1. Huraian Huruf Vokal
Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa
Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut.
Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ ɛ] dan [a]
manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [ ]כdan satu vokal tengah, iaitu [ə].
secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya.
Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya
dengan vokal-vokal Kardinal.
Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika
menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan
rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain
bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru
berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.
Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri
tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah
yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada
dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut,
sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja
(menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga
udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung
(menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan
semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga
separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.
2. Huraian Huruf Konsonan
Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat
gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan
terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara
bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu
menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang
terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.
Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan
konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia
ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh
penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :
a)
Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).
b)
Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
c)
Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).
d)
Satu konsonan hentian glotis. ( ? )
e)
Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
f)
Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan
geseran glotis bersuara ( h ).
g)
Satu konsonan getaran bersuara ( r ).
h)
Satu konsonan sisian bersuara ( i ).
i)
Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )
j)
Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara
(w).
k)
Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).
Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti
dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.
3. Cara Membunyikan Huruf Vokal
Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal
yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan
serta kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan
pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.
(a) Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya:
(i) Keadaan bibir hampar
(ii) Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak
sampai menyentuh lelangit keras
(iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung
Pita suara digerarkan
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:
Awal
Ikan
Ibu
Tengah
Bila
Tiba
Akhir
Tali
Padi
(b) Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya:
(i) Keadaan bibir hampar
(ii) Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi
(iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga
(iv)Hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari
(v) Paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digetarkan
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada
perkataan berikut:
Awal
Enak
Tengah
Teleng
Akhir
Tauge
4. Elok
Leher
Tempe
(c) Vokal depan separuh luas atau lapang [ε]. Cara membunyikannya:
(i) Keadaan bibir hampar
(ii) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi
(iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung
(iv) Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut
(v) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε] seperti pada
perkataan berikut:
Awal
Esa
Enak
Tengah
Belek
Belok
Akhir
Tauge
Tempe
(d) Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya:
(i) Keadaan bibir hampar
(ii) Depan lidah diturunkan serendah mungkin
(iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung
(iv) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(v) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada
perkataan yang berikut:
Awal
Tengah
Akhir
5. Awan
Anak
Kadar
Beras
Siapa
Nama
(e) Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya:
(i) Keadaan bibir hampar
(ii) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak
sampai menyentuh lelangit lembut
(iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung
(iv) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(v) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan
yang berikut:
Awal
ubat
ular
Tengah
bulat
sudu
Akhir
Batu
Palu
(f) Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya:
(i) Keadaan bibir hampar
(ii) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai
menyentuh lelangit lembut
(iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung
(iv) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(v) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada
perkataan yang berikut:
Awal
Orang
Otak
Tengah
Tolong
Bohong
Akhir
Pidato
Koko
6. (g) Vokal belakang separuh luas atau lapang [ .]כCara membunyikannya:
(i) Keadaan bibir hampar
(ii) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah
(iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung
(iv) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(v) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [ ]כ
seperti pada perkataan yang berikut:
Awal
Orang
Oleh
Tengah
Borong
Bolot
Akhir
Soto
Teko
(h) Vokal tengah [ə]. Cara membunyikannya:
(i) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar
(ii) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh
lelangit keras
(iii) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung
(iv) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(v) Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut:
Awal
Emak
Empat
Tengah
Penat
Tenat
Akhir
Sosialisme
Behaviurisme
7. Cara Membunyikan Konsonan
Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan
mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:
Cara
sebutan
Letupan
Letusan
Sengau
bibir
Pb
M
Daerah sebutan
Gigi-gusi
Lelangit keras
Td
N
Cj
(ny)
Lelangit
lembut
Kg
(ng) ŋ
Glottis
-
8. Geseran
Getaran
Sisian
Separuh
W
S
R
L
-
Y
-
H
-
vokal
Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir
perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc
dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan .
hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman seperti
Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat
artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam
membunyikan konsonan bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar
rajah bagi membantu memahami cara setiap konsonan tersebut dihasilkan.
(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara
[b]. Cara membunyikannya:
1.
Bunyi konsonan [p]
Dua bibir dirapatkan untuk membuat Cara
Bunyi konsonan [b]
membunyikan
sama
seperti
sekatan penuh pada arus udara dari membunyikan konsonan [p]. yang berbeza
paru-paru ke rongga mulut.
2.
ialah:
Lelangit lembut dinaikkan ke belakang
atau ke dinding rongga tekak untuk Pita suara dirapatkan.
membuat sekatan udara dari paru-paru
ke rongga hidung.
3.
Pita suara direnggangkan.
4.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga
Arus udara dari paru-paru keluar melalui
rongga mulut dengan mengetarkan pita
suara.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua
9. mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5.
bibir bersuara [b].
Sekatan pada dua bibir dilepaskan
serta- merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua
bibir tidak bersuara [p].
Contoh perkataan:
Huruf
Konsonan [p]
Konsonan [b]
Awal
Palu
Batek
Tengah
Lapik
Rabun
Akhir
Atap
Adab
(b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]
Cara membunyikannya:
1.
Bunyi konsonan [t]
Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk Cara
Bunyi konsonan [d]
membunyikan konsonan
sama
membuat sekatan penuh pada arus udara. seperti membunyikan konsonan [t]. yang
2.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan berbeza ialah:
ke belakang atau ke dinding rongga tekak
untuk menutup arus udara ke rongga Pita suara dirapatkan.
hidung.
Arus udara dari paru-paru keluar melalui
3.
Pita suara direnggangkan .
4.
Arus udara dari paru-paru keluar melalui suara.
rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara.
rongga mulut dengan menggetarkan pita
Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi
bersuara [d].
10. 5.
Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan
gusi dilepaskan serta-merta.
6.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi
tidak bersuara [t].
Contoh perkataan:
Huruf
Konsonan [t]
Konsonan [d]
Awal
Takut
Dalam
Tengah
Batas
Tanduk
Akhir
Padat
Abad
(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit
lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya:
1.
Bunyi konsonan [k]
Bunyi konsonan [g]
Belakang lidah dirapatkan ke lelangit Cara membunyikan konsonan sama seperti
lembut untuk membuat sekatan penuh membunyikan konsonan [k]. yang berbeza
pada arus udara .
2.
Lelangit
dirapatkan
ialah:
lembut
ke
dan
anak
rongga
tekak
tekak Pita suara dirapatkan .
bagi
Arus udara dari paru-paru yang keluar
menyekat arus udara dari paru-paru ke melalui rongga mulut mengetarkan pita
rongga hidung.
suara.
3.
Pita suara di renggangkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit
4.
Arus udara keluar dari paru-paru melaui lembut bersuara [g].
rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara.
5.
Sekatan
udara
yang
dibuat
oleh
belakang lidah dilepaskan serta merta.
11. 6.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan
lelangit lembut tidak bersuara [k].
Contoh perkataan:
Huruf
Konsonan [k]
Konsonan [g]
Awal
Kala
Garam
Tengah
Makan
Pagar
Akhir
Tamak
Dialog
(d) Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:
(i) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak
untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung
(ii) Pita suara dirapatkan sepenuhnya
(iii) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita
suara.
(iv) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara
Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut:
Awal
Anak
Ikan
Tengah
Saat
Rakyat
Akhir
Lemak
Budak
(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras
bersuara [Ĵ]. Cara membunyikannya:
1.
Bunyi konsonan [č]
Bunyi konsonan [Ĵ]
Hadapan lidah rapat ke lelengit keras Cara membunyikan konsonan sama seperti
untuk membuat sekatan pada arus udara. membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza
2.
Lelangit
lembut
dan
anak
tekak ialah:
dinaikkan ke belakang atau ke dinding Pita suara dirapatkan.
rongga tekak untuk membuat sekatan
Arus udara dari paru-paru keluar melalui
terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga mulut dengan menggetarkan pita
rongga hidung.
3.
4.
Pita suara direnggangkan.
suara.
Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit
Arus udara dari paru-paru melalui keras gusi bersuara [Ĵ]
12. rongga mulut tanpa menggetarkan pita
suara.
5.
Udara yang tersekat oleh hadapan lidah
di lelangit keras dilepaskan pelahanlahan.
6.
Bunyi yang dihasilkan ialah letusan
lelangit keras gusi tidak bersuara [č].
Contoh perkataan:
Huruf
Konsonan [č]
Konsonan [Ĵ]
Awal
Cara
Jala
Tengah
Laci
Kanji
Akhir
Koc
Kolej
(f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:
(i) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat
arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(iii) Pita suara di renggangkan.
(iv) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara
(iv) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi
konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].
Contoh perkataan:
Awal
Silap
Satu
(g) Konsonan getaran gusi bersuara [r]:
Tengah
Lasak
Lesu
Akhir
Pedas
Lemas
13. (i) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk
membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(iii) Pita suara dirapatkan.
(iv) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita
suara
(v) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan
berikut:
Awal
Rapat
Rugi
Tengah
Tiram
Seram
Akhir
Sabar
Lebar
(h) Konsonan gusi bersuara [I]:
(i) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk
membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(iii) Pita suara dirapatkan
(iv) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita
suara
(v) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan
yang berikut:
Awal
Lagu
Lipat
Tengah
Tilam
Kelam
Akhir
Tebal
Kekal
14. (i) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:
(i) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara
dari paru-paru ke rongga hidung.
(iii) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.
(iv)
Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.
(v)
Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada
perkataan yang berikut:
Awal
Macam
Murah
Tengah
Teman
Lumba
Akhir
Ketam
Badam
(j) Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:
(i) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung.
(iii) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung
(iv) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan
berikut:
Awal
Naga
Nilam
Tengah
Tanah
Panah
Akhir
Taman
Laman
(k) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] cara membunyikannya:
(i) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.
15. (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus
udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung.
(iii) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(iv) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.
(v) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahanpelahan.
Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti
yang berikut:
Awal
Ngilu
Ngeri
Tengah
Bingka
Rangkap
Akhir
Lalang
Tulang
(l) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ .] תּCara membunyikannya:
(i) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara
(ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara
yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung
(iii) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(iv) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung
(v) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahanlahan
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara ( )תּseperti
perkataan yang berikut:
Awal
Nyaris
Nyala
(m)
Tengah
Banyak
Senyap
Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:
(i) Bibir di bundarkan.
(ii) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
Akhir
-
16. (iii) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara
udara dari paru-paru ke rongga hidung
(iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
(v) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk
membunyikan vokal tengah [w].
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada
perkataan yang berikut:
Awal
Waris
Wajar
Tengah
Kawan
Lawan
Akhir
Takraw
-
(n) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:
(i) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.
(ii) Bibir di hamparkan.
(iii) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari
paru-paru ke rongga hidung.
(iv) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk
membunyikan vokal [j].
(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti
pada perkataan berikut:
Awal
Yakin
Yuran
Tengah
Tayang
Payah
Akhir
-
17. KESIMPULAN
Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh
alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala
bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan
tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita
suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan
berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika
pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran
pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.
18. RUJUKAN
Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise
Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur:
Penerbitan Sarjana.
http://www.scribd.com/doc/13416756/Fonetik-Dan-Fonologi-Vokal
http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm
http://www.e-learn-dot.com/downloadcorner/PDF/bm_training.pdf