Dokumen ini membahasikan tentang sunnah dan bid'ah dalam amalan seharian umat Islam. Ia menjelaskan definisi sunnah dan bid'ah, pandangan ulama terhadap bid'ah, sebab-sebab timbulnya bid'ah, dan cara mengatasinya. Dokumen ini juga membincangkan tentang bulan Muharram, termasuk beberapa hadis berkaitan dengannya, serta bid'ah dukacita kaum Rafidah dan bid'ah sukacita kaum Nashibah pada hari Asyura
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Slide sunnah dan bid ah
1. 8. Sunnah dan Bid’ah: Realiti
Dalam Amalan Seharian Umat Islam
Wan Nurul Wahidah Binti Wan Lanang
(D20111049117)
Suliyanie Binti Che Nordin
(D20111049047)
Nurfarhana Binti Hassan
(D20111049050)
2. PENDAHULUAN
Sunnah dan Bid’ah merupakan dua perkara atau
amalan yang berbeza. Sunnah merupakan
sesuatu yang terpuji dan diredhai oleh Allah SWT
manakala bid’ah merupakan amalan yang hanya
diwujudkan oleh manusia atas pemahaman
tersendiri. Bid’ah dilihat sebagai amalan yang
bertentangan dengan sunnah yang telah
mempengaruhi amalan seharian umat Islam.
Pelbagai bid’ah yang diwujudkan oleh manusia
yang tidak berpengatahuan tinggi yang mana
boleh menyebabkan rosaknya akidah kaum
Muslimin.
3. Pengertian Sunnah
• Sunnah berasal daripada perkataan Arab,
jamaknya sunan.
• Antara maksudnya ialah al-tariqah (jalan), alsirah (perjalanan) atau sejarah hidup
seseorang sama ada baik atau jahat. (Dalam
Al-Muqri, al-Fayyumi, Ahmad ibn Muhammad
ibn ‘Ali, t.th. Al-Misbah al-Munir. (Tahqiq: ‘Abd
al-’Azim al-Shanawi) . Misr: Dar al-Ma’arif)
4. • Dalam Mu’jam al-Alfaz wa al-A’lam al-Qur’aniyyah,
sunnah bermaksud jalan, peraturan dan garis
panduan yang diikuti.
• Al-Sunnah menurut bahasa ialah jalan yg terpuji atau
tercela berdasarkan Hadīth riwayat Muslim:
“Barangsiapa yang mencontohkan dalam Islam
sunnah yang baik, maka bagi dia pahalanya dan
pahala orang yang mengamalkannya.
Barangsiapa yang mencontohkan sunnah yang
buruk, maka atasnya dosa dan dosa orang yang
mengerjakannya.” (HR. Muslim)
5. • Menurut ahli fiqh, Sunnah ialah 'salah satu hukum
syariat' –sesuatu yang dianjur untuk dilakukan
• Sunnah adalah kata lawan kepada wajib.
• Menurut para ahli usul fiqh, Sunnah adalah apa yang
diriwayatkan dari Nabi saw., sama ada dari segi
ucapan, perbuatan, atau pengakuannya.
• Makna sunnah yang lain iaitu “apa yang disunnahkan
dan disyariatkan oleh Rasulullah saw. untuk umatnya
lawan kepada apa yang direka oleh para pembuat
bid'ah setelah masa Rasulullah saw.”
6. • Sunnah juga merupakan lawan kepada bidaah.
• Rasulullah saw. berucap dalam khutbahnya,
"Sesungguhnya sebaik-baik pembicaraan
adalah Kitab Allah, dan sebaik-baik petunjuk
adalah petunjuk Muhammad. Seburuk-buruk
perkara adalah perbuatan bid'ah, dan setiap
bid'ah adalah sesat.”
7. Bidaah
• Dari segi bahasa: kata nama daripada
perkataan perkataan al-’ibtida’ (mengadakan)
= irtifa’ (mengangkat).
• Bidaah juga membawa maksud mengurangkan
atau menambah perkara-perkara agama (alFayyumi,t.th:38)
8. • Perkara yang dilakukan itu berlainan dengan
perintah syarak dan dalilnya yang khas atau
am. (Dalam Al-Haytami, Abu al-’Abbas Ahmad
ibn Muhammad ibn ‘Ali ibn Hajar, 1407
H/19887 M. Al-Zawahir ‘an Iqtiraf al-Kaba’ir. 2
juzuk. T.t.: Dar al-Fikr.
• Bidaah yang ditegah adalah yang menyalahi
sunnah. (Dalam Al-Kahdahlawi, Muhammad
Zakariyya ibn Muhammad Yahya ibn Isma’il,
1400 H/ 1980 M. Awjaz al-Masalik ila
Muwatta’ Malik. 15 Juzuk. Beirut: Dar al-Fikr.
9. • Bid`ah pada pengertian syarak adalah sesuatu
yang diada-adakan oleh manusia, baik berupa
ucapan maupun perbuatan dalam masalah
agama dan rukun-rukunnya yang tidak diambil
dari Rasul SAW atau sahabat.
• Al-Syatibi mengatakan bahawa bid‘ah iaitu
jalan yang direka di dalam agama, yang
menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya
untuk berlebihan dalam beribadah kepada
Allah SWT.
10. Pandangan ulama mengenai bidaah
• Terdapat ulama yang membahagi bid'ah
kepada dua jenis:
i.
bid'ah hasanah (bid'ah yang baik)
dan
ii.
bid'ah sayyi'ah (bid'ah yang buruk')
• Bid’ah menurut Imam al-Shatiby:
i.
Bid’ah Hakiki
ii.
Bid’ah Idhofy
11. Menurut ‘Izz al-Din al-Salami, dalam bukunya Qawa’id al-Ahkam
fi Masalih al-Anam, bidaah itu tebahagi kepada 5:
• Bidaah wajibah, contohnya menumpukan kepada ilmu nahu
kerana ia boleh memahami Al-Quran dan Sunnah.
• Bidaah Mahramah, (bidaah yang haram dilakukan). contohnya
mazhab al-Qadariyyah dan al-Jabariyyah, melagukan Al-Quran
sehingga mengubah makna dan lafaz.
• Bidaah mandubah, (bidaah yang dianjurkan )contohnya
mengadakan sekolah, jambatan dan perkara-perkara yang
mendatangkan kebaikan yang tidak ada pada zaman
Rasulullah.
• Bidaah makruhah, contohnya mencantikkan masjid,
mengindahkan atau membuat lukisan di masahif.
• Bidaah mubahah(bidaah yang boleh dilakukan), contohnya
berjabat tangan selepas solat Subuh dan Asar, membanyakkan
benda-benda enak dalam makanan, pakaian, tempat tinggal,
dan meluaskan baju.
12. • Menurut al-Qaradawi, jika seseorang yang berusaha
seboleh mungkin mencontohi seluruh perilaku
Rasulullah saw hingga pada masalah-masalah yang
tidak berkaitan dengan tuntunan agama karena
dorongan kecintaannya yang tinggi terhadap
Rasulullah saw., ia juga suatu tindakan yang terpuji,
meskipun hal itu tidak dianjurkan oleh agama.
• Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi,
“Sebahagian orang menyangka bahwa seluruh apa
yang dilakukan oleh Rasulullah saw. adalah sunnah.
Padahal, para ulama berkata bahwa perbuatanperbuatan Nabi saw. yang termasuk sebagai sunnah
hanyalah perbuatan yang ditunjukkan oleh baginda
sebagai perbuatan ibadah.”
13. • Bid'ah adalah cara berlebihan dalam
beribadah kepada Allah SWT.
• Melakukan hal itu dengan tujuan untuk
berlebih-lebihan dalam bertaqarrub kepada
Allah SWT.
• Dalam masalah beribadah, harus melengkapi
dua hal:
•
i.
niat (hanya semata untuk Allah SWT)
dan
•
ii.
mutaba'ah iaitu 'beribadah dengan
mengikuti cara yang diajarkan oleh
Al-Qur'an dan Rasulullah saw.'.
14. Al-Nawawi berkata: “Perkara-perkara baru itu
dua bentuk:
• Pertama; perkara baru yang menyalahi alQur’an dan al-Sunnah atau athar atau
ijma’, maka ini merupakan kesesatan.
• Kedua; perkara baru yang baik, tiada khilaf
dalam kalangan ulama dalam perkara ini,
maka ini merupakan perkara baru
yang tidak dicela”. Ia juga dipegang oleh
Imam al-Syafi’i.
15. Sebab-sebab timbulnya bidaah
• Jahil (Bidaah amat mudah membiak dalam satu
masyarakat yang jahil , pemimpin yang jahil dan
ulama yang beku dan kaku . Masyarakat ada
sebahagiannya yang gemar membicarakan
masalah agama yang tidak difahaminya .
Tindakan memperkatakan urusan-urusan agama
tanpa ilmu adalah satu kesesatan dan
menyesatkan orang.)
• Jahil dalam bahasa Arab, sunnah, ibadah dan
mengikut hawa nafsu.
16. • Taqlid buta kepada guru:
sikap bertaqlid buta akan menyebabkan
matinya roh ijtihad. Apabila berlakunya
pertembungan antara fatwa guru dengan alQuran dan al-Sunnah , fatwa gurulah yang
diutamakan kerana guru dianggap serba tahu ,
keramat dan maksum . Jika dikaji , tidak ada
imam-imam mujtahidin yang mewajibkan orang
bermazhab kepada mereka . Sikap bertaqlid
buta kepada guru-guru dan kitab-kitab tertentu
adalah menjadi penyakit kepada umat dan
menjadi punca lahirnya bidaah
17. Sebab-sebab bidaah membiak dalam
kalangan masyarakat Melayu
• Mengikuti amalan orang yang alim yang dianggap
benar.
• Adat tradisi sebelum kedatangan Islam masih
dilakukan sebagai amalan agama-wanita
mengandung (melenggang perut), perkahwinan
(tepung tawar). Perbuatan mendiamkan diri
seperti membenarkan perbuataan bidaah.
• Perasaan cintakan kedudukan-mencipta
wirid, amalan zikir dan doa kepada anak
muridnya sedangkan mereka bukan ahli
18. Cara Mengatasi
1. Berpegang teguh kepada al-Quran dan asSunnah.
firman ALLAH
“dan berpeganglah kamu semuanya kepada
tali(agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai
berai” (QS.ALI ‘Imran: 103)
- As-Sunnah adalah penerang al-Quran. Maka wajib
menjaga al-Quran berdasarkan dalil-dalil dan wajib
menjaga keterangannya iaitu as-Sunnah.
19. 2. Menerapkan sunnah dalam perilaku individu
mahupun masyarakat
- menerapkan apa yang manusia ketahui dari sunnah
Rasulullah pada perlakunya dalam pelbagai aspek.
- penerapan sunnah ini akan menjadikan bid’ah
sebagai perkara yang mungkar dalam masyarakat,
sekaligus menampakkan rupa dan penampilan
bid’ah yang buruk dan menunjukkan bahawa bid’ah
itu satu ancaman kepada Islam dan kaum Muslimin.
20. 3. Amar makruf nahi mungkar
- pada awalnya, bid’ah satu perkara yang kecil
lalu ianya semakin berkembang.
- bid’ah itu sesuai dengan hawa nafsu dan
syahwat manusia
- bid’ah membuat manusia terbebas dari
sebahagian tuntutan syari’at
- Allah mewajibkan amar makruf nahi mungkar
kepada semua secara kolektif
- Allah menjadikan amar makruf nahi mungkar
sebagai salah satu sifat kaum Mukminin dan
cirinya membezakan mereka dari umat yang lain
21. 4. Membasmi sebab-sebab munculnya bid’ah
- melarang orang awam berbicara tentang
masalah agama dan tidak menjadikan
pendapat mereka sebagai acuan
- membantah serangan yang dialamatkan
kepada Islam
- menghindari setiap tindakan yang
menyimpang dari batas-batas as-Sunnah
- menghindari aliran pemikiran dan keyakinan
yang tidak diperlukan oleh seorang Muslim
22. BULAN MUHARRAM
• TERDAPAT TIGA PEMBAHASAN, iaitu
1. BEBERAPA ATSAR YANG BERKAITAN DENGAN
BULAN MUHARRAM
2. BID’AH DUKACITA YANG DILAKUKAN KAUM
RAFIDHAH
3. BID’AH SUKACITA YANG DILAKUKAN KAUM
NASHIBAH
23. 1. PEMBAHASAN PERTAMA
• Masa berputar sesuai dengan ketentuan yang
telah ditetapkan untuknya ketika Allah
menciptakan langit dan bumi
• Rasulullah SAW bersabda:
puasa yang paling utama setelah puasa Ramadhan
adalah puasa pada bulan Allah, Muharram dan solat
yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat
malam (tahajjud)
24. • Rasulullah SAW bersabda bahawa berpuasa
pada hari Asyura’ dan memerintah kaum
Muslimin agar berpuasa pada hari itu
• Hari Asyura’ bermaksud hari yang baik kerana
pada hari tersebutlah Allah menyelamatkan
Bani Isra’il dari musuh mereka, lalu Nabi Musa
pun berpuasa kerananya
• Hari Asyura’ juga dianggap sebagai hari raya
oleh orang Yahudi, maka Rasulullah SAW
bersabda: ‘berpuasalah kalian pada hari itu’
25. 2. PEMBAHASAN KEDUA
• Pada hari kesepuluh bulan Muharram atau
Asyura’, Allah memuliakan Husain bin Ali bin Abi
Thalib dengan mewakafkannya secara syahid
• Saudaranya, Hasan bin Ali menjadi pemimpin
kaum muda penghuni Syurga.
• Hasan dan Husain telah ditetapkan oleh Allah
akan meraih kedudukan yang tinggi
• Kedua-dua mereka telah syahid sebagai orang
yang teraniaya
• Allah telah menghina orang-orang yang telah
menzalimi dan menganiaya dirinya
26. • Peristiwa itu telah menyebabkan munculnya
kejahatan dalam kalangan manusia
• Golongan ini menjadikan hari Asyura’ sebagai
hari ratapan dan dukacita
• Dengan terbunuhnya Husain, syaitan
menciptakan dua bid’ah iaitu dukacita dan
ratapan dan kedua-duanya dilakukan pada
hari Asyura’
• Mereka digelar Syi’ah Rafidhah kerana
mencaci,melaknat dan mengkafirkan Abu
Bakar dan Umar
27. 3. PEMBAHASAN KETIGA
• Menjelaskan tentang golongan yang
bertentangan dengan Rafidhah yang menjadikan
hari Asyura’ sebagai hari sukacita
• Mereka ialah kaum Nashibah yang melawan
kedustaan, kerosakan, kejahatan dan bid’ah
dengan bid’ah pula
• Mereka membuat bid’ah sukacita iaitu sikap yang
berlebih-lebihan terhadap Husain
• Bida’ah nya sesat kerana tidak mempunyai dalil
yang sah dan telah keluar daripada sunnah
28. • Rasulullah SAW dan para Khulafaur Rasyidin
tidak pernah menganjurkan amalan apa pun
pada hari Asyura’ baik sukacita mahupun
dukacita
• Hanya berpuasa dilakukan pada hari Asyura’
dan memerintah kaum Muslimin agar
berpuasa pada hari tersebut
• Apabila kaum Yahudi menjadikan hari Asyura’
sebagai hari raya, maka Rasulullah bersabda
untuk berpuasa pada hari tersebut bagi
membezakan dengan kaum Yahudi
29. BULAN SAFAR
• TERDAPAT DUA PEMBAHASAN, iaitu
1. BEBERAPA ATSAR YANG BERKAITAN DENGAN
BULAN SAFAR
2. BID’AH MENGANGGAP SIAL TERHADAP
BULAN SAFAR
30. 1. PEMBAHASAN PERTAMA
• Beberapa atsar yang berkaitan dengan bulan
Safar
• Rasulullah pernah bersabda:
“tidak ada adwaa, tidak ada safar dan tidak ada
haammah”
• Tidak ada adwaa bermaksud menafikan
anggapan dan keyakinan orang Jahiliyah yang
meyakini bahawa penyakit dan kematian itu
dapat menular dengan sendiri bukan kerana
kehendak Allah SWT
31. • Tidak ada safar bermaksud penangguhan
status bulan haram yang dimiliki bulan
Muharram ke bulan Safar
• Safar juga membawa makna anggapan bulan
sial dan penyakit perut
• Tidak ada haammah menerangkan sejenis
burung malam atau burung hantu atau
kepercayaan akan berubahnya roh orang yang
telah meninggal dunia menjadi burung hantu
32. 2. PEMBAHASAN KEDUA
• Bid’ah menganggap sial bulan safar
• Menganggap sial terhadap bulan safar adalah
tathayyur yang dilarang
• Nabi SAW bersabda: thiyarah itu
syirik;thiyarah itu syirik.
• Bulan safar dianggap sial kerana terdapat
pendapat mengatakan bahawa setiap tahun
turun 32000 bencana, dan semua itu terjadi
pada hari Rabu terakhir dalan bulan Safar
33. • Pada hari tersebut, siapa sahaja yang
mengerjakan solat sebanyak 4 rakaat, maka
akan jauh dari bencana tersebut
• Ada juga yang menulis tujuh ayat berisi salam
dan kertas itu dimasukkan ke dalam gelas
berisi air, lalu merkea meminum airnya kerana
mereka meyakini bahawa khasiat tulisan itu
untuk memelihara diri dari kesialan hari itu
• Namun Rasulullah SAW bersabda: “siapa saja
yang mengurungkan niatnya kerana thiyarah
maka ia telah berbuat syirik”
34. BULAN RABI’UL AWWAL
• TERDAPAT ENAM PEMBAHASAN, iaitu:
1. Orang yang pertama kali memunculkan bid’ah ini
Bani ‘Ubaid al-Qaddah yang pertama kali mengadaadakan bid’ah ini
Mereka menganuti fahaman Rafidhah dan Syi’ah
Mereka menampakkan jati diri Islam dan
menyembunyikan kekafiran
Kesaksian seperti ini haram menurut kesepakatan umat
Islam kerana apa yang tampak adalah kemunafikan,
kezindikan dan permusuhan terhadap wahyu Rasulullah
SAW
35. 2. Keadaan masyarakat saat itu
kebijakan politis ‘Ubaidiyun bekerja keras untuk
mendorong orang ramai agar menganut mazhab
mereka
Kaum Muslimin mengajukan protes atas keberpihakan
khalifah kepada non-Muslim
Orang-orang ‘Ubaidiyun melakukan perkra yang
menimbulkan laknat bagi khalifah yang tiga iaitu Abu
Bakar, Umar dan Utsman serta pata Sahabat Nabi
lainnya
sepanjang pemerintahan ‘Ubaidiyun, laknat terhadap
Ahlus Sunnah terus mengalir dari mulut orang-orang
yang berdiri di atas mimbar di pelbagai wilayah Mesir
36. Semua kezalimam itu adalah perbuatan al-Hakim alUbaidi yang menganggapnya sebagai Tuhan
Al-Hakim memerintahkan semua penduduk Mesir
untu bersujud kepadanya, jika namanya disebutkan,
walaupun saat itu rakyatnya berdiri
Orang-orang di sirtu meninggalkan sujud kepada
Allah pada hari Jumaat mahupun hari lain, malah
mereka rela bersujud kepada penguasa tesebut alHakim
37. 3. Beberapa syubhat yang memperkuatkan
orang-orang yang mengemukakan bid’ah ini
dan bantahan terhadapnya
As-Suyuthi berusaha mencari beberapa
syubhat(dalil) yang mungkin boleh dijadikan
dalil untuk membolehkan atau menghalalkan
bid’ah perayaan maulid Nabi ini
Bersyukur kepada Allah dapat dilakukan
dengan berbagai amalan seperti solat, puasa,
sedekah atau membaca al-Quran
38. 4. Cara-cara menghidupkan perayaan maulid
Perayaan maulid Nabi diadakan pada tanggal 12
Rabi’ul Awwal
Orang tamai berkumpul di bawah manzharah
selama beberapa waktu menunggu kehadiran
khalifah
di atas manzharah, sejumlah ustadz melilitkan
serban mereka ke bahagian mulut dan duduk
dekat dengan khalifah
Para qari’ memulai acara dengan membaca alQuran
Seterusnya, al-Hakim menyampaikan ceramah
dan diakhiri dengan pemanjatan doa untuk
khalifah
39. 5. Hakikat mencintai Rasulullah
Cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan
meyakini pertolongannya, menjalankan
sunnahnya, tunduk kepada sunnahnya dan
takut untuk menentangnya
Sungguh Rasulullah SAW membawa hidayah,
yang menyelamatkan mereka dari kesesatan,
yang menyeru mereka menuju
keberuntungan, yang menjadi wasilah
mereka menuju Rabbnya, yang menjadi juru
bicara kaum Muslimin di akhirat kelak dan
yang menjadi saksi atas keimanan mereka
40. 6. Sikap Ahlu Sunnah terhadap bid’ah perayaan
maulid Nabi
Ulama Salafus Shalih sepakat bahawa
perayaan maulid Nabi dan berbagai upacara
lainnya yang tidak disyari’atkan merupakan
perkaru baru dan bid’ah di dalam agama
Perayaan ini tidak pernah dilakukan Nabi
SAW, tidak dilakukan para Sahabat dan tidal
juga dilakukan ulama umat Islam
Semua upacara itu termasuk dalam kategori
bid’ah dan sesiatu yang diada-adakan
41. BULAN REJAB
• TERDAPAT 5 PEMBAHASAN
1. Beberapa atsar yang berkaitan dengan bulan
Rejab
2. Pengagungan orang-orang kafir terhadap bulan
Rejab dan Atiirah pada bulan Rejab
3. Bid’ah mengkhususkan bula Rejab untuk
berpuasa atau solat malam dan hukum umrah
dan ziarah (ke Makkah) pada bulan Rejab
4. Bid’ah solat Ragha-ib
5. Bid’ah perayaan Malam Isra’ Mikraj
42. BULAN SYA’BAN
• Perbahasan pertama
- beberapa atsar yang berkaitan dengan bulan
Sya’ban.
• Perbahasan kedua
- bid’ah perayaan Malam Nishfu Sya’ban.
• Perbahasan ketiga
- bid’ah solat alfiyah.
43. Perbahasan Pertama: Beberapa atsar
yang berkaitan dengan bulan Sya’ban.
• Dari Aisyah r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w.
sering berpuasa hingga kami mengatakan
beliau tidak pernah berbuka dan sering
berbuka hingga kami mengatakan beliau tidak
berpuasa. Aku tidak pernah melihat Rasulullah
s.a.w. menyempurnakan puasa sebulan penuh
kecuali bulan Ramadhan. Aku tidak pernah
melihat beliau lebih banyak berpuasa di luar
bulan Ramadhan daripada bulan Sya’ban.
(mutafaq ‘alaih).
44. • Dari Usamah bin Zaid berkata: “Aku bertanya:
‘Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat
engkau berpuasa pada suatu bulan sebagaimana
engkau berpuasa pada bulan Sya’ban?
Rasulullah menjawab: Sya’ban adalah bulan
yang dilupakan oleh manusia, yang terletak
antara Rejad dan Ramadhan. Ia adalah bulan
yang di dalamnya amal perbuatan akan diangkat
ke sisi Rabb semesta alam. Maka, aku lebih suka
apabila amalku diangkat saat aku sedang
berpuasa.
45. • Dari Ali bin Abi Talib berkata: “Rasulullah s.a.w.
bersabda bahawa ‘Jika malam Nishfu Sya’ban tiba,
maka beribadah pada malam harinya dan
berpuasalah pada waktu siang harinya.
Sesungguhnya Allah akan turun pada malam itu ke
langit dunia, sejak tenggelamnya matahari, lalu Dia
berfirman: ‘Ketahuilah sesiapa saja yang meminta
ampunan nescaya Aku akan mengampuninya.
Ketahuilah sesiapa yang meminta rezeki maka Aku
akan memberikan rezeki kepadanya. Dan ketahuilah
sesiapa yang ditimpa penyakit maka Allah akan
menyembuhkannya. Ketahuilah itu, ketahuilah ini..’
sampai terbit matahari.
46. Perbahasan kedua: Bid’ah perayaan
Malam Nishfu Sya’ban.
• Para ulama’ Syam mempunyai perbezaan
pendapat mengenai cara menghidupkan malam
Nishfu Sya’ban.
• Pertama: Disunatkan untuk menghidupkan malam
Nishfu Sya’ban secara berjemaah di masjid. (Khalid
bin Ma’dan dan Luqman bin ‘Amir turut
merayakannya.)
• Kedua: Dimakruhkan berkumpul di masjid pada
malam Nishfu Sya’ban untuk melaksanakan solat,
membaca kisah-kisah dan berdoa. (tapi tidak
makruh untuk melakukannya secara sendirian.)
47. • Namun menurut ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘ Aziz atTuwaijiri, mengikut pendapat yang kuat, amalan
merayakan malam Nishfu Sya’ban adalah bid’ah
kerana:
1. Tidak ada dalil yang menunjukkan keutamaan
malam Nishfu Sya’ban (tiada amalan Rasulullah
dan para sahabat.)
2. Al-Hafizh Ibnu Rajab, orang yang meriwayatkan
adanya sebahagian Tabi’in yang memuliakan
malam ini sehingga mereka menghidupkannya di
masjid dan mengatakan bahawa dalil mereka
dalam atsar Isra’iliyat. Padahal, sejak bilakah atsaratsar dari Ahlul Kitab tersebut boleh dijadikan dalil
syar’i?
48. 3. Para ulama’ kontemporari juga mengingkari
orang-orang yang menganggap adanya
kemuliaan pada malam Nishfu Sya’ban.
4. Tiada hadis Nabi yang mengandungi dalil
keutamaan hanya untuk malam Nishfu
Sya’ban.
5. Pendapat yang mengatakan bahawa solat
yang dilakukan sendirian dan dikerjakan di
rumah pada malam Nishfu Sya’ban adalah
tidak dimakruhkan.
49. Perbahasan ketiga: Bid’ah solat alfiyah.
• Orang yang pertama yang melakukannya pada
malam Nishfu Sya’ban ialah Ibnu Abi Hamra
(penduduk Nablus).
• Mula tersebar di sekitar Masjidil Aqsa.
• Bacaan surah al-Ikhlas sebanyak 1000 kali.
• Terdiri daripada 100 rakaat, setiap rakaat baca
surah al-Ikhlas 10 kali.
50. • Menurut al-Allamah bin al-Hajj perayaan ini
dianggap bid’ah kerana:
1. Menggunakan dana yang banyak – boros.
2. Acara-acara berbentuk perbuatan yang
diharamkan syar’i.
3. Terdapat penambahan nyala lampu dan perilaku
menghamburkan harta.
4. Hadirnya para wanita.
5. Orang yang mendatangi masjid secara beramairamai dan mengamalkan ibadat yang tidak
disyariatkan.
6. Mereka membawa talam-talam, tembaga berisi
gelas, teko dans ebagainya ke dalam masjid
(memperlakukan seperti rumah mereka).
51. BULAN RAMADHAN
• Perbahasan pertama
- keutamaan bulan Ramadhan dan atsar-atsar
yang berkaitan dengannya.
• Perbahasan kedua
- beberapa bid’ah yang dilakukan pada bulan
Ramadhan.
52. • Pertama : Dari ‘Abdullah bin Umar berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa: “Islam
dibangunkan di atas lima dasar: (1) bersaksi
bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bersaksi
bahawa Nabi Muhamad adalah utusan Allah; (2)
mendirikan solat; (3) mengeluarkan zakat; (4)
menunaikan ibadat haji; (5) melaksanakan puasa
pada bulan Ramadhan.” (Muttafaq ‘Alaih).
• Kedua: Dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah
bersabda: “Apabila bulan Ramadhan tiba, maka
dibukakan pintu-pintu Syurga, dikuncilah pintupintu Neraka Jahannam, dan diikat syaitansyaitan.” (Muttafaq ‘Alaih).
53. Bid’ah yang dilakukan pada bulan
Ramadhan
1. Membaca surah Al-An’aam (pada rakaat terakhir
solat Terawih di malam ke-27 Ramadhan).
2. Bid’ah solat Terawih setelah maghrib.
3. Bid’ah solat al-Qadr.
4. Bid’ah solat Terawih pada malam pengkhataman
al-Quran di bulan Ramadhan dengan membaca
semua ayat sajdah dalam satu rakaat.
5. Bid’ah merangkai ayat-ayat doa.
6. Bid’ah zikir setiap kali selesai mengerjakan dua
rakaat solat Terawih.
54. 7. Sejumlah bid’ah pada malam khatam alQuran.
8. Bid’ah menyeru sahur.
9. Bid’ah yang berkaitan dengan melihat hilal
Ramadhan.
10. Bid’ah hifzhiyyah Ramadhan.
11. Bid’ah memukul tembaga di hari terakhir
bulan Ramadhan.
12. Bid’ah perpisahan bulan Ramadhan.
13. Bid’ah perayaan mengenang perang Badar.
55. BULAN SYAWAL
• Beberapa atsar yang berkaitan dengan bulan
Syawal.
• Bid’ah menganggap sial menikah pada bulan
Syawal.
• Bid’ah ‘Iedul Abrar.
56. • Dari Abu Ayyub al-Anshari, Rasulullah
bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan
Ramadhan (sebulan penuh), kemudian
meneruskannya dengan enam hari puasa
Syawal maka itu sama dengan puasa satu
tahun.
57. Bid’ah menganggap sial menikah pada
bulan Syawal.
• Ibnu Manzhur berkata: “Syawal termasuk bulan
yang telah dikenal. Syawal adalah nama bulan yang
mengiringi bulan Ramadhan dan ia adalah bulan
pertama dari beberapa bulan haji.”
• Menurut pandangan lain, syawal (kurang) kerana
tasymil (berkurangnya) air susu unta pada cuaca
yang panas terik dan tiada rumput yang menghijau.
- orang Arab menganggap sial jika berlangsungnya
akad nikah pada ketika itu. (perumpaan unta betina
dan unta jantan setelah berkahwin – angkat ekor).
• Islam menolak amalan tradisi Arab Jahiliah yang
percaya perkara tahyul seperti ini.
58. Bid’ah ‘Iedul Abrar
• Berlaku ketika hari ke-8 bulan Syawal.
• Mereka menyambut perayaan ini selepas 6
hari berpuasa bulan Syawal dan
menamakannya sebagai ‘Iedul Abrar.
• Menurut Syeikh Islam Ibnu Taimiyah, amalan
ini dianggap bid’ah kerana membuat perayaan
yang bukan perayaan syar’I dan bid’ah ini tidak
disunnahkan dan tidak pernah dikerjakan oleh
para Salaf.
60. Perayaan Bid’ah Yang Disambut:
•
•
•
•
•
•
•
Perayaan hari lahir al-Masih
Perayaan Nairuz.
Perayaan hari ulang tahun.
Sejumlah perayaan dan peringatan bid’ah.
Perayaan abad baru hijriah.
Perayaan untuk sejumlah ulama’ (haul).
Syariat agar berbeza dari Ahli Kitab.
61. PENUTUP
Secara kesimpulannya, bid’ah merupakan
sesuatu yang menyelisihi atau bertentangan
dengan sunnah. Tiada bid’ah yang terpuji
kerana setiap bid’ah adalah sesat. Bid’ah boleh
tersebar apabila terdapat permasalahan
agama yang datang dari orang mengikuti hawa
nafsu dan tidak mengetahui sunnah. Sebagai
Ahlu Sunnah, kita seharusnya berpegang pada
wahyu yang disampaikan oleh Allah SWT dan
mengikut ajaran Rasululluh SAW.
62. RUJUKAN
• ‘Abdullah bin Abdul ‘Aziz at-Tuwaijiri (2010),
Menyoal Rutinitas Perayaan Bid’ah. Jakarta:
Penerbit Pustaka Imam Asy-Syafi’i.
• Abd. Malik Abd. Rahman (2002), Salah Faham
Terhadap Bid’ah. Kuala Lumpur: Penerbit Darul
Nu’man.
• Muhammad Nua’im Sa’I (2002), Bid’ah paling
berbahaya: Polemik Seputar Pembauran Laki-laki
& Perempuan. Jakarta: Penerbit CV. Cendekia
Sentra Muslim.
63. • Syeikh Muhammad Al-Ghazali (2004), Bid’ah
Bukan Dari Ajaran Islam. Selangor: Penerbit
Crescent News (KL) Sdn. Bhd.
• Yusof Al-Qaradhawi (2011), Antara Sunnah
dan Bid’ah. Johor Bharu: Penerbit Perniagaan
Jahabersa.
• Yusof Al-Qaradhawi (2000), Sunnah dan
Bid’ah. Jakarta: Penerbit Gema Insani Press.
64. Al-Haytami, Abu al-’Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn ‘Ali ibn
Hajar (1988). Al-Zawahir ‘an Iqtiraf al-Kaba’ir. 2 juzuk. T.t.: Dar
al-Fikr.
Al-Kahdahlawi, Muhammad Zakariyya ibn Muhammad Yahya
ibn Isma’il (1980) . Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Malik. 15
Juzuk. Beirut: Dar al-Fikr.
Al-Muqri, al-Fayyumi, Ahmad ibn Muhammad ibn ‘Ali, t.th. AlMisbah al-Munir. Tahqiq: ‘Abd al-’Azim al-Shanawi . Misr: Dar
al-Ma’arif.
‘Ali al-Mahfuz, t.th:20. Al Ibda’ fi Mudarr al-Ibtida’. Misr:
Matba’ah al-Istiqamah)
Al-Salami, Abu Muhammad ‘Izz al-Din ‘Abd al-Aziz ibn ‘Abd alSalam. (1980). Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-Anam. 2 Juzuk.
Ta’liq Taha ‘Abd al-Ra’up Sa’ad, T.t: Dar al-Jayl.
65. Ibn al-Jawzi al-Baghdadi, Jamal al-Din Abu al-Farj ‘Abd al-Rahman
ibn ‘Ali ibn Muhammad ibn ‘Ali, 1368 H. Talbis Iblis. Misr:
Maktabah al-Da’wah al-Islamiyyah.
Jawiah Dakir dan Wan Awang Wan Ali (2010). Sunnah dan
Bidaah: Dalam Amalan Orang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohammad Subki Abdul Rahman Al Hafiz dan Mohd Rifqi
Myiddin (2013). Hukum Sambutan Maulid Nabi: Antara Sunnah
dan Bidaah. Shah Alam: PSN Publications Sdn. Bhd.