SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
1.0 Pengenalan




         Profesion perguruan adalah bidang yang memberi              perkhidmatan yang unik,
tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui
oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion perguruan
sahaja     yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada
masyarakat yang mana memberi kesan yang besar terhadap perkembangan
personaliti, mental dan fizikal setiap insan (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993).




         Profesion perguruan adalah salah satu profesion yang mencabar              dan amat
mendesak. Guru diharap mengetahui                serba   serbi    tingkah laku manusia dan
memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang pendidik yang
berkesan. Kesedaran seperti ini telah lama disuarakan sejak tahun 50an di mana di
samping mempunyai sifat-sifat diri yang sempurna, guru dikehendaki memainkan
pelbagai peranan.



         Sebagai    pentadbir    dan terapis     :   memikul     tanggungjawab pentadbiran :
menggunakan sumber komuniti dan melaksanakan tugas terapis : tanggungjawab
pentadbiran,       iaitu memilih teknik pengajaran yang sesuai             dengan keadaan,
berkomunikasi secara efektif, menegaskan kerja kumpulan, menghargai sumbangan
isi   kandungan kursus menginsafi nilai perasaan kekitaan dalam kumpulan (Mohd
Salleh Lebar, 1998).




         Guru pada masa kini seringkali diperbandingkan dengan guru sebelum
perang maksudnya sebelum merdeka.                Guru pada masa dahulu di       katakan amat
dedikasi dan komited terhadap tugasnya sebagai guru. Pada ketika itu, masyarakat
amat menyanjungi serta menerima kepimpinan mereka. Guru diibaratkan sebagai
golongan     yang    cerdik     pandai   serta    berkelulusan    tinggi disebabkan ketika itu
pegawai lain yang ada pada masa itu, kecil bilangannya. Kaum guru merupakan
sebilangan kelompok yang diiktiraf sebagai pemimpin di kampong-kampung. Dalam
situasi itu, guru dikatakan atau muncul sebagai pendidik kepada kanak-kanak,
pembimbing dan sebagai penasihat kepada masyarakat. Guru pada zaman dahulu juga
sanggup berhijrah dan merantau ke negeri lain untuk menyampaikan ilmu ke seluruh
negara (Omar, 1991).




        Selaras dengan perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh negara
dalam setiap bidang kerjaya, profesion perguruan juga tidak ketinggalan dalam
mengalami perubahan yang pesat dalam mengikut arus perubahan. Kerjaya yang
pada     suatu ketika      dahulu menjadi    sanjungan,   tetapi    kini   teIah   terhakis
kehormatannya lantaran tanggapan masyarakat dan pihak lain yang menilai kerjaya
guru seperti kerjaya lain.       Dalarn menjalankan tugas sebagai    pendidik, guru perlu
menjalankan berpuluh peranan lain sarna ada yang berkaitan dengan pendidikan
atau    sebaliknya.    Prestij   profesion perguruan amat rendah dan kurang mendapat
sambutan di mata masyarakat pada hari ini. Ini membayangkan betapa masyarakat
kurang       memberi    penghormatan      sewajarnya terhadap sumbangan guru dalam
masyarakat pada hari ini. Hal ini berlaku kerana pada hari ini terlalu banyak profesion
lain yang telah membayangi peranan seorang guru. Sejak kebelakangan ini, profesion
perguruan ditimpa pelbagai masalah dan perkara yang negatif. Media massa sering
mengeluarkan          kenyataan-kenyataan     yang    mengkritik profesion perguruan.
Terutamanya mengenai kes salah laku guru seperti mendera pelajar, mencabul pelajar,
ponteng kerja dan sebagainya.




        Cabaran era komunikasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan negara begitu
terasa. Ledakan teknologi maklumat dan kemajuan teknologi global serta kewujudan
arus perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam sistem pentadbiran negara,
menuntut konsep pendidikan mencorak ke arah yang bercirikan teknologi secara
saintifik.
Profesion perguruan juga merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh
kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera
penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana
rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan
pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai
sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni. Malangnya ketika kita
bersungguh-sungguh menyahut cabaran masa kini untuk merealisasikan aspirasi
negara, timbul pula pelbagai masalah dikalangan guru-guru.




       Berita guru memukul pelajar, mendera, mencabul dan merogol anak didik sendiri
sering berlaku dan menjadi topik media. Tidak kurang juga apabila ia menjadi bualan
hangat dikalangan masyarakat. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk
dijadikan tajuk utama bagi media massa. Dahulu, para pendidik mempunyai status yang
tinggi dalam hierarki hidup masyarakat tetapi sekarang tidak lagi. Adakah ini berpunca
dari sikap dan kelalaian guru itu sendiri atau berpuca daripada faktor-faktor lain.




       Pada 15 Disember 2005, seorang guru tuisyen, Patricia Barbara Shanta, 54
tahun telah ditahan kerana mendera pelajar dan menyebabkan kecederaan fizikal ke
atas pelajar tahun tiga. Sementara itu, seorang guru didakwa kerana telah menendang
pinggang seorang pelajar tahun enam sebanyak dua kali. Kejadian ini berlaku pada 2
April 2007 di salah sebuah sekolah di Sik, Kedah. Antara beberapa lagi kejadian yang
menunjukkan keganasan dilakukan oleh guru adalah apabila muka seorang pelajar
berusia dua belas tahun senget akibat ditampar seorang guru pada 11 Jun lalu. Pelajar
itu ditampar gara-gara ingin mengambil buku di dalam beg sebelum lewat menghadiri
penghimpunan.



       Di Sarawak, 18 Julai lalu, seorang guru wanita dikatakan ingin mendisiplinkan
para pelajarnya yang membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas dengan
merendam mereka beramai-ramai di dalam kolam. Guru tersebut yang juga merupakan
seorang warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan telah
mengambil keputusan untuk mendenda pelajar sedemikian akibat tidak tahan lagi
dengan sikap pelajar-pelajarnya yang tidak menjaga kebersihan tandas asrama
mereka.Sementara di Alor Setar pula, seorang guru perempuan didakwa memukul
seorang murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah dengan menggunakan pembersih
habuk plastik bertangkai besi kerana murid tersebut tidak membersihkan kelas pada
waktu rehat seperti yang ditetapkan dalam jadual tugasan harian dan baru-baru ini
negara digemparkan lagi dengan kes guru pukul murid tahun satu hingga mati pada 31
Mac 2012 yang lalu.




2.0 Faktor penyebab



      Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
Semenanjung Malaysia (KPPK), N. Sivasubramaniam, fenomena guru dera murid
berkesinambungan dengan beban tugas dan tanggungjawab berat yang terpaksa
dipikul oleh para guru dalam merealisasikan cita-cita kerajaan untuk mewujudkan
Malaysia sebagai sebah negara industri yang maju. Antara menyenaraikan beberapa
lagi faktor yang menyumbang terhadap dilema guru:

      Tidak ada motivasi dan insentif.
      Tugas dan sumbangan yang tidak diikhtiraf.
      Penempatan guru tidak mengikut pilihan dan keperluan sekolah.
      Gaji yang tidak setimpal.
      Tekanan oleh Pentadbir, Jabatan Pendidikan Negara (JPN), Pusat Pendidikan
      Daerah (PPD), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), masyarakat, parti politik
      dan agensi-agensi lain.
      Tiada perlindungan daripada ugutan dan serangan oleh ibu bapa, murid-murid
      dan masyarakat.
      Kemudahan asas sekolah yang tidak mencukupi atau tiada langsung.
Tugas-tugas tambahan selain daripada mengajar.
      Harapan terlalu tinggi oleh Pentadbir, PPD, JPN dan masyarakat terhadap guru.
      Status guru yang masih di tahap rendah berbanding Perkhidmatan Awam yang
      lain.
      Pilih kasih di kalangan Pengetua atau Guru Besar.
      Bilangan murid yang terlalu ramai.
      Keadaan kerja dan peluang kenaikan pangkat atau gaji yang lebih baik dan adil
      di sektor lain.
      Sikap tidak peduli di kalangan Pengetua, Guru Besar, Pegawai JPN dan PPD.
      Diminta mengajar mata pelajaran bukan pilihan.
      Bosan (Burn-out).
      Jawatan guru tidak mempunyai jadual kerja yang tetap.
      Para guru tidak dapat membuat keputusan atas hala tuju atau dasar sekolah.
      Penilaian prestasi yang tidak adil.
      Pencerapan oleh guru-guru muda.
      Terlalu banyak mesyuarat guru atau kursus.
      Kekurangan guru.
      Tiap-tiap pengarah mempunyai sasaran atau matlamat masing-masing. Para
      guru kerap mengalami kesukaran menyesuaikan diri menghadapi perubahan
      tersebut.




      Biasanya bukan sengaja guru ingin menimbulkan masalah, sudah tentu punca
segera datang daripada kenakalan atau kedegilan kanak-kanak itu sendiri. Bukan
semua murid itu baik dan patuh pada peraturan sekolah. Itulah naluri kanak-kanak yang
perlu kita fahami. Sememangnya kita tidak boleh memaafkan guru yang sudah dewasa
dan berfikiran matang terlibat dalam insiden itu, tetapi dalam sesetengah kes mereka
mungkin hilang pertimbangan. Pakar psikologi kanak-kanak dan remaja, Dr. Mohd.
Amin Shariff berpendapat segelintir guru yang berhadapan dengan masalah disiplin
mahupun masalah pencapaian akademik murid yang lemah, membuat penilaian
bahawa murid perlu dihukum sebagai peringatan, pengajaran dan kesedaran. Mungkin
guru tersebut termasuk dalam golongan yang yakin bahawa hukuman fizikal seperti
merotan dan mendera akan memberi manfaat.




      Tetapi akibat daripada tindakan fizikal itu, kecederaan hingga luka dan lebam
sudah tentu merisaukan ibu bapa. Mungkin guru berkenaan tidak berniat berbuat
demikian hingga perlu mendapatkan rawatan perubatan, tetapi jika emosi turut
memainkan peranan dalam menjalankan hukuman, biasanya kesan negatif yang
berlebihan sebegitu terjadi. Pada masa lalu memang banyak ibu bapa menyerahkan
tanggungjawab mendidik kepada guru. Jika guru menghukum murid, murid tidak berani
mengadu kepada ibu bapa sebab ibu bapa akan memihak kepada guru. Kini banyak ibu
bapa berpelajaran tinggi dan mengubah cara keibubapaan daripada penggunaan
kekerasan kepada psikologi. Cara kekerasan pada mereka adalah kuno dan kolot yang
tidak sesuai lagi pada zaman ini. Tetapi hakikatnya, bukanlah mudah untuk
meninggalkan cara kekerasan dalam mendidik pelajar. Sesungguhnya kebanyakan
guru menghendaki murid-muridnya mematuhi segala arahan sekolah, tetapi pada masa
yang sama ada segelintir guru yang enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh
kementerian . Ada segelintir guru menjatuhkan hukuman mengikut budi bicara sendiri.




      Menurut pakar pendidikan, Prof. Dr. Robiah Sidin, guru sekarang berdepan
dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai ditambah dengan pelbagai karenah. Ini
berbeza dengan murid yang diajar oleh rakan sejawat mereka sedekad dua yang lalu.
Ketika itu murid lebih patuh kepada guru dan wajar dicontohi . Prof. Dr. Robiah Sidin
berpendapat punca guru bertindak keterlaluan mungkin kerana menghadapi tekanan
jiwa akibat beban kerja yang terlalu banyak, tanggungjawab semakin berat dan tuntutan
masyarakat yang menggunung terhadap guru.
Ahli sosiologi UKM, Dr. Sarifa Zaleha Syed Hassan berpendapat punca guru
bertindak agak kasar mungkin kerana hilang kesabaran. Mungkin jika seorang murid
yang nakal dapat dikawal tetapi kalau terlalu ramai boleh menghilangkan kesabaran
guru. Guru juga manusia biasa jika terlalu tertekan, sesekali kesabaran tidak boleh
dikawal. Kaunselor Universiti Islam Antarabangsa, Asniza Mamat, menjelaskan salah
satu andaian punca guru bertindak ganas terhadap murid ialah guru itu sendiri tidak
berminat kepada profesion perguruan . Apabila tidak minat, bagaimana seseorang guru
itu hendak menyesuaikan diri dengan karenah murid. Sudah tentu mereka tidak punya
perasaan sabar. Mereka mudah rasa marah. Guru juga adalah manusia biasa yang
mempunyai emosi, kadangkala perasaan marahnya sampai ke tahap lupa bahawa dia
adalah guru dan berhadapan dengan anak orang lain.




      Sesetengah guru menghukum dengan tujuan untuk mendidik kerana kenakalan
murid berkenaan. Jangan salahkan guru sahaja kerana ibu bapa juga terlibat kerana
kurang menekankan pendidikan moral kepada anak masing-masing. Ada juga murid
yang berperangai baik di rumah tetapi nakal di sekolah. Kini kebanyakan guru yang
dikeluarkan dari maktab atau universiti bukan bercita-cita untuk menjadi guru
sebenarnya. Apabila bilangan guru amat berkurangan, kita terima sahaja golongan
yang sebenarnya tidak begitu sesuai menjadi guru. Mereka yang dilatih di maktab dan
universiti inilah ada yang bersifat negatif dan orang begini tidak sesuai sebagai guru.

Pendedahan kes guru mendera murid ada kebaikan untuk masyarakat menilai semula
peranan masing-masing dalam mencari penyelesaiannya. Gejala ini perlu dibendung
segera dan semua pihak terlibat.
3.0 Cadangan Penyelesaian




      Tokoh pendidikan, Tan Sri Prof. Dr. Awang Had Salleh mencadangkan agar
Jabatan Pendidikan Negeri mengenalpasti guru-guru yang menghadapi masalah
psikologi dan mengatasinya dengan segera. Beliau juga mencadangkan supaya
bengkel-bengkel diadakan bukan sahaja untuk menaikkan imej dan kualiti guru, tetapi
membantu mereka menghadapi situasi kerja yang semakin rumit serta mengendalikan
perasaan tertekan. Cara mengatasi guru ganas bukan sekadar menukar ke tempat lain
semata-mata. Guru-guru yang tidak berminat mengajar, lebih baik diambil tindakan
tegas dengan memberhentikan guru tersebut. Isu guru adalah masalah negara yang
perlu diberi perhatian dengan menaikkan taraf profesion dan peruntukan gaji yang
munasabah. Inilah masalah kualiti guru kesan daripada pengambilan yang bertujuan
hanya untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru. Seandainya, guru yang betul-
betul layak perlu diperolehi dengan kadar segera.




      Dr. Mohamed Awang turut mencadangkan untuk mengatasi masalah guru ganas
ialah menapis calon guru dari peringkat awal melalui ujian psikologi. Ujian ini berguna
untuk menguji kesesuaian seseorang sebagai guru. Guru perlu sedar bahawa pelajar
adalah manusia biasa yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh itu murid
patutlah mendapat layanan yang beradab. Dengan cara inilah boleh mendorong murid
memberi penghormatan yang setimpal dengan layanan yang diberikan oleh guru
kepada mereka. Sikap guru yang bengis dan garang hanya menakutkan murid untuk ke
sekolah.




      Justeru itu, guru sewajarnya sentiasa menghayati dan mengamalkan Tatasusila
Profesion Penguruan. Guru perlu mengelakkan diri daripada nafsu marah dan jauhkan
daripada membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu seperti
yang digariskan dalam buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan
Guru. Menurut Presiden Persatuan Penguam Muslim, Zaitoon Datuk Othman, terdapat
beberapa peruntukan undang-undang Kanun Keseksaan telah menyedia dan
menetapkan prosedur dan tindakan terhadap mereka yang mencederakan. Mulai dari
Seksyen     319   ia   menyentuh   pelbagai   perundangan   terhadap   mereka   yang
mencederakan. Antara seksyen yang menarik ialah peruntukan di bawah Seksyen 320
iaitu cedera parah; Seksyen 321 - dengan sengaja menyebabkan cedera dan Seksyen
322 - dengan sengaja menyebabkan cedera parah.




         Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa terdapat peruntukan di bawah
Seksyen 350 iaitu kekerasan jenayah yang menetapkan bahawa barang siapa dengan
sengaja menggunakan kekerasan kepada seorang lain dengan tidak kerelaan, maka ia
telah melakukan atau dikatakan telah menggunakan kekerasan jenayah. Sebagai
contoh dalam Kanun Keseksaan, misalan, jika seorang guru besar telah menjalankan
budi bicaranya dengan munasabah sebagai guru sebat seorang pelajar, maka guru
tersebut tidak menggunakan kekerasan jenayah kepada pelajarnya kerana guru itu
bermaksud hendak menyebabkan ketakutan dan kegusaran, ia tidak menggunakan
kekerasan dengan menyalahi udang-undang.




         Bagaimanapun, jika murid berkenaan mengalami kecederaan yang teruk akibat
dipukul oleh guru berkenaan, maka ibu bapa dinasihatkan membawa anaknya
berjumpa dengan doktor di hospital kerajaan untuk tujuan rawatan dan laporan
kesihatan. Ini harus disusuli dengan laporan polis. Dalam konteks tindakan undang-
undang, ibu bapa boleh mengambil tindakan prosedur undang-undang jenayah
(criminal offence) ataupun sivil di bawah Undang-undang Tort. Di bawah prosedur
Undang-undang Tort, tindakan yang dibawa oleh ibu bapa sebagai plaintif boleh
menuntut pampasan bagi pihak anaknya daripada guru yang memukul di mahkamah
sivil.
4.0 Rumusan




       Berita segelintir guru memukul murid sering menjadi bahan berita sensasi pihak
media tetapi apabila pihak media dan masyarakat bersimpati dengan mereka, kereta
mereka pula yang dirosakkan oleh pelajar-pelajar. Jelas sekali gurulah yang lebih rela
memikul tanggungjawab mendisiplin lantas menghadapi pelbagai risiko keganasan
pelajar. Layaknya mereka disanjung atas kesudian mereka bukan dikutuk sebagai
pendera.




       Justeru itu, semua pihak termasuk ibu bapa dan media perlulah bersikap lebih
adil dan rasional apabila berdepan dengan kes guru memukul anak mereka. Tidak ada
seorang guru pun yang mahu memukul muridnya sesuka hati tanpa sebarang sebab.
Guru adalah pendidik dan berpendidikan. Mereka tahu kesan jika mereka memukul
murid. Dalam prinsip dan garis panduan pertama ditegaskan status guru hendaklah
sejajar dengan keperluan pendidikan seperti yang dinilai dalam konteks objektif dan
tujuan pendidikan semasa. Dalam hal ini perlu diterima kahikat bahawa status profesion
perguruan dan pengiktirafan masyarakat terhadap profesion itu adalah unsur terpenting
menentukan keupayaan untuk merealisasikan tujuan dan objektif pendidikan.




       Sebaliknya ibu bapa harus sedar bahawa tugas guru bukan sekadar memberi
ilmu   pengetahuan   dan   mendidik.   Lebih   dari   itu,   mereka   bertanggungjawab
mendisiplinkan para pelajar, satu proses pembudayaan yang jarang diterima pelajar
sewaktu di rumah.
REFLEKSI



        Tugasan Asas Kepimpinan ini sangat mencabar untuk disiapkan. Ini adalah
kerana tugasan ini memerlukan saya untuk menghuraikan isu – isu yang berkaitan
dengan pendidikan. Saya telah memilih isu guru dera murid hasil daripada pencarian
melalui internet dan buku – buku ilmiah. Isu guru dera murid ini sangat mendapat
perhatian ramai kerana isu ini melibatkan amalan pendidik secara keseluruhannya dan
akan mendatangkan pelbagai kesan negatif sekiranya tidak ditangani dengan baik.



        Secara keseluruhannya, semasa proses menyiapkan tugasan banyak bacaan
telah dibuat daripada sumber – sumber ilmiah. Antaranya ialah daripada jurnal, artikel
dan laporan berita oleh surat khabar tempatan. Oleh kerana terdapat pelbagai pendapat
berbeza mengenai isu guru dera murid maka saya perlu merujuk kepada sumber yang
boleh digunakan sebagai rujukan berbanding sumber daripada internet seperti di dalam
blog.



        Tugasan ini telah memberi makna yang sangat mendalam kepada saya untuk
lebih memahami cabaran guru pada masa akan datang. Cabaran guru semakin hari
semakin mencabar, justeru itu setiap guru harus menyediakan diri dengan pelbagai ilmu
dan kemahiran agar dapat memenuhi kriteria sebagai guru yang baik. Tugasan ini
sangat membantu saya dalam menyediakan ilmu dalam diri untuk menjadi guru yang
baik.



        Saya berharap tugasan seperti ini dapat diperbanyakkan lagi pada masa akan
datang. Hal ini kerana segala pengetahuan yang saya perolehi semasa menghasilkan
tugasan ini dapat digunakan semasa di sekolah nanti.
RUJUKAN




Azman Anuar. (1995, September). Murid Takut Guru Ganas. Massa, p. 50.

Dr. Hussein Ahmad. (1998, April 20). Guru Perlu Pengiktirafan Komuniti. Berita Harian.

Idlan Rabihah Zakaria, P.C, How dan Alene Jeyakumar. (1998, June 19). Respect Us!
… And We'll Respect You. New Straits Times.

Kamarrudin Jusoh. (1997, April 5). Keluhan Bekas Guru Disiplin. Massa.

Norhayati Hashim. (1998, Julai). Disiplin Bukan Boleh Dipaksa, Mastika, p. 18.

N. Sivasubramaniam. (1995, Oktober 19). Rintihan Guru Siapa Peduli? Massa, p. 56.

Sukhvinder Kaur. (1995, September 30). Guru Boleh Didakwa. Massa, p. 53.

Syuhada Choo Abdullah. (1996, September 2). Ibu Bapa , Guru Perlu Saling
Memahami. Berita Harian.

More Related Content

What's hot

EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)Stephanie Unsil
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruAhmad NazRi
 
Rendahnya kualitas guru ppt.docx
Rendahnya kualitas guru ppt.docxRendahnya kualitas guru ppt.docx
Rendahnya kualitas guru ppt.docxikasaputri
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridIzzat Najmi
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniBazrol
 
Presentation KPS Pengurusan Pelbagai Budaya
Presentation KPS Pengurusan Pelbagai BudayaPresentation KPS Pengurusan Pelbagai Budaya
Presentation KPS Pengurusan Pelbagai Budayalyne_nee
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARFazHani Faz
 
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write up
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write upKepelbagaian pelajar dalam etnik write up
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write upRadziah Mokhtar
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaImplikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaPensil Dan Pemadam
 
permasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikropermasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikromuhammadsucahyo
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaKulanz Salleh
 
Makalah permasalahan pendidikan di indonesia dan solusinya
Makalah permasalahan pendidikan di  indonesia dan solusinyaMakalah permasalahan pendidikan di  indonesia dan solusinya
Makalah permasalahan pendidikan di indonesia dan solusinyaSeptian Muna Barakati
 

What's hot (20)

Assignment edu 2
Assignment edu 2Assignment edu 2
Assignment edu 2
 
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
EDU 3106 Budaya & Pembelajaran (SEMESTER 5)
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guru
 
Rendahnya kualitas guru ppt.docx
Rendahnya kualitas guru ppt.docxRendahnya kualitas guru ppt.docx
Rendahnya kualitas guru ppt.docx
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
Makalah permasalan guru dan solusinya
Makalah permasalan guru dan solusinyaMakalah permasalan guru dan solusinya
Makalah permasalan guru dan solusinya
 
Presentation KPS Pengurusan Pelbagai Budaya
Presentation KPS Pengurusan Pelbagai BudayaPresentation KPS Pengurusan Pelbagai Budaya
Presentation KPS Pengurusan Pelbagai Budaya
 
Tugas pip rini
Tugas pip riniTugas pip rini
Tugas pip rini
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
 
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write up
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write upKepelbagaian pelajar dalam etnik write up
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write up
 
Tas
TasTas
Tas
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaImplikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
 
permasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikropermasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikro
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Edu 3093 (1)
Edu 3093 (1) Edu 3093 (1)
Edu 3093 (1)
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
 
Makalah permasalahan pendidikan di indonesia
Makalah permasalahan pendidikan di indonesiaMakalah permasalahan pendidikan di indonesia
Makalah permasalahan pendidikan di indonesia
 
Makalah permasalahan pendidikan di indonesia dan solusinya
Makalah permasalahan pendidikan di  indonesia dan solusinyaMakalah permasalahan pendidikan di  indonesia dan solusinya
Makalah permasalahan pendidikan di indonesia dan solusinya
 

Viewers also liked

ilmu pendidikan
ilmu pendidikanilmu pendidikan
ilmu pendidikanWidia Wati
 
6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme Guru6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme GuruArthur Jupong
 
Masalah pelajar bising
Masalah pelajar bisingMasalah pelajar bising
Masalah pelajar bisingAhmad Lili
 
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...Nor Rani Othman
 
Masalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjahMasalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjahfiro HAR
 
Pendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harianPendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harianRicky Ong
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011jabatan perpaduan
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 

Viewers also liked (14)

cadangan-penyelidikan
cadangan-penyelidikancadangan-penyelidikan
cadangan-penyelidikan
 
hukuman rotan
hukuman rotanhukuman rotan
hukuman rotan
 
Tugasan asyraf
Tugasan asyrafTugasan asyraf
Tugasan asyraf
 
ilmu pendidikan
ilmu pendidikanilmu pendidikan
ilmu pendidikan
 
Tugasan moral (sabrina)
Tugasan moral (sabrina)Tugasan moral (sabrina)
Tugasan moral (sabrina)
 
6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme Guru6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme Guru
 
Masalah pelajar bising
Masalah pelajar bisingMasalah pelajar bising
Masalah pelajar bising
 
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
 
Masalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjahMasalah disiplin dalam bilik darjah
Masalah disiplin dalam bilik darjah
 
Pendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harianPendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harian
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Perancangan Strategik
Perancangan StrategikPerancangan Strategik
Perancangan Strategik
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 

Similar to Tugasan azhari

GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAFazHani Faz
 
Kod etika profesionalisme (1)
Kod etika profesionalisme (1)Kod etika profesionalisme (1)
Kod etika profesionalisme (1)Yusri Mohd Yusof
 
Guru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanGuru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanNina Rahayu
 
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayatEsei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayatIkhram Johari
 
Ujung tombak smk
Ujung tombak smkUjung tombak smk
Ujung tombak smkRAHMANU AJ
 
Guru berkarakter
Guru berkarakterGuru berkarakter
Guru berkaraktertotok aris
 
Makalah profesi kependidikan di indonesia
Makalah profesi kependidikan di indonesiaMakalah profesi kependidikan di indonesia
Makalah profesi kependidikan di indonesiaSeptian Muna Barakati
 
Emosi guru edu 3093 brehhhh
Emosi guru edu 3093 brehhhhEmosi guru edu 3093 brehhhh
Emosi guru edu 3093 brehhhhawangyie
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosialaishahwan
 
Supervisi pendidikan
Supervisi pendidikanSupervisi pendidikan
Supervisi pendidikanTika Adhitya
 
Peran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengahPeran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengahIg Fandy Jayanto
 
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentperanan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentNorzamzila Baba
 

Similar to Tugasan azhari (20)

GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
 
Kod etika profesionalisme (1)
Kod etika profesionalisme (1)Kod etika profesionalisme (1)
Kod etika profesionalisme (1)
 
Peran dan fungsi guru
Peran dan fungsi guruPeran dan fungsi guru
Peran dan fungsi guru
 
Guru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanGuru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikan
 
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayatEsei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
 
Uas lpp
Uas lppUas lpp
Uas lpp
 
Task
TaskTask
Task
 
Sahsiah guru
Sahsiah guruSahsiah guru
Sahsiah guru
 
Ujung tombak smk
Ujung tombak smkUjung tombak smk
Ujung tombak smk
 
Guru berkarakter
Guru berkarakterGuru berkarakter
Guru berkarakter
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Makalah profesi kependidikan di indonesia
Makalah profesi kependidikan di indonesiaMakalah profesi kependidikan di indonesia
Makalah profesi kependidikan di indonesia
 
Emosi guru edu 3093 brehhhh
Emosi guru edu 3093 brehhhhEmosi guru edu 3093 brehhhh
Emosi guru edu 3093 brehhhh
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosial
 
Supervisi pendidikan
Supervisi pendidikanSupervisi pendidikan
Supervisi pendidikan
 
Peran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengahPeran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengah
 
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentperanan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
 
Guru sebagai agen perubahan(masyarakat)
Guru sebagai agen perubahan(masyarakat)Guru sebagai agen perubahan(masyarakat)
Guru sebagai agen perubahan(masyarakat)
 
Bahagian c ulasan
Bahagian  c ulasanBahagian  c ulasan
Bahagian c ulasan
 
Isi-Isu Perguruan.pptx
Isi-Isu Perguruan.pptxIsi-Isu Perguruan.pptx
Isi-Isu Perguruan.pptx
 

Tugasan azhari

  • 1. 1.0 Pengenalan Profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang unik, tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion perguruan sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat yang mana memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap insan (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993). Profesion perguruan adalah salah satu profesion yang mencabar dan amat mendesak. Guru diharap mengetahui serba serbi tingkah laku manusia dan memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang pendidik yang berkesan. Kesedaran seperti ini telah lama disuarakan sejak tahun 50an di mana di samping mempunyai sifat-sifat diri yang sempurna, guru dikehendaki memainkan pelbagai peranan. Sebagai pentadbir dan terapis : memikul tanggungjawab pentadbiran : menggunakan sumber komuniti dan melaksanakan tugas terapis : tanggungjawab pentadbiran, iaitu memilih teknik pengajaran yang sesuai dengan keadaan, berkomunikasi secara efektif, menegaskan kerja kumpulan, menghargai sumbangan isi kandungan kursus menginsafi nilai perasaan kekitaan dalam kumpulan (Mohd Salleh Lebar, 1998). Guru pada masa kini seringkali diperbandingkan dengan guru sebelum perang maksudnya sebelum merdeka. Guru pada masa dahulu di katakan amat dedikasi dan komited terhadap tugasnya sebagai guru. Pada ketika itu, masyarakat amat menyanjungi serta menerima kepimpinan mereka. Guru diibaratkan sebagai golongan yang cerdik pandai serta berkelulusan tinggi disebabkan ketika itu
  • 2. pegawai lain yang ada pada masa itu, kecil bilangannya. Kaum guru merupakan sebilangan kelompok yang diiktiraf sebagai pemimpin di kampong-kampung. Dalam situasi itu, guru dikatakan atau muncul sebagai pendidik kepada kanak-kanak, pembimbing dan sebagai penasihat kepada masyarakat. Guru pada zaman dahulu juga sanggup berhijrah dan merantau ke negeri lain untuk menyampaikan ilmu ke seluruh negara (Omar, 1991). Selaras dengan perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh negara dalam setiap bidang kerjaya, profesion perguruan juga tidak ketinggalan dalam mengalami perubahan yang pesat dalam mengikut arus perubahan. Kerjaya yang pada suatu ketika dahulu menjadi sanjungan, tetapi kini teIah terhakis kehormatannya lantaran tanggapan masyarakat dan pihak lain yang menilai kerjaya guru seperti kerjaya lain. Dalarn menjalankan tugas sebagai pendidik, guru perlu menjalankan berpuluh peranan lain sarna ada yang berkaitan dengan pendidikan atau sebaliknya. Prestij profesion perguruan amat rendah dan kurang mendapat sambutan di mata masyarakat pada hari ini. Ini membayangkan betapa masyarakat kurang memberi penghormatan sewajarnya terhadap sumbangan guru dalam masyarakat pada hari ini. Hal ini berlaku kerana pada hari ini terlalu banyak profesion lain yang telah membayangi peranan seorang guru. Sejak kebelakangan ini, profesion perguruan ditimpa pelbagai masalah dan perkara yang negatif. Media massa sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengkritik profesion perguruan. Terutamanya mengenai kes salah laku guru seperti mendera pelajar, mencabul pelajar, ponteng kerja dan sebagainya. Cabaran era komunikasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan negara begitu terasa. Ledakan teknologi maklumat dan kemajuan teknologi global serta kewujudan arus perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam sistem pentadbiran negara, menuntut konsep pendidikan mencorak ke arah yang bercirikan teknologi secara saintifik.
  • 3. Profesion perguruan juga merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni. Malangnya ketika kita bersungguh-sungguh menyahut cabaran masa kini untuk merealisasikan aspirasi negara, timbul pula pelbagai masalah dikalangan guru-guru. Berita guru memukul pelajar, mendera, mencabul dan merogol anak didik sendiri sering berlaku dan menjadi topik media. Tidak kurang juga apabila ia menjadi bualan hangat dikalangan masyarakat. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media massa. Dahulu, para pendidik mempunyai status yang tinggi dalam hierarki hidup masyarakat tetapi sekarang tidak lagi. Adakah ini berpunca dari sikap dan kelalaian guru itu sendiri atau berpuca daripada faktor-faktor lain. Pada 15 Disember 2005, seorang guru tuisyen, Patricia Barbara Shanta, 54 tahun telah ditahan kerana mendera pelajar dan menyebabkan kecederaan fizikal ke atas pelajar tahun tiga. Sementara itu, seorang guru didakwa kerana telah menendang pinggang seorang pelajar tahun enam sebanyak dua kali. Kejadian ini berlaku pada 2 April 2007 di salah sebuah sekolah di Sik, Kedah. Antara beberapa lagi kejadian yang menunjukkan keganasan dilakukan oleh guru adalah apabila muka seorang pelajar berusia dua belas tahun senget akibat ditampar seorang guru pada 11 Jun lalu. Pelajar itu ditampar gara-gara ingin mengambil buku di dalam beg sebelum lewat menghadiri penghimpunan. Di Sarawak, 18 Julai lalu, seorang guru wanita dikatakan ingin mendisiplinkan para pelajarnya yang membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas dengan
  • 4. merendam mereka beramai-ramai di dalam kolam. Guru tersebut yang juga merupakan seorang warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan telah mengambil keputusan untuk mendenda pelajar sedemikian akibat tidak tahan lagi dengan sikap pelajar-pelajarnya yang tidak menjaga kebersihan tandas asrama mereka.Sementara di Alor Setar pula, seorang guru perempuan didakwa memukul seorang murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah dengan menggunakan pembersih habuk plastik bertangkai besi kerana murid tersebut tidak membersihkan kelas pada waktu rehat seperti yang ditetapkan dalam jadual tugasan harian dan baru-baru ini negara digemparkan lagi dengan kes guru pukul murid tahun satu hingga mati pada 31 Mac 2012 yang lalu. 2.0 Faktor penyebab Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (KPPK), N. Sivasubramaniam, fenomena guru dera murid berkesinambungan dengan beban tugas dan tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul oleh para guru dalam merealisasikan cita-cita kerajaan untuk mewujudkan Malaysia sebagai sebah negara industri yang maju. Antara menyenaraikan beberapa lagi faktor yang menyumbang terhadap dilema guru: Tidak ada motivasi dan insentif. Tugas dan sumbangan yang tidak diikhtiraf. Penempatan guru tidak mengikut pilihan dan keperluan sekolah. Gaji yang tidak setimpal. Tekanan oleh Pentadbir, Jabatan Pendidikan Negara (JPN), Pusat Pendidikan Daerah (PPD), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), masyarakat, parti politik dan agensi-agensi lain. Tiada perlindungan daripada ugutan dan serangan oleh ibu bapa, murid-murid dan masyarakat. Kemudahan asas sekolah yang tidak mencukupi atau tiada langsung.
  • 5. Tugas-tugas tambahan selain daripada mengajar. Harapan terlalu tinggi oleh Pentadbir, PPD, JPN dan masyarakat terhadap guru. Status guru yang masih di tahap rendah berbanding Perkhidmatan Awam yang lain. Pilih kasih di kalangan Pengetua atau Guru Besar. Bilangan murid yang terlalu ramai. Keadaan kerja dan peluang kenaikan pangkat atau gaji yang lebih baik dan adil di sektor lain. Sikap tidak peduli di kalangan Pengetua, Guru Besar, Pegawai JPN dan PPD. Diminta mengajar mata pelajaran bukan pilihan. Bosan (Burn-out). Jawatan guru tidak mempunyai jadual kerja yang tetap. Para guru tidak dapat membuat keputusan atas hala tuju atau dasar sekolah. Penilaian prestasi yang tidak adil. Pencerapan oleh guru-guru muda. Terlalu banyak mesyuarat guru atau kursus. Kekurangan guru. Tiap-tiap pengarah mempunyai sasaran atau matlamat masing-masing. Para guru kerap mengalami kesukaran menyesuaikan diri menghadapi perubahan tersebut. Biasanya bukan sengaja guru ingin menimbulkan masalah, sudah tentu punca segera datang daripada kenakalan atau kedegilan kanak-kanak itu sendiri. Bukan semua murid itu baik dan patuh pada peraturan sekolah. Itulah naluri kanak-kanak yang perlu kita fahami. Sememangnya kita tidak boleh memaafkan guru yang sudah dewasa dan berfikiran matang terlibat dalam insiden itu, tetapi dalam sesetengah kes mereka mungkin hilang pertimbangan. Pakar psikologi kanak-kanak dan remaja, Dr. Mohd. Amin Shariff berpendapat segelintir guru yang berhadapan dengan masalah disiplin mahupun masalah pencapaian akademik murid yang lemah, membuat penilaian bahawa murid perlu dihukum sebagai peringatan, pengajaran dan kesedaran. Mungkin
  • 6. guru tersebut termasuk dalam golongan yang yakin bahawa hukuman fizikal seperti merotan dan mendera akan memberi manfaat. Tetapi akibat daripada tindakan fizikal itu, kecederaan hingga luka dan lebam sudah tentu merisaukan ibu bapa. Mungkin guru berkenaan tidak berniat berbuat demikian hingga perlu mendapatkan rawatan perubatan, tetapi jika emosi turut memainkan peranan dalam menjalankan hukuman, biasanya kesan negatif yang berlebihan sebegitu terjadi. Pada masa lalu memang banyak ibu bapa menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada guru. Jika guru menghukum murid, murid tidak berani mengadu kepada ibu bapa sebab ibu bapa akan memihak kepada guru. Kini banyak ibu bapa berpelajaran tinggi dan mengubah cara keibubapaan daripada penggunaan kekerasan kepada psikologi. Cara kekerasan pada mereka adalah kuno dan kolot yang tidak sesuai lagi pada zaman ini. Tetapi hakikatnya, bukanlah mudah untuk meninggalkan cara kekerasan dalam mendidik pelajar. Sesungguhnya kebanyakan guru menghendaki murid-muridnya mematuhi segala arahan sekolah, tetapi pada masa yang sama ada segelintir guru yang enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kementerian . Ada segelintir guru menjatuhkan hukuman mengikut budi bicara sendiri. Menurut pakar pendidikan, Prof. Dr. Robiah Sidin, guru sekarang berdepan dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai ditambah dengan pelbagai karenah. Ini berbeza dengan murid yang diajar oleh rakan sejawat mereka sedekad dua yang lalu. Ketika itu murid lebih patuh kepada guru dan wajar dicontohi . Prof. Dr. Robiah Sidin berpendapat punca guru bertindak keterlaluan mungkin kerana menghadapi tekanan jiwa akibat beban kerja yang terlalu banyak, tanggungjawab semakin berat dan tuntutan masyarakat yang menggunung terhadap guru.
  • 7. Ahli sosiologi UKM, Dr. Sarifa Zaleha Syed Hassan berpendapat punca guru bertindak agak kasar mungkin kerana hilang kesabaran. Mungkin jika seorang murid yang nakal dapat dikawal tetapi kalau terlalu ramai boleh menghilangkan kesabaran guru. Guru juga manusia biasa jika terlalu tertekan, sesekali kesabaran tidak boleh dikawal. Kaunselor Universiti Islam Antarabangsa, Asniza Mamat, menjelaskan salah satu andaian punca guru bertindak ganas terhadap murid ialah guru itu sendiri tidak berminat kepada profesion perguruan . Apabila tidak minat, bagaimana seseorang guru itu hendak menyesuaikan diri dengan karenah murid. Sudah tentu mereka tidak punya perasaan sabar. Mereka mudah rasa marah. Guru juga adalah manusia biasa yang mempunyai emosi, kadangkala perasaan marahnya sampai ke tahap lupa bahawa dia adalah guru dan berhadapan dengan anak orang lain. Sesetengah guru menghukum dengan tujuan untuk mendidik kerana kenakalan murid berkenaan. Jangan salahkan guru sahaja kerana ibu bapa juga terlibat kerana kurang menekankan pendidikan moral kepada anak masing-masing. Ada juga murid yang berperangai baik di rumah tetapi nakal di sekolah. Kini kebanyakan guru yang dikeluarkan dari maktab atau universiti bukan bercita-cita untuk menjadi guru sebenarnya. Apabila bilangan guru amat berkurangan, kita terima sahaja golongan yang sebenarnya tidak begitu sesuai menjadi guru. Mereka yang dilatih di maktab dan universiti inilah ada yang bersifat negatif dan orang begini tidak sesuai sebagai guru. Pendedahan kes guru mendera murid ada kebaikan untuk masyarakat menilai semula peranan masing-masing dalam mencari penyelesaiannya. Gejala ini perlu dibendung segera dan semua pihak terlibat.
  • 8. 3.0 Cadangan Penyelesaian Tokoh pendidikan, Tan Sri Prof. Dr. Awang Had Salleh mencadangkan agar Jabatan Pendidikan Negeri mengenalpasti guru-guru yang menghadapi masalah psikologi dan mengatasinya dengan segera. Beliau juga mencadangkan supaya bengkel-bengkel diadakan bukan sahaja untuk menaikkan imej dan kualiti guru, tetapi membantu mereka menghadapi situasi kerja yang semakin rumit serta mengendalikan perasaan tertekan. Cara mengatasi guru ganas bukan sekadar menukar ke tempat lain semata-mata. Guru-guru yang tidak berminat mengajar, lebih baik diambil tindakan tegas dengan memberhentikan guru tersebut. Isu guru adalah masalah negara yang perlu diberi perhatian dengan menaikkan taraf profesion dan peruntukan gaji yang munasabah. Inilah masalah kualiti guru kesan daripada pengambilan yang bertujuan hanya untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru. Seandainya, guru yang betul- betul layak perlu diperolehi dengan kadar segera. Dr. Mohamed Awang turut mencadangkan untuk mengatasi masalah guru ganas ialah menapis calon guru dari peringkat awal melalui ujian psikologi. Ujian ini berguna untuk menguji kesesuaian seseorang sebagai guru. Guru perlu sedar bahawa pelajar adalah manusia biasa yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh itu murid patutlah mendapat layanan yang beradab. Dengan cara inilah boleh mendorong murid memberi penghormatan yang setimpal dengan layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Sikap guru yang bengis dan garang hanya menakutkan murid untuk ke sekolah. Justeru itu, guru sewajarnya sentiasa menghayati dan mengamalkan Tatasusila Profesion Penguruan. Guru perlu mengelakkan diri daripada nafsu marah dan jauhkan daripada membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu seperti
  • 9. yang digariskan dalam buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru. Menurut Presiden Persatuan Penguam Muslim, Zaitoon Datuk Othman, terdapat beberapa peruntukan undang-undang Kanun Keseksaan telah menyedia dan menetapkan prosedur dan tindakan terhadap mereka yang mencederakan. Mulai dari Seksyen 319 ia menyentuh pelbagai perundangan terhadap mereka yang mencederakan. Antara seksyen yang menarik ialah peruntukan di bawah Seksyen 320 iaitu cedera parah; Seksyen 321 - dengan sengaja menyebabkan cedera dan Seksyen 322 - dengan sengaja menyebabkan cedera parah. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa terdapat peruntukan di bawah Seksyen 350 iaitu kekerasan jenayah yang menetapkan bahawa barang siapa dengan sengaja menggunakan kekerasan kepada seorang lain dengan tidak kerelaan, maka ia telah melakukan atau dikatakan telah menggunakan kekerasan jenayah. Sebagai contoh dalam Kanun Keseksaan, misalan, jika seorang guru besar telah menjalankan budi bicaranya dengan munasabah sebagai guru sebat seorang pelajar, maka guru tersebut tidak menggunakan kekerasan jenayah kepada pelajarnya kerana guru itu bermaksud hendak menyebabkan ketakutan dan kegusaran, ia tidak menggunakan kekerasan dengan menyalahi udang-undang. Bagaimanapun, jika murid berkenaan mengalami kecederaan yang teruk akibat dipukul oleh guru berkenaan, maka ibu bapa dinasihatkan membawa anaknya berjumpa dengan doktor di hospital kerajaan untuk tujuan rawatan dan laporan kesihatan. Ini harus disusuli dengan laporan polis. Dalam konteks tindakan undang- undang, ibu bapa boleh mengambil tindakan prosedur undang-undang jenayah (criminal offence) ataupun sivil di bawah Undang-undang Tort. Di bawah prosedur Undang-undang Tort, tindakan yang dibawa oleh ibu bapa sebagai plaintif boleh menuntut pampasan bagi pihak anaknya daripada guru yang memukul di mahkamah sivil.
  • 10. 4.0 Rumusan Berita segelintir guru memukul murid sering menjadi bahan berita sensasi pihak media tetapi apabila pihak media dan masyarakat bersimpati dengan mereka, kereta mereka pula yang dirosakkan oleh pelajar-pelajar. Jelas sekali gurulah yang lebih rela memikul tanggungjawab mendisiplin lantas menghadapi pelbagai risiko keganasan pelajar. Layaknya mereka disanjung atas kesudian mereka bukan dikutuk sebagai pendera. Justeru itu, semua pihak termasuk ibu bapa dan media perlulah bersikap lebih adil dan rasional apabila berdepan dengan kes guru memukul anak mereka. Tidak ada seorang guru pun yang mahu memukul muridnya sesuka hati tanpa sebarang sebab. Guru adalah pendidik dan berpendidikan. Mereka tahu kesan jika mereka memukul murid. Dalam prinsip dan garis panduan pertama ditegaskan status guru hendaklah sejajar dengan keperluan pendidikan seperti yang dinilai dalam konteks objektif dan tujuan pendidikan semasa. Dalam hal ini perlu diterima kahikat bahawa status profesion perguruan dan pengiktirafan masyarakat terhadap profesion itu adalah unsur terpenting menentukan keupayaan untuk merealisasikan tujuan dan objektif pendidikan. Sebaliknya ibu bapa harus sedar bahawa tugas guru bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan dan mendidik. Lebih dari itu, mereka bertanggungjawab mendisiplinkan para pelajar, satu proses pembudayaan yang jarang diterima pelajar sewaktu di rumah.
  • 11. REFLEKSI Tugasan Asas Kepimpinan ini sangat mencabar untuk disiapkan. Ini adalah kerana tugasan ini memerlukan saya untuk menghuraikan isu – isu yang berkaitan dengan pendidikan. Saya telah memilih isu guru dera murid hasil daripada pencarian melalui internet dan buku – buku ilmiah. Isu guru dera murid ini sangat mendapat perhatian ramai kerana isu ini melibatkan amalan pendidik secara keseluruhannya dan akan mendatangkan pelbagai kesan negatif sekiranya tidak ditangani dengan baik. Secara keseluruhannya, semasa proses menyiapkan tugasan banyak bacaan telah dibuat daripada sumber – sumber ilmiah. Antaranya ialah daripada jurnal, artikel dan laporan berita oleh surat khabar tempatan. Oleh kerana terdapat pelbagai pendapat berbeza mengenai isu guru dera murid maka saya perlu merujuk kepada sumber yang boleh digunakan sebagai rujukan berbanding sumber daripada internet seperti di dalam blog. Tugasan ini telah memberi makna yang sangat mendalam kepada saya untuk lebih memahami cabaran guru pada masa akan datang. Cabaran guru semakin hari semakin mencabar, justeru itu setiap guru harus menyediakan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran agar dapat memenuhi kriteria sebagai guru yang baik. Tugasan ini sangat membantu saya dalam menyediakan ilmu dalam diri untuk menjadi guru yang baik. Saya berharap tugasan seperti ini dapat diperbanyakkan lagi pada masa akan datang. Hal ini kerana segala pengetahuan yang saya perolehi semasa menghasilkan tugasan ini dapat digunakan semasa di sekolah nanti.
  • 12. RUJUKAN Azman Anuar. (1995, September). Murid Takut Guru Ganas. Massa, p. 50. Dr. Hussein Ahmad. (1998, April 20). Guru Perlu Pengiktirafan Komuniti. Berita Harian. Idlan Rabihah Zakaria, P.C, How dan Alene Jeyakumar. (1998, June 19). Respect Us! … And We'll Respect You. New Straits Times. Kamarrudin Jusoh. (1997, April 5). Keluhan Bekas Guru Disiplin. Massa. Norhayati Hashim. (1998, Julai). Disiplin Bukan Boleh Dipaksa, Mastika, p. 18. N. Sivasubramaniam. (1995, Oktober 19). Rintihan Guru Siapa Peduli? Massa, p. 56. Sukhvinder Kaur. (1995, September 30). Guru Boleh Didakwa. Massa, p. 53. Syuhada Choo Abdullah. (1996, September 2). Ibu Bapa , Guru Perlu Saling Memahami. Berita Harian.