SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
1
I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.
PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM
PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH
PERTAMA
Rian Vebrianto
Kamisah Osman
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor, Malaysia
Media pengajaran merupakan komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ini membincangkan tentang bagaimana seorang pendidik khasnya seorang guru dapat
membuat media pengajaran. Media pengajaran yang dimaksud merupakan modul dan
multimedia dalam pembelajaran alam sekitar (Biologi). Modul merupakan bahan belajar kendiri
bercetak dalam bentuk teks sedangkan multimedia merupakan perpaduan interaktif dari pelbagai
media seperti video, audio, foto, grafik, animasi dan teks yang digabungkan secara terintegrasi
dan interaktif. Dalam era teknologi canggih seperti sekarang ini, multimedia interaktif
mempunyai potensi yang sangat besar untuk digunakan dalam pembelajaran. Begitu juga dengan
modul yang berbentuk teks memiliki peranan dalam meningkatkan pemahaman kepada pelajar.
Secara umum, langkah-langkah pembangunan multimedia dan modul pembelajaran interaktif
alam sekitar ini terdiri dari; analisis keperluan, pemilihan tajuk, penyusunan garis besar isi,
penulisan naskah, pelaksanaan pembuatan atau produksi, implementasi, penilaian dan
penambahbaikan, serta pengemasan. Ada beberapa perkara yang berbeza antara pembangunan
modul dan multimedia meskipun secara umum kedua-duanya sama. Kajian ini mengembangkan
4 buah modul bercetak dan pembelajaran multimedia yang terdiri dari 8 subtajuk pembahasan.
Dari kajian ini diharapkan dapat membantu pendidik dalam mengembangkan media pengajaran
yang lebih berkualiti, efektif dan bervariasi sehingga membantu meningkatkan pemahaman
kepada pelajar dan membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada
pelajar.
Kata kunci: Media pengajaran, pengembangan modul, pengembangan multimedia dan alam
sekitar
2
I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.
PENDAHULUAN
Pengajaran dan pembelajaran bermodul merupakan satu proses yang berlaku dalam suasana
yang teratur dan sangat tersusun biasanya dalam bentuk langkah demi langkah dengan
maklumbalas dilakukan antara langkah-langkah tersebut (Percival dan Elington 1994). Latihan
yang ingin disampaikan kepada mereka mestilah dalam bentuk yang tersusun dan sistematik
sesuai dengan keupayaan pelajar. Selanjutnya Yusup dan Razaimah (1993) mengemukakan
bahawa modul pembelajaran dikenali sebagai satu koleksi pengalaman pembelajaran yang
terancang dan tersusun biasanya dalam bentuk pembelajaran kendiri untuk mencapai objektif-
objektif pembelajaran yang telah ditetapkan dalam jangka masa beberapa jam ataupun minggu.
Modul pembelajaran dikenali dengan pelbagai nama lain seperti pakej kegiatan, pakej
pembelajaran individu. Jamaludin (2002) modul menawarkan pakej pembelajaran lengkap yang
terdiri daripada maklumat-maklumat yang membolehkan pembaca atau pelajar memperolehi
pengetahuan atau kemahiran baru dalam subjek yang dibentuk, begitu juga dengan multimedia,
Perkembangan yang terjadi terutama dalam perkembangan multimedia interaktif sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran. Multimedia interaktif merupakan gabungan dari pelbagai media
seperti video, audio, foto, grafik, animasi, dan teks yang dibuat secara terintegrasi (Koesnandar
2006; McLaughlin 2008; Attwood et al. 2005).
Guru atau para pendidik sentiasa berusaha untuk memperbaiki proses pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan dari semasa ke semasa. Pengajaran dan pembelajaran
menggunakan modul dan multimedia merupakan salah satu pengajaran terancang yang boleh
digunakan untuk kaedah pengajaran individu yang mana isi kandungan pengajaran disampaikan
sedikit demi sedikit atau dengan menggunakan langkah-langkah khusus bagi mencapai objektif
pengajaran yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Pengajaran menggunakan modul dan
multimedia merujuk kepada satu kaedah pengajaran yang menggunakan pengajaran kendiri dan
proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan secara individu, berkelompok atau
bersama-sama guru (Shaharom 1995). Modul dan multimedia boleh berdiri sendiri untuk
membolehkan pelajar sendiri mengikut keperluan dan kadar pembelajarannya secara individu.
Menurut Jamaludin (2002) teknik pembinaan modul secara amnya adalah serupa dengan
penyediaan sesuatu unit pelajaran. Perbezaannya hanyalah dari segi pendekatan dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Teknik penyediaan modul umumnya serupa dengan penyediaan
sesuatu unit pelajaran (Clark & Starr 1986). Menurut Clark dan Starr (1986) dan Koesnandar
(2006), sesuatu modul dan multimedia mengandungi: (i) Tajuk, (ii) Rasional, termasuk objektif
dan kepentingan mempelajari tajuk, (iii) Objektif-objektif khas yang dinyatakan dalam bentuk
tingkah laku yang ditujukan kepada pelajar, (iv) Arahan yang perlu diikuti oleh pelajar semasa
melengkapkan modul dan multimedia, (v) Bibliografi, (vi) Bahan-bahan pengajaran yang
disediakan bersama modul dan (vii) Bahan-bahan ujian kendiri dan bahan-bahan penilaian lain,
termasuk ujian pra dan ujian pasca.
3
I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penting untuk merancang bahan-bahan
kursus yang dapat melayani keperluan individu sekaligus mempromosikan konsep belajar. Oleh
kerana itu, sangat penting dalam merancang dan merekabentuk modul baik dalam bentuk
bercetak mahupun dalam bentuk multimedia dipandu oleh teori pendidikan. Walaupun
perekabentuk multimedia instruksional telah dapat memberikan sejumlah besar maklumat yang
terbukti dapat membantu memberikan pemahaman kepada pelajar dan membentuk proses
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Tugas yang tidak mudah untuk
membuat dan memproduksi bahan-bahan multimedia dan bercetak yang berkesan kerana
kurangnya atau belum berkesan model rekabentuk praktis dalam menyusun dan merancang
modul baik dalam bentuk bercetak mahupun multimedia. Dalam kertas kerja ini pengkaji akan
cuba menjelaskan alasan menggunakan media pengajaran, bagaimana menyusun dan merancang
serta membangun modul, dan bagaimana modul tersebut mudah difahami oleh pelajar.
PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN MODUL BERCETAK DAN PERISIAN
MULTIMEDIA
Dalam pembangunan sebuah modul dan multimedia kita perlu melakukan analisis perancangan.
Perancangan dalam sebuah modul menurut Gde Putu Arya Oka (2007) haruslah
mempertimbangkan beberapa perkara antaranya :
1. Cara belajar audien atau pelajar.
2. Ciri dan budaya personal dari populasi yang dijadikan sasaran.
3. Ciri dari setiap komponen multimedia yang digunakan.
4. Kelebihan dan kekurangan dari setiap komponen (teks, grafis, suara, animasi, video).
5. Ciri yang tidak boleh dipisahkan dari tiap-tiap bahan yang disajikan (perlakuan
yang berbeza antara mata pelajaran).
6. Pentingnya interaktif dan penglibatan aktif pengguna.
7. Keperluan tersedianya suatu virtual enviromental (lingkungan belajar virtual) seperti web
base application.
Dalam merekabentuk (pembangunan modul dan multimedia), ada beberapa model yang
telah dikembangkan diantaranya: 1). Model ADDIE banyak digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran terutamanya yang melibatkan teknologi atau media pendidikan. Terdapat lima
peringkat yang berkaitan dengan model ini iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan
dan penilaian, 2) Model Hanaffin & Peck mempunyai tiga fasa melibatkan proses penilaian dan
penyemakan semula bagi tujuan penambahbaikan. Fasa-fasa tersebut terdiri dari fasa
pemerhatian, fasa rekabentuk dan fasa pembangunan, 3) Model Dick & Carey terbahagi kepada
sepuluh fasa seperti: mengenalpasti objektif keseluruhan, menganalisis objektif, menganalisis
ciri-ciri tingkah laku pelajar, menerangkan tentang objektif kebolehupayaan yang diperlu
dicapai, membina instrumen, merancang strategi atau kaedah pengajaran dan pembelajaran,
menentukan bahan bantu mengajar yang akan digunakan, penilaian formatif (semasa P&P),
mengubahsuai atau menambahbaik rancangan pengajaran dan pembelajaran, penilaian sumatif
(dijalankan bagi menguji keberkesanan media) model-model lainnya diantaranya: model Knirk
and Gustafson Design Model, Jerrold/Kemp Design Model , Gerlach and Ely Design Model,
4
I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.
Rapid Prototyping Design Model (Gagne et al 2005; Dick dan Carey 2005; dan Qureshi Elena :
2004 ) .
Menurut kajian yang dilakukan oleh Koesnandar (2006) terdapat beberapa langkah dalam
pembangunan multimedia iaitu: analisis keperluan, dilanjutkan dengan pemilihan topik (tajuk),
penyusunan garis besar isi, penulisan naskah, pelaksanaan produksi, evaluasi (penilaian) dan
revisi (penambahbaikan) serta pengemasan. Namun begitu menurut kajian yang dilakukan oleh
McLaughlin (2008) dan Attwood et.al. (2005) menyatakan bahawa perlu adanya gabungan
pakar multimedia yang sesuai dengan bidang yang dikaji untuk memastikan supaya bahan yang
diajarkan lengkap dan tidak ada yang terlewat serta dapat menjelaskan kepada pelajar secara
nyata. Reis (2007) menyatakan dalam pengembangan konsep pengembangan multimedia
mengambil evolusi model yang menyajikan kegiatan untuk konstruksi kerangka berupa: (1)
identifikasi persyaratan dari domain system, (2) spesifikasi komponen, (3) rekabentuk komponen
dan (4) implementasi dan pengujian komponen. Dari kajian-kajian ini dapat diketahui dalam
pembangunan suatu modul multimedia perlu adanya perancangan, penyusunan, pelaksanaan,
penilaian dan pengemasan (penyusunan kembali).
Pengkaji mengembangkan perpaduan dari beberapa model yang ada iaitu: analisis
keperluan, dilanjutkan dengan pemilihan tajuk, penyusunan garis besar isi, penulisan naskah,
pelaksanaan pembuatan atau produksi, implementasi, penilaian dan penambahbaikan serta
pengemasan. Langkah-langkah tersebut dapat dilihat pada rajah 1 berikut:
Rajah 1. Rekabentuk multimedia dan modul
Analisis Keperluan
Pemilihan Tajuk
Pembuatan Garis Besar
Penulisan Naskah
Pelaksanaan Pembuatan
Implementasi
Penilaian dan Penambahbaikan
Pengemasan
5
I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.
1). Analisis Keperluan
Dalam pembangunan sebuah modul dan multimedia yang baik dapat menjawab keperluan
pemakai (responden). Untuk lebih mudahnya di bawah ini senarai rajah 2 .
Rajah 2. Alur analisis keperluan
2). Pemilihan Tajuk
Pada amnya semua tajuk yang ada pada kurikulum dapat disajikan dengan menggunakan
multimedia mahupun modul. Yang terpenting bukan tajuk apa yang boleh dimediakan namun
bagaimana penyajian tajuk tersebut secara sederhana, jelas, menarik dan mudah dipahami. Untuk
lebih mudahnya dapat dilihat pada senarai rajah 3 alur pemilihan tajuk di bawah ini.
Rajah 3. Alur pemilihan tajuk
3). Pembuatan Garis Besar
Dalam pembuatan garis besar berguna bagi kita untuk melihat cakupan (keluasan dan
kedalaman) bahan. Dengan peta atau kerangka bahan kita dapat menentukan seberapa luas atau
mencakup apa saja bahan yang akan dibincangkan, dan seberapa mendalam pembahasan
dilakukan. Semakin terperinci kita kembangkan ranting peta bahan maka semakin dalam bahasan
bahan kita yang biasanya dibuat dalam bentuk peta konsep atau dalam bentuk jadual.
Identifikasi
masalah
Rumusan penyelesaian
alternatif
Pembuatan
media
Bahannya penting
sesuai kurikulum dan
tidak cepat berubah
Esensial
Abstrak susah
difahami,susah
dijelaskan , tidak tersedia
media yang sesuai
Susah
Tentukan Tajuk
6
I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.
4). Penulisan Naskah
Berdasarkan garis besar yang telah di susun, kemudian menulis naskah media atau modul
tersebut. Naskah merupakan cetakan biru untuk media yang akan dibuat. Selain bahan, naskah
berisi petunjuk-petunjuk teknik untuk memprogramkan, penyediaan gambar, suara, animasi,
simulasi dan lainnya. Naskah multimedia biasanya lebih rumit daripada naskah buku atau
makalah. Ini adalah kerja yang susah, kerana pada naskah multimedia, anda harus memikirkan
semua aspek pembelajaran, bahan, interaktif, petunjuk teknik dan lainnya. Perhatikan rajah 4.
alur penulisan naskah.
Contoh flowchart branching
Rajah 4. Alur penyusunan naskah
5). Pelaksanaan Produksi (Pembuatan)
Setelah menyelesaikan naskah, kemudian kepada kegiatan produksi (pembuatan). Kegiatan ini
mencakup pembuatan rancangan tampilan, pembuatan gambar atau grafik, pembuatan animasi,
penulisan teks, pengisian suara, pengisian musik dan lainnya. Pelaksanaan produksi biasanya
dilakukan oleh satu kumpulan kerja sesuai dengan kepakaran dan kemampuan masing-masing.
Berbeza dengan modul, kita hanya perlu sesuaikan antara tulisan dan gambarnya, perkara ini
lebih mudah jika dibandingkan dengan pembuatan multimedia.
Dalam pelaksanaan produksi multimedia, apabila naskah ditulis oleh orang lain, ada
baiknya sebelum memulakan produksi dilakukan script conference. Script conference adalah
pertemuan antara penulis naskah dengan produser dan ahli kumpulan kerja produksi untuk
membahas segala sesuatu yang berkaitan dengan naskah baik pengembangan ide,
memberitahukan bahan, masalah-masalah teknik, punca bahan dengan membuat story board.
Perhatikan jadual 1. Contoh strory board multimedia dibawah ini:
Mulai
Menu
Bahan 1
Test
TestTest
Bahan 2 Bahan 3
7
I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.
Jadual 1. Contoh story board multimedia
6). Implementasi
Peringkat implementasi melaksanakan semua perancangan kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang dibina pada peringkat rekabentuk dan pembangunan tadi. Pada peringkat ini pengkaji
memastikan pelajar memahami isi kandungan pengajaran dan pembelajaran yang diberikan serta
melaksanakan semua arahan kerja yang diberikan dengan baik.
7). Penilaian dan Penambahbaikan
Peringkat penilaian dibahagikan kepada dua bentuk penilaian iaitu penilaian formatif yakni
semasa berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran ataupun penilaian yang dijalankan di
antara setiap peringkat model tadi. Tujuan utama penilaian formatif ini dijalankan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berjalan untuk penambahbaikan arahan dan isi kandungan
rancangan pengajaran dan pembelajaran sebelum sesi terakhir di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan setelah
berakhirnya sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Maklumat yang diperolehi hasil
daripada penilaian sumatif yang dijalankan digunakan bagi menilai dan membuat keputusan
akan isi kandungan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang dibina bersesuaian atau
sebaliknya.
8). Pengemasan
Pada fasa ini setelah dilakukan penilaian secara formatif dan sumatif maka dibina kembali
rekabentuk yang sempurna guna membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif.
TEKNIK MEMUDAHKAN PELAJAR MEMPELAJARI DAN MEMAHAMI MODUL
DAN MULTIMEDIA
Bahan belajar modul bercetak dan multimedia merupakan bahan belajar utama yang
dikembangkan oleh sebagian besar institusi atau lembaga penyelenggara untuk digunakan
membelajarkan kepada pelajar. Modul dan multimedia tidak hanya berisikan bahan pembelajaran
(self-contained) tetapi juga memuat pelbagai petunjuk atau penjelasan tentang cara-cara
mempelajari modul dan multimedia tersebut. Modul dan multimedia yang baik juga memberikan
No Nama
Halaman
Visual Audio/Narasi Keterangan
Navigasi
1 Halaman
utama
Selamat datang di Multimedia
Biologi lingkungan untuk kelas
VII SMP
Selamat datang di Multimedia
Biologi lingkungan untuk kelas
VII SMP
Close
8
I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.
tempat bagi pelajar untuk melakukan penilaian sendiri mengenai kemajuan belajarnya (learning
guides and steps). Selama mempelajari modul dan multimedia pelajar sentiasa dimotivasi untuk
terus menerus aktif mempelajari modul dan multimedia termasuk mengerjakan soalan latihan,
tugas dan ujian. Maklumbalas terhadap hasil pekerjaan pelajar juga terdapat di dalam modul dan
multimedia. Petunjuk atau penjelasan yang terdapat dalam modul dan multimedia dimaksudkan
untuk membantu mempermudahkan pelajar dalam mempelajari dan menguasai bahan
pembelajaran (Siahaan 2006; Koesnandar 2006; McLaughlin 2008; dan Attwood et al. 2005).
Dengan mengetahui teknik ini diharapkan dapat membantu memberi panduan kepada
penulis atau calon penulis modul dan pereka bentuk multimedia atau seseorang yang berminat
untuk mempelajari cara-cara merumuskan petunjuk belajar dan langkah-langkah mempelajari
modul. Memang masih ada beberapa topik lainnya yang membahas tentang cara-cara membantu
mempermudah pelajar mempelajari modul dan multimedia iaitu antara lain perancangan dan
penggunaan ilustrasi yang memadai (Purwanto 2000), penggunaan bahasa yang komunikatif
(Inten 2000), penggunaan kalimat yang sederhana (Haryono 2001), penggunaan contoh
(Rahardjo 2001). Fokus bahasan dalam kajian ini terbatas pada cara-cara atau petunjuk belajar
dan langkah-langkah mempelajari modul sehingga dapat membantu mempermudah pelajar
mempelajari modul. Sekalipun memang keterlibatan aspek mental sangat besar dalam
mempelajari modul dan multimedia ini, namun aspek fisik juga tidaklah dilupakan (Andamsari
2000) serta cara-cara atau petunjuk belajar dan langkah-langkah mempelajari modul dan
multimedia merupakan salah satu upaya dalam memotivasi dan mendorong pelajar untuk aktif
mempelajari modul dan multimedia termasuk mengerjakan soalan latihan dan tes (Siahaan
2007). Perumusan cara-cara atau petunjuk belajar dan langkah-langkah mempelajari modul
dinilai sangat penting dalam menentukan keberhasilan pelajar belajar. Terlebih lagi apabila
modul dan multimedia ini ditujukan kepada pelajar sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
Esensi kegiatan belajar yang demikian inilah yang harus diperhatikan benar-benar oleh penulis
modul.
Apabila pelajar berada di sekolah rendah dan menengah yang ditargetkan sebagai sasaran
yang mempelajari modul, menurut Siahaan (2006) bahawa di samping cara-cara atau petunjuk
belajar dan langkah-langkah mempelajari modul yang dirumuskan secara sederhana dan jelas,
maka modul dan multimedia hendaknya juga menggunakan: (1) Banyak ilustrasi (kaya dengan
ilustrasi), (2) Kalimat-kalimat sederhana, (3) Contoh-contoh yang memperjelas huraian bahan
pelajaran, dan (4) Titian belajar (dimulai dengan uraian meteri pelajaran yang lebih mudah).
Aspek teknik yang juga penting adalah yang berkaitan dengan penampilan modul dan
multimedia.
Menurut Siahaan (2007), panduan menulis modul dan merekabentuk multimedia agar
membantu mempermudah pelajar dalam mempelajarinya. Perkara yang terpenting ialah dalam
perumusan cara-cara atau petunjuk dalam mempelajari modul dan multimedia tersebut. Berikut
ini dikemukakan beberapa tujuan dirumuskannya cara-cara atau petunjuk belajar dan langkah-
langkah di dalam modul iaitu:
a) Memotivasi pelajar untuk mempelajari ulang bahan pembelajaran yang baru saja selesai
dipelajari.
b) Memberikan kesempatan kepada pelajar untuk lebih memantapkan pemahamannya tentang
perkara mustahak yang telah diuraikan.
9
I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.
c) Memotivasi pelajar agar tergerak hati dan fikirannya untuk berkongsi pengetahuan atau
pendapatnya dengan orang lain.
d) Menggugah hati dan pemikiran pelajar untuk menggali berbagai sumber (referensi) yang
berkaitan dengan bahan pelajaran yang sedang dipelajari sehingga dapat memperluas
wawasannya.
e) Memotivasi pelajar untuk melakukan semakan kajian (review) terhadap bahan pembelajaran
yang telah selesai dipelajarinya.
f) Memotivasi pelajar untuk melakukan kegiatan praktikal.
HASIL PEMBANGUNAN MODUL KAJIAN
Dalam kajian ini pengkaji mengembangkan 4 buah modul bercetak dan pembelajaran multimedia
yang terdiri dari 4 tajuk dengan 8 sub tajuk pembahasan. iaitu: 1. Ekosistem, 2. Keanekaragaman
makhluk hidup dalam pelestarian ekosistem (haiwan dan tumbuhan langka), 3. Kepadatan
populasi manusia hubungannya dengan alam sekitar dan 4. Pencemaran dan kerusakan
lingkungan.
Secara garis besar panduan pembuatan multimedia dapat dilihat juga pada rajah 5
mengenai rekabentuk penyusunan modul. Selain daripada panduan garis besar, dalam menu
utama multimedia yang dikembangkan terdapat 6 komponen kerangka iaitu: 1. Objektif
pembelajaran, 2. Petunjuk penggunaan, 3. Bahan, 4. Kesimpulan, 5. Kuis, 6. Definisi istilah, 7.
Permainan (game) (Rajah 6).
Setiap unit dalam tampilan menu ataupun tambilan multimedia dijelaskan di bawah ini:
1) Objektif pembelajaran: Unit ini menjelaskan apa yang harus pelajar miliki setelah
mengikuti proses P & P.
2) Petunjuk penggunaan: Memperkenalkan prosedur dan syarat dalam menggunakan modul
pembelajaran ini.
3) Bahan: menjelaskan tajuk yang dipelajari iaitu 1. Ekosistem, 2. Keanekaragaman
makhluk hidup dalam pelestarian ekosistem, 3. Kepadatan populasi manusia
hubungannya dengan alam sekitar dan 4. Pencemaran dan kerusakan lingkungan. Pada
pembelajaran ini pelajar dapat membezakan komponen penyusun ekosistem, peranannya
dalam ekosistem, haiwan dan tumbuhan langka dan pengaruh kepadatan populasi
manusia dan bagaimana pengaruh terhadap persekitaran yang disebabkan oleh manusia
(Rajah 7).
4) Kesimpulan: Di sini dijelaskan kembali apa yang telah mereka pelajari dan diberikan
penekan bahan kunci dalam memahami pelajaran yang di berikan.
5) Kuiz: Ada dua unit yang dikembangkan dalam kuis ini iaitu dalam bentuk soalan objektif
dan memasangkan, diharapkan pelajar dapat lebih memahami dan mengimplementasikan
apa yang telah di pahami dalam P & P (Rajah 8).
6) Definisi istilah (Glossary): pelajar dapat mencari makna istilah dalam pembelajaran alam
sekitar sehingga dapat lebih memahami proses P & P.
7) Permain: Di sini pelajar bermain sambil belajar dengan mengisi teka teki sains yang
berisikan konsep-konsep tentang pembelajaran lingkungan (Rajah 9).
10
I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.
Rajah 5. Rekabentuk pembangunan multimedia
Pembelajaran
lingkungan
Objektif pembelajaran
Definisi Istilah
Kesimpulan
Bahan/Tajuk
Petunjuk
penggunaan
Permainan
Kuiz
Ekosistem
Haiwan dan
Tumbuhan
Langka
Kepadatan populasi
manusia
hubungannya
dengan alam sekitar
Pencemaran dan
kerusakan lingkungan
Soalan objektif
Memasangkan
Teka-teki silang
Komponen Biotik dan
abiotik
Saling ketergantungan
antara komp .MH
Hewan & tumbuhan Langka
Dampak terhdp Lngkngn
Masalah dan
penanggulangan
Penebangan hutan
Macam-macam
pencemaran dan
dampaknya
Kegiatan
berwawasan
lingkungan
Rajah 6. Tampilan menu utama
11
I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.
Rajah 7. Salah satu bagian dari gambaran bahan dan kuiz
Rajah 8. Salah satu bentuk aktiviti kuis memasangkan
Rajah 9. Teka teki sains
12
I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.
Perbincangan
Multimedia ini ditampilkan pada bulan Februari dan Mac pada tahun 2010 di Pekanbaru
Indonesia untuk mendapatkan maklumbalas dari pensyarah, guru dan pelajar mengenai
multimedia yang telah dibuat. Pengkaji melakukan kajian tinjauan untuk melihat tanggapan dari
multimedia yang telah direkabentuk berdasarkan kajian Chuang dan Yang (2005). Dalam kajian
ini, 60 pelajar dan 10 orang gabungan guru dan pensyarah dipilih sebagai sampel eksperimen. Isi
penilaian terhadap multimedia ini seperti; rekabentuk menu utama, isi kandungan bahan modul,
animasi grafik, bahasa dan efek suara, sistem pengoperasian, rekabentuk permainan dan efek
umum. Survei menunjukkan bahawa pelajar memberi nilai sangat tinggi untuk rekabentuk secara
umum sementara pensyarah atau guru tertarik dengan rekabentuk dari isi kursus. Lebih dari 90%
dari pelajar dan guru memberikan tanggapan positif terhadap multimedia pembelajaran alam
sekitar dan 95% (n=57) pelajar sukai pembangunan multimedia ini (Jadual 1).
Jadual 1. Hasil penilaian rekabentuk pembanguanan multimedia
Komponen Pelajar (60) Guru dan
Pensyarah(10)
Total
Rekabentuk
tampilan
menu utama
Sangat suka 45 (75.00%) 8 (80%) 53 (75,71%)
Suka 10 (16,70%) 2 (20%) 12 (17,14%)
Tidak suka 5 (8.30%) 0(0.0%) 5 (7,15%)
Isi kandungan
bahan modul
Sistematik dan mudah 42 (70.00%) 7 (70%) 49 (70.00%)
Dapat dilakukan 12 (20.00%) 3 (30%) 15 (21,40%)
Susah difahami 6 (10.00%) 0(0.0%) 6 (8,60%)
Grafik
animasi
Hidup 46 (76,70%) 6 (60%) 52 (74,30%)
Sesuai 13 (21,70%) 4 (40%) 17(24,20%)
Membosankan 1 (1,60%) 0(0.0%) 1 (1,50%)
Bahasa dan
efek bahasa
Jelas 50 (83,30%) 9 (90%) 59(84,30%)
Sesuai 6 (10.00%) 1 (10%) 7 (10.00%)
Ramai/bising 4 (6,70%) 0 (0%) 4 (5,70%)
Rekabentuk
pengoperasian
Mudah 46 (76,70%) 9 (90%) 55(78,60%)
Sesuai 6 (10%) 1 (10%) 7(10.00%)
Rumit 8 (13,30%) 0(0.0%) 8(11.40%)
Rekabentuk
permainan
dan soalan
Sangat suka 30 (50.00%) 4 (40%) 34(48.60%)
Suka 20 (33,30%) 4 (40%) 24(34,30%)
Tidak suka 10 (16,70%) 2 (20%) 12(17.10%)
Efek umum
Sempurna 55 (91,70%) 9 (90%) 64(91,40%)
Baik 3 (5,00%) 1 (10%) 4 (5,70%)
Buruk 2 (3,30%) 0(0.0%) 2 (2,90%)
13
I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.
Untuk menguatkan data kajian ini, maka pengkaji melakukan temubual kepada 3 orang guru, 2
orang pensyarah dan 5 orang pelajar secara rawak. Didapati hasil temubual bahawa guru dan
pensyarah bersetuju bahawa modul ini sangat sesuai untuk digunakan dalam pembelajaran alam
sekitar dan dapat diimplementasikan dalam P&P, manakala menurut pelajar bahawa
pembelajaran dengan menggunakan modul ini akan dapat meningkatkan motivasi dan minat
pelajar sehingga pelajar dapat lebih memahami bahan yang diajarkan.
Dari kajian ini dalam membangun sebuah modul dan multimedia merupakan perpaduan
dari beberapa model yang ada iaitu analisis keperluan, dilanjutkan dengan pemilihan tajuk,
penyusunan garis besar isi, penulisan naskah, pelaksanaan pembuatan atau produksi,
implementasi, penilaian dan penambahbaikan serta pengemasan. Dalam pembangunan modul
perlu juga memperhatikan perkara-perkara perancangan modul yang harus ada dalam sebuah
modul dan tidak lupa pula memperhatikan teknik penyajian multimedia untuk memudahkan
pelajar dalam mempelajari dan memahami modul dan multimedia tersebut.
RUJUKAN
Andamsari. 2000. “Aktivitas Belajar dalam Modul” sebagai bagian dari Modul Pelatihan
Penyusunan Modul. Jakarta: Pusat Teknologi Komunikasi dan Informasi Pendidikan.
Attwood, et al .2005. Report on the EMBER project – a European Multimedia Bioinformatics
Educational Resource . journal BEE-j Volume 6: November 2005
Chuang L.Y dan Cheng-Hong Yang . 2005. The Development of Multimedia Courseware for
Biotechnology. International Journal of The Computer, the Internet and Management Vol.
13.No.3.
Clark, L.H. & Starr, I.S. 1986. Secondary and Middle School Teaching Methods. Edisi ke-5.
New York: MacMillan.
Dick, W, carey, &carey, J .O. 2005. The Systematic Design of Instruction. Sixth edition . Boston
: pearson
Elena Qureshi.2004. Instructional Design Models.
Http://web2.uwindsor.ca/courses/edfac/morton/instructional_design.htm
Gagne, R, M. Wager, W., W., Golas & keller. 2005. Principles Of Instructional Design. Fifth
edition . Singapore: Wadswort Thomson learning Inc.
14
I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam.
Haryono, Anung. (2001). Self-learning Bahanals (Module): The Concept and Format. Module.
Presented in the training on “Self-Learning Bahanals Development”, conducted by
SEAMEO SEAMOLEC under the sponsorship of Japan-ASEAN Solidarity through
ASEAN Foundation. Jakarta: SEAMEO SEAMOLEC.
Inten, Wayan. 2000. “Penggunaan Bahasa dalam Modul” sebagai bagian dari Modul Pelatihan
Penyusunan Modul. Jakarta: Pusat Teknologi Komunikasi dan Informasi Pendidikan.
Jamaludin Ahmad. 2002. Kesahan, kebolehpercayaan dan keberkesanan modul program maju
diri ke atas motivasi pencapaian di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah negeri
Selangor. Tesis Dr. Fal. Universiti Putera Malaysia.
Koesnandar, A. 2006. Pengembangan Software Pembelajaran Multimedia Interaktif. Jurnal
Teknodik 18: 75-88
McLaughlin, J & Daniel A. Arbeider . 2008. Evaluating Multimedia-Learning Tools Based on
Authentic Research Data That Teach Biology Concepts and Environmental Stewardship.
Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 8(1)
Percival, F. & Elingtof,, H. l. 1994. Buku Panduan Telytologi Pendidikan Kuala Lumpur .
Dewan bahasa dan Pustaka.
Purwanto 2000. “Perancangan dan Penggunaan Ilustrasi” sebagai bagian dari Modul
Pelatihan Penyusunan Modul. Jakarta: Pusat Teknologi Komunikasi dan Informasi
Pendidikan.
Rahardjo, Raphael. 2001. Promoting Active Learning. Module Presented in the training on “Self-
Learning Bahanals Development”, conducted by SEAMEO SEAMOLEC under the
sponsorship of Japan- ASEAN Solidarity through ASEAN Foundation. Jakarta: SEAMEO
SEAMOLEC.
Reis, R.M. 2007. Development of Educational Software. International Journal o Education and
information technologies. Issue 3, volume 1.
Shaharom Noordin & Yap Kueh Chin. 1991. "Ke arah Mengindividukan Pengajaran Menerusi
Pengajaran Bermodul" . Journal Pendidikan Guru,7, m.s: 89-107
Siahaan, S. 2006. Bagaimana Memudahkan Pelajar Mempelajari Modul?. Jurnal Teknodik 18 :
89-118.
Yusup Hashim Y& Razaimah Man.1993. Pembinaan modul pengajaran menggunakan prinsip
reka bentuk pengajaran. Kertas kerja Bengkel Penulisan Bahan Pengajaran Kendiri
Untuk Kaki Tangan Kampus Cawangan Perak dan Pusat Pengajian Luar Kampus: USM.

More Related Content

What's hot

Jurna Problem Solving dan Gaya Kognitif
Jurna Problem Solving dan Gaya Kognitif Jurna Problem Solving dan Gaya Kognitif
Jurna Problem Solving dan Gaya Kognitif
Asta Wibawa
 
Analisis jurnal husna sari agustina(8126141009) kapita selekta bu retno
Analisis jurnal husna sari agustina(8126141009) kapita selekta bu retnoAnalisis jurnal husna sari agustina(8126141009) kapita selekta bu retno
Analisis jurnal husna sari agustina(8126141009) kapita selekta bu retno
husnauun
 
Penerapan model pengajaran_langsung_(direct_instruction)_untuk_meningkatkan_p...
Penerapan model pengajaran_langsung_(direct_instruction)_untuk_meningkatkan_p...Penerapan model pengajaran_langsung_(direct_instruction)_untuk_meningkatkan_p...
Penerapan model pengajaran_langsung_(direct_instruction)_untuk_meningkatkan_p...
kadal123123
 
Powerpoint sidang proposal
Powerpoint sidang proposalPowerpoint sidang proposal
Powerpoint sidang proposal
Romli Muhajir
 
[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya
[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya
[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya
indraf13
 

What's hot (20)

Jurna Problem Solving dan Gaya Kognitif
Jurna Problem Solving dan Gaya Kognitif Jurna Problem Solving dan Gaya Kognitif
Jurna Problem Solving dan Gaya Kognitif
 
Ppt seminar
Ppt seminarPpt seminar
Ppt seminar
 
Presentai seminar proposal
Presentai seminar proposalPresentai seminar proposal
Presentai seminar proposal
 
Analisis jurnal husna sari agustina(8126141009) kapita selekta bu retno
Analisis jurnal husna sari agustina(8126141009) kapita selekta bu retnoAnalisis jurnal husna sari agustina(8126141009) kapita selekta bu retno
Analisis jurnal husna sari agustina(8126141009) kapita selekta bu retno
 
15
1515
15
 
Pembentangan kertas kerja rasa
Pembentangan kertas kerja rasaPembentangan kertas kerja rasa
Pembentangan kertas kerja rasa
 
Rian vebrianto brunai (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DA...
Rian vebrianto  brunai (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DA...Rian vebrianto  brunai (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DA...
Rian vebrianto brunai (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DA...
 
Penerapan model pengajaran_langsung_(direct_instruction)_untuk_meningkatkan_p...
Penerapan model pengajaran_langsung_(direct_instruction)_untuk_meningkatkan_p...Penerapan model pengajaran_langsung_(direct_instruction)_untuk_meningkatkan_p...
Penerapan model pengajaran_langsung_(direct_instruction)_untuk_meningkatkan_p...
 
Proposal skripsi
Proposal skripsiProposal skripsi
Proposal skripsi
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Ppt proposal - Hubungan Pendidikan Orang Tua Terhadap Hasil Belajar
Ppt proposal - Hubungan Pendidikan Orang Tua Terhadap Hasil BelajarPpt proposal - Hubungan Pendidikan Orang Tua Terhadap Hasil Belajar
Ppt proposal - Hubungan Pendidikan Orang Tua Terhadap Hasil Belajar
 
PPT Skripsi Nur Asiah
PPT Skripsi Nur AsiahPPT Skripsi Nur Asiah
PPT Skripsi Nur Asiah
 
Metodologi Penelitian
Metodologi PenelitianMetodologi Penelitian
Metodologi Penelitian
 
Power point skripsi matematika
Power point skripsi matematikaPower point skripsi matematika
Power point skripsi matematika
 
Contoh proposal tesis
Contoh  proposal tesis   Contoh  proposal tesis
Contoh proposal tesis
 
Powerpoint sidang proposal
Powerpoint sidang proposalPowerpoint sidang proposal
Powerpoint sidang proposal
 
Power point spm
Power point spmPower point spm
Power point spm
 
Proposal Penelitian Eksperimen
Proposal Penelitian EksperimenProposal Penelitian Eksperimen
Proposal Penelitian Eksperimen
 
[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya
[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya
[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya
 
9432 20695-1-sm
9432 20695-1-sm9432 20695-1-sm
9432 20695-1-sm
 

Viewers also liked

kimia kelas xi ipa sma/ma
kimia kelas xi ipa sma/makimia kelas xi ipa sma/ma
kimia kelas xi ipa sma/ma
mahboeba
 
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada MultimediaTopik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
asasmultimedia
 
By Phasse - Catalogue-ing
By Phasse - Catalogue-ingBy Phasse - Catalogue-ing
By Phasse - Catalogue-ing
Kent Phan
 
Combine may 2013 for web
Combine may 2013 for webCombine may 2013 for web
Combine may 2013 for web
PUNJABI SUMAN
 
Linus Torvalds Just For Fun
Linus Torvalds Just For FunLinus Torvalds Just For Fun
Linus Torvalds Just For Fun
pps_ps
 

Viewers also liked (20)

Sm rhayent pj (PERANAN BIOREMOVAL PADA RESTORASI LAHAN TERKONTAMINASI LOGAM B...
Sm rhayent pj (PERANAN BIOREMOVAL PADA RESTORASI LAHAN TERKONTAMINASI LOGAM B...Sm rhayent pj (PERANAN BIOREMOVAL PADA RESTORASI LAHAN TERKONTAMINASI LOGAM B...
Sm rhayent pj (PERANAN BIOREMOVAL PADA RESTORASI LAHAN TERKONTAMINASI LOGAM B...
 
Vebrianto 2011 procedia---social-and-behavioral-sciences (The effect of multi...
Vebrianto 2011 procedia---social-and-behavioral-sciences (The effect of multi...Vebrianto 2011 procedia---social-and-behavioral-sciences (The effect of multi...
Vebrianto 2011 procedia---social-and-behavioral-sciences (The effect of multi...
 
Multimedia dalam Pembelajaran
Multimedia dalam PembelajaranMultimedia dalam Pembelajaran
Multimedia dalam Pembelajaran
 
kimia kelas xi ipa sma/ma
kimia kelas xi ipa sma/makimia kelas xi ipa sma/ma
kimia kelas xi ipa sma/ma
 
Rian vebrianto pembentangan viva 28 (KEBERKESANAN PENGGUNAAN PELBAGAI MEDIA ...
Rian vebrianto  pembentangan viva 28 (KEBERKESANAN PENGGUNAAN PELBAGAI MEDIA ...Rian vebrianto  pembentangan viva 28 (KEBERKESANAN PENGGUNAAN PELBAGAI MEDIA ...
Rian vebrianto pembentangan viva 28 (KEBERKESANAN PENGGUNAAN PELBAGAI MEDIA ...
 
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada MultimediaTopik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
 
Google Ground Kiajánló
Google Ground KiajánlóGoogle Ground Kiajánló
Google Ground Kiajánló
 
The Building Blocks of Great Video
The Building Blocks of Great VideoThe Building Blocks of Great Video
The Building Blocks of Great Video
 
By Phasse - Catalogue-ing
By Phasse - Catalogue-ingBy Phasse - Catalogue-ing
By Phasse - Catalogue-ing
 
Combine may 2013 for web
Combine may 2013 for webCombine may 2013 for web
Combine may 2013 for web
 
Beats TaiWan GuanFang Wang 7855
Beats TaiWan GuanFang Wang 7855Beats TaiWan GuanFang Wang 7855
Beats TaiWan GuanFang Wang 7855
 
Video Sharing Services
Video Sharing ServicesVideo Sharing Services
Video Sharing Services
 
API Exhibit
API ExhibitAPI Exhibit
API Exhibit
 
Academic Word List - Sublist 3
Academic Word List - Sublist 3Academic Word List - Sublist 3
Academic Word List - Sublist 3
 
Rescue.asd
Rescue.asdRescue.asd
Rescue.asd
 
Convenience platform: Zero Budget Marketing.
Convenience platform: Zero Budget Marketing.Convenience platform: Zero Budget Marketing.
Convenience platform: Zero Budget Marketing.
 
aclogを支えるデザイン
aclogを支えるデザインaclogを支えるデザイン
aclogを支えるデザイン
 
Linus Torvalds Just For Fun
Linus Torvalds Just For FunLinus Torvalds Just For Fun
Linus Torvalds Just For Fun
 
Stanford/Arrillaga El Camino Menlo Park Plan
Stanford/Arrillaga El Camino Menlo Park PlanStanford/Arrillaga El Camino Menlo Park Plan
Stanford/Arrillaga El Camino Menlo Park Plan
 
The Power of BIG OER
The Power of BIG OERThe Power of BIG OER
The Power of BIG OER
 

Similar to Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA)

Kajian model assure
Kajian model assureKajian model assure
Kajian model assure
Alfa Lyna
 
Tugasan 3 kajian tinjauan kpt6044
Tugasan 3  kajian tinjauan kpt6044Tugasan 3  kajian tinjauan kpt6044
Tugasan 3 kajian tinjauan kpt6044
nik_mastura
 
Desain Teknologi Pembelajaran
Desain Teknologi PembelajaranDesain Teknologi Pembelajaran
Desain Teknologi Pembelajaran
nana
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Hishamuddin Jabar
 

Similar to Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA) (20)

Kajian model assure
Kajian model assureKajian model assure
Kajian model assure
 
Tugasan 3 kajian tinjauan kpt6044
Tugasan 3  kajian tinjauan kpt6044Tugasan 3  kajian tinjauan kpt6044
Tugasan 3 kajian tinjauan kpt6044
 
Bil1 2 artikel3
Bil1 2 artikel3Bil1 2 artikel3
Bil1 2 artikel3
 
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
 
Abstrak-tep-s2 (FS) Firjon Separtagus
Abstrak-tep-s2 (FS) Firjon SepartagusAbstrak-tep-s2 (FS) Firjon Separtagus
Abstrak-tep-s2 (FS) Firjon Separtagus
 
1811021012 desmon kamaludin_uas_desainpembelajaran
1811021012 desmon kamaludin_uas_desainpembelajaran1811021012 desmon kamaludin_uas_desainpembelajaran
1811021012 desmon kamaludin_uas_desainpembelajaran
 
PPT DESAIN Sistem Pembelajaran LIDIYARTIKAH.pdf
PPT DESAIN Sistem Pembelajaran LIDIYARTIKAH.pdfPPT DESAIN Sistem Pembelajaran LIDIYARTIKAH.pdf
PPT DESAIN Sistem Pembelajaran LIDIYARTIKAH.pdf
 
Model pembelajaran assure
Model pembelajaran assureModel pembelajaran assure
Model pembelajaran assure
 
PjBL (2).pdf
PjBL (2).pdfPjBL (2).pdf
PjBL (2).pdf
 
Pengantar pjbl
Pengantar pjblPengantar pjbl
Pengantar pjbl
 
model model pengembangan media pembelajaran
 model model pengembangan media pembelajaran  model model pengembangan media pembelajaran
model model pengembangan media pembelajaran
 
Dellyani 1002474
Dellyani 1002474Dellyani 1002474
Dellyani 1002474
 
SEMINAR PROPOSAL.pptx
SEMINAR PROPOSAL.pptxSEMINAR PROPOSAL.pptx
SEMINAR PROPOSAL.pptx
 
1.2 dinamika perkembangan kurikulum 2013 draf 1
1.2 dinamika perkembangan kurikulum 2013 draf 11.2 dinamika perkembangan kurikulum 2013 draf 1
1.2 dinamika perkembangan kurikulum 2013 draf 1
 
JURNAL PROSEDUR PENGEMBANGAN MODUL KELOMPOK II
JURNAL PROSEDUR PENGEMBANGAN MODUL KELOMPOK IIJURNAL PROSEDUR PENGEMBANGAN MODUL KELOMPOK II
JURNAL PROSEDUR PENGEMBANGAN MODUL KELOMPOK II
 
MODUL MEDIA PEMBELAJARAN KELOMPOK 2| ALFISAR NAIM
MODUL MEDIA PEMBELAJARAN KELOMPOK 2| ALFISAR NAIMMODUL MEDIA PEMBELAJARAN KELOMPOK 2| ALFISAR NAIM
MODUL MEDIA PEMBELAJARAN KELOMPOK 2| ALFISAR NAIM
 
Desain Teknologi Pembelajaran
Desain Teknologi PembelajaranDesain Teknologi Pembelajaran
Desain Teknologi Pembelajaran
 
Erliani Izza Lestari_2120044_Teknologi Pendidikan-D.pdf
Erliani Izza Lestari_2120044_Teknologi Pendidikan-D.pdfErliani Izza Lestari_2120044_Teknologi Pendidikan-D.pdf
Erliani Izza Lestari_2120044_Teknologi Pendidikan-D.pdf
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
 
Integrasi tik
Integrasi tikIntegrasi tik
Integrasi tik
 

Recently uploaded

BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 

Recently uploaded (20)

Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 

Full paper rian vebrianto ice brunei (PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA)

  • 1. 1 I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam. PEMBANGUNAN MEDIA PENGAJARAN: MODUL DAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN ALAM SEKITAR (BIOLOGI) DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA Rian Vebrianto Kamisah Osman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia Media pengajaran merupakan komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini membincangkan tentang bagaimana seorang pendidik khasnya seorang guru dapat membuat media pengajaran. Media pengajaran yang dimaksud merupakan modul dan multimedia dalam pembelajaran alam sekitar (Biologi). Modul merupakan bahan belajar kendiri bercetak dalam bentuk teks sedangkan multimedia merupakan perpaduan interaktif dari pelbagai media seperti video, audio, foto, grafik, animasi dan teks yang digabungkan secara terintegrasi dan interaktif. Dalam era teknologi canggih seperti sekarang ini, multimedia interaktif mempunyai potensi yang sangat besar untuk digunakan dalam pembelajaran. Begitu juga dengan modul yang berbentuk teks memiliki peranan dalam meningkatkan pemahaman kepada pelajar. Secara umum, langkah-langkah pembangunan multimedia dan modul pembelajaran interaktif alam sekitar ini terdiri dari; analisis keperluan, pemilihan tajuk, penyusunan garis besar isi, penulisan naskah, pelaksanaan pembuatan atau produksi, implementasi, penilaian dan penambahbaikan, serta pengemasan. Ada beberapa perkara yang berbeza antara pembangunan modul dan multimedia meskipun secara umum kedua-duanya sama. Kajian ini mengembangkan 4 buah modul bercetak dan pembelajaran multimedia yang terdiri dari 8 subtajuk pembahasan. Dari kajian ini diharapkan dapat membantu pendidik dalam mengembangkan media pengajaran yang lebih berkualiti, efektif dan bervariasi sehingga membantu meningkatkan pemahaman kepada pelajar dan membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Kata kunci: Media pengajaran, pengembangan modul, pengembangan multimedia dan alam sekitar
  • 2. 2 I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam. PENDAHULUAN Pengajaran dan pembelajaran bermodul merupakan satu proses yang berlaku dalam suasana yang teratur dan sangat tersusun biasanya dalam bentuk langkah demi langkah dengan maklumbalas dilakukan antara langkah-langkah tersebut (Percival dan Elington 1994). Latihan yang ingin disampaikan kepada mereka mestilah dalam bentuk yang tersusun dan sistematik sesuai dengan keupayaan pelajar. Selanjutnya Yusup dan Razaimah (1993) mengemukakan bahawa modul pembelajaran dikenali sebagai satu koleksi pengalaman pembelajaran yang terancang dan tersusun biasanya dalam bentuk pembelajaran kendiri untuk mencapai objektif- objektif pembelajaran yang telah ditetapkan dalam jangka masa beberapa jam ataupun minggu. Modul pembelajaran dikenali dengan pelbagai nama lain seperti pakej kegiatan, pakej pembelajaran individu. Jamaludin (2002) modul menawarkan pakej pembelajaran lengkap yang terdiri daripada maklumat-maklumat yang membolehkan pembaca atau pelajar memperolehi pengetahuan atau kemahiran baru dalam subjek yang dibentuk, begitu juga dengan multimedia, Perkembangan yang terjadi terutama dalam perkembangan multimedia interaktif sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Multimedia interaktif merupakan gabungan dari pelbagai media seperti video, audio, foto, grafik, animasi, dan teks yang dibuat secara terintegrasi (Koesnandar 2006; McLaughlin 2008; Attwood et al. 2005). Guru atau para pendidik sentiasa berusaha untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dari semasa ke semasa. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul dan multimedia merupakan salah satu pengajaran terancang yang boleh digunakan untuk kaedah pengajaran individu yang mana isi kandungan pengajaran disampaikan sedikit demi sedikit atau dengan menggunakan langkah-langkah khusus bagi mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Pengajaran menggunakan modul dan multimedia merujuk kepada satu kaedah pengajaran yang menggunakan pengajaran kendiri dan proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan secara individu, berkelompok atau bersama-sama guru (Shaharom 1995). Modul dan multimedia boleh berdiri sendiri untuk membolehkan pelajar sendiri mengikut keperluan dan kadar pembelajarannya secara individu. Menurut Jamaludin (2002) teknik pembinaan modul secara amnya adalah serupa dengan penyediaan sesuatu unit pelajaran. Perbezaannya hanyalah dari segi pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Teknik penyediaan modul umumnya serupa dengan penyediaan sesuatu unit pelajaran (Clark & Starr 1986). Menurut Clark dan Starr (1986) dan Koesnandar (2006), sesuatu modul dan multimedia mengandungi: (i) Tajuk, (ii) Rasional, termasuk objektif dan kepentingan mempelajari tajuk, (iii) Objektif-objektif khas yang dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang ditujukan kepada pelajar, (iv) Arahan yang perlu diikuti oleh pelajar semasa melengkapkan modul dan multimedia, (v) Bibliografi, (vi) Bahan-bahan pengajaran yang disediakan bersama modul dan (vii) Bahan-bahan ujian kendiri dan bahan-bahan penilaian lain, termasuk ujian pra dan ujian pasca.
  • 3. 3 I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penting untuk merancang bahan-bahan kursus yang dapat melayani keperluan individu sekaligus mempromosikan konsep belajar. Oleh kerana itu, sangat penting dalam merancang dan merekabentuk modul baik dalam bentuk bercetak mahupun dalam bentuk multimedia dipandu oleh teori pendidikan. Walaupun perekabentuk multimedia instruksional telah dapat memberikan sejumlah besar maklumat yang terbukti dapat membantu memberikan pemahaman kepada pelajar dan membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Tugas yang tidak mudah untuk membuat dan memproduksi bahan-bahan multimedia dan bercetak yang berkesan kerana kurangnya atau belum berkesan model rekabentuk praktis dalam menyusun dan merancang modul baik dalam bentuk bercetak mahupun multimedia. Dalam kertas kerja ini pengkaji akan cuba menjelaskan alasan menggunakan media pengajaran, bagaimana menyusun dan merancang serta membangun modul, dan bagaimana modul tersebut mudah difahami oleh pelajar. PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN MODUL BERCETAK DAN PERISIAN MULTIMEDIA Dalam pembangunan sebuah modul dan multimedia kita perlu melakukan analisis perancangan. Perancangan dalam sebuah modul menurut Gde Putu Arya Oka (2007) haruslah mempertimbangkan beberapa perkara antaranya : 1. Cara belajar audien atau pelajar. 2. Ciri dan budaya personal dari populasi yang dijadikan sasaran. 3. Ciri dari setiap komponen multimedia yang digunakan. 4. Kelebihan dan kekurangan dari setiap komponen (teks, grafis, suara, animasi, video). 5. Ciri yang tidak boleh dipisahkan dari tiap-tiap bahan yang disajikan (perlakuan yang berbeza antara mata pelajaran). 6. Pentingnya interaktif dan penglibatan aktif pengguna. 7. Keperluan tersedianya suatu virtual enviromental (lingkungan belajar virtual) seperti web base application. Dalam merekabentuk (pembangunan modul dan multimedia), ada beberapa model yang telah dikembangkan diantaranya: 1). Model ADDIE banyak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya yang melibatkan teknologi atau media pendidikan. Terdapat lima peringkat yang berkaitan dengan model ini iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian, 2) Model Hanaffin & Peck mempunyai tiga fasa melibatkan proses penilaian dan penyemakan semula bagi tujuan penambahbaikan. Fasa-fasa tersebut terdiri dari fasa pemerhatian, fasa rekabentuk dan fasa pembangunan, 3) Model Dick & Carey terbahagi kepada sepuluh fasa seperti: mengenalpasti objektif keseluruhan, menganalisis objektif, menganalisis ciri-ciri tingkah laku pelajar, menerangkan tentang objektif kebolehupayaan yang diperlu dicapai, membina instrumen, merancang strategi atau kaedah pengajaran dan pembelajaran, menentukan bahan bantu mengajar yang akan digunakan, penilaian formatif (semasa P&P), mengubahsuai atau menambahbaik rancangan pengajaran dan pembelajaran, penilaian sumatif (dijalankan bagi menguji keberkesanan media) model-model lainnya diantaranya: model Knirk and Gustafson Design Model, Jerrold/Kemp Design Model , Gerlach and Ely Design Model,
  • 4. 4 I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam. Rapid Prototyping Design Model (Gagne et al 2005; Dick dan Carey 2005; dan Qureshi Elena : 2004 ) . Menurut kajian yang dilakukan oleh Koesnandar (2006) terdapat beberapa langkah dalam pembangunan multimedia iaitu: analisis keperluan, dilanjutkan dengan pemilihan topik (tajuk), penyusunan garis besar isi, penulisan naskah, pelaksanaan produksi, evaluasi (penilaian) dan revisi (penambahbaikan) serta pengemasan. Namun begitu menurut kajian yang dilakukan oleh McLaughlin (2008) dan Attwood et.al. (2005) menyatakan bahawa perlu adanya gabungan pakar multimedia yang sesuai dengan bidang yang dikaji untuk memastikan supaya bahan yang diajarkan lengkap dan tidak ada yang terlewat serta dapat menjelaskan kepada pelajar secara nyata. Reis (2007) menyatakan dalam pengembangan konsep pengembangan multimedia mengambil evolusi model yang menyajikan kegiatan untuk konstruksi kerangka berupa: (1) identifikasi persyaratan dari domain system, (2) spesifikasi komponen, (3) rekabentuk komponen dan (4) implementasi dan pengujian komponen. Dari kajian-kajian ini dapat diketahui dalam pembangunan suatu modul multimedia perlu adanya perancangan, penyusunan, pelaksanaan, penilaian dan pengemasan (penyusunan kembali). Pengkaji mengembangkan perpaduan dari beberapa model yang ada iaitu: analisis keperluan, dilanjutkan dengan pemilihan tajuk, penyusunan garis besar isi, penulisan naskah, pelaksanaan pembuatan atau produksi, implementasi, penilaian dan penambahbaikan serta pengemasan. Langkah-langkah tersebut dapat dilihat pada rajah 1 berikut: Rajah 1. Rekabentuk multimedia dan modul Analisis Keperluan Pemilihan Tajuk Pembuatan Garis Besar Penulisan Naskah Pelaksanaan Pembuatan Implementasi Penilaian dan Penambahbaikan Pengemasan
  • 5. 5 I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam. 1). Analisis Keperluan Dalam pembangunan sebuah modul dan multimedia yang baik dapat menjawab keperluan pemakai (responden). Untuk lebih mudahnya di bawah ini senarai rajah 2 . Rajah 2. Alur analisis keperluan 2). Pemilihan Tajuk Pada amnya semua tajuk yang ada pada kurikulum dapat disajikan dengan menggunakan multimedia mahupun modul. Yang terpenting bukan tajuk apa yang boleh dimediakan namun bagaimana penyajian tajuk tersebut secara sederhana, jelas, menarik dan mudah dipahami. Untuk lebih mudahnya dapat dilihat pada senarai rajah 3 alur pemilihan tajuk di bawah ini. Rajah 3. Alur pemilihan tajuk 3). Pembuatan Garis Besar Dalam pembuatan garis besar berguna bagi kita untuk melihat cakupan (keluasan dan kedalaman) bahan. Dengan peta atau kerangka bahan kita dapat menentukan seberapa luas atau mencakup apa saja bahan yang akan dibincangkan, dan seberapa mendalam pembahasan dilakukan. Semakin terperinci kita kembangkan ranting peta bahan maka semakin dalam bahasan bahan kita yang biasanya dibuat dalam bentuk peta konsep atau dalam bentuk jadual. Identifikasi masalah Rumusan penyelesaian alternatif Pembuatan media Bahannya penting sesuai kurikulum dan tidak cepat berubah Esensial Abstrak susah difahami,susah dijelaskan , tidak tersedia media yang sesuai Susah Tentukan Tajuk
  • 6. 6 I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam. 4). Penulisan Naskah Berdasarkan garis besar yang telah di susun, kemudian menulis naskah media atau modul tersebut. Naskah merupakan cetakan biru untuk media yang akan dibuat. Selain bahan, naskah berisi petunjuk-petunjuk teknik untuk memprogramkan, penyediaan gambar, suara, animasi, simulasi dan lainnya. Naskah multimedia biasanya lebih rumit daripada naskah buku atau makalah. Ini adalah kerja yang susah, kerana pada naskah multimedia, anda harus memikirkan semua aspek pembelajaran, bahan, interaktif, petunjuk teknik dan lainnya. Perhatikan rajah 4. alur penulisan naskah. Contoh flowchart branching Rajah 4. Alur penyusunan naskah 5). Pelaksanaan Produksi (Pembuatan) Setelah menyelesaikan naskah, kemudian kepada kegiatan produksi (pembuatan). Kegiatan ini mencakup pembuatan rancangan tampilan, pembuatan gambar atau grafik, pembuatan animasi, penulisan teks, pengisian suara, pengisian musik dan lainnya. Pelaksanaan produksi biasanya dilakukan oleh satu kumpulan kerja sesuai dengan kepakaran dan kemampuan masing-masing. Berbeza dengan modul, kita hanya perlu sesuaikan antara tulisan dan gambarnya, perkara ini lebih mudah jika dibandingkan dengan pembuatan multimedia. Dalam pelaksanaan produksi multimedia, apabila naskah ditulis oleh orang lain, ada baiknya sebelum memulakan produksi dilakukan script conference. Script conference adalah pertemuan antara penulis naskah dengan produser dan ahli kumpulan kerja produksi untuk membahas segala sesuatu yang berkaitan dengan naskah baik pengembangan ide, memberitahukan bahan, masalah-masalah teknik, punca bahan dengan membuat story board. Perhatikan jadual 1. Contoh strory board multimedia dibawah ini: Mulai Menu Bahan 1 Test TestTest Bahan 2 Bahan 3
  • 7. 7 I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam. Jadual 1. Contoh story board multimedia 6). Implementasi Peringkat implementasi melaksanakan semua perancangan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dibina pada peringkat rekabentuk dan pembangunan tadi. Pada peringkat ini pengkaji memastikan pelajar memahami isi kandungan pengajaran dan pembelajaran yang diberikan serta melaksanakan semua arahan kerja yang diberikan dengan baik. 7). Penilaian dan Penambahbaikan Peringkat penilaian dibahagikan kepada dua bentuk penilaian iaitu penilaian formatif yakni semasa berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran ataupun penilaian yang dijalankan di antara setiap peringkat model tadi. Tujuan utama penilaian formatif ini dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan untuk penambahbaikan arahan dan isi kandungan rancangan pengajaran dan pembelajaran sebelum sesi terakhir di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan setelah berakhirnya sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Maklumat yang diperolehi hasil daripada penilaian sumatif yang dijalankan digunakan bagi menilai dan membuat keputusan akan isi kandungan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang dibina bersesuaian atau sebaliknya. 8). Pengemasan Pada fasa ini setelah dilakukan penilaian secara formatif dan sumatif maka dibina kembali rekabentuk yang sempurna guna membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. TEKNIK MEMUDAHKAN PELAJAR MEMPELAJARI DAN MEMAHAMI MODUL DAN MULTIMEDIA Bahan belajar modul bercetak dan multimedia merupakan bahan belajar utama yang dikembangkan oleh sebagian besar institusi atau lembaga penyelenggara untuk digunakan membelajarkan kepada pelajar. Modul dan multimedia tidak hanya berisikan bahan pembelajaran (self-contained) tetapi juga memuat pelbagai petunjuk atau penjelasan tentang cara-cara mempelajari modul dan multimedia tersebut. Modul dan multimedia yang baik juga memberikan No Nama Halaman Visual Audio/Narasi Keterangan Navigasi 1 Halaman utama Selamat datang di Multimedia Biologi lingkungan untuk kelas VII SMP Selamat datang di Multimedia Biologi lingkungan untuk kelas VII SMP Close
  • 8. 8 I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam. tempat bagi pelajar untuk melakukan penilaian sendiri mengenai kemajuan belajarnya (learning guides and steps). Selama mempelajari modul dan multimedia pelajar sentiasa dimotivasi untuk terus menerus aktif mempelajari modul dan multimedia termasuk mengerjakan soalan latihan, tugas dan ujian. Maklumbalas terhadap hasil pekerjaan pelajar juga terdapat di dalam modul dan multimedia. Petunjuk atau penjelasan yang terdapat dalam modul dan multimedia dimaksudkan untuk membantu mempermudahkan pelajar dalam mempelajari dan menguasai bahan pembelajaran (Siahaan 2006; Koesnandar 2006; McLaughlin 2008; dan Attwood et al. 2005). Dengan mengetahui teknik ini diharapkan dapat membantu memberi panduan kepada penulis atau calon penulis modul dan pereka bentuk multimedia atau seseorang yang berminat untuk mempelajari cara-cara merumuskan petunjuk belajar dan langkah-langkah mempelajari modul. Memang masih ada beberapa topik lainnya yang membahas tentang cara-cara membantu mempermudah pelajar mempelajari modul dan multimedia iaitu antara lain perancangan dan penggunaan ilustrasi yang memadai (Purwanto 2000), penggunaan bahasa yang komunikatif (Inten 2000), penggunaan kalimat yang sederhana (Haryono 2001), penggunaan contoh (Rahardjo 2001). Fokus bahasan dalam kajian ini terbatas pada cara-cara atau petunjuk belajar dan langkah-langkah mempelajari modul sehingga dapat membantu mempermudah pelajar mempelajari modul. Sekalipun memang keterlibatan aspek mental sangat besar dalam mempelajari modul dan multimedia ini, namun aspek fisik juga tidaklah dilupakan (Andamsari 2000) serta cara-cara atau petunjuk belajar dan langkah-langkah mempelajari modul dan multimedia merupakan salah satu upaya dalam memotivasi dan mendorong pelajar untuk aktif mempelajari modul dan multimedia termasuk mengerjakan soalan latihan dan tes (Siahaan 2007). Perumusan cara-cara atau petunjuk belajar dan langkah-langkah mempelajari modul dinilai sangat penting dalam menentukan keberhasilan pelajar belajar. Terlebih lagi apabila modul dan multimedia ini ditujukan kepada pelajar sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Esensi kegiatan belajar yang demikian inilah yang harus diperhatikan benar-benar oleh penulis modul. Apabila pelajar berada di sekolah rendah dan menengah yang ditargetkan sebagai sasaran yang mempelajari modul, menurut Siahaan (2006) bahawa di samping cara-cara atau petunjuk belajar dan langkah-langkah mempelajari modul yang dirumuskan secara sederhana dan jelas, maka modul dan multimedia hendaknya juga menggunakan: (1) Banyak ilustrasi (kaya dengan ilustrasi), (2) Kalimat-kalimat sederhana, (3) Contoh-contoh yang memperjelas huraian bahan pelajaran, dan (4) Titian belajar (dimulai dengan uraian meteri pelajaran yang lebih mudah). Aspek teknik yang juga penting adalah yang berkaitan dengan penampilan modul dan multimedia. Menurut Siahaan (2007), panduan menulis modul dan merekabentuk multimedia agar membantu mempermudah pelajar dalam mempelajarinya. Perkara yang terpenting ialah dalam perumusan cara-cara atau petunjuk dalam mempelajari modul dan multimedia tersebut. Berikut ini dikemukakan beberapa tujuan dirumuskannya cara-cara atau petunjuk belajar dan langkah- langkah di dalam modul iaitu: a) Memotivasi pelajar untuk mempelajari ulang bahan pembelajaran yang baru saja selesai dipelajari. b) Memberikan kesempatan kepada pelajar untuk lebih memantapkan pemahamannya tentang perkara mustahak yang telah diuraikan.
  • 9. 9 I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam. c) Memotivasi pelajar agar tergerak hati dan fikirannya untuk berkongsi pengetahuan atau pendapatnya dengan orang lain. d) Menggugah hati dan pemikiran pelajar untuk menggali berbagai sumber (referensi) yang berkaitan dengan bahan pelajaran yang sedang dipelajari sehingga dapat memperluas wawasannya. e) Memotivasi pelajar untuk melakukan semakan kajian (review) terhadap bahan pembelajaran yang telah selesai dipelajarinya. f) Memotivasi pelajar untuk melakukan kegiatan praktikal. HASIL PEMBANGUNAN MODUL KAJIAN Dalam kajian ini pengkaji mengembangkan 4 buah modul bercetak dan pembelajaran multimedia yang terdiri dari 4 tajuk dengan 8 sub tajuk pembahasan. iaitu: 1. Ekosistem, 2. Keanekaragaman makhluk hidup dalam pelestarian ekosistem (haiwan dan tumbuhan langka), 3. Kepadatan populasi manusia hubungannya dengan alam sekitar dan 4. Pencemaran dan kerusakan lingkungan. Secara garis besar panduan pembuatan multimedia dapat dilihat juga pada rajah 5 mengenai rekabentuk penyusunan modul. Selain daripada panduan garis besar, dalam menu utama multimedia yang dikembangkan terdapat 6 komponen kerangka iaitu: 1. Objektif pembelajaran, 2. Petunjuk penggunaan, 3. Bahan, 4. Kesimpulan, 5. Kuis, 6. Definisi istilah, 7. Permainan (game) (Rajah 6). Setiap unit dalam tampilan menu ataupun tambilan multimedia dijelaskan di bawah ini: 1) Objektif pembelajaran: Unit ini menjelaskan apa yang harus pelajar miliki setelah mengikuti proses P & P. 2) Petunjuk penggunaan: Memperkenalkan prosedur dan syarat dalam menggunakan modul pembelajaran ini. 3) Bahan: menjelaskan tajuk yang dipelajari iaitu 1. Ekosistem, 2. Keanekaragaman makhluk hidup dalam pelestarian ekosistem, 3. Kepadatan populasi manusia hubungannya dengan alam sekitar dan 4. Pencemaran dan kerusakan lingkungan. Pada pembelajaran ini pelajar dapat membezakan komponen penyusun ekosistem, peranannya dalam ekosistem, haiwan dan tumbuhan langka dan pengaruh kepadatan populasi manusia dan bagaimana pengaruh terhadap persekitaran yang disebabkan oleh manusia (Rajah 7). 4) Kesimpulan: Di sini dijelaskan kembali apa yang telah mereka pelajari dan diberikan penekan bahan kunci dalam memahami pelajaran yang di berikan. 5) Kuiz: Ada dua unit yang dikembangkan dalam kuis ini iaitu dalam bentuk soalan objektif dan memasangkan, diharapkan pelajar dapat lebih memahami dan mengimplementasikan apa yang telah di pahami dalam P & P (Rajah 8). 6) Definisi istilah (Glossary): pelajar dapat mencari makna istilah dalam pembelajaran alam sekitar sehingga dapat lebih memahami proses P & P. 7) Permain: Di sini pelajar bermain sambil belajar dengan mengisi teka teki sains yang berisikan konsep-konsep tentang pembelajaran lingkungan (Rajah 9).
  • 10. 10 I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam. Rajah 5. Rekabentuk pembangunan multimedia Pembelajaran lingkungan Objektif pembelajaran Definisi Istilah Kesimpulan Bahan/Tajuk Petunjuk penggunaan Permainan Kuiz Ekosistem Haiwan dan Tumbuhan Langka Kepadatan populasi manusia hubungannya dengan alam sekitar Pencemaran dan kerusakan lingkungan Soalan objektif Memasangkan Teka-teki silang Komponen Biotik dan abiotik Saling ketergantungan antara komp .MH Hewan & tumbuhan Langka Dampak terhdp Lngkngn Masalah dan penanggulangan Penebangan hutan Macam-macam pencemaran dan dampaknya Kegiatan berwawasan lingkungan Rajah 6. Tampilan menu utama
  • 11. 11 I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam. Rajah 7. Salah satu bagian dari gambaran bahan dan kuiz Rajah 8. Salah satu bentuk aktiviti kuis memasangkan Rajah 9. Teka teki sains
  • 12. 12 I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam. Perbincangan Multimedia ini ditampilkan pada bulan Februari dan Mac pada tahun 2010 di Pekanbaru Indonesia untuk mendapatkan maklumbalas dari pensyarah, guru dan pelajar mengenai multimedia yang telah dibuat. Pengkaji melakukan kajian tinjauan untuk melihat tanggapan dari multimedia yang telah direkabentuk berdasarkan kajian Chuang dan Yang (2005). Dalam kajian ini, 60 pelajar dan 10 orang gabungan guru dan pensyarah dipilih sebagai sampel eksperimen. Isi penilaian terhadap multimedia ini seperti; rekabentuk menu utama, isi kandungan bahan modul, animasi grafik, bahasa dan efek suara, sistem pengoperasian, rekabentuk permainan dan efek umum. Survei menunjukkan bahawa pelajar memberi nilai sangat tinggi untuk rekabentuk secara umum sementara pensyarah atau guru tertarik dengan rekabentuk dari isi kursus. Lebih dari 90% dari pelajar dan guru memberikan tanggapan positif terhadap multimedia pembelajaran alam sekitar dan 95% (n=57) pelajar sukai pembangunan multimedia ini (Jadual 1). Jadual 1. Hasil penilaian rekabentuk pembanguanan multimedia Komponen Pelajar (60) Guru dan Pensyarah(10) Total Rekabentuk tampilan menu utama Sangat suka 45 (75.00%) 8 (80%) 53 (75,71%) Suka 10 (16,70%) 2 (20%) 12 (17,14%) Tidak suka 5 (8.30%) 0(0.0%) 5 (7,15%) Isi kandungan bahan modul Sistematik dan mudah 42 (70.00%) 7 (70%) 49 (70.00%) Dapat dilakukan 12 (20.00%) 3 (30%) 15 (21,40%) Susah difahami 6 (10.00%) 0(0.0%) 6 (8,60%) Grafik animasi Hidup 46 (76,70%) 6 (60%) 52 (74,30%) Sesuai 13 (21,70%) 4 (40%) 17(24,20%) Membosankan 1 (1,60%) 0(0.0%) 1 (1,50%) Bahasa dan efek bahasa Jelas 50 (83,30%) 9 (90%) 59(84,30%) Sesuai 6 (10.00%) 1 (10%) 7 (10.00%) Ramai/bising 4 (6,70%) 0 (0%) 4 (5,70%) Rekabentuk pengoperasian Mudah 46 (76,70%) 9 (90%) 55(78,60%) Sesuai 6 (10%) 1 (10%) 7(10.00%) Rumit 8 (13,30%) 0(0.0%) 8(11.40%) Rekabentuk permainan dan soalan Sangat suka 30 (50.00%) 4 (40%) 34(48.60%) Suka 20 (33,30%) 4 (40%) 24(34,30%) Tidak suka 10 (16,70%) 2 (20%) 12(17.10%) Efek umum Sempurna 55 (91,70%) 9 (90%) 64(91,40%) Baik 3 (5,00%) 1 (10%) 4 (5,70%) Buruk 2 (3,30%) 0(0.0%) 2 (2,90%)
  • 13. 13 I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam. Untuk menguatkan data kajian ini, maka pengkaji melakukan temubual kepada 3 orang guru, 2 orang pensyarah dan 5 orang pelajar secara rawak. Didapati hasil temubual bahawa guru dan pensyarah bersetuju bahawa modul ini sangat sesuai untuk digunakan dalam pembelajaran alam sekitar dan dapat diimplementasikan dalam P&P, manakala menurut pelajar bahawa pembelajaran dengan menggunakan modul ini akan dapat meningkatkan motivasi dan minat pelajar sehingga pelajar dapat lebih memahami bahan yang diajarkan. Dari kajian ini dalam membangun sebuah modul dan multimedia merupakan perpaduan dari beberapa model yang ada iaitu analisis keperluan, dilanjutkan dengan pemilihan tajuk, penyusunan garis besar isi, penulisan naskah, pelaksanaan pembuatan atau produksi, implementasi, penilaian dan penambahbaikan serta pengemasan. Dalam pembangunan modul perlu juga memperhatikan perkara-perkara perancangan modul yang harus ada dalam sebuah modul dan tidak lupa pula memperhatikan teknik penyajian multimedia untuk memudahkan pelajar dalam mempelajari dan memahami modul dan multimedia tersebut. RUJUKAN Andamsari. 2000. “Aktivitas Belajar dalam Modul” sebagai bagian dari Modul Pelatihan Penyusunan Modul. Jakarta: Pusat Teknologi Komunikasi dan Informasi Pendidikan. Attwood, et al .2005. Report on the EMBER project – a European Multimedia Bioinformatics Educational Resource . journal BEE-j Volume 6: November 2005 Chuang L.Y dan Cheng-Hong Yang . 2005. The Development of Multimedia Courseware for Biotechnology. International Journal of The Computer, the Internet and Management Vol. 13.No.3. Clark, L.H. & Starr, I.S. 1986. Secondary and Middle School Teaching Methods. Edisi ke-5. New York: MacMillan. Dick, W, carey, &carey, J .O. 2005. The Systematic Design of Instruction. Sixth edition . Boston : pearson Elena Qureshi.2004. Instructional Design Models. Http://web2.uwindsor.ca/courses/edfac/morton/instructional_design.htm Gagne, R, M. Wager, W., W., Golas & keller. 2005. Principles Of Instructional Design. Fifth edition . Singapore: Wadswort Thomson learning Inc.
  • 14. 14 I.C.E 2010 Proceedings 372-387. Brunei Darusalam. Haryono, Anung. (2001). Self-learning Bahanals (Module): The Concept and Format. Module. Presented in the training on “Self-Learning Bahanals Development”, conducted by SEAMEO SEAMOLEC under the sponsorship of Japan-ASEAN Solidarity through ASEAN Foundation. Jakarta: SEAMEO SEAMOLEC. Inten, Wayan. 2000. “Penggunaan Bahasa dalam Modul” sebagai bagian dari Modul Pelatihan Penyusunan Modul. Jakarta: Pusat Teknologi Komunikasi dan Informasi Pendidikan. Jamaludin Ahmad. 2002. Kesahan, kebolehpercayaan dan keberkesanan modul program maju diri ke atas motivasi pencapaian di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah negeri Selangor. Tesis Dr. Fal. Universiti Putera Malaysia. Koesnandar, A. 2006. Pengembangan Software Pembelajaran Multimedia Interaktif. Jurnal Teknodik 18: 75-88 McLaughlin, J & Daniel A. Arbeider . 2008. Evaluating Multimedia-Learning Tools Based on Authentic Research Data That Teach Biology Concepts and Environmental Stewardship. Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 8(1) Percival, F. & Elingtof,, H. l. 1994. Buku Panduan Telytologi Pendidikan Kuala Lumpur . Dewan bahasa dan Pustaka. Purwanto 2000. “Perancangan dan Penggunaan Ilustrasi” sebagai bagian dari Modul Pelatihan Penyusunan Modul. Jakarta: Pusat Teknologi Komunikasi dan Informasi Pendidikan. Rahardjo, Raphael. 2001. Promoting Active Learning. Module Presented in the training on “Self- Learning Bahanals Development”, conducted by SEAMEO SEAMOLEC under the sponsorship of Japan- ASEAN Solidarity through ASEAN Foundation. Jakarta: SEAMEO SEAMOLEC. Reis, R.M. 2007. Development of Educational Software. International Journal o Education and information technologies. Issue 3, volume 1. Shaharom Noordin & Yap Kueh Chin. 1991. "Ke arah Mengindividukan Pengajaran Menerusi Pengajaran Bermodul" . Journal Pendidikan Guru,7, m.s: 89-107 Siahaan, S. 2006. Bagaimana Memudahkan Pelajar Mempelajari Modul?. Jurnal Teknodik 18 : 89-118. Yusup Hashim Y& Razaimah Man.1993. Pembinaan modul pengajaran menggunakan prinsip reka bentuk pengajaran. Kertas kerja Bengkel Penulisan Bahan Pengajaran Kendiri Untuk Kaki Tangan Kampus Cawangan Perak dan Pusat Pengajian Luar Kampus: USM.