SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Kenapa pertanian Thailand berjaya?

Kenapa pertanian Thailand berjaya?
Kegigihan petani Thailand mengusahakan dan memasarkan hasil tanaman mereka
sememangnya diketahui ramai. rakyat Malaysia kadangkala terlupa bahawa banyak produk
pertanian yang dihasilkan anak tempatan sebenarnya berkualiti. Apa yang sering kali
kedengaran ialah mereka teruja dengan produk pertanian dari negara jiran di sebelah utara iaitu
Thailand. Beras siam, mangga siam dan durian siam adalah antara produk pertanian keluaran
negara itu yang kerap kali kita dengar. Mengapa demikian? Adakah kerana produk pertanian
kita seperti durian dengan baka D24 dan sebagainya serta benih padi MR219 sebagai contoh,
belum begitu berdaya saing. Ada beberapa persoalan yang timbul dan ini dijawab jelas oleh
seorang usahawan pertanian yang juga Konsul Kehormat Diraja Thailand yang berpejabat di
Langkawi, Datuk Shazryl Eskay Abdullah. Pada pertemuan dengan Mega di Kuala Lumpur,
baru-baru ini, beliau yang dilantik ke jawatan tersebut pada 2004 berkongsi beberapa persoalan
untuk direnungi bersama. Antaranya, kenapa buah dan sayur Thailand lebih baik dan kenapa
sayur negara berkenaan mampu bersaing dalam pasaran eksport. Persoalannya yang tidak
kurang pentingnya ialah kenapa keluaran padi negara berkenaan cukup berkualiti dan mampu
memnuhi keperluan eksport? Persoalan-persoalan tersebut berada dalam lingkungan sektor
agro makanan dan selanjutnya beliau membawa kepada persoalan lain iaitu kenapa kita mampu
berada dalam kedudukan pertama dalam industri kayu getah. Beliau yang berasal dari Kedah,
menjelaskan terdapat beberapa perkara yang mendukung kejayaan Thailand dalam bidang
pertanian. Pertama, ia berkaitan dengan tenaga kerja yang mana mereka komited, tidak
ortodoks dan menguasai teknologi baru. ''Kerajaan Thailand sentiasa meningkatkan
pengetahuan dalam bidang teknologi pertanian serta asas tani kepada golongan petani mereka''
ujarnya. Perkara kedua berkaitan dengan sistem atau pendekatan pertanian di negara
berkenaan. Shazryl Eskay merujuk kepada sikap petani yang menganggap pertanian adalah
satu industri. Katanya, oleh kerana sumber tanah adalah terhad, petani mengeksploitasi setiap
inci tanah pertanian dan setiap pokok yang mereka tanam. ''Di Malaysia, kita memberi tumpuan
kepada pokok sehektar demi sehektar berbanding tumpuan kepada sepokok demi sepokok.
Setiap petani juga, katanya, diajar bahawa untuk berjaya dalam pertanian, amalan secara
holistik adalah penting kerana kualiti dan kuantiti hasil pengeluaran bergantung kepada pokok
yang sihat. Pokok yang sihat pula bergantung kepada tanah yang subur, manakala tanah yang
subur bergantung kepada kandungan atau sistem biodiversiti tanah seperti mikrob, cacing dan
hidupan lain dalam tanah. Pada masa sama, kerajaan negara berkenaan juga meningkatkan
infrastruktur pertanian dengan menyediakan pusat pungutan dan pemprosesan hasil setiap
daerah dan sistem silo (simpanan bijirin). Faktor ketiga yang beliau kongsi ialah penggunaan
benih yang bermutu. Katanya, klon benih memainkan peranan penting kerana yang
menentukan sama ada kualitinya baik seperti tahan lama, saiz sesuai, manis dan cantik.
Keseragaman klon juga penting dalam industri buah khususnya untuk pengetinan, selain kualiti
tahan penyakit. Faktor keempat yang tidak kurang pentingnya ialah baja. Menurut beliau, baja
yang baik mengandungi nutrien yang lengkap untuk keperluan tanaman dan tidak
memudaratkan tanah serta mikroorganisme. ''(Kebanyakan) baja yang berada di pasaran kini
tertumpu kepada keperluan tanaman sahaja," katanya. Beliau mempersoalkan kenapakah
pokok yang yang telah diberi baja masih mengalami masalah seperti penyakit, tidak
mengeluarkan getah dan buah tidak berkualiti, Apa yang berlaku dakwanya ialah masalah
'defiseinsi nutrin' kerana pokok tidak mendapat kuantiti dan baja yang diperlukan. ''Pokok perlu
16 jenis nutrien tapi yang dapat hanya baja N.P.K. sahaja sedangkan (nutrien) yang lain
diabaikan," katanya. Katanya, negara berkenaan memanfaatkan baja untuk melakukan
transformasi industri pertanian dan nama baja yang digunakan ialah Silicon 23 iaitu sejenis
baja mineral dan natural dari negara berkenaan. Faktor kelima ialah sistem pemasarannya yang
mana ia melibatkan syarikat penerbangan Thai Airways, amalan menggunakan koperasi
pengangkutan dan pembungkusan yang berkualiti. Oleh itu, katanya, faktor-faktor tersebut
wajar diberi perhatian sekiranya industri pertanian negara hendak ditransformasikan
bersungguh-sungguh. Beliau bagaimanapun berkata, sektor pertanian tempatan telah
memperkenalkan banyak klon benih dan baka untuk meningkatkan kualitinya. Bagaimanapun,
tanaman tersebut perlu nutrien yang lengkap dan berkesan untuk mencapai sasaran
pengeluarannya. Shazryl Eskay menjelaskan, pembajaan penting kerana ia mampu
menggantikan nutrien dan melengkapkan apa yang kurang Katanya, kadangkala berlaku kes
yang mana tanaman masih bermasalah meskipun telah diberi baja. Kelapa sawit sebagai contoh
merupakan jenis monoecious yang mampu menghasilkan bunga betina atau jantan. "Waktu
pembentukan jantina adalah sangat penting bagi tanaman itu dan sekiranya berlaku stres,
penghasilan bunga betina terbantut," katanya. Katanya, keadaan itu akan menyebabkan
pembentukan bunga jantan yang antara lain disebabkan tidak mendapat nutrien yang cukup
dan lengkap. Tanaman yang tidak mendapat nutrien yang cukup dan lengkap mengalami
masalah kekurangan zat. Ia disebabkan oleh dua faktor iaitu apabila tanaman tidak mendapat
kuantiti nutrien yang diperlukan dan tanaman tidak mendapat jenis nutrien yang diperlukan.
Kuantiti nutrien pula bergantung kepada jenis tanah sama ada berpasir tanah liat atau berasid.
Jika berpasir, baja akan hilang melalu proses larut resap dan jika tanah liat , baja akan hilang
menerusi proses pemeruwapan dan hilang apabila dalam proses larian permukaan semasa
hujan. Pembajaan di tanah berasid pula akan menyebabkan fosfat terikat dan tidak dapat
digunakan oleh tanaman. Justeru, waktu menabur baja penting bagi mengelakkan masalah
tersebut. Bagi jenis nutrien pula, beliau menjelaskan. tanaman memerlukan 16 jenis nutrien
untuk proses tumbesaran dan pengeluaran yang baik. Nutrien yang sentiasa digantikan melalui
proses pembajaan adalah NPK dan magnesium sahaja.

More Related Content

What's hot

Sektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierSektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierharalhaj
 
Sektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunderSektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunderharalhaj
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahFez Na
 
900 3 abk bengkel teknik menjawab pdf
900 3 abk bengkel teknik menjawab pdf900 3 abk bengkel teknik menjawab pdf
900 3 abk bengkel teknik menjawab pdfkombura
 
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)Farhana Aisyah Norzelan
 
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEMGEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEMFarhana Aisyah Norzelan
 
Kitaran hidrologi
Kitaran hidrologiKitaran hidrologi
Kitaran hidrologiKamilah Kam
 
Gangguan Ekosistem STPM
Gangguan Ekosistem STPMGangguan Ekosistem STPM
Gangguan Ekosistem STPMyenchuxx
 
Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
Pembangunan Lestari Pengertian Dan PengukurPembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukurmandalina landy
 
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuCabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuJANGAN TINGGAL DAKU
 
Faktor faktor pembentukan negara bangsa di turki pada abad ke -20{sejarah STP...
Faktor faktor pembentukan negara bangsa di turki pada abad ke -20{sejarah STP...Faktor faktor pembentukan negara bangsa di turki pada abad ke -20{sejarah STP...
Faktor faktor pembentukan negara bangsa di turki pada abad ke -20{sejarah STP...Nurul Atikah
 
FENOMENA IKLIM LUAR BIASA
FENOMENA IKLIM LUAR BIASAFENOMENA IKLIM LUAR BIASA
FENOMENA IKLIM LUAR BIASAAsmawi Abdullah
 
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANSEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANAsmawi Abdullah
 
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber HutanLangkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan末 Wei
 
Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)
Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)
Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)路人 路过
 
Bab9 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
Bab9 Kesan  Penerokaan Sumber Terhadap  Alam  SekitarBab9 Kesan  Penerokaan Sumber Terhadap  Alam  Sekitar
Bab9 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam SekitarCIKGUZARINAMN MN
 

What's hot (20)

Sektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierSektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertier
 
Sektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunderSektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunder
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkah
 
900 3 abk bengkel teknik menjawab pdf
900 3 abk bengkel teknik menjawab pdf900 3 abk bengkel teknik menjawab pdf
900 3 abk bengkel teknik menjawab pdf
 
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
 
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEMGEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
GEOGRAFI STPM PENGGAL3 - KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
 
Kitaran hidrologi
Kitaran hidrologiKitaran hidrologi
Kitaran hidrologi
 
Gangguan Ekosistem STPM
Gangguan Ekosistem STPMGangguan Ekosistem STPM
Gangguan Ekosistem STPM
 
Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
Pembangunan Lestari Pengertian Dan PengukurPembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
 
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuCabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
 
AIR TANIH
AIR TANIHAIR TANIH
AIR TANIH
 
Faktor faktor pembentukan negara bangsa di turki pada abad ke -20{sejarah STP...
Faktor faktor pembentukan negara bangsa di turki pada abad ke -20{sejarah STP...Faktor faktor pembentukan negara bangsa di turki pada abad ke -20{sejarah STP...
Faktor faktor pembentukan negara bangsa di turki pada abad ke -20{sejarah STP...
 
FENOMENA IKLIM LUAR BIASA
FENOMENA IKLIM LUAR BIASAFENOMENA IKLIM LUAR BIASA
FENOMENA IKLIM LUAR BIASA
 
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANSEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
 
Tpm
TpmTpm
Tpm
 
Kepentingan sektor pertanian
Kepentingan sektor pertanianKepentingan sektor pertanian
Kepentingan sektor pertanian
 
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber HutanLangkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
 
Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)
Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)
Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)
 
Bab9 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
Bab9 Kesan  Penerokaan Sumber Terhadap  Alam  SekitarBab9 Kesan  Penerokaan Sumber Terhadap  Alam  Sekitar
Bab9 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
 
Nota hujung
Nota  hujungNota  hujung
Nota hujung
 

Viewers also liked

From regional security to regional integration in west africa
From regional security to regional integration in west africaFrom regional security to regional integration in west africa
From regional security to regional integration in west africaKayode Fayemi
 
Colleague Voices: we can end homelessness
Colleague Voices: we can end homelessnessColleague Voices: we can end homelessness
Colleague Voices: we can end homelessnessfunderstogether
 
masco Proxy Statements 2004-
masco Proxy Statements 2004- masco Proxy Statements 2004-
masco Proxy Statements 2004- finance23
 
Fases de desarrollo de los grupos
Fases de desarrollo de los gruposFases de desarrollo de los grupos
Fases de desarrollo de los gruposElena de Rosa
 
Wiem, że nic nie wiem - moja krótka analiza rynku gier na Łódź Game Summit 2014
Wiem, że nic nie wiem - moja krótka analiza rynku gier na Łódź Game Summit 2014Wiem, że nic nie wiem - moja krótka analiza rynku gier na Łódź Game Summit 2014
Wiem, że nic nie wiem - moja krótka analiza rynku gier na Łódź Game Summit 2014Tomek Kreczmar
 
Boletin Acción Senatorial No.1
Boletin Acción Senatorial No.1Boletin Acción Senatorial No.1
Boletin Acción Senatorial No.1senatorialpp
 
Pobreza
PobrezaPobreza
Pobrezaslenin
 
Teachers as Successful Learners
Teachers as Successful LearnersTeachers as Successful Learners
Teachers as Successful LearnersRELOFay
 
Tutoria 1 seminario
Tutoria 1 seminarioTutoria 1 seminario
Tutoria 1 seminarioYEARPA
 
Master's Thesis - Diabetes Center of Excellence
Master's Thesis - Diabetes Center of ExcellenceMaster's Thesis - Diabetes Center of Excellence
Master's Thesis - Diabetes Center of Excellencebutest
 
Trabajo estructura de_datos_subir
Trabajo estructura de_datos_subirTrabajo estructura de_datos_subir
Trabajo estructura de_datos_subirvicmz
 
Tasa Moratlidad Infantil Municipal 2005 Mexico
Tasa Moratlidad Infantil Municipal 2005 MexicoTasa Moratlidad Infantil Municipal 2005 Mexico
Tasa Moratlidad Infantil Municipal 2005 Mexicoguestc74c5d0
 
Dr. Cantu Nhiaa Abbreviated
Dr. Cantu Nhiaa AbbreviatedDr. Cantu Nhiaa Abbreviated
Dr. Cantu Nhiaa Abbreviatednhiaa
 

Viewers also liked (20)

Pertanian teknologi thailand
Pertanian teknologi thailandPertanian teknologi thailand
Pertanian teknologi thailand
 
Tgs unidade 2
Tgs unidade 2Tgs unidade 2
Tgs unidade 2
 
Nicaragua1
Nicaragua1Nicaragua1
Nicaragua1
 
From regional security to regional integration in west africa
From regional security to regional integration in west africaFrom regional security to regional integration in west africa
From regional security to regional integration in west africa
 
National Reading Panel Report (USA)
National Reading Panel Report (USA)National Reading Panel Report (USA)
National Reading Panel Report (USA)
 
Colleague Voices: we can end homelessness
Colleague Voices: we can end homelessnessColleague Voices: we can end homelessness
Colleague Voices: we can end homelessness
 
masco Proxy Statements 2004-
masco Proxy Statements 2004- masco Proxy Statements 2004-
masco Proxy Statements 2004-
 
Fases de desarrollo de los grupos
Fases de desarrollo de los gruposFases de desarrollo de los grupos
Fases de desarrollo de los grupos
 
Auditoria
AuditoriaAuditoria
Auditoria
 
Wiem, że nic nie wiem - moja krótka analiza rynku gier na Łódź Game Summit 2014
Wiem, że nic nie wiem - moja krótka analiza rynku gier na Łódź Game Summit 2014Wiem, że nic nie wiem - moja krótka analiza rynku gier na Łódź Game Summit 2014
Wiem, że nic nie wiem - moja krótka analiza rynku gier na Łódź Game Summit 2014
 
Boletin Acción Senatorial No.1
Boletin Acción Senatorial No.1Boletin Acción Senatorial No.1
Boletin Acción Senatorial No.1
 
Pobreza
PobrezaPobreza
Pobreza
 
History Apple
History AppleHistory Apple
History Apple
 
Teachers as Successful Learners
Teachers as Successful LearnersTeachers as Successful Learners
Teachers as Successful Learners
 
Tutoria 1 seminario
Tutoria 1 seminarioTutoria 1 seminario
Tutoria 1 seminario
 
Master's Thesis - Diabetes Center of Excellence
Master's Thesis - Diabetes Center of ExcellenceMaster's Thesis - Diabetes Center of Excellence
Master's Thesis - Diabetes Center of Excellence
 
Trabajo estructura de_datos_subir
Trabajo estructura de_datos_subirTrabajo estructura de_datos_subir
Trabajo estructura de_datos_subir
 
Tasa Moratlidad Infantil Municipal 2005 Mexico
Tasa Moratlidad Infantil Municipal 2005 MexicoTasa Moratlidad Infantil Municipal 2005 Mexico
Tasa Moratlidad Infantil Municipal 2005 Mexico
 
Criminal law 2
Criminal law 2Criminal law 2
Criminal law 2
 
Dr. Cantu Nhiaa Abbreviated
Dr. Cantu Nhiaa AbbreviatedDr. Cantu Nhiaa Abbreviated
Dr. Cantu Nhiaa Abbreviated
 

Similar to MENCAPAI KEBERJAYAAN PERTANIAN THAILAND

Teknologi produksi tanaman jagung
Teknologi produksi tanaman jagung Teknologi produksi tanaman jagung
Teknologi produksi tanaman jagung Fitri Hamasah
 
Merebut kembali benih petani
Merebut kembali benih petaniMerebut kembali benih petani
Merebut kembali benih petaniTitis Priyowidodo
 
Taklimat Mardi Taaveekun
Taklimat Mardi TaaveekunTaklimat Mardi Taaveekun
Taklimat Mardi TaaveekunZaini Ithnin
 
Laporan praktikum produksi benih
Laporan praktikum produksi benihLaporan praktikum produksi benih
Laporan praktikum produksi beniharzaka
 
Bisnis singkong membangun bangsa
Bisnis singkong membangun bangsaBisnis singkong membangun bangsa
Bisnis singkong membangun bangsabumnbersatu
 
Pengembangan usaha agribisnis Jamur tiram
Pengembangan usaha agribisnis Jamur tiram Pengembangan usaha agribisnis Jamur tiram
Pengembangan usaha agribisnis Jamur tiram FillinaGrace
 
1.PENGANTAR HORT.ppt
1.PENGANTAR HORT.ppt1.PENGANTAR HORT.ppt
1.PENGANTAR HORT.ppte_firmansyah
 
Pengembangan usaha agribisnis Jamur tiram
Pengembangan usaha agribisnis Jamur tiram Pengembangan usaha agribisnis Jamur tiram
Pengembangan usaha agribisnis Jamur tiram FillinaGrace
 
Asia Tenggara Dalam Transformasi : contoh pertanian padi Malaysia
Asia Tenggara Dalam Transformasi : contoh pertanian padi MalaysiaAsia Tenggara Dalam Transformasi : contoh pertanian padi Malaysia
Asia Tenggara Dalam Transformasi : contoh pertanian padi MalaysiaSharifah Nor Hadaniah
 
3 draft proposal
3 draft proposal3 draft proposal
3 draft proposalSeno Waluyo
 
Praktek lapang sembawa rifa sotia
Praktek lapang sembawa   rifa sotia Praktek lapang sembawa   rifa sotia
Praktek lapang sembawa rifa sotia Rifa Rifa
 
Laporan Produksi Tanaman Kedelai
Laporan Produksi Tanaman KedelaiLaporan Produksi Tanaman Kedelai
Laporan Produksi Tanaman KedelaiAGROTEKNOLOGI
 

Similar to MENCAPAI KEBERJAYAAN PERTANIAN THAILAND (20)

Teknologi produksi tanaman jagung
Teknologi produksi tanaman jagung Teknologi produksi tanaman jagung
Teknologi produksi tanaman jagung
 
Strategi pengembangan ii
Strategi pengembangan  iiStrategi pengembangan  ii
Strategi pengembangan ii
 
3. bab 12345
3. bab 123453. bab 12345
3. bab 12345
 
Merebut kembali benih petani
Merebut kembali benih petaniMerebut kembali benih petani
Merebut kembali benih petani
 
Taklimat Mardi Taaveekun
Taklimat Mardi TaaveekunTaklimat Mardi Taaveekun
Taklimat Mardi Taaveekun
 
Laporan praktikum produksi benih
Laporan praktikum produksi benihLaporan praktikum produksi benih
Laporan praktikum produksi benih
 
Bisnis singkong membangun bangsa
Bisnis singkong membangun bangsaBisnis singkong membangun bangsa
Bisnis singkong membangun bangsa
 
Tugas 2 benih
Tugas 2 benihTugas 2 benih
Tugas 2 benih
 
artikel
artikelartikel
artikel
 
Penelitian tanaman cacao
Penelitian tanaman cacaoPenelitian tanaman cacao
Penelitian tanaman cacao
 
Penelitian tanaman cacao
Penelitian tanaman cacaoPenelitian tanaman cacao
Penelitian tanaman cacao
 
Pengembangan usaha agribisnis Jamur tiram
Pengembangan usaha agribisnis Jamur tiram Pengembangan usaha agribisnis Jamur tiram
Pengembangan usaha agribisnis Jamur tiram
 
1.PENGANTAR HORT.ppt
1.PENGANTAR HORT.ppt1.PENGANTAR HORT.ppt
1.PENGANTAR HORT.ppt
 
Pengembangan usaha agribisnis Jamur tiram
Pengembangan usaha agribisnis Jamur tiram Pengembangan usaha agribisnis Jamur tiram
Pengembangan usaha agribisnis Jamur tiram
 
Prospek Agribisnis
Prospek AgribisnisProspek Agribisnis
Prospek Agribisnis
 
Asia Tenggara Dalam Transformasi : contoh pertanian padi Malaysia
Asia Tenggara Dalam Transformasi : contoh pertanian padi MalaysiaAsia Tenggara Dalam Transformasi : contoh pertanian padi Malaysia
Asia Tenggara Dalam Transformasi : contoh pertanian padi Malaysia
 
3 draft proposal
3 draft proposal3 draft proposal
3 draft proposal
 
pengetahuan bahan hasil pertanian
pengetahuan bahan hasil pertanianpengetahuan bahan hasil pertanian
pengetahuan bahan hasil pertanian
 
Praktek lapang sembawa rifa sotia
Praktek lapang sembawa   rifa sotia Praktek lapang sembawa   rifa sotia
Praktek lapang sembawa rifa sotia
 
Laporan Produksi Tanaman Kedelai
Laporan Produksi Tanaman KedelaiLaporan Produksi Tanaman Kedelai
Laporan Produksi Tanaman Kedelai
 

More from Universiti Utara Malaysia (15)

Development of singapore by leading of lim kuan yew
Development of singapore by leading of lim kuan yewDevelopment of singapore by leading of lim kuan yew
Development of singapore by leading of lim kuan yew
 
Singapore join the asean
Singapore join the aseanSingapore join the asean
Singapore join the asean
 
Oecd
OecdOecd
Oecd
 
Port tariff
Port tariffPort tariff
Port tariff
 
Oecd-sea transportation
Oecd-sea transportationOecd-sea transportation
Oecd-sea transportation
 
Lecture maritime organizations - salwani
Lecture   maritime organizations - salwaniLecture   maritime organizations - salwani
Lecture maritime organizations - salwani
 
Lecture maritime ict - salwa
Lecture   maritime ict - salwaLecture   maritime ict - salwa
Lecture maritime ict - salwa
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Felt flower crown
Felt flower crownFelt flower crown
Felt flower crown
 
Ccm2 cultural dimensions and dilemmas
Ccm2 cultural dimensions and dilemmasCcm2 cultural dimensions and dilemmas
Ccm2 cultural dimensions and dilemmas
 
Ccm 1 culture and intr. bis
Ccm 1 culture and intr. bisCcm 1 culture and intr. bis
Ccm 1 culture and intr. bis
 
draft perspective of Chiang mai
 draft perspective of Chiang mai draft perspective of Chiang mai
draft perspective of Chiang mai
 
Moksa
Moksa Moksa
Moksa
 
Hofstede dimension dlatest_ - copy
Hofstede dimension dlatest_ - copyHofstede dimension dlatest_ - copy
Hofstede dimension dlatest_ - copy
 
Cross cultural management 2 13
Cross cultural management 2 13Cross cultural management 2 13
Cross cultural management 2 13
 

MENCAPAI KEBERJAYAAN PERTANIAN THAILAND

  • 1. Kenapa pertanian Thailand berjaya? Kenapa pertanian Thailand berjaya? Kegigihan petani Thailand mengusahakan dan memasarkan hasil tanaman mereka sememangnya diketahui ramai. rakyat Malaysia kadangkala terlupa bahawa banyak produk pertanian yang dihasilkan anak tempatan sebenarnya berkualiti. Apa yang sering kali kedengaran ialah mereka teruja dengan produk pertanian dari negara jiran di sebelah utara iaitu Thailand. Beras siam, mangga siam dan durian siam adalah antara produk pertanian keluaran negara itu yang kerap kali kita dengar. Mengapa demikian? Adakah kerana produk pertanian kita seperti durian dengan baka D24 dan sebagainya serta benih padi MR219 sebagai contoh, belum begitu berdaya saing. Ada beberapa persoalan yang timbul dan ini dijawab jelas oleh seorang usahawan pertanian yang juga Konsul Kehormat Diraja Thailand yang berpejabat di Langkawi, Datuk Shazryl Eskay Abdullah. Pada pertemuan dengan Mega di Kuala Lumpur, baru-baru ini, beliau yang dilantik ke jawatan tersebut pada 2004 berkongsi beberapa persoalan untuk direnungi bersama. Antaranya, kenapa buah dan sayur Thailand lebih baik dan kenapa sayur negara berkenaan mampu bersaing dalam pasaran eksport. Persoalannya yang tidak kurang pentingnya ialah kenapa keluaran padi negara berkenaan cukup berkualiti dan mampu memnuhi keperluan eksport? Persoalan-persoalan tersebut berada dalam lingkungan sektor agro makanan dan selanjutnya beliau membawa kepada persoalan lain iaitu kenapa kita mampu berada dalam kedudukan pertama dalam industri kayu getah. Beliau yang berasal dari Kedah, menjelaskan terdapat beberapa perkara yang mendukung kejayaan Thailand dalam bidang pertanian. Pertama, ia berkaitan dengan tenaga kerja yang mana mereka komited, tidak ortodoks dan menguasai teknologi baru. ''Kerajaan Thailand sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi pertanian serta asas tani kepada golongan petani mereka''
  • 2. ujarnya. Perkara kedua berkaitan dengan sistem atau pendekatan pertanian di negara berkenaan. Shazryl Eskay merujuk kepada sikap petani yang menganggap pertanian adalah satu industri. Katanya, oleh kerana sumber tanah adalah terhad, petani mengeksploitasi setiap inci tanah pertanian dan setiap pokok yang mereka tanam. ''Di Malaysia, kita memberi tumpuan kepada pokok sehektar demi sehektar berbanding tumpuan kepada sepokok demi sepokok. Setiap petani juga, katanya, diajar bahawa untuk berjaya dalam pertanian, amalan secara holistik adalah penting kerana kualiti dan kuantiti hasil pengeluaran bergantung kepada pokok yang sihat. Pokok yang sihat pula bergantung kepada tanah yang subur, manakala tanah yang subur bergantung kepada kandungan atau sistem biodiversiti tanah seperti mikrob, cacing dan hidupan lain dalam tanah. Pada masa sama, kerajaan negara berkenaan juga meningkatkan infrastruktur pertanian dengan menyediakan pusat pungutan dan pemprosesan hasil setiap daerah dan sistem silo (simpanan bijirin). Faktor ketiga yang beliau kongsi ialah penggunaan benih yang bermutu. Katanya, klon benih memainkan peranan penting kerana yang menentukan sama ada kualitinya baik seperti tahan lama, saiz sesuai, manis dan cantik. Keseragaman klon juga penting dalam industri buah khususnya untuk pengetinan, selain kualiti tahan penyakit. Faktor keempat yang tidak kurang pentingnya ialah baja. Menurut beliau, baja yang baik mengandungi nutrien yang lengkap untuk keperluan tanaman dan tidak memudaratkan tanah serta mikroorganisme. ''(Kebanyakan) baja yang berada di pasaran kini tertumpu kepada keperluan tanaman sahaja," katanya. Beliau mempersoalkan kenapakah pokok yang yang telah diberi baja masih mengalami masalah seperti penyakit, tidak mengeluarkan getah dan buah tidak berkualiti, Apa yang berlaku dakwanya ialah masalah 'defiseinsi nutrin' kerana pokok tidak mendapat kuantiti dan baja yang diperlukan. ''Pokok perlu 16 jenis nutrien tapi yang dapat hanya baja N.P.K. sahaja sedangkan (nutrien) yang lain diabaikan," katanya. Katanya, negara berkenaan memanfaatkan baja untuk melakukan transformasi industri pertanian dan nama baja yang digunakan ialah Silicon 23 iaitu sejenis
  • 3. baja mineral dan natural dari negara berkenaan. Faktor kelima ialah sistem pemasarannya yang mana ia melibatkan syarikat penerbangan Thai Airways, amalan menggunakan koperasi pengangkutan dan pembungkusan yang berkualiti. Oleh itu, katanya, faktor-faktor tersebut wajar diberi perhatian sekiranya industri pertanian negara hendak ditransformasikan bersungguh-sungguh. Beliau bagaimanapun berkata, sektor pertanian tempatan telah memperkenalkan banyak klon benih dan baka untuk meningkatkan kualitinya. Bagaimanapun, tanaman tersebut perlu nutrien yang lengkap dan berkesan untuk mencapai sasaran pengeluarannya. Shazryl Eskay menjelaskan, pembajaan penting kerana ia mampu menggantikan nutrien dan melengkapkan apa yang kurang Katanya, kadangkala berlaku kes yang mana tanaman masih bermasalah meskipun telah diberi baja. Kelapa sawit sebagai contoh merupakan jenis monoecious yang mampu menghasilkan bunga betina atau jantan. "Waktu pembentukan jantina adalah sangat penting bagi tanaman itu dan sekiranya berlaku stres, penghasilan bunga betina terbantut," katanya. Katanya, keadaan itu akan menyebabkan pembentukan bunga jantan yang antara lain disebabkan tidak mendapat nutrien yang cukup dan lengkap. Tanaman yang tidak mendapat nutrien yang cukup dan lengkap mengalami masalah kekurangan zat. Ia disebabkan oleh dua faktor iaitu apabila tanaman tidak mendapat kuantiti nutrien yang diperlukan dan tanaman tidak mendapat jenis nutrien yang diperlukan. Kuantiti nutrien pula bergantung kepada jenis tanah sama ada berpasir tanah liat atau berasid. Jika berpasir, baja akan hilang melalu proses larut resap dan jika tanah liat , baja akan hilang menerusi proses pemeruwapan dan hilang apabila dalam proses larian permukaan semasa hujan. Pembajaan di tanah berasid pula akan menyebabkan fosfat terikat dan tidak dapat digunakan oleh tanaman. Justeru, waktu menabur baja penting bagi mengelakkan masalah tersebut. Bagi jenis nutrien pula, beliau menjelaskan. tanaman memerlukan 16 jenis nutrien untuk proses tumbesaran dan pengeluaran yang baik. Nutrien yang sentiasa digantikan melalui proses pembajaan adalah NPK dan magnesium sahaja.