Proposal penyelidikan

691 views
490 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
691
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
9
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Proposal penyelidikan

  1. 1. Proposal Penyelidikan: Kesan Pembiayaan Pendidikan Terhadap Pencapaian Pelajar JOTHI ESWARAN A/L ARUMUNADAN 212056 NAGESWARA RAO A/L SUBRAMANIAM 212075 NURULJANNAH BINTI MOHAMMAD RADZI 212401
  2. 2. Index –Pengenalan –Latar Belakang dan Pernyataan Masalah –Objektif Kajian –Sorotan Literatur –Metodologi Kajian –Rujukan
  3. 3. Pengenalan • Pendidikan adalah merupakan asas kepada sebuah negara untuk membangun dan menjadi negara maju. Ini kerana, pendidikan adalah pelaburan utama negara dalam membentuk sumber manusia yang berkualiti dalam menyumbang kepada perkembangan ekonomi sesebuah negara (Siti Nor Azlina 2006). • Penyelidikan berkaitan pendidikan adalah penting untuk meningkatkan kualilitnya di negara ini. • Kajian yang dibuat bertujuan melihat keupayaan pembiayaan pendidikan sebagai motivasi ke arah pencapaian pelajar.
  4. 4. Latar Belakang dan Pernyataan Masalah • Bentuk bentuk pembiayaan pendidikan. – Pembiayaan melalui kerajaan • Tanggungjawab kerajaan terhadap pembiayaan pendidikan ini telah ditetapkan oleh akta pendidikan 1961 dan dikemaskinikan serta diperluaskan melalui Akta Pendidikan 1996. – Pembiayaan peribadi • Penglibatan ibu bapa dalam membiayai pendidikan merangkumi penyediaan aspek yang berbentuk modal fizikal (kewangan) dan modal aset sebagai usaha membantu anak-anak meningkatkan motivasi belajar dan pencapaian akademik Parcel & Dufur (2001). • Galakan ibu bapa seperti menyediakan kemudahan pembelajaran merupakan satu komponen pelaburan modal insan bagi anak-anal. Sumbangan kewangan yang disediakan menunjukkan betapa perlunya pelaburan dan pembiayaan pendidikan dalam kalangan ahli keluarga (Parcel & Dufur 2001)
  5. 5. • Pembiayaan pendidikan sebagai medium motivasi pelajar. – Melalui pembiayaan pendidikan, kehidupan sebagai seorang pelajar akan lebih selesa. – Tidak perlu mengeluarkan tenaga mencari wang dengan bekerja sambilan yang memenatkan.
  6. 6. Pernyataan Masalah • Pelajar zaman ini sering merungut berkaitan masalah kewangan. • Adakah wujud hubungan signifikan di antara pembiayaan pendidikan dan pencapaian pelajar? • Pembiayaan pendidikan pelajar.. Tanggungjawab siapa? Kerajaan? Ibubapa?
  7. 7. Objektif Kajian • Mengenal pasti min jumlah pembiayaan pendidikan yang disediakan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka. • Mengenal pasti perbezaan di antara jumlah pembiayaan pendidikan dalam kalangan pelajar berdasarkan jantina. • Mengenal pasti hubungan yang terdapat di antara jumlah pembiayaan pendidikan berdasarkan motivasi pelajar. • Mengenal pasti hubungan motivasi untuk belajar berdasarkan pencapaian pelajar di UUM.
  8. 8. Limitasi Penyelidikan • Kajian hanya melibatkan pelajar Universiti Utara Malaysia. • Kekangan masa dan kewangan. – Sebagai pelajar banyak masa diperuntukan untuk menyelesaikan tugasan dan mengikuti kuliah. – Sukar mengagihkan soal selidik : berbeza pusat pengajian dan kolej kediaman. – Kos menyediakan soal selidik. • Kesediaan pelajar mengisi soal selidik dengan jujur.
  9. 9. Sorotan Literatur • Kajian yang dilakukan oleh Jin-Tan Liu et al. (2006) menggunakan pendapatan ibu bapa, tahap pendidikan dan status ekonomi keluarga dalam menentukan kemasukan pelajar ke dalam universiti. • Berdasarkan kajian ini ibu bapa yang bekerja dalam sektor kerajaan berpotensi memperoleh subsidi berbanding ibu bapa yang tidak bekerja dalam sektor kerajaan. • Kajian juga mendapati faktor kewangan merupakan faktor tekanan yang melanda lebih separuh daripada pelajar (Humphrey, 2003). • Kajian oleh Davies dan Elias (2003) mendapati faktor kewangan juga merupakan faktor kedua terbesar pelajar tidak meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi • Verger et al. (2009) melalui kajiannya menunjukkan bahawa kesan daripada masalah kewangan yang dialami pelajar ialah berlakunya kemurungan. • Furr, et al. (2001) turut mendapati bahawa gejala kemurungan berlaku dalam kalangan pelajar adalah disebabkan oleh masalah kewangan selain daripada masalah akademik, kesepian, dan masalah hubungan. • Hal ini secara tidak langsung menyebabkan pencapaian akademik pelajar merosot kerana tidak mampu berdaya tindak terhadap tekanan yang dihadapi.
  10. 10. Metodologi Kajian • Populasi kajian adalah pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia. • Sampel diambil daripada 100 orang pelajar UUM yang dipilih secara rawak iaitu 50 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan. • Satu soal selidik dibentuk berkaitan jenis pembiayaan pendidikan yang diperoleh sama ada peribadi, pinjaman ataupun biasiswa. • Data-data dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excell dan perisian SPSS (Versi-9) • Beberapa ujian statistik akan dilakukan – untuk melihat hubungan di antara pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas. – Untuk menguji hipotesis nol. – Untuk melihat perbezaan min di antara jumlah pendapatan berdasarkan jantina. – Untuk menguji perbezaan jumlah pembiayaan berdasarkan motivasi pelajar.

×