KONSEP PENILAIAN DAN PELAKSANAAN UJIAN SEKOLAH PADA SATUAN.pptx
Pentaksiran, pengujian & penilaian
1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA,
KAMPUS DARULAMAN,
06000 JITRA, KEDAH.
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
PENGUJIAN, PENTAKSIRAN
& PENILAIAN
DISEDIAKAN OLEH:
CHE NOORAINI NAWI
NUR FAZLILA JALALUDI
SITI NOR ADIBAS BINTI AB RAHMAN
3. Pengujian merupakan satu kaedah dalam
pengukuran dan dijalankan dengan cara yang
sistematik.
Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku
seseorang individu.
Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum,
semasa dan selepas sesuatu pengajaran
4. Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran
berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat.
Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.
Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian
diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian
ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh
pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap
P&P guru.
5. Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian
ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam
yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu
kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian
kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian
imlak bagi menguji kefahaman mendengar.
Ujian menjadi kurang baik jika pentadbir ujian
menggunakannya dan menginterpretasinya secara
tidak jujur. Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai
dengan perkara yang hendak diuji itu.
Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman
murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan
yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya
7. Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan
maklumat dan seterusnya membuat penghakiman
tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses
yang menentukan kuantiti atau takat pembelajaran
pelajar dan keberkesanan pengajaran guru.
Alat pengukuran yang digunakan guru mungkin
terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak,
inventori, atau sesuatu skala.
8. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-
i. Instrumen
ii. Kumpulan yang ditaksir
iii. Respon
iv. Kumpulan yang menaksir
v. Skor
9. Fungsi Pentaksiran
Mengesan hasil pembelajaran yang telah
diperoleh.
Mengesan jenis kemahiran yang diperoleh.
Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-
aspek pembelajaran yang lain.
Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran
yang dihadapi oleh pelajar.
11. Definisi & Konsep Penilaian
Penilaian adalah suatu proses mendapatkan
maklumat yang akan digunakan untuk membuat
pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam
membuat keputusan.
(Terry D. TenBrink
:1974)
Penilaian merupakan satu proses untuk
memperolehi maklumat kuantitatif.
Ia adalah satu proses bagi guru untuk
menentukan perubahan tingkah laku dan
12. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang
pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar
seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan
penghuraian kualitatif.
Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas
satu sesi pengajaran guru.
Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu
pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan
kurkulum.
13. Jenis Penilaian Bahasa
Terdapat 6 jenis penilaian bahasa, iaitu:
1) Ujian Formatif
2) Ujian Sumatif
3) Ujian Kefasihan
4) Ujian Kemajuan
5) Ujian Bakat
6) Ujian Pencapaian
14. Kepentingan Penilaian Ujian Di
Bilik Darjah
Penilaian dan ujian mempunyai beberapa
kepentingan. Antaranya ialah untuk:
Mengetahui keupayaan, kemahiran atau
pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-
pelajar dalam perkara yang hendak diajar.
Menolong guru-guru mengetahui sejauh
manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat
menguasai atau mempelajari perkara yang telah
disampaikan.
15. Membandingkan pencapaian seseorang pelajar
dengan teman-teman sekelasnya atau dengan
peringkat kelas yang sama di sekolah.
Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan
juga yang amat lemah dalam pencapaian
mereka.
16. Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan
dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa
dapat meningkatkan pengajaran mereka.
Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-
kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran
atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.