Cerita ini menceritakan perjalanan hidup Mak Timah dalam membesarkan Pungut, anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Walaupun menghadapi kesulitan, Mak Timah tetap setia merawat Pungut dengan kasih sayang. Cerita ini menggambarkan nilai kesabaran dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
3. Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam
membesarkan anak angkatnya yang cacat
selama 24 tahun. Kisah bermula dengan
imbas kembali peristiwa Mak Timah yang
mengambil anak angkatnya yang digelar
Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap
Siew Hong) yang diambil dari keluarga
Bibik yang berketurunan Cina. Pada
peringkat awal Mak Timah berharap saiz
Pungut akan berubah apabila dia besar dan
boleh membantunya apabila dewasa tetapi
sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi
bisu dan pekak serta tidak boleh
menguruskan dirinya sendiri. Hal ini
4. Mak Timah selalu berdoa agar Tuhan mengambil
nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia.
Mak Timah tahu bahawa anaknya Munah dan
Katijah tidak boleh diharapkan untuk membela
Pungut. Anak lelakinya pula sering menyuruh Mak
Timah menghantar Pungut ke rumah kanak- kanak
cacat. Mak Timah biasanya akan menjawab dengan
menyatakan bahawa jika dia mati dahulu barulah
Pungut boleh dihantar ke rumah kanak- kanak
cacat. Anak lelaki Mak Timah biasanya akan
terdiam apabila dia berkata demikian. Pada akhir
cerpen, Mak Timah terus berdoa agar Tuhan
mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum mengambil
nyawanya diambil.
6. Kasih sayang dan kesabaran
seorang ibu terhadap anak
angkatnya yang cacat.
Mak Timah tetap membela Pungut
walaupun anak lelakinya tidak menyukai
Pungut dan menyuruh Mak Timah
menghantar Pungut ke rumah anak-anak
cacat.
8. Ketabahan semasa
membela anak angkat yang
cacat.
Peristiwa Mak Timah tabah
menghadapi dugaan ketika membela
Pungut yang cacat sejak dilahirkan.
9. Mementingkan diri sendiri
Bibik tidak mahu menjaga cucunya
yang cacat dan akan membuang bayi
tersebut jika tiada orang lain yang
hendak membelanya.
10. Kesabaran dalam
menghadapi karenah anak-
anak
Mak Timah bersabar dengan tingkah
laku anak lelakinya yang mahu Mak
Timah menghantar Pungut ke rumah
anak-anak cacat.
11. Keikhlasan dalam memberi
kebajikan tanpa
mengharapkan balasan
Mak Timah selalu berdoa kepada
Tuhan agar mengambil nyawa
Pungut dahulu sebelum mengambil
nyawanya kerana dia tahu tidak
ada sesiapapun akan memelihara
Pungut.
12. Kepincangan masyarakat
terhadap penerimaan anak
yang cacat
Siew Lan dan ibunya, Bibik tidak
menyukai bayi yang baru dilahirkan
Siew Lan kerana bayi tersebut
cacat dan dikatakan membawa sial.
15. • Suaminya bernama
Muhammad
• Mempunyai 3 orang
anak kandung dan
seorang anak angkat
• Telah 24 tahun
membela Pungut
• Kerap sakit kerana
umur meningkat
• Penyayang – menyayangi
anak angkatnya yang cacat
• Tabah – menghadapi dugaan
ketika menjaga Pungut
• Rasional – berharap nyawa
Pungut diambil dahulu
kerana tahu tidak ada
seorang pun yang sanggup
menjaga Pungut.
• Bertanggungjawab –
menyediakan segala
keperluan Pungut sejak kecil
• Sabar – dengan tingkah laku
anak-anaknya yang tidak
menyukai Pungut
17. • Lahir pada tahun
1957
• Berusia 24 tahun
• Cacat anggota sejak
dilahirkan
• Ibu kandungnya
bernama Siew Lan
dan neneknya ialah
Bibik
• Dibela oleh Mak
Timah sejak kecil
• Penyayang –
menyayangi Mak
Timah
• Redha – dengan
kecacatan yang
dialaminya sejak kecil
• Sabar – menghadapi
hidup sebagai orang
yang cacat
19. • Mempunyai anak
bernama Siew Lan
• Mempunyai cucu
bernama Yap Siew
Hong (Pungut)
• Berketurunan cina
Peranakan
• Pandai berbahasa
Melayu
• Mementingkan diri
sendiri – tidak mahu
menjaga cucunya
yang cacat
21. • Merupakan anak
bongsu Mak Timah
• Mempunyai kakak
bernama Katijah dan
Munah
• Mempunyai adik
angkat bernama
Zahara @ Pungut
• Baik Hati –
Membenarkan Mak
Timah tinggal
bersamanya
• Rasional – Menyuruh
Mak Timah
menghantar Pungut
ke rumah kanak-
kanak cacat
30. 1. Masa kini
• Mak Timah menetap di rumah anak lelakinya
bersama Pungut
• Anak lelakinya menyarankan agar Pungut
dihantar ke rumah kanak-kanak cacat
• Mak Timah marah dan berkecil hati
2. Dua puluh empat tahun yang lalu
• Bibik datang memberitahu Mak Timah bahawa
anaknya, Siew Lan telah bersalin
• Mak Timah mengambil anak tersebut kerana
kasihan terhadapnya.
32. 1. Rumah anak lelaki Mak Timah
• Mak Timah menjaga Pungut yang sudah
berusia 24 tahun
• Dia terkenangkan peristiwa 24 tahun yang lalu
• Anaknya menyarankan agar Pungut dihantar
ke rumah kanak-kanak cacat
2. Rumah Mak Timah
• Mak Timah menerima khabar bahawa Siew
Lan telah bersalin daripada Bibik
• Siew Lan tidak mahu anak tersebut kerana
percaya anak itu membawa sial
34. 1. Masyarakat majmuk – bangsa Melayu diwakili
oleh Mak Timah sekeluarga manakala bangsa
cina diwakili oleh Bibik dan Siew Lan
2. Masyarakat yang mempercayai dukun dan
bomoh – Bibik dan Siew Lan mempercayai
‘datok’ bahawa anak Siew Lan mendatangkan
sial.
3. Masyarakat individualistik – anak lelaki Mak
Timah marah kepada Mak Timah kerana
membela Pungut yang tidak mendatangkan apa-
apa.
4. Masyarakat berhati mulia – Mak Timah
menerima anak Siew Lan sebagai anak angkat
kerana kasihan apabila mendapat tahu Siew Lan
akan membuang anak tersebut.