Pada cuti sekolah, saya dan keluarga mengunjungi datuk dan nenek di kampung di Perak. Kami menghabiskan masa bersama-sama dengan memancing ikan dan mengutip buah durian. Walau berat hati, kami terpaksa pulang ke kota.
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Balik ke kampung
1. Balik ke Kampung
Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga balik ke kampung yang terletak di Perak.
Perjalanan ke kampung mengambil masa selama tiga jam.
Setibanya di kampung, datuk dan nenek menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka. Kami
terus bersalaman dan berpeluk dengan datuk dan nenek.
Pada hari kedua, datuk membawa kami ke dusunnya. Saya dan adik segera membantu datuk mengutip
buah durian yang gugur.
Datuk juga membawa saya dan ayah memancing ikan di sungai yang berdekatan dengan rumahnya.
Nenek dan ibu menjadikan pancingan ikan sebagai hidangan makan malam.
Tibalah masa untuk balik ke kota. Saya dan adik berasa berat hati untuk meninggalkan datuk dan
nenek. Ayah berjanji akan membawa kami pulang ke kampung pada cuti sekolah yang akan datang
Laporan Hari Kantin.
LAPORAN HARI KANTIN
Pada 1 Ogos yang lalu, SJKC Foon Yew 5 telah mengadakan Hari Kantin. Hari Kantin ini bertempat di
kantin dan perkarangan sekolah.
Hari Kantin ini dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang. Tujuan hari kantin ini
diadakan adalah untuk memungut derma bagi membantu anak golongan kurang berada di sekolah ini.
Sebanyak 20 buah gerai telah dibuka untuk jualan. Selain daripada makanan dan minuman yang dijual,
juga diadakan pertandingan menunggang kuda dan rumah hantu.
Kehadiran ibu bapa memeriahkan lagi suasana hari kantin pada hari itu. Murid-murid sibuk untuk
menarik perhatian para hadirin.
Pada pukul 1 petang Hari Kantin tamat. Murid-murid berganding bahu mengemaskan gerai dan
kawasan sekolah.
Disediakan oleh, 8 OGOS 2014.
_______________
( ALI BIN ABU )
Setiausaha,
Hari Kantin,
SJKC Foon Yew 5.
2. Laporan Kem Motivasi
LAPORAN KEM MOTIVASI
Pada 1 Ogos yang lalu, SJKC Foon Yew 5 telah mengadakan kem motivasi UPSR. Kem ini diadakan di
dewan.
Tujuan kem ini diadakan adalah untuk membantu calon-calon UPSR. Murid-murid tahun 6 telah
didedahkan dengan teknik-teknik menjawab soalan UPSR.
Pada hari itu, para peserta mendaftarkan nama di kaunter. Pihak sekolah telah menjemput para
penceramah yang pakar dalam mata pelajaran UPSR.
Kem motivasi ini memberi banyak faedah kepada semua peserta. Mereka dapat menambahkan ilimu
pengetahuan.
Sebelum bersurai, pihak sekolah turut mengadakan majlis penyampaian hadiah dan sijil kepada
penceramah dan peserta.
Disediakan oleh, 8 OGOS 2014.
_______________
( ALI BIN ABU )
Setiausaha,
Kem Motivasi,
SJKC Foon Yew 5.