Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Artikel misi
1. MANUSIA DAN FITRAH!
Bismillah.
Aku bukanlah seorang muslim yang SUPER yang mana boleh jadi hebat seperti BATMAN, ULTRAMAN,
KELUANG MAN dan mana mana MAN yang adalah kat dunia ni. Hinggalah satu hari, Allah gerakkan
hati untuk buka sebuah 'buku' yang diluarnya tertulis AL-QURAN. Satu persatu ayat mata aku ligat
bergerak membaca tiap tiap bait baris hinggalah mata aku terhenti pada satu ayat, "sesungguhnya,
agama yang paling mulia di sisi Allah adalah Islam".
ISLAM?! Aku adalah seorang Muslim. 20 tahun aku berpijak di bumi nyata tapi tak pernah sekali pon
aku ambil air wudhu untuk dirikan solat. Entah entah, tertib berwudhu pon aku tak tahu. Ish Ish Ish.
Manusia jenis apa aku ini. Aku pernah dengar orang dulu dulu ajak aku nak ikut Islam. kata dia,
" Syakir, fitrah semua orang adalah buat baik. Kalau kau rasa jahat macam mana pon kau, mesti kau
pernah rasa nak buat baik. Cuba kalau aku campak kau kat tengah tengah laut, mesti waktu tu kau
akan cari sesuatu yang dapat selamatkan kau. Paling tak pon, waktu tu baru kau nak ingat Allah "
Waktu tu, aku terdiam dan otak aku ligat berfikir sampai tak tidur aku malam tu. Selama ni aku hidup,
tak pernah aku nak tunjukkan baik. Asyik nak fikir buat jahat sahaja. Pernah jugak rasa nak buat baik,
tapi malaslah! Sebab orang kata, baik adalah skema.
Tapi, bila aku fikir fikir balik, mungkin itulah ISLAM. Fitrah semua manusia adalah ISLAM
sebagaimana yang hadis pernah cerita kat kita cuma yang menjadikan mereka bukan ISLAM adalah
mak ayah mereka sendiri. Jadi, bila dah kata fitrah kita adalah ISLAM, kenapa harus kita takut nak
buat baik? Bukankah fitrah semua manusia adalah ISLAM? Renung - renungkan, kenang - kenangkan
dan beramallah dengan amal yang soleh.