SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
TUGASAN1
SEMESTER JAN2016
KOD SUBJEK : DMED 1033
NAMA SUBJEK : LEARNING AND COGNITION
TAHAP : MASTER
ADELINA MIRAN JALONG
VMD1A616169
MASTER PENDIDIKAN
EN. DENIS HANG BILANG
BELAGA
NAMA PELAJAR :
NO. MATRIK :
PROGRAM :
FASILITATOR AKADEMIK :
PUSAT PEMBELAJARAN :
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
2.0 IDEA UTAMA ARTIKEL DAN PENDEKATAN
PEMBELAJARAN 2
2.1 IDEA UTAMA 2
2.2 PENDEKATAN PEMBELAJARAN 4
3.0 RUMUSAN 8
RUJUKAN
1.0 PENGENALAN
Pengetahuan adalah satu tradisi yang telah menjadi intipati kepada proses pembelajaran.
Pengetahuan dapat disimpulkan sebagai suatu keadaan yang hadir dalam hati dan pemikiran
seseorang yang berpunca daripada persentuhan, hubungan, komunikasi, tradisi, mahupun
pemikiran seseorang itu sendiri. Namun, pada masa kini, pengetahuan semakin berkembang
maju seiring dengan kepesatan pembangunan. Pengetahuan telah menjadi pemangkin utama bagi
persaingan yang sihat di pasaran dunia. Antara faktor yang mempengaruhi pengetahuan adalah
pengalaman, pendidikan, umur, ekonomi dan media massa. Namun bagi Paivi Tynjala, di dalam
artikelnya ”Perspective Into Learning at The Workplace” menyatakan bahawa terdapat
perbezaan di antara pengetahuan am yang diperlukan di tempat kerja serta pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari di sekolah.
Pengetahuan ialah hasil “tahu” dan ini terjadi setelah orang melakukan pengamatan
terhadap suatu objek tertentu. Pengamatan terjadi melalui panca indera manusia iaitu : indera
penglihatan, pendengaran, hidu, rasa dan raba. Sebagian besar pengetahuan manusia diperoleh
melalui mata dan telinga (Soekidjo, Notoadmodjo 2003). Thomas Davenport, 1998 dalam buku
Personal Knowledge Management menyatakan pengetahuan ialah gabungan dari pengalaman,
nilai, informasi kontekstual, pandangan pakar dan intuisi mendasar yang memberikan suatu
lingkungan dan kerangka untuk mengevaluasi dan menyatukan pengalaman baru dengan
informasi.
Drucker (1998) dalam buku Personal Knowledge Management pula mendefinisikan
pengetahuan sebagai informasi yang mengubah sesuatu atau seseorang. Hal ini terjadi kerana
informasi tersebut menjadi dasar seseorang untuk bertindak, dimana pengetahuan tersebut akan
memampukan seseorang atau institusi untuk mengambil tindakan yang berbeza atau tindakan
yang lebih efektif dibandingkan tindakan seseorang yang tidak memiliki pengetahuan.
Menurut Sharifah Alwiah (1987), pembelajaran menunjukkan perubahan tingkah laku.
Dengan kata lain, hasil pembelajaran setiap kali berlakunya pembelajaran merupakan perubahan
tingkah laku yang dapat dilihat. Menurut Shahabuddin dan Rohizani (2004), pembelajaran
merupakan proses di mana individu dapat mengubah sikap dan tingkah laku mereka untuk
berkembang secara berterusan dan tekal serta mampu menggunakan ilmu dan kemahiran yang
diperolehi untuk kemajuan diri.
1
2.0 IDEA UTAMA ARTIKEL DAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN
2.1 IDEA UTAMA ARTIKEL
Antara idea utama yang diketengahkan oleh P. Tynjala (2008) dalam artikel ialah
perbezaan utama di antara pengetahuan am yang diperlukan di tempat kerja serta
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di sekolah adalah ramalan. Bagi tempat kerja,
hasil pembelajaran adalah sukar diramal dan lebih tertakluk kepada keadaan semasa
dalam menyiapkan sesuatu pekerjaan. Berbeza dengan apa yang berlaku di sekolah, di
mana hasil pembelajaran boleh diramal. Hal ini dapat dilihat dari sudut teori dan amali di
mana, di tempat kerja teori dan amali disatukan dalam menyiapkan sesuatu pekerjaan.
Namun, di sekolah pula teori dan amali sering dipecahkan. Menurut kajian Shafini
(2005), budaya sekolah selamat akan menimbulkan suasana pengajajaran dan
pembelajaran yang baik. Lebih-lebih lagi jika melibatkan sekolah berasrama penuh.
Budaya merupakan apa yang terkandung dalam diri individu hasil dari pengalaman
interaksi sosial dengan masyarakat di sekeliling. Marimuthu (1990) yang dipetik oleh
Shafini (2005), menyatakan bahawa budaya sekolah terdiri daripada nilai-nilai,
kepercayaan, pengetahuan dan tradisi, cara berfikir dan tingkah laku yang semuanya
berbeza daripada institusi sosial yang lain. Oleh itu, dapat dirumuskan murid belajar
sesuatu pengetahuan baru melalui pengalaman, budaya dan persekitaran sekolah serta
orang disekeliling.
Pembelajaran di tempat kerja, berlaku pada tahap yang berbeza. Hal ini kerana,
seseorang itu belajar melalui penyertaan di dalam sesebuah kursus tertentu untuk sesuatu
pekerjaan. Selain itu, kerjasama dengan pekerja lain dalam menghadapi cabaran baru
turut menjadi penyumbang utama kepada berlakunya pembelajaran. Secara tidak
langsung, hal ini bertambah baik dengan penyelesaian masalah yang progresif dan
konseptual. Nijhof et. al. (1998), telah membuat kajian tentang hubungan antara faktor-
faktor yang mempengaruhi komitmen dan kesannya terhadap tugas dan faktor organisasi.
Kajian melibatkan sampel seramai 290 orang Pengurus Sumber Manusia di Netherlands.
Hasil kajian mendapati bahawa faktor organisasi, menggunakan aspek latihan dan
pembangunan mempunyai hubungan positif lemah dengan komitmen pekerja kepada
2
organisasi. Orpen (1997) telah menjalankan kajian tentang kesan aktiviti mentoring
secara formal terhadap motivasi kerja pekerja, komitmen pekerja kepada organisasi dan
prestasi kerja. Kajian ini telah dijalankan di industri perkilangan bersaiz sederhana
berdasarkan aktiviti mentoring yang telah dijalankan selama dua tahun di syarikat
tersebut. Responden kajian terdiri daripada 39 orang mentor dan 39 orang mentee yang
terlibat dalam aktiviti tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa semakin baik hubungan
antara mentor dan mentee dalam aktiviti mentoring tersebut, semakin bermotivasi untuk
bekerja dengan lebih kuat dan semakin komited pekerja kepada organisasi. Secara
keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan
antara aktiviti mentoring tersebut dengan motivasi dan komitmen kepada organisasi yang
mempunyai hubungan yang baik dengan mentor.
Pembelajaran di tempat kerja dapat dibahagikan kepada dua, iaitu formal dan juga
tidak formal. Pembelajaran secara formal ini secara umumnya menekankan pengetahuan
secara am. Hal ini merangkumi aspek yang luas dari segi pemahaman. Namun bagi cara
informal pula, ia banyak menekankan pengajaran yang dipelajari. Antara kepentingan
mempunyai pendidikan formal adalah pendidikan formal dapat menjadi asas bagi setiap
pekerjaan tidak mengira pangkat mahupun darjat seseorang. Namun begitu, ia perlu
ditambah baik dengan menekankan lebih pembelajaran dalam menempuhi cabaran dunia
luar dan masa hadapan. Tahap penglibatan individu dalam proses pembelajaran di tempat
kerja dilihat sebagai satu pengukuran bagaimana individu mengamalkan budaya kerja
yang berkualiti melalui pendekatan informal dan non-formal yang dipelajari bagi
memastikan nilai efikasi diri setiap pekerja dapat ditingkatkan seterusnya tahap
penglibatan akan turut sama meningkat. Ini kerana efikasi individu didapati mempunyai
perkaitan dengan prestasi kerja dan pembangunan diri individu dalam kerjayanya
(Roziana, 2009).
Bidang pendidikan dan dunia pekerjaan harus berkolaborasi. Kolaborasi yang
membolehkan para pelajar mengikuti program yang secara tidak langsung dapat
memberikan mereka pengalaman serta pengetahuan dalam erti sebenar cabaran dunia
pekerjaan. Warga pendidik universiti perlu berperanan membantu pelajar melengkapkan
dan mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam sektor
3
pekerjaan sebelum bergelar graduan (Ahmad Muhaimin Mohamad, Jamalludin Haji
Harun, Baharuddin Aris, 2008). Terdapat pelbagai cara boleh digunakan bagi membantu
pelajar universiti mempertingkatkan kemahiran pekerjaan. Antara disarankan ialah
keperluan latihan industri, pakej latihan kemahiran dan pengintegrasian kompenen
kemahiran dalam kokurikulum. Sesuai dengan cadangan berkenaan, perkembangan teori
dan kaedah pembelajaran boleh dijadikan panduan bagi meningkatkan keberkesanan
pembelajaran sebagai mana dalam konteks memenuhi keperluan dunia pekerjaan (Smith,
2003) iaitu penekanan kepada kemahiran. Dari sudut pekerja pula, mereka dapat belajar
dan meningkatkan profesionaliti dan kebolehan diri ke tahap maksima. Menurut Iris
(2003), objektif utama penyediaan persekitaran pembelajaran adalah untuk meningkatkan
prestasi dan kualiti pekerja pada tahap yang diperlukan oleh organisasi. Elemen yang
utama dalam mengwujudkan persekitaran pembelajaran yang berkesan adalah sokongan
dan kerjasama dengan pihak organisasi. Beliau berpendapat bahawa persekitaran
pembelajaran yang positif akan menggalakkan sikap hormat-menghormati, meningkatkan
darjah kepercayaan pekerja terhadap organisasi, pengiktirafan pekerja secara individu dan
pekerja lebih berinisiatif melakukan sesuatu. Malah menurut beliau, persekitaran
pembelajaran yang positif adalah satu nilai kecemerlangan yang penting bagi memastikan
setiap objektif pembelajaran tercapai. Manakala persekitaran pembelajaran yang negatif
pula memberi kesan terhadap proses pembelajaran kurang efektif dan hasilnya akan
menyebabkan individu kurang minat untuk belajar. Aspek pembelajaran di tempat kerja
merangkumi peluang pembelajaran, persekitaran pembelajaran dan sokongan organisasi
seperti mana yang telah dicadangkan oleh Armstrong dan Foley (2003).
2.2 PENDEKATAN PEMBELAJARAN
Antara pendekatan pembelajaran yang diketengahkan oleh P. Tynjala (2008) dalam
artikel ialah belajar melakukan sesuatu tugasan itu sendiri. Menurut beliau belajar
melakukan tugasan sendiri akan membolehkan seseorang mempelajari perkara itusendiri
dan hasil yang didapati tidak semestinya seperti yang diingini. Namun seseorang itu
secara langsung telah belajar berdikari dan mempertajamkan kemahiran dirinya. Hal ini
4
turut dipengaruhi dengan jati diri, usaha, kreativiti, inovatif dan sebagainya. yang terdapat
dalam diris eseorang individu itu. Kelebihan utama yang menjad tunggak dalam
pendekatan ini adalah dapat belajar berdikari.
Pendekatan seterusnya ialah bekerja dalam kumpulan. Asas sesebuah organisasi
yang mantap iaitu boleh memperkaya ilmu seseoang individu apabila berlaku interaksi
dalm kumpulan. Interaksi ini melibatkan interaksi antara seseorang yang professional
dengan pekerja baru seperti konsep mentoring yang melibatkan mentor dan mentee.
Mentoring didapati memainkan peranan yang penting dalam pembangunan kerja semasa,
kerjaya dan pembangunan individu (Broadbridge, 1999 dalam Tsan Pui Lian, 2004).
Tujuan mentoring dilaksanakan ialah untuk membangunan kemahiran pengurusan dalam
diri seseorang individu (Clutterbuck, 1991 dalam Tsan Pui Lian, 2004 ), malah juga bagi
melengkapkan individu tersebut supaya berkeupayaan untuk melaksanakan kerjanya pada
masa yang akan datang (Stone, 1999 dalam Tsan Pui Lian, 2004). Ini kerana sesebuah
organisasi memerlukan pekerja yang produktif dan berkemahuan untuk belajar serta
berkeupayaan menyesuaikan diri semasa menghadapi sebarang perubahan di dalam
organisasi dalam era yang mencabar. Kajian yang dijalankan terhadap 347 profesional
perpustakaan dan informasi di Britain telah menunjukkan bahawa fungsi utama bagi
seseorang mentor ialah menjadi seorang penyokong dalam pembangunan kerjaya
(Nankivell dan Shoolherd, 1997 dalam Tsan Pui Lian, 2004). Di samping itu, kajian lepas
juga telah membuktikan bahawa pelaksanaan program mentoring dapat meningkatkan
pembangunan dalam perancangan dan pengurusan, mempercepatkan proses induksi bagi
pekerja baru, meningkatkan komunikasi dan produktiviti (Zey, 1984 dalam Tsan Pui
Lian, 2004) dan pada masa yang sama mengurangkan kos latihan (Carter, 1994 dalam
Tsan Pui Lian, 2004). Pekerja yang inginkan pelaksanaan skim atau program mentoring
dapat meningkatkan produktiviti organisasi di samping terdapat peningkatan dalam
prestasi kerja (Zey, 1984 dalam Tsan Pui Lian, 2004).
Pendekatan seterusnya ialah mengurus pelanggan atau klien dengan kemahiran
softskill dan komunikasi yang tinggi. Menurut penulis, seseorang perlulah bergaul
dengan masyarakat berbilang kaum untuk eningkatkan kemahiran sosialnya. Secara
langsung individu tersebut akan eningkatkan tahap profesionalisme dalam menjawab
5
soalan-soalan yang akan dikemukakan oleh klien. Dalam kajian yang dijalankan oleh
Salleh dan Noah (2000) kemahiran komunikasi sangat penting dalam kalangan pelajar.
Mereka ada menyatakan bahawa bagi memastikan sesebuah organisasi terus maju
kehadapan, kemahiran insaniah amat dititikberatkan oleh majikan semasa mencari calon-
calon yang layak dan bersesuaian dengan kriteria yang dikehendaki seperti calon yang
boleh mengendalikan orang ramai, bekerja dengan orang ramai dan berkomunikasi
dengan orang ramai. Apabila menyalurkan sesebuah maklumat, masyarakat lebih suka
komunikasi secara lisan berbanding secara bertulis. Hal ini kerana, apabila maklumat itu
disalurkan secara bercakap akan mengurangkan masa penyampaian, tidak memerlukan
komputer, penyalinan semula dan pengedaran. Melihat kepada kepentingan komunikasi
yang berkesan, organisasi pada masa kini mengambil pekerja yang sudah mempunyai
kemahiran komunikasi dan melatih pekerja yang sememangnya sudah berkhidmat di
dalam syarikat supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran komunikasi yang ada di
dalam diri mereka. Kepentingan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar turut
disokong oleh Hurley (2008), yang ada menyatakan bahawa keperluan bagi kemahiran
komunikasi ini adalah perlu di dalam semua karier yang diceburi oleh pelajar, kerana
80% daripada masa mereka bekerja nanti mereka akan sentiasa berkomunikasi di antara
satu sama lain, berseorangan atau di dalam kumpulan. Menurut beliau lagi, bagi pelajar
yang mempunyai latar belakang teknikal seperti jurutera menghabiskan waktu bekerja
untuk menulis, bercakap dan mendengar. Malahan mereka mendapat pendapatan yang
lebih lumayan seandainya mereka mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.
Beliau juga menyatakan lagi bahawa kemahiran komunikasi ini sangat penting dan
hendaklah dimiliki oleh pelajar semasa menghadiri temuduga, hal ini kerana menurut
beliau, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik adalah persepsi pertama majikan
sama ada untuk menerima anda sebagai seorang pekerja atau menolak anda.
3.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, saya bersetuju dengan pendapat penulis iaitu P. Tynjala (2008) dalam
artikelnya. Rumusan yang telah diketengahkan oleh beliau dalam artikelnya ialah dapat
membezakan belajar di sekolah secara formal dan belajar sambil bekerja secara tidak formal.
6
Perubahan yang dihadapi oleh peredaran zaman memerlukan setiap individu untuk meningkatkan
tahap pendidikan masing-masing demi kebaikan organisasi, negara dan individu itu sendiri.
Walaupun belajar secara formal dan tidak formal berbeza namun arah tujunya adalah sama iaitu
untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan sedia ada seseorang itu. Pembelajaran di
tempat kerja membolehkan seseorang itu belajar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
secara terus di tempat kerja sama ada secara individu atau berkumpulan. Pemikiran seseorang itu
akan menjadi lebih matang apabila bergaul dengan rakan sejawat yang lebih senior. Secara tidak
langsung sistem pementoring dijalankan. Selain itu, seseorang individu akan belajar untuk
menyelesaikan masalah yang diberi walaupun di bawah tekanan kerja dan mampu untuk
membahagikan masa dalam menyelesaikan kerja dan belajar.
Pembelajaran di tempat kerja merupakan pendekatan pembelajaran yang menjurus
kepada teori konstruktivisme telah dijadikan sebagai satu strategi pendidikan yang telah
diamalkan di seluruh dunia selama bertahun-tahun (Wilson, 1972 dalam Azman Hassan 2012.).
Manakala Stone, 1994 menyatakan bahawa dalam pengajian pendidikan tertiari pembelajaran di
tempat kerja sesuai diaplikasikan bagi pendidikan vokasional dan teknikal tetapi bukan untuk
program yang lebih kepada disiplin akademik seperti sains ekonomi atau perniagaan. Menurut
Majdan 2002 dalam Azman Hassan 2012, pendidikan teknikal merupakan teras kejayaan dalam
bidang industri negara-negara maju seperti Jerman, Perancis dan Jepun. Di Barat pula, menurut
Brendann dan Little (1996 dalam Azman Hassan 2012 ), terdapat keperluan untuk menghasilkan
individu yang berkemahiran dan memenuhi keperluan industry. Pihak majikan telah didesak
untuk memastikan orang ramai di semua peringkat tenaga kerja mempunyai kemahiran yang
diperlukan supaya dapat beroperasi dengan lebih berkesan. Menuut beliau lagi, sistem
pendidikan juga telah digesa untuk memastikan bahawa rakyat telah diberikan satu bentuk asas
pendidikan yang berkesan sebagai persediaan untyk menempuh alam pekerjaan dan perlu
dimotivasikan supaya mereka mencapai potensi sebenar mereka, lebih bertanggungjawab untuk
pembangunan diri dan peningkatan kemahiran bagi memenuhi keperluan majikan. Oleh itu,
suatu bentuk kerjasama antara industry dan institusi pendidikan adalah diperlukan. Tujuan
Pembelajaran di tempat kerja menurut Colin (2004 dalam Azman Hassan 2012), untuk
mengwujudkan sinergi antara pengetahuan bekerja dan belajar dan aplikasi pengetahuan
praktikal dalam situasi kerja sebenar.
7
Pembelajaran ditempat kerja yang dilaksanakan secara sendiri dan bukannya spoon
feeding seperti yang diamalkan di sekolah. Hal ini akan meningkatkan lagi kecekapan minda dan
kemahiran berfikir seseorang itu dalam melaksanakan tugas dan masalah yang timbul. Menurut
Gray (2001 dalam Azman Hassan 2012), pembelajaran ditempat kerja yang dilaksanakan sendiri
adalah berbeza dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisional di dalam kelas
kerana proses pembelajaran di tempat kerja melibatkan pembelajaran persekitran tempat kerja
secara langsung. Proses ini melibatkan pembelajaran melalui kerja, pembelajaran untuk kerja dan
pembelajaran di tempat kerja. Salah satu proses pembelajaran yang dilaksanakan ialah dengan
menerusi pengalaman melaksanakan kerja sebenar di tempat kerja. Teori Pembelajaran
Kontekstual telah dicadangkan oleh John Dewey (1916 dalam Azman Hassan 2012) yang
menyatakan bahawa pembelajaran ini merupakan aktiviti pembelajaran yang bersandarkan
kepada pengalaman pelajar hasil daripada gabungan maklumat atau pengetahuan dan
persekitaran. Menerusi pembelajaran melalui pengalaman pelajar mendapat pengetahuan melalui
cara-cara pembelajaran seperti dengan memahami konsep dan principal serta melakukan
praktikal terhadap konsep tersebut (konseptual abstraks dan eksperimentasi aktif). Selain itu
melalui pengamatan terhadap persekitaran dalam konteks ini pelajar didedahkan dengan
pengalaman baru menerusi pemerhatian, pemantapan konsep serta pengalaman melaksanakan
praktikal yang baru di tempat kerja.
8
RUJUKAN
Amir Hasan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan Edisi Ketiga. Tanjong Malim
: Quantum Books.
Armstrong, A. & Foley, P. (2003). Foundations for A Learning Organization : Organization
Learning Mechanisms, Learning Organization, 10 (2), 74-82.
Azman Hassan (2012). Diperolehi daripada laman web pada 15 April 2016
http://eprints.utm.my/31353/3/AzmanHassanPFP2012CHAP1.pdf
Hager (2003). Lifelong Learning In The Workplace. Paper Presented at 3rd International
Conference On Researching Work And Learning, University Of Tempere, Tempere.
Hurley (2008). The Importance of Strong Business Communication Skills. McGraw Hill Inc.
Iris Ai-Tzu Li (2003). Workplace as Learning Environment : Factors That Promote or Impede
Learning In A Library Setting In Experiential Community, Paper Presented at Workbase
Researching Learning Outsite Academy Conference Proceedings. Scotland.
Johnson, R. H., McGregor and Johnson. G. (2002). Changing Models for Changing
Times:Learning and Assesment Practises in this Workplace RCVET Working pages
Jann Hidajat (2013). Personal Knowledge Management : ITB
Moses, K. (2012). Organizational Learning and Market Performance : The Interactive Effect
of Market Orientation. Journal of Economics and International Finance, 4(10), 226-
235.
Nijhof, W. I., Margriet, J. Beukhof, G. (1998). Employee Commitment in Changing
Organization : An Exploration. Journal of European Industrial Training. 2, 243-248.
Rozaina (2009). Dipetik dari laman web pada 15 April 2016
http://eprints.utm.my/44018/3/MohdHafizAbdRahimMFPPSM2013CHAP1.pdf
Salleh, L.M. & Noah, S.M. (2000). The Importance of Oral Communication Among UPM
Business Students. University Putra Malaysia Press
Shahabuddin Hashim dan Rohizani Yaakub (2008). Psikologi Pembelajaran dan Personaliti.
Shah Alam : PTS Publication Sdn. Bhd.
Sharifah Alwiah (1987). Psikologi Pendidikan . Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Shafini Ibrahim (2005). PengaruhBudaya Sekolah Terhadap Pengajaran Guru Tingkatan 3
Matapelajaran KHB. Tidak diterbitkan. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.
Soekidjo, Notoadmodjo. (2002). Metodologi Penelitian Kesehatan. Jakarta : PT Rineka Cipta
Smith, T. C. (2003) Synthesis of Selected Instructional Design Theories. ED7620 Theoritical
Basis of Intructional Design.
Tsan Pui Lian (2004). Persepsi Pekerja Sokongan Terhadap Keperluan Mentoring. Universiti
Malaysia Sarawak.

More Related Content

What's hot

1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit
1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit
1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit
Danielson Tajak
 
Laporan kajian tindakan pen. moral
Laporan kajian tindakan pen. moralLaporan kajian tindakan pen. moral
Laporan kajian tindakan pen. moral
Puvaneswari Punis
 
PERANAN GURU UNTUK MELAHIRKAN SEKOLAH BERKESAN
PERANAN GURU UNTUK MELAHIRKAN SEKOLAH BERKESANPERANAN GURU UNTUK MELAHIRKAN SEKOLAH BERKESAN
PERANAN GURU UNTUK MELAHIRKAN SEKOLAH BERKESAN
Syuhaila Shukri
 
Kajian tindakan munchit
Kajian tindakan munchitKajian tindakan munchit
Kajian tindakan munchit
huda hamdan
 
Ppt admin shinta
Ppt admin shintaPpt admin shinta
Ppt admin shinta
yu_furi
 
Pelatihan &pengembangan
Pelatihan &pengembanganPelatihan &pengembangan
Pelatihan &pengembangan
sarni72
 
Pelatihan & Pengembangan
Pelatihan & PengembanganPelatihan & Pengembangan
Pelatihan & Pengembangan
LeonartMaruli
 

What's hot (20)

MANAGING TRAINING AND DEVELOPMENT
MANAGING TRAINING AND DEVELOPMENTMANAGING TRAINING AND DEVELOPMENT
MANAGING TRAINING AND DEVELOPMENT
 
1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit
1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit
1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit
 
Makalah motivasi ptk
Makalah motivasi ptkMakalah motivasi ptk
Makalah motivasi ptk
 
Laporan kajian tindakan pen. moral
Laporan kajian tindakan pen. moralLaporan kajian tindakan pen. moral
Laporan kajian tindakan pen. moral
 
Forum 3
Forum 3Forum 3
Forum 3
 
694
694694
694
 
PERANAN GURU UNTUK MELAHIRKAN SEKOLAH BERKESAN
PERANAN GURU UNTUK MELAHIRKAN SEKOLAH BERKESANPERANAN GURU UNTUK MELAHIRKAN SEKOLAH BERKESAN
PERANAN GURU UNTUK MELAHIRKAN SEKOLAH BERKESAN
 
Kajian tindakan munchit
Kajian tindakan munchitKajian tindakan munchit
Kajian tindakan munchit
 
kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
 kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen... kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
 
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahKepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
 
Pengetua berkesan sekolah berkesan
Pengetua berkesan sekolah berkesanPengetua berkesan sekolah berkesan
Pengetua berkesan sekolah berkesan
 
Eem 522 kaedah startegi mengajar moral
Eem 522 kaedah startegi mengajar moralEem 522 kaedah startegi mengajar moral
Eem 522 kaedah startegi mengajar moral
 
Ppt admin shinta
Ppt admin shintaPpt admin shinta
Ppt admin shinta
 
Pelatihan &pengembangan
Pelatihan &pengembanganPelatihan &pengembangan
Pelatihan &pengembangan
 
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...
 
Pelatihan & Pengembangan
Pelatihan & PengembanganPelatihan & Pengembangan
Pelatihan & Pengembangan
 
Jurnal PENELITIAN
Jurnal PENELITIANJurnal PENELITIAN
Jurnal PENELITIAN
 
Review Journal Management and Leadership
Review Journal Management and LeadershipReview Journal Management and Leadership
Review Journal Management and Leadership
 
Jurnal berwasit word
Jurnal berwasit wordJurnal berwasit word
Jurnal berwasit word
 
Trends and issues in education for mathematical sciences
Trends and issues in education for mathematical sciencesTrends and issues in education for mathematical sciences
Trends and issues in education for mathematical sciences
 

Viewers also liked (14)

Raymond mill machine 7
Raymond mill machine 7Raymond mill machine 7
Raymond mill machine 7
 
what_every_new_agent_needs_right_out_of_the_gate
what_every_new_agent_needs_right_out_of_the_gatewhat_every_new_agent_needs_right_out_of_the_gate
what_every_new_agent_needs_right_out_of_the_gate
 
Lemon
LemonLemon
Lemon
 
VMware Certified Professional 6 - Data Center Virtualization certificate
VMware Certified Professional 6 - Data Center Virtualization certificateVMware Certified Professional 6 - Data Center Virtualization certificate
VMware Certified Professional 6 - Data Center Virtualization certificate
 
Hombres iguales por naturaleza -Thomas Hobbes-.
Hombres iguales por naturaleza -Thomas Hobbes-.Hombres iguales por naturaleza -Thomas Hobbes-.
Hombres iguales por naturaleza -Thomas Hobbes-.
 
Writing process
Writing processWriting process
Writing process
 
David shawl design portfolio draft examples
David shawl design portfolio draft examplesDavid shawl design portfolio draft examples
David shawl design portfolio draft examples
 
Navin_Kumar_Singh
Navin_Kumar_SinghNavin_Kumar_Singh
Navin_Kumar_Singh
 
Taller de scratch
Taller de scratchTaller de scratch
Taller de scratch
 
Pertanian di England pada abad ke-17 dan 18
Pertanian di England pada abad ke-17 dan 18Pertanian di England pada abad ke-17 dan 18
Pertanian di England pada abad ke-17 dan 18
 
Resume - ISMAIL AL AZEM
Resume - ISMAIL AL AZEMResume - ISMAIL AL AZEM
Resume - ISMAIL AL AZEM
 
2015 ujian bulanan 1 mac (pp)
2015 ujian bulanan 1 mac (pp)2015 ujian bulanan 1 mac (pp)
2015 ujian bulanan 1 mac (pp)
 
Mapa conceptual higiene y seguridad industrial
Mapa conceptual higiene y seguridad industrialMapa conceptual higiene y seguridad industrial
Mapa conceptual higiene y seguridad industrial
 
Percubaan pt3 math
Percubaan pt3 mathPercubaan pt3 math
Percubaan pt3 math
 

Similar to Tugasan 1033 adelina2

Teori pembelajaran dan dinamika kelompok dalam pelatihan
Teori pembelajaran dan dinamika kelompok dalam pelatihanTeori pembelajaran dan dinamika kelompok dalam pelatihan
Teori pembelajaran dan dinamika kelompok dalam pelatihan
Bun Faris
 
Tugasan individu npqel
Tugasan individu npqelTugasan individu npqel
Tugasan individu npqel
hallic
 
Pengaruh efektifitas pembelajaran dengan menggunanakan media animasi flash te...
Pengaruh efektifitas pembelajaran dengan menggunanakan media animasi flash te...Pengaruh efektifitas pembelajaran dengan menggunanakan media animasi flash te...
Pengaruh efektifitas pembelajaran dengan menggunanakan media animasi flash te...
Edah Rossansen
 
belajar pembelajaran
belajar pembelajaranbelajar pembelajaran
belajar pembelajaran
ahmadfwzzy
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
Didie Patient
 
pengurusan rekod murid
pengurusan rekod muridpengurusan rekod murid
pengurusan rekod murid
Opie Mohamad
 
JURNAL KARIER TEORI HOLLAND (REFERENSI)
JURNAL KARIER TEORI HOLLAND (REFERENSI)JURNAL KARIER TEORI HOLLAND (REFERENSI)
JURNAL KARIER TEORI HOLLAND (REFERENSI)
Nur Arifaizal Basri
 
Laluan kerjaya dalam profesion keguruan
Laluan kerjaya dalam profesion keguruanLaluan kerjaya dalam profesion keguruan
Laluan kerjaya dalam profesion keguruan
Munirah Muni
 

Similar to Tugasan 1033 adelina2 (20)

Teori pembelajaran dan dinamika kelompok dalam pelatihan
Teori pembelajaran dan dinamika kelompok dalam pelatihanTeori pembelajaran dan dinamika kelompok dalam pelatihan
Teori pembelajaran dan dinamika kelompok dalam pelatihan
 
Teori pembelajaran dan dinamika kelompok dalam pelatihan
Teori pembelajaran dan dinamika kelompok dalam pelatihanTeori pembelajaran dan dinamika kelompok dalam pelatihan
Teori pembelajaran dan dinamika kelompok dalam pelatihan
 
Paradigma Pengembangan Sumber Daya Manusia (Paradigms of HRD)
Paradigma Pengembangan Sumber Daya Manusia (Paradigms of HRD)Paradigma Pengembangan Sumber Daya Manusia (Paradigms of HRD)
Paradigma Pengembangan Sumber Daya Manusia (Paradigms of HRD)
 
PENGARUH IKLIM ORGANISASI TERHADAP MOTIVASI DAN KINERJA GURU
PENGARUH IKLIM ORGANISASI  TERHADAP MOTIVASI DAN KINERJA GURUPENGARUH IKLIM ORGANISASI  TERHADAP MOTIVASI DAN KINERJA GURU
PENGARUH IKLIM ORGANISASI TERHADAP MOTIVASI DAN KINERJA GURU
 
Contoh Reading List Jurnal
Contoh Reading List JurnalContoh Reading List Jurnal
Contoh Reading List Jurnal
 
24. kepentingan iklim sekolah dalam mempengaruhi
24. kepentingan iklim sekolah dalam mempengaruhi24. kepentingan iklim sekolah dalam mempengaruhi
24. kepentingan iklim sekolah dalam mempengaruhi
 
Tugasan individu npqel
Tugasan individu npqelTugasan individu npqel
Tugasan individu npqel
 
Pengaruh efektifitas pembelajaran dengan menggunanakan media animasi flash te...
Pengaruh efektifitas pembelajaran dengan menggunanakan media animasi flash te...Pengaruh efektifitas pembelajaran dengan menggunanakan media animasi flash te...
Pengaruh efektifitas pembelajaran dengan menggunanakan media animasi flash te...
 
Perbedaan motivasi belajar antara mahasiswa yang bekerja dan tidak bekerja pa...
Perbedaan motivasi belajar antara mahasiswa yang bekerja dan tidak bekerja pa...Perbedaan motivasi belajar antara mahasiswa yang bekerja dan tidak bekerja pa...
Perbedaan motivasi belajar antara mahasiswa yang bekerja dan tidak bekerja pa...
 
belajar pembelajaran
belajar pembelajaranbelajar pembelajaran
belajar pembelajaran
 
Tajuk 1 done
Tajuk 1 doneTajuk 1 done
Tajuk 1 done
 
Tajuk 1 done
Tajuk 1 doneTajuk 1 done
Tajuk 1 done
 
pengelolaan pendidikan
pengelolaan pendidikanpengelolaan pendidikan
pengelolaan pendidikan
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
 
RANGKUMAN DIKTAT Andragogi UNIVERSITAS PALAGKARAYA
RANGKUMAN DIKTAT Andragogi UNIVERSITAS PALAGKARAYA RANGKUMAN DIKTAT Andragogi UNIVERSITAS PALAGKARAYA
RANGKUMAN DIKTAT Andragogi UNIVERSITAS PALAGKARAYA
 
pengurusan rekod murid
pengurusan rekod muridpengurusan rekod murid
pengurusan rekod murid
 
JURNAL KARIER TEORI HOLLAND (REFERENSI)
JURNAL KARIER TEORI HOLLAND (REFERENSI)JURNAL KARIER TEORI HOLLAND (REFERENSI)
JURNAL KARIER TEORI HOLLAND (REFERENSI)
 
Laluan kerjaya dalam profesion keguruan
Laluan kerjaya dalam profesion keguruanLaluan kerjaya dalam profesion keguruan
Laluan kerjaya dalam profesion keguruan
 
proposal pengalaman organisasi terhadap gaya kepemimpinan mahasiswa prodi S1 ...
proposal pengalaman organisasi terhadap gaya kepemimpinan mahasiswa prodi S1 ...proposal pengalaman organisasi terhadap gaya kepemimpinan mahasiswa prodi S1 ...
proposal pengalaman organisasi terhadap gaya kepemimpinan mahasiswa prodi S1 ...
 

Recently uploaded

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 

Recently uploaded (20)

DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 

Tugasan 1033 adelina2

  • 1. TUGASAN1 SEMESTER JAN2016 KOD SUBJEK : DMED 1033 NAMA SUBJEK : LEARNING AND COGNITION TAHAP : MASTER ADELINA MIRAN JALONG VMD1A616169 MASTER PENDIDIKAN EN. DENIS HANG BILANG BELAGA NAMA PELAJAR : NO. MATRIK : PROGRAM : FASILITATOR AKADEMIK : PUSAT PEMBELAJARAN :
  • 2. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 1 2.0 IDEA UTAMA ARTIKEL DAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN 2 2.1 IDEA UTAMA 2 2.2 PENDEKATAN PEMBELAJARAN 4 3.0 RUMUSAN 8 RUJUKAN
  • 3. 1.0 PENGENALAN Pengetahuan adalah satu tradisi yang telah menjadi intipati kepada proses pembelajaran. Pengetahuan dapat disimpulkan sebagai suatu keadaan yang hadir dalam hati dan pemikiran seseorang yang berpunca daripada persentuhan, hubungan, komunikasi, tradisi, mahupun pemikiran seseorang itu sendiri. Namun, pada masa kini, pengetahuan semakin berkembang maju seiring dengan kepesatan pembangunan. Pengetahuan telah menjadi pemangkin utama bagi persaingan yang sihat di pasaran dunia. Antara faktor yang mempengaruhi pengetahuan adalah pengalaman, pendidikan, umur, ekonomi dan media massa. Namun bagi Paivi Tynjala, di dalam artikelnya ”Perspective Into Learning at The Workplace” menyatakan bahawa terdapat perbezaan di antara pengetahuan am yang diperlukan di tempat kerja serta pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di sekolah. Pengetahuan ialah hasil “tahu” dan ini terjadi setelah orang melakukan pengamatan terhadap suatu objek tertentu. Pengamatan terjadi melalui panca indera manusia iaitu : indera penglihatan, pendengaran, hidu, rasa dan raba. Sebagian besar pengetahuan manusia diperoleh melalui mata dan telinga (Soekidjo, Notoadmodjo 2003). Thomas Davenport, 1998 dalam buku Personal Knowledge Management menyatakan pengetahuan ialah gabungan dari pengalaman, nilai, informasi kontekstual, pandangan pakar dan intuisi mendasar yang memberikan suatu lingkungan dan kerangka untuk mengevaluasi dan menyatukan pengalaman baru dengan informasi. Drucker (1998) dalam buku Personal Knowledge Management pula mendefinisikan pengetahuan sebagai informasi yang mengubah sesuatu atau seseorang. Hal ini terjadi kerana informasi tersebut menjadi dasar seseorang untuk bertindak, dimana pengetahuan tersebut akan memampukan seseorang atau institusi untuk mengambil tindakan yang berbeza atau tindakan yang lebih efektif dibandingkan tindakan seseorang yang tidak memiliki pengetahuan. Menurut Sharifah Alwiah (1987), pembelajaran menunjukkan perubahan tingkah laku. Dengan kata lain, hasil pembelajaran setiap kali berlakunya pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku yang dapat dilihat. Menurut Shahabuddin dan Rohizani (2004), pembelajaran merupakan proses di mana individu dapat mengubah sikap dan tingkah laku mereka untuk berkembang secara berterusan dan tekal serta mampu menggunakan ilmu dan kemahiran yang diperolehi untuk kemajuan diri. 1
  • 4. 2.0 IDEA UTAMA ARTIKEL DAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN 2.1 IDEA UTAMA ARTIKEL Antara idea utama yang diketengahkan oleh P. Tynjala (2008) dalam artikel ialah perbezaan utama di antara pengetahuan am yang diperlukan di tempat kerja serta pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di sekolah adalah ramalan. Bagi tempat kerja, hasil pembelajaran adalah sukar diramal dan lebih tertakluk kepada keadaan semasa dalam menyiapkan sesuatu pekerjaan. Berbeza dengan apa yang berlaku di sekolah, di mana hasil pembelajaran boleh diramal. Hal ini dapat dilihat dari sudut teori dan amali di mana, di tempat kerja teori dan amali disatukan dalam menyiapkan sesuatu pekerjaan. Namun, di sekolah pula teori dan amali sering dipecahkan. Menurut kajian Shafini (2005), budaya sekolah selamat akan menimbulkan suasana pengajajaran dan pembelajaran yang baik. Lebih-lebih lagi jika melibatkan sekolah berasrama penuh. Budaya merupakan apa yang terkandung dalam diri individu hasil dari pengalaman interaksi sosial dengan masyarakat di sekeliling. Marimuthu (1990) yang dipetik oleh Shafini (2005), menyatakan bahawa budaya sekolah terdiri daripada nilai-nilai, kepercayaan, pengetahuan dan tradisi, cara berfikir dan tingkah laku yang semuanya berbeza daripada institusi sosial yang lain. Oleh itu, dapat dirumuskan murid belajar sesuatu pengetahuan baru melalui pengalaman, budaya dan persekitaran sekolah serta orang disekeliling. Pembelajaran di tempat kerja, berlaku pada tahap yang berbeza. Hal ini kerana, seseorang itu belajar melalui penyertaan di dalam sesebuah kursus tertentu untuk sesuatu pekerjaan. Selain itu, kerjasama dengan pekerja lain dalam menghadapi cabaran baru turut menjadi penyumbang utama kepada berlakunya pembelajaran. Secara tidak langsung, hal ini bertambah baik dengan penyelesaian masalah yang progresif dan konseptual. Nijhof et. al. (1998), telah membuat kajian tentang hubungan antara faktor- faktor yang mempengaruhi komitmen dan kesannya terhadap tugas dan faktor organisasi. Kajian melibatkan sampel seramai 290 orang Pengurus Sumber Manusia di Netherlands. Hasil kajian mendapati bahawa faktor organisasi, menggunakan aspek latihan dan pembangunan mempunyai hubungan positif lemah dengan komitmen pekerja kepada 2
  • 5. organisasi. Orpen (1997) telah menjalankan kajian tentang kesan aktiviti mentoring secara formal terhadap motivasi kerja pekerja, komitmen pekerja kepada organisasi dan prestasi kerja. Kajian ini telah dijalankan di industri perkilangan bersaiz sederhana berdasarkan aktiviti mentoring yang telah dijalankan selama dua tahun di syarikat tersebut. Responden kajian terdiri daripada 39 orang mentor dan 39 orang mentee yang terlibat dalam aktiviti tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa semakin baik hubungan antara mentor dan mentee dalam aktiviti mentoring tersebut, semakin bermotivasi untuk bekerja dengan lebih kuat dan semakin komited pekerja kepada organisasi. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara aktiviti mentoring tersebut dengan motivasi dan komitmen kepada organisasi yang mempunyai hubungan yang baik dengan mentor. Pembelajaran di tempat kerja dapat dibahagikan kepada dua, iaitu formal dan juga tidak formal. Pembelajaran secara formal ini secara umumnya menekankan pengetahuan secara am. Hal ini merangkumi aspek yang luas dari segi pemahaman. Namun bagi cara informal pula, ia banyak menekankan pengajaran yang dipelajari. Antara kepentingan mempunyai pendidikan formal adalah pendidikan formal dapat menjadi asas bagi setiap pekerjaan tidak mengira pangkat mahupun darjat seseorang. Namun begitu, ia perlu ditambah baik dengan menekankan lebih pembelajaran dalam menempuhi cabaran dunia luar dan masa hadapan. Tahap penglibatan individu dalam proses pembelajaran di tempat kerja dilihat sebagai satu pengukuran bagaimana individu mengamalkan budaya kerja yang berkualiti melalui pendekatan informal dan non-formal yang dipelajari bagi memastikan nilai efikasi diri setiap pekerja dapat ditingkatkan seterusnya tahap penglibatan akan turut sama meningkat. Ini kerana efikasi individu didapati mempunyai perkaitan dengan prestasi kerja dan pembangunan diri individu dalam kerjayanya (Roziana, 2009). Bidang pendidikan dan dunia pekerjaan harus berkolaborasi. Kolaborasi yang membolehkan para pelajar mengikuti program yang secara tidak langsung dapat memberikan mereka pengalaman serta pengetahuan dalam erti sebenar cabaran dunia pekerjaan. Warga pendidik universiti perlu berperanan membantu pelajar melengkapkan dan mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam sektor 3
  • 6. pekerjaan sebelum bergelar graduan (Ahmad Muhaimin Mohamad, Jamalludin Haji Harun, Baharuddin Aris, 2008). Terdapat pelbagai cara boleh digunakan bagi membantu pelajar universiti mempertingkatkan kemahiran pekerjaan. Antara disarankan ialah keperluan latihan industri, pakej latihan kemahiran dan pengintegrasian kompenen kemahiran dalam kokurikulum. Sesuai dengan cadangan berkenaan, perkembangan teori dan kaedah pembelajaran boleh dijadikan panduan bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran sebagai mana dalam konteks memenuhi keperluan dunia pekerjaan (Smith, 2003) iaitu penekanan kepada kemahiran. Dari sudut pekerja pula, mereka dapat belajar dan meningkatkan profesionaliti dan kebolehan diri ke tahap maksima. Menurut Iris (2003), objektif utama penyediaan persekitaran pembelajaran adalah untuk meningkatkan prestasi dan kualiti pekerja pada tahap yang diperlukan oleh organisasi. Elemen yang utama dalam mengwujudkan persekitaran pembelajaran yang berkesan adalah sokongan dan kerjasama dengan pihak organisasi. Beliau berpendapat bahawa persekitaran pembelajaran yang positif akan menggalakkan sikap hormat-menghormati, meningkatkan darjah kepercayaan pekerja terhadap organisasi, pengiktirafan pekerja secara individu dan pekerja lebih berinisiatif melakukan sesuatu. Malah menurut beliau, persekitaran pembelajaran yang positif adalah satu nilai kecemerlangan yang penting bagi memastikan setiap objektif pembelajaran tercapai. Manakala persekitaran pembelajaran yang negatif pula memberi kesan terhadap proses pembelajaran kurang efektif dan hasilnya akan menyebabkan individu kurang minat untuk belajar. Aspek pembelajaran di tempat kerja merangkumi peluang pembelajaran, persekitaran pembelajaran dan sokongan organisasi seperti mana yang telah dicadangkan oleh Armstrong dan Foley (2003). 2.2 PENDEKATAN PEMBELAJARAN Antara pendekatan pembelajaran yang diketengahkan oleh P. Tynjala (2008) dalam artikel ialah belajar melakukan sesuatu tugasan itu sendiri. Menurut beliau belajar melakukan tugasan sendiri akan membolehkan seseorang mempelajari perkara itusendiri dan hasil yang didapati tidak semestinya seperti yang diingini. Namun seseorang itu secara langsung telah belajar berdikari dan mempertajamkan kemahiran dirinya. Hal ini 4
  • 7. turut dipengaruhi dengan jati diri, usaha, kreativiti, inovatif dan sebagainya. yang terdapat dalam diris eseorang individu itu. Kelebihan utama yang menjad tunggak dalam pendekatan ini adalah dapat belajar berdikari. Pendekatan seterusnya ialah bekerja dalam kumpulan. Asas sesebuah organisasi yang mantap iaitu boleh memperkaya ilmu seseoang individu apabila berlaku interaksi dalm kumpulan. Interaksi ini melibatkan interaksi antara seseorang yang professional dengan pekerja baru seperti konsep mentoring yang melibatkan mentor dan mentee. Mentoring didapati memainkan peranan yang penting dalam pembangunan kerja semasa, kerjaya dan pembangunan individu (Broadbridge, 1999 dalam Tsan Pui Lian, 2004). Tujuan mentoring dilaksanakan ialah untuk membangunan kemahiran pengurusan dalam diri seseorang individu (Clutterbuck, 1991 dalam Tsan Pui Lian, 2004 ), malah juga bagi melengkapkan individu tersebut supaya berkeupayaan untuk melaksanakan kerjanya pada masa yang akan datang (Stone, 1999 dalam Tsan Pui Lian, 2004). Ini kerana sesebuah organisasi memerlukan pekerja yang produktif dan berkemahuan untuk belajar serta berkeupayaan menyesuaikan diri semasa menghadapi sebarang perubahan di dalam organisasi dalam era yang mencabar. Kajian yang dijalankan terhadap 347 profesional perpustakaan dan informasi di Britain telah menunjukkan bahawa fungsi utama bagi seseorang mentor ialah menjadi seorang penyokong dalam pembangunan kerjaya (Nankivell dan Shoolherd, 1997 dalam Tsan Pui Lian, 2004). Di samping itu, kajian lepas juga telah membuktikan bahawa pelaksanaan program mentoring dapat meningkatkan pembangunan dalam perancangan dan pengurusan, mempercepatkan proses induksi bagi pekerja baru, meningkatkan komunikasi dan produktiviti (Zey, 1984 dalam Tsan Pui Lian, 2004) dan pada masa yang sama mengurangkan kos latihan (Carter, 1994 dalam Tsan Pui Lian, 2004). Pekerja yang inginkan pelaksanaan skim atau program mentoring dapat meningkatkan produktiviti organisasi di samping terdapat peningkatan dalam prestasi kerja (Zey, 1984 dalam Tsan Pui Lian, 2004). Pendekatan seterusnya ialah mengurus pelanggan atau klien dengan kemahiran softskill dan komunikasi yang tinggi. Menurut penulis, seseorang perlulah bergaul dengan masyarakat berbilang kaum untuk eningkatkan kemahiran sosialnya. Secara langsung individu tersebut akan eningkatkan tahap profesionalisme dalam menjawab 5
  • 8. soalan-soalan yang akan dikemukakan oleh klien. Dalam kajian yang dijalankan oleh Salleh dan Noah (2000) kemahiran komunikasi sangat penting dalam kalangan pelajar. Mereka ada menyatakan bahawa bagi memastikan sesebuah organisasi terus maju kehadapan, kemahiran insaniah amat dititikberatkan oleh majikan semasa mencari calon- calon yang layak dan bersesuaian dengan kriteria yang dikehendaki seperti calon yang boleh mengendalikan orang ramai, bekerja dengan orang ramai dan berkomunikasi dengan orang ramai. Apabila menyalurkan sesebuah maklumat, masyarakat lebih suka komunikasi secara lisan berbanding secara bertulis. Hal ini kerana, apabila maklumat itu disalurkan secara bercakap akan mengurangkan masa penyampaian, tidak memerlukan komputer, penyalinan semula dan pengedaran. Melihat kepada kepentingan komunikasi yang berkesan, organisasi pada masa kini mengambil pekerja yang sudah mempunyai kemahiran komunikasi dan melatih pekerja yang sememangnya sudah berkhidmat di dalam syarikat supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran komunikasi yang ada di dalam diri mereka. Kepentingan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar turut disokong oleh Hurley (2008), yang ada menyatakan bahawa keperluan bagi kemahiran komunikasi ini adalah perlu di dalam semua karier yang diceburi oleh pelajar, kerana 80% daripada masa mereka bekerja nanti mereka akan sentiasa berkomunikasi di antara satu sama lain, berseorangan atau di dalam kumpulan. Menurut beliau lagi, bagi pelajar yang mempunyai latar belakang teknikal seperti jurutera menghabiskan waktu bekerja untuk menulis, bercakap dan mendengar. Malahan mereka mendapat pendapatan yang lebih lumayan seandainya mereka mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. Beliau juga menyatakan lagi bahawa kemahiran komunikasi ini sangat penting dan hendaklah dimiliki oleh pelajar semasa menghadiri temuduga, hal ini kerana menurut beliau, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik adalah persepsi pertama majikan sama ada untuk menerima anda sebagai seorang pekerja atau menolak anda. 3.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya, saya bersetuju dengan pendapat penulis iaitu P. Tynjala (2008) dalam artikelnya. Rumusan yang telah diketengahkan oleh beliau dalam artikelnya ialah dapat membezakan belajar di sekolah secara formal dan belajar sambil bekerja secara tidak formal. 6
  • 9. Perubahan yang dihadapi oleh peredaran zaman memerlukan setiap individu untuk meningkatkan tahap pendidikan masing-masing demi kebaikan organisasi, negara dan individu itu sendiri. Walaupun belajar secara formal dan tidak formal berbeza namun arah tujunya adalah sama iaitu untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan sedia ada seseorang itu. Pembelajaran di tempat kerja membolehkan seseorang itu belajar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi secara terus di tempat kerja sama ada secara individu atau berkumpulan. Pemikiran seseorang itu akan menjadi lebih matang apabila bergaul dengan rakan sejawat yang lebih senior. Secara tidak langsung sistem pementoring dijalankan. Selain itu, seseorang individu akan belajar untuk menyelesaikan masalah yang diberi walaupun di bawah tekanan kerja dan mampu untuk membahagikan masa dalam menyelesaikan kerja dan belajar. Pembelajaran di tempat kerja merupakan pendekatan pembelajaran yang menjurus kepada teori konstruktivisme telah dijadikan sebagai satu strategi pendidikan yang telah diamalkan di seluruh dunia selama bertahun-tahun (Wilson, 1972 dalam Azman Hassan 2012.). Manakala Stone, 1994 menyatakan bahawa dalam pengajian pendidikan tertiari pembelajaran di tempat kerja sesuai diaplikasikan bagi pendidikan vokasional dan teknikal tetapi bukan untuk program yang lebih kepada disiplin akademik seperti sains ekonomi atau perniagaan. Menurut Majdan 2002 dalam Azman Hassan 2012, pendidikan teknikal merupakan teras kejayaan dalam bidang industri negara-negara maju seperti Jerman, Perancis dan Jepun. Di Barat pula, menurut Brendann dan Little (1996 dalam Azman Hassan 2012 ), terdapat keperluan untuk menghasilkan individu yang berkemahiran dan memenuhi keperluan industry. Pihak majikan telah didesak untuk memastikan orang ramai di semua peringkat tenaga kerja mempunyai kemahiran yang diperlukan supaya dapat beroperasi dengan lebih berkesan. Menuut beliau lagi, sistem pendidikan juga telah digesa untuk memastikan bahawa rakyat telah diberikan satu bentuk asas pendidikan yang berkesan sebagai persediaan untyk menempuh alam pekerjaan dan perlu dimotivasikan supaya mereka mencapai potensi sebenar mereka, lebih bertanggungjawab untuk pembangunan diri dan peningkatan kemahiran bagi memenuhi keperluan majikan. Oleh itu, suatu bentuk kerjasama antara industry dan institusi pendidikan adalah diperlukan. Tujuan Pembelajaran di tempat kerja menurut Colin (2004 dalam Azman Hassan 2012), untuk mengwujudkan sinergi antara pengetahuan bekerja dan belajar dan aplikasi pengetahuan praktikal dalam situasi kerja sebenar. 7
  • 10. Pembelajaran ditempat kerja yang dilaksanakan secara sendiri dan bukannya spoon feeding seperti yang diamalkan di sekolah. Hal ini akan meningkatkan lagi kecekapan minda dan kemahiran berfikir seseorang itu dalam melaksanakan tugas dan masalah yang timbul. Menurut Gray (2001 dalam Azman Hassan 2012), pembelajaran ditempat kerja yang dilaksanakan sendiri adalah berbeza dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisional di dalam kelas kerana proses pembelajaran di tempat kerja melibatkan pembelajaran persekitran tempat kerja secara langsung. Proses ini melibatkan pembelajaran melalui kerja, pembelajaran untuk kerja dan pembelajaran di tempat kerja. Salah satu proses pembelajaran yang dilaksanakan ialah dengan menerusi pengalaman melaksanakan kerja sebenar di tempat kerja. Teori Pembelajaran Kontekstual telah dicadangkan oleh John Dewey (1916 dalam Azman Hassan 2012) yang menyatakan bahawa pembelajaran ini merupakan aktiviti pembelajaran yang bersandarkan kepada pengalaman pelajar hasil daripada gabungan maklumat atau pengetahuan dan persekitaran. Menerusi pembelajaran melalui pengalaman pelajar mendapat pengetahuan melalui cara-cara pembelajaran seperti dengan memahami konsep dan principal serta melakukan praktikal terhadap konsep tersebut (konseptual abstraks dan eksperimentasi aktif). Selain itu melalui pengamatan terhadap persekitaran dalam konteks ini pelajar didedahkan dengan pengalaman baru menerusi pemerhatian, pemantapan konsep serta pengalaman melaksanakan praktikal yang baru di tempat kerja. 8
  • 11. RUJUKAN Amir Hasan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan Edisi Ketiga. Tanjong Malim : Quantum Books. Armstrong, A. & Foley, P. (2003). Foundations for A Learning Organization : Organization Learning Mechanisms, Learning Organization, 10 (2), 74-82. Azman Hassan (2012). Diperolehi daripada laman web pada 15 April 2016 http://eprints.utm.my/31353/3/AzmanHassanPFP2012CHAP1.pdf Hager (2003). Lifelong Learning In The Workplace. Paper Presented at 3rd International Conference On Researching Work And Learning, University Of Tempere, Tempere. Hurley (2008). The Importance of Strong Business Communication Skills. McGraw Hill Inc. Iris Ai-Tzu Li (2003). Workplace as Learning Environment : Factors That Promote or Impede Learning In A Library Setting In Experiential Community, Paper Presented at Workbase Researching Learning Outsite Academy Conference Proceedings. Scotland. Johnson, R. H., McGregor and Johnson. G. (2002). Changing Models for Changing Times:Learning and Assesment Practises in this Workplace RCVET Working pages Jann Hidajat (2013). Personal Knowledge Management : ITB Moses, K. (2012). Organizational Learning and Market Performance : The Interactive Effect of Market Orientation. Journal of Economics and International Finance, 4(10), 226- 235. Nijhof, W. I., Margriet, J. Beukhof, G. (1998). Employee Commitment in Changing Organization : An Exploration. Journal of European Industrial Training. 2, 243-248.
  • 12. Rozaina (2009). Dipetik dari laman web pada 15 April 2016 http://eprints.utm.my/44018/3/MohdHafizAbdRahimMFPPSM2013CHAP1.pdf Salleh, L.M. & Noah, S.M. (2000). The Importance of Oral Communication Among UPM Business Students. University Putra Malaysia Press Shahabuddin Hashim dan Rohizani Yaakub (2008). Psikologi Pembelajaran dan Personaliti. Shah Alam : PTS Publication Sdn. Bhd. Sharifah Alwiah (1987). Psikologi Pendidikan . Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd. Shafini Ibrahim (2005). PengaruhBudaya Sekolah Terhadap Pengajaran Guru Tingkatan 3 Matapelajaran KHB. Tidak diterbitkan. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Soekidjo, Notoadmodjo. (2002). Metodologi Penelitian Kesehatan. Jakarta : PT Rineka Cipta Smith, T. C. (2003) Synthesis of Selected Instructional Design Theories. ED7620 Theoritical Basis of Intructional Design. Tsan Pui Lian (2004). Persepsi Pekerja Sokongan Terhadap Keperluan Mentoring. Universiti Malaysia Sarawak.