SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Ziarah Kubur di Aidilfitri

Lazimnya pada pagi Hari Raya iaitu sebelum atau sesudah solat Hari Raya Aidilfitri, umat Islam di Malaysia
akan berpusu-pusu memenuhi tanah-tanah perkuburan untuk menziarah kubur ahli keluarga mereka.
Sesetengah tanah perkuburan telah berubah menjadiseperti kawasan perayaan yang meriah. Terdapat
gerai-gerai yang menjual bunga-bunga dan air wangian untuk ditabur dan dijirus di atas kuburan. Ramai
juga di antara kita yang melakukan ibadat-ibadat tertentu di kawasan perkuburan tersebut seperti
membaca surahYasin, berzikir malah ada yang melakukan upacara tahlil di situ untuk di sedekahkan
pahalanya kepada mayat. Ada juga segelintir kecil umat Islam yang sehinggakan membawa makanan
serta minuman di kawasan perkuburan dan membuat jamuan di kawasan perkuburan. Ini semua
merupakan perbuatan yang tidak pernah diajaroleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan tidak juga
pernah diamalkan oleh mana-mana para al-salafussoleh termasuk imam kita Imam Muhammad bin Idris
al-Syafi’i rahimahullah. Sekiranya perkara tersebut adalah baik lagi mendatangkan manfaat yangbesar
kepada umat Islam, nescaya mereka akan mendahului kita dalam mengamalkannya. Syaikh Wahid
Abdussalam Bali ketika mengingkari pengkhususan HariRaya Adilfitri dijadikan hari menziarah kawasan
perkuburan telah berkata:


Pertama, bukan merupakan petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam atau salah seorang sahabatnya
mengkhususkan Hari Raya untuk berziarah kubur

Kedua, Hari Raya adalah hari kegembiraan dan kesenangan, bukan hari kesedihan dan tangisan.

Ketiga, Hari Raya adalah hari saling berkunjung orang-orang yang masih hidup, dan bukan untuk
mengunjungi orang-orang yang sudah mati. – Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam
Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, ms. 429

Sebenarnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengharamkan untuk dilakukan ibadah di
kawasan perkuburan dan menjadikannya sebagai kawasan perayaan. Ini sebagaimana sabdanya:

Janganlah kamu jadikan rumah kamu itu sebagai kuburan. Sesungguhnya setan itu lari dari rumah yang
dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah. – Hadis riwayat ImamMuslim, no: 780

Dari hadis ini dapat kita fahami bahawa rumah yang tidak dikerjakan ibadah seperti membaca al-Qur’an
dan solat adalah sama seperti kawasan perkuburan. Oleh itu secara tidak langsung ia memberitahu
kepada kita semua bahawa kawasan perkuburan bukan merupakan tempat untuk beribadah seperti
membaca al-Qur’an.

Tambahan pula amalan mengirim pahala bacaan al-Qur’an seperti surah Yasin kepada mayat menurut
pendapat Imam al-Syafi’i rahimahullah adalah tidak sampai pahalanya kepada mayat tersebut. Ternyata di
dalam kitab-kitab Imam al-Syafi’i tidak pernah tertulis tentang amalan mengirim pahala bacaan al-Qur’an
kepada mayat ini. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan
memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); Dan bahawa sesungguhnya tidak ada
(balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. – Al-Najm (53) : 38-39
Telah berkata al-Hafidz Ibnu Kathir rahimahullah di dalam kitab tafsirnya Tafsir al-Qur’an al-Adzim ketika
mentafsirkan ayat di atas:

Iaitu sebagaimana seseorang tidak akan memikul dosa orang lain demikian juga seseorang tidak akan
memperolehi ganjaran (pahala) kecuali apa-apa yang telah dia usahakan untuk dirinya sendiri. Dan dari
ayat yang mulia ini Imam al-Syafi’i bersama paraulamak yang mengikutinya telah mengeluarkan hukum
bahawa bacaan al-Qur’an tidak akan sampai hadiah pahalanya kepada orang yang telah mati. Kerana
bacaan tersebut bukan dari amal dan usaha mereka. Oleh kerana itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
tidak pernah mengsyari’atkan umatnya (untuk menghadiahkan bacaan al-Qur’an kepada yang telah mati)
dan tidak juga pernah menggemarinya atau memberikan petunjukkepada mereka baik dengan nash (dalil
yang jelas lagi terang) dan tidak juga dengan isyarat dan tidak pernah dinukilkan dari seorangpun sahabat
(bahawa merekapernah mengirim pahala bacaan al-Qur’an kepada orang yang telah mati). Jika sekiranya
amalan itu baik tentu para sahabat telah mendahului kita mengamalkannya. Dandi dalam masalah ibadah
ianya hanya terbatas pada dalil dan tidak boleh dipalingkan dengan qiyas-qiyas atau pendapat-pendapat.

Imam al-Nawawi al-Syafi’i rahimahullah pula di dalam Syarah Muslim (jilid 1, ms. 90) telah berkata:

Adapun bacaan al-Qur’an (yang pahalanya dikirimkan kepada simati) maka yang masyhur di dalam
mazhab Syafi’i tidak dapat sampai kepada si mati yang dikirim… Sedang dalilnya bagi Imam al-Syafi’i dan
pengikut-pengikutnya iaitu firman Allah:

bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.

Dan Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal iaitu sedekah
jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh (lelaki atau perempuan) yang berdoa untuknya. – Hadis
riwayat Imam al-Tirmidhi, no: 1297.

Oleh itu bagi masyarakat Islam di Malaysia yang rata-ratanya mengaku berpegang teguh dengan mazhab
Syafi’i sewajarnya meninggalkan amalan membaca al-Qur’an di kuburan bertujuan untuk mengirim
pahalanya kepada mayat ini bukan hanya pada pagi Hari Raya Aidilfitri tetapi juga pada hari-hari
selainnya. Sabda baginda shallallahu ‘alaihi wasallam lagi:

Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu itu sebagai kuburan dan janganlah kamu jadikan kuburku
tempat perayaan. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud, no: 1746

Sekiranya kubur manusia yang paling mulia di atas muka bumi ini iaitu kuburnya Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam diharamkan untuk dijadikan kawasan perayaan,apatah lagi kuburan manusia biasa yang
selainnya. Maka haram hukumnya untuk mengkhususkan Hari Raya Aidilfitri sebagai hari berkumpulnya
manusia di kawasan perkuburan kerana ia menggambarkan seolah-olah kuburan telah dijadikan kawasan
perayaan.

Tambahan pula apabila manusia berkumpul beramai-ramai dan melakukan pelbagai aktiviti di kawasan
perkuburan sering kita sering melihat mereka duduk di atas kubur atau memijak-mijaknya. Mereka
seolah-olah tidak pernah mengetahui amaran keras daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
terhadap mereka yang duduk di atas kubur. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:
Sesungguhnya jika seseorang kamu duduk di atas bara api membakar sehingga menembusi pakaiannya
lalu membakar kulitnya, adalah lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kuburan. – Hadis riwayat
Imam Muslim, no: 971



Tidak dinafikan bahawa kita sememangnya disunnahkan untuk menziarah kubur agar mengingatkan kita
kepada kematian. Ini sebagaimana sabda Nabi shallallahu’alaihi wasallam:

…maka berziarah kuburlah kamu, kerana hal itu mengingatkan kita kepada kematian. – Hadis riwayat
Imam Muslim, no: 976

Namun demikian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah memerintahkan kita untuk
mengkhususkan pagi Hari Raya Aidilfitri sebagai hari untuk menziarah kubur. Sekiranya amalan ini baik
untuk umat Islam tentu baginda akan memerintah para sahabatnya radhiallahu ‘anhum untuk
mengerjakannya. Ternyata tidak wujud satu hadispun yang sabit daripada baginda shallallahu ‘alaihi
wasallam tentang amalan menziarah kubur khusus pada Hari Raya Aidilfitri.

Tambahan pula apa yang disunnahkan untuk kita lakukan ketika menziarah kubur hanyalah mendoakan
kesejahteran mayat dan doa yang telah diajar oleh Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam adalah:

Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin dan insya Allah kami akan menyusulmu. Aku
mohon keselamatan kepada Allah bagi kami dan kalian. – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 975

Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin, semoga Allah memberi rahmat kepada
orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian dari kami dan insya Allah kami akan menyusul. –
Hadis riwayat Imam Muslim, no: 974

Oleh itu itu hendaklah kita menghindarkan diri dari melakukan amalan-amalan bid’ah di kawasan
perkuburan pada Hari Raya Aidilfitri yang mulia. Sesungguhnya ketika Allah ‘Azza wa Jalla mewafatkan
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, agama Islam itu sudah lengkap dan apa-apa ibadah yang bukan
sebahagian daripada agama ketika itu maka ianya bukan sebahagian daripada agama Islam selama-
lamanya. Telah berkata Imam Malik bin Anas rahimahullah:

Barangsiapa mengada-adakan sesuatu di dalam umat ini yang tidak pernah di lakukan para
pendahulunya, maka dia benar-benar menganggap Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam telah
mengkhianati agama ini kerana Allah Ta’ala telah berfirman:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada
kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.- al-Maaidah (5) : 3

Oleh itu sesuatu yang pada waktu itu yang bukan sebahagian dari agama, maka sekarang pun tidak
dianggap sebagai sebahagian dari agama. – Dinukil dari kitab Manhaj Akidah Salaf: Akidah Imam Malik
ditulis oleh Syaikh Muhammad bin ‘Abdurrahman al-Maghrawi, Pustaka Azzam, Jakarta 2002, ms. 60.
Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut sila ke :

More Related Content

What's hot (18)

Kesesatan syi'ah
Kesesatan syi'ahKesesatan syi'ah
Kesesatan syi'ah
 
Presentation bid'ah
Presentation bid'ahPresentation bid'ah
Presentation bid'ah
 
Silde Bid'ah
Silde Bid'ahSilde Bid'ah
Silde Bid'ah
 
PowerPoint PAI Kelas 11 BAB Iman Kepada Rasul
PowerPoint PAI Kelas 11 BAB Iman Kepada RasulPowerPoint PAI Kelas 11 BAB Iman Kepada Rasul
PowerPoint PAI Kelas 11 BAB Iman Kepada Rasul
 
Khutbah jum'at-pentingnya shalat berjamaah [full]
Khutbah jum'at-pentingnya shalat berjamaah [full]Khutbah jum'at-pentingnya shalat berjamaah [full]
Khutbah jum'at-pentingnya shalat berjamaah [full]
 
Rasul Rasul itu kekasih Allah SWT bab 7 Kelas 11
Rasul Rasul itu kekasih Allah SWT bab 7 Kelas 11Rasul Rasul itu kekasih Allah SWT bab 7 Kelas 11
Rasul Rasul itu kekasih Allah SWT bab 7 Kelas 11
 
sunnah dan bidaah
sunnah dan bidaahsunnah dan bidaah
sunnah dan bidaah
 
sunnah dan bid'ah
sunnah dan bid'ahsunnah dan bid'ah
sunnah dan bid'ah
 
Power Point Beriman Kepada Nabi dan Rasul Kelas 11 SMA
Power Point Beriman Kepada Nabi dan Rasul Kelas 11 SMAPower Point Beriman Kepada Nabi dan Rasul Kelas 11 SMA
Power Point Beriman Kepada Nabi dan Rasul Kelas 11 SMA
 
tugas presentasi kelompok II ibadah sunnah & bid'ah
tugas presentasi kelompok II ibadah sunnah & bid'ahtugas presentasi kelompok II ibadah sunnah & bid'ah
tugas presentasi kelompok II ibadah sunnah & bid'ah
 
Perbedaan sunni syiah dalam tabel
Perbedaan sunni syiah dalam tabelPerbedaan sunni syiah dalam tabel
Perbedaan sunni syiah dalam tabel
 
Bida'ah dalam masyarakat
Bida'ah dalam masyarakatBida'ah dalam masyarakat
Bida'ah dalam masyarakat
 
Iman Kepada Kitab Allah
Iman Kepada Kitab AllahIman Kepada Kitab Allah
Iman Kepada Kitab Allah
 
Iman kepada rasul
Iman kepada rasulIman kepada rasul
Iman kepada rasul
 
Salah obat
Salah obatSalah obat
Salah obat
 
Agar kita tidak tertipu menyingkap sesatnya aqidah syiah
Agar kita tidak tertipu menyingkap sesatnya aqidah syiahAgar kita tidak tertipu menyingkap sesatnya aqidah syiah
Agar kita tidak tertipu menyingkap sesatnya aqidah syiah
 
Iman kepada rasul
Iman kepada rasulIman kepada rasul
Iman kepada rasul
 
Iman kepada rasul allah
Iman kepada rasul allahIman kepada rasul allah
Iman kepada rasul allah
 

Similar to Ziarah kubur

Apakah kita merayakan maulid nabi
Apakah kita merayakan maulid nabiApakah kita merayakan maulid nabi
Apakah kita merayakan maulid nabiArdian DP
 
Apa Hukum Merayakan Maulid Nabi
Apa Hukum Merayakan Maulid NabiApa Hukum Merayakan Maulid Nabi
Apa Hukum Merayakan Maulid NabiSuardi Al-Bukhari
 
Memahami esensi peringatan maulid nabi s.a.w.
Memahami esensi peringatan maulid nabi  s.a.w.Memahami esensi peringatan maulid nabi  s.a.w.
Memahami esensi peringatan maulid nabi s.a.w.Muhsin Hariyanto
 
Keistimewaan dan rahasia shalat
Keistimewaan dan rahasia shalatKeistimewaan dan rahasia shalat
Keistimewaan dan rahasia shalatSyahlul D'hasrap
 
Aqidah islamiyah
Aqidah islamiyahAqidah islamiyah
Aqidah islamiyahnyongkoh
 
Tahlilan dalam timbangan
Tahlilan dalam timbanganTahlilan dalam timbangan
Tahlilan dalam timbanganChika Aje
 
Hakekat Syiah - Gerakan Dan Pemikirannya
Hakekat Syiah - Gerakan Dan PemikirannyaHakekat Syiah - Gerakan Dan Pemikirannya
Hakekat Syiah - Gerakan Dan PemikirannyaRidlo Abelian
 
Mengenal Manhaj Salaf
Mengenal Manhaj SalafMengenal Manhaj Salaf
Mengenal Manhaj Salafyanto abdulah
 
Fatwa bid'ahnya merayakan sambutan nisfu sya'ban
Fatwa bid'ahnya merayakan sambutan nisfu sya'banFatwa bid'ahnya merayakan sambutan nisfu sya'ban
Fatwa bid'ahnya merayakan sambutan nisfu sya'banR&R Darulkautsar
 
Hukum perayaan ulang tahun dalam islam
Hukum perayaan ulang tahun dalam islamHukum perayaan ulang tahun dalam islam
Hukum perayaan ulang tahun dalam islamAyu Pitas
 
Maulid Nabi Muhammad SAW dalam Pandangan Ulama
Maulid Nabi Muhammad SAW dalam Pandangan UlamaMaulid Nabi Muhammad SAW dalam Pandangan Ulama
Maulid Nabi Muhammad SAW dalam Pandangan Ulamaיונה עזיאל
 
Sejarah perayaan maulid
Sejarah perayaan maulidSejarah perayaan maulid
Sejarah perayaan maulidDoem Chareo
 
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Tazkirah PTAR
 
Hadits tentang salam,Rifki Aminuddin
Hadits tentang salam,Rifki AminuddinHadits tentang salam,Rifki Aminuddin
Hadits tentang salam,Rifki AminuddinRifki Aminuddin
 
Maulid nabi saw ( URGENSITAS MAULID )
Maulid nabi saw ( URGENSITAS MAULID )Maulid nabi saw ( URGENSITAS MAULID )
Maulid nabi saw ( URGENSITAS MAULID )Visnu Candra
 
Kosep dan Dalil Maulid Nabi Muhammad SAW
Kosep dan Dalil Maulid Nabi Muhammad SAWKosep dan Dalil Maulid Nabi Muhammad SAW
Kosep dan Dalil Maulid Nabi Muhammad SAWMoh Hari Rusli
 
Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqan
Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqan
Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqan R&R Darulkautsar
 

Similar to Ziarah kubur (20)

Apakah kita merayakan maulid nabi
Apakah kita merayakan maulid nabiApakah kita merayakan maulid nabi
Apakah kita merayakan maulid nabi
 
Apa Hukum Merayakan Maulid Nabi
Apa Hukum Merayakan Maulid NabiApa Hukum Merayakan Maulid Nabi
Apa Hukum Merayakan Maulid Nabi
 
Memahami esensi peringatan maulid nabi s.a.w.
Memahami esensi peringatan maulid nabi  s.a.w.Memahami esensi peringatan maulid nabi  s.a.w.
Memahami esensi peringatan maulid nabi s.a.w.
 
Keistimewaan dan rahasia shalat
Keistimewaan dan rahasia shalatKeistimewaan dan rahasia shalat
Keistimewaan dan rahasia shalat
 
Bab 1(keikhlasan)
Bab 1(keikhlasan)Bab 1(keikhlasan)
Bab 1(keikhlasan)
 
Aqidah islamiyah
Aqidah islamiyahAqidah islamiyah
Aqidah islamiyah
 
Tahlilan dalam timbangan
Tahlilan dalam timbanganTahlilan dalam timbangan
Tahlilan dalam timbangan
 
Hakekat Syiah - Gerakan Dan Pemikirannya
Hakekat Syiah - Gerakan Dan PemikirannyaHakekat Syiah - Gerakan Dan Pemikirannya
Hakekat Syiah - Gerakan Dan Pemikirannya
 
Mengenal Manhaj Salaf
Mengenal Manhaj SalafMengenal Manhaj Salaf
Mengenal Manhaj Salaf
 
Fatwa bid'ahnya merayakan sambutan nisfu sya'ban
Fatwa bid'ahnya merayakan sambutan nisfu sya'banFatwa bid'ahnya merayakan sambutan nisfu sya'ban
Fatwa bid'ahnya merayakan sambutan nisfu sya'ban
 
Hukum perayaan ulang tahun dalam islam
Hukum perayaan ulang tahun dalam islamHukum perayaan ulang tahun dalam islam
Hukum perayaan ulang tahun dalam islam
 
Maulid Nabi Muhammad SAW dalam Pandangan Ulama
Maulid Nabi Muhammad SAW dalam Pandangan UlamaMaulid Nabi Muhammad SAW dalam Pandangan Ulama
Maulid Nabi Muhammad SAW dalam Pandangan Ulama
 
Sejarah perayaan maulid
Sejarah perayaan maulidSejarah perayaan maulid
Sejarah perayaan maulid
 
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
 
Hadits tentang salam,Rifki Aminuddin
Hadits tentang salam,Rifki AminuddinHadits tentang salam,Rifki Aminuddin
Hadits tentang salam,Rifki Aminuddin
 
Tahlilan madzhab syafii
Tahlilan madzhab syafiiTahlilan madzhab syafii
Tahlilan madzhab syafii
 
Maulid nabi saw ( URGENSITAS MAULID )
Maulid nabi saw ( URGENSITAS MAULID )Maulid nabi saw ( URGENSITAS MAULID )
Maulid nabi saw ( URGENSITAS MAULID )
 
Kosep dan Dalil Maulid Nabi Muhammad SAW
Kosep dan Dalil Maulid Nabi Muhammad SAWKosep dan Dalil Maulid Nabi Muhammad SAW
Kosep dan Dalil Maulid Nabi Muhammad SAW
 
Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqan
Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqan Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqan
Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqan
 
KAJIAN UTAMA EDISI JULI 2015
KAJIAN UTAMA EDISI JULI 2015 KAJIAN UTAMA EDISI JULI 2015
KAJIAN UTAMA EDISI JULI 2015
 

More from sakura rena

Topic 7 audit planning (1)
Topic 7 audit planning (1)Topic 7 audit planning (1)
Topic 7 audit planning (1)sakura rena
 
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable (1)
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable (1)Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable (1)
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable (1)sakura rena
 
Topic 12 audit report (1)
Topic 12  audit report (1)Topic 12  audit report (1)
Topic 12 audit report (1)sakura rena
 
Topic 11 verification of balance sheet items (1)
Topic 11  verification of balance sheet items (1)Topic 11  verification of balance sheet items (1)
Topic 11 verification of balance sheet items (1)sakura rena
 
Topic 10 audit of payroll cycle (1)
Topic 10  audit of payroll cycle (1)Topic 10  audit of payroll cycle (1)
Topic 10 audit of payroll cycle (1)sakura rena
 
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables (1)
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables (1)Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables (1)
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables (1)sakura rena
 
Introduction to Database Management System
Introduction to Database Management System Introduction to Database Management System
Introduction to Database Management System sakura rena
 
Topic 11 notes and question on ppe
Topic 11 notes and question on ppeTopic 11 notes and question on ppe
Topic 11 notes and question on ppesakura rena
 
Topic 1 introduction
Topic 1 introduction Topic 1 introduction
Topic 1 introduction sakura rena
 
Topic 2 objectives and scope of financial statement audit
Topic 2 objectives and scope of financial statement auditTopic 2 objectives and scope of financial statement audit
Topic 2 objectives and scope of financial statement auditsakura rena
 
Topic 3 companies act 1965 requirements &mia by law
Topic 3 companies act 1965 requirements &mia by lawTopic 3 companies act 1965 requirements &mia by law
Topic 3 companies act 1965 requirements &mia by lawsakura rena
 
Topic 4 internal control system (ics)
Topic 4 internal control system (ics)Topic 4 internal control system (ics)
Topic 4 internal control system (ics)sakura rena
 
Topic 5 audit evidence and auditing procedure (2)
Topic 5 audit evidence and auditing procedure (2)Topic 5 audit evidence and auditing procedure (2)
Topic 5 audit evidence and auditing procedure (2)sakura rena
 
Topic 6 audit documentation
Topic 6 audit documentationTopic 6 audit documentation
Topic 6 audit documentationsakura rena
 
Topic 7 audit planning (2)
Topic 7 audit planning (2)Topic 7 audit planning (2)
Topic 7 audit planning (2)sakura rena
 
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivableTopic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivablesakura rena
 
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payablesTopic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payablessakura rena
 
Topic 10 audit of payroll cycle
Topic 10  audit of payroll cycleTopic 10  audit of payroll cycle
Topic 10 audit of payroll cyclesakura rena
 
Topic 11 verification of balance sheet items
Topic 11  verification of balance sheet itemsTopic 11  verification of balance sheet items
Topic 11 verification of balance sheet itemssakura rena
 
Topic 12 audit report
Topic 12  audit reportTopic 12  audit report
Topic 12 audit reportsakura rena
 

More from sakura rena (20)

Topic 7 audit planning (1)
Topic 7 audit planning (1)Topic 7 audit planning (1)
Topic 7 audit planning (1)
 
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable (1)
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable (1)Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable (1)
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable (1)
 
Topic 12 audit report (1)
Topic 12  audit report (1)Topic 12  audit report (1)
Topic 12 audit report (1)
 
Topic 11 verification of balance sheet items (1)
Topic 11  verification of balance sheet items (1)Topic 11  verification of balance sheet items (1)
Topic 11 verification of balance sheet items (1)
 
Topic 10 audit of payroll cycle (1)
Topic 10  audit of payroll cycle (1)Topic 10  audit of payroll cycle (1)
Topic 10 audit of payroll cycle (1)
 
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables (1)
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables (1)Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables (1)
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables (1)
 
Introduction to Database Management System
Introduction to Database Management System Introduction to Database Management System
Introduction to Database Management System
 
Topic 11 notes and question on ppe
Topic 11 notes and question on ppeTopic 11 notes and question on ppe
Topic 11 notes and question on ppe
 
Topic 1 introduction
Topic 1 introduction Topic 1 introduction
Topic 1 introduction
 
Topic 2 objectives and scope of financial statement audit
Topic 2 objectives and scope of financial statement auditTopic 2 objectives and scope of financial statement audit
Topic 2 objectives and scope of financial statement audit
 
Topic 3 companies act 1965 requirements &mia by law
Topic 3 companies act 1965 requirements &mia by lawTopic 3 companies act 1965 requirements &mia by law
Topic 3 companies act 1965 requirements &mia by law
 
Topic 4 internal control system (ics)
Topic 4 internal control system (ics)Topic 4 internal control system (ics)
Topic 4 internal control system (ics)
 
Topic 5 audit evidence and auditing procedure (2)
Topic 5 audit evidence and auditing procedure (2)Topic 5 audit evidence and auditing procedure (2)
Topic 5 audit evidence and auditing procedure (2)
 
Topic 6 audit documentation
Topic 6 audit documentationTopic 6 audit documentation
Topic 6 audit documentation
 
Topic 7 audit planning (2)
Topic 7 audit planning (2)Topic 7 audit planning (2)
Topic 7 audit planning (2)
 
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivableTopic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable
Topic 8 audit of revenue & receipts cycle + acc receivable
 
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payablesTopic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables
Topic 9 audit of purchase and payment cycle + acc payables
 
Topic 10 audit of payroll cycle
Topic 10  audit of payroll cycleTopic 10  audit of payroll cycle
Topic 10 audit of payroll cycle
 
Topic 11 verification of balance sheet items
Topic 11  verification of balance sheet itemsTopic 11  verification of balance sheet items
Topic 11 verification of balance sheet items
 
Topic 12 audit report
Topic 12  audit reportTopic 12  audit report
Topic 12 audit report
 

Ziarah kubur

  • 1. Ziarah Kubur di Aidilfitri Lazimnya pada pagi Hari Raya iaitu sebelum atau sesudah solat Hari Raya Aidilfitri, umat Islam di Malaysia akan berpusu-pusu memenuhi tanah-tanah perkuburan untuk menziarah kubur ahli keluarga mereka. Sesetengah tanah perkuburan telah berubah menjadiseperti kawasan perayaan yang meriah. Terdapat gerai-gerai yang menjual bunga-bunga dan air wangian untuk ditabur dan dijirus di atas kuburan. Ramai juga di antara kita yang melakukan ibadat-ibadat tertentu di kawasan perkuburan tersebut seperti membaca surahYasin, berzikir malah ada yang melakukan upacara tahlil di situ untuk di sedekahkan pahalanya kepada mayat. Ada juga segelintir kecil umat Islam yang sehinggakan membawa makanan serta minuman di kawasan perkuburan dan membuat jamuan di kawasan perkuburan. Ini semua merupakan perbuatan yang tidak pernah diajaroleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan tidak juga pernah diamalkan oleh mana-mana para al-salafussoleh termasuk imam kita Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’i rahimahullah. Sekiranya perkara tersebut adalah baik lagi mendatangkan manfaat yangbesar kepada umat Islam, nescaya mereka akan mendahului kita dalam mengamalkannya. Syaikh Wahid Abdussalam Bali ketika mengingkari pengkhususan HariRaya Adilfitri dijadikan hari menziarah kawasan perkuburan telah berkata: Pertama, bukan merupakan petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam atau salah seorang sahabatnya mengkhususkan Hari Raya untuk berziarah kubur Kedua, Hari Raya adalah hari kegembiraan dan kesenangan, bukan hari kesedihan dan tangisan. Ketiga, Hari Raya adalah hari saling berkunjung orang-orang yang masih hidup, dan bukan untuk mengunjungi orang-orang yang sudah mati. – Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, ms. 429 Sebenarnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengharamkan untuk dilakukan ibadah di kawasan perkuburan dan menjadikannya sebagai kawasan perayaan. Ini sebagaimana sabdanya: Janganlah kamu jadikan rumah kamu itu sebagai kuburan. Sesungguhnya setan itu lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah. – Hadis riwayat ImamMuslim, no: 780 Dari hadis ini dapat kita fahami bahawa rumah yang tidak dikerjakan ibadah seperti membaca al-Qur’an dan solat adalah sama seperti kawasan perkuburan. Oleh itu secara tidak langsung ia memberitahu kepada kita semua bahawa kawasan perkuburan bukan merupakan tempat untuk beribadah seperti membaca al-Qur’an. Tambahan pula amalan mengirim pahala bacaan al-Qur’an seperti surah Yasin kepada mayat menurut pendapat Imam al-Syafi’i rahimahullah adalah tidak sampai pahalanya kepada mayat tersebut. Ternyata di dalam kitab-kitab Imam al-Syafi’i tidak pernah tertulis tentang amalan mengirim pahala bacaan al-Qur’an kepada mayat ini. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: (Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. – Al-Najm (53) : 38-39
  • 2. Telah berkata al-Hafidz Ibnu Kathir rahimahullah di dalam kitab tafsirnya Tafsir al-Qur’an al-Adzim ketika mentafsirkan ayat di atas: Iaitu sebagaimana seseorang tidak akan memikul dosa orang lain demikian juga seseorang tidak akan memperolehi ganjaran (pahala) kecuali apa-apa yang telah dia usahakan untuk dirinya sendiri. Dan dari ayat yang mulia ini Imam al-Syafi’i bersama paraulamak yang mengikutinya telah mengeluarkan hukum bahawa bacaan al-Qur’an tidak akan sampai hadiah pahalanya kepada orang yang telah mati. Kerana bacaan tersebut bukan dari amal dan usaha mereka. Oleh kerana itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah mengsyari’atkan umatnya (untuk menghadiahkan bacaan al-Qur’an kepada yang telah mati) dan tidak juga pernah menggemarinya atau memberikan petunjukkepada mereka baik dengan nash (dalil yang jelas lagi terang) dan tidak juga dengan isyarat dan tidak pernah dinukilkan dari seorangpun sahabat (bahawa merekapernah mengirim pahala bacaan al-Qur’an kepada orang yang telah mati). Jika sekiranya amalan itu baik tentu para sahabat telah mendahului kita mengamalkannya. Dandi dalam masalah ibadah ianya hanya terbatas pada dalil dan tidak boleh dipalingkan dengan qiyas-qiyas atau pendapat-pendapat. Imam al-Nawawi al-Syafi’i rahimahullah pula di dalam Syarah Muslim (jilid 1, ms. 90) telah berkata: Adapun bacaan al-Qur’an (yang pahalanya dikirimkan kepada simati) maka yang masyhur di dalam mazhab Syafi’i tidak dapat sampai kepada si mati yang dikirim… Sedang dalilnya bagi Imam al-Syafi’i dan pengikut-pengikutnya iaitu firman Allah: bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. Dan Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh (lelaki atau perempuan) yang berdoa untuknya. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi, no: 1297. Oleh itu bagi masyarakat Islam di Malaysia yang rata-ratanya mengaku berpegang teguh dengan mazhab Syafi’i sewajarnya meninggalkan amalan membaca al-Qur’an di kuburan bertujuan untuk mengirim pahalanya kepada mayat ini bukan hanya pada pagi Hari Raya Aidilfitri tetapi juga pada hari-hari selainnya. Sabda baginda shallallahu ‘alaihi wasallam lagi: Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu itu sebagai kuburan dan janganlah kamu jadikan kuburku tempat perayaan. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud, no: 1746 Sekiranya kubur manusia yang paling mulia di atas muka bumi ini iaitu kuburnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam diharamkan untuk dijadikan kawasan perayaan,apatah lagi kuburan manusia biasa yang selainnya. Maka haram hukumnya untuk mengkhususkan Hari Raya Aidilfitri sebagai hari berkumpulnya manusia di kawasan perkuburan kerana ia menggambarkan seolah-olah kuburan telah dijadikan kawasan perayaan. Tambahan pula apabila manusia berkumpul beramai-ramai dan melakukan pelbagai aktiviti di kawasan perkuburan sering kita sering melihat mereka duduk di atas kubur atau memijak-mijaknya. Mereka seolah-olah tidak pernah mengetahui amaran keras daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam terhadap mereka yang duduk di atas kubur. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:
  • 3. Sesungguhnya jika seseorang kamu duduk di atas bara api membakar sehingga menembusi pakaiannya lalu membakar kulitnya, adalah lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kuburan. – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 971 Tidak dinafikan bahawa kita sememangnya disunnahkan untuk menziarah kubur agar mengingatkan kita kepada kematian. Ini sebagaimana sabda Nabi shallallahu’alaihi wasallam: …maka berziarah kuburlah kamu, kerana hal itu mengingatkan kita kepada kematian. – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 976 Namun demikian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah memerintahkan kita untuk mengkhususkan pagi Hari Raya Aidilfitri sebagai hari untuk menziarah kubur. Sekiranya amalan ini baik untuk umat Islam tentu baginda akan memerintah para sahabatnya radhiallahu ‘anhum untuk mengerjakannya. Ternyata tidak wujud satu hadispun yang sabit daripada baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan menziarah kubur khusus pada Hari Raya Aidilfitri. Tambahan pula apa yang disunnahkan untuk kita lakukan ketika menziarah kubur hanyalah mendoakan kesejahteran mayat dan doa yang telah diajar oleh Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam adalah: Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin dan insya Allah kami akan menyusulmu. Aku mohon keselamatan kepada Allah bagi kami dan kalian. – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 975 Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin, semoga Allah memberi rahmat kepada orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian dari kami dan insya Allah kami akan menyusul. – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 974 Oleh itu itu hendaklah kita menghindarkan diri dari melakukan amalan-amalan bid’ah di kawasan perkuburan pada Hari Raya Aidilfitri yang mulia. Sesungguhnya ketika Allah ‘Azza wa Jalla mewafatkan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, agama Islam itu sudah lengkap dan apa-apa ibadah yang bukan sebahagian daripada agama ketika itu maka ianya bukan sebahagian daripada agama Islam selama- lamanya. Telah berkata Imam Malik bin Anas rahimahullah: Barangsiapa mengada-adakan sesuatu di dalam umat ini yang tidak pernah di lakukan para pendahulunya, maka dia benar-benar menganggap Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam telah mengkhianati agama ini kerana Allah Ta’ala telah berfirman: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.- al-Maaidah (5) : 3 Oleh itu sesuatu yang pada waktu itu yang bukan sebahagian dari agama, maka sekarang pun tidak dianggap sebagai sebahagian dari agama. – Dinukil dari kitab Manhaj Akidah Salaf: Akidah Imam Malik ditulis oleh Syaikh Muhammad bin ‘Abdurrahman al-Maghrawi, Pustaka Azzam, Jakarta 2002, ms. 60. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut sila ke :