SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
REFLEKSI KEJOHANAN MINI OLAHRAGA
Oleh :
Siti Noor Farhanis Binti Idris
910401-03-5400
Syukur ke hadrat Yang Esa kerana dengan izin-Nya dapat saya dan rakan-
rakan yang lain menyempurnakan tugasan projek kami dalam matapelajaran WAJ
3112, iaitu Kokurikulum Olahragayang diamanahkan dengan jayanya pada hari
Rabu, 20 Mac 2013 yang dikelolakan oleh PISMP Prasekolah dan Matematik
ambilan Januari 2011. Tugasan projek kelolaan kedua-dua kelas tersebut
merupakan Kejohanan Mini Olahraga yang melibatkan semua guru pelatih semester
lima Institut Pendidikan Guru Perempuan Melayu, Melaka (IPG KPM), sama ada
bertindak sebagai peserta kejohanan mahupun pegawai teknik semasa kejohanan
yang telah berlangsung selama empat jam.
Sepanjang program ini dijalankan, saya memperoleh banyak ilmu baharu,
terutamanya mengenai peraturan-peraturan tertentu sepanjang kejohanan
berlangsung ekoran berlaku beberapa kesulitan dari segi pengelolaan. Antara input
baharu yang saya peroleh ialah mengenai tugas antara pegawai-pegawai teknikal
keohanan sepanjang kejohanan berlangsung. Contohnya hakim pelepas yang perlu
merujuk koordinator pelepas dan penolong pelepas sebelum memulakan sesuatu
acara pertandingan. Malah sebelum itu, koordinator pelepas juga perlu memastikan
bahawa hakim balapan, penjaga masa, dan pegawai lain bersedia sebelum memberi
isyarat kepada pelepas. Perkara yang saya pelajari ialah setiap pegawai perlu saling
berhubung agar tidak berlaku salah faham yang boleh menyusahkan peserta
pertandingan dan menimbulkan rasa tidak puas hati daripada pelbagai pihak.
Saya turut memperoleh pengalaman melalui peluang untuk membuat bantahan
berikutan terdapat kesalahan yang dilakukan oleh pihak pengelola sendiri sebagai
pegawai yang bertugas. Saya berpeluang mempelajari cara untuk berhubung
dengan pihak tertentu mengenai bantahan yang ingin dilakukan walaupun bantahan
yang dibuat tidak diendahkan oleh pihak pengelola. Malah secara tidak langsung,
kesulitan tersebut mengajar saya untuk lebih bersabar menghadapi pelbagai karenah
manusia di sekeliling, terutamanya sebagai seorang bakal guru murid bermasalah
pembelajaran di aliran Pendidikan Khas kelak.
Kekuatan yang terdapat dalam projek yang kali ini ialah dapat memberi
peluang kepada semua guru pelatih bagi mempelajari ilmu kepegawaian dan
olahraga secarapraktikal selepas melalui kursus dan Peperiksaan Pegawai Teknik
Kejohanan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) baru-baru ini. Pengetahuan yang
diperoleh sepanjang menjadi Pegawai Teknik Kejohanan ini juga dapat membantu
guru pelatih melakukan amali kelak sekiranya memperole keputusan lulus dalam
peperiksaan KOAM yang dilalui pada hujung minggu lepas. Di samping itu, projek ini
juga turut mendedahkan kepada guru pelatih mengenai peraturan yang terdapat
dalam acara olahraga secara lebih praktikal ekoran guru pelatih bukan sahaja
bertindak sebagai pegawai, malah turut menjadi peserta dalam kejohanan.
Kekuatan saya dari segi penglibatan sebagai peserta Kejohanan Mini Olahraga
pula ialah mempunyai pengalaman dalam menyertai beberapa acara dalam olahraga
sejak dari sekolah rendah.Pengalaman sedia ada memudahkan penglibatan saya
sebagai peserta acara lompat jauhekoran mengetahui peraturan yang terdapat
dalam acara ini. Namun berikutan sudah lama tidak melibatkan diri dalam acara
lompat jauh ini berbanding acara lompat kijang, saya hanya berjaya memperoleh
tempat ketiga daripada 10 orang peserta.
Walau bagaimanapun, projek yang dikelolakan oleh rakan daripada unit lain
buat julung-julung kali ini masih terdapat beberapa kelemahan yang tidak dapat
dielakkan berikutan kami semua masih dalam proses pembelajaran. Antaranya ialah
mengenai spesifikasi pembahagian tugas yang kurang efektif dalam kalangan guru
pelatih yang bertindak sebagai Pegawai Teknik Kejohanan kali ini. Hal ini berikutan
berlaku beberapa kesulitan sepanjang projek ini dilangsungkan. Salah satu
daripadanya ialah pegawai teknik yang membatalkan penyertaan pasukan semasa
pertandingan dijalankan. Sewajarnya, pasukan tersebut diberi peluang bertanding
dalam bantahan sehingga tamat acara yang dipertandingkan. Malah salah faham
antara hakim balapan, penjaga masa, dan pelepas turut menjejaskan prestasi larian
peserta acara 100 meter wanita ekoran terpaksa mengulangi larian mereka sebelum
cukup waktu rehat yang sepatutnya, iaitu 45 minit bagi acara 200 meter ke bawah.
Manakala kelemahan yang ada pada diri sayadan rakan yang lain pula ialah
tidak dapat menguruskan emosi dengan baik sehingga menyebabkan kekecohan
berlaku sewaktu kejohanan dilangsungkan. Perkara ini jelas dan disaksikan
beberapa pensyarah yang hadir semasa acara lari berganti-ganti 400 meter dan
acara 100 meter wanita. Terdapat guru pelatih yang bertikam lidah berikutan
terdapat terlalu banyak kesilapan dari segi pengelolaan pegawai yang bertugas.
Malah kesilapan yang dilakukan mereka tampak jelas apabila tidak terdapat seorang
pegawai pun yang membawa buku peraturan KOAM untuk pemudahcara sekiranya
berlaku bantahan dan kesulitan-kesulitan lain semasa mengelolakan sesuatu
kejohanan yang melibatkan banyak pihak.
Sehubungan daripada itu, saya mendapati perihal pihak pengelolaan ini
merupakan satu ancaman bagi peserta pertandingan dan pegawai teknik daripada
kelas lain ekoran kecuaian mereka dari segi pengelolaan bukan sahaja mengganggu
daya fizikal, malah turut melibatkan emosi dan perasaan yang boleh menyebabkan
pertelingkahan berlaku. Oleh itu, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, pengelola
harus mentelaah undang-undang yang terdapat dalam buku Peraturan KOAM
terlebih dahulu sebelum menganjurkan projek besar seperti ini. Ancaman lain yang
saya dapati daripada projek Kejohanan Mini Olahraga ini ialah mengenai peruntukan
masa yang kurang efektif dalam kalangan para pengelola. Hal ini kerana kami
dimaklumkan bahawa projek yang akan dilaksanakan hanya memakan masa selama
dua jam dan perkara sebenar berlaku ialah selama empat jam. Pengurusan masa ini
mengakibatkan masa pengajaran dan pembelajaran bagi subjek lain terpaksa
ditunda dan diganti pada hari yang lain.
Pada pandangan saya bagi proses penambahbaikan, pihak pengelola
sepatutnya lebih peka mengenai spesifikasi tugas bagi setiap pegawai teknik agar
tidak berlaku salah faham dan sebagainya yang boleh membawa kesan negatif
kepada pihak lain.Pihak pengelola perlu bijak menyusun dan memilih senarai
pegawai yang bertugas semasa kejohanan berlangsung agar setiap pegawai yang
dipih mahir dalam bidang masing-masing. Contohnya meletakkan Wan Nor Farhana
binti Megat Haron sebagai referi berikutan sudah memiliki sijik Pegawai Teknik
Kejohanan dan mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan kejohanan di
beberapa tempat yang berbeza.
Selain itu, peruntukan masa bagi sesuatu majlis atau program besar seperti ini
memerlukan latihan atau raptai penuh agar peruntukan masa yang dibuat mencukupi
atau hanya melebihi beberapa minit seperti yang dijangkakan. Hal ini penting bagi
memastikan perjalanan majlis yang dianjurkan berjalan dengan lancar tanpa
rungutan daripada pihak lain yang turut serta dalam program tersebut. Malah
peruntukan masa yang salah dan melebihi masa yang sepatutnya juga akan
menjejaskan program lain yang akan berlangsung sejurus selepas itu. Maka hal ini
jelas menyusahkan banyak pihak selain pihak penganjur sendiri.
Secara keseluruhannya, projek ini sangat sesuai dilaksanakan dalam kalangan
guru pelatih ekoran banyak ilmu yang diperoleh sepanjang mengelola dan menjadi
peserta dalam projek yang dikelolakan ini. Di samping itu, guru pelatih juga
berpeluang untuk mendalami ilmu teori yang dipelajari di dalam kelas secara
praktikal semasa kejohanan berlangsung. Konklusinya, projek sebegini perlu
dijalankan lebih kerap dalam kalangan guru pelatihagar ilmu yang diperoleh dapat
diaplikasikan segera dan lebih kerap untuk memahirkan pengetahuan sedia ada.
Malah projek ini turut memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan
gaya hidup yang sihat melalui aktiviti sukan dan senaman dengan cara yang betul.
Justeru itu, saya berharap agar segala yang saya pelajari sepanjang
menyiapkan tugasan projek kaliini dapat membantu saya membentuk jati diri saya
untuk menjadi seorang guru yang mempunyai ciri-ciri guru yang serba boleh dan
disenangi oleh semua pihak. Melalui pengalaman menyempurnakan tugasan ini,
saya juga berharap agar mampu melatih diri saya untuk menjadi seorang guru yang
berfikiran kreatif, kritis, kritikal dan berdaya saing bagi membimbing serta menjadi
role model kepada anak didik kelak.

More Related Content

What's hot

Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)cikgutika
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Azlinda Abdullah
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualNor Hamizah Sahari
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasNurhaliza Hamid
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananFaFai S.
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruAhmad Fahmi
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulumHayati Mustaffa
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)Rafiza Diy
 
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysiaTakrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysiaDorma Jn
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 

What's hot (20)

Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
 
Set induksi
Set induksiSet induksi
Set induksi
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysiaTakrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 

Viewers also liked

Asgmt Kokurikulum (Berkumpulan)
Asgmt Kokurikulum (Berkumpulan)Asgmt Kokurikulum (Berkumpulan)
Asgmt Kokurikulum (Berkumpulan)oneeazua
 
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahLaporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahAzmie Trip
 
Contoh Laporan Sukan Tahunan
Contoh Laporan Sukan TahunanContoh Laporan Sukan Tahunan
Contoh Laporan Sukan Tahunanafiz123
 
Laporan olahraga
Laporan olahragaLaporan olahraga
Laporan olahragaRamli Baba
 
Minit mesyuarat kejohanan sukan tahunan sekolah
Minit mesyuarat  kejohanan sukan tahunan sekolahMinit mesyuarat  kejohanan sukan tahunan sekolah
Minit mesyuarat kejohanan sukan tahunan sekolahSharfina Fina
 
Surat panggil meeting mss1 2010
Surat  panggil meeting mss1 2010Surat  panggil meeting mss1 2010
Surat panggil meeting mss1 2010M Parikh Bustaman
 
Minit mesyuarat KOKUM 2015
Minit mesyuarat KOKUM 2015Minit mesyuarat KOKUM 2015
Minit mesyuarat KOKUM 2015Haikal Kasin
 
Pamplet sukan
Pamplet sukanPamplet sukan
Pamplet sukanwosr
 
Kertas kerja.olahraga 2014
Kertas kerja.olahraga 2014Kertas kerja.olahraga 2014
Kertas kerja.olahraga 2014Lanz Zailan
 
Kertas kerja Olahraga
Kertas kerja OlahragaKertas kerja Olahraga
Kertas kerja OlahragaMalaysia
 
Kertas kerja gerko 1
Kertas kerja gerko 1Kertas kerja gerko 1
Kertas kerja gerko 1Adilah Kadir
 
Laporan sukaneka sainmatik 2013
Laporan sukaneka sainmatik 2013Laporan sukaneka sainmatik 2013
Laporan sukaneka sainmatik 2013Anne Fyward
 
Kertas kerja merentas desa 2013
Kertas kerja merentas desa 2013Kertas kerja merentas desa 2013
Kertas kerja merentas desa 2013PPD HULU SELANGOR
 
Dokumentasi sukan tahunan 2015
Dokumentasi sukan tahunan 2015Dokumentasi sukan tahunan 2015
Dokumentasi sukan tahunan 2015Aidil Sahipaludin
 
Kertas kerja jom hidup sihat
Kertas kerja jom hidup sihatKertas kerja jom hidup sihat
Kertas kerja jom hidup sihatMuhd Tarmizi
 

Viewers also liked (20)

Asgmt Kokurikulum (Berkumpulan)
Asgmt Kokurikulum (Berkumpulan)Asgmt Kokurikulum (Berkumpulan)
Asgmt Kokurikulum (Berkumpulan)
 
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahLaporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
 
Contoh Laporan Sukan Tahunan
Contoh Laporan Sukan TahunanContoh Laporan Sukan Tahunan
Contoh Laporan Sukan Tahunan
 
Laporan olahraga
Laporan olahragaLaporan olahraga
Laporan olahraga
 
Minit mesyuarat kejohanan sukan tahunan sekolah
Minit mesyuarat  kejohanan sukan tahunan sekolahMinit mesyuarat  kejohanan sukan tahunan sekolah
Minit mesyuarat kejohanan sukan tahunan sekolah
 
Surat panggil meeting mss1 2010
Surat  panggil meeting mss1 2010Surat  panggil meeting mss1 2010
Surat panggil meeting mss1 2010
 
Minit mesyuarat KOKUM 2015
Minit mesyuarat KOKUM 2015Minit mesyuarat KOKUM 2015
Minit mesyuarat KOKUM 2015
 
Pamplet sukan
Pamplet sukanPamplet sukan
Pamplet sukan
 
Aktiviti
AktivitiAktiviti
Aktiviti
 
Kertas kerja.olahraga 2014
Kertas kerja.olahraga 2014Kertas kerja.olahraga 2014
Kertas kerja.olahraga 2014
 
Kertas kerja Olahraga
Kertas kerja OlahragaKertas kerja Olahraga
Kertas kerja Olahraga
 
Kertas kerja gerko 1
Kertas kerja gerko 1Kertas kerja gerko 1
Kertas kerja gerko 1
 
Laporan sukaneka sainmatik 2013
Laporan sukaneka sainmatik 2013Laporan sukaneka sainmatik 2013
Laporan sukaneka sainmatik 2013
 
Minit mesyuarat sukan 2 2012
Minit mesyuarat sukan 2 2012Minit mesyuarat sukan 2 2012
Minit mesyuarat sukan 2 2012
 
Teori thorndike
Teori thorndikeTeori thorndike
Teori thorndike
 
Kertas kerja merentas desa 2013
Kertas kerja merentas desa 2013Kertas kerja merentas desa 2013
Kertas kerja merentas desa 2013
 
Pengurusan Surat Kerajaan
Pengurusan Surat KerajaanPengurusan Surat Kerajaan
Pengurusan Surat Kerajaan
 
Dokumentasi sukan tahunan 2015
Dokumentasi sukan tahunan 2015Dokumentasi sukan tahunan 2015
Dokumentasi sukan tahunan 2015
 
Format minit mesyuarat
Format minit mesyuaratFormat minit mesyuarat
Format minit mesyuarat
 
Kertas kerja jom hidup sihat
Kertas kerja jom hidup sihatKertas kerja jom hidup sihat
Kertas kerja jom hidup sihat
 

Similar to Refleksi mini olahraga

Laporan hp 4
Laporan hp 4Laporan hp 4
Laporan hp 4salimomo
 
Laporan hp 4
Laporan hp 4Laporan hp 4
Laporan hp 4salimomo
 
Team building 3 (from good 2 great)
Team building 3 (from good 2 great)Team building 3 (from good 2 great)
Team building 3 (from good 2 great)AsiaCamp Sdn. Bhd
 
Bab VII Pengembangan Sumber Daya Manusia
Bab VII Pengembangan Sumber Daya ManusiaBab VII Pengembangan Sumber Daya Manusia
Bab VII Pengembangan Sumber Daya ManusiaHarniza Ulfa
 
Bab vii pengembangan sumber daya manusia
Bab vii pengembangan sumber daya manusiaBab vii pengembangan sumber daya manusia
Bab vii pengembangan sumber daya manusiaHarniza Ulfa
 
Laporan akhir hp kemahiran komunikasi
Laporan akhir hp kemahiran komunikasiLaporan akhir hp kemahiran komunikasi
Laporan akhir hp kemahiran komunikasiCt Safiyah
 
Kelompok 5 Pengembangan dan Pelatihan Karyawan
Kelompok 5 Pengembangan dan Pelatihan KaryawanKelompok 5 Pengembangan dan Pelatihan Karyawan
Kelompok 5 Pengembangan dan Pelatihan KaryawanMuhammad Rafi Putra Mulia
 
Refleksi big sem 5
Refleksi big sem 5Refleksi big sem 5
Refleksi big sem 5Mahat Othman
 
Pelatihan dan Pengembangan (Training and Development)
Pelatihan dan Pengembangan (Training and Development)Pelatihan dan Pengembangan (Training and Development)
Pelatihan dan Pengembangan (Training and Development)Naila Farhani Azka
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014muhammad
 
MENTORING FAIZAL ADRIANSYAH.pptx
MENTORING FAIZAL ADRIANSYAH.pptxMENTORING FAIZAL ADRIANSYAH.pptx
MENTORING FAIZAL ADRIANSYAH.pptxFAIZAL239398
 
Panduan test motor ability
Panduan test motor abilityPanduan test motor ability
Panduan test motor abilityArieAsnaldi
 
Laporan lengkap-projek-3
Laporan lengkap-projek-3Laporan lengkap-projek-3
Laporan lengkap-projek-3Nur Shah
 
Staff training
Staff trainingStaff training
Staff trainingselladurai
 
Standar pengembangan-kkg-mgmp (1)
Standar pengembangan-kkg-mgmp (1)Standar pengembangan-kkg-mgmp (1)
Standar pengembangan-kkg-mgmp (1)Pispian Rahman
 
Standar pengembangan-kkg-mgmp
Standar pengembangan-kkg-mgmpStandar pengembangan-kkg-mgmp
Standar pengembangan-kkg-mgmpErmayantiRachman1
 

Similar to Refleksi mini olahraga (20)

Laporan hp 4
Laporan hp 4Laporan hp 4
Laporan hp 4
 
Laporan hp 4
Laporan hp 4Laporan hp 4
Laporan hp 4
 
Jurnal kokurikulm
Jurnal kokurikulmJurnal kokurikulm
Jurnal kokurikulm
 
Team building 3 (from good 2 great)
Team building 3 (from good 2 great)Team building 3 (from good 2 great)
Team building 3 (from good 2 great)
 
Bab VII Pengembangan Sumber Daya Manusia
Bab VII Pengembangan Sumber Daya ManusiaBab VII Pengembangan Sumber Daya Manusia
Bab VII Pengembangan Sumber Daya Manusia
 
Bab vii pengembangan sumber daya manusia
Bab vii pengembangan sumber daya manusiaBab vii pengembangan sumber daya manusia
Bab vii pengembangan sumber daya manusia
 
Laporan akhir hp kemahiran komunikasi
Laporan akhir hp kemahiran komunikasiLaporan akhir hp kemahiran komunikasi
Laporan akhir hp kemahiran komunikasi
 
Training and development
Training and developmentTraining and development
Training and development
 
Kelompok 5 Pengembangan dan Pelatihan Karyawan
Kelompok 5 Pengembangan dan Pelatihan KaryawanKelompok 5 Pengembangan dan Pelatihan Karyawan
Kelompok 5 Pengembangan dan Pelatihan Karyawan
 
Refleksi big sem 5
Refleksi big sem 5Refleksi big sem 5
Refleksi big sem 5
 
Pelatihan dan Pengembangan (Training and Development)
Pelatihan dan Pengembangan (Training and Development)Pelatihan dan Pengembangan (Training and Development)
Pelatihan dan Pengembangan (Training and Development)
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014
 
MENTORING FAIZAL ADRIANSYAH.pptx
MENTORING FAIZAL ADRIANSYAH.pptxMENTORING FAIZAL ADRIANSYAH.pptx
MENTORING FAIZAL ADRIANSYAH.pptx
 
Panduan test motor ability
Panduan test motor abilityPanduan test motor ability
Panduan test motor ability
 
Laporan lengkap-projek-3
Laporan lengkap-projek-3Laporan lengkap-projek-3
Laporan lengkap-projek-3
 
Staff training
Staff trainingStaff training
Staff training
 
Refleksi group pj
Refleksi group pjRefleksi group pj
Refleksi group pj
 
Analisis Rekrutmen dan Seleksi Pegawai
Analisis Rekrutmen dan Seleksi PegawaiAnalisis Rekrutmen dan Seleksi Pegawai
Analisis Rekrutmen dan Seleksi Pegawai
 
Standar pengembangan-kkg-mgmp (1)
Standar pengembangan-kkg-mgmp (1)Standar pengembangan-kkg-mgmp (1)
Standar pengembangan-kkg-mgmp (1)
 
Standar pengembangan-kkg-mgmp
Standar pengembangan-kkg-mgmpStandar pengembangan-kkg-mgmp
Standar pengembangan-kkg-mgmp
 

Refleksi mini olahraga

  • 1. REFLEKSI KEJOHANAN MINI OLAHRAGA Oleh : Siti Noor Farhanis Binti Idris 910401-03-5400 Syukur ke hadrat Yang Esa kerana dengan izin-Nya dapat saya dan rakan- rakan yang lain menyempurnakan tugasan projek kami dalam matapelajaran WAJ 3112, iaitu Kokurikulum Olahragayang diamanahkan dengan jayanya pada hari Rabu, 20 Mac 2013 yang dikelolakan oleh PISMP Prasekolah dan Matematik ambilan Januari 2011. Tugasan projek kelolaan kedua-dua kelas tersebut merupakan Kejohanan Mini Olahraga yang melibatkan semua guru pelatih semester lima Institut Pendidikan Guru Perempuan Melayu, Melaka (IPG KPM), sama ada bertindak sebagai peserta kejohanan mahupun pegawai teknik semasa kejohanan yang telah berlangsung selama empat jam. Sepanjang program ini dijalankan, saya memperoleh banyak ilmu baharu, terutamanya mengenai peraturan-peraturan tertentu sepanjang kejohanan berlangsung ekoran berlaku beberapa kesulitan dari segi pengelolaan. Antara input baharu yang saya peroleh ialah mengenai tugas antara pegawai-pegawai teknikal keohanan sepanjang kejohanan berlangsung. Contohnya hakim pelepas yang perlu merujuk koordinator pelepas dan penolong pelepas sebelum memulakan sesuatu acara pertandingan. Malah sebelum itu, koordinator pelepas juga perlu memastikan bahawa hakim balapan, penjaga masa, dan pegawai lain bersedia sebelum memberi isyarat kepada pelepas. Perkara yang saya pelajari ialah setiap pegawai perlu saling berhubung agar tidak berlaku salah faham yang boleh menyusahkan peserta pertandingan dan menimbulkan rasa tidak puas hati daripada pelbagai pihak. Saya turut memperoleh pengalaman melalui peluang untuk membuat bantahan berikutan terdapat kesalahan yang dilakukan oleh pihak pengelola sendiri sebagai pegawai yang bertugas. Saya berpeluang mempelajari cara untuk berhubung dengan pihak tertentu mengenai bantahan yang ingin dilakukan walaupun bantahan yang dibuat tidak diendahkan oleh pihak pengelola. Malah secara tidak langsung, kesulitan tersebut mengajar saya untuk lebih bersabar menghadapi pelbagai karenah
  • 2. manusia di sekeliling, terutamanya sebagai seorang bakal guru murid bermasalah pembelajaran di aliran Pendidikan Khas kelak. Kekuatan yang terdapat dalam projek yang kali ini ialah dapat memberi peluang kepada semua guru pelatih bagi mempelajari ilmu kepegawaian dan olahraga secarapraktikal selepas melalui kursus dan Peperiksaan Pegawai Teknik Kejohanan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) baru-baru ini. Pengetahuan yang diperoleh sepanjang menjadi Pegawai Teknik Kejohanan ini juga dapat membantu guru pelatih melakukan amali kelak sekiranya memperole keputusan lulus dalam peperiksaan KOAM yang dilalui pada hujung minggu lepas. Di samping itu, projek ini juga turut mendedahkan kepada guru pelatih mengenai peraturan yang terdapat dalam acara olahraga secara lebih praktikal ekoran guru pelatih bukan sahaja bertindak sebagai pegawai, malah turut menjadi peserta dalam kejohanan. Kekuatan saya dari segi penglibatan sebagai peserta Kejohanan Mini Olahraga pula ialah mempunyai pengalaman dalam menyertai beberapa acara dalam olahraga sejak dari sekolah rendah.Pengalaman sedia ada memudahkan penglibatan saya sebagai peserta acara lompat jauhekoran mengetahui peraturan yang terdapat dalam acara ini. Namun berikutan sudah lama tidak melibatkan diri dalam acara lompat jauh ini berbanding acara lompat kijang, saya hanya berjaya memperoleh tempat ketiga daripada 10 orang peserta. Walau bagaimanapun, projek yang dikelolakan oleh rakan daripada unit lain buat julung-julung kali ini masih terdapat beberapa kelemahan yang tidak dapat dielakkan berikutan kami semua masih dalam proses pembelajaran. Antaranya ialah mengenai spesifikasi pembahagian tugas yang kurang efektif dalam kalangan guru pelatih yang bertindak sebagai Pegawai Teknik Kejohanan kali ini. Hal ini berikutan berlaku beberapa kesulitan sepanjang projek ini dilangsungkan. Salah satu daripadanya ialah pegawai teknik yang membatalkan penyertaan pasukan semasa pertandingan dijalankan. Sewajarnya, pasukan tersebut diberi peluang bertanding dalam bantahan sehingga tamat acara yang dipertandingkan. Malah salah faham antara hakim balapan, penjaga masa, dan pelepas turut menjejaskan prestasi larian peserta acara 100 meter wanita ekoran terpaksa mengulangi larian mereka sebelum cukup waktu rehat yang sepatutnya, iaitu 45 minit bagi acara 200 meter ke bawah.
  • 3. Manakala kelemahan yang ada pada diri sayadan rakan yang lain pula ialah tidak dapat menguruskan emosi dengan baik sehingga menyebabkan kekecohan berlaku sewaktu kejohanan dilangsungkan. Perkara ini jelas dan disaksikan beberapa pensyarah yang hadir semasa acara lari berganti-ganti 400 meter dan acara 100 meter wanita. Terdapat guru pelatih yang bertikam lidah berikutan terdapat terlalu banyak kesilapan dari segi pengelolaan pegawai yang bertugas. Malah kesilapan yang dilakukan mereka tampak jelas apabila tidak terdapat seorang pegawai pun yang membawa buku peraturan KOAM untuk pemudahcara sekiranya berlaku bantahan dan kesulitan-kesulitan lain semasa mengelolakan sesuatu kejohanan yang melibatkan banyak pihak. Sehubungan daripada itu, saya mendapati perihal pihak pengelolaan ini merupakan satu ancaman bagi peserta pertandingan dan pegawai teknik daripada kelas lain ekoran kecuaian mereka dari segi pengelolaan bukan sahaja mengganggu daya fizikal, malah turut melibatkan emosi dan perasaan yang boleh menyebabkan pertelingkahan berlaku. Oleh itu, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, pengelola harus mentelaah undang-undang yang terdapat dalam buku Peraturan KOAM terlebih dahulu sebelum menganjurkan projek besar seperti ini. Ancaman lain yang saya dapati daripada projek Kejohanan Mini Olahraga ini ialah mengenai peruntukan masa yang kurang efektif dalam kalangan para pengelola. Hal ini kerana kami dimaklumkan bahawa projek yang akan dilaksanakan hanya memakan masa selama dua jam dan perkara sebenar berlaku ialah selama empat jam. Pengurusan masa ini mengakibatkan masa pengajaran dan pembelajaran bagi subjek lain terpaksa ditunda dan diganti pada hari yang lain. Pada pandangan saya bagi proses penambahbaikan, pihak pengelola sepatutnya lebih peka mengenai spesifikasi tugas bagi setiap pegawai teknik agar tidak berlaku salah faham dan sebagainya yang boleh membawa kesan negatif kepada pihak lain.Pihak pengelola perlu bijak menyusun dan memilih senarai pegawai yang bertugas semasa kejohanan berlangsung agar setiap pegawai yang dipih mahir dalam bidang masing-masing. Contohnya meletakkan Wan Nor Farhana binti Megat Haron sebagai referi berikutan sudah memiliki sijik Pegawai Teknik Kejohanan dan mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan kejohanan di beberapa tempat yang berbeza.
  • 4. Selain itu, peruntukan masa bagi sesuatu majlis atau program besar seperti ini memerlukan latihan atau raptai penuh agar peruntukan masa yang dibuat mencukupi atau hanya melebihi beberapa minit seperti yang dijangkakan. Hal ini penting bagi memastikan perjalanan majlis yang dianjurkan berjalan dengan lancar tanpa rungutan daripada pihak lain yang turut serta dalam program tersebut. Malah peruntukan masa yang salah dan melebihi masa yang sepatutnya juga akan menjejaskan program lain yang akan berlangsung sejurus selepas itu. Maka hal ini jelas menyusahkan banyak pihak selain pihak penganjur sendiri. Secara keseluruhannya, projek ini sangat sesuai dilaksanakan dalam kalangan guru pelatih ekoran banyak ilmu yang diperoleh sepanjang mengelola dan menjadi peserta dalam projek yang dikelolakan ini. Di samping itu, guru pelatih juga berpeluang untuk mendalami ilmu teori yang dipelajari di dalam kelas secara praktikal semasa kejohanan berlangsung. Konklusinya, projek sebegini perlu dijalankan lebih kerap dalam kalangan guru pelatihagar ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan segera dan lebih kerap untuk memahirkan pengetahuan sedia ada. Malah projek ini turut memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti sukan dan senaman dengan cara yang betul. Justeru itu, saya berharap agar segala yang saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan projek kaliini dapat membantu saya membentuk jati diri saya untuk menjadi seorang guru yang mempunyai ciri-ciri guru yang serba boleh dan disenangi oleh semua pihak. Melalui pengalaman menyempurnakan tugasan ini, saya juga berharap agar mampu melatih diri saya untuk menjadi seorang guru yang berfikiran kreatif, kritis, kritikal dan berdaya saing bagi membimbing serta menjadi role model kepada anak didik kelak.