yang diingini.
• “8.30 pm Mengesahkan minit mesyuarat”
• “8.35 pm Pembentangan maklum balas”
5 PERKARA UNTUK MENINGKATKAN
KEBERKESANAN MAT
AGENDA DINYATAKAN SECARA DESKRIPTIF
• Meningkatkan peluang bagi mendapatkan hasil mesyuarat
yang diingini
LEMAH BAIK AMAT BAIK
Maklum balas usul 10.15 pm Permohonan
untuk meluluskan
kerja-kerja pembaikan
/ penggantian
10.15 Syor untuk
meluluskan usul no. 1
“akan cadangan
pembaikan sistem
boom gate”.
10.18 Syor untuk
meluluskan usul no. 2
“akan cadangan
penggantian papan
tanda arah”.
5 PERKARA UNTUK MENINGKATKAN
KEBERKESANAN MAT
KERTAS-KERTAS MESYUARAT DISUSUN DALAM
KEADAAN TERATUR
• Kandungan dalam Buku Laporan Tahunan
hendaklah disusun sebagaimana mengikut
aturan agenda
• Mengelakkan kekeliruan dan kekalutan yang
mengheret masa
PENGEMUKAAN USUL
TUJUAN
• Sebagai usaha menambah baik komuniti melalui:
▪ Perolehan aset atau perkhidmatan
▪ Meminda atau mewujudkan undang-undang kecil
▪ Apa-apa cadangan yang melibatkan perkara dasar
KAEDAH
• Secara bertulis dihantar ke alamat berdaftar perbadanan pengurusan
• Tidak lewat 7 hari dari tarikh mesyuarat agung yang ingin diadakan
• Dipamer dan dinyatakan sebagaimana dikemukakan oleh pencadangnya
• Tidak mengandungi kata-kata kesat atau menjejaskan keharmonian
komuniti
KAEDAH UNTUK MENINGKATKAN
KEBERKESANAN PERSETUJUAN USUL
S Spesifik
M Measurable (boleh diukur)
A Action oriented (berhalukan tindakan)
R Realistik
T Technically correct (menepati aspek teknikal)
KAEDAH UNTUK MENINGKATKAN
KEBERKESANAN PERSETUJUAN USUL
CONTOH USUL
“Agar perbadanan
pengurusan mendirikan pagar
keselamatan di sepanjang
perimeter kolam renang
sebelum cuti sekolah akhir
tahun demi meningkatkan
tahap pengawasan dan
keselamatan pengguna kolam
renang di kalangan kanak-
kanak.”
ANALISIS USUL
• Spesifik – menjuruskan kepada perkara
yang diinginkan
• Boleh diukur – penyampaian dapat
diukur
• Berhalukan tindakan – mendirikan
pagar keselamatan
• Realistik – tempoh masa adalah wajar;
elakkan perkataan serta merta
• Menepati aspek teknikal – usul adalah
berkaitan dengan harta bersama
“Agar perbadanan pengurusan menjaga
peralatan harta bersama dalam keadaan sentiasa
baik”
“Agar perbadanan pengurusan menambah baik
tahap keselamatan komuniti”
“Agar perbadanan pengurusan menimbangkan
peningkatan tahap pengawasan di kawasan
kolam renang”
TIDAK SPESIFIK – harta bersama adalah umum
TIDAK REALISTIK – peralatan akan usang dan uzur
(wear and tear)
TIDAK BOLEH DIUKUR – bagaimana ingin
mengetahui tahap penyampaiannya?
BUKAN BERHALUKAN TINDAKAN – hanya untuk
memikirkannya; tiada permintaan untuk melakukan
apa-apa tindakan
“Agar perbadanan pengurusan mengenakan
bayaran sewa kepada penghuni yang ingin
menggunakan dewan serbaguna”
TIDAK MENEPATI ASPEK TEKNIKAL – dewan
serbaguna adalah harta bersama dan setiap
penghuni berhak mendapatkan manfaatnya
tanpa dikenakan sewa
PAPARAN ORANG YANG
BERKELAYAKAN MENGUNDI
Nama-nama orang yang berhak
mengundi hendaklah:
• Dipamerkan di papan notis
rasmi
• Minimum 48 jam sebelum
masa mesyuarat
Penting untuk mengelakkan
pertikaian dan keraguan
(Perenggan 14, Jadual Kedua,
Akta 757)
HAK MENGUNDI PEMILIK
• Secara angkat tangan - satu
undi untuk satu petak
• Secara pengundian (poll) –
bilangan undi bersamaan
dengan unit syer diumpukkan
Hilang hak mengundi seandainya
mempunyai tunggakkan pada
hari ke-7 sebelum tarikh mesyuarat
(Perenggan 21, Jadual Kedua,
Akta 757)
PROKSI
• Wakil yang dilantik oleh pemilik
untuk mewakili dirinya melalui suatu
surat cara pelantikan
• Dihantar kepada perbadanan
pengurusan 48 jam sebelum
mesyuarat
• Luput setelah tamat mesyuarat
• Hak mengundi seperti pemilik
• Tidak boleh dilantik menjadi
anggota jawatankuasa
DIHADKAN hanya mewakili satu
pemilik dalam mana-mana satu
mesyuarat agung
HAK MENGUNDI PEMILIK BERSAMA
• Secara angkat tangan - satu
undi diberikan kepada proksi
dilantik
• Secara pengundian (poll) –
bilangan undi bersamaan
dengan bilangan syer yang
berkadaran terhadap unit syer
diumpukkan
(Perenggan 22, Jadual Kedua,
Akta 757)
JAWATANKUASA PENGUNDIAN
• Sebaik-baiknya dibentuk di
kalangan pemilik-pemilik petak
• Berhak mengundi jika layak
• Peranan dan fungsi
• Menyediakan kertas undi
• Menyediakan tempat pengundian
• Melantik ejen-ejen penyemakan
kertas undi
• Melakukan kiraan undi
• Mengumumkan jumlah kiraan undi
RUMUSAN BAB 2
• Tempoh matang mesyuarat
• Tempoh notis mesyuarat
• Agenda mesyuarat
• 5 perkara melancarkan mesyuarat
• SMART
• Orang berkelayakan mengundi
BAB 3 : PROSIDING MESYUARAT
PENDAFTARAN
• Memastikan hanya orang
berkelayakan mengundi sahaja yang
dibenar mengundi
• Berdasarkan kepada senarai yang
telah dipamerkan sahaja
• Mendapatkan kuorom mesyuarat
dengan lebih pantas
• Kad pengenalan dan passport sahaja
sebagai pengenalan identity
• Tanda undian, kertas undi dan buku
laporan tahunan diedarkan ketika ini
TANDA UNDI
• Pelbagai kaedah boleh digunakan
• Sebagai tanda jumlah undi
• Satu undi
• Dua undi
• Tiga undi
• Bertujuan untuk memudahkan
kiraan undi dan hanya orang
berkelayakan sahaja yang dapat
memberikan undi
1
JOE
CINDY
KEHADIRAN ORANG BUKAN
BERKELAYAKAN MENGUNDI
• Tiada perundangan menghalang
mereka untuk hadir sebagai
pemerhati
• Dipisahkan dari orang yang layak
mengundi
• AGM bersifat mesyuarat tertutup
untuk pemilik-pemilik petak sahaja
• Anggota keselamatan atau COB
boleh hadir jika ada keperluan
KUOROM MESYUARAT
SEPARUH dari orang yang
berkelayakan yang hadir
Kuorom dibentuk di kalangan
orang yang berkelayakan yang
hadir
Sekiranya tidak juga dapat
dipanggil kuorom
CARA MEMUTUSKAN PERKARA
ANGKAT
TANGAN
1 UNDI untuk
1 PETAK
PENGUNDIAN
(POLL)
Bilangan SYER YANG
DIUMPUKKAN pada
petak
PROTOKOL KAEDAH
UNDIAN
• Keutamaan adalah
melalui angkat tangan
• POLL sebaik-sebaiknya
dijalankan jika ada
permintaan
pembeli/pemilik untuk
kaedah berkenaan bagi
sesuatu ketetapan
• Dipersetujui kaedah poll
secara majoriti terlebih
dahulu melalui keputusan
secara angkat tangan
PENGERUSI MESYUARAT
• Hanya pemilik petak sahaja boleh
mempengerusikan mesyuarat
• Lazimnya Pengerusi JK Pengurusan
• Ejen/Pengurus harta tidak boleh
jadi pengerusi
• Tiada konsep penaung
• Hendaklah mempengerusikan
mesyuarat sehingga tamat
?
MEMULAKAN MESYUARAT
• Call to order
• Pengerusi berada di hadapan
dan diapit bersama setiausaha
dan bendahari
• Jika AGM pertama, Pemaju
hendaklah bertindak sebagai
pencatit minit
• Mengumumkan permulaan
mesyuarat dengan menyatakan:
• Nama penuh perbadanan
• Nama mesyuarat
• Memperkenalkan anggota JK
Pengurusan (jika berkaitan)
• Taklimat housekeeping
• Agenda mesyuarat
• Pengungsian mesyuarat
“Saya dengan ini mengisytiharkan
mesyuarat agung tahunan bagi
Perbadanan Pengurusan Pangsapuri
Khidmat Melawati di dewan serbaguna
Saville@Melawati pada hari Selasa
bertarikh 15hb September 2015 ini secara
rasmi dimulakan.”
SYOR MASA
8-10
MINIT
PENGESAHAN MINIT MAT
SEBELUMNYA
• Secara wajar minit telah
diedarkan sebelum AGM
• Pengerusi mencadangkan
minit telah dibaca dan diterima
• Hanya dibaca setiausaha jika
ada tuntutan
• Usul untuk mengesahkan minit
dan disokong
• Dicatat oleh pencatit minit jika
ada pindaan.
SYOR MASA
8-10
MINIT
SYOR MASA
3
MINIT
Jika ADA
tuntutan untuk
dibaca
Jika TIADA
tuntutan untuk
dibaca
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
DALAM MINIT
• maklum balas minit mesyuarat
terdahulu perlulah diperolehi,
direkodkan dan dilampirkan dalam
Buku Laporan Tahunan.
• maklum balas tersebut diterima
secara angkat tangan mengikut
perkara-perkara yang dibangkitkan
• maklum balas yang tidak diterima
sahaja dibincangkan dan
seterusnya diputuskan sama ada
diterima atau ditangguh
SYOR MASA
8-10
MINIT
PEMBENTANGAN DAN
PERBINCANGAN AKAUN TERAUDIT
• dibentangkan oleh bendahari
• dicadangkan diterima dan
seterusnya meminta seorang ahli
mesyuarat untuk menyokongnya
• pengerusi membuka cadangan
sama ada akaun teraudit dan
laporan berkenaan untuk
dibincangkan
• membuka undian pemutus
sekiranya terdapat cadangan
ketika perbincangan
SYOR MASA
10-15
MINIT
PEMBENTANGAN BAJET TAHUNAN
• dibentangkan oleh bendahari
• dicadangkan diterima dan
seterusnya meminta seorang ahli
mesyuarat untuk menyokongnya
• kegagalan untuk diterima
memberikan kesan caruman
penyelenggaraan tidak boleh
ditentukan dan tidak boleh
dibelanjakan
• penyedia bajet perlu bersedia
untuk menjawab persoalan
mengenainya dengan berkesan
SYOR MASA
10 -15
MINIT
KAEDAH PENGIRAAN
CARUMAN CAJ
• AGM telah meluluskan bajet perbelanjaan
pengurusan dan penyenggaran sejumlah
RM1,036,800 untuk tahun kewangan 2020.
• Unit syer diumpukkan = 120 bagi petak Y
• Unit syer agregat = 51,840
SENARIO
PENGIRAAN
= Unit syer diumpukkan X Bajet diluluskan
Unit syer agregat
= 120 X RM1,036,800
51,840
= RM2,400 setahun
= RM200 sebulan bagi petak Y
FAQ : BAGAIMANA UNTUK TOLAK BAJET TAHUNAN
KERANA CAJ YANG AKAN DIKENAKAN TIDAK
WAJAR?
• Soalan ini sering dibangkit berdasarkan AGM
pertama yang mana belanjawan disediakan oleh
Pemaju.
• SYOR : terima sehingga satu EGM untuk
memutuskan sama ada kekal atau terima pakai
belanjawan baru yang disemak JK Pengurusan.
MENETAPKAN KADAR FAEDAH
ATAS PEMBAYARAN LEWAT
• Secara semula jadi, kadar faedah yang
ditetapkan Akta adalah 10% setahun atas dasar
harian*.
• Kadar minimum yang wajar adalah bersamaan
dengan kadar inflasi semasa
• Kadar yang ideal adalah kadar indeks harga
pengguna (CPI) bagi perkhidmatan iaitu 8%
setahun atas dasar harian
• dicadangkan diterima dan seterusnya meminta
seorang ahli mesyuarat untuk menyokongnyaSYOR MASA
1 -2
MINIT
*sek 12 (6) Akta 757
FAQ : MENGAPA PERLU ADA KADAR FAEDAH
PEMBAYARAN LEWAT?
• Caj pengurusan adalah bersifat caruman bermakna ia perlu
didahulukan oleh pemilik-pemilik petak sebelum dapat
dibelanjakan oleh perbadanan pengurusan
• Kelewatan pembayaran oleh pemilik juga menyebabkan
kelewatan pembayaran kepada pembekal perkhidmatan (servis
lif, keselamatan, pembersihan dan utiliti (elektrik, air).
• Kelewatan pembayaran kepada pembekal perkhidmatan dan
utiliti akan menimbulkan kos.
• Kos ini tidak adil dibiayai oleh pemilik-pemilik petak yang
membayar caj mengikut waktu.
MEMUTUSKAN PERKARA MENGENAI
UNDANG-UNDANG KECIL
• Bagi mendapatkan ketetapan terhadap
undang-undang kecil tambahan
• Contoh undang-undang kecil tambahan :-
• House rules untuk kolam renang
• House rules untuk penggunaan gymnasium
• House rules untuk ruang serbaguna
• Menetapkan amaun denda pada kesalahan
di bawah undang-undang kecil.
• Menetapkan amaun deposit bagi perkara-
perkara yang ditetapkan bawah undang-
undang kecil.
SYOR MASA
10 -15
MINIT
FAQ : HOUSE RULES PEMAJU TIADA KETETAP
AMAUN DENDA TERHADAP KESALAHAN BERKAITAN
KENDERAAN. BOLEHKAH JMB/MC KENAKAN
DENDA?
• Jika pemaju tidak menetapkan amaun denda
sebelum ini, ia perlu dapat ketetapan dalam AGM.
• Jika terlepas pandang ketika AGM yang pertama,
usulkan dalam EGM.
• Ketetapan biasa iaitu sokongan majoriti yang hadir
AGM
FAQ : JMB/MC INGIN MELAKSANAKAN
PERATURAN TAMBAHAN PENGGUNAAN PARKIR
BERSAMA. CONTOH, HAD PENGGUNAAN TIDAK
MELEBIHI 48 JAM. BAGAIMANA KAEDAHNYA?
• Perlu diusul dalam AGM terlebih dahulu sebelum
dikuat kuasakan.
• Perlu dapat ketetapan khas dalam AGM.
• Notis 21 hari sebelum AGM
• Sokongan ¾ dari pemilik yang layak mengundi
dan hadir AGM
PENGUMUMAN PERSARAAN
JAWATAN
• anggota jawatankuasa
pengurusan hendaklah dipilih
pada setiap mesyuarat agung
tahunan
• pengerusi hendaklah
mengumumkan persaraan
kesemua anggota JK Pengurusan
• umumkan juga persaraan kesan
dari tempoh maksimum
• 3 tempoh berturut-turut anggota
JK Pengurusan
• 2 tahun bagi jawatan Pengerusi,
Setiausaha dan Bendahari
SYOR MASA
3
MINIT
PENENTUAN BILANGAN ANGGOTA
JAWATANKUASA PENGURUSAN
• cadangan sama ada ingin
mengekal, menambah atau
mengurangkan bilangan
• bilangan anggota jawatan
kuasa hendaklah di antara 3
hingga 14 orang
• mempunyai jawatan utama
terdiri dari seorang
pengerusi, setiausaha dan
bendahari SYOR MASA
3
MINIT
FAQ : APAKAH PERANAN DAN PORTFOLIO
ANGGOTA JK BUKAN JAWATAN MANDATORI?
• Penetapan dalam JK Pengurusan sepanjang masa
adalah secara bersama.
• Pengerusi tiada kuasa mutlak membuat satu
penetapan
• Peranan dan kehadiran anggota JK juga adalah
kritikal untuk berbahas dan undi penetapan
• Disarankan wujudkan portfolio khas angggota JK
FAQ : APAKAH PERANAN DAN PORTFOLIO
ANGGOTA JK BUKAN JAWATAN MANDATORI?
• Saranan : portfolio anggota JK yang lain hendaklah
menyentuh perkara berikut:-
• Wakil blok (wajib jika sub mc)
• Keselamatan dan lalu lintas
• Aduan
• Kebersihan dan keceriaan
• Komunikasi
• Kolam renang dan gym (jika berkaitan)
PENAMAAN ANGGOTA
JAWATANKUASA PENGURUSAN
• Ahli-ahli mesyuarat yang
berkelayakan hendaklah
mencalonkan penama yang
berkelayakan dan disokong dengan
seorang ahli mesyuarat yang lain.
• Pengerusi hendaklah memberikan
masa yang wajar bagi menggalakkan
lebih ramai calon dinamakan
• Sebaik-baiknya tidak didominasi oleh
satu jantina, usia dan etnik
• Tiada pemilihan untuk Jawatan
• ditutup sehinggalah seorang ahli
mesyuarat mencadangkannya dan
disokong
SYOR MASA
10 - 15
MINIT
UNDIAN PEMILIHAN ANGGOTA
JAWATANKUASA PENGURUSAN
• Secara lumrahnya,
undian dilakukan secara
angkat tangan
• kaedah pengundian jika
telah dituntut dan
diputuskan terlebih awal
• pengerusi mempunyai
undi pemutus dalam hal
jumlah undian yang
sama banyak
SYOR MASA
10
MINIT
UNDIAN PEMILIHAN ANGGOTA
JAWATANKUASA PENGURUSAN
• SYOR : Bilangan undian oleh
seorang pemilik dalam AGM
bersamaan dengan
bilangan Anggota yang
ingin dipilih.
• Senarai penama-penama
yang dicalonkan dirombak
susunannya sebelum
pengundian.
• Elak kecenderungan
penama-penama awal
menerima undian tertinggi.
SYOR MASA
3 - 5
MINIT
UNDIAN PEMILIHAN ANGGOTA
JAWATANKUASA PENGURUSAN
• Memperkenalkan
penama-penama
sebelum pengundian.
• Boleh berada bersama-
sama ketika
pengundian dan
mengundi
SYOR MASA
3 - 5
MINIT5TH
MILESTONE
PERBAHASAN DAN PEMUTUS USUL
SYOR MASA
10 -15
MINIT
Pembentangan
Usul
Sokongan Usul
Perbahasan
Usul
Undian UsulUntuk setiap
usul
• Lazimnya dibentangkan oleh
Pengerusi
• Hanya dibentangkan oleh
pencadang jika ia satu keperluan
bagi mendapatkan penjelasan
yang lebih tepat dan baik terhadap
usul berkenaan
PERBAHASAN DAN PEMUTUS USUL
SYOR MASA
10 -15
MINIT
Pembentangan
Usul
Sokongan Usul
Perbahasan
Usul
Undian UsulUntuk setiap
usul
• pengerusi hendaklah meminta
seorang ahli mesyuarat untuk
menyokongnya
PERBAHASAN DAN PEMUTUS USUL
SYOR MASA
10 -15
MINIT
Pembentangan
Usul
Sokongan Usul
Perbahasan
Usul
Undian UsulUntuk setiap
usul
Amalan terbaik perbahasan
berdasarkan Robert’s Rules of Order
• Bahasan merujuk kepada Pengerusi dan
bukannya kepada pencadang usul
• Tidak membahaskan personaliti pencadang
• Tidak lebih dari 5 orang untuk membahaskannya
(3 paling ideal)
• Seorang berpeluang maksimum 10 minit dan
tiada peluang kedua
• Tiada debat silang (cross-debate)
PERBAHASAN DAN PEMUTUS USUL
SYOR MASA
10 -15
MINIT
Pembentangan
Usul
Sokongan Usul
Perbahasan
Usul
Undian UsulUntuk setiap
usul
• hanya pada kiraan angkat tangan orang
yang berkelayakan
• pihak yang tidak mengangkat tangan
dianggap berkecuali dan tidak dikira
sebagai undian
• Tertibnya, undi terima dahulu kemudian
diikuti undi tolak
• TIADA usul ditangguh; hanya TERIMA atau
TOLAK
• Pengerusi mengisytiharkan pemutusnya
PEMUTUS KETETAPAN
JENIS KETETAPAN SYARAT PENERIMAAN CONTOH USUL
BERKAITAN
Ketetapan biasa
(ordinary resolution)
Perlu ada notis sekurang-kurang
7 hari
Bilangan undi menerima
mengatasi bilangan undi menolak
Cadangan pembinaan pagar
keselamatan kanak-kanak di
kolam renang
Ketetapan khas
(special resolution)
Perlu ada notis sekurang-kurang
21 hari
Penerimaan 3/4 daripada orang
yang berhak mengundi yang
hadir
Cadangan pindaan terhadap
undang-undang kecil tambahan
RESOLUSI PEMUTUS
JENIS RESOLUSI SYARAT PENERIMAAN CONTOH USUL
BERKAITAN
Ketetapan komprehensif
(comprehensive resolution)
Perlu ada notis sekurang-kurang
30 hari
Pengundian dibuat selepas 60
hari dari MAT
Penerimaan 2/3 daripada unit
syer petak-petak semua pemilik
Cadangan penubuhan
perbadanan pengurusan
subsidiari
Ketetapan sebulat suara
(uninamous resolution)
Perlu ada notis sekurang-
kurangnya 21 hari
Seratus Peratus (100%) pemilik
petak menerima usul
dicadangkan
Cadangan penamatan pecah
bahagi bangunan
PENANGGUHAN MESYUARAT
• Apabila kesemua agenda mesyuarat
agung telah pun dilangsungkan
• seorang ahli mesyuarat perlu
mengusulkan penangguhan
mesyuarat dan disokong oleh seorang
ahli mesyuarat yang lain
• pengerusi mengumumkan persaraan
anggota jawatankuasa pengurusan
yang lama
• mesyuarat kemudiannya secara rasmi
ditamatkan dan bersurai
• ANGGOTA JK PENGURUSAN yang
dipilih tidak dibenarkan bersurai dan
kekal di lokasi untuk pemilihan
Jawatan
PEMILIHAN JAWATAN
• Anggota JK Pengurusan yang baru
dilantik hendak bersidang serta merta
selepas AGM untuk memilih penjawat
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
• Anggota menamakan calon-calon
bagi jawatan dan seterusnya
melakukan pengundian.
• Secara lumrah, undian adalah secara
angkat tangan.
• hanya dilakukan sekiranya terdapat
lebih dari satu nama dicalonkan pada
pemilihan sesuatu jawatan
• Jika terdapat persamaan kiraan undi,
penentu adalah berdasarkan
bilangan syer umpuk tertinggi.
PEMILIHAN JAWATAN
• calon yang tidak berjaya dipilih dalam
jawatan tertentu dibenarkan
bertanding dalam jawatan yang lain
tetapi perlu dicalonkan semula dan
disokong pencalonannya itu
• Susunan pemilihan Jawatan secara
lazimnya mengikut tertib Pengerusi,
Setiausaha, dan Bendahari.
• Pemilihan anggota JK Pengurusan lain
untuk mengisi Biro/Portfolio tidak perlu
dilakukan ketika ini.
• Persidangan pemilihan Jawatan ini
hendaklah disifatkan sebagai
Mesyuarat JK Pengurusan yang
pertama bagi sesuatu penggal.
RUMUSAN BAB 3
• Pendaftaran
• Kuorom mesyuarat
• Pengerusi mesyuarat
• Permulaan mesyuarat
• Pengesahan minit
• Pembentangan Akaun Teraudit dan Bajet
• Perbahasan usul
• Resolusi
• Penangguhan
BAB 4 : PASCA AGM
PENYEDIAAN MINIT MESYUARAT
• Merekod dan menyimpan
minit prosiding
• Ditanda tangani oleh
Pengerusi dan Setiausaha
• Diedar salinan minit
mesyuarat kepada pemilik-
pemilik dan dipamer pada
papan notis dalam masa 28
hari selepas mesyuarat
FORMAT MINIT MESYUARAT
• format yang lazim diguna
pakai
• minit yang mengandungi
segala perbincangan dan
butiran penting ketika
dalam mesyuarat
• merekodkan:
• nama pencadang
dan penyokong
• Butiran jumlah undian
• format yang biasanya
digunakan oleh AGM yang
besar dan banyak usul
• merekodkan keputusan
perbincangan dan usul
sahaja
• tidak direkodkan nama
pencadang dan penyokong
• tidak direkodkan butiran
jumlah undian
FORMAT MINIT MESYUARAT
Contoh
5.1 Usul No. 5 … telah
dibentangkan dan disokong
oleh En. Azree Abidin.
5.1.1 Perbincangan:
5.1.1.1 En. Sarkunan…..
5.1.1.2 Pn. Sandra …
5.1.2 Undian secara angkat
tangan merekodkan 32 terima
dan 45 tolak.
5.1.3 Mesyuarat memutuskan
usul no.5 … adalah ditolak
Contoh
Agenda 4 : Menentukan bilangan
anggota JK Pengurusan
4.1 Mesyuarat secara angkat
tangan memutuskan bilangan JK
Pengurusan dikekalkan pada 5
orang.
Agenda 5 : Pemilihan anggota JK
Pengurusan
5.1 Mesyuarat secara angkat setuju
memilih En Ramdan sebagai
pengerusi JK Pengurusan bagi
penggal …
5.2 Mesyuarat setuju memilih Cik
Mirah sebagai setiausaha setelah
hanya satu pencalonan sahaja.
PEMFAILAN MINIT MESYUARAT
AGM KE COB
• Memfailkan kepada COB
salinan-salinan dokumen
berikut yang diperakui benar
dalam masa 28 hari selepas
mesyuarat
• Akaun teraudit dan laporan
juruaudit yang dibentang
dalam AGM;
• Ketetapan yang telah
diluluskan pada AGM itu;
dan,
• Minit mesyuarat AGM itu.
PAMERAN UMUM
• JK Pengurusan
hendaklah dalam
tempoh masa 28 hari
dari tarikh AGM
mempamerkan :
• Notis ketetapan Caj,
caruman kepada
kumpulan wang penjelas
dan kadar bunga yang
ditentukan melalui Borang
5A (JMB) atau Borang 15
(MC)
• Salinan minit AGM yang
telah dilangsungkan
Ceramah dengan ini telah pun:-
I. Menerangkan peruntukan perundangan mengenai keahlian
Perbadanan Pengurusan dan keanggotaan JK Pengurusan
II. Menyampaikan keperluan tempoh untuk panggilan AGM dan
ketetapan yang perlu ada dalam AGM;
III. Menerangkan kelayakan untuk mengundi dan dipilih sebagai
anggota JK Pengurusan ketika AGM; dan
IV.Menunjukkan proses pengendalian mesyuarat AGM yang lebih
berkesan.
RUMUSAN
Pengurusan dan pengendalian mesyuarat agung JMB/MC Pengurusan Strata
Pengurusan dan pengendalian mesyuarat agung JMB/MC Pengurusan Strata

More Related Content

What's hot

Tatacara Kaedah Sebut Harga
Tatacara Kaedah Sebut HargaTatacara Kaedah Sebut Harga
Tatacara Kaedah Sebut HargaIszwan Shah
 
Tatacara Kaedah Tender
Tatacara Kaedah TenderTatacara Kaedah Tender
Tatacara Kaedah TenderIszwan Shah
 
Surat minta sumbangan untuk keceriaan
Surat minta sumbangan untuk keceriaanSurat minta sumbangan untuk keceriaan
Surat minta sumbangan untuk keceriaanbba5011
 
Pengurusan Terimaan Hasil Kerajaan
Pengurusan Terimaan Hasil KerajaanPengurusan Terimaan Hasil Kerajaan
Pengurusan Terimaan Hasil KerajaanIszwan Shah
 
Tatacara Pengurusan Aset Alih
Tatacara Pengurusan Aset AlihTatacara Pengurusan Aset Alih
Tatacara Pengurusan Aset AlihIszwan Shah
 
Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan
Prinsip, Objektif dan Dasar PerolehanPrinsip, Objektif dan Dasar Perolehan
Prinsip, Objektif dan Dasar PerolehanIszwan Shah
 
LAND ACQUISITION (PENILAIAN PENGAMBILAN TANAH)
LAND ACQUISITION (PENILAIAN PENGAMBILAN TANAH)LAND ACQUISITION (PENILAIAN PENGAMBILAN TANAH)
LAND ACQUISITION (PENILAIAN PENGAMBILAN TANAH)anuarhab
 
2.0 agensi terlibat dlm pembangunan projek
2.0 agensi terlibat dlm pembangunan projek2.0 agensi terlibat dlm pembangunan projek
2.0 agensi terlibat dlm pembangunan projekKhalid Mdnoh
 
Kriteria penilaian tender untuk kontraktor
Kriteria penilaian tender untuk kontraktorKriteria penilaian tender untuk kontraktor
Kriteria penilaian tender untuk kontraktorkubigs
 
Format Laporan Jawatankuasa Pembuka Sebutharga Kerajaan
Format Laporan Jawatankuasa Pembuka Sebutharga KerajaanFormat Laporan Jawatankuasa Pembuka Sebutharga Kerajaan
Format Laporan Jawatankuasa Pembuka Sebutharga KerajaanRodzidah Mohd Rodzi
 
Panduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failPanduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failWan Adriana
 
Pengurusan rekod fail.
Pengurusan rekod fail.Pengurusan rekod fail.
Pengurusan rekod fail.jasmi jaafar
 
Panduan penyediaan skt guru dan contoh penulisan
Panduan penyediaan skt guru dan contoh penulisanPanduan penyediaan skt guru dan contoh penulisan
Panduan penyediaan skt guru dan contoh penulisancik matahariku
 
Contoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibgContoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibgWAN ROZITA
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgrozitabtzain
 
Minit mesyuarat jawatankuasa aset 1 2015
Minit mesyuarat jawatankuasa aset 1  2015Minit mesyuarat jawatankuasa aset 1  2015
Minit mesyuarat jawatankuasa aset 1 2015shafy terrer
 
Tatacara pengurusan aset alih kerajaan
Tatacara pengurusan aset alih kerajaanTatacara pengurusan aset alih kerajaan
Tatacara pengurusan aset alih kerajaanNasrul Hakim Zakaria
 

What's hot (20)

Tatacara Kaedah Sebut Harga
Tatacara Kaedah Sebut HargaTatacara Kaedah Sebut Harga
Tatacara Kaedah Sebut Harga
 
Tatacara Kaedah Tender
Tatacara Kaedah TenderTatacara Kaedah Tender
Tatacara Kaedah Tender
 
Surat minta sumbangan untuk keceriaan
Surat minta sumbangan untuk keceriaanSurat minta sumbangan untuk keceriaan
Surat minta sumbangan untuk keceriaan
 
Pengurusan Terimaan Hasil Kerajaan
Pengurusan Terimaan Hasil KerajaanPengurusan Terimaan Hasil Kerajaan
Pengurusan Terimaan Hasil Kerajaan
 
Tatacara Pengurusan Aset Alih
Tatacara Pengurusan Aset AlihTatacara Pengurusan Aset Alih
Tatacara Pengurusan Aset Alih
 
Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan
Prinsip, Objektif dan Dasar PerolehanPrinsip, Objektif dan Dasar Perolehan
Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan
 
LAND ACQUISITION (PENILAIAN PENGAMBILAN TANAH)
LAND ACQUISITION (PENILAIAN PENGAMBILAN TANAH)LAND ACQUISITION (PENILAIAN PENGAMBILAN TANAH)
LAND ACQUISITION (PENILAIAN PENGAMBILAN TANAH)
 
2.0 agensi terlibat dlm pembangunan projek
2.0 agensi terlibat dlm pembangunan projek2.0 agensi terlibat dlm pembangunan projek
2.0 agensi terlibat dlm pembangunan projek
 
PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI
PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITIPENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI
PENGURUSAN MESYUARAT BERKUALITI
 
Kriteria penilaian tender untuk kontraktor
Kriteria penilaian tender untuk kontraktorKriteria penilaian tender untuk kontraktor
Kriteria penilaian tender untuk kontraktor
 
Format Laporan Jawatankuasa Pembuka Sebutharga Kerajaan
Format Laporan Jawatankuasa Pembuka Sebutharga KerajaanFormat Laporan Jawatankuasa Pembuka Sebutharga Kerajaan
Format Laporan Jawatankuasa Pembuka Sebutharga Kerajaan
 
Panduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failPanduan pengendalian fail
Panduan pengendalian fail
 
Pengurusan rekod fail.
Pengurusan rekod fail.Pengurusan rekod fail.
Pengurusan rekod fail.
 
Panduan penyediaan skt guru dan contoh penulisan
Panduan penyediaan skt guru dan contoh penulisanPanduan penyediaan skt guru dan contoh penulisan
Panduan penyediaan skt guru dan contoh penulisan
 
Tatacara Pengurusan Harta Modal
Tatacara Pengurusan Harta ModalTatacara Pengurusan Harta Modal
Tatacara Pengurusan Harta Modal
 
Contoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibgContoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibg
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
 
Minit mesyuarat jawatankuasa aset 1 2015
Minit mesyuarat jawatankuasa aset 1  2015Minit mesyuarat jawatankuasa aset 1  2015
Minit mesyuarat jawatankuasa aset 1 2015
 
Tatacara pengurusan aset alih kerajaan
Tatacara pengurusan aset alih kerajaanTatacara pengurusan aset alih kerajaan
Tatacara pengurusan aset alih kerajaan
 
Modul 1 pengurusan projek
Modul 1 pengurusan projekModul 1 pengurusan projek
Modul 1 pengurusan projek
 

More from Sr Ezwan Bustamin

Migrasi nilai tahunan kepada nilai tambah : Ekspektasi dan realiti
Migrasi nilai tahunan kepada nilai tambah : Ekspektasi dan realitiMigrasi nilai tahunan kepada nilai tambah : Ekspektasi dan realiti
Migrasi nilai tahunan kepada nilai tambah : Ekspektasi dan realitiSr Ezwan Bustamin
 
Tujuan dan kepentingan penilaian semula
Tujuan dan kepentingan penilaian semulaTujuan dan kepentingan penilaian semula
Tujuan dan kepentingan penilaian semulaSr Ezwan Bustamin
 
Asas analisis pasaran dan kos pembangunan
Asas analisis pasaran dan kos pembangunanAsas analisis pasaran dan kos pembangunan
Asas analisis pasaran dan kos pembangunanSr Ezwan Bustamin
 
Bagaimana mediasi membantu menyelesaikan pertikaian proses dan kaedah
Bagaimana mediasi membantu menyelesaikan pertikaian proses dan kaedahBagaimana mediasi membantu menyelesaikan pertikaian proses dan kaedah
Bagaimana mediasi membantu menyelesaikan pertikaian proses dan kaedahSr Ezwan Bustamin
 
Penyelesaian pertikaian secara berkesan bagi pertikaian berkaitan dengan skim...
Penyelesaian pertikaian secara berkesan bagi pertikaian berkaitan dengan skim...Penyelesaian pertikaian secara berkesan bagi pertikaian berkaitan dengan skim...
Penyelesaian pertikaian secara berkesan bagi pertikaian berkaitan dengan skim...Sr Ezwan Bustamin
 

More from Sr Ezwan Bustamin (7)

Migrasi nilai tahunan kepada nilai tambah : Ekspektasi dan realiti
Migrasi nilai tahunan kepada nilai tambah : Ekspektasi dan realitiMigrasi nilai tahunan kepada nilai tambah : Ekspektasi dan realiti
Migrasi nilai tahunan kepada nilai tambah : Ekspektasi dan realiti
 
Tujuan dan kepentingan penilaian semula
Tujuan dan kepentingan penilaian semulaTujuan dan kepentingan penilaian semula
Tujuan dan kepentingan penilaian semula
 
Asas analisis pasaran dan kos pembangunan
Asas analisis pasaran dan kos pembangunanAsas analisis pasaran dan kos pembangunan
Asas analisis pasaran dan kos pembangunan
 
Ratiostudies
RatiostudiesRatiostudies
Ratiostudies
 
10 steps in a reappraisal
10 steps in a reappraisal10 steps in a reappraisal
10 steps in a reappraisal
 
Bagaimana mediasi membantu menyelesaikan pertikaian proses dan kaedah
Bagaimana mediasi membantu menyelesaikan pertikaian proses dan kaedahBagaimana mediasi membantu menyelesaikan pertikaian proses dan kaedah
Bagaimana mediasi membantu menyelesaikan pertikaian proses dan kaedah
 
Penyelesaian pertikaian secara berkesan bagi pertikaian berkaitan dengan skim...
Penyelesaian pertikaian secara berkesan bagi pertikaian berkaitan dengan skim...Penyelesaian pertikaian secara berkesan bagi pertikaian berkaitan dengan skim...
Penyelesaian pertikaian secara berkesan bagi pertikaian berkaitan dengan skim...
 

Pengurusan dan pengendalian mesyuarat agung JMB/MC Pengurusan Strata

  • 1. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) BAGI BADAN PENGURUSAN STRATA AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757) 25 APRIL 2019 KING GREEN HOTEL MELAKA CITY CENTRE
  • 3. POLL SESSION Berapa ramai ialah anggota JK Pengurusan JMB/MC?
  • 4. BAB 1 :PERUNTUKAN BAGI BADAN PENGURUSAN (JADUAL KEDUA, AKTA 757) • Satu perlembagaan yang seragam bagi suatuJMB & Perbadanan Pengurusan (MC). • Bagi memperuntukan perundangan mengenai: • Keahlian • Anggota Jawatankuasa Pengurusan • Mesyuarat Agung • Mesyuarat jawatankuasa pengurusan
  • 5. APA ITU PEMBANGUNAN STRATA? • Pemajuan melibatkan pecah bahagi bangunan/tanah di bawah Akta Hakmilik Strata 1985. • Pemilik petak bertanggung jawab terhadap pengurusan dan penyenggaraan Harta Bersama. • Aktiviti dan tingkah laku sesuatu penghuni mempunyai kesan signifikan terhadap keselesaan dan keharmonian penghuni- penghuni lain.
  • 6. PERBADANAN PENGURUSAN 1. Entiti yang bertanggung jawab mentadbir uruskan pengurusan dan penyelenggaraan harta bersama 2. Keahlian terdiri dari pemilik petak sahaja. 3. Wujud dalam tiga (3) keadaan :- • Sebelum ada hakmilik strata Perbadanan Pengurusan Bersama (JMB) • Selepas ada hakmilik strata Perbadanan Pengurusan (MC) Perbadanan Pengurusan Subsidiari (Sub MC) 4. Hanya terbubar apabila berlakunya penamatan pecah bahagi bangunan/tanah 5. BUKAN satu badan bersifat keuntungan “No risk, no reward”
  • 7. PEMAJU Pengurusan dilaksana oleh Pemaju JMB/JMC Diwujudkan dalam tempoh 12 BULAN VP yang pertama BADAN PENGURUSAN (MC) Pengurusan oleh komuniti pemilik-pemilik petak setelah ¼ syer agregat telah dipindahmilik PEMBUBARAN MC GARIS MASA PENGURUSAN STRATA Pengurusan ditamatkan apabila pecah bahagi ditamatkan. “TEMPOH PERMULAAN” - TEMPOH DI MANA 25% SYER PEMBELI PETAK BELUM SELESAI DIPINDAHMILIK Kunci pertama diterima oleh pembeli VACANT POSSESSION
  • 8.
  • 9. JMB/JMC • Satu badan pengurusan harta bersama yang terdiri dari kalangan pemunya petak dan pemaju. • Ahli jawatankuasa di kalangan pemunya petak dipilih melalui satu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) • Ditubuhkan selepas 12 bulan serahan milikan kosong (VP) yang pertama • Dibubar setelah 3 bulan dari tarikh AGM pertama perbadanan pengurusan
  • 10. PENGECUALIAN PENUBUHAN JMB • Jika MC telah pun ditubuhkan sebelum JMB ditubuhkan, tiada keperluan untuk penubuhan JMB • Terus kepada panggilan AGM MC yang pertama jika telah memenuhi syarat. Seksyen 17 (5)(a)(b) Akta 757
  • 11. PEMAJU Pengurusan dilaksana oleh Pemaju BADAN PENGURUSAN (MC) Pengurusan oleh komuniti pemilik-pemilik petak setelah ¼ syer agregat telah dipindahmilik PEMBUBARAN MC GARIS MASA PENGURUSAN STRATA Pengurusan ditamatkan apabila pecah bahagi ditamatkan. “TEMPOH PERMULAAN” - TEMPOH DI MANA 25% SYER PEMBELI PETAK BELUM SELESAI DIPINDAHMILIK Kunci pertama diterima oleh pembeli VACANT POSSESSION
  • 12. FAQ : MC TELAH DITUBUHKAN? JADI, MENGAPA PEMAJU YANG MENGURUS? • Apabila geran strata dikeluarkan, secara automatik MC telah pun ditubuhkan oleh Pendaftar Tanah. • Pemaju menguruskan strata kerana JK Pengurusan MC belum lagi dipilih melalui AGM yang pertama
  • 13.
  • 14. Pengisian dan penyaksian Borang 14A Pentaksiran Pindah Milik Pejelasan duti setem Perserahan Borang 14A Pendaftaran Hakmilik Geran strata dikeluarkan Pemilik berdaftar ialah pemaju Pemilik berdaftar ialah pembeli PROSES PINDAHMILIK GERAN STRATA
  • 15. FAQ : BAGAIMANA INGIN MENGESAN PEMBELI/PEMILIK PETAK JIKA PINDAHMILIK BELUM SELESAI? • Kaedah terbaik dalam mengesan pembeli/pemilik petak adalah dengan merujuk kepada:- • DAFTAR PEMUNYA PETAK* – jika pengurusan strata ialah pemaju atau JMB • DAFTAR STRATA** – jika pengurusan strata ialah MC • Kedua-dua daftar ini mengandungi :- • Unit syer yang diumpukkan • Luas lantai petak • Nama dan alamat pemunya petak • Nama dan alamat peguam cara yang bertindak dengan urusan jual-beli (jika berkaitan) *sek 30 Akta 757 ** sek 72 Akta 757
  • 16. PERBADANAN PENGURUSAN (MC) • Satu badan pengurusan harta bersama yang terdiri dari hanya kalangan pemilik petak. • Ahli jawatankuasa di kalangan pemilik petak dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan (AGM). • Panggilan AGM dibuat apabila pindahmilik hakmilik strata telah mencapai satu perempat (25%) jumlah agregat unit syer.* *sek 46 (2) Akta 757
  • 17. FAQ : ADAKAH 25% SYER AGREGAT BERSAMAAN 25% JUMLAH PETAK? • TIDAK SEMESTINYA kerana setiap petak mempunyai syer yang berbeza-beza • Jalan terbaik adalah rujuk ke Pejabat Tanah & Galian untuk menyemak status pindahmilik
  • 19. KOS PEMBERSIHAN RM6,000 SEBULAN SECARA PURATA = RM 60 / BULAN MAMPUKAH RM6,000 DIKUTIP DARI SETIAP PEMILIK? ADAKAH PEMILIK-PEMILIK SEBULAT SUARA INGIN PERKHIDMATAN INI? ATAU BERSETUJU DENGAN KOS DAN CARUMAN DIKENAKAN? 100 PEMILIK UNIT
  • 21. KEAHLIAN PERBADANAN PENGURUSAN • Hanya terhad kepada pemilik petak sesuatu skim strata • Sekiranya LAYAK, mempunyai hak untuk:- • Mengundi • Dipilih sebagai anggota JK Pengurusan • Melantik proksi untuk mengundi
  • 22. SIAPAKAH PEMILIK PETAK? • Penama yang didaftarkan dalam senarai Daftar Pemunya Petak (Sekyen 30 Akta 757)bagi JMB • Penama yang didaftarkan dalam senarai Daftar Strata (Sekyen 72 Akta 757)bagi MC
  • 23. KEANGGOTAAN JK PENGURUSAN • Min. 3 orang; Maks. 14 orang • Bagi JMB salah seorang keanggotaan hendaklah terdiri dari wakil Pemaju. • Dipilih setiap kali Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) • Mandatori:- • Pengerusi • Setiausaha • Bendahari • Keanggotaan maks. 3 tempoh berturut- turut. • Jawatan mandatori maks. 2 tahun berturut-turut.
  • 24. KELAYAKAN UNTUK DIPILIH SEBAGAI ANGGOTA JK • Umur lebih 21 tahun • Pemilik atau pemilik bersama Petak • Calon oleh pemilik Petak yang merupakan suatu syarikat, pertubuhan, badan berkanun atau mana badan-badan yang lain • Anggota keluarga terdekat bagi pemilik petak yang mempunyai dua atau lebih Petak.
  • 25. TIDAK LAYAK UNTUK DIPILIH SEBAGAI ANGGOTA JK • mempunyai caruman atau caj tertunggak pada hari ketujuh sebelum tarikh pemilihan • Pemilik yang tidak menghadiri mesyuarat melainkan melantik proksi untuk menamakan dirinya. • Proksi yang mewakili pemilik. • pemilik bersama yang mana pemilik bersama yang lagi satu telah dipilih/dicalon (jika pemilikan satu petak) • Individu yang dinamakan oleh pemilik bersama yang mana pemilik bersama itu telah pun dinamakan sebelum itu (bagi kes pemilikan bersama dua petak atau lebih) • Anggota keluarga terdekat bagi pemilik petak yang mempunyai dua atau lebih petak apabila bilangan ambang pemilik petak berkenaan melebihi 49% dalam JK Pengurusan
  • 26. TIDAK LAYAK UNTUK DIPILIH SEBAGAI ANGGOTA JK (PEMILIK BERSAMA SATU PETAK) • Alice dan Peter secara bersama memiliki satu petak • Alice telah dinamakan oleh Peter • Peter tidak layak untuk dinamakan lagi sebagai calon. ALICE PETER
  • 27. TIDAK LAYAK UNTUK DIPILIH SEBAGAI ANGGOTA JK (PEMILIK/PEMILIK BERSAMA DUA PETAK ATAU LEBIH) • Alice dan Peter secara bersama memiliki dua petak • Alice telah dinamakan oleh Peter • Peter tidak layak untuk dinamakan lagi sebagai calon oleh Alice • Namun, Peter layak dicalonkan oleh David, seorang pemilik petak lain. ALICE PETER DAVID
  • 28. TIDAK LAYAK UNTUK DIPILIH SEBAGAI ANGGOTA JK (KELUARGA TERDEKAT PEMILIK PETAK) • Alice dan Peter secara bersama memiliki 8 petak • Pemilihan Anggota JK adalah seramai 10 orang • Alice telah dinamakan oleh Peter • Peter pula telah dinamakan oleh David sebagai calon • Baki keluarga terdekat yang boleh dicalonkan oleh Alice dan Peter secara kasarnya adalah seramai 2 orang sahaja. ALICE PETER DIANA EMILY
  • 29. SIAPAKAH KELUARGA TERDEKAT? • Individu yang mempunyai hubungan berikut kepada pemilik/pemilik bersama: 1. Suami/Isteri 2. Anak/anak angkat/anak tiri yang berumur lebih 21 tahun 3. Ibu atau bapa 4. Adik beradik yg berumur lebih 21 tahun. • Keluarga terdekat hendaklah tidak mempunyai tunggakan jika memiliki petak dalam skim yang sama.
  • 30. PENGOSONGAN ANGGOTA JK YANG JELAS DALAM AKTA • Meletak jawatan • Meninggal dunia • Bankrap • Bukan lagi seorang pemilik • Telah disabitkan dengan suatu pertuduhan:- • fraud, kecurangan dan keburukan akhlak • Rasuah • Kesalahan di bawah Akta 757 • Apa-apa kesalahan lain yang membawa hukuman pemenjaraan melebihi 2 tahun. • Telah mencemarkan nama baik JK Pengurusan (secara kolektif diputuskan dalam mesyuarat)
  • 31. PENGOSONGAN ANGGOTA JK YANG JELAS DALAM AKTA • Tidak sempurna akal atau uzur tenat yang berpanjangan • Jika seorang pengerusi, telah 3 kali berturut-turut tidak hadir mesyuarat yang dijadualkan tanpa persetujuan JK Pengurusan • Jika seorang ahli JK, telah 3 kali berturut-turut tidak hadir mesyuarat yang dijadualkan tanpa persetujuan Pengerusi • Jika seorang wakil badan tertentu, telah dipecat. Seandainya pertukaran, tidak berlaku pengosongan. • Ingkar dalam pembayaran Caj atau caruman wang penjelas selama 3 bulan berturut-turut. • Telah melanggar undang-undang kecil yang serius dan tidak meremedikan kesalahan tersebut dalam tempoh 14 hari.
  • 32. PENGISIAN KEKOSONGAN ANGGOTA JK • Anggota JK Pengurusan yang tinggal melantik seorang pemilik yang lain sehingga AGM seterusnya • Jika pemecatan dibuat melalui EGM, melantik anggota baharu dalam EGM itu sehingga AGM seterusnya. • Bagi kes wakil syarikat yang dipecat hendaklah diisi oleh syarikat, pertubuhan, perbadanan wakilnya yang baharu dalam tempoh 14 hari.
  • 33. RUMUSAN BAB 1 • Penjelasan mengenai perbadanan pengurusan • Keahlian sesuatu JMB/MC • Keanggotaan JK Pengurusan • Kelayakan untuk menjadi anggota JK Pengurusan • Pengosongan anggota JK Pengurusan
  • 34. APAKAH PERBEZAAN JMB/MC DENGAN PERSATUAN PENDUDUK?
  • 35. PERBADANAN PENGURUSAN VS PERSATUAN PENDUDUK PERKARA PERBADANAN PENGURUSAN PERSATUAN PENDUDUK KEPERLUAN PENUBUHAN STATUT • JMB – < 12 BULAN DARI VACANT POSSESION • MC – WUJUDNYA BUKU DAFTAR STRATA PILIHAN • SUB MC – RESOLUSI KOMPRHENSIF DITERIMA DLM AGM MC SUKARELA KEAHLIAN JMB - PEMILIK PETAK/PEMAJU MC – PEMILIK PETAK SAHAJA PENGHUNI (PEMILIK/PENYEWA) JENIS KEAHLIAN MANDATORI SUKARELA PENDAFTAR PESURUHJAYA BANGUNAN (COB) • JMB PENGARAH TANAH DAN GALIAN • MC • SUB MC PENDAFTAR PERTUBUHAN KEGAGALAN MEMBAYAR CARUMAN/YURAN • HILANG HAK MENGUNDI • TIDAK LAYAK DIPILIH SEBAGAI ANGGOTA JK PENGURUSAN • DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG- UNDANG BERKAITAN (PENYITAAN) KEAHLIAN DIGANTUNG/DIBUANG 2ND MILESTONE
  • 36. BAB 2 : PERSEDIAAN MESYUARAT
  • 37. TUJUAN MESYUARAT AGUNG • Kehendak statut – Perenggan 10 (1), Jadual Kedua, Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) • Sebagai akauntibiliti terhadap perbadanan pengurusan kepada ahli- ahlinya • Untuk menimbangkan: I. akaun-akaun; II. bajet tahunan; III. pemilihan jawatankuasa pengurusan IV. Apa-apa urusan yang berkaitan
  • 38. TEMPOH MATANG PANGGILAN MESYUARAT • Lazimnya terdapat 4 jenis mesyuarat di bawah pengurusan strata: • Mesyuarat agung tahunan yang PERTAMA • Mesyuarat agung tahunan • Mesyuarat agung luar biasa (EGM) • Mesyuarat jawatankuasa pengurusan • Setiap mesyuarat mempunyai cetusan kematangan yang berbeza-beza mengikut sifat mesyuarat berkenaan
  • 39. TEMPOH MATANG PANGGILAN MESYUARAT JENIS MESYUARAT PENCETUS KEPERLUAN PIHAK YANG MEMANGGIL RUJUKAN STATUT Mesyuarat agung tahunan (AGM) JMB YANG PERTAMA Dalam tempoh 12 bulan selepas serahan milikan kosong Pemaju Seksyen 17 & 18, Akta 757 AGM perbadanan pengurusan (MC) YANG PERTAMA Dalam tempoh 1 bulan setelah 25% syer agregat telah diserah milik kepada pembeli Pemaju Seksyen 57 (1), Akta 757 AGM biasa • Setahun sekali • Tidak lebih 3 bulan dari tarikh ulang tahun AGM sebelumnya Jawatankuasa pengurusan Perenggan 10 (2), Jadual Kedua, Akta 757
  • 40. TEMPOH MATANG PANGGILAN MESYUARAT JENIS MESYUARAT PENCETUS KEPERLUAN PIHAK YANG MEMANGGIL RUJUKAN STATUT Mesyuarat agung tahunan luar biasa (EGM) Permintaan telah memenuhi 25% syer agregat; atau Arahan COB. MAKA, Secepat mungkin dan tidak lebih dari 6 minggu dari tarikh cetusannya. Jawatankuasa Pengurusan Perenggan 11 (2), Jadual Kedua, Akta 757 JK Pengurusan Tidak melewati 2 bulan antara 2 mesyuarat Jawatankuasa pengurusan Perenggan 5 (2), Jadual Kedua, Akta 757
  • 41. NOTIS PANGGILAN MESYUARAT • Satu kaedah rasmi mengikut perundangan • Cara pemberitahuan kepada pemilik-pemilik petak tentang kendalian sesuatu mesyuarat • Kandungan notis • Tempat • Tarikh • Masa • Agenda • Ketetapan/usul • Pemberitahuan tentang hak mengundi • Salinan minit mesyuarat AGM terdahulu (jika berkaitan) • Salinan akaun teraudit dan laporan juruaudit
  • 42. PENYEDIAAN BUKU LAPORAN TAHUNAN • Pek dokumen mesyuarat yang mengandungi : • Agenda MAT • Salinan minit MAT sebelumnya • Laporan JK Pengurusan termasuk laporan-laporan JK Kecil • Salinan akaun teraudit bersama laporan juru audit • Anggaran belanjawan • Apa-apa penyataan/usul yang ingin dipertimbangkan
  • 43. FAQ : BOLEHKAH SALINAN MESYUARAT, AKAUN TERAUDIT DAN LAPORAN JURUAUDIT HANYA DIBERI ATAS PERMINTAAN PEMILIK? • Soalan ini sering dibangkit atas faktor kos cetakan yang tinggi. • Jelas termaktub dalam Jadual Kedua Akta 757 perlu disertakan. • Segala kelonggaran perlulah terlebih dahulu mendapatkan persetujuan COB • OPTION 1 : Maklumkan dalam notis dokumen-dokumen berkenaan perlu diambil dari pejabat. • OPTION 2 : Beri pilihan pada pemilik untuk menerima hard copy atau softcopy. • OPTION 3 : Hanya lampirkan dokumen-dokumen berkenaan kepada pembeli/pemilik yang tiada tunggakan caj.
  • 44. KAEDAH PENGHANTARAN NOTIS • Dihantar pada alamat pembeli/pemilik yang terkandung dalam Daftar Pemunya Petak atau Daftar Strata • Serahan tangan jika alamat dalam kawasan pemajuan. • Serahan pos jika alamat di luar kawasan pemajuan. • Salinan notis dipamer pada bahagian yang mudah dilihat dalam kawasan pemajuan Sek 18 (3) dan sek 57(3) Akta 757
  • 45. Notis AGM yang pertama JMB Borang 5, Peraturan- Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015 MC Borang 14, Peraturan- Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015
  • 46. TEMPOH PEMBERIAN NOTIS JENIS MESYUARAT NOTIS MINIMUM PIHAK YANG DIPANGGIL RUJUKAN STATUT MAT yang pertama Tidak kurang 14 hari dari tarikh mesyuarat • Pemaju • Pemilik petak Seksyen 57 (3), Akta 757 MAT Tidak kurang 14 hari dari tarikh mesyuarat Pemilik petak Perenggan 12 (1), Jadual Kedua, Akta 757 EGM Tidak kurang 14 hari dari tarikh mesyuarat Pemilik petak Perenggan 11 (4), Jadual Kedua, Akta 757 Jawatankuasa pengurusan Tidak kurang 7 hari dari tarikh mesyuarat Anggota jawatankuasa pengurusan Perenggan 5 (3), Jadual Kedua, Akta 757
  • 47. CARA PENGIRAAN HARI NOTIS 18 Mei 2019 Hari notis dipamer 19 Mei 2019 Hari ke-2 notis 20 Mei 2019 Hari ke-3 notis 21 Mei 2019 Hari ke-4 notis 22 Mei 2019 Hari ke-5 notis 23 Mei 2019 Hari ke-6 notis 24 Mei 2019 Hari ke-7 notis 25 Mei 2019 Hari ke-8 notis 26 Mei 2019 Hari ke-9 notis 27 Mei 2019 Hari ke-10 notis 28 Mei 2019 Hari ke-11 notis 29 Mei 2019 Hari ke-12 notis 30 Mei 2019 Hari ke-13 notis 31 Mei 2019 Hari ke-14 notis 1 Jun 2019 Tarikh AGM
  • 48. LATIHAN Mesyuarat AGM pertama JMB Tarikh vacant possession yang pertama 1 Jun 2015 Tarikh akhir untuk kendalikan MAT yang pertama Tarikh akhir untuk notis mesyuarat Mesyuarat EGM Tarikh 25% permintaan pemilik tercapai 15 Ogos 2015 Tarikh akhir untuk kendalikan EGM Tarikh akhir untuk notis mesyuarat
  • 49. LATIHAN Mesyuarat AGM pertama JMB Tarikh vacant possession yang pertama 1 Jun 2015 Tarikh akhir untuk kendalikan MAT yang pertama 31 Mei 2016 Tarikh akhir untuk notis mesyuarat Mesyuarat EGM Tarikh 25% permintaan pemilik tercapai 15 Ogos 2015 Tarikh akhir untuk kendalikan EGM Tarikh akhir untuk notis mesyuarat
  • 50. LATIHAN Mesyuarat AGM pertama JMB Tarikh vacant possession yang pertama 1 Jun 2015 Tarikh akhir untuk kendalikan MAT yang pertama 31 Mei 2016 Tarikh akhir untuk notis mesyuarat 17 Mei 2016 Mesyuarat EGM Tarikh 25% permintaan pemilik tercapai 15 Ogos 2015 Tarikh akhir untuk kendalikan EGM Tarikh akhir untuk notis mesyuarat
  • 51. LATIHAN Mesyuarat MAT pertama JMB Tarikh vacant possession yang pertama 1 Jun 2015 Tarikh akhir untuk kendalikan MAT yang pertama 31 Mei 2016 Tarikh akhir untuk notis mesyuarat 17 Mei 2016 Mesyuarat EGM Tarikh 25% permintaan pemilik tercapai 15 Ogos 2015 Tarikh akhir untuk kendalikan EGM 25 September 2015 Tarikh akhir untuk notis mesyuarat 11 September 2015
  • 52. AGENDA MESYUARAT • Sek. 58 Akta 757 telah menetapkan agenda AGM YANG PERTAMA dimasukkan 8 perkara berikut:- 1. Penentuan bilangan anggota JK pengurusan dan pemilihan mereka; 2. Menimbangkan belanjawan; 3. Memutuskan jumlah caruman caj penyenggaraan dan caruman sinking fund; 4. Menentukan kadar bunga ke atas caj pembayaran lewat;
  • 53. AGENDA MESYUARAT 5. Menimbangkan akaun teraudit; 6. Memutuskan pengambilan insurans; 7. Memutuskan perkara mengenai undang-undang kecil; dan 8. Menimbangkan apa-apa perkara berkaitan dengan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama.
  • 54. Siapa di antara anda yang berpengalaman menghadiri mana-mana AGM ? MELETIHKAN sekiranya berlanjutan selama berjam- jam. Tidak akan mendorong ahli- ahli untuk hadir MAT seterusnya. 2 JAMTEMPOH IDEAL SESUATU MAT3RD MILESTONE
  • 55. 5 PERKARA UNTUK MENINGKATKAN KEBERKESANAN MAT MELETAKKAN MASA TAMAT DALAM AGENDA • Menjadi amalan biasa letak masa mula tetapi jarang meletakkan masa tamat • Tidak melebihi 2 JAM dari masa mula
  • 56. 5 PERKARA UNTUK MENINGKATKAN KEBERKESANAN MAT MEMULAKAN MESYUARAT TEPAT PADA MASA YANG DITETAPKAN • Mula sebaik sahaja kuorom mencukupi • 30 minit sekiranya tiada kuorom dipanggil • Meningkatkan kesedaran kepentingan menepati masa • URUSAN YANG SERIUS
  • 57. 5 PERKARA UNTUK MENINGKATKAN KEBERKESANAN MAT MELETAKKAN TANDA ARAS MASA BAGI SETIAP SEGMEN DALAM AGENDA • Sebagai gambaran yang jelas tempoh masa yang ditetapkan pada setiap segmen • Meningkatkan keberkesanan mesyuarat dapat ditamatkan dalam tempoh yang diingini. • “8.30 pm Mengesahkan minit mesyuarat” • “8.35 pm Pembentangan maklum balas”
  • 58. 5 PERKARA UNTUK MENINGKATKAN KEBERKESANAN MAT AGENDA DINYATAKAN SECARA DESKRIPTIF • Meningkatkan peluang bagi mendapatkan hasil mesyuarat yang diingini LEMAH BAIK AMAT BAIK Maklum balas usul 10.15 pm Permohonan untuk meluluskan kerja-kerja pembaikan / penggantian 10.15 Syor untuk meluluskan usul no. 1 “akan cadangan pembaikan sistem boom gate”. 10.18 Syor untuk meluluskan usul no. 2 “akan cadangan penggantian papan tanda arah”.
  • 59. 5 PERKARA UNTUK MENINGKATKAN KEBERKESANAN MAT KERTAS-KERTAS MESYUARAT DISUSUN DALAM KEADAAN TERATUR • Kandungan dalam Buku Laporan Tahunan hendaklah disusun sebagaimana mengikut aturan agenda • Mengelakkan kekeliruan dan kekalutan yang mengheret masa
  • 60. PENGEMUKAAN USUL TUJUAN • Sebagai usaha menambah baik komuniti melalui: ▪ Perolehan aset atau perkhidmatan ▪ Meminda atau mewujudkan undang-undang kecil ▪ Apa-apa cadangan yang melibatkan perkara dasar KAEDAH • Secara bertulis dihantar ke alamat berdaftar perbadanan pengurusan • Tidak lewat 7 hari dari tarikh mesyuarat agung yang ingin diadakan • Dipamer dan dinyatakan sebagaimana dikemukakan oleh pencadangnya • Tidak mengandungi kata-kata kesat atau menjejaskan keharmonian komuniti
  • 61. KAEDAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERKESANAN PERSETUJUAN USUL S Spesifik M Measurable (boleh diukur) A Action oriented (berhalukan tindakan) R Realistik T Technically correct (menepati aspek teknikal)
  • 62. KAEDAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERKESANAN PERSETUJUAN USUL CONTOH USUL “Agar perbadanan pengurusan mendirikan pagar keselamatan di sepanjang perimeter kolam renang sebelum cuti sekolah akhir tahun demi meningkatkan tahap pengawasan dan keselamatan pengguna kolam renang di kalangan kanak- kanak.” ANALISIS USUL • Spesifik – menjuruskan kepada perkara yang diinginkan • Boleh diukur – penyampaian dapat diukur • Berhalukan tindakan – mendirikan pagar keselamatan • Realistik – tempoh masa adalah wajar; elakkan perkataan serta merta • Menepati aspek teknikal – usul adalah berkaitan dengan harta bersama
  • 63. “Agar perbadanan pengurusan menjaga peralatan harta bersama dalam keadaan sentiasa baik” “Agar perbadanan pengurusan menambah baik tahap keselamatan komuniti” “Agar perbadanan pengurusan menimbangkan peningkatan tahap pengawasan di kawasan kolam renang” TIDAK SPESIFIK – harta bersama adalah umum TIDAK REALISTIK – peralatan akan usang dan uzur (wear and tear) TIDAK BOLEH DIUKUR – bagaimana ingin mengetahui tahap penyampaiannya? BUKAN BERHALUKAN TINDAKAN – hanya untuk memikirkannya; tiada permintaan untuk melakukan apa-apa tindakan “Agar perbadanan pengurusan mengenakan bayaran sewa kepada penghuni yang ingin menggunakan dewan serbaguna” TIDAK MENEPATI ASPEK TEKNIKAL – dewan serbaguna adalah harta bersama dan setiap penghuni berhak mendapatkan manfaatnya tanpa dikenakan sewa
  • 64. PAPARAN ORANG YANG BERKELAYAKAN MENGUNDI Nama-nama orang yang berhak mengundi hendaklah: • Dipamerkan di papan notis rasmi • Minimum 48 jam sebelum masa mesyuarat Penting untuk mengelakkan pertikaian dan keraguan (Perenggan 14, Jadual Kedua, Akta 757)
  • 65. HAK MENGUNDI PEMILIK • Secara angkat tangan - satu undi untuk satu petak • Secara pengundian (poll) – bilangan undi bersamaan dengan unit syer diumpukkan Hilang hak mengundi seandainya mempunyai tunggakkan pada hari ke-7 sebelum tarikh mesyuarat (Perenggan 21, Jadual Kedua, Akta 757)
  • 66. PROKSI • Wakil yang dilantik oleh pemilik untuk mewakili dirinya melalui suatu surat cara pelantikan • Dihantar kepada perbadanan pengurusan 48 jam sebelum mesyuarat • Luput setelah tamat mesyuarat • Hak mengundi seperti pemilik • Tidak boleh dilantik menjadi anggota jawatankuasa DIHADKAN hanya mewakili satu pemilik dalam mana-mana satu mesyuarat agung
  • 67.
  • 68. HAK MENGUNDI PEMILIK BERSAMA • Secara angkat tangan - satu undi diberikan kepada proksi dilantik • Secara pengundian (poll) – bilangan undi bersamaan dengan bilangan syer yang berkadaran terhadap unit syer diumpukkan (Perenggan 22, Jadual Kedua, Akta 757)
  • 69. JAWATANKUASA PENGUNDIAN • Sebaik-baiknya dibentuk di kalangan pemilik-pemilik petak • Berhak mengundi jika layak • Peranan dan fungsi • Menyediakan kertas undi • Menyediakan tempat pengundian • Melantik ejen-ejen penyemakan kertas undi • Melakukan kiraan undi • Mengumumkan jumlah kiraan undi
  • 70. RUMUSAN BAB 2 • Tempoh matang mesyuarat • Tempoh notis mesyuarat • Agenda mesyuarat • 5 perkara melancarkan mesyuarat • SMART • Orang berkelayakan mengundi
  • 71. BAB 3 : PROSIDING MESYUARAT
  • 72. PENDAFTARAN • Memastikan hanya orang berkelayakan mengundi sahaja yang dibenar mengundi • Berdasarkan kepada senarai yang telah dipamerkan sahaja • Mendapatkan kuorom mesyuarat dengan lebih pantas • Kad pengenalan dan passport sahaja sebagai pengenalan identity • Tanda undian, kertas undi dan buku laporan tahunan diedarkan ketika ini
  • 73. TANDA UNDI • Pelbagai kaedah boleh digunakan • Sebagai tanda jumlah undi • Satu undi • Dua undi • Tiga undi • Bertujuan untuk memudahkan kiraan undi dan hanya orang berkelayakan sahaja yang dapat memberikan undi 1 JOE CINDY
  • 74. KEHADIRAN ORANG BUKAN BERKELAYAKAN MENGUNDI • Tiada perundangan menghalang mereka untuk hadir sebagai pemerhati • Dipisahkan dari orang yang layak mengundi • AGM bersifat mesyuarat tertutup untuk pemilik-pemilik petak sahaja • Anggota keselamatan atau COB boleh hadir jika ada keperluan
  • 75. KUOROM MESYUARAT SEPARUH dari orang yang berkelayakan yang hadir Kuorom dibentuk di kalangan orang yang berkelayakan yang hadir Sekiranya tidak juga dapat dipanggil kuorom
  • 76. CARA MEMUTUSKAN PERKARA ANGKAT TANGAN 1 UNDI untuk 1 PETAK PENGUNDIAN (POLL) Bilangan SYER YANG DIUMPUKKAN pada petak PROTOKOL KAEDAH UNDIAN • Keutamaan adalah melalui angkat tangan • POLL sebaik-sebaiknya dijalankan jika ada permintaan pembeli/pemilik untuk kaedah berkenaan bagi sesuatu ketetapan • Dipersetujui kaedah poll secara majoriti terlebih dahulu melalui keputusan secara angkat tangan
  • 77. PENGERUSI MESYUARAT • Hanya pemilik petak sahaja boleh mempengerusikan mesyuarat • Lazimnya Pengerusi JK Pengurusan • Ejen/Pengurus harta tidak boleh jadi pengerusi • Tiada konsep penaung • Hendaklah mempengerusikan mesyuarat sehingga tamat ?
  • 78. MEMULAKAN MESYUARAT • Call to order • Pengerusi berada di hadapan dan diapit bersama setiausaha dan bendahari • Jika AGM pertama, Pemaju hendaklah bertindak sebagai pencatit minit • Mengumumkan permulaan mesyuarat dengan menyatakan: • Nama penuh perbadanan • Nama mesyuarat • Memperkenalkan anggota JK Pengurusan (jika berkaitan) • Taklimat housekeeping • Agenda mesyuarat • Pengungsian mesyuarat “Saya dengan ini mengisytiharkan mesyuarat agung tahunan bagi Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Khidmat Melawati di dewan serbaguna Saville@Melawati pada hari Selasa bertarikh 15hb September 2015 ini secara rasmi dimulakan.” SYOR MASA 8-10 MINIT
  • 79. PENGESAHAN MINIT MAT SEBELUMNYA • Secara wajar minit telah diedarkan sebelum AGM • Pengerusi mencadangkan minit telah dibaca dan diterima • Hanya dibaca setiausaha jika ada tuntutan • Usul untuk mengesahkan minit dan disokong • Dicatat oleh pencatit minit jika ada pindaan. SYOR MASA 8-10 MINIT SYOR MASA 3 MINIT Jika ADA tuntutan untuk dibaca Jika TIADA tuntutan untuk dibaca
  • 80. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT DALAM MINIT • maklum balas minit mesyuarat terdahulu perlulah diperolehi, direkodkan dan dilampirkan dalam Buku Laporan Tahunan. • maklum balas tersebut diterima secara angkat tangan mengikut perkara-perkara yang dibangkitkan • maklum balas yang tidak diterima sahaja dibincangkan dan seterusnya diputuskan sama ada diterima atau ditangguh SYOR MASA 8-10 MINIT
  • 81. PEMBENTANGAN DAN PERBINCANGAN AKAUN TERAUDIT • dibentangkan oleh bendahari • dicadangkan diterima dan seterusnya meminta seorang ahli mesyuarat untuk menyokongnya • pengerusi membuka cadangan sama ada akaun teraudit dan laporan berkenaan untuk dibincangkan • membuka undian pemutus sekiranya terdapat cadangan ketika perbincangan SYOR MASA 10-15 MINIT
  • 82. PEMBENTANGAN BAJET TAHUNAN • dibentangkan oleh bendahari • dicadangkan diterima dan seterusnya meminta seorang ahli mesyuarat untuk menyokongnya • kegagalan untuk diterima memberikan kesan caruman penyelenggaraan tidak boleh ditentukan dan tidak boleh dibelanjakan • penyedia bajet perlu bersedia untuk menjawab persoalan mengenainya dengan berkesan SYOR MASA 10 -15 MINIT
  • 83. KAEDAH PENGIRAAN CARUMAN CAJ • AGM telah meluluskan bajet perbelanjaan pengurusan dan penyenggaran sejumlah RM1,036,800 untuk tahun kewangan 2020. • Unit syer diumpukkan = 120 bagi petak Y • Unit syer agregat = 51,840 SENARIO PENGIRAAN = Unit syer diumpukkan X Bajet diluluskan Unit syer agregat = 120 X RM1,036,800 51,840 = RM2,400 setahun = RM200 sebulan bagi petak Y
  • 84. FAQ : BAGAIMANA UNTUK TOLAK BAJET TAHUNAN KERANA CAJ YANG AKAN DIKENAKAN TIDAK WAJAR? • Soalan ini sering dibangkit berdasarkan AGM pertama yang mana belanjawan disediakan oleh Pemaju. • SYOR : terima sehingga satu EGM untuk memutuskan sama ada kekal atau terima pakai belanjawan baru yang disemak JK Pengurusan.
  • 85. MENETAPKAN KADAR FAEDAH ATAS PEMBAYARAN LEWAT • Secara semula jadi, kadar faedah yang ditetapkan Akta adalah 10% setahun atas dasar harian*. • Kadar minimum yang wajar adalah bersamaan dengan kadar inflasi semasa • Kadar yang ideal adalah kadar indeks harga pengguna (CPI) bagi perkhidmatan iaitu 8% setahun atas dasar harian • dicadangkan diterima dan seterusnya meminta seorang ahli mesyuarat untuk menyokongnyaSYOR MASA 1 -2 MINIT *sek 12 (6) Akta 757
  • 86. FAQ : MENGAPA PERLU ADA KADAR FAEDAH PEMBAYARAN LEWAT? • Caj pengurusan adalah bersifat caruman bermakna ia perlu didahulukan oleh pemilik-pemilik petak sebelum dapat dibelanjakan oleh perbadanan pengurusan • Kelewatan pembayaran oleh pemilik juga menyebabkan kelewatan pembayaran kepada pembekal perkhidmatan (servis lif, keselamatan, pembersihan dan utiliti (elektrik, air). • Kelewatan pembayaran kepada pembekal perkhidmatan dan utiliti akan menimbulkan kos. • Kos ini tidak adil dibiayai oleh pemilik-pemilik petak yang membayar caj mengikut waktu.
  • 87. MEMUTUSKAN PERKARA MENGENAI UNDANG-UNDANG KECIL • Bagi mendapatkan ketetapan terhadap undang-undang kecil tambahan • Contoh undang-undang kecil tambahan :- • House rules untuk kolam renang • House rules untuk penggunaan gymnasium • House rules untuk ruang serbaguna • Menetapkan amaun denda pada kesalahan di bawah undang-undang kecil. • Menetapkan amaun deposit bagi perkara- perkara yang ditetapkan bawah undang- undang kecil. SYOR MASA 10 -15 MINIT
  • 88. FAQ : HOUSE RULES PEMAJU TIADA KETETAP AMAUN DENDA TERHADAP KESALAHAN BERKAITAN KENDERAAN. BOLEHKAH JMB/MC KENAKAN DENDA? • Jika pemaju tidak menetapkan amaun denda sebelum ini, ia perlu dapat ketetapan dalam AGM. • Jika terlepas pandang ketika AGM yang pertama, usulkan dalam EGM. • Ketetapan biasa iaitu sokongan majoriti yang hadir AGM
  • 89. FAQ : JMB/MC INGIN MELAKSANAKAN PERATURAN TAMBAHAN PENGGUNAAN PARKIR BERSAMA. CONTOH, HAD PENGGUNAAN TIDAK MELEBIHI 48 JAM. BAGAIMANA KAEDAHNYA? • Perlu diusul dalam AGM terlebih dahulu sebelum dikuat kuasakan. • Perlu dapat ketetapan khas dalam AGM. • Notis 21 hari sebelum AGM • Sokongan ¾ dari pemilik yang layak mengundi dan hadir AGM
  • 90. PENGUMUMAN PERSARAAN JAWATAN • anggota jawatankuasa pengurusan hendaklah dipilih pada setiap mesyuarat agung tahunan • pengerusi hendaklah mengumumkan persaraan kesemua anggota JK Pengurusan • umumkan juga persaraan kesan dari tempoh maksimum • 3 tempoh berturut-turut anggota JK Pengurusan • 2 tahun bagi jawatan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari SYOR MASA 3 MINIT
  • 91. PENENTUAN BILANGAN ANGGOTA JAWATANKUASA PENGURUSAN • cadangan sama ada ingin mengekal, menambah atau mengurangkan bilangan • bilangan anggota jawatan kuasa hendaklah di antara 3 hingga 14 orang • mempunyai jawatan utama terdiri dari seorang pengerusi, setiausaha dan bendahari SYOR MASA 3 MINIT
  • 92. FAQ : APAKAH PERANAN DAN PORTFOLIO ANGGOTA JK BUKAN JAWATAN MANDATORI? • Penetapan dalam JK Pengurusan sepanjang masa adalah secara bersama. • Pengerusi tiada kuasa mutlak membuat satu penetapan • Peranan dan kehadiran anggota JK juga adalah kritikal untuk berbahas dan undi penetapan • Disarankan wujudkan portfolio khas angggota JK
  • 93. FAQ : APAKAH PERANAN DAN PORTFOLIO ANGGOTA JK BUKAN JAWATAN MANDATORI? • Saranan : portfolio anggota JK yang lain hendaklah menyentuh perkara berikut:- • Wakil blok (wajib jika sub mc) • Keselamatan dan lalu lintas • Aduan • Kebersihan dan keceriaan • Komunikasi • Kolam renang dan gym (jika berkaitan)
  • 94. PENAMAAN ANGGOTA JAWATANKUASA PENGURUSAN • Ahli-ahli mesyuarat yang berkelayakan hendaklah mencalonkan penama yang berkelayakan dan disokong dengan seorang ahli mesyuarat yang lain. • Pengerusi hendaklah memberikan masa yang wajar bagi menggalakkan lebih ramai calon dinamakan • Sebaik-baiknya tidak didominasi oleh satu jantina, usia dan etnik • Tiada pemilihan untuk Jawatan • ditutup sehinggalah seorang ahli mesyuarat mencadangkannya dan disokong SYOR MASA 10 - 15 MINIT
  • 95. UNDIAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA PENGURUSAN • Secara lumrahnya, undian dilakukan secara angkat tangan • kaedah pengundian jika telah dituntut dan diputuskan terlebih awal • pengerusi mempunyai undi pemutus dalam hal jumlah undian yang sama banyak SYOR MASA 10 MINIT
  • 96. UNDIAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA PENGURUSAN • SYOR : Bilangan undian oleh seorang pemilik dalam AGM bersamaan dengan bilangan Anggota yang ingin dipilih. • Senarai penama-penama yang dicalonkan dirombak susunannya sebelum pengundian. • Elak kecenderungan penama-penama awal menerima undian tertinggi. SYOR MASA 3 - 5 MINIT
  • 97. UNDIAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA PENGURUSAN • Memperkenalkan penama-penama sebelum pengundian. • Boleh berada bersama- sama ketika pengundian dan mengundi SYOR MASA 3 - 5 MINIT5TH MILESTONE
  • 98. PERBAHASAN DAN PEMUTUS USUL SYOR MASA 10 -15 MINIT Pembentangan Usul Sokongan Usul Perbahasan Usul Undian UsulUntuk setiap usul • Lazimnya dibentangkan oleh Pengerusi • Hanya dibentangkan oleh pencadang jika ia satu keperluan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih tepat dan baik terhadap usul berkenaan
  • 99. PERBAHASAN DAN PEMUTUS USUL SYOR MASA 10 -15 MINIT Pembentangan Usul Sokongan Usul Perbahasan Usul Undian UsulUntuk setiap usul • pengerusi hendaklah meminta seorang ahli mesyuarat untuk menyokongnya
  • 100. PERBAHASAN DAN PEMUTUS USUL SYOR MASA 10 -15 MINIT Pembentangan Usul Sokongan Usul Perbahasan Usul Undian UsulUntuk setiap usul Amalan terbaik perbahasan berdasarkan Robert’s Rules of Order • Bahasan merujuk kepada Pengerusi dan bukannya kepada pencadang usul • Tidak membahaskan personaliti pencadang • Tidak lebih dari 5 orang untuk membahaskannya (3 paling ideal) • Seorang berpeluang maksimum 10 minit dan tiada peluang kedua • Tiada debat silang (cross-debate)
  • 101. PERBAHASAN DAN PEMUTUS USUL SYOR MASA 10 -15 MINIT Pembentangan Usul Sokongan Usul Perbahasan Usul Undian UsulUntuk setiap usul • hanya pada kiraan angkat tangan orang yang berkelayakan • pihak yang tidak mengangkat tangan dianggap berkecuali dan tidak dikira sebagai undian • Tertibnya, undi terima dahulu kemudian diikuti undi tolak • TIADA usul ditangguh; hanya TERIMA atau TOLAK • Pengerusi mengisytiharkan pemutusnya
  • 102. PEMUTUS KETETAPAN JENIS KETETAPAN SYARAT PENERIMAAN CONTOH USUL BERKAITAN Ketetapan biasa (ordinary resolution) Perlu ada notis sekurang-kurang 7 hari Bilangan undi menerima mengatasi bilangan undi menolak Cadangan pembinaan pagar keselamatan kanak-kanak di kolam renang Ketetapan khas (special resolution) Perlu ada notis sekurang-kurang 21 hari Penerimaan 3/4 daripada orang yang berhak mengundi yang hadir Cadangan pindaan terhadap undang-undang kecil tambahan
  • 103. RESOLUSI PEMUTUS JENIS RESOLUSI SYARAT PENERIMAAN CONTOH USUL BERKAITAN Ketetapan komprehensif (comprehensive resolution) Perlu ada notis sekurang-kurang 30 hari Pengundian dibuat selepas 60 hari dari MAT Penerimaan 2/3 daripada unit syer petak-petak semua pemilik Cadangan penubuhan perbadanan pengurusan subsidiari Ketetapan sebulat suara (uninamous resolution) Perlu ada notis sekurang- kurangnya 21 hari Seratus Peratus (100%) pemilik petak menerima usul dicadangkan Cadangan penamatan pecah bahagi bangunan
  • 104. PENANGGUHAN MESYUARAT • Apabila kesemua agenda mesyuarat agung telah pun dilangsungkan • seorang ahli mesyuarat perlu mengusulkan penangguhan mesyuarat dan disokong oleh seorang ahli mesyuarat yang lain • pengerusi mengumumkan persaraan anggota jawatankuasa pengurusan yang lama • mesyuarat kemudiannya secara rasmi ditamatkan dan bersurai • ANGGOTA JK PENGURUSAN yang dipilih tidak dibenarkan bersurai dan kekal di lokasi untuk pemilihan Jawatan
  • 105. PEMILIHAN JAWATAN • Anggota JK Pengurusan yang baru dilantik hendak bersidang serta merta selepas AGM untuk memilih penjawat Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. • Anggota menamakan calon-calon bagi jawatan dan seterusnya melakukan pengundian. • Secara lumrah, undian adalah secara angkat tangan. • hanya dilakukan sekiranya terdapat lebih dari satu nama dicalonkan pada pemilihan sesuatu jawatan • Jika terdapat persamaan kiraan undi, penentu adalah berdasarkan bilangan syer umpuk tertinggi.
  • 106. PEMILIHAN JAWATAN • calon yang tidak berjaya dipilih dalam jawatan tertentu dibenarkan bertanding dalam jawatan yang lain tetapi perlu dicalonkan semula dan disokong pencalonannya itu • Susunan pemilihan Jawatan secara lazimnya mengikut tertib Pengerusi, Setiausaha, dan Bendahari. • Pemilihan anggota JK Pengurusan lain untuk mengisi Biro/Portfolio tidak perlu dilakukan ketika ini. • Persidangan pemilihan Jawatan ini hendaklah disifatkan sebagai Mesyuarat JK Pengurusan yang pertama bagi sesuatu penggal.
  • 107. RUMUSAN BAB 3 • Pendaftaran • Kuorom mesyuarat • Pengerusi mesyuarat • Permulaan mesyuarat • Pengesahan minit • Pembentangan Akaun Teraudit dan Bajet • Perbahasan usul • Resolusi • Penangguhan
  • 108. BAB 4 : PASCA AGM
  • 109. PENYEDIAAN MINIT MESYUARAT • Merekod dan menyimpan minit prosiding • Ditanda tangani oleh Pengerusi dan Setiausaha • Diedar salinan minit mesyuarat kepada pemilik- pemilik dan dipamer pada papan notis dalam masa 28 hari selepas mesyuarat
  • 110. FORMAT MINIT MESYUARAT • format yang lazim diguna pakai • minit yang mengandungi segala perbincangan dan butiran penting ketika dalam mesyuarat • merekodkan: • nama pencadang dan penyokong • Butiran jumlah undian • format yang biasanya digunakan oleh AGM yang besar dan banyak usul • merekodkan keputusan perbincangan dan usul sahaja • tidak direkodkan nama pencadang dan penyokong • tidak direkodkan butiran jumlah undian
  • 111. FORMAT MINIT MESYUARAT Contoh 5.1 Usul No. 5 … telah dibentangkan dan disokong oleh En. Azree Abidin. 5.1.1 Perbincangan: 5.1.1.1 En. Sarkunan….. 5.1.1.2 Pn. Sandra … 5.1.2 Undian secara angkat tangan merekodkan 32 terima dan 45 tolak. 5.1.3 Mesyuarat memutuskan usul no.5 … adalah ditolak Contoh Agenda 4 : Menentukan bilangan anggota JK Pengurusan 4.1 Mesyuarat secara angkat tangan memutuskan bilangan JK Pengurusan dikekalkan pada 5 orang. Agenda 5 : Pemilihan anggota JK Pengurusan 5.1 Mesyuarat secara angkat setuju memilih En Ramdan sebagai pengerusi JK Pengurusan bagi penggal … 5.2 Mesyuarat setuju memilih Cik Mirah sebagai setiausaha setelah hanya satu pencalonan sahaja.
  • 112. PEMFAILAN MINIT MESYUARAT AGM KE COB • Memfailkan kepada COB salinan-salinan dokumen berikut yang diperakui benar dalam masa 28 hari selepas mesyuarat • Akaun teraudit dan laporan juruaudit yang dibentang dalam AGM; • Ketetapan yang telah diluluskan pada AGM itu; dan, • Minit mesyuarat AGM itu.
  • 113. PAMERAN UMUM • JK Pengurusan hendaklah dalam tempoh masa 28 hari dari tarikh AGM mempamerkan : • Notis ketetapan Caj, caruman kepada kumpulan wang penjelas dan kadar bunga yang ditentukan melalui Borang 5A (JMB) atau Borang 15 (MC) • Salinan minit AGM yang telah dilangsungkan
  • 114. Ceramah dengan ini telah pun:- I. Menerangkan peruntukan perundangan mengenai keahlian Perbadanan Pengurusan dan keanggotaan JK Pengurusan II. Menyampaikan keperluan tempoh untuk panggilan AGM dan ketetapan yang perlu ada dalam AGM; III. Menerangkan kelayakan untuk mengundi dan dipilih sebagai anggota JK Pengurusan ketika AGM; dan IV.Menunjukkan proses pengendalian mesyuarat AGM yang lebih berkesan. RUMUSAN