SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
OLEH : NURLIZA BINTI AHMAD
KHADIJAH ALAVI
ARENA CHE KASIM
CHONG SHEAU TSUEY
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PENGENALAN
Sejak Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada tahun 1971, Malaysia telah banyak
mengorak langkah ke arah kemajuan dan sehingga kini Malaysia telah mencapai
kemajuan dalam pelbagai aspek, malah pada tahun 2020 nanti negara dijangka
akan mencapai status negara maju. Akibat pembangunan pesat ini, taraf hidup
penduduk juga telah meningkat. Banyak petunjuk lain juga, termasuk kadar
celik huruf, kadar kematian bayi, bilangan doktor dengan nisbah 1000 penduduk
dan bahkan pendapatan per kapita penduduk juga telah meningkat dengan
banyak sejak selepas negara mencapai kemerdekaan (Ahmad, 2004).
Sejak Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada tahun 1971, Malaysia telah banyak
mengorak langkah ke arah kemajuan dan sehingga kini Malaysia telah mencapai
kemajuan dalam pelbagai aspek, malah pada tahun 2020 nanti negara dijangka
akan mencapai status negara maju. Akibat pembangunan pesat ini, taraf hidup
penduduk juga telah meningkat. Banyak petunjuk lain juga, termasuk kadar
celik huruf, kadar kematian bayi, bilangan doktor dengan nisbah 1000 penduduk
dan bahkan pendapatan per kapita penduduk juga telah meningkat dengan
banyak sejak selepas negara mencapai kemerdekaan (Ahmad, 2004).
Bagaimanapun, selain kesan positif yang disebutkan, terdapat juga pelbagai
kesan negatif yang tidak dapat dielakkan. Salah satu kesan negatif tersebut
dapat dilihat dalam konteks kestabilan perkahwinan atau kestabilan
rumahtangga. Ismail (2001) yang menganalisis proses kaunseling Islam dalam
kalangan pasangan yang bermasalah di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur,
mengakui akibat perubahan sosioekonomi yang pesat, semakin banyak
rumahtangga yang di bina berakhir dengan perceraian.
Bagaimanapun, selain kesan positif yang disebutkan, terdapat juga pelbagai
kesan negatif yang tidak dapat dielakkan. Salah satu kesan negatif tersebut
dapat dilihat dalam konteks kestabilan perkahwinan atau kestabilan
rumahtangga. Ismail (2001) yang menganalisis proses kaunseling Islam dalam
kalangan pasangan yang bermasalah di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur,
mengakui akibat perubahan sosioekonomi yang pesat, semakin banyak
rumahtangga yang di bina berakhir dengan perceraian.
Keluarga tunggal merupakan fenomena yang semakin meningkat kini. Antara faktor-
faktor terjadinya keluarga tunggal adalah kerana;
(i)Perceraian (Scrombe dan Warner (2004: 347) yang memetik tulisan Grief (1995),
Hamer dan Marchioro (2002) serta Roy (1999) menyebut bahawa, kebanyakan
keluarga tunggal terjadi kerana perceraian.
(ii) Kematian. Sejak dahulu lagi kebanyakan tempat di dunia memperlihatkan
bahawa jangka hayat kaum wanita adalah lebih panjang dari lelaki.
Menurut JAKIM (2011) kadar perceraian berlaku dalam lingkungan
13,403 hingga 28,035 pasangan pada tahun 2001 hingga 2010.
Jumlah terkumpul bagi sepuluh tahun perceraian ialah sebanyak
197,120 pasangan. Purata perceraian bagi sepuluh tahun ialah
sebanyak 19,712 pasangan.
Menurut JAKIM (2011) kadar perceraian berlaku dalam lingkungan
13,403 hingga 28,035 pasangan pada tahun 2001 hingga 2010.
Jumlah terkumpul bagi sepuluh tahun perceraian ialah sebanyak
197,120 pasangan. Purata perceraian bagi sepuluh tahun ialah
sebanyak 19,712 pasangan.
Statistik Pendaftaran Cerai Mengikut Negeri
Tahun 2012
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM, 2013)
Tahun Orang Islam Orang Bukan Islam
2000 13,536 1,613
2001 13,187 3,238
2002 13,841 3,793
2003 15,543 3,318
2004 16,509 3,291
2005 17,708 3,804
2006 21,419 5,747
2007 20,529 4,335
Jadual 2 : Statististik Perceraian di Malaysia
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2008
SOKONGAN SOSIAL
 Konsep ini boleh dirujuk sebagai sokongan sosial, penjagaan
sosial dan juga perkhidmatan sosial. Konsep-konsep tersebut
juga boleh dirujuk sebagai suatu konsep yang membawa kepada
pengertian yang sama dan ianya boleh digunakan secara
bertukar ganti (Cantor dan Little, 1990) dalam Daud (2005).
Sokongan boleh didefinisikan melalui pelbagai cara. Ia boleh
didefinisikan berasaskan pendekatan subjektif iaitu
mendefinisikannya berasaskan tanggapan individu mengenai
sokongan sosial.
Terdapat juga pengkaji yang mendefinisikan sokongan
berdasarkan jenis, kategori, perilaku atau tindakan. Ada juga
pengkaji yang mendefinisikannya berdasarkan kesan atau hasil
sesuatu sokongan itu. Manakala sokongan dalam konteks
pendekatan subjektif pula didefinisikan sebagai apa sahaja
tindakan atau perilaku yang berfungsi membantu individu yang
memerlukannya (Nelson, 2000).
Samb.
Caplan (1974) dalam Ahmad (2002) telah mengaitkan
peranan sistem sokongan dengan tekanan terutamanya
tentang kesihatan mental komuniti. Beliau telah
mendefinisikan sokongan sosial seperti
berikut :“...attachments among individuals or between
individuals and groups that serve to improve adaptive
competence in dealing with short-term crises and life
transitions as well as long-term challenges, stresses and
privations through; a) Promoting emotional mastery, b)
Offering guidance regarding the field of relevant forces
involve in expectable problems and methods of dealing with
them and c) Profiting feedback about an individual’s
behaviour that validates his conception of his own identity
and improved performances based on adequate self-
evaluation (m.s 30 )”.
Samb.
 Berdasarkan kepada pengertian yang diberikan di atas, maka di
dalam kajian ini, disimpulkan bahawa sokongan sosial
merupakan apa sahaja bentuk pertolongan yang diberikan oleh
ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan dan jiran tetangga
dan sebagainya kepada ibu dan bapa tunggal. Secara umumnya,
sokongan sosial adalah untuk menyediakan sesuatu terhadap
sumber emosi, pengetahuan atau pertolongan yang bersifat
nyata juga sebagai jaringan sosial kepada individu yang berada
di dalam kesusahan.
Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan empat
pendekatan dalam mengkaji aspek sokongan sosial. Di dalam
kajian ini, penyelidik akan memfokus kepada bentuk-bentuk
sokongan sosial seperti sokongan kewangan, sokongan emosi,
sokongan peralatan atau bantuan praktikal, sokongan
bersosialisasi dan sokongan panduan atau nasihat yang
diterima oleh ibu dan bapa tunggal di kawasan kajian.
Bentuk Sokongan Sosial
 1. Sokongan Formal
 Sokongan seperti ini boleh dinyatakan sebagai suatu perkhidmatan sukarela
dan perkhidmatan seperti ini ada kalanya diwujudkan di atas inisiatif
sekumpulan individu atau persatuan tertentu dan ada di antaranya
ditubuhkan oleh pihak kerajaan sendiri.
 Manakala sokongan formal pula merujuk kepada sokongan yang diberikan
oleh badan-badan atau organisasi formal seperti pihak kerajaan (Jabatan
Agama Islam, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kemajuan
Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga
Negara (LPPKN), Pejabat Daerah, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Pusat
Zakat Negeri, hospital dan sebagainya), badan-badan bukan kerajaan (NGO)
dan swasta (Ahmad, 2004).
 Menurut Brandwein, Brown dan Fox (1974), sokongan dan bantuan daripada
masyarakat sekeliling termasuklah dari agensi formal amatlah penting kepada
golongan ibu tunggal. Menurut McLanahan dan Booth (1989) pula, sokongan
yang diberikan secara formal kepada golongan ibu tunggal balu dan janda ini
akan dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan bersama dengan
anak-anak mereka.
2. Sokongan Tidak Formal
Sokongan secara tidak formal ini merupakan sebarang
bentuk sokongan yang diberikan oleh ahli keluarga, rakan-
rakan, jiran tetangga dan sebagainya lagi. Ia juga
dijelaskan sebagai bantuan yang diperolehi dari seorang
atau lebih individu yang tidak menerima sebarang
ganjaran seperti gaji untuk memberi bantuan kepada
mereka yang memerlukannya (Daud, 2005).
Dalam konteks sumber sokongan tidak formal juga,
sokongan ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu
sokongan primer dan sokongan sekunder. Sokongan
primer merupakan sokongan yang diperolehi daripada
pasangan, anak-anak dan saudara-mara. Manakala
sokongan sekunder pula ialah sokongan yang diperolehi
daripada rakan-rakan, kenalan, jiran tetangga dan
sebagainya lagi (Ahmad, 2004).
Objektif Kajian
Mengenalpasti bentuk permasalahan yang sering
dihadapi oleh keluarga tunggal.
Mengenalpasti cara atau kaedah yang dilakukan oleh
golongan ibu dan bapa tunggal dalam mengatasi
permasalahan yang dialami.
Mengenalpasti sumber dan bentuk sokongan sosial
yang kerap diterima oleh golongan keluarga tunggal.
Metodologi Kajian
Bagi persampelan kajian, pengkaji telah
menggunakan persampelan bertujuan (purposive)
atau persampelan mudah. Persampelan rawak mudah
ini telah dilakukan ke atas keluarga tunggal yang
tinggal di kampung Mukim Lepai, Kedah.
Seterusnya, penyelidik hanya memilih keluarga
tunggal yang berbangsa Melayu sahaja sebagai sampel
kerana kampung berkenaan hanya terdiri daripada
ibu dan bapa tunggal yang berbangsa Melayu sahaja.
Penyelidik juga telah memilih sampel ibu tunggal dari
kampung di Mukim Lepai ini kerana jumlah ibu dan
bapa tunggal yang tinggi.
pengkaji telah memilih seramai 10 orang ibu tunggal dan
10 orang bapa tunggal yang tinggal di dalam mukim
tersebut sebagai sampel kajian. 20 orang responden atau
sampel tersebut telah dipilih oleh pengkaji dengan
mengambil kira ciri-ciri seperti berikut :
Ibu dan bapa tunggal yang telah berpisah (bercerai hidup)
ataupun yang telah kematian suami (bercerai mati);
Sampel kajian boleh memahami pertuturan asas di dalam
Bahasa Malaysia atau Inggeris bagi memudahkan
berlakunya komunikasi dua hala antara penyelidik dan
pengkaji;
Ibu dan bapa tunggal yang dipilih sebagai sampel adalah
berumur di antara 32 tahun hingga 46 tahun.
Lokasi kajian
Kajian ini dijalankan di kampung yang terletak di dalam
Mukim Lepai, Kedah Darul Aman di mana, lokasi kajian
merupakan perkampungan yang terletak di luar kawasan
bandar dengan jarak kira-kira 25 kilometer dari bandar
Alor Setar. Selain itu, kampung-kampung di Mukim Lepai
ini dipilih adalah kerana jumlah ibu dan bapa tunggal
yang terdapat di Mukim berkenaan adalah seramai 300
orang secara keseluruhannya berbanding dengan jumlah
ibu dan bapa tunggal di mukim-mukim yang lain. Faktor
ini memudahkan pengkaji untuk membuat pemilihan
respoden mengikut ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh
pengkaji.
Instrumen Kajian
 Memandangkan kajian ini berbentuk kualitatif, maka
pengkaji akan menggunakan temubual secara
mendalam (in-depth interview) sebagai instrumen
kajian bagi mendapatkan lebih banyak maklumat
secara mendalam daripada ibu dan bapa tunggal atau
sampel yang terlibat. Temubual telah dijalankan
secara bersemuka dan secara individu di antara
pengkaji dan sampel kajian.
ANALISIS DATA KAJIAN
Semua data mentah yang telah dikumpul oleh
pengkaji akan diproses secara manual menggunakan
analisa kandungan (content analysis).
Hasil Kajian
1. Masalah yang dihadapi
majoriti daripada responden menghadapi masalah
kewangan sebagai masalah harian utama iaitu seramai
10 orang ibu tunggal dan 9 orang bapa tunggal. Salah
seorang ibu tunggal menyatakan,
..selalunya kewangan saja la. Sebab pendapatan saya
pun tak banyak, pas tu saya sorang dok qeja. Mak saya
lumpuh pulak, tu yang saya perlukan duit lebih nak
berubat dia dan perbelanjaan sekolah anak-anak.
Masalah yang dihadapi
Masalah seterusnya adalah masalah kehidupan sosial
di mana 9 daripada bapa tunggal menghadapinya dan
ibu tunggal dengan 5 orang sahaja. Seterusnya adalah
masalah kesihatan anak-anak, masalah disiplin anak
di sekolah, perlabelan dari masyarakat setempat dan
lain-lain.

Antara strategi utama yang dilakukan oleh hampir keseluruhan
responden sekiranya berhadapan dengan segala cabaran harian
yang dihadapi adalah, dengan cara menggunakan daya usaha
sendiri. Salah seorang responden menyatakan,
Kalau nak atasi masalah kewangan tu saya mula-mula usaha
sendiri. Cari qeja tu yang saya dok qeja beniaga kat kedai makan
tu. Pas tu buat bendang.
Seterusnya, responden menyatakan bahawa, turut mendapatkan
dan menggunakan keluarga terdekat atau sokongan primer di
dalam membantu mereka menyelesaikan masalah yang dialami
sekiranya, daya usaha sendiri yang dilakukan tidak dapat
membantu menyelesaikan masalah tersebut. Salah seorang ibu
tunggal menyatakan,
Tapi kalau tak cukup duit juga, saya akan cuba mintak tulung
pinjam sat dekat abang saya nombor empat yang tinggai dekat
dengan saya ni. Nak mintak pinjam kat adik-beradik lain dah depa
pun dok jauh.
CARA ATAU KAEDAH DALAM
MENGATASI PERMASALAHAN
Sumber dan Bentuk Sokongan
Sosial Formal Yang Diterima
Di antara sumber-sumber dari badan kerajaan yang
menyediakan atau memberikan sokongan sosial
kepada responden adalah, Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM), Pusat Zakat Negeri, Pejabat
Daerah, pihak sekolah anak responden, hospital,
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan
Pembangunan Wanita (JPW) dan sebagainya lagi.
Manakala badan bukan kerajaan yang turut
menyediakan sokongan kepada responden adalah
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Sumber dan Bentuk Sokongan
Sosial Tidak Formal Yang Diterima
Sumber-sumber tersebut terdiri daripada, ahli keluarga terdekat
responden seperti anak, ibu, ayah, abang dan sebagainya. Selain dari
ahli keluarga responden, jiran, saudara-mara, kawan-kawan yang
terdiri daripada golongan ibu tunggal sendiri dan keluarga bekas
suami juga turut memberikan sokongan sosial kepada responden.
Dari aspek bentuk-bentuk sokongan sosial tidak formal yang
diberikan oleh sumber-sumber tersebut pula, hasil kajian
menunjukkan, antara sokongan sosial yang diberikan adalah
sokongan yang berbentuk kewangan, khidmat nasihat, bantuan
peralatan, bantuan praktikal, sosialisasi dan sokongan maklumat.
Dapatan kajian juga menunjukkan, antara sumber yang paling banyak
menyediakan sokongan kepada responden adalah ahli keluarga yang
terdekat dengan responden. Antara bentuk-bentuk sokongan yang
diberikan adalah sokongan kewangan, bantuan praktikal, panduan
dan nasihat serta sosialisasi.
Kesimpulan
Kajian mengenai sokongan sosial bagi ibu tunggal dan bapa tunggal di
luar bandar ini telah dijalankan di kampung-kampung Mukim Lepai
Alor Star, Kedah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti bentuk
permasalahan yang sering dihadapi oleh ibu dan bapa tunggal,
mengenalpasti cara atau kaedah yang diambil oleh ibu tunggal dalam
mengatasi permasalahan yang dihadapi dan mengenapasti sumber
dan bentuk sokongan sosial yang kerap diterima oleh golongan ibu
tunggal.
Melalui kajian ini juga, disarankan agar pihak-pihak yang berkenaan
seperti pihak Pejabat Daerah, penghulu mukim dan sebagainya dapat
menyediakan dan memberikan latihan atau kursus seperti kelas
jahitan, kelas masakan, kelas teknologi maklumat, kelas andaman,
kelas kraftangan dan seumpamanya tanpa mengenakan sebarang
bayaran kepada golongan ibu tunggal ini memandangkan secara
majoritinya, golongan ini merupakan golongan yang berpendapatan
rendah dan berada di dalam keadaan kemiskinan.
RUJUKAN
 Abdullah,R.(2002). Pembangunan insan: perspektif ekologi.Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
 Baharudin, R. (2003). Kaedah penyelidikan dalam pembangunan manusia.
Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
 Barrera, M. (1986). Distinctions between social support concepts,
measures and models. American Journal Of Community Psychology, 14, 413-445.
 Booth, A. & Amato, P. (1991). Divorce and psychological stres. Journal of
Health and Social Behavior. Vol 32(4) : 396-407.
 Brandwein, A.H., & Brown, L.R., & Fox, J.S. (1974). Widows and divorces with
dependent children: Personal, family and social well being. Journal of
Family Relations, 36(4), 312-320.
 Brehm, S.S., & Kassim, S.M. (1990). Social psychology. Boston: Houghton Milton
Company.
 Bruhn, J.G., & Philip, B.U. (1987). A development basis for social support. Journal
of Behavioural Medicine, 10, 213-229.
 Ceballo, R. dan Mcloyd, V. C. (2002). Social support and parenting in poor,
dangerous neighbourhoods. Child Development, 73(4): 1310-1321.
 Cobb, S. (1989). Social support as a moderator of life stress. Psychosomatic
Medicine, 38, 300-314.
 Coles, R. (2009). Just doing what they gotta do : Single black custodial fathers
coping with the stresses and reaping the rewards of parenting. Journal of
Family Issues. Vol 30(10) 1-27.
 Cohen, S., & Wills, T.A (1985). Stress, social support and the buffering hypotesis.
Psychology, 55, 655-664.
 Crosier, T., Butterworth, P., & Rodgers, B. (2007). Mental health problems
among single and partnered mothers: The role of financial hardship and social
support. Social Psychiatry Epidemiol, 42: 6-13.
 Dianne, S.B. (1986). Single parent and the work setting:the impact of multiple
job and homelife responsibilities. Family Relation. 36, 37-43.
 Deleon, M. (2008). Challenging the gender role : Personal narrative of a single
father. Master thesis. Carlifornia State University, Fullerton.
 Devlin, A.S., Beebe, J. & Parulis, E. (1992). Parent education for divorced father.
Journal of Family Relations. Vol 11(3): 290-296.
 Gladow, N.W., & Ray, M.P. (1986). The impact of informal support systems
being low income single parent on the well parent. Family relation, 35:113-123.
 Gotlieb, B.H. (1983). Social support strategies: guideline for mental health
practice. Beverly Hills, California. SAGE Publication, Inc.
 Grzywacz, J.G., Almeida, D.M & McDonald, D.A. (2002). Work-family spillover and
daily report of work and family stress in the adult labor force. Family
Relations, 41, 28-36.
 Jayaletchumi, M & Rohani, A. (2002). Keluarga dan keibubapaan. Penerbit
Universiti Putra Malaysia. Serdang: Selangor.
 Layder, D. (1993). New strategies in social research. Cambridge, Polity Press.
 Reiss, J.A. (1980). Family system in America. New York: Free Press.
 Wallerstein, J.S., Blakeslee, S. & Lewis, J.M. (2001). The unexpected legacy of
divorce: A 25-year landmark study. Concord, N.H: Hyperion Press.

More Related Content

What's hot

Model model pengajaran
Model model pengajaranModel model pengajaran
Model model pengajaranafiq ikhwan
 
peranan dan tindakan guru semasa mengurus masalah displin bilik darjah dan ha...
peranan dan tindakan guru semasa mengurus masalah displin bilik darjah dan ha...peranan dan tindakan guru semasa mengurus masalah displin bilik darjah dan ha...
peranan dan tindakan guru semasa mengurus masalah displin bilik darjah dan ha...siaw ong
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Kurikulum malaysia vs singapura
Kurikulum malaysia vs singapuraKurikulum malaysia vs singapura
Kurikulum malaysia vs singapuranuruladni1234
 
Penjajaran Konstruktif
Penjajaran Konstruktif Penjajaran Konstruktif
Penjajaran Konstruktif MummyAlisya
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSteven Abraham
 
Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)Jean Dcedric
 
contoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomcontoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomAutdrey Yna
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomMokhzani Fadir
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna KatherineSaw3
 
pengetahuan kandungan pedagogi (pck)
pengetahuan kandungan pedagogi (pck)pengetahuan kandungan pedagogi (pck)
pengetahuan kandungan pedagogi (pck)Ministry of Education
 
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaSistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaKhairunmisa Jamil Khir
 
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 

What's hot (20)

Model model pengajaran
Model model pengajaranModel model pengajaran
Model model pengajaran
 
Abm teori vygotsky
Abm teori vygotskyAbm teori vygotsky
Abm teori vygotsky
 
Kualiti guru
Kualiti guruKualiti guru
Kualiti guru
 
Pengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmkPengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmk
 
peranan dan tindakan guru semasa mengurus masalah displin bilik darjah dan ha...
peranan dan tindakan guru semasa mengurus masalah displin bilik darjah dan ha...peranan dan tindakan guru semasa mengurus masalah displin bilik darjah dan ha...
peranan dan tindakan guru semasa mengurus masalah displin bilik darjah dan ha...
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Kurikulum malaysia vs singapura
Kurikulum malaysia vs singapuraKurikulum malaysia vs singapura
Kurikulum malaysia vs singapura
 
Pendekatan deduktif ppt.
Pendekatan deduktif ppt.Pendekatan deduktif ppt.
Pendekatan deduktif ppt.
 
Penjajaran Konstruktif
Penjajaran Konstruktif Penjajaran Konstruktif
Penjajaran Konstruktif
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)
 
contoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomcontoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloom
 
Taksonomi bloom
Taksonomi bloomTaksonomi bloom
Taksonomi bloom
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
 
pengetahuan kandungan pedagogi (pck)
pengetahuan kandungan pedagogi (pck)pengetahuan kandungan pedagogi (pck)
pengetahuan kandungan pedagogi (pck)
 
PPPM 11 anjakan
PPPM 11 anjakanPPPM 11 anjakan
PPPM 11 anjakan
 
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaSistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
 
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 9 internet untuk pengajaran dan pembelajaran
 

Similar to Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

makalah komunitas agregat deawas pria.pdf
makalah komunitas agregat deawas pria.pdfmakalah komunitas agregat deawas pria.pdf
makalah komunitas agregat deawas pria.pdfmaung8
 
Manifesto generasi berencana
Manifesto generasi berencanaManifesto generasi berencana
Manifesto generasi berencanaswirawan
 
presentasi keluarga berencana
presentasi keluarga berencanapresentasi keluarga berencana
presentasi keluarga berencanaswirawan
 
Kesehatan reproduksi-remaja
Kesehatan reproduksi-remajaKesehatan reproduksi-remaja
Kesehatan reproduksi-remajaAbdi Budiman
 
Kb 4 proses keperawatan imunitas
Kb 4 proses keperawatan imunitasKb 4 proses keperawatan imunitas
Kb 4 proses keperawatan imunitaspjj_kemenkes
 
Hak reproduksi dan konsep gender dalam kespro
Hak reproduksi dan konsep gender dalam kesproHak reproduksi dan konsep gender dalam kespro
Hak reproduksi dan konsep gender dalam kesprofabian931271
 
Arah dan perspektif baru bk
Arah dan perspektif baru bkArah dan perspektif baru bk
Arah dan perspektif baru bkRubianto Cure
 
13652798 kualiti-hidup
13652798 kualiti-hidup13652798 kualiti-hidup
13652798 kualiti-hiduplatifahreduan
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangganur fara
 
Kesehatan reproduksi-remaja
Kesehatan reproduksi-remajaKesehatan reproduksi-remaja
Kesehatan reproduksi-remajaDyan Arshyl
 
Masyarakat community dan masalahnya
Masyarakat community dan masalahnyaMasyarakat community dan masalahnya
Masyarakat community dan masalahnyaUFDK
 
Tugas ringkasan keperawatan keluarga
Tugas ringkasan keperawatan keluargaTugas ringkasan keperawatan keluarga
Tugas ringkasan keperawatan keluargaagus hananto
 

Similar to Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp (20)

makalah komunitas agregat deawas pria.pdf
makalah komunitas agregat deawas pria.pdfmakalah komunitas agregat deawas pria.pdf
makalah komunitas agregat deawas pria.pdf
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
KEL 2 KESPRO.docx
KEL 2 KESPRO.docxKEL 2 KESPRO.docx
KEL 2 KESPRO.docx
 
Manifesto generasi berencana
Manifesto generasi berencanaManifesto generasi berencana
Manifesto generasi berencana
 
pelayanan kb
pelayanan kbpelayanan kb
pelayanan kb
 
presentasi keluarga berencana
presentasi keluarga berencanapresentasi keluarga berencana
presentasi keluarga berencana
 
Kespro
KesproKespro
Kespro
 
Kespro
KesproKespro
Kespro
 
Kespro
KesproKespro
Kespro
 
Kesehatan reproduksi-remaja
Kesehatan reproduksi-remajaKesehatan reproduksi-remaja
Kesehatan reproduksi-remaja
 
Kb 4 proses keperawatan imunitas
Kb 4 proses keperawatan imunitasKb 4 proses keperawatan imunitas
Kb 4 proses keperawatan imunitas
 
Hak reproduksi dan konsep gender dalam kespro
Hak reproduksi dan konsep gender dalam kesproHak reproduksi dan konsep gender dalam kespro
Hak reproduksi dan konsep gender dalam kespro
 
Arah dan perspektif baru bk
Arah dan perspektif baru bkArah dan perspektif baru bk
Arah dan perspektif baru bk
 
13652798 kualiti-hidup
13652798 kualiti-hidup13652798 kualiti-hidup
13652798 kualiti-hidup
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangga
 
Kesehatan reproduksi-remaja
Kesehatan reproduksi-remajaKesehatan reproduksi-remaja
Kesehatan reproduksi-remaja
 
Masyarakat community dan masalahnya
Masyarakat community dan masalahnyaMasyarakat community dan masalahnya
Masyarakat community dan masalahnya
 
Asg3
Asg3Asg3
Asg3
 
Bab[8]
Bab[8]Bab[8]
Bab[8]
 
Tugas ringkasan keperawatan keluarga
Tugas ringkasan keperawatan keluargaTugas ringkasan keperawatan keluarga
Tugas ringkasan keperawatan keluarga
 

More from Global R & D Services (20)

Wb june ictel
Wb june ictelWb june ictel
Wb june ictel
 
Wb june icrst
Wb june icrstWb june icrst
Wb june icrst
 
Wb june ecg
Wb june ecgWb june ecg
Wb june ecg
 
Wb june icssh
Wb  june icsshWb  june icssh
Wb june icssh
 
Wb june icpbs
Wb  june icpbsWb  june icpbs
Wb june icpbs
 
Wb june icnm
Wb  june icnmWb  june icnm
Wb june icnm
 
Wb june icllr
Wb  june icllrWb  june icllr
Wb june icllr
 
Wb june ichlsr
Wb  june ichlsrWb  june ichlsr
Wb june ichlsr
 
Wb june icbmls
Wb  june icbmlsWb  june icbmls
Wb june icbmls
 
Rome icpbs 2017
Rome icpbs 2017Rome icpbs 2017
Rome icpbs 2017
 
Rome icnm
Rome icnmRome icnm
Rome icnm
 
Romei ecg 2017
Romei ecg 2017Romei ecg 2017
Romei ecg 2017
 
Rome ictel 2017
Rome  ictel 2017Rome  ictel 2017
Rome ictel 2017
 
Rome icssh, ppt
Rome icssh, pptRome icssh, ppt
Rome icssh, ppt
 
Rome icrst 2017
Rome  icrst 2017Rome  icrst 2017
Rome icrst 2017
 
Rome icllr 2017
Rome  icllr 2017Rome  icllr 2017
Rome icllr 2017
 
Rome ichlsr
Rome  ichlsr Rome  ichlsr
Rome ichlsr
 
Rome icbmls 2017
Rome icbmls 2017Rome icbmls 2017
Rome icbmls 2017
 
Wb june ictel
Wb june ictelWb june ictel
Wb june ictel
 
Wb june icrst
Wb june icrstWb june icrst
Wb june icrst
 

Sokongan sosial bagi keluarga tunggal di luar bandar pp

  • 1. OLEH : NURLIZA BINTI AHMAD KHADIJAH ALAVI ARENA CHE KASIM CHONG SHEAU TSUEY UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • 2. PENGENALAN Sejak Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada tahun 1971, Malaysia telah banyak mengorak langkah ke arah kemajuan dan sehingga kini Malaysia telah mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek, malah pada tahun 2020 nanti negara dijangka akan mencapai status negara maju. Akibat pembangunan pesat ini, taraf hidup penduduk juga telah meningkat. Banyak petunjuk lain juga, termasuk kadar celik huruf, kadar kematian bayi, bilangan doktor dengan nisbah 1000 penduduk dan bahkan pendapatan per kapita penduduk juga telah meningkat dengan banyak sejak selepas negara mencapai kemerdekaan (Ahmad, 2004). Sejak Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada tahun 1971, Malaysia telah banyak mengorak langkah ke arah kemajuan dan sehingga kini Malaysia telah mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek, malah pada tahun 2020 nanti negara dijangka akan mencapai status negara maju. Akibat pembangunan pesat ini, taraf hidup penduduk juga telah meningkat. Banyak petunjuk lain juga, termasuk kadar celik huruf, kadar kematian bayi, bilangan doktor dengan nisbah 1000 penduduk dan bahkan pendapatan per kapita penduduk juga telah meningkat dengan banyak sejak selepas negara mencapai kemerdekaan (Ahmad, 2004). Bagaimanapun, selain kesan positif yang disebutkan, terdapat juga pelbagai kesan negatif yang tidak dapat dielakkan. Salah satu kesan negatif tersebut dapat dilihat dalam konteks kestabilan perkahwinan atau kestabilan rumahtangga. Ismail (2001) yang menganalisis proses kaunseling Islam dalam kalangan pasangan yang bermasalah di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, mengakui akibat perubahan sosioekonomi yang pesat, semakin banyak rumahtangga yang di bina berakhir dengan perceraian. Bagaimanapun, selain kesan positif yang disebutkan, terdapat juga pelbagai kesan negatif yang tidak dapat dielakkan. Salah satu kesan negatif tersebut dapat dilihat dalam konteks kestabilan perkahwinan atau kestabilan rumahtangga. Ismail (2001) yang menganalisis proses kaunseling Islam dalam kalangan pasangan yang bermasalah di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, mengakui akibat perubahan sosioekonomi yang pesat, semakin banyak rumahtangga yang di bina berakhir dengan perceraian.
  • 3. Keluarga tunggal merupakan fenomena yang semakin meningkat kini. Antara faktor- faktor terjadinya keluarga tunggal adalah kerana; (i)Perceraian (Scrombe dan Warner (2004: 347) yang memetik tulisan Grief (1995), Hamer dan Marchioro (2002) serta Roy (1999) menyebut bahawa, kebanyakan keluarga tunggal terjadi kerana perceraian. (ii) Kematian. Sejak dahulu lagi kebanyakan tempat di dunia memperlihatkan bahawa jangka hayat kaum wanita adalah lebih panjang dari lelaki. Menurut JAKIM (2011) kadar perceraian berlaku dalam lingkungan 13,403 hingga 28,035 pasangan pada tahun 2001 hingga 2010. Jumlah terkumpul bagi sepuluh tahun perceraian ialah sebanyak 197,120 pasangan. Purata perceraian bagi sepuluh tahun ialah sebanyak 19,712 pasangan. Menurut JAKIM (2011) kadar perceraian berlaku dalam lingkungan 13,403 hingga 28,035 pasangan pada tahun 2001 hingga 2010. Jumlah terkumpul bagi sepuluh tahun perceraian ialah sebanyak 197,120 pasangan. Purata perceraian bagi sepuluh tahun ialah sebanyak 19,712 pasangan.
  • 4. Statistik Pendaftaran Cerai Mengikut Negeri Tahun 2012 Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM, 2013)
  • 5. Tahun Orang Islam Orang Bukan Islam 2000 13,536 1,613 2001 13,187 3,238 2002 13,841 3,793 2003 15,543 3,318 2004 16,509 3,291 2005 17,708 3,804 2006 21,419 5,747 2007 20,529 4,335 Jadual 2 : Statististik Perceraian di Malaysia Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2008
  • 6. SOKONGAN SOSIAL  Konsep ini boleh dirujuk sebagai sokongan sosial, penjagaan sosial dan juga perkhidmatan sosial. Konsep-konsep tersebut juga boleh dirujuk sebagai suatu konsep yang membawa kepada pengertian yang sama dan ianya boleh digunakan secara bertukar ganti (Cantor dan Little, 1990) dalam Daud (2005). Sokongan boleh didefinisikan melalui pelbagai cara. Ia boleh didefinisikan berasaskan pendekatan subjektif iaitu mendefinisikannya berasaskan tanggapan individu mengenai sokongan sosial. Terdapat juga pengkaji yang mendefinisikan sokongan berdasarkan jenis, kategori, perilaku atau tindakan. Ada juga pengkaji yang mendefinisikannya berdasarkan kesan atau hasil sesuatu sokongan itu. Manakala sokongan dalam konteks pendekatan subjektif pula didefinisikan sebagai apa sahaja tindakan atau perilaku yang berfungsi membantu individu yang memerlukannya (Nelson, 2000).
  • 7. Samb. Caplan (1974) dalam Ahmad (2002) telah mengaitkan peranan sistem sokongan dengan tekanan terutamanya tentang kesihatan mental komuniti. Beliau telah mendefinisikan sokongan sosial seperti berikut :“...attachments among individuals or between individuals and groups that serve to improve adaptive competence in dealing with short-term crises and life transitions as well as long-term challenges, stresses and privations through; a) Promoting emotional mastery, b) Offering guidance regarding the field of relevant forces involve in expectable problems and methods of dealing with them and c) Profiting feedback about an individual’s behaviour that validates his conception of his own identity and improved performances based on adequate self- evaluation (m.s 30 )”.
  • 8. Samb.  Berdasarkan kepada pengertian yang diberikan di atas, maka di dalam kajian ini, disimpulkan bahawa sokongan sosial merupakan apa sahaja bentuk pertolongan yang diberikan oleh ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan dan jiran tetangga dan sebagainya kepada ibu dan bapa tunggal. Secara umumnya, sokongan sosial adalah untuk menyediakan sesuatu terhadap sumber emosi, pengetahuan atau pertolongan yang bersifat nyata juga sebagai jaringan sosial kepada individu yang berada di dalam kesusahan. Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan empat pendekatan dalam mengkaji aspek sokongan sosial. Di dalam kajian ini, penyelidik akan memfokus kepada bentuk-bentuk sokongan sosial seperti sokongan kewangan, sokongan emosi, sokongan peralatan atau bantuan praktikal, sokongan bersosialisasi dan sokongan panduan atau nasihat yang diterima oleh ibu dan bapa tunggal di kawasan kajian.
  • 9. Bentuk Sokongan Sosial  1. Sokongan Formal  Sokongan seperti ini boleh dinyatakan sebagai suatu perkhidmatan sukarela dan perkhidmatan seperti ini ada kalanya diwujudkan di atas inisiatif sekumpulan individu atau persatuan tertentu dan ada di antaranya ditubuhkan oleh pihak kerajaan sendiri.  Manakala sokongan formal pula merujuk kepada sokongan yang diberikan oleh badan-badan atau organisasi formal seperti pihak kerajaan (Jabatan Agama Islam, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Pejabat Daerah, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Pusat Zakat Negeri, hospital dan sebagainya), badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta (Ahmad, 2004).  Menurut Brandwein, Brown dan Fox (1974), sokongan dan bantuan daripada masyarakat sekeliling termasuklah dari agensi formal amatlah penting kepada golongan ibu tunggal. Menurut McLanahan dan Booth (1989) pula, sokongan yang diberikan secara formal kepada golongan ibu tunggal balu dan janda ini akan dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan bersama dengan anak-anak mereka.
  • 10. 2. Sokongan Tidak Formal Sokongan secara tidak formal ini merupakan sebarang bentuk sokongan yang diberikan oleh ahli keluarga, rakan- rakan, jiran tetangga dan sebagainya lagi. Ia juga dijelaskan sebagai bantuan yang diperolehi dari seorang atau lebih individu yang tidak menerima sebarang ganjaran seperti gaji untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya (Daud, 2005). Dalam konteks sumber sokongan tidak formal juga, sokongan ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu sokongan primer dan sokongan sekunder. Sokongan primer merupakan sokongan yang diperolehi daripada pasangan, anak-anak dan saudara-mara. Manakala sokongan sekunder pula ialah sokongan yang diperolehi daripada rakan-rakan, kenalan, jiran tetangga dan sebagainya lagi (Ahmad, 2004).
  • 11. Objektif Kajian Mengenalpasti bentuk permasalahan yang sering dihadapi oleh keluarga tunggal. Mengenalpasti cara atau kaedah yang dilakukan oleh golongan ibu dan bapa tunggal dalam mengatasi permasalahan yang dialami. Mengenalpasti sumber dan bentuk sokongan sosial yang kerap diterima oleh golongan keluarga tunggal.
  • 12. Metodologi Kajian Bagi persampelan kajian, pengkaji telah menggunakan persampelan bertujuan (purposive) atau persampelan mudah. Persampelan rawak mudah ini telah dilakukan ke atas keluarga tunggal yang tinggal di kampung Mukim Lepai, Kedah. Seterusnya, penyelidik hanya memilih keluarga tunggal yang berbangsa Melayu sahaja sebagai sampel kerana kampung berkenaan hanya terdiri daripada ibu dan bapa tunggal yang berbangsa Melayu sahaja. Penyelidik juga telah memilih sampel ibu tunggal dari kampung di Mukim Lepai ini kerana jumlah ibu dan bapa tunggal yang tinggi.
  • 13. pengkaji telah memilih seramai 10 orang ibu tunggal dan 10 orang bapa tunggal yang tinggal di dalam mukim tersebut sebagai sampel kajian. 20 orang responden atau sampel tersebut telah dipilih oleh pengkaji dengan mengambil kira ciri-ciri seperti berikut : Ibu dan bapa tunggal yang telah berpisah (bercerai hidup) ataupun yang telah kematian suami (bercerai mati); Sampel kajian boleh memahami pertuturan asas di dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris bagi memudahkan berlakunya komunikasi dua hala antara penyelidik dan pengkaji; Ibu dan bapa tunggal yang dipilih sebagai sampel adalah berumur di antara 32 tahun hingga 46 tahun.
  • 14. Lokasi kajian Kajian ini dijalankan di kampung yang terletak di dalam Mukim Lepai, Kedah Darul Aman di mana, lokasi kajian merupakan perkampungan yang terletak di luar kawasan bandar dengan jarak kira-kira 25 kilometer dari bandar Alor Setar. Selain itu, kampung-kampung di Mukim Lepai ini dipilih adalah kerana jumlah ibu dan bapa tunggal yang terdapat di Mukim berkenaan adalah seramai 300 orang secara keseluruhannya berbanding dengan jumlah ibu dan bapa tunggal di mukim-mukim yang lain. Faktor ini memudahkan pengkaji untuk membuat pemilihan respoden mengikut ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh pengkaji.
  • 15. Instrumen Kajian  Memandangkan kajian ini berbentuk kualitatif, maka pengkaji akan menggunakan temubual secara mendalam (in-depth interview) sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan lebih banyak maklumat secara mendalam daripada ibu dan bapa tunggal atau sampel yang terlibat. Temubual telah dijalankan secara bersemuka dan secara individu di antara pengkaji dan sampel kajian.
  • 16. ANALISIS DATA KAJIAN Semua data mentah yang telah dikumpul oleh pengkaji akan diproses secara manual menggunakan analisa kandungan (content analysis).
  • 17. Hasil Kajian 1. Masalah yang dihadapi majoriti daripada responden menghadapi masalah kewangan sebagai masalah harian utama iaitu seramai 10 orang ibu tunggal dan 9 orang bapa tunggal. Salah seorang ibu tunggal menyatakan, ..selalunya kewangan saja la. Sebab pendapatan saya pun tak banyak, pas tu saya sorang dok qeja. Mak saya lumpuh pulak, tu yang saya perlukan duit lebih nak berubat dia dan perbelanjaan sekolah anak-anak.
  • 18. Masalah yang dihadapi Masalah seterusnya adalah masalah kehidupan sosial di mana 9 daripada bapa tunggal menghadapinya dan ibu tunggal dengan 5 orang sahaja. Seterusnya adalah masalah kesihatan anak-anak, masalah disiplin anak di sekolah, perlabelan dari masyarakat setempat dan lain-lain. 
  • 19. Antara strategi utama yang dilakukan oleh hampir keseluruhan responden sekiranya berhadapan dengan segala cabaran harian yang dihadapi adalah, dengan cara menggunakan daya usaha sendiri. Salah seorang responden menyatakan, Kalau nak atasi masalah kewangan tu saya mula-mula usaha sendiri. Cari qeja tu yang saya dok qeja beniaga kat kedai makan tu. Pas tu buat bendang. Seterusnya, responden menyatakan bahawa, turut mendapatkan dan menggunakan keluarga terdekat atau sokongan primer di dalam membantu mereka menyelesaikan masalah yang dialami sekiranya, daya usaha sendiri yang dilakukan tidak dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut. Salah seorang ibu tunggal menyatakan, Tapi kalau tak cukup duit juga, saya akan cuba mintak tulung pinjam sat dekat abang saya nombor empat yang tinggai dekat dengan saya ni. Nak mintak pinjam kat adik-beradik lain dah depa pun dok jauh. CARA ATAU KAEDAH DALAM MENGATASI PERMASALAHAN
  • 20. Sumber dan Bentuk Sokongan Sosial Formal Yang Diterima Di antara sumber-sumber dari badan kerajaan yang menyediakan atau memberikan sokongan sosial kepada responden adalah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Zakat Negeri, Pejabat Daerah, pihak sekolah anak responden, hospital, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan sebagainya lagi. Manakala badan bukan kerajaan yang turut menyediakan sokongan kepada responden adalah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
  • 21. Sumber dan Bentuk Sokongan Sosial Tidak Formal Yang Diterima Sumber-sumber tersebut terdiri daripada, ahli keluarga terdekat responden seperti anak, ibu, ayah, abang dan sebagainya. Selain dari ahli keluarga responden, jiran, saudara-mara, kawan-kawan yang terdiri daripada golongan ibu tunggal sendiri dan keluarga bekas suami juga turut memberikan sokongan sosial kepada responden. Dari aspek bentuk-bentuk sokongan sosial tidak formal yang diberikan oleh sumber-sumber tersebut pula, hasil kajian menunjukkan, antara sokongan sosial yang diberikan adalah sokongan yang berbentuk kewangan, khidmat nasihat, bantuan peralatan, bantuan praktikal, sosialisasi dan sokongan maklumat. Dapatan kajian juga menunjukkan, antara sumber yang paling banyak menyediakan sokongan kepada responden adalah ahli keluarga yang terdekat dengan responden. Antara bentuk-bentuk sokongan yang diberikan adalah sokongan kewangan, bantuan praktikal, panduan dan nasihat serta sosialisasi.
  • 22. Kesimpulan Kajian mengenai sokongan sosial bagi ibu tunggal dan bapa tunggal di luar bandar ini telah dijalankan di kampung-kampung Mukim Lepai Alor Star, Kedah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti bentuk permasalahan yang sering dihadapi oleh ibu dan bapa tunggal, mengenalpasti cara atau kaedah yang diambil oleh ibu tunggal dalam mengatasi permasalahan yang dihadapi dan mengenapasti sumber dan bentuk sokongan sosial yang kerap diterima oleh golongan ibu tunggal. Melalui kajian ini juga, disarankan agar pihak-pihak yang berkenaan seperti pihak Pejabat Daerah, penghulu mukim dan sebagainya dapat menyediakan dan memberikan latihan atau kursus seperti kelas jahitan, kelas masakan, kelas teknologi maklumat, kelas andaman, kelas kraftangan dan seumpamanya tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada golongan ibu tunggal ini memandangkan secara majoritinya, golongan ini merupakan golongan yang berpendapatan rendah dan berada di dalam keadaan kemiskinan.
  • 23. RUJUKAN  Abdullah,R.(2002). Pembangunan insan: perspektif ekologi.Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.  Baharudin, R. (2003). Kaedah penyelidikan dalam pembangunan manusia. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.  Barrera, M. (1986). Distinctions between social support concepts, measures and models. American Journal Of Community Psychology, 14, 413-445.  Booth, A. & Amato, P. (1991). Divorce and psychological stres. Journal of Health and Social Behavior. Vol 32(4) : 396-407.  Brandwein, A.H., & Brown, L.R., & Fox, J.S. (1974). Widows and divorces with dependent children: Personal, family and social well being. Journal of Family Relations, 36(4), 312-320.  Brehm, S.S., & Kassim, S.M. (1990). Social psychology. Boston: Houghton Milton Company.  Bruhn, J.G., & Philip, B.U. (1987). A development basis for social support. Journal of Behavioural Medicine, 10, 213-229.  Ceballo, R. dan Mcloyd, V. C. (2002). Social support and parenting in poor, dangerous neighbourhoods. Child Development, 73(4): 1310-1321.  Cobb, S. (1989). Social support as a moderator of life stress. Psychosomatic Medicine, 38, 300-314.  Coles, R. (2009). Just doing what they gotta do : Single black custodial fathers coping with the stresses and reaping the rewards of parenting. Journal of Family Issues. Vol 30(10) 1-27.  Cohen, S., & Wills, T.A (1985). Stress, social support and the buffering hypotesis. Psychology, 55, 655-664.
  • 24.  Crosier, T., Butterworth, P., & Rodgers, B. (2007). Mental health problems among single and partnered mothers: The role of financial hardship and social support. Social Psychiatry Epidemiol, 42: 6-13.  Dianne, S.B. (1986). Single parent and the work setting:the impact of multiple job and homelife responsibilities. Family Relation. 36, 37-43.  Deleon, M. (2008). Challenging the gender role : Personal narrative of a single father. Master thesis. Carlifornia State University, Fullerton.  Devlin, A.S., Beebe, J. & Parulis, E. (1992). Parent education for divorced father. Journal of Family Relations. Vol 11(3): 290-296.  Gladow, N.W., & Ray, M.P. (1986). The impact of informal support systems being low income single parent on the well parent. Family relation, 35:113-123.  Gotlieb, B.H. (1983). Social support strategies: guideline for mental health practice. Beverly Hills, California. SAGE Publication, Inc.  Grzywacz, J.G., Almeida, D.M & McDonald, D.A. (2002). Work-family spillover and daily report of work and family stress in the adult labor force. Family Relations, 41, 28-36.  Jayaletchumi, M & Rohani, A. (2002). Keluarga dan keibubapaan. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Serdang: Selangor.  Layder, D. (1993). New strategies in social research. Cambridge, Polity Press.  Reiss, J.A. (1980). Family system in America. New York: Free Press.  Wallerstein, J.S., Blakeslee, S. & Lewis, J.M. (2001). The unexpected legacy of divorce: A 25-year landmark study. Concord, N.H: Hyperion Press.