Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
PERBEZAAN IDEOLOGI POLITIKIndia mempunyai parti politik yang banyak dan terdiri dari pelbagai ideologi. Partiutama, iaitu ...
itu. Dalam kekalutan ini, umat Islam telah menubuhkan Liga Muslim pada tahun 1906 yangbertujuan melindungi kepentingan mer...
Perbezaan fahaman serta ideologi politik antara kedua parti Kongres KebangsaanIndia dengan Liga Muslim telah membawa kepad...
Golongan Hindu terpaksa menerima hakikat pemberian wilayah Bengal timur kepadagolongan muslim walaupun mereka membantah se...
dalam Perkhidmatan Awam semasa 1869-1899 serta pengaruh yang semakin meningkat dantahan lebih dalam komuniti Hindu.8Pering...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Asia selatan Komunalisme

526 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Asia selatan Komunalisme

  1. 1. PERBEZAAN IDEOLOGI POLITIKIndia mempunyai parti politik yang banyak dan terdiri dari pelbagai ideologi. Partiutama, iaitu mempunyai majoriti pengikut yang besar serta pernah membentuk kerajaan dinegara India dikenali sebagai Parti Kebangsaan India. Perubahan parti di India seringkaliberlaku dan juga membawa implikasi yang besar dalam sistem pemerintahan negara India.Hal ini disebabkan berlaku juga perubahan dalam ideologi pemerintahan tersebut. Sejakmencapai kemerdekaan pada 1947, hinggalah era moden, India didapai seringkali berubahparti pemerintahannya. Keadaan ini membayangkan situasi tahap demokrasi yang berlaku dinegara tersebut. Sejarah politik India selepas merdeka banyak dipengaruhi oleh parti-partitersebut.Umat Islam dan Hindu di India walaupun daripada ras dan kaum yang sama namunmereka telah menganggap bahawa mereka daripada dua ras yang berlainan. Kesatuanberdasarkan bangsa kaum tidak wujud disini tetapi yang wujudnya ialah kesatuan agama.Mereka menganggap mereka daripada dua kaum iaitu kaum Islam dan kaum Hindu.Perbezaan mereka ialah daripada segi pertuturan bahasa Islam menganggap bahasa Urdusebagai bahasa nasional mereka manakala masyarakat Hindu pula menganggap bahasa Hindisebagai bahasa mereka.Pada tahun 1885, Kongres Kebangsaan India (INC) telah ditubuhkan atas kesedaranrasa nasionalisme rakyat India.Sayyid Ahmad Khan telah menjauhkan diri dari gerakan inidengan alasan bahasa yang dipakai Kongres terhadap pemerintah Inggeris kurang sopan.1Umat Islam kehilangan kuasa sehingga bahasa kerajaan Islam iaitu Urdu mula dipinggirkanoleh British dan mula menggunakan bahasa Hindi sebagai bahasa kerajaan, ini telahmenimbulkan kebimbingan dalam kalangan masyarakat Islam yang sudah sedia terpinggir1Harun Nasution.(1975). Pembaharuan Dalam Islam, Sejarah Pemikiran dan Gerakan.Jakarta : Bulan Bintanghlm 167-168
  2. 2. itu. Dalam kekalutan ini, umat Islam telah menubuhkan Liga Muslim pada tahun 1906 yangbertujuan melindungi kepentingan mereka sendiri .Liga Muslim merupakan gerakan yangmenyatukan seluruh umat Islam kearah menuntut keadilan kesamarataan seluruh umat Islam.2Permainan politik British, timbul pertentangan antara Hindu-Muslim dan antara INCdengan Liga Muslim. Pertikaian dan perundingan yang berlaku antara ketiga-tiga pihak,akhirnya mewujudkan sebuah negara Pakistan yang dituntut oleh Liga Muslim. Sedangkan dipihak INC, merasakan Hindustan akan lebih kuat dan stabil kerana tidak ada lagi LigaMuslim yang mengganggu kuasa politiknya.3Apa yang dapat dibayangkan masalah yangmendepani para pemimpin nasional India pada masa itu ialah pertentangankomunalisme.Sehubungan dengan itu dasar ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati parapemimpin-pemimpin Kongres di Calcutta dan juga dasar ini disyaki sebagai satu strategimelemahkan kekuatan pemimpin dari Benggal yang bergiat aktif dalam INC. 4Komunalisme menghantui arena politik India dengan kemunculan anasir tertentu yangmemainkan isu politik yang tidak rasional. Antaranya kempen untuk menubuhkan negaraHindu India (Hindu rashtra) dan sentimen komunal dengan menggunakan agama untukkepentingan politik seperti mengarak simbol agama sepanjang jalan yang dilalui bagimengerah sokongan rakyat awam terhadap ideologi politik yang diperjuangkan. Tindakan inimemburukkan hubungan kaum dan penganut Hindu-Muslim, bukan sahaja di India tetapijuga di negeri-negeri benua kecil India yang lain seperti Pakistan dan Bangladesh. Ini mudahmengerti kerana mereka berasal daripada rumpun bangsa, bahasa dan budaya yang sama.2Lal Bhadur.(1988).Struggle For Pakistan:Tragedy of the Triumph of Muslim Communalism inIndia.London:Oriental University Press hlm 603R.C Agrawal. (1993). Origin and Growth of Communalism and National Integration. Terj. N.S Gehlot. NewDelhi: Deep & Deep Publications. hlm. 169.4Bipan Chandra.(1979). Nationalism and Colonialism in Modern India. New Dehli:Orient Longman Limitedhlm 165-166
  3. 3. Perbezaan fahaman serta ideologi politik antara kedua parti Kongres KebangsaanIndia dengan Liga Muslim telah membawa kepada ketegangan kaum antara Hindu danIslam.Kedua-dua parti ini bersaing dalam mendapat kepercayaan rakyat serta pembebasanIndia sehingga melakukan apa sahaja untuk menang dalam pilihanraya India.Keadaan inilahyang membawa ketegangan antara kedua kaum ini.POLITIK PENJAJAHAN BRITISHIdea pembahagian Bengal kepada 2 wilayah oleh Lord Curzon pada Oktober 19055telah menaikkan kemarahan masyarakat Hindu terhadap penduduk Islam di Bengal.Curzonmerasakan Bengal merupakan wilayah yang sngat besar dan ini menyukarkan pihak Britishuntuk menjalankan pentadbiran dengan berkesan.Walaubagaiamapun,pembahagian Bengalini bertujuan untuk menempatkan golongan Muslim di sebuah wilayah yang mejoritinyaterdiri daripada orang-orang Islam.Hal ini adalah disebabkan oleh kesetiaan yang telahditunjukkan oleh orang Muslim terhadap pentadbiran British serta tindak balas Britishterhadap kelompok Benggali Babu yang telah menentang pentadbiran mereka6.Kebajikan kaum Muslim ini telah dititik beratkan oleh British hinggakan ,merekamemberikan sokongan penuh kapada pembentukan sebuah wilayah yang mejoritinya terdiridaripada orang Islam.Golongan Muslim sangat menghargai idea yang dicetuskan oleh Curzonini manakala di pihak penganut Hindu pula mengkritik tindakan ini,kaum Muslim pulamembalas dengan menentang segala bentuk bantahan terhadap pembahagian Bengalini.Masalah ini telah berlanjutan sehinggalah pada Ogos 1947 secara rasminya wilayahBengal telah dipisahkan kepada dua bahagian iaitu Bengal timur dan barat.Bengal timurdiserahkan kepada kaum Muslimyang menjadi mejoriti penduduk di situ.5V.D Mahajan. (1983). History Mordern India (1919-1982).New Delhi:S.Chand&Company LTD hlm 2596Ibid 260
  4. 4. Golongan Hindu terpaksa menerima hakikat pemberian wilayah Bengal timur kepadagolongan muslim walaupun mereka membantah secara keras idea ini.Hal ini telah menambahlagi perasaan benci terhadap kaum Muslim kerana pihak British lebih memihak kepadamereka.Pada 1858, apabila kedudukan British mula teguh di India, mereka mula bermaindengan melaga-lagakan India menentang satu sama lain seperti raja menentang rakyat,Hindumenentang Islam dan kasta tinggi menentang kasta rendah. British telah menggunakandasar "pecah dan perintah" dalam mentadbir India. Dasar “pecah dan perintah” British pada1888 ketika persidangan sesi keempat Congressdi Allahabad iaitu menunjukkan Britishmenyebelahi Muslim bagi mengecewakan Congress yang sedang meraih sokongan daripadasegenap lapisan masyarakat.7Oleh itu, British mula menyuntik jarum “pecah dan perintah”untuk melemahkan Congress dengan menghasut Muslim supaya tidak menyokongnya. Polisianti-Muslim sebelum ini berubah kepada anti-HinduKerajaan British melakukan tugas memecah belahkan masyarakat India dalam duaperingkat iaitu pertama, mereka memuaskan hati orang-orang Hindu kemudian giliran umatIslam pula.Pada peringkat pertama,British menggalakkan golongan Brahmin untuk memilihpendidikan moden kerana kemiskinan yang dilanda oleh golongan tersebut dan dapatmembuka peluang pekerjaan baru terhadap mereka. Brahmin mula mendapatkan tempat yangpenting dalam masyarakat moden. Pada tahun 1900, Sir William Lee, seorang pegawaipenting dalam Kerajaan Bombay dan Kerajaan India, berkata Brahmin telah mendominasi7Jawaharlal Nehru. (1962). “British Rule in India”, dalam Martin Deming Lewis (ed.), British in India: Imperislismor Trusteeship?. Boston: Health. hlm. 81
  5. 5. dalam Perkhidmatan Awam semasa 1869-1899 serta pengaruh yang semakin meningkat dantahan lebih dalam komuniti Hindu.8Peringkat kedua pula, British menjauhkan umat Islam dari agama Hindu dengan carayang sangat licik dan terancang. Islam sentiasa mempunyai dendam atas kehilangankedudukan dominan mereka. Mereka mendapati diri mereka cacat untuk bersaing denganorang-orang Hindu, terutamanya Brahmin, dalam pekerjaan moden dan peluang pekerjaan.Mereka juga membangunkan perasaan takut dalam golongan Islam jika dikuasai oleh majoritikomuniti Hindu.9Perancangan licik yang diatur oleh pihak British ini telah mengaburi mata kedua-duabelah Hindu dan Islam untuk mewujudkan masalah perkauman. Dasar memecahkan satugolongan dengan menggunakan golongan yang lain, digunakan kerana British begitubimbang dengan suara nasionalisme Hindu yang mula bangkit menentang British sepertiTilak yang memimpin Congress untuk membentangkan satu resolusi menuntut pemerintahansendiri pada 1906.10Dasar “pecah dan perintah” dikatakan menjadi pegangan British seawal1821.8Ibid.699Ibid.7010Ibid. 83

×