Pantun ini memberi mesej tentang tanggungjawab manusia di bumi, termasuklah bersabar untuk mencapai kejayaan, bertanggungjawab sebagai pemimpin, serta menghargai dan memelihara budaya dan bahasa.
2. Buat bangsal di tengah hutan,
Tebaslah hutan buat halaman,
Di tepi halaman menanam kubis,
Diselang dengan pokok papaya;
Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman,
Tidak patah digoncang iblis,
Akhirnya tuan menang berjaya.
3. Pantun pertama
Seseorang hendaklah bersabar sebagai
tanda dirinya beriman.Seseorang juga
hendaklah tetap bersabar walaupun
digoda oleh iblis.Kesabaran yang dimiliki
ini membolehkan seseorang itu
memperoleh kejayaan.
4. Ikan teluk parang-parang,
Anak ketam disangka lelabi,
Berburu musim tengkujuh,
Dapat buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,
Cucu adam sepaian nabi,
Turun dari langit ketujuh,
Jadi khalifah kepada Allah.
5. Pantun kedua
Manusia itu bukanlah sabarang-barang
kejadian kerana semua manusia berasal
daripada nabi Adam.Semua manusia
bertanggungjawab menjadi khalifah
(terpimpin) di dunia ini.
6. Lengkung-lengkung apa dipaku,
Paku jatuh patah dua,
Menjadi riuh orang di darat,
Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
Kerana lalai rosak binasa,
Kebudayaan Timur dinodai Barat,
Bahasa ibunda hina terbiar.
7. Pantun Ketiga
Bumi yang diwarisi daripada nenek
moyang telah rosak kerana kebudayaan
Timur telah dinodai oleh budaya Barat,
manakala bahasa ibunda dibiarkan
terbiar.
8. Tema pantun ini ialah tentang
tanggungjawab manusia di muka bumi
9. Sabar untuk mencapai kejayaan.
Tanggungjawab manusia sebagai
pemimpin di dunia.
Tanggungjawab memelihara budaya dan
bahasa.
11. Pantun ini dikategorikan sebagai puisi
tradisional dan dikenali sebagai Pantun
Lapan Kerat.
Mempunyai tiga rangkap.
Setiap rangkap mempunyai lapan rangkap.
Empat baris pertama dalam setiap
rangkap dikenali sebagai
pembayang,manakala empat baris
berikutnya ialah maksud.
12. Rima akhir bagi pantun ini adalah sama
antara baris,iaitu a-b-c-d-a-b-c-d
Secara keseluruhannya,pantun ini
berbentuk terikat.
14. Kita hendaklah sabar menghadapi
sebarang godaan iblis agar kita beroleh
kejayaan
Kita hendaklah bertanggungjawab
menjadi pemimpin di dunia ini.
Kita hendaklah menghargai dan
memelihara budaya sendiri.
Kita hendaklah mencintai bahasa ibunda.