Cadangan pelan pembangunan bandar Batu Pahat untuk 30 tahun ke depan dengan mengamalkan konsep 4R (reduce, reuse, recycle, replace) dan menitikberatkan pembangunan mapan dari aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial. Termasuk mereka bentuk bandar yang lebih hijau dan dinamik, sistem pengangkutan dan pendidikan yang maju, serta pembangunan infrastruktur seperti masjid dan pejabat yang strategik.
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Projek Bandar Mapan
1. LMCP 1552
PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
TAJUK PROJEK:
PROJEK BANDAR MAPAN
NAMA PENSYARAH:
PROF. IR. DATO’ DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
NAMA & NO MATRIK:
AHMAD TARMIZEE BIN AHMAD ZAIRIN (A167752)
2. SOALAN
Anda diminta untuk mencadangkan pelan
pembangunan Kajang-Bangi atau bandar-
bandar lain yang anda biasa untuk jangka
masa 30 tahun ke hadapan. Cadangan anda
perlu mengandungi ketiga-tiga juzuk
pembangunan mapan, iaitu alam sekitar,
ekonomi dan sosial. Laporan itu tidak
melebihi 20 slides. Anda digalakkan
memuatkan gambar-gambar, lukisan dan
rajah-rajah dalam laporan anda.
3. PENGENALAN
• Pembangunan mapan ialah pembangunan berpaksi
keupayaan sendiri (atau negara) yang mempunyai
kedaulatan penuh ke atas kekayaan alam semula jadi
dan sumber negara.
• Pembangunan mapan bersifat holistik serta spesifik
dari sudut struktur, agensi kemanusiaan dan budaya.
• Islah dalam pembangunan mapan jika diambil
manfaat dan halatujunya dapat menzahirkan negara
sejahtera dan memberi rahmat untuk semua.
4. BANDAR BATU PAHAT
Asal usul nama Batu Pahat disusur kembali melalui
lagenda abad ke-15 apabila tentera Siam menyerang
tempat batu yang dipahat di kampung Minyak Beku.
Batu Pahat sebelum itu dikenali sebagai “Bandar
Penggaram” yang bermaksud “bandar pembuat garam”
yang dibuka pada 1 Januari 1894 oleh Dato’ Muhamad
Salleh bin Perang & Dato’ Bentara Luar Johor.
Saya memilih bandar Batu Pahat kerana kedudukan yang
strategik di negeri Johor iaitu terletak di tenggara Muar,
barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan
Segamat serta menghadap ke Selat Melaka. Ditambah
pula dengan hasil alam semula jadi yang banyak, maka
tidak hairanlah sekiranya bandar ini akan menjadi lebih
maju serta berdaya saing untuk 30 tahun akan datang.