SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
BAB 3 KUASA BELANDA DI TANAH MELAYU 1624-1824
PADA TAHUN 1641, BELANDA BERJAYA MENAKLUKI MELAKA. INI MEMBAWA KE
ARAH DASAR INGIN MELUASKAN IMPERIALISME DI TANAH MELAYU.
Sebelum Belanda menguasai Melaka pada 1641, Portugis terlebih dahulu berjaya
menawan ibu negeri Melayu itu setelah berkali-kali membuat serangan. Namun,
meskipun Portugis berjaya menakluki Melaka, kebimbangan mereka kian meruncing
apabila sering diancam oleh kuasa Acheh dan Belanda. Pada ketika itu, Belanda adalah
di bawah pemerintahan Vereenigde Oost-Indische Campaignie(VOC). Belanda yang
sememangnya sudah lama bertapak di Betawi semenjak tahun 1619, cuba untuk
mendapatkan Melaka dan menjadikan Selat Melaka sebagai pusat perdagangan untuk
memajukan pelabuhan Betawi. Pelabuhan di Betawi merupakan markas Belanda dan
mereka hanya menumpukan perhatian di Betawi semata-mata dengan menggunakan
Selat Melaka untuk memajukan pelabuhan Betawi di Indonesia. Mereka ingin
memonopoli hasil tempatan kerana mereka menganggap segala harta peninggalan
Portugis adalah hak yang diwariskan kepada mereka.
Pada tahun 1636, pemimpin Acheh iaitu Iskandar Muda telah mangkat dan diganti oleh
Iskandar Thani, namun baginda tidak bersungguh-sungguh mendapatkan Melaka
berbanding Iskandar Muda. Oleh hal yang demikian, kemajuan yang dibuat oleh
Belanda terhadap Melaka adalah kurang memuaskan kerana mereka menganggap
Iskandar Muda adalah seorang pemimpin yang sedang berusaha untuk mendapatkan
Melaka. Justeru, Belanda berpendapat bahawa ini dapat melancarkan peluang mereka
yang terbuka luas dan Belanda melancarkan serangan ke atas Portugis dengan bantuan
Johor dengan membekalkan 40 buah kapal serta anak-anak kapalnya, namun serangan
ini gagal. Melaka telah dikepung oleh Belanda selama enam bulan bermula dari bulan
Jun 1640 sehingga Januari 1641. Orang Portugis bertindak balas tetapi disebabkan
keadaan kebuluran yang teruk mengorbankan ramai penduduk bandar itu dan akhirnya
memaksa Portugis menyerah diri.1
1
Prof. Datuk Zainal Abidin Wahid, 1979, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
dan Pustaka
Setelah menguasai Melaka dan Tanah Melayu, “Belanda juga membuat perjanjian
ikatan yang baru dengan pihak tempatan.”2
Mereka menetapkan hak pertuanan ke atas
Rembau dan Naning serta menetapkan cukai 10 % kepada hasil dan barangan yang
masuk ke Melaka.3
Belanda meluaskan pengaruhnya dengan membuat perjanjian-
perjanjian monopoli dan sekiranya usaha sedemikian gagal, mereka menggunakan cara
dengan mengepung kawasan perairan atau mengganggu perkapalan. Disebabkan
Perak enggan sama sekali membuat sebarang persetujuan dengan Belanda telah
menyebabkan kemarahan Belanda. Justeru, untuk memaksa Perak supaya memenuhi
tuntutan Belanda, akhirnya satu perjanjian telah dibuat dengan kuasa pertuanannya iaitu
Acheh supaya membahagi dua perdagangan bijih timah di Perak. Rakyat Perak telah
menunjukkan rasa ketidakpuasan hati dengan membunuh beberapa orang pegawai
Belanda di pusat-pusat perdagangan mereka. Pada 1655, satu usaha dibuat untuk
menubuhkan pusat perdagangan di situ, tetapi gagal. Belanda telah mengepung Perak
dan Acheh selama tiga tahun.4
Dalam tahun 1764, Johor pula telah meminta bantuan Belanda untuk menentang Bugis,
dan ini ternyata telah melemahkan kedudukan mereka untuk sementara waktu dan
memberikan satu peluang yang baik kepada Belanda untuk membuat perjanjian
perdagangan dengan Johor. Perjanjian itu telah memberikan jaminan ke atas hak
istimewa Belanda dan perdagangan yang bebas cukai di semua wilayah Johor, satu
monopoli ke atas bijih timah di Kelang, Linggi dan Selangor juga ditetapkan syarat cukai
yang berbeza terhadap peniaga-peniaga Islam dan India yang datang ke Johor. Isi
kandungan perjanjian itu ternyata telah merugikan Johor tetapi orang Bugislah yang
telah membatalkan rancangan Belanda itu. Oleh kerana orang Bugis pintar dalam
berpolitik maka tidak lama selepas itu mereka dapat menyelesaikan pergaduhan antara
mereka dengan Yang Dipertuan Besar Johor dan telah berdamai dengan Belanda tetapi
perdamaian tersebut hanya pada nama sahaja.5
2 Prof. Datuk Zainal Abidin Wahid, 1979, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
dan Pustaka
3 Ibid.
4 Ibid.
5 Ibid.
Polisi Belanda di Melaka kadang-kadang agak sukar difahami sejauh mengenai negeri-
negeri Melayu. Di suatu sudut VOC tidak berminat dan menentang campur tangan
dalam hal ehwal peribumi tempatan apatahlagi kempen ketenteraan yang melibatkan
kos yang tinggi. Di suatu sudut lain, pentadbir-pentadbir Kompeni Wolanda seperti Van
Vliet dan yang bersefahaman dengannya berpandangan bahawa keupayaan
ketenteraan, serangan, kekerasan, kepungan, ugutan dan sebagainya perlu dilakukan
untuk menjamin keuntungan. Hal ini menunjukkan bahawa VOC hanya melakukan
sesuatu tindakan atas nama keuntungan.6
Selain itu, Belanda mendasarkan hak
pegangan mereka ke atas Melaka melalui penaklukan bersendikan kekuatan senjata.
Dengan menakluk Melaka, Belanda menganggap bahawa mereka mempunyai hak,
kekuasaan dan keberuntungan yang mutlak ke atas Melaka dan tanah jajahannya.
Perluasan kuasa Belanda di Tanah Melayu setelah menguasai Melaka tertumpu kepada
hubungannya dengan Perak, Kedah dan Johor. Hal ini boleh dilihat apabila Belanda
telah cuba menjalin hubungan dengan Perak untuk menguasai perdagangan bijih timah.
Perak merupakan negeri Melayu yang banyak menghasilkan bijih timah, tetapi hasrat
Belanda ini mendapat tentangan hebat penduduk-penduduk tempatan. Pada tahun
1650, orang-orang Perak telah memusnahkan loji Belanda di Hilir Perak dan di Pulau
Pangkor. Belanda telah mendesak Sultan Perak supaya menandatangani perjanjian
perdagangan dan Perak hendaklah menjual bijih timahnya kepada saudagar-saudagar
Belanda. Namun, Sultan Perak enggan mematuhi perjanjian itu malahan baginda telah
menjual bijih timah kepada saudagar-saudagar yang menawarkan harga yang lebih
tinggi. Ini mengakibatkan kemarahan Belanda lalu mereka mengepung Sungai Perak
dan cuba menghalang kegiatan perdagangan di Perak. Tindakan Belanda itu sia-sia
sahaja kerana Perak memindahkan pusat perdagangannya ke tempat lain. Hubungan
Belanda dengan Perak berterusan walaupun Belanda gagal menguasai sepenuhnya
perdagangan bijih timah negeri itu.( HUBUNGAN NEGERI-NEGERI MELAYU DENGAN KUASA
LUAR)
Selain dari Perak, Belanda juga cuba menjalin hubungan dengan negeri Kedah. Belanda
tekah memaksa Sultan Kedah untuk menandatangani perjanjian perdagangan dan
menjual bijih timah kepada pihak Belanda. Sultan Kedah tidak melayan permintaan
6
Abdul Latiff Abu Bakar, 1996, MELAKA dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia,PenerbitUniversiti
Malaya dengan Kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka.
Belanda itu. Baginda bimbang bahawa perjanjian itu akan merosakkan perdagangan di
Kedah. Kedah telah memperolehi keuntungan yang berlipat ganda, hasil daripada jualan
bijih timah kepada saudagar-saudagar India dan Inggeris. Belanda juga bertindak
mengepung Kedah dan menghalang kegiatan perdagangan Kedah dengan saudagar-
saudagar lain. Tetapi tindakan Belanda itu berhasil. Kedah telah memindahkan pusat
perdagangan ke tempat lain. Sebaliknya loji Belanda di Kedah dimusnahkan oleh
penduduk-penduduk tempatan. ( HUBUNGAN NEGERI-NEGERI MELAYU DENGAN KUASA LUAR)
Manakala hubungan Belanda dengan Johor terjalin sejak dari 1606 apabila Belanda
menandatangani satu perjanjian persahabatan dengan Johor. Mengikut perjanjian itu,
Johor telah berjanji untuk membantu Belanda menentang Portugis di Melaka. Tetapi
serangan yang dibuat mengalami kegagalan. Pada tahun 1641, Sultan Abdul Jalil Syah
III sekali lagi menandatangani perjanjian dengan Belanda. Johor berjanji untuk
memerangi Portugis di Melaka. Demi menjaga kepentingannya di Semenanjung Tanah
Melayu, Belanda meneruskan persahabatannya dengan Johor setelah berjaya
mengalahkan Portugis. Selepas kejatuhan Portugis dan Belanda berkuasa di Melaka,
Johor muncul sebagai sebuah kerajaan yang berkembang pesat. Pembesar Johor iaitu
Laksamana Tun Abdul Jamil telah berjaya menjadikan Riau sebagai pusat perdagangan
yang makmur. Di samping itu, kerajaan Acheh yang menjadi pesaing kepada Johor
mengalami kemerosotan. Kemajuan Johor telah membawa kepada persaingan antara
Betawi dan Johor. Betawi merupakan pusat perdagangan dan pentadbiran Belanda.
Namun begitu, kemajuan dan kegemilangan kerajaan Johor berakhir pada penghujung
abad ke-17. Ini disebabkan oleh pembunuhan Sultan Mahmud Syah pada tahun 1699.
Peperangan dan huru-hara berterusan di Johor sejak dari tahun 1718 hinggalah tahun-
tahun 1730-an. Keadaan ini memberi peluang kepada Belanda untuk mengukuhkan
kedudukannya di Selat Melaka. Namun demikian, kedudukan Belanda menjadi lemah
semula dengan kemunculan kuasa luar yang lain di Negeri-negeri Melayu iaitu Bugis.
Bugis muncul sebagai satu kuasa baru yang paling berpengaruh di Selat Melaka.
( HUBUNGAN NEGERI-NEGERI MELAYU DENGAN KUASA LUAR)
Orang Belanda juga mempunyai perhubungan yang rapat dengan Naning.7
Kedatangan
orang Minangkabau dari Sumatera bermula dalam masa Kesultanan Melaka. Emas dari
Minangkabau mendapat pasaran di Melaka. Orang Minangkabau ini mula-mulanya
7
Joginder Singh Jessy,1978,Sejarah Tanah Melayu(1400-1959),DBP: Kuala Lumpur
tinggal di Naning kemudian berpindah di negeri-negeri lain yang akhirnya menjadi
Negeri Sembilan – Rembau, Seri Menanti, Inas, Jelebu, dan Sungai Ujung. Apabila
Kesultanan Melaka jatuh, Naning termasuk dalam pemerintahan orang Portugis. Apabila
pemerintahan ini diserahkan kepada Belanda pada tahun 1641, pembesarnya berjanji
akan taat dan mengaku membayar ufti tiap-tiap tahun dengan wang dan barang-barang.
Akan tetapi kekacauan telah berlaku oleh kerana beberapa hal. Seorang perwakilan
Belanda telah terbunuh dan orang Belanda melancarkan serangan pada awal tahun
1645. Dalam tahun yang berikutnya, kedua-dua pihak berdamai hingga tahun 1673 dan
tiada berlaku sebarang kekacauan.8
Perhubungan Belanda, Naning dan Rembau
menjadi baik setelah Naning dan Rembau menandatangani satu persetiaan dengan
orang Belanda. Akhirnya orang Belanda berpuas hati dengan menerima empat ratus
gantang beras sahaja tiap-tiap tahun sebagai tanda tunduk di bawah takluk Belanda.
3.1 DASAR BELANDA DI TANAH MELAYU
3.1.1 Dasar Pemerintahan di Tanah Melayu (Politik)
Sistem politik Melayu adalah berteraskan diri raja sebagai unsur utama dalam sesebuah
kerajaan. Manakala keluasan, keabsahan dan kesalahan politik pula ditunjangi oleh
unsur-unsur jurai keturunan serta doktrin (daulat, derhaka, tulah, dan sebagainya).
Mana-mana kuasa yang tidak memiliki ciri-ciri sedemikian ketuanan yang dapat
dipertahankan untuk jangka waktu yang panjang. Lagipun, pihak Belanda sejak awal-
awal lagi sebagaimana yang terungkap di dalam Sejarah Melayu (mengenai orang
Portugis) dilihat sebagai sebuah kuasa luar yang berlainan dari segi latar belakang
budaya, agama, dan batas geografi serta bertujuan jahat untuk memporak-peranda dan
merodakkan ketuanan Melayu. Peri laku, perbuatan dan polisi-polisi yang mereka
amalkan selama berada di Melaka tidak disenangi dan jelas sekali mempamerkan
belang mereka. Tidaklah menghairankan, kenapa mereka tidak diterima dan begitu
ditentang secara berdepan oleh kuasa-kuasa tempatan.
Belanda juga mendasarkan hak pegangan mereka ke atas Melaka melalui penaklukan,
bersendikan kekuatan senjata. Dengan menakluk Melaka mereka beranggapan bahawa
ia mempunyai hak, kekuasaan dan keberuntungan yang mutlak ke atas Melaka dan
8
Joginder Singh Jessy,1978,Sejarah Tanah Melayu(1400-1959),DBP: Kuala Lumpur
tanah jajahannya. Justeru, hal ini ternyata bercanggah dengan amalan dan tradisi
kefahaman serta realiti politik peribumi.9
3.1.2 Dasar Ekonomi di Tanah Melayu
Orang-orang Belanda di Timur berjuang untuk mendapat hak-hak monopoli yang
membolehkan mereka membeli barang-barang dengan harga yang murah dan
menjualnya dengan harga yang mahal.10
Selepas menawan Melaka, mereka berharap
hendak mengembangkan dasar ini ke Semenanjung Tanah Melayu dengan tiga cara –
iaitu dengan memaksa semua kapal yang melalui Selat Melaka membayar cukai di
Melaka, dengan mengawal daerah-daerah yang mengeluarkan bijih, dan dengan
menakluki jajahan baru.11
Perdamaian di antara Johor dengan Acheh akhirnya tercapai dengan perantaraan orang
Belanda. Acheh berundur dari Semenanjung Tanah Melayu walaupun Perak terus
tunduk kepadanya. Oleh sebab bijih adalah satu bahan perniagaan yang penting, orang
Belanda menggunakan segala daya usaha mereka mengawal negeri-negeri yang ada
mengeluarkan bijih timah seperti Kedah, Perak, Ujung Salang(Junk Ceylon) dan
Bangeri(berhadapan dengan Ujung Salang).
Negeri yang mula-mula sekali menandatangani satu perjanjian dengan Belanda ialah
negeri Kedah. Dalam bulan Julai 1641, seorang Belanda bernama Jan Hermansen
nebgadajab perundingan dengan Sultan Kedah berkenaan dengan eksport bijih dari
negeri tersebut dan mendapat akuan daripada sultan iaitu setengah daripada hasil bijih
negeri Kedah hendaklah dijualkan kepada orang Belanda. Kapal-kapal tidak dibenarkan
masuk dan berniaga di sana kecuali kalau ada membawa surat kebenaran daripada
pihak Belanda.
9
Abdul Latiff Abu Bakar, 1996, MELAKA dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia,PenerbitUniversiti
Malaya dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka
10
Joginder Singh Jessy,1978, Sejarah Tanah Melayu(1400-1959),DBP: Kuala Lumpur
11
Ibid.
Setahun kemudian orang Belanda menandatangani satu perjanjian mengandungi syarat
sama seperti yang tersebut itu dengan Sultan Perak. Dua tahun selepas itu, dalam bulan
Mac 1643, satu lagi perjanjian yang serupa itu telah ditandatangani dengan Ujung
Salang. Dalam bulan Januari 1645, Bangeri pula turut memberikan orang Belanda hak
monopoli perniagaan bijihnya.
Dasar Belanda ini memberikan kesan yang besar kepada India, oleh sebab saudagar
dari Surat dari semenjak beberapa lama telah pun menjalankan perniagaan kain dan
bijih secara besar-besaran.12
Bijih dari Perak ditukar dengan kain dari Acheh. Akibatnya
perniagaan orang Belanda di Sumatera jatuh. Dengan demikian diambil keputusan
untuk menahan saudagar India ini daripada masuk ke Acheh dan Tanah Melayu. Dalam
tindak balasnya, pihak berkuasa Moghul merampas loji Belanda di Surat. Angkatan laut
Belanda pula merampas dua buah kapal kepunyaan Maharaja Moghul. Pertikaian ini
berakhir dengan dibuat satu persetiaan yang ditandatangani dalam bulan Ogos 1649.
Menurut persetiaan itu pihak berkuasa India mengaku hendak memberhentikan semua
pelayaran ke kawasan yang ada mengeluarkan bijih.13
Belanda yang telah mengukuhkan kedudukan di Melaka terus mengamalkan sistem
Portugis dalam memungut cukai dan mengeluarkan pas kebenaran. Walaupun terdapat
penguasaan yang lebih ketat sistem ini oleh Belanda namun Johor mendapat
kedudukan yang lebih menguntungkan dalam perdagangan berbanding dengan jiran-
jiran Melayunya sebagai hasil perjanjian yang telah ditandatanganinya dengan pihak
Belanda pada tahun 1639 dan kemudian telah membaharui dan memperluaskannya
pada tahun 1642(tetapi malangnya perjanjian itu tidak lagi berkuatkuasa). Pemerintah
dan Orang Kaya Johor telah diberikan keistimewaan perdagangan tertentu oleh Belanda
sebagai satu penghormatan terhadap individu-individu yang penting ini dan sebagai
tanda penghargaan kerana peranan mereka dalam penaklukan Melaka. Permohonan
daripada pemerintah Johor atau Orang Kaya bagi mendapatkan kebenaran berniaga di
setengah-setengah tempat yang jauh, jarang ditolak, dan asalkan kapal Johor itu dijamin
bebas daripada gangguan Belanda di laut.(Kerajaan Johor 1641-1728)
12 Joginder Singh Jessy,1978, Sejarah Tanah Melayu(1400-1959),DBP: Kuala Lumpur
13 Ibid.
3.1.3 Dasar Sosial di Tanah Melayu
Belanda lebih disukai oleh para pembesar Melayu kerana pihak VOC tidak bermusuh
dengan pedagang Islam. Selain itu juga, Belanda juga tidak berhasrat untuk menguasai
seluruh rantau Melayu pada ketika itu serta kepandaian mereka dalam membawa
konsep kerjasama berdasarkan perjanjian. Tambahan lagi, selain daripada hubungan
baik Belanda dengan para pedagang Islam, mereka juga mengamalkan dasar berbaik-
baik dengan Negeri-negeri Melayu yang lain serta mengadakan pakatan Johor-Belanda.
(Nota kuliah)Ia dilihat berbeza dengan Portugis yang mengamalkan sentimen anti-Islam,
Belanda lebih bertolak ansur dan sanggup bekerjasama dengan kerajaan Islam seperti
Johor, Perak dan Kedah.
Namun, hal ini berbeza dengan tulisan Abdul Latiff mengenai sikap Belanda terhadap
perkembangan agama Islam. Sentimen keagamaan merupakan sebuah lagi dimensi
yang dianggap sebagai penentangan terhadap penjajah. Pihak Portugis mahupun
Belanda di Selat Melaka sering dilihat sebagai kuasa luar yang mengancam
pertumbuhan dan perkembangan Islam di Alam Melayu.14
Hal ini turut disokong oleh
tulisan Andaya mengenai Belanda di Melaka di mana turut memaparkan keadaan
sedemikian. Kesultanan Melaka yang suatu masa dahulu menjadi pusat peradaban dan
ketamadunan Melayu-Islam di rantau ini, sudah tentu mempunyai erti kepentingan yang
cukup mendalam di hati dan sanubari warga Alam Melayu.15
Di Melaka, Belanda memperbaharui kubunya dengan menggantikan lambang Portugis
serta membina semula gereja dengan rupa bentuk Dutch Reformed Church. Bangunan
Stadthuys didirikan tidak lama selepas penaklukan dan bangunan-bangunan lain turut
dibina sepanjang 150 tahun mereka di Melaka. Paling ketara adalah gereja baru yang
14
Abdul Latiff Abu Bakar, 1996, MELAKA dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia,PenerbitUniversiti
Malaya dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka
15
Ibid.
didirikan iaitu Christchurch di bandar sebagai tanda ulang tahun keseratus
pemerintahan Belanda di Melaka. Sepanjang masa pemilikan Belanda di Melaka
mereka melarang orang Portugis dan keturunannya untuk mengamalkan agama mereka
secara terbuka. Hal ini dianggap sebagai pantulan daripada kontroversi keagamaan
yang berlaku sekitar abad ke-16 dan ke-17 di Eropah.16
Polisi-polisi penindasan, melalui pureza de sanque, racas contaminados, diskriminasi
keagamaan, dan permusnahan tempat peribadatan sebagaimana yang dilakukan oleh
pihak Portugis cukup diketahui dan tidak disenangi oleh kaum peribumi. Pihak Belanda
yang dikatakan kurang menitikberatkan soal keagamaan juga sebenarnya tidak bebas
daripada permasalahan ini. Jika tidak masakan terjadi insiden apabila dalam tahun 1710
pada hari Ashura, beberapa orang Gujerat ditangkap dan dipenjarakan atas tuduhan
ingin merusuh dan mengusir VOC di Melaka. Malah jauh lebih awal dari itu pun, VOC
sedar bahawa ia “was ringed by an alien, hostile people, bloodthirsty and cruel, forever
ready to respond to the Islamic cry of Jihad, or holy war, in order to drive out the
Christians”.17
Jika inilah yang melambangkan tanggapan dan isi hati pihak penjajah, maka tugas
mengusir mereka tentulah menjadi kewajipan dan visi suci penguasa peribumi. Inilah
yang mereka lakukan iaitu kepada mereka yang gugur di medan juang, mereka
dianggap mati syahid dalam memenuhi tugas keagamaan. Seiringan dengan itu,
timbullah pula khabar yang dikaitkan dengan kekebalan pejuang-pejuang Melayu. Raja
Ibrahim Rembau disifatkan sedemikian pada tahun 1678. Baginda dan para pengikutnya
ingin berjihad menentang Belanda di Melaka. Untuk kesekian kalinya, Belanda tambah
yakin bahawa orang Melayu khususnya Laksamana Johor(1695) “adalah seteru orang
Kristian”.18
16 Kennedy J., 2007,History of Malaya, Synergy Media, KL
17
Abdul Latiff Abu Bakar, 1996, MELAKA dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia,PenerbitUniversiti
Malaya dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka
18
Ibid.
RUJUKAN
Abdul Latiff Abu Bakar, 1996, MELAKA dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia, Penerbit
Universiti Malaya dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka dan Kerajaan
Negeri Melaka.
Emerson R., 1993, Malaysia, University of Malaya Press 1964.
Malaysia Official Year Book Volume Three, 1963, Government Press Kuala Lumpur 1964.
Murphey R., 1996, A History of Asia, 2nd Edition, Harper Collins College Publishers.
Prof. Datuk Zainal Abidin Wahid, 1979, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasadan Pustaka.

More Related Content

What's hot

Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)
Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)
Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)
Muhd Hafiz
 
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
manjaiqbal257
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
Fairuz Alwi
 
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionFaktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Durratun Dian
 
2.4 jelaskan sebab sebab kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
2.4  jelaskan sebab sebab  kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...2.4  jelaskan sebab sebab  kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
2.4 jelaskan sebab sebab kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
Nurul Atikah
 
Sultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahSultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syah
Haslisa Hariono
 
Sistem pemerintahan beraja mutlak di perancis_penggal 1 STPM
Sistem pemerintahan beraja mutlak di perancis_penggal 1 STPMSistem pemerintahan beraja mutlak di perancis_penggal 1 STPM
Sistem pemerintahan beraja mutlak di perancis_penggal 1 STPM
Catherine Inggai
 
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGBAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
Zakira Hafizah
 
Struktur sbub
Struktur sbubStruktur sbub
Struktur sbub
firo HAR
 

What's hot (20)

Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)
Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)
Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)
 
cara peluasan kuasa di johor
cara peluasan kuasa di johorcara peluasan kuasa di johor
cara peluasan kuasa di johor
 
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
 
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH (SBUB) DI SABAH
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH (SBUB) DI SABAHPENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH (SBUB) DI SABAH
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH (SBUB) DI SABAH
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
 
BAB 8 MASYARAKAT PELBAGAI KAUM
BAB 8 MASYARAKAT PELBAGAI KAUMBAB 8 MASYARAKAT PELBAGAI KAUM
BAB 8 MASYARAKAT PELBAGAI KAUM
 
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionFaktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
 
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
Pembentukan malaysia SEJARAH STPM PENGGAL 3
 
2.4 jelaskan sebab sebab kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
2.4  jelaskan sebab sebab  kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...2.4  jelaskan sebab sebab  kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
2.4 jelaskan sebab sebab kedatangan imigran ke tanah melayu serta kesan-kes...
 
Kesan Dasar Imperialisme kepada semangat Nasionalisme
Kesan Dasar Imperialisme kepada semangat NasionalismeKesan Dasar Imperialisme kepada semangat Nasionalisme
Kesan Dasar Imperialisme kepada semangat Nasionalisme
 
Campur tangan British di Myanmar
Campur tangan British di MyanmarCampur tangan British di Myanmar
Campur tangan British di Myanmar
 
Sultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahSultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syah
 
Sistem pemerintahan beraja mutlak di perancis_penggal 1 STPM
Sistem pemerintahan beraja mutlak di perancis_penggal 1 STPMSistem pemerintahan beraja mutlak di perancis_penggal 1 STPM
Sistem pemerintahan beraja mutlak di perancis_penggal 1 STPM
 
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGBAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
 
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKABAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
 
Penjajahan Kuasa Asing
Penjajahan Kuasa AsingPenjajahan Kuasa Asing
Penjajahan Kuasa Asing
 
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2
 
Masyarakat pelbagai kaum
Masyarakat pelbagai kaum Masyarakat pelbagai kaum
Masyarakat pelbagai kaum
 
Struktur sbub
Struktur sbubStruktur sbub
Struktur sbub
 
Perjanjian inggeris belanda 1824
Perjanjian inggeris belanda 1824Perjanjian inggeris belanda 1824
Perjanjian inggeris belanda 1824
 

Similar to Bab 3 kuasa belanda di tanah melayu 1624

PowerPoint PR Sejarah Indo. 11A Ed. 2020 perantiguru.com.pptx
PowerPoint PR Sejarah Indo. 11A Ed. 2020 perantiguru.com.pptxPowerPoint PR Sejarah Indo. 11A Ed. 2020 perantiguru.com.pptx
PowerPoint PR Sejarah Indo. 11A Ed. 2020 perantiguru.com.pptx
AnnesaFaida
 
Sebab Penentangan Masyarakat Indonesia Terhadap Kuasa Barat
Sebab Penentangan Masyarakat Indonesia Terhadap Kuasa BaratSebab Penentangan Masyarakat Indonesia Terhadap Kuasa Barat
Sebab Penentangan Masyarakat Indonesia Terhadap Kuasa Barat
SyahmiNasrul
 
Rangkuman Untuk Ulangan IPS
Rangkuman Untuk Ulangan IPSRangkuman Untuk Ulangan IPS
Rangkuman Untuk Ulangan IPS
canisius75
 
Dampak kebijakan pemerintah kolonial terhadap masyarakat indonesia
Dampak kebijakan pemerintah kolonial terhadap masyarakat indonesiaDampak kebijakan pemerintah kolonial terhadap masyarakat indonesia
Dampak kebijakan pemerintah kolonial terhadap masyarakat indonesia
Operator Warnet Vast Raha
 
Bab 2 Perlawanan Bangsa Indonesia terhadap Penjajahan Bangsa Eropa.pptx
Bab 2 Perlawanan Bangsa Indonesia terhadap Penjajahan Bangsa Eropa.pptxBab 2 Perlawanan Bangsa Indonesia terhadap Penjajahan Bangsa Eropa.pptx
Bab 2 Perlawanan Bangsa Indonesia terhadap Penjajahan Bangsa Eropa.pptx
EdukasiSejarah
 

Similar to Bab 3 kuasa belanda di tanah melayu 1624 (20)

Perluasan pengaruh bangsa eropa di indonesia
Perluasan pengaruh bangsa eropa di indonesiaPerluasan pengaruh bangsa eropa di indonesia
Perluasan pengaruh bangsa eropa di indonesia
 
Perang melawan kolonialisme
Perang melawan kolonialismePerang melawan kolonialisme
Perang melawan kolonialisme
 
Perlawanan Bangsa Indonesia Terhadap Praktik Kolonial
Perlawanan Bangsa Indonesia Terhadap Praktik KolonialPerlawanan Bangsa Indonesia Terhadap Praktik Kolonial
Perlawanan Bangsa Indonesia Terhadap Praktik Kolonial
 
Sejaraah indo
Sejaraah indoSejaraah indo
Sejaraah indo
 
Penjajahan VOC dan Reaksi Bangsa Indonesia
Penjajahan VOC dan Reaksi Bangsa IndonesiaPenjajahan VOC dan Reaksi Bangsa Indonesia
Penjajahan VOC dan Reaksi Bangsa Indonesia
 
Datangnya Kolonialisme dan Imperialisme Barat di Indonesia & Kebijakan Peme...
Datangnya Kolonialisme dan Imperialisme Barat di Indonesia & Kebijakan Peme...Datangnya Kolonialisme dan Imperialisme Barat di Indonesia & Kebijakan Peme...
Datangnya Kolonialisme dan Imperialisme Barat di Indonesia & Kebijakan Peme...
 
2784
27842784
2784
 
2784
27842784
2784
 
Pertentangan Raja Melawan Penguasa Pesisir, Konfrontasi Mataram Melawan voc, ...
Pertentangan Raja Melawan Penguasa Pesisir, Konfrontasi Mataram Melawan voc, ...Pertentangan Raja Melawan Penguasa Pesisir, Konfrontasi Mataram Melawan voc, ...
Pertentangan Raja Melawan Penguasa Pesisir, Konfrontasi Mataram Melawan voc, ...
 
PowerPoint PR Sejarah Indo. 11A Ed. 2020 perantiguru.com.pptx
PowerPoint PR Sejarah Indo. 11A Ed. 2020 perantiguru.com.pptxPowerPoint PR Sejarah Indo. 11A Ed. 2020 perantiguru.com.pptx
PowerPoint PR Sejarah Indo. 11A Ed. 2020 perantiguru.com.pptx
 
2020 perantiguru.com.pptx
2020 perantiguru.com.pptx2020 perantiguru.com.pptx
2020 perantiguru.com.pptx
 
VOC
VOCVOC
VOC
 
SEMESTER 1.pptx
SEMESTER 1.pptxSEMESTER 1.pptx
SEMESTER 1.pptx
 
Sebab Penentangan Masyarakat Indonesia Terhadap Kuasa Barat
Sebab Penentangan Masyarakat Indonesia Terhadap Kuasa BaratSebab Penentangan Masyarakat Indonesia Terhadap Kuasa Barat
Sebab Penentangan Masyarakat Indonesia Terhadap Kuasa Barat
 
Rangkuman Untuk Ulangan IPS
Rangkuman Untuk Ulangan IPSRangkuman Untuk Ulangan IPS
Rangkuman Untuk Ulangan IPS
 
masa penjajahan bangsa kolonial di indonesia
masa penjajahan bangsa kolonial di indonesiamasa penjajahan bangsa kolonial di indonesia
masa penjajahan bangsa kolonial di indonesia
 
Perlawanan Kerajaan Islam di Jawa
Perlawanan Kerajaan Islam di JawaPerlawanan Kerajaan Islam di Jawa
Perlawanan Kerajaan Islam di Jawa
 
Dampak kebijakan pemerintah kolonial terhadap masyarakat indonesia
Dampak kebijakan pemerintah kolonial terhadap masyarakat indonesiaDampak kebijakan pemerintah kolonial terhadap masyarakat indonesia
Dampak kebijakan pemerintah kolonial terhadap masyarakat indonesia
 
Tugas
TugasTugas
Tugas
 
Bab 2 Perlawanan Bangsa Indonesia terhadap Penjajahan Bangsa Eropa.pptx
Bab 2 Perlawanan Bangsa Indonesia terhadap Penjajahan Bangsa Eropa.pptxBab 2 Perlawanan Bangsa Indonesia terhadap Penjajahan Bangsa Eropa.pptx
Bab 2 Perlawanan Bangsa Indonesia terhadap Penjajahan Bangsa Eropa.pptx
 

Recently uploaded

Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
saptari3
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 

Recently uploaded (20)

MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 

Bab 3 kuasa belanda di tanah melayu 1624

  • 1. BAB 3 KUASA BELANDA DI TANAH MELAYU 1624-1824 PADA TAHUN 1641, BELANDA BERJAYA MENAKLUKI MELAKA. INI MEMBAWA KE ARAH DASAR INGIN MELUASKAN IMPERIALISME DI TANAH MELAYU. Sebelum Belanda menguasai Melaka pada 1641, Portugis terlebih dahulu berjaya menawan ibu negeri Melayu itu setelah berkali-kali membuat serangan. Namun, meskipun Portugis berjaya menakluki Melaka, kebimbangan mereka kian meruncing apabila sering diancam oleh kuasa Acheh dan Belanda. Pada ketika itu, Belanda adalah di bawah pemerintahan Vereenigde Oost-Indische Campaignie(VOC). Belanda yang sememangnya sudah lama bertapak di Betawi semenjak tahun 1619, cuba untuk mendapatkan Melaka dan menjadikan Selat Melaka sebagai pusat perdagangan untuk memajukan pelabuhan Betawi. Pelabuhan di Betawi merupakan markas Belanda dan mereka hanya menumpukan perhatian di Betawi semata-mata dengan menggunakan Selat Melaka untuk memajukan pelabuhan Betawi di Indonesia. Mereka ingin memonopoli hasil tempatan kerana mereka menganggap segala harta peninggalan Portugis adalah hak yang diwariskan kepada mereka. Pada tahun 1636, pemimpin Acheh iaitu Iskandar Muda telah mangkat dan diganti oleh Iskandar Thani, namun baginda tidak bersungguh-sungguh mendapatkan Melaka berbanding Iskandar Muda. Oleh hal yang demikian, kemajuan yang dibuat oleh Belanda terhadap Melaka adalah kurang memuaskan kerana mereka menganggap Iskandar Muda adalah seorang pemimpin yang sedang berusaha untuk mendapatkan Melaka. Justeru, Belanda berpendapat bahawa ini dapat melancarkan peluang mereka yang terbuka luas dan Belanda melancarkan serangan ke atas Portugis dengan bantuan Johor dengan membekalkan 40 buah kapal serta anak-anak kapalnya, namun serangan ini gagal. Melaka telah dikepung oleh Belanda selama enam bulan bermula dari bulan Jun 1640 sehingga Januari 1641. Orang Portugis bertindak balas tetapi disebabkan keadaan kebuluran yang teruk mengorbankan ramai penduduk bandar itu dan akhirnya memaksa Portugis menyerah diri.1 1 Prof. Datuk Zainal Abidin Wahid, 1979, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
  • 2. Setelah menguasai Melaka dan Tanah Melayu, “Belanda juga membuat perjanjian ikatan yang baru dengan pihak tempatan.”2 Mereka menetapkan hak pertuanan ke atas Rembau dan Naning serta menetapkan cukai 10 % kepada hasil dan barangan yang masuk ke Melaka.3 Belanda meluaskan pengaruhnya dengan membuat perjanjian- perjanjian monopoli dan sekiranya usaha sedemikian gagal, mereka menggunakan cara dengan mengepung kawasan perairan atau mengganggu perkapalan. Disebabkan Perak enggan sama sekali membuat sebarang persetujuan dengan Belanda telah menyebabkan kemarahan Belanda. Justeru, untuk memaksa Perak supaya memenuhi tuntutan Belanda, akhirnya satu perjanjian telah dibuat dengan kuasa pertuanannya iaitu Acheh supaya membahagi dua perdagangan bijih timah di Perak. Rakyat Perak telah menunjukkan rasa ketidakpuasan hati dengan membunuh beberapa orang pegawai Belanda di pusat-pusat perdagangan mereka. Pada 1655, satu usaha dibuat untuk menubuhkan pusat perdagangan di situ, tetapi gagal. Belanda telah mengepung Perak dan Acheh selama tiga tahun.4 Dalam tahun 1764, Johor pula telah meminta bantuan Belanda untuk menentang Bugis, dan ini ternyata telah melemahkan kedudukan mereka untuk sementara waktu dan memberikan satu peluang yang baik kepada Belanda untuk membuat perjanjian perdagangan dengan Johor. Perjanjian itu telah memberikan jaminan ke atas hak istimewa Belanda dan perdagangan yang bebas cukai di semua wilayah Johor, satu monopoli ke atas bijih timah di Kelang, Linggi dan Selangor juga ditetapkan syarat cukai yang berbeza terhadap peniaga-peniaga Islam dan India yang datang ke Johor. Isi kandungan perjanjian itu ternyata telah merugikan Johor tetapi orang Bugislah yang telah membatalkan rancangan Belanda itu. Oleh kerana orang Bugis pintar dalam berpolitik maka tidak lama selepas itu mereka dapat menyelesaikan pergaduhan antara mereka dengan Yang Dipertuan Besar Johor dan telah berdamai dengan Belanda tetapi perdamaian tersebut hanya pada nama sahaja.5 2 Prof. Datuk Zainal Abidin Wahid, 1979, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka 3 Ibid. 4 Ibid. 5 Ibid.
  • 3. Polisi Belanda di Melaka kadang-kadang agak sukar difahami sejauh mengenai negeri- negeri Melayu. Di suatu sudut VOC tidak berminat dan menentang campur tangan dalam hal ehwal peribumi tempatan apatahlagi kempen ketenteraan yang melibatkan kos yang tinggi. Di suatu sudut lain, pentadbir-pentadbir Kompeni Wolanda seperti Van Vliet dan yang bersefahaman dengannya berpandangan bahawa keupayaan ketenteraan, serangan, kekerasan, kepungan, ugutan dan sebagainya perlu dilakukan untuk menjamin keuntungan. Hal ini menunjukkan bahawa VOC hanya melakukan sesuatu tindakan atas nama keuntungan.6 Selain itu, Belanda mendasarkan hak pegangan mereka ke atas Melaka melalui penaklukan bersendikan kekuatan senjata. Dengan menakluk Melaka, Belanda menganggap bahawa mereka mempunyai hak, kekuasaan dan keberuntungan yang mutlak ke atas Melaka dan tanah jajahannya. Perluasan kuasa Belanda di Tanah Melayu setelah menguasai Melaka tertumpu kepada hubungannya dengan Perak, Kedah dan Johor. Hal ini boleh dilihat apabila Belanda telah cuba menjalin hubungan dengan Perak untuk menguasai perdagangan bijih timah. Perak merupakan negeri Melayu yang banyak menghasilkan bijih timah, tetapi hasrat Belanda ini mendapat tentangan hebat penduduk-penduduk tempatan. Pada tahun 1650, orang-orang Perak telah memusnahkan loji Belanda di Hilir Perak dan di Pulau Pangkor. Belanda telah mendesak Sultan Perak supaya menandatangani perjanjian perdagangan dan Perak hendaklah menjual bijih timahnya kepada saudagar-saudagar Belanda. Namun, Sultan Perak enggan mematuhi perjanjian itu malahan baginda telah menjual bijih timah kepada saudagar-saudagar yang menawarkan harga yang lebih tinggi. Ini mengakibatkan kemarahan Belanda lalu mereka mengepung Sungai Perak dan cuba menghalang kegiatan perdagangan di Perak. Tindakan Belanda itu sia-sia sahaja kerana Perak memindahkan pusat perdagangannya ke tempat lain. Hubungan Belanda dengan Perak berterusan walaupun Belanda gagal menguasai sepenuhnya perdagangan bijih timah negeri itu.( HUBUNGAN NEGERI-NEGERI MELAYU DENGAN KUASA LUAR) Selain dari Perak, Belanda juga cuba menjalin hubungan dengan negeri Kedah. Belanda tekah memaksa Sultan Kedah untuk menandatangani perjanjian perdagangan dan menjual bijih timah kepada pihak Belanda. Sultan Kedah tidak melayan permintaan 6 Abdul Latiff Abu Bakar, 1996, MELAKA dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia,PenerbitUniversiti Malaya dengan Kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka.
  • 4. Belanda itu. Baginda bimbang bahawa perjanjian itu akan merosakkan perdagangan di Kedah. Kedah telah memperolehi keuntungan yang berlipat ganda, hasil daripada jualan bijih timah kepada saudagar-saudagar India dan Inggeris. Belanda juga bertindak mengepung Kedah dan menghalang kegiatan perdagangan Kedah dengan saudagar- saudagar lain. Tetapi tindakan Belanda itu berhasil. Kedah telah memindahkan pusat perdagangan ke tempat lain. Sebaliknya loji Belanda di Kedah dimusnahkan oleh penduduk-penduduk tempatan. ( HUBUNGAN NEGERI-NEGERI MELAYU DENGAN KUASA LUAR) Manakala hubungan Belanda dengan Johor terjalin sejak dari 1606 apabila Belanda menandatangani satu perjanjian persahabatan dengan Johor. Mengikut perjanjian itu, Johor telah berjanji untuk membantu Belanda menentang Portugis di Melaka. Tetapi serangan yang dibuat mengalami kegagalan. Pada tahun 1641, Sultan Abdul Jalil Syah III sekali lagi menandatangani perjanjian dengan Belanda. Johor berjanji untuk memerangi Portugis di Melaka. Demi menjaga kepentingannya di Semenanjung Tanah Melayu, Belanda meneruskan persahabatannya dengan Johor setelah berjaya mengalahkan Portugis. Selepas kejatuhan Portugis dan Belanda berkuasa di Melaka, Johor muncul sebagai sebuah kerajaan yang berkembang pesat. Pembesar Johor iaitu Laksamana Tun Abdul Jamil telah berjaya menjadikan Riau sebagai pusat perdagangan yang makmur. Di samping itu, kerajaan Acheh yang menjadi pesaing kepada Johor mengalami kemerosotan. Kemajuan Johor telah membawa kepada persaingan antara Betawi dan Johor. Betawi merupakan pusat perdagangan dan pentadbiran Belanda. Namun begitu, kemajuan dan kegemilangan kerajaan Johor berakhir pada penghujung abad ke-17. Ini disebabkan oleh pembunuhan Sultan Mahmud Syah pada tahun 1699. Peperangan dan huru-hara berterusan di Johor sejak dari tahun 1718 hinggalah tahun- tahun 1730-an. Keadaan ini memberi peluang kepada Belanda untuk mengukuhkan kedudukannya di Selat Melaka. Namun demikian, kedudukan Belanda menjadi lemah semula dengan kemunculan kuasa luar yang lain di Negeri-negeri Melayu iaitu Bugis. Bugis muncul sebagai satu kuasa baru yang paling berpengaruh di Selat Melaka. ( HUBUNGAN NEGERI-NEGERI MELAYU DENGAN KUASA LUAR) Orang Belanda juga mempunyai perhubungan yang rapat dengan Naning.7 Kedatangan orang Minangkabau dari Sumatera bermula dalam masa Kesultanan Melaka. Emas dari Minangkabau mendapat pasaran di Melaka. Orang Minangkabau ini mula-mulanya 7 Joginder Singh Jessy,1978,Sejarah Tanah Melayu(1400-1959),DBP: Kuala Lumpur
  • 5. tinggal di Naning kemudian berpindah di negeri-negeri lain yang akhirnya menjadi Negeri Sembilan – Rembau, Seri Menanti, Inas, Jelebu, dan Sungai Ujung. Apabila Kesultanan Melaka jatuh, Naning termasuk dalam pemerintahan orang Portugis. Apabila pemerintahan ini diserahkan kepada Belanda pada tahun 1641, pembesarnya berjanji akan taat dan mengaku membayar ufti tiap-tiap tahun dengan wang dan barang-barang. Akan tetapi kekacauan telah berlaku oleh kerana beberapa hal. Seorang perwakilan Belanda telah terbunuh dan orang Belanda melancarkan serangan pada awal tahun 1645. Dalam tahun yang berikutnya, kedua-dua pihak berdamai hingga tahun 1673 dan tiada berlaku sebarang kekacauan.8 Perhubungan Belanda, Naning dan Rembau menjadi baik setelah Naning dan Rembau menandatangani satu persetiaan dengan orang Belanda. Akhirnya orang Belanda berpuas hati dengan menerima empat ratus gantang beras sahaja tiap-tiap tahun sebagai tanda tunduk di bawah takluk Belanda. 3.1 DASAR BELANDA DI TANAH MELAYU 3.1.1 Dasar Pemerintahan di Tanah Melayu (Politik) Sistem politik Melayu adalah berteraskan diri raja sebagai unsur utama dalam sesebuah kerajaan. Manakala keluasan, keabsahan dan kesalahan politik pula ditunjangi oleh unsur-unsur jurai keturunan serta doktrin (daulat, derhaka, tulah, dan sebagainya). Mana-mana kuasa yang tidak memiliki ciri-ciri sedemikian ketuanan yang dapat dipertahankan untuk jangka waktu yang panjang. Lagipun, pihak Belanda sejak awal- awal lagi sebagaimana yang terungkap di dalam Sejarah Melayu (mengenai orang Portugis) dilihat sebagai sebuah kuasa luar yang berlainan dari segi latar belakang budaya, agama, dan batas geografi serta bertujuan jahat untuk memporak-peranda dan merodakkan ketuanan Melayu. Peri laku, perbuatan dan polisi-polisi yang mereka amalkan selama berada di Melaka tidak disenangi dan jelas sekali mempamerkan belang mereka. Tidaklah menghairankan, kenapa mereka tidak diterima dan begitu ditentang secara berdepan oleh kuasa-kuasa tempatan. Belanda juga mendasarkan hak pegangan mereka ke atas Melaka melalui penaklukan, bersendikan kekuatan senjata. Dengan menakluk Melaka mereka beranggapan bahawa ia mempunyai hak, kekuasaan dan keberuntungan yang mutlak ke atas Melaka dan 8 Joginder Singh Jessy,1978,Sejarah Tanah Melayu(1400-1959),DBP: Kuala Lumpur
  • 6. tanah jajahannya. Justeru, hal ini ternyata bercanggah dengan amalan dan tradisi kefahaman serta realiti politik peribumi.9 3.1.2 Dasar Ekonomi di Tanah Melayu Orang-orang Belanda di Timur berjuang untuk mendapat hak-hak monopoli yang membolehkan mereka membeli barang-barang dengan harga yang murah dan menjualnya dengan harga yang mahal.10 Selepas menawan Melaka, mereka berharap hendak mengembangkan dasar ini ke Semenanjung Tanah Melayu dengan tiga cara – iaitu dengan memaksa semua kapal yang melalui Selat Melaka membayar cukai di Melaka, dengan mengawal daerah-daerah yang mengeluarkan bijih, dan dengan menakluki jajahan baru.11 Perdamaian di antara Johor dengan Acheh akhirnya tercapai dengan perantaraan orang Belanda. Acheh berundur dari Semenanjung Tanah Melayu walaupun Perak terus tunduk kepadanya. Oleh sebab bijih adalah satu bahan perniagaan yang penting, orang Belanda menggunakan segala daya usaha mereka mengawal negeri-negeri yang ada mengeluarkan bijih timah seperti Kedah, Perak, Ujung Salang(Junk Ceylon) dan Bangeri(berhadapan dengan Ujung Salang). Negeri yang mula-mula sekali menandatangani satu perjanjian dengan Belanda ialah negeri Kedah. Dalam bulan Julai 1641, seorang Belanda bernama Jan Hermansen nebgadajab perundingan dengan Sultan Kedah berkenaan dengan eksport bijih dari negeri tersebut dan mendapat akuan daripada sultan iaitu setengah daripada hasil bijih negeri Kedah hendaklah dijualkan kepada orang Belanda. Kapal-kapal tidak dibenarkan masuk dan berniaga di sana kecuali kalau ada membawa surat kebenaran daripada pihak Belanda. 9 Abdul Latiff Abu Bakar, 1996, MELAKA dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia,PenerbitUniversiti Malaya dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka 10 Joginder Singh Jessy,1978, Sejarah Tanah Melayu(1400-1959),DBP: Kuala Lumpur 11 Ibid.
  • 7. Setahun kemudian orang Belanda menandatangani satu perjanjian mengandungi syarat sama seperti yang tersebut itu dengan Sultan Perak. Dua tahun selepas itu, dalam bulan Mac 1643, satu lagi perjanjian yang serupa itu telah ditandatangani dengan Ujung Salang. Dalam bulan Januari 1645, Bangeri pula turut memberikan orang Belanda hak monopoli perniagaan bijihnya. Dasar Belanda ini memberikan kesan yang besar kepada India, oleh sebab saudagar dari Surat dari semenjak beberapa lama telah pun menjalankan perniagaan kain dan bijih secara besar-besaran.12 Bijih dari Perak ditukar dengan kain dari Acheh. Akibatnya perniagaan orang Belanda di Sumatera jatuh. Dengan demikian diambil keputusan untuk menahan saudagar India ini daripada masuk ke Acheh dan Tanah Melayu. Dalam tindak balasnya, pihak berkuasa Moghul merampas loji Belanda di Surat. Angkatan laut Belanda pula merampas dua buah kapal kepunyaan Maharaja Moghul. Pertikaian ini berakhir dengan dibuat satu persetiaan yang ditandatangani dalam bulan Ogos 1649. Menurut persetiaan itu pihak berkuasa India mengaku hendak memberhentikan semua pelayaran ke kawasan yang ada mengeluarkan bijih.13 Belanda yang telah mengukuhkan kedudukan di Melaka terus mengamalkan sistem Portugis dalam memungut cukai dan mengeluarkan pas kebenaran. Walaupun terdapat penguasaan yang lebih ketat sistem ini oleh Belanda namun Johor mendapat kedudukan yang lebih menguntungkan dalam perdagangan berbanding dengan jiran- jiran Melayunya sebagai hasil perjanjian yang telah ditandatanganinya dengan pihak Belanda pada tahun 1639 dan kemudian telah membaharui dan memperluaskannya pada tahun 1642(tetapi malangnya perjanjian itu tidak lagi berkuatkuasa). Pemerintah dan Orang Kaya Johor telah diberikan keistimewaan perdagangan tertentu oleh Belanda sebagai satu penghormatan terhadap individu-individu yang penting ini dan sebagai tanda penghargaan kerana peranan mereka dalam penaklukan Melaka. Permohonan daripada pemerintah Johor atau Orang Kaya bagi mendapatkan kebenaran berniaga di setengah-setengah tempat yang jauh, jarang ditolak, dan asalkan kapal Johor itu dijamin bebas daripada gangguan Belanda di laut.(Kerajaan Johor 1641-1728) 12 Joginder Singh Jessy,1978, Sejarah Tanah Melayu(1400-1959),DBP: Kuala Lumpur 13 Ibid.
  • 8. 3.1.3 Dasar Sosial di Tanah Melayu Belanda lebih disukai oleh para pembesar Melayu kerana pihak VOC tidak bermusuh dengan pedagang Islam. Selain itu juga, Belanda juga tidak berhasrat untuk menguasai seluruh rantau Melayu pada ketika itu serta kepandaian mereka dalam membawa konsep kerjasama berdasarkan perjanjian. Tambahan lagi, selain daripada hubungan baik Belanda dengan para pedagang Islam, mereka juga mengamalkan dasar berbaik- baik dengan Negeri-negeri Melayu yang lain serta mengadakan pakatan Johor-Belanda. (Nota kuliah)Ia dilihat berbeza dengan Portugis yang mengamalkan sentimen anti-Islam, Belanda lebih bertolak ansur dan sanggup bekerjasama dengan kerajaan Islam seperti Johor, Perak dan Kedah. Namun, hal ini berbeza dengan tulisan Abdul Latiff mengenai sikap Belanda terhadap perkembangan agama Islam. Sentimen keagamaan merupakan sebuah lagi dimensi yang dianggap sebagai penentangan terhadap penjajah. Pihak Portugis mahupun Belanda di Selat Melaka sering dilihat sebagai kuasa luar yang mengancam pertumbuhan dan perkembangan Islam di Alam Melayu.14 Hal ini turut disokong oleh tulisan Andaya mengenai Belanda di Melaka di mana turut memaparkan keadaan sedemikian. Kesultanan Melaka yang suatu masa dahulu menjadi pusat peradaban dan ketamadunan Melayu-Islam di rantau ini, sudah tentu mempunyai erti kepentingan yang cukup mendalam di hati dan sanubari warga Alam Melayu.15 Di Melaka, Belanda memperbaharui kubunya dengan menggantikan lambang Portugis serta membina semula gereja dengan rupa bentuk Dutch Reformed Church. Bangunan Stadthuys didirikan tidak lama selepas penaklukan dan bangunan-bangunan lain turut dibina sepanjang 150 tahun mereka di Melaka. Paling ketara adalah gereja baru yang 14 Abdul Latiff Abu Bakar, 1996, MELAKA dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia,PenerbitUniversiti Malaya dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka 15 Ibid.
  • 9. didirikan iaitu Christchurch di bandar sebagai tanda ulang tahun keseratus pemerintahan Belanda di Melaka. Sepanjang masa pemilikan Belanda di Melaka mereka melarang orang Portugis dan keturunannya untuk mengamalkan agama mereka secara terbuka. Hal ini dianggap sebagai pantulan daripada kontroversi keagamaan yang berlaku sekitar abad ke-16 dan ke-17 di Eropah.16 Polisi-polisi penindasan, melalui pureza de sanque, racas contaminados, diskriminasi keagamaan, dan permusnahan tempat peribadatan sebagaimana yang dilakukan oleh pihak Portugis cukup diketahui dan tidak disenangi oleh kaum peribumi. Pihak Belanda yang dikatakan kurang menitikberatkan soal keagamaan juga sebenarnya tidak bebas daripada permasalahan ini. Jika tidak masakan terjadi insiden apabila dalam tahun 1710 pada hari Ashura, beberapa orang Gujerat ditangkap dan dipenjarakan atas tuduhan ingin merusuh dan mengusir VOC di Melaka. Malah jauh lebih awal dari itu pun, VOC sedar bahawa ia “was ringed by an alien, hostile people, bloodthirsty and cruel, forever ready to respond to the Islamic cry of Jihad, or holy war, in order to drive out the Christians”.17 Jika inilah yang melambangkan tanggapan dan isi hati pihak penjajah, maka tugas mengusir mereka tentulah menjadi kewajipan dan visi suci penguasa peribumi. Inilah yang mereka lakukan iaitu kepada mereka yang gugur di medan juang, mereka dianggap mati syahid dalam memenuhi tugas keagamaan. Seiringan dengan itu, timbullah pula khabar yang dikaitkan dengan kekebalan pejuang-pejuang Melayu. Raja Ibrahim Rembau disifatkan sedemikian pada tahun 1678. Baginda dan para pengikutnya ingin berjihad menentang Belanda di Melaka. Untuk kesekian kalinya, Belanda tambah yakin bahawa orang Melayu khususnya Laksamana Johor(1695) “adalah seteru orang Kristian”.18 16 Kennedy J., 2007,History of Malaya, Synergy Media, KL 17 Abdul Latiff Abu Bakar, 1996, MELAKA dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia,PenerbitUniversiti Malaya dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka 18 Ibid.
  • 10. RUJUKAN Abdul Latiff Abu Bakar, 1996, MELAKA dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia, Penerbit Universiti Malaya dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka. Emerson R., 1993, Malaysia, University of Malaya Press 1964. Malaysia Official Year Book Volume Three, 1963, Government Press Kuala Lumpur 1964. Murphey R., 1996, A History of Asia, 2nd Edition, Harper Collins College Publishers. Prof. Datuk Zainal Abidin Wahid, 1979, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.