SlideShare a Scribd company logo
1 of 30
FIQH LUAR NEGARA
Menyapu khuf
Dalil keharusan :
• Hadis Rasulullah s.a.w. yang telah diriwayatkan oleh Jarir bin Abdullah al-
   Bajili, katanya: Saya telah melihat Rasulullah s.a.w. mengambil wuduk
   setelah menunaikan qada’ hajat. Baginda telah berwuduk dan
   kemudiannya meyapu kedua khuf (yang dipakai oleh) baginda”. (Sahih
   Bukhari, Nombor 1478; Sahih Muslim, Nombor 272).
• Al-Mughirah bin Syu’bah juga ada meriwayatkan, katanya: “Ketika saya
   berada bersama Rasulullah s.a.w. ketika bermusafir, saya ingin
   membukakan khuf baginda, tetapi baginda melarangnya untuk baginda
   menyapunya”. (Sahih Bukhari, Nombor 203; Sahih Muslim, Nombor 274).
Syarat
• Hanya selepas dia telah mengambil wuduk
  yang sempurna.
• Hendaklah ia menutupi kaki sehingga paras
  buku lali.
• Hendaklah ia menghalang air dari
  menembusinya.
• Hendaklah ia diperbuat daripada kulit yang
  suci dan telah melalui proses penyucian
Tempoh menyapu

•   Musafir : 3h3m
• Mukim : 1h1m

                  Perkara yang membatalkan

    • Jika si pemakainya membuka khuf   tersebut
    • Habis tempoh penyapuan
    • Hadas besar
Stoking = Khuf
• HARUS = stoking itu diperbuat daripada kulit & menutup buku
  lali
• Sekiranya stoking itu daripada bulu / kapas :
1) Abu Hanifah dan segelintir golongan Hanafiyyah, golongan
   bermazhab Maliki dan majoriti golongan bermazhab Syafie.
   Golongan ini tidak membenarkan seseorang yang memakai
   stoking biasa menyapu stokingnya sebagai ganti basuh kaki
   semasa berwuduk kerana stoking yang tidak diperbuat
   daripada kulit tidak dipanggil khuf dan tiada ketahanan
   dibawa berjalan dan tidak telus air.
Stoking = Khuf
2) Golongan yang mengHARUSKAN
  - Sebahagian mazhab Syafie, tetapi dengan syarat stoking itu perlu
   tebal dan boleh dibawa berjalan jauh & perlu menutupi buku lali.
  - Mazhab Hanbali dan sebahagian mazhab hanafi. Mereka
   mengharuskan perbuatan menyapu ke atas stoking seperti
   keharusan menyapu ke atas khuf.

   Dr Wahbah al-Zuhaili, ulamak bermazhab Syafie kontemporari,
   memilih pendapat kedua yang mengharuskan menyapu ke atas
   stoking sebagai pendapat yang kuat berbanding pendapat pertama.
Batalkah Wudhuk Jika Tersentuh
        Bukan Mahram
       Mazhab Syafie: Hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat).
      Ini termasuk dengan isteri sendiri. Batal yang menyentuh dan
      disentuh walaupun tanpa syahwat.

       Mazhab Maliki: Batal wuduk dengan menyentuh seseorang dan
      naik syahwat. Sama ada sentuhan dari lelaki atau wanita.
      Walaupun yang disentuh kanak-kanak yang belum baligh.
      Walaupun menyentuh isterinya sendiri atau orang asing atau
      mahramnya atau menyentuh kuku atau rambut atau dengan lapik.
      Sama ada sentuhan sesama lelaki atau sesama wanita.

      Mazhab Hanbali: Batal wuduk jika menyentuh kulit wanita
      dengan syahwat dan tanpa lapik. Tidak ada perbezaan antara
      mahram atau orang asing, kecil ataupun besar.
Batalkah Wudhuk Jika Tersentuh
        Bukan Mahram
       Mazhab Hanafi: Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak
      membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau
      merasainya ketika bersentuhan. Walaupun yang menyentuh dan
      yang disentuh keduanya bertelanjang. Contohnya kedua suami
      isteri tidur di dalam satu selimut dan bertelanjang keduanya dan
      melekat di antara satu sama lain. Wuduk mereka tidak terbatal
      kecuali pada 2 keadaan:
      Keluar dari mereka berdua sesuatu seperti mazi dan
      seumpamanya.
       Menyentuh kemaluan suami ke kemaluan isteri. Dalam keadaan
      ini batal wuduk suami jika:
             o Tegang kemaluan suami.
             o Tidak ada penghalang yang menghalang panas badan.
      Adapun wuduk isteri terbatal hanya dengan melekat pada tubuh
      suaminya.
Batalkah Wudhuk Jika Tersentuh
        Bukan Mahram
      Dalil : “Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum)
      perempuan.” (al-Maidah: 6)

      Ulama Syafie : bersentuhan
      Ulama Hanafi : jimak
      • Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wuduk dan tidak
      membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar)

      Ulamak Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan
      oleh ulamak Syafie dan Hanafi
Anjing Najis ?
   (Cara) Menyucikan bekas kamu sekiranya dijilat anjing ialah
    dengan membasuhkan sebanyak tujuh kali, salah satunya
    dengan tanah, atau dimulakan dengan tanah, atau basuhan
    kelapan dengan tanah

2 hukum : - najis keseluruhannya
          - tidak najis keseluruhannya
Anjing Najis ?
Pendapat Pertama
 Seluruh anjing sama ada kecil atau besar adalah najis. Ini adalah
    pendapat Mazhab al-Syafi‘iy dan Hambali.
 Dalil pertama adalah berdasarkan kaedah qiyas. Memandangkan lidah
    dan mulut adalah anggota utama haiwan dan ia dikategorikan sebagai
    najis maka sudah tentu lain-lain anggotanya - yakni seluruh badannya –
    adalah najis juga.
 Dalil kedua adalah berdasarkan sebuah hadis:
    Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam diundang ke rumah
    satu kaum lalu baginda memenuhi undangan tersebut, kemudian baginda
    diundang ke rumah satu kaum yang lain namun tidak baginda
    memenuhinya. Lalu ditanya kepada baginda kenapa? Baginda menjawab:
    “Sesungguhnya pada rumah si fulan itu ada anjing.” Lalu dikatakan
    kepada baginda: “Dalam rumah si fulan (undangan pertama) ada kucing.
    Baginda menjawab: “Sesungguhnya kucing bukan najis.”
Anjing Najis ?
Pendapat kedua
• Anjing tidak najis seluruhnya, demikian yang masyhur daripada
   Mazhab Maliki. Mazhab Hanafi berpendapat seumpama kecuali
   mulut, air liur dan tahi anjing, ketiga-tiga ini mereka kategorikan
   sebagai najis
• Disebabkan kepada ketaatan kepada Allah semata-mata (ta’abudi).
   Mereka berpendapat sedemikian dengan merujuk kepada lain-lain
   hadis Rasulullah yang membenarkan penggunaan anjing terlatih
   untuk berburu dan tiadalah seekor anjing memburu dan
   membunuh mangsanya melainkan melalui gigitan mulutnya.
   Haiwan yang ditangkap oleh anjing buruan tersebut adalah tetap
   suci untuk dimakan seluruhnya berdalilkan firman Allah Subhanahu
   wa Ta‘ala ( 5:04)
Anjing Najis ?
Pendapat yang dianggap rajih (terkuat) adalah pendapat yang
kedua kerana :
1. Kaedah qiyas yang digunakan untuk menghukum seluruh
   anjing sebagai najis adalah qiyas yang lemah.
2. Hadis yang menerangkan keengganan Rasulullah shallallahu
   'alaihi wasallammemenuhi undangan kerana ada anjing di
   dalam rumah adalah lemah (dha‘if).
Anjing Najis ?
Pendapat Yusuf Al- Qardhawi :
• Najis ialah air liur anjing.
• Cenderung pada pendapat Imam Malik bahwa semua yang
   hidup adalah suci. Demikianlah juga dengan anjing. Dalam
   zatnya dia suci. Oleh sebab itulah dibolehkan bagi kita untuk
   memakan hasil buruannya. Dan perintah Nabi untuk
   mencuci apa yang dijilat anjing adalah sesuatu yang
   bersifat ta'abbudi.
Anjing Najis ?
Alternatif lain selain tanah untuk samak
• Pendapat terkuat dalam mazhab Syafie menyatakan tiada alternatif
   dibenarkan untuk tanah dalam samak. Ini kerana cara cucian
   tersebut telah diterangkan secara jelas dalam nas hadis.

• Pandangan jumhur di dalam mazhab Hanbali menyatakan boleh
  digunakan sabun sebagai ganti kepada tanah dalam semua
  keadaan.

• Ada yang menyatakan boleh sekiranya sukar atau ada halangan
  untuk mendapatkan tanah.
Sekilas tentang babi
al-An'am: 145 : HARAM dimakan
3 perkara menjadi khilaf ulama :
1) Kategori najis – jumhur kata mutawassitah. Imam Syafie
    sahaja kata mughalazah
2) Cara menyucikan – basuh macam biasa.
3) Mana-mana bahagiannya adakah boleh digunakan setelah
    disucikan melalui proses dibagh (samak dengan air kapur).
    - jumhur ulamak melarang pengunaannya samada sebagai
    perhiasan, beg, kasut, pakaian dan sebagainya kerana ianya
    adalah najis.
Solat Jamak
Hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, Ibn ‘Abbas menyebut:
“RasululLah s.a.w solat jamak Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak di
Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana musafir”.
Ditanya Ibn ‘Abbas mengapa baginda melakukan demikian?.
Jawabnya:“Kerana tidak mahu menyusahkan umatnya”

Jamak sebab hujan
• Hanya dapat dilakukan oleh jemaah yang solat di masjid sahaja
• Jamak taqdim sahaja
• Hujan tidak berhenti hingga jemaah selesai solat
•Hujan lebat
Jamak sebab sakit
Imam Ahmad berpendapat harus bagi individu yang sakit tenat
dan berat menjamakkan solat supaya tidak dibebani dengan
menantikan waktu solat dan agar mereka dapat berehat.

Jamak sebab hajat
Abdullah bin Syaqiq berkata, ‘’ Pada suatu hari Ibn Abbas
berpidato kepada kami di Basrah selepas asar hingga terbenam
matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia
yang hadir berkata ‘’ Solat, solat’’ tetapi dia tetap berpidato lagi.
Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan ‘’
Solat, solat’’. Lalu Ibn Abbas berkata ‘’ Apakah engkau mengajarku
sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! Kemudian berkata, ‘’ Aku
melihat Nabi Muhammad menjamakkan antara zohor dan asar,
maghrib dan isyak.
    Syarat – syarat
 Tidak dijadikan kebiasaan atau adat
 Hajat itu benar-benar mendesak
Tidak dijadikan alat bagi mempermain-mainkan agama dan
muslihat bagi mereka yang malas mengerjakan solat
Solat Qasar
An-Nisa’ : 101
Imam Muslim merekodkan daripada Ya’la bin Umayyah, beliau
bertanya kepada Umar berkaitan ayat di atas dengan mengatakan,
‘’ Sekiranya manusia berada dalam keadaan aman dan tidak takut
apakah mereka boleh mengqasarkan solat mereka juga? Dia
membalas, ‘’Aku pun merasa hairan mengenainya dan pernah
bertanya kepada Nabi Muhammad. Beliau menjawab, ‘’Ianya
adalah sedekah daripada Allah kepada kamu, terimalah sedekah
daripada Allah.’’

Cara : zohor dengan asar, maghrib dengan isyak

Hukum : rukhsah. harus dilakukan dan harus ditinggalkan. namun
melakukannya adalah lebih menepati amalan rasulullah.
Solat Qasar
Jarak perjalanan yang dibenarkan :
Tiada jarak khusus yang ditetapkan oleh Allah dan rasul Nya.
Dalil : Yahya bin Yazid radhiallahu 'anhu berkata, ‘’Aku bertanya
kepada Anas tentang mengqasarkan
sembahyang dan saat itu aku akan keluar menuju Kufah
(iaitu dari Bashrah), apakah aku sembahyang dua rakaat
dua rakaat hingga kembali.” Anas juga berkata: “Apabila
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan perjalanan
sejauh tiga mil atau tiga farsakh maka baginda
sembahyang 2 rakaat - riwayat Imam Ahmad

1) Mazhab Hanafi – 3 malam iaitu lebih kurang 125km
2) Mazhab Maliki, Hanbali – 2 marhalah ( 80km)
3) Mazhab Syafie – 2 marhalah (96km)
Solat Qasar
Tempoh
Tiada tempoh khusus yang ditetapkan Allah dan rasul Nya.
Kewujudan hadis-hadis dengan jumlah hari yang
berbeza menunjukkan tidak ada batasan jumlah hari yang tertentu
    dalam hal ini. Perbezaan jumlah hari tersebut hanyalah
    menunjukkan keragaman corak musafir Rasulullah shallallahu
    ‘alaihi wasallam.
Dari Jabir bin Abdillah, dia berkata: “Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam bermukim di Tabuk selama dua puluh hari (dan
baginda) mengqasarkan sembahyang - riwayat Imam Abu Dawud

1) Mazhab Hanafi – kurang daripada 15 hari.

2) Mazhab Syafie, Maliki, Hanbali – berniat menetap di suatu
   tempat kurang daripada 4 hari tidak termasuk hari tiba dan
   keluar.
3) Bagi mereka yang tidak menetapkan tempoh – jumhur sepakat
   harus melakukan qasar sepanjang tempoh tersebut
Solat Dalam Penerbangan
Menentukan waktu solat dalam penerbangan
Dalil – 04: 103
      - Rasulullah bersabda, ‘’Waktu Zuhur itu ialah ketika matahari
telah condong ke Barat sehingga bayang-bayang orang seperti
tingginya selama belum masuk waktu Asar dan akhir waktu Asar itu
ialah selama mana belum menguningnya matahari, dan waktu solat
Maghrib hingga sebelum hilangnya awan mega merah dan waktu
Isya' ialah hingga tengah malam dan waktu subuh mulai dari terbit
fajar hingga selama matahari belum terbit’’ – sahih Muslim

Zohor / Asar – guna pen / pensil
Subuh – lihat ufuk timur
Maghrib / Isyak – lihat ufuk barat
Solat Dalam Penerbangan
Mengadap Qiblat
Dr. Ahmad asy-Syarbashi, seorang tokoh fiqh kontemporer dari Al-
    Azhar, Mesir :
 seseorang itu tetap wajib berusaha mencari ruang bagi
    membolehkan dia bersolat fardhu sesempurna mungkin.
 tanyalah kepada anak-anak kapal akan ruang dan ketika yang
    sebaiknya untuk bersolat
 Jikalau ruang yang ada hanya mencukupi untuk berdiri ke arah
    qiblat tetapi tidak untuk rukuk dan sujud maka berdirilah ke arah
    qiblat
 Jika semua ini masih tidak terdaya untuk dilaksanakan maka
    hendaklah seseorang itu sebagai alternatif terakhir bertakbir ke
    arah qiblat dan kemudiannya meneruskan solatnya itu ke arah
    mana yang termampu.
Ijtihad Mencari Arah Qiblat
Muadz bin Jabal radiallahu-anhu menerangkan: Kami pernah solat
bersama Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pada hari yang
mendung dalam satu perjalanan dengan menghadap ke arah selain
qiblat. Tatkala solat telah ditunaikan maka mataharipun muncul lalu
kami berkata - Wahai Rasulullah, kita telah solat bukan ke arah
qiblat. Maka beliau menjawab: Solatmu telah diterima oleh Allah
Azza waJalla kerana haknya - riwayat Imam ath-Thabrani

Ulamak Hanafi dan Hanbali menegaskan supaya diteruskan solat
apabila disedari kesilapan arah qiblat ketika sedang solat dan tidak
diwajibkan mengulangi semula solat jika arah qiblatnya yang
berdasarkan ijtihad disedari silap sesudah solat.

Ulamak Maliki : berhenti daripada solat jika disedari akan kesilapan
itu ketika sedang solat. Hendaklah diulang solat hanya dalam al-
waqt ad-daruri ( waktu yang harus menjamakkan antara 2 solat )

Ulamak Syafie : berhenti daripada solat jika disedari akan kesilapan
itu ketika sedang solat. Hendaklah diulang solat tersebut
Bilangan Sah Solat Jumaat
Dalil - Jumu’ah : 09
Mazhab Syafie : 40 orang yang bermukim. Jika kurang, tidak wajib
menunaikan solat jumaat malah wajib menunaikan solat zohor.

Mazhab Hanbali : 50 orang yang bermukim

Mazhab Hanafi : 4 orang

Apa yg tersirat di sebalik ayat ini adlah apabila kamu mendengar
azan memanggil solat jumaat dan bilangan kamu cukup bg
berjemaah, tunaikanlah solat jumaat. Bilangan bg berjemaah adlah
2 org yg mukalaf, maknanya apabila cukup 2 org maka boleh tunaikn
solat jumaat. Pendapat ini dipopularkn oleh Ibn Hazm Zahiri.
Pendapat ini gk disokong oleh kebanyakan ulama moden zaman ini.
Solat dengan memakai kasut

Said bin Yazid al-Azdiy r.a. katanya: Aku pernah bertanya Anas bin
Malik: Adakah Rasulullah s.a.w. pernah solat dengan memakai
kasut? Anas menjawab: Ya.

 Dibolehkan solat dengan memakai kasut sama ada dalam suasana
sukar atau senang, samada di tempat asal atau musafir.

Syaratnya ialah dengan penglihatan biasa dipastikan bahawa kasut
itu tidak ternampak kesan najis. Jikalau ada, maka cara pembersihan
ialah dengan menggosoknya di atas tanah. Jikalau tiada tanah, maka
wajib dicuci dengan air atau dibukakan kasut sebelum solat.
Solat di Tempat – Tempat Awam
 Dalil : 2 – 238
Satu ketika Imran bin Hushain radiallahu-anhu menderita sakit
buasir (haemorrhoid) yang berat lalu dia bertanya kepada Nabi
sallallahu-alaihi-wasallam mengenai cara solatnya maka beliau
bersabda: Solatlah dengan berdiri, kalau tidak kuat maka duduklah ,
kalau (masih) tidak kuat maka berbaringlah dengan posisi miring. –
riwayat Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud.

Ya'la bin Murrah radiallahu-anhu menerangkan bahawa para
sahabat pernah beserta Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam
satu perjalanan lalu sampai ke satu lembah sedang beliau berada di
atas kenderaannya; dan langit pula sangat mendung dan di
bawahnya sangat basah.
Kemudian datang waktu solat lalu beliau memanggil tukang
muadzzinnya lalu ia azan dan iqamah lantas Rasulullah sallallahu-
alaihi-wasallam terus maju dengan kenderaannya dan solat
berjamaah bersama mereka (para sahabat). Beliau memberi isyarat
yang sujudnya lebih rendh dari rukuknya - riwayat Imam Ahmad
Istihalah: Berubah sesuatu kepada sesuatu yang lain dengan berubah hakikatnya atau
    sifatnya atau dalam kata lain: Proses tindak balas kimia yang merubah unsur
    daripada satu benda kepada benda yang lain. Contohnya: arak bertukar menjadi
    cuka.

Istihlak: Masuk najis ke dalam air atau selainnya terdiri daripada cecair. Najis itu tidak
    meninggalkan kesan dan hilang larut di dalamnya serta hilang segala sifat najis
    tersebut. Contoh segelas air dimasuki setitik arak. Arak larut dan hilang sama sekali
    sifatnya di dalam air tersebut
Gelatin haiwan yang diharamkan atau disembelih secara tidak syar’I
1) Resolusi Majma’ Fiqh Islami memutuskan tidak dibenarkan untuk memakan
   gelatin yang diambil daripada haiwan yang diharamkan atau tidak disembelih
   dengan sembelihan syar’i kerana gelatin yang mengalami perubahan sebahagian
   unsurnya tidak termasuk dalam perbahasan ini. Ia masih membawa unsur asal
   bintang yang diharamkan
2) Bukan semua enzim yang berasal dari tulang atau lemak babi haram hukumnya
   secara qat`ii. Najis apabila telah berubah, berubahlah hukumnya. Apabila ada illah
   (sebab) ada hukum dan jika tiada illah (sebab) tiada hukum. Ia berubah melalui
   perubahan kimia, maka tidak lagi dianggap sebagai najis dan tidak lagi dianggap
   sebagai hukum babi yang diharamkan
Makan Di Restoran Bukan Islam
Halal atau haram sesuatu makanan terletak pada:
1. Sumbernya - bukan dicuri, bukan hasil rasuah, riba, judi atau sebagainya.
2. Bahannya - Hukum asal semua benda yang boleh dimakan di atas muka bumi ini
    adalah halal kecuali yang dinyatakan keharamannya oleh al-Quran atau hadis.

Tips nak order makanan
1. Pastikan sumber makanan ( ayam / daging halal ). Lihat simbol halal kalau ada.
2. Lihat kondisi kedai itu ( kebersihan, penjual )
3. Pastikan peralatan yang digunakan tidak secara terang-terangan bercampur
    dengan halal dan haram.

More Related Content

What's hot

Slide adzan dan iqamah
Slide adzan dan iqamahSlide adzan dan iqamah
Slide adzan dan iqamah
Jusuf AN
 
Pdf modul sholat jenazah (aisyah)
Pdf modul sholat jenazah (aisyah)Pdf modul sholat jenazah (aisyah)
Pdf modul sholat jenazah (aisyah)
Sitiaisyah01994
 
Menggapai keberuntungan dengan tawasul dan jihad
Menggapai keberuntungan dengan tawasul dan jihadMenggapai keberuntungan dengan tawasul dan jihad
Menggapai keberuntungan dengan tawasul dan jihad
Muhsin Hariyanto
 

What's hot (18)

Adzan dan iqomat
Adzan dan iqomatAdzan dan iqomat
Adzan dan iqomat
 
Slide adzan dan iqamah
Slide adzan dan iqamahSlide adzan dan iqamah
Slide adzan dan iqamah
 
Ppt salat jenazah
Ppt salat jenazahPpt salat jenazah
Ppt salat jenazah
 
Haid, nifas dan istihadhah
Haid, nifas dan istihadhahHaid, nifas dan istihadhah
Haid, nifas dan istihadhah
 
Tanya jawab kitab haji
Tanya jawab kitab hajiTanya jawab kitab haji
Tanya jawab kitab haji
 
Adab bertamu dan menerima tamu
Adab bertamu dan menerima tamuAdab bertamu dan menerima tamu
Adab bertamu dan menerima tamu
 
Makalah haid dalam pandangan islam
Makalah haid dalam pandangan islamMakalah haid dalam pandangan islam
Makalah haid dalam pandangan islam
 
Pdf modul sholat jenazah (aisyah)
Pdf modul sholat jenazah (aisyah)Pdf modul sholat jenazah (aisyah)
Pdf modul sholat jenazah (aisyah)
 
Sholat sunnah 4 mutlak - hajat - taubat
Sholat sunnah 4   mutlak - hajat - taubatSholat sunnah 4   mutlak - hajat - taubat
Sholat sunnah 4 mutlak - hajat - taubat
 
Takziah
TakziahTakziah
Takziah
 
Fiqh azan iqamat
Fiqh azan iqamatFiqh azan iqamat
Fiqh azan iqamat
 
Menggapai keberuntungan dengan tawasul dan jihad
Menggapai keberuntungan dengan tawasul dan jihadMenggapai keberuntungan dengan tawasul dan jihad
Menggapai keberuntungan dengan tawasul dan jihad
 
Sholat Jenazah
Sholat JenazahSholat Jenazah
Sholat Jenazah
 
Jiwa Lebih Tenang dengan Banyak Melakukan Sujud (PPT)
Jiwa Lebih Tenang dengan Banyak Melakukan Sujud (PPT)Jiwa Lebih Tenang dengan Banyak Melakukan Sujud (PPT)
Jiwa Lebih Tenang dengan Banyak Melakukan Sujud (PPT)
 
Sholat jenazah
Sholat jenazahSholat jenazah
Sholat jenazah
 
Ppt shalat jenazah
Ppt shalat jenazahPpt shalat jenazah
Ppt shalat jenazah
 
Kehidupan alam barzakh
Kehidupan alam barzakhKehidupan alam barzakh
Kehidupan alam barzakh
 
Perawatan Jenazah : Ziarah kubur dan takziyah
Perawatan Jenazah : Ziarah kubur dan takziyahPerawatan Jenazah : Ziarah kubur dan takziyah
Perawatan Jenazah : Ziarah kubur dan takziyah
 

Similar to Fiqh luar negara

Perempuan dikhitan, wajibkah
Perempuan dikhitan, wajibkahPerempuan dikhitan, wajibkah
Perempuan dikhitan, wajibkah
Muhsin Hariyanto
 
Aman antropologi
Aman antropologiAman antropologi
Aman antropologi
Zain Moena
 

Similar to Fiqh luar negara (20)

Hukum berkaitan anjing
Hukum berkaitan anjingHukum berkaitan anjing
Hukum berkaitan anjing
 
Hukum Air.pptx
Hukum Air.pptxHukum Air.pptx
Hukum Air.pptx
 
Makalah katoba adat muna
Makalah  katoba  adat munaMakalah  katoba  adat muna
Makalah katoba adat muna
 
Makalah khitan adat muna
Makalah  khitan adat munaMakalah  khitan adat muna
Makalah khitan adat muna
 
Makalah katoba suku muna
Makalah katoba suku munaMakalah katoba suku muna
Makalah katoba suku muna
 
Hukum sentuh anjing jais
Hukum sentuh anjing jaisHukum sentuh anjing jais
Hukum sentuh anjing jais
 
Ringkasan Materi PAI Kelas 7 Bab 5 Taharah
Ringkasan Materi PAI Kelas 7 Bab 5 TaharahRingkasan Materi PAI Kelas 7 Bab 5 Taharah
Ringkasan Materi PAI Kelas 7 Bab 5 Taharah
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
 
perkara perkara aneh tapi benar yang terdapat di dalam agama syiah
 perkara perkara aneh tapi benar yang terdapat di dalam agama syiah perkara perkara aneh tapi benar yang terdapat di dalam agama syiah
perkara perkara aneh tapi benar yang terdapat di dalam agama syiah
 
Najis
NajisNajis
Najis
 
Wahyudi fiqih
Wahyudi fiqihWahyudi fiqih
Wahyudi fiqih
 
Perempuan dikhitan, wajibkah
Perempuan dikhitan, wajibkahPerempuan dikhitan, wajibkah
Perempuan dikhitan, wajibkah
 
Anta tas’al nahnu nujib-farid nu'man
Anta tas’al nahnu nujib-farid nu'manAnta tas’al nahnu nujib-farid nu'man
Anta tas’al nahnu nujib-farid nu'man
 
Khitan bagi wanita (01)
Khitan bagi wanita (01)Khitan bagi wanita (01)
Khitan bagi wanita (01)
 
Aman antropologi
Aman antropologiAman antropologi
Aman antropologi
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Makalah khitan adat muna
Makalah  khitan adat munaMakalah  khitan adat muna
Makalah khitan adat muna
 
Makalah khitan adat muna
Makalah  khitan adat munaMakalah  khitan adat muna
Makalah khitan adat muna
 
Makalah katoba adat muna
Makalah  katoba  adat munaMakalah  katoba  adat muna
Makalah katoba adat muna
 
Makalah katoba adat muna
Makalah  katoba  adat munaMakalah  katoba  adat muna
Makalah katoba adat muna
 

Recently uploaded

PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 

Recently uploaded (20)

MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 

Fiqh luar negara

  • 2. Menyapu khuf Dalil keharusan : • Hadis Rasulullah s.a.w. yang telah diriwayatkan oleh Jarir bin Abdullah al- Bajili, katanya: Saya telah melihat Rasulullah s.a.w. mengambil wuduk setelah menunaikan qada’ hajat. Baginda telah berwuduk dan kemudiannya meyapu kedua khuf (yang dipakai oleh) baginda”. (Sahih Bukhari, Nombor 1478; Sahih Muslim, Nombor 272). • Al-Mughirah bin Syu’bah juga ada meriwayatkan, katanya: “Ketika saya berada bersama Rasulullah s.a.w. ketika bermusafir, saya ingin membukakan khuf baginda, tetapi baginda melarangnya untuk baginda menyapunya”. (Sahih Bukhari, Nombor 203; Sahih Muslim, Nombor 274).
  • 3. Syarat • Hanya selepas dia telah mengambil wuduk yang sempurna. • Hendaklah ia menutupi kaki sehingga paras buku lali. • Hendaklah ia menghalang air dari menembusinya. • Hendaklah ia diperbuat daripada kulit yang suci dan telah melalui proses penyucian
  • 4. Tempoh menyapu • Musafir : 3h3m • Mukim : 1h1m Perkara yang membatalkan • Jika si pemakainya membuka khuf tersebut • Habis tempoh penyapuan • Hadas besar
  • 5. Stoking = Khuf • HARUS = stoking itu diperbuat daripada kulit & menutup buku lali • Sekiranya stoking itu daripada bulu / kapas : 1) Abu Hanifah dan segelintir golongan Hanafiyyah, golongan bermazhab Maliki dan majoriti golongan bermazhab Syafie. Golongan ini tidak membenarkan seseorang yang memakai stoking biasa menyapu stokingnya sebagai ganti basuh kaki semasa berwuduk kerana stoking yang tidak diperbuat daripada kulit tidak dipanggil khuf dan tiada ketahanan dibawa berjalan dan tidak telus air.
  • 6. Stoking = Khuf 2) Golongan yang mengHARUSKAN - Sebahagian mazhab Syafie, tetapi dengan syarat stoking itu perlu tebal dan boleh dibawa berjalan jauh & perlu menutupi buku lali. - Mazhab Hanbali dan sebahagian mazhab hanafi. Mereka mengharuskan perbuatan menyapu ke atas stoking seperti keharusan menyapu ke atas khuf. Dr Wahbah al-Zuhaili, ulamak bermazhab Syafie kontemporari, memilih pendapat kedua yang mengharuskan menyapu ke atas stoking sebagai pendapat yang kuat berbanding pendapat pertama.
  • 7. Batalkah Wudhuk Jika Tersentuh Bukan Mahram  Mazhab Syafie: Hukumnya batal secara mutlak (tanpa syarat). Ini termasuk dengan isteri sendiri. Batal yang menyentuh dan disentuh walaupun tanpa syahwat.  Mazhab Maliki: Batal wuduk dengan menyentuh seseorang dan naik syahwat. Sama ada sentuhan dari lelaki atau wanita. Walaupun yang disentuh kanak-kanak yang belum baligh. Walaupun menyentuh isterinya sendiri atau orang asing atau mahramnya atau menyentuh kuku atau rambut atau dengan lapik. Sama ada sentuhan sesama lelaki atau sesama wanita. Mazhab Hanbali: Batal wuduk jika menyentuh kulit wanita dengan syahwat dan tanpa lapik. Tidak ada perbezaan antara mahram atau orang asing, kecil ataupun besar.
  • 8. Batalkah Wudhuk Jika Tersentuh Bukan Mahram  Mazhab Hanafi: Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan. Walaupun yang menyentuh dan yang disentuh keduanya bertelanjang. Contohnya kedua suami isteri tidur di dalam satu selimut dan bertelanjang keduanya dan melekat di antara satu sama lain. Wuduk mereka tidak terbatal kecuali pada 2 keadaan: Keluar dari mereka berdua sesuatu seperti mazi dan seumpamanya.  Menyentuh kemaluan suami ke kemaluan isteri. Dalam keadaan ini batal wuduk suami jika: o Tegang kemaluan suami. o Tidak ada penghalang yang menghalang panas badan. Adapun wuduk isteri terbatal hanya dengan melekat pada tubuh suaminya.
  • 9. Batalkah Wudhuk Jika Tersentuh Bukan Mahram Dalil : “Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan.” (al-Maidah: 6) Ulama Syafie : bersentuhan Ulama Hanafi : jimak • Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wuduk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar) Ulamak Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ulamak Syafie dan Hanafi
  • 10. Anjing Najis ? (Cara) Menyucikan bekas kamu sekiranya dijilat anjing ialah dengan membasuhkan sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan tanah, atau dimulakan dengan tanah, atau basuhan kelapan dengan tanah 2 hukum : - najis keseluruhannya - tidak najis keseluruhannya
  • 11. Anjing Najis ? Pendapat Pertama  Seluruh anjing sama ada kecil atau besar adalah najis. Ini adalah pendapat Mazhab al-Syafi‘iy dan Hambali.  Dalil pertama adalah berdasarkan kaedah qiyas. Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama haiwan dan ia dikategorikan sebagai najis maka sudah tentu lain-lain anggotanya - yakni seluruh badannya – adalah najis juga.  Dalil kedua adalah berdasarkan sebuah hadis: Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam diundang ke rumah satu kaum lalu baginda memenuhi undangan tersebut, kemudian baginda diundang ke rumah satu kaum yang lain namun tidak baginda memenuhinya. Lalu ditanya kepada baginda kenapa? Baginda menjawab: “Sesungguhnya pada rumah si fulan itu ada anjing.” Lalu dikatakan kepada baginda: “Dalam rumah si fulan (undangan pertama) ada kucing. Baginda menjawab: “Sesungguhnya kucing bukan najis.”
  • 12. Anjing Najis ? Pendapat kedua • Anjing tidak najis seluruhnya, demikian yang masyhur daripada Mazhab Maliki. Mazhab Hanafi berpendapat seumpama kecuali mulut, air liur dan tahi anjing, ketiga-tiga ini mereka kategorikan sebagai najis • Disebabkan kepada ketaatan kepada Allah semata-mata (ta’abudi). Mereka berpendapat sedemikian dengan merujuk kepada lain-lain hadis Rasulullah yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk berburu dan tiadalah seekor anjing memburu dan membunuh mangsanya melainkan melalui gigitan mulutnya. Haiwan yang ditangkap oleh anjing buruan tersebut adalah tetap suci untuk dimakan seluruhnya berdalilkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala ( 5:04)
  • 13. Anjing Najis ? Pendapat yang dianggap rajih (terkuat) adalah pendapat yang kedua kerana : 1. Kaedah qiyas yang digunakan untuk menghukum seluruh anjing sebagai najis adalah qiyas yang lemah. 2. Hadis yang menerangkan keengganan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallammemenuhi undangan kerana ada anjing di dalam rumah adalah lemah (dha‘if).
  • 14. Anjing Najis ? Pendapat Yusuf Al- Qardhawi : • Najis ialah air liur anjing. • Cenderung pada pendapat Imam Malik bahwa semua yang hidup adalah suci. Demikianlah juga dengan anjing. Dalam zatnya dia suci. Oleh sebab itulah dibolehkan bagi kita untuk memakan hasil buruannya. Dan perintah Nabi untuk mencuci apa yang dijilat anjing adalah sesuatu yang bersifat ta'abbudi.
  • 15. Anjing Najis ? Alternatif lain selain tanah untuk samak • Pendapat terkuat dalam mazhab Syafie menyatakan tiada alternatif dibenarkan untuk tanah dalam samak. Ini kerana cara cucian tersebut telah diterangkan secara jelas dalam nas hadis. • Pandangan jumhur di dalam mazhab Hanbali menyatakan boleh digunakan sabun sebagai ganti kepada tanah dalam semua keadaan. • Ada yang menyatakan boleh sekiranya sukar atau ada halangan untuk mendapatkan tanah.
  • 16. Sekilas tentang babi al-An'am: 145 : HARAM dimakan 3 perkara menjadi khilaf ulama : 1) Kategori najis – jumhur kata mutawassitah. Imam Syafie sahaja kata mughalazah 2) Cara menyucikan – basuh macam biasa. 3) Mana-mana bahagiannya adakah boleh digunakan setelah disucikan melalui proses dibagh (samak dengan air kapur). - jumhur ulamak melarang pengunaannya samada sebagai perhiasan, beg, kasut, pakaian dan sebagainya kerana ianya adalah najis.
  • 17. Solat Jamak Hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, Ibn ‘Abbas menyebut: “RasululLah s.a.w solat jamak Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana musafir”. Ditanya Ibn ‘Abbas mengapa baginda melakukan demikian?. Jawabnya:“Kerana tidak mahu menyusahkan umatnya” Jamak sebab hujan • Hanya dapat dilakukan oleh jemaah yang solat di masjid sahaja • Jamak taqdim sahaja • Hujan tidak berhenti hingga jemaah selesai solat •Hujan lebat
  • 18. Jamak sebab sakit Imam Ahmad berpendapat harus bagi individu yang sakit tenat dan berat menjamakkan solat supaya tidak dibebani dengan menantikan waktu solat dan agar mereka dapat berehat. Jamak sebab hajat Abdullah bin Syaqiq berkata, ‘’ Pada suatu hari Ibn Abbas berpidato kepada kami di Basrah selepas asar hingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata ‘’ Solat, solat’’ tetapi dia tetap berpidato lagi. Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan ‘’ Solat, solat’’. Lalu Ibn Abbas berkata ‘’ Apakah engkau mengajarku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! Kemudian berkata, ‘’ Aku melihat Nabi Muhammad menjamakkan antara zohor dan asar, maghrib dan isyak. Syarat – syarat  Tidak dijadikan kebiasaan atau adat  Hajat itu benar-benar mendesak Tidak dijadikan alat bagi mempermain-mainkan agama dan muslihat bagi mereka yang malas mengerjakan solat
  • 19. Solat Qasar An-Nisa’ : 101 Imam Muslim merekodkan daripada Ya’la bin Umayyah, beliau bertanya kepada Umar berkaitan ayat di atas dengan mengatakan, ‘’ Sekiranya manusia berada dalam keadaan aman dan tidak takut apakah mereka boleh mengqasarkan solat mereka juga? Dia membalas, ‘’Aku pun merasa hairan mengenainya dan pernah bertanya kepada Nabi Muhammad. Beliau menjawab, ‘’Ianya adalah sedekah daripada Allah kepada kamu, terimalah sedekah daripada Allah.’’ Cara : zohor dengan asar, maghrib dengan isyak Hukum : rukhsah. harus dilakukan dan harus ditinggalkan. namun melakukannya adalah lebih menepati amalan rasulullah.
  • 20. Solat Qasar Jarak perjalanan yang dibenarkan : Tiada jarak khusus yang ditetapkan oleh Allah dan rasul Nya. Dalil : Yahya bin Yazid radhiallahu 'anhu berkata, ‘’Aku bertanya kepada Anas tentang mengqasarkan sembahyang dan saat itu aku akan keluar menuju Kufah (iaitu dari Bashrah), apakah aku sembahyang dua rakaat dua rakaat hingga kembali.” Anas juga berkata: “Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan perjalanan sejauh tiga mil atau tiga farsakh maka baginda sembahyang 2 rakaat - riwayat Imam Ahmad 1) Mazhab Hanafi – 3 malam iaitu lebih kurang 125km 2) Mazhab Maliki, Hanbali – 2 marhalah ( 80km) 3) Mazhab Syafie – 2 marhalah (96km)
  • 21. Solat Qasar Tempoh Tiada tempoh khusus yang ditetapkan Allah dan rasul Nya. Kewujudan hadis-hadis dengan jumlah hari yang berbeza menunjukkan tidak ada batasan jumlah hari yang tertentu dalam hal ini. Perbezaan jumlah hari tersebut hanyalah menunjukkan keragaman corak musafir Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Dari Jabir bin Abdillah, dia berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bermukim di Tabuk selama dua puluh hari (dan baginda) mengqasarkan sembahyang - riwayat Imam Abu Dawud 1) Mazhab Hanafi – kurang daripada 15 hari. 2) Mazhab Syafie, Maliki, Hanbali – berniat menetap di suatu tempat kurang daripada 4 hari tidak termasuk hari tiba dan keluar. 3) Bagi mereka yang tidak menetapkan tempoh – jumhur sepakat harus melakukan qasar sepanjang tempoh tersebut
  • 22. Solat Dalam Penerbangan Menentukan waktu solat dalam penerbangan Dalil – 04: 103 - Rasulullah bersabda, ‘’Waktu Zuhur itu ialah ketika matahari telah condong ke Barat sehingga bayang-bayang orang seperti tingginya selama belum masuk waktu Asar dan akhir waktu Asar itu ialah selama mana belum menguningnya matahari, dan waktu solat Maghrib hingga sebelum hilangnya awan mega merah dan waktu Isya' ialah hingga tengah malam dan waktu subuh mulai dari terbit fajar hingga selama matahari belum terbit’’ – sahih Muslim Zohor / Asar – guna pen / pensil Subuh – lihat ufuk timur Maghrib / Isyak – lihat ufuk barat
  • 23. Solat Dalam Penerbangan Mengadap Qiblat Dr. Ahmad asy-Syarbashi, seorang tokoh fiqh kontemporer dari Al- Azhar, Mesir :  seseorang itu tetap wajib berusaha mencari ruang bagi membolehkan dia bersolat fardhu sesempurna mungkin.  tanyalah kepada anak-anak kapal akan ruang dan ketika yang sebaiknya untuk bersolat  Jikalau ruang yang ada hanya mencukupi untuk berdiri ke arah qiblat tetapi tidak untuk rukuk dan sujud maka berdirilah ke arah qiblat  Jika semua ini masih tidak terdaya untuk dilaksanakan maka hendaklah seseorang itu sebagai alternatif terakhir bertakbir ke arah qiblat dan kemudiannya meneruskan solatnya itu ke arah mana yang termampu.
  • 24. Ijtihad Mencari Arah Qiblat Muadz bin Jabal radiallahu-anhu menerangkan: Kami pernah solat bersama Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam pada hari yang mendung dalam satu perjalanan dengan menghadap ke arah selain qiblat. Tatkala solat telah ditunaikan maka mataharipun muncul lalu kami berkata - Wahai Rasulullah, kita telah solat bukan ke arah qiblat. Maka beliau menjawab: Solatmu telah diterima oleh Allah Azza waJalla kerana haknya - riwayat Imam ath-Thabrani Ulamak Hanafi dan Hanbali menegaskan supaya diteruskan solat apabila disedari kesilapan arah qiblat ketika sedang solat dan tidak diwajibkan mengulangi semula solat jika arah qiblatnya yang berdasarkan ijtihad disedari silap sesudah solat. Ulamak Maliki : berhenti daripada solat jika disedari akan kesilapan itu ketika sedang solat. Hendaklah diulang solat hanya dalam al- waqt ad-daruri ( waktu yang harus menjamakkan antara 2 solat ) Ulamak Syafie : berhenti daripada solat jika disedari akan kesilapan itu ketika sedang solat. Hendaklah diulang solat tersebut
  • 25. Bilangan Sah Solat Jumaat Dalil - Jumu’ah : 09 Mazhab Syafie : 40 orang yang bermukim. Jika kurang, tidak wajib menunaikan solat jumaat malah wajib menunaikan solat zohor. Mazhab Hanbali : 50 orang yang bermukim Mazhab Hanafi : 4 orang Apa yg tersirat di sebalik ayat ini adlah apabila kamu mendengar azan memanggil solat jumaat dan bilangan kamu cukup bg berjemaah, tunaikanlah solat jumaat. Bilangan bg berjemaah adlah 2 org yg mukalaf, maknanya apabila cukup 2 org maka boleh tunaikn solat jumaat. Pendapat ini dipopularkn oleh Ibn Hazm Zahiri. Pendapat ini gk disokong oleh kebanyakan ulama moden zaman ini.
  • 26. Solat dengan memakai kasut Said bin Yazid al-Azdiy r.a. katanya: Aku pernah bertanya Anas bin Malik: Adakah Rasulullah s.a.w. pernah solat dengan memakai kasut? Anas menjawab: Ya.  Dibolehkan solat dengan memakai kasut sama ada dalam suasana sukar atau senang, samada di tempat asal atau musafir. Syaratnya ialah dengan penglihatan biasa dipastikan bahawa kasut itu tidak ternampak kesan najis. Jikalau ada, maka cara pembersihan ialah dengan menggosoknya di atas tanah. Jikalau tiada tanah, maka wajib dicuci dengan air atau dibukakan kasut sebelum solat.
  • 27. Solat di Tempat – Tempat Awam Dalil : 2 – 238 Satu ketika Imran bin Hushain radiallahu-anhu menderita sakit buasir (haemorrhoid) yang berat lalu dia bertanya kepada Nabi sallallahu-alaihi-wasallam mengenai cara solatnya maka beliau bersabda: Solatlah dengan berdiri, kalau tidak kuat maka duduklah , kalau (masih) tidak kuat maka berbaringlah dengan posisi miring. – riwayat Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud. Ya'la bin Murrah radiallahu-anhu menerangkan bahawa para sahabat pernah beserta Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam satu perjalanan lalu sampai ke satu lembah sedang beliau berada di atas kenderaannya; dan langit pula sangat mendung dan di bawahnya sangat basah. Kemudian datang waktu solat lalu beliau memanggil tukang muadzzinnya lalu ia azan dan iqamah lantas Rasulullah sallallahu- alaihi-wasallam terus maju dengan kenderaannya dan solat berjamaah bersama mereka (para sahabat). Beliau memberi isyarat yang sujudnya lebih rendh dari rukuknya - riwayat Imam Ahmad
  • 28. Istihalah: Berubah sesuatu kepada sesuatu yang lain dengan berubah hakikatnya atau sifatnya atau dalam kata lain: Proses tindak balas kimia yang merubah unsur daripada satu benda kepada benda yang lain. Contohnya: arak bertukar menjadi cuka. Istihlak: Masuk najis ke dalam air atau selainnya terdiri daripada cecair. Najis itu tidak meninggalkan kesan dan hilang larut di dalamnya serta hilang segala sifat najis tersebut. Contoh segelas air dimasuki setitik arak. Arak larut dan hilang sama sekali sifatnya di dalam air tersebut
  • 29. Gelatin haiwan yang diharamkan atau disembelih secara tidak syar’I 1) Resolusi Majma’ Fiqh Islami memutuskan tidak dibenarkan untuk memakan gelatin yang diambil daripada haiwan yang diharamkan atau tidak disembelih dengan sembelihan syar’i kerana gelatin yang mengalami perubahan sebahagian unsurnya tidak termasuk dalam perbahasan ini. Ia masih membawa unsur asal bintang yang diharamkan 2) Bukan semua enzim yang berasal dari tulang atau lemak babi haram hukumnya secara qat`ii. Najis apabila telah berubah, berubahlah hukumnya. Apabila ada illah (sebab) ada hukum dan jika tiada illah (sebab) tiada hukum. Ia berubah melalui perubahan kimia, maka tidak lagi dianggap sebagai najis dan tidak lagi dianggap sebagai hukum babi yang diharamkan
  • 30. Makan Di Restoran Bukan Islam Halal atau haram sesuatu makanan terletak pada: 1. Sumbernya - bukan dicuri, bukan hasil rasuah, riba, judi atau sebagainya. 2. Bahannya - Hukum asal semua benda yang boleh dimakan di atas muka bumi ini adalah halal kecuali yang dinyatakan keharamannya oleh al-Quran atau hadis. Tips nak order makanan 1. Pastikan sumber makanan ( ayam / daging halal ). Lihat simbol halal kalau ada. 2. Lihat kondisi kedai itu ( kebersihan, penjual ) 3. Pastikan peralatan yang digunakan tidak secara terang-terangan bercampur dengan halal dan haram.