Sistem perbankan konvensional yang berdasarkan faedah tidak selari dengan prinsip Islam yang melarang riba. Ini mendorong penubuhan bank Islam pertama pada 1950an dan seterusnya berkembang dengan pesat di seluruh dunia. Di Malaysia, Bank Islam Malaysia bermula pada 1983 dan sekarang terdapat banyak institusi kewangan Islam yang menggunakan kontrak seperti jual beli, ijarah, dan mudarabah untuk mengelak unsur riba.
1. AMALIA SULAIMAN UKM LAW SCHOOL 2020/2021
UNDANG-UNDANG PERBANKAN ISLAM DAN TAKAFUL
Sejarah dan Pengenalan Kepada Undang-Undang Perbankan Islam
Maklumat penting:
• Bank Negara Malaysia (BNM) pengawal selia utama bagi hal ehwal perbankan Islam
• BNM menyediakan garis panduan dan polisi dokumen kepada bank-bank
• Resolusi Majlis Penasihat Syariah BNM menjadi panduan kepada bank-bank di
Malaysia dan ia bersifat tidak mengikat.
• Polisi dokumen yang dikeluarkan BNM bersifat mengikat dan perlu dipatuhi.
• Akta: merupakan satu undang-undang yang terlalu mengikat terutamanya kepada
produk yang masih dalam proses inovasi.
• S- standards , G- guidelines
1. Sejarah Dan Latar Belakang Perbankan Islam
Asal usul
Perkataan ‘bank’ adalah daripada perkataan ‘banco’ merujuk kepada sebuah meja atau
‘bench’ yang digunakan oleh penukar wang di Itali untuk mempamerkan wang mereka serta
merekod dan menjalankan transaksi.
Evolusi
Sistem perbankan berkembang mengambilpakai asas ini. Namun, transaksi yang dibuat
adalah berasaskan riba.
Lohlou & Tanega “Islamic securitisation: (2007) Journal of International
Banking Law and Regulation, p. 361
“Ruang lingkup riba menembusi inti sistem kewangan Barat konvensional. Dalam ekonomi
Barat konvensional, pinjaman mungkin dianggap sebagai langkah pertama untuk membiayai
pembelian semasa. Sesungguhnya, semua bentuk mata wang yang digunakan adalah nota
yang secara jelas menyatakan janji untuk membayar kepada pemegang instrumen tersebut."
2. AMALIA SULAIMAN UKM LAW SCHOOL 2020/2021
2. Perkembangan Sistem Perbankan
Bermula dengan penjajahan dan penaklukan pengaruh Barat.
Kamali, Mohammad Hashim(1999) Law and society:the interplay of revelation and
reason in the shariah, in L.Esposito, John (edit) The Oxford History of Islam.
(Oxford university Press) p.115
“… Dominasi kolonial terhadap tanah Muslim oleh kuasa Eropah menyebabkan penyebaran
doktrin dan kod hukum mereka sendiri di hampir setiap bidang undang-undang. Ini juga
mempengaruhi sistem ekonomi di mana revolusi industri juga berlaku selama ini. "
Namun, hakikatnya, keadaan ini tidak begitu disenangi di kalangan orang-orang Islam yang
mahu memastikan setiap transaksi yang dijalankan adalah berasaskan shariah antaranya
adalah tiada unsur Riba’.
Kajian dibuat oleh ahli ekonomi Islam dan para ulama’ - mendapati bahawa faedah bank
adalah riba.
3. Perspektif Islam
• Keadaan ini tidak boleh diteruskan kerana amalan tersebut bercanggah dengan
shariat.
• Islam bukanlah sekadar agama untuk ibadat khusus semata-mata, tetapi meliputi
seluruh kehidupan.
3. AMALIA SULAIMAN UKM LAW SCHOOL 2020/2021
Sejarah Perkembangan Institusi Kewangan Islam
1950’s (Pakistan) A small experimental Interest- Free Bank
was established in a rural area. Loans
extended to other poor landowners for
agricultural (pertanian) improvements. This
had no lasting impact.
1963-1967 (Egypt) Mit- Ghamr established by El- Naggar.
Followed the model of German Savings
Bank. Successful but later ended due to
some political reasons.
1963 (Malaysia) Pilgrims Fund Corporation ( Tabung Haji).
Objectives: to enable Malay Muslims to save
gradually to support their expenditure during
Hajj and for other beneficial purposes.
- Started with 1281 registered
members with RM46,000 (1963)
4 million depositors with more than USD2
billion (2004)
1971 (Egypt) Nasser Social Bank was established as a
social bank and not as profit oriented
institutions. It was to serve the’unbankable’
low income group.
1975 (Jeddah, Saudi Arabia) IDB was established as an Inter-
governmental institution to foster the
economic and social development of its
member countries.
1975 (Dubai, UAE) Dubai Islamic Bank was established as a
first major Islamic commercial bank. Started
the series of IFIs.
1977 (Sudan) Faisal Islamic Bank of Sudan was
established.
1977 ( Egypt) Faisal Islamic Bank of Egypt was also
established.
4. AMALIA SULAIMAN UKM LAW SCHOOL 2020/2021
1978 ( Jeddah, SA) Centre for Research in IE in KAU was
established. The first institution specilalizing
in IBF.
1979 (Bahrain) Bahrain Islamic Bank was established.
1983 ( Malaysia) Bank Islam Malaysia Berhad was
established.
1973 ( Philippines) Philipines Amanah Bank was established.
Designed to serve the special banking needs
of the Muslim community. Not strictly and
Islamic Bank as the interest- based
operations still co-exist)
1978 ( Luxembourg) Islamic Finance House was established.
Today (Western) Citibank, Merill Lynch, HSBC, Barkley’s
oferring Islamic Financial services. IBBritain,
Lariba (America) were established. Some
other IFIs.
1991 (Bahrain) Recognizing the need for standards.
Accounting and Auditing organization for IFI
was established.
2002 (Malaysia) IF services Board (IFSB) was established .
Sets to and disseminates the prudential and
supervisory standards and core principles
that are in compliance of Shariah.
Today (World) Several other IFIs were established to
create, regulate and support the emerging
IFIs. i.e- International Islamic Rating Agency
(IIRA), etc.
5. AMALIA SULAIMAN UKM LAW SCHOOL 2020/2021
Perkembangan Khusus di Malaysia
Sumber Asas Syariah Dan Larangan Dalam Perbankan Islam
• Al-Quran
• Al-Sunnah
• Al-Ijma
• Al-Qiyas
Larangan Dalam Perbankan Islam
• Riba
• Gharar
• Maysir
• Perkara-perkara lain yang diharamkan oleh shara’
Pengertian Riba’
Riba’-interest-faedah
Surah ar Rum :39 yang bermaksud:
“dan apa-apa wang yang kamu berikan dengan riba(tambahan bunga), agar bertambah
banyak harta manusia,maka tidaklah wang itu bertambah banyak di sisi Allah. Dan apa-apa
(zakat) yang kamu berikan(kepada orang), kerana menghendaki keredaan Allah, maka
itulah yang berlipatganda.”
6. AMALIA SULAIMAN UKM LAW SCHOOL 2020/2021
Takrif Riba’:
• Perkataan Arab ertinya pertambahan, kesuburan
• Al Sarakhsi: pertambahan
• Hanafi: lebihan bayaran dalam pertukaran harta
• Shafii: satu kontrak pertukaran harta yang tertentu yang tidak diketahui ada persamaan
nilainya mengikut syarak atau berlaku penangguhan penyerahan antara dua harta yang
dikontrakkan atau salah satu daripadanya.
• Hanbali: Ada lebihan dalam pertukaran sesuatu, atau ada penangguhan bayaran dalam
pertukaran barang-barang tertentu.
Kontrak riba mengandungi 3 unsur:
1. Tambahan atau lebihan dari yang sedia ada ke atas modal pinjaman
2. Penentuan tambahan berhubung masa
3. Persetujuan menjadi syarat ke atas bayaran tambahan yang ditentukan sebelumnya oleh
sipemberi hutang ke atas orang yang berhutang.
7. AMALIA SULAIMAN UKM LAW SCHOOL 2020/2021
Jenis-Jenis Kontrak Berasaskan Shariah
Kontrak Pertukaran
• Jual beli
• Ijarah
Kontrak Usahasama
• Mudarabah
• Musharakah
Kontrak Jaminan
• Kafalah
Kontrak Kebajikan
• Qard al Hassan
• Waqf
• Sadaqah
8. AMALIA SULAIMAN UKM LAW SCHOOL 2020/2021
Kesimpulan
• Asas beragama yang wujud dalam diri manusia menjadi motivasi untuk direalisasikan
juga dalam sistem kehidupan dalam ruang lingkup yang lebih luas.
• Asas ini diterap dalam sistem perbankan melalui usaha-usaha penyelidikan oleh para
cendekiawan serta keterbukaan pihak pemimpin dalam menerima asas-asas ini.
Hasilnya, perkara-perkara yang tidak selari dengan shara’ dikenalpasti dan kontrak-
kontrak Islam diadaptasi dalam amalan dan perkembangan dalam pelbagai institusi
kewangan di Malaysia.