Dokumen ini menyenaraikan peraturan dan panduan keselamatan untuk bengkel sekolah. Ia menekankan pentingnya mematuhi arahan guru, menggunakan peralatan dengan betul, membersihkan tempat kerja, mematikan suis elektrik sebelum meninggalkan bengkel, melaporkan kemalangan, memastikan bengkel mempunyai cahaya dan pengudaraan yang baik, mendapatkan kebenaran sebelum menggunakan peralatan elektrik,
1. PERATURAN AM
1. Dilarang masuk ke dalam bengkel tanpa
kebenaran guru.
2. Dilarang membawa beg ke dalam
bengkel.
3. Gunakan alatan dan bahan dengan cara
betul dan cermat.
4. Bersihkan tempat kerja dan bengkel
sekolah setelah selesai melakukan aktiviti.
5. Matikan semua suis elektrik sebelum
meninggalkan bengkel.
KESELAMATAN AM
1. Beritahu guru jika berlaku kemalangan
atau kecederaan.
2. Sebelum memulakan aktiviti, pastikan
semua pintu dan tingkap dibuka supaya
bengkel mempunyai cahaya yang cukup
dan pengudaraan yang baik.
3. Minta kebenaran dan tunjuk ajar guru jika
hendak menggunakan peralatan elektrik.
4. Bersihkan dengan segera jika terdapat
tumpahan minyak di lantai.
PERATURAN DIRI
1. Pakai pakaian dan kasut yang sesuai.
2. Pastikan rambut diikat dengan kemas.
3. Masukkan tudung ke dalam apron.
4. Tanggalkan atau masukkan tali leher ke
dalam apron.
5. Lipatkan lengan baju yang panjang(lelaki).
6. Dilarang bermain, bergurau atau
mengganggu kawan semasa membuat
aktiviti.
7. Patuhi semua peraturan semasa
menjalankan aktiviti.
KESELAMATAN DIRI
1. Fahami segala langkah kerja sebelum
memulakan aktiviti untuk mengelakkan
kesilapan yang boleh mengakibatkan
kecederaan.
2. Gunakan alat pelindung diri seperti sarung
tangan serta topeng hidung dan mulut
semasa membuat aktiviti.
3. Cuci tangan dengan menggunakan air dan
sabun selepas melakukan aktiviti amali.