SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Disampaikan Pada Kolokium Sumber Alam III
13-15 November 1995
Pulau Manukan Kota Kinabalu, Sabah

PENGHASILAN BENIH (SPAT) TIRAM
Crassostrea iredalei
Syafriadiman Komis1, Almah Awaluddin1
dan Arbain Hj. Kadri2
1

Jabatan Sains Laut
Program Sains Sekitaran
Fakulti Sains Sumber Alam
UKM 43600 Bangi
2

Abstrak
Penghasilan benih mempunyai peranan langsung bagi memajukan perkembangan usaha
penetasan seterusnya industri pengkulturan tiram. Percubaan penghasilan benih tiram telah
dijalankan dengan kaedah pengeringan sesaat, hydrogen peroksida, suntikan ammonium
hidroksida, serotonin dan kombinasi antara pengeringan sesaat dan suntikan serotonin.
Semua kaedah tersebut telah didapati boleh merangsang tiram untuk “spawn”, tetapi kaedah
kombinasi antara pengeringan sesaat dan suntikan serotonin adalah yang paling berjaya.
Kaedah ini telah menghasilkan 2.70-24.55 juta telur. Manakala kaedah pengeringan sesaat
pula memberi peratus fasa tumbesaran benih yang tinggi berbanding dengan kaedah-kaedah
lain. Peratus penetasan telur, trokofor, larva bentuk D dan larva peringkat umbo dalam
kaedah ini adalah tinggi, iaitu masing-masing 95.45%, 86.96%, 75.36% dan 57.70%.

Abstract
Artificial spawning of oyster plays an important role in the development of it hatchery and
culture industry. Five spawning methods had been used to produce larvae: running water with
intermittent and partial draying (control), addition of hydrogen proxide, ammonium
hydroxide injection, serotonin injection and the combination of running water with
intermittent and partial drying with serotonin injection. The overall result showed that the
methods used stimulated the spawning of oyster. The combination of running water with
intermittent and partial drying with serotonin injection was comparatively found to be more
efficient in stimulating the oyster to spawn. This method resulted in the production of 2.7024.55 million eggs. Whereas the running water with intermittent and partial drying with
serotonin injection method resulted in higher percent of growth rate (95.45% fertile eggs,
86.96% trochopore, 75.36% D-shaped and 57.70% umbo stage).
2

PENGENALAN
Sabah mempunyai pantai sepanjang 1.500 km termasuk kira-kira 300.000 ha.
Kawasan paya bakau dan nipah. Kira-kira 50.000 ha daripadanya telah didapati
sesuai untuk tujuan akuakultur. Tiram mempunyai potensi dan sesuai untuk diternak
di Sabah (Maiks, 1992). Ia juga merupakan sebahagian daripada sumber bekalan
protein di sini. Kandungan protein dalam isi tiram kering adalah sekitar 42%
(MedCof, 1961).
Analisis industri perikanan dunia pada awal tahun 1980’an menurut Steel
(1986) menunjukkan permintaan yang berganda ke atas sumber ini. Permintaan dunia
ke atas tiram pada tahun 2,000 dijangka dalam sekitar 2.45 juta tan (Bell et al. dalam
Pillay & Dill, 1976).
Memandangkan kepada meningkatnya permintaan keatas bekalan protein
marin, maka amat perlu satu kajian dijalankan keatas penghasilan benih tiram. Kajian
seperti ini berperan secara langsung bagi memajukan perkembangan pusat penetasan
dan industri pengkulturan tiram. Salah satu jenis tiram yang penting secara komersial
adalah tiram jenis C. iredalei. Isinya enak, rupa dan warnanya dapat menarik selera.
Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka beberapa kaedah pembiakan tiruan
dan mengenalpasti kaedah terbaik dan sesuai bagi merangsangkan tiram untuk
‘spawn’ (iaitu bertelur bagi tiram betina dan menghasilkan sperma bagi tiram jantan).
BAHAN DAN KAEDAH
Sebanyak 3 jenis tangki diperlukan dalam kajian ini iaitu tangki pengumpulan induk,
tangki makanan dan tangki pembiakan. Setiap kali tangki diguna ia harus dibersihkan
dengan kalsium hypoklorit dan dicuci dengan air berturas 4-6 kali untuk
menghindarkan kesan klorin. Tangki diisi dengan air berturas dan bekalan makanan
yang cukup. Sebelum proses pembiakan dijalankan, tiram dieram dalam tangki
selama 48 jam atau lebih. Makanan yang diberi kepada tiram adalah mengikut Hariati
(1976) dan Christensen (1992) (Isochrysis sp., Chaetoceros sp., Tetraselmis sp. dan
Skletonema sp.). jumlah makanan bagi tiram yang diberi adalah 1.1 x 10 9
sel/tiram/hari. Sebanyak 600 induk tiram telah dikumpul. Induk-induk ini telah
diperolehi dari projek pengkulturan tiram Ko-Nelayan Kg. Serusup, Perikanan Kuala
Penyu dan nelayan di Mengkabong. Saiz cangkang induk tiram yang dipilih adalah
80-116 mm.
Kajian percubaan pembiakan telah dijalankan dengan 5 kaedah, iaitu (1)
kaedah pengeringan sesaat (K1), (2) kaedah hydrogen peroksida (K2), (3) suntikan
ammonium hidroksida (K3), (4) suntikan serotonin (K4) dan (5) kombinasi antara
pengeringan sesaat dengan suntikan serotonin (K5).
Kaedah pertama dijalankan dengan mengeringkan tiram pada suhu bilik (26o
28 C) selama 22-24 jam, kemudian dimasukkan ke air selama 2-3 jam dan
dikeringkan semula selama 30-40 minit. Kaedah kedua pula dijalankan dengan
3
merendam tiram selama 8-12 jam dalam air laut yang ditambahkan sodium
hydroksida 10% sehingga pH larutan 9.1-9.5. larutan tersebut ditambah pula dengan
larutan hydrogen peroksida sehingga mencapai kepekatan 150 ppm. Kaedah ketiga
dan keempat dijalankan secara suntikan pada bahagian sebelah otot aduktor iaitu
antara kedua katup kiri dan kanan. Kaedah ketiga menggunakan larutan 0.1 N
amonium hydroksida atau serotonin sebanyak 200-300 cc. Manakala kaedah yang
kelima adalah kombinasi dua kaedah iaitu kaedah pertama dengan kaedah keempat.
Pencerapan dilakukan ke atas sampel air yang diambil dari tangki pembiakan setelah
15-30 minit, 4-6 jam, 20-24 jam, 7-8 hari, 15-20 hari dan 21-26 hari percubaan. Datadata dianalisis dengan ANOVA CRD (Complete Random Design) dan ujian Tukey.
HASIL DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan hasil kajian yang ditemui C. iredalei adalah tergolong kepada haiwan
ovivar iaitu pembiakan yang terjadi secara luaran. Persenyawaan telur dan sperma
berlaku di dalam air. Kesemua kaedah percubaan yang dijalankan menghasilkan
diameter telur, C. iredalei berjulat antara 40-50 µm. purata diameter telur C. belcheri
adalah 49 µm (Wong et al, 1989), C. gigas 50-55 µm (Angell, 1984), C. angulata 5058 µm (Nishikawa, 1977) dan C. virginica adalah 45-54 µm. penetasan telur C.
iredalei dalam kajian ini berlaku selepas 15-30 minit setelah ia disenyawakan dengan
sperma. Setelah 4-6 jam kemudian telur berkembang menjadi larva trokofor dan larva
bertukar menjadi peringkat umbo setelah 20-24 jam. 7-8 hari kemudian larva
berkembang menjadi peringkat umbo dan setelah 15-20 hari menjadi umbo matang
dan 21-26 hari menjadi spat. Dari masa telur menetas hingga menjadi larva berumur
21-26 hari. Kehilangan kaki dan velum adalah pada umur 22-27 hari atau setelah
kelihatan secara jelas spat melekat pada substrat. Fasa tumbesaran benih C. iredalei
yang ditemui selama kajian ini dijalankan adalah hampir sama dengan perkembangan
C. belcheri yang ditemui oleh Wong et al. (1989).
Keberkesanan kesemua kaedah yang dikaji bagi merangsangkan tiram untuk
spawn adalah menunjukkan perbedaan yang bererti pada aras keyakinan 95%.
Kaedah kombinasi antara pengeringan sesaat dengan suntikan serotonin (K5)
memberikan peratus spawn tiram yang tertinggi berbanding dengan kaedah suntikan
serotonin (K4), hydrogen peroksida (K2) atau suntikan ammonium hydroksida (K3)
dan pengeringan sesaat (K1) (Rajah 1). Kaedah kombinasi ini telah mampu
merangsang tiram sekitar 35 % daripada 120 tiram yang diujikan. Hal ini mungkin
disebabkan kerana tiram dirangsangkan dua kali iaitu pemindahan tiram dari suhu
sekitar (dari dalam air) kepada suhu bilik dan kemudian setelah 20-24 jam disuntik
dengan serotonin. Sasaran utama serotonin (5-hydroxytryptamine atau creatinine
sulfate complex), C14H19N5O2.H2SO4 adalah organ saraf otot licin (nerves smooth
muscle). Serotonin adalah sejenis bahan kimia yang telah banyak digunakan untuk
merangsangkan spesies-spesies bivalvia (Gibbons & Castagna, 1984) dan 6 spesies
dari jenis kerang besar (Braley, 1985). Walau bagaimanapun dalam kajian ini kesan
4
serotonin secara kimia tidak diselidiki, namun bila serotonin dititiskan pada daging di
atas gonad tiram (cangkang yang telah dikopek), daging kelihatan bergerak-gerak.
Walau bagaimanapun, serotonin sebagai induser yang paling berkesan untuk
spawning namun sedikit diketahui mengenai ragam tindakan serotonin (Wong et al,
1989). Penelitian secara terusan dan seksama dalam hal penggunaan serotonin dan
masa pengeringan tiram yang baik masih diperlukan, terutama mengenai dos
serotonin serta penyebab kematian larva yang sangat tinggi.
Jumlah telur tiram adalah dalam julat 2.70-24.55 juta telur/ekor untuk
kesemua kaedah percubaan. Bilangan ini lebih banyak berbanding dengan tiram, C.
belcheri iaitu sekitar 1 juta telur dan O. folium sekitar 0.2858 juta (Awaluddin et al,
1993; Wong et al, 1989). Jelas bahawa penghasilan spat tiram, C. iredalei lebih
banyak berbanding dengan C. belcheri dan O. folium. Mengikut jumlah telur, kaedah
kombinasi antara pengeringan sesaat dengan suntikan serotonin (K5) menunjukkan
kaedah yang paling baik berbanding dengan kaedah suntikan serotonin (K4),
pengeringan sesaat (K1), suntikan ammonium hydroksida (K3) dan hydrogen
peroksida (K2) (Rajah 2).
Jumlah telur yang menetas pada tiap-tiap kaedah adalah menunjukkan
perbezaan yang beerti pada tingkat kepercayaan 95%. Penetasan terbanyak berlaku
dalam kajian menggunakan kaedah kombinasi pengeringan sesaat dengan suntikan
serotonin (K5) (Rajah 3). Dikosong pula oleh hasil ujian Tukey bahawa kaedah
kombinasi antara pengeringan sesaat dengan suntikan serotonin (K5) adalah kaedah
yang paling baik berbanding dengan kaedah suntikan serotonin (K4), pengeringan
sesaat (K1), suntikan ammonium hydroksida (K3) dan hydrogen peroksida (K2).
Pengaruh rangsangan daripada kelima-lima kaedah yang dicubakan didapati berbezabeza terhadap larva peringkat trokofor, bentuk D dan peringkat umbo. Jumlah larva
trokovor, bentuk D dan peringkat umbo paling banyak ditemui pada kaedah
kombinasi antara pengeringan sesaat dengan suntikan serotonin (K5) (Rajah 3). Hasil
ujian Tukey pula menunjukkan bahawa kaedah kombinasi antara pengeringan sesaat
dengan suntikan serotonin (K5) adalah paling baik. Manakala jumlah larva umbo
matang dan spat yang paling banyak ditemui adalah menggunakan kaedah
pengeringan sesaat (K1) (Rajah 3).
Secara keseluruhan, fasa tumbesaran tiram dari peringkat telur hingga spat
yang paling baik adalah dengan menggunakan kaedah pengeringan sesaat (K1).
Hanya perubahan suhu sekitaran yang dilakukan untuk merangsangkan induk tiram
pada kaedah ini. Jumlah kematian larva dengan menggunakan kaedah yang sama
mungkin lebih sedikit berbanding dengan kaedah-kaedah lain. Penggunaan kaedah
pengeringan sesaat juga sangat berkesan dan mempunyai respon yang baik untuk
pembiakan kerang, Anadara spp, C. belcheri, Saccostrea lugubris, Pecten maximus,
Chlamis opercularis dan Meretrix spp (Christensen, 1992).
Peratus larva dari peringkat penetasan telur hingga spat ditunjukkan dalam
Rajah 4. Urutan peratus penetasan telur terbaik adalah seperti berikut : kaedah
pengeringan sesaat (K1) > kombinasi pengeringan sesaat dengan suntikan serotonin
5
(K5) > suntikan serotonin (K4) > suntikan ammonium hydroksida (K3) > hydrogen
peroksida (K2), larva trokofor adalah kaedah pengeringan sesaat (K1) > kombinasi
pengeringan sesaat dengan suntikan serotonin (K5) > suntikan serotonin (K4) >
hydrogen peroksida (K2) > suntikan ammonium hydroksida (K3), larva bentuk D
adalah kaedah pengeringan sesaat (K1) > kombinasi pengeringan sesaat dengan
suntikan serotonin (K5) > hydrogen peroksida (K2) > suntikan ammonium
hydroksida (K3) > suntikan serotonin (K4) dan larva peringkat umbo adalah kaedah
pengeringan sesaat (K1) > kombinasi pengeringan sesaat dengan suntikan serotonin
(K5) > hydrogen peroksida (K2) > suntikan ammonium hydroksida (K3) > suntikan
serotonin (K4). Manakala peratus perkembangan larva sehingga ke larva peringkat
umbo matang dan spat yang paling tinggi adalah menggunakan kaedah pengeringan
sesaat (K1).
6

Peratus kematian induk tiram setelah percubaan pembiakan tiruan dijalankan
adalah 0.67%. Kematian induk adalah berlaku pada tiram-tiram yang telah spawn.
Kematian yang paling banyak selama kajian dijalankan adalah pada kaedah
kombinasi pengeringan sesaat (K5) dengan suntikan serotonin (K4) iaitu 2 individu
(0.33%). Selebihnya adalah dalam kajian menggunakan kaedah hydrogen peroksida
iaitu 1 individu (0.17%). Kematian ini mungkin disebabkan oleh ‘stress’ akibat bahan
kimia perangsang, pemindahan tempat (perubahan sekitaran) dan makanan. Oleh itu,
kajian penggunaan kepekatan optimum bahan kimia perangsang bagi tiram untuk
spawn masih diperlukan supaya peratus kematian dapat dikurangkan. Perkambangan
benih yang tinggi berbanding dengan kaedah-kaedah lainnya. Perkambangan pusat
penetasan tiram, C. iredalei perlu menerapkannya bagi kemajuan industri
pengkulturan tiram di masa hadapan. Kaedah ini mampu mengeluarkan telur yang
banyak dan boleh menghasilkan spat dalam tempoh satu bulan. Namun demikian,
7
kajian lanjut penggunaan kepekatan optimum daripada bahan-bahan kimia untuk
merangsangkan tiram masih diperlukan.
8
KESIMPULAN
Kajian percubaan pembiakan tiram Crassostrea iredalei yang telah dijalankan
dalam kajian ini adalah 5 kaedah, iaitu (1) kaedah pengeringan sesaat (K1), (2)
kaedah hydrogen peroksida (K2), (3) suntikan ammonium hidroksida (K3), (4)
suntikan serotonin (K4) dan (5) kombinasi antara pengeringan sesaat dengan suntikan
serotonin (K5). Amnya, semua kaedah tersebut telah didapati boleh merangsang tiram
untuk “spawn”. Kaedah kombinasi antara pengeringan sesaat dan suntikan serotonin
adalah kaedah yang paling berjaya. Kaedah ini telah menghasilkan 2.70-24.55 juta
telur. Manakala kaedah pengeringan sesaat pula memberi peratus fasa tumbesaran
benih yang tinggi berbanding dengan kaedah-kaedah lain. Peratus penetasan telur,
trokofor, larva bentuk D dan larva peringkat umbo dalam kaedah ini adalah tinggi,
iaitu masing-masing 95.45%, 86.96%, 75.36% dan 57.70%.
RUJUKAN
Angell, C.L., 1984. Thailand Bivalve Hatchery Workshop. Presented at Prachuap
Khiri-Khan Brackiswhater Fisheries Station. Feb. 13-17. ICLARM.
Awaluddin, A., Kadri, A. & Mahadi, Z., 1993. Akuakultur Tiram di Malaysia:
Perkembangan dan Permasalahan. Penerbitan Tak Berkala. No. 5. FSSA,
UKM Kampus Sabah. 34 ms.
Braley, R.D., 1985. Serotonin induced spawning in giant clams (Bivalvia:
Tridacnidae). Aquaculture, 47:321-325.
Christensen, M.S., 1992. Pengenalan pada budidaya perairan dengan penekanan
khusus pada lingkungan air laut dan air payau. Sam Ratulangi University.
Report 2. 126 muka.
Gibbons, M.C. and M. Castagna., 1984. Serotonin as an inducer of spawning in six
bivalve species. Aquaculture, 40:189-191.
Hariati, T. 1976. Analisa lambung tiram jenis local, Crassostrea cuculata Born yang
terdapat di perairan teluk Banten. LPPL, DEPTAN, Jakarta, Indonesia. Ms
87-95.
Maiks, J. 1992. Akuakultur : Satu Alternatif Sumber Protein Pada Masa Depan
Untuk Sabah. Pros. Simposium Sumber Alam Kebangsaan Pertama. FSSA,
UKM Kampus Sabah. ms 43-50.
MedCof, J.C. 1961. Oyster farming in the maritimes. Fish. Res. Board of Canada.
Bull. No. 131. m. s 158.
9

Nishikawa, N. 1977. The rearing of larvae and seedlings of bivalve. In Imai, T.,
editor. Aquaculture in Shallow Seas: Progress in shallow sea culture. H.A.
Balkema, Rotterdam. Pages 579-600.
Pillay and W.A. Dill., 1976. Advance in aquaculture. Fisheries Department food and
agriculture organization of the United Nation, Rome. Italy. Fishing News
(Books) Ltd. Farhan Survey, England. M.s 653.
Steele, I., 1986. Dunia Kini Kekurangan Ikan. Di dalam Berita Harian. Kuala
Lumpur. 13/9/1986
Wong, T.M., S.H. Tan & T.K. Cheong., 1989. Induced Spawning, Larval
Development and Early Spat Growth of the Tropical Oyster Crassostrea
belcheri in the Laboratory. Proc. 12th. Ann. Seminar of the Mal. Soc. Mar.
Sci. ms 255-260.
10

KOLOKIUM SUMBER ALAM III
PENGHASILAN BENIH (SPAT) TIRAM
CRASSOSTREA IRREDALEI

OLEH :
SYAFRIADIMAN KOMIS
ALMAH AWALUDDIN
ARBAIN HJ. KADRI

13 - 15

NOVEMBER 1995

PULAU MANUKAN SABAH
Anjuran

FAKULTI SAINS SUMBER ALAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KAMPUS SABAH
KOTAKINABALU
November 1995

More Related Content

What's hot

Simao penurunan viabilatas publikasi
Simao penurunan viabilatas publikasiSimao penurunan viabilatas publikasi
Simao penurunan viabilatas publikasisimao belo
 
Kultur jaringan & rekayasa genetika
Kultur jaringan & rekayasa genetikaKultur jaringan & rekayasa genetika
Kultur jaringan & rekayasa genetikaSindy Septiawan
 
bioteknologi dari perspektif islam
bioteknologi dari perspektif islambioteknologi dari perspektif islam
bioteknologi dari perspektif islamnur hannisa
 
Kelompok tulip kelas 9I SMPN 264 Jakarta " BIOTENOLOGI Bab 6 "
Kelompok tulip kelas 9I SMPN 264 Jakarta " BIOTENOLOGI Bab 6 "Kelompok tulip kelas 9I SMPN 264 Jakarta " BIOTENOLOGI Bab 6 "
Kelompok tulip kelas 9I SMPN 264 Jakarta " BIOTENOLOGI Bab 6 "Liana Susanti SMPN 248
 
Laporan teknologi benih aspek hpt
Laporan teknologi benih aspek hptLaporan teknologi benih aspek hpt
Laporan teknologi benih aspek hptfahmiganteng
 
Makalah (pro) pangan rekayasa genetika
Makalah (pro) pangan rekayasa genetikaMakalah (pro) pangan rekayasa genetika
Makalah (pro) pangan rekayasa genetikaRohmad_ Putra
 

What's hot (7)

Simao penurunan viabilatas publikasi
Simao penurunan viabilatas publikasiSimao penurunan viabilatas publikasi
Simao penurunan viabilatas publikasi
 
Kultur jaringan & rekayasa genetika
Kultur jaringan & rekayasa genetikaKultur jaringan & rekayasa genetika
Kultur jaringan & rekayasa genetika
 
bioteknologi dari perspektif islam
bioteknologi dari perspektif islambioteknologi dari perspektif islam
bioteknologi dari perspektif islam
 
Kelompok tulip kelas 9I SMPN 264 Jakarta " BIOTENOLOGI Bab 6 "
Kelompok tulip kelas 9I SMPN 264 Jakarta " BIOTENOLOGI Bab 6 "Kelompok tulip kelas 9I SMPN 264 Jakarta " BIOTENOLOGI Bab 6 "
Kelompok tulip kelas 9I SMPN 264 Jakarta " BIOTENOLOGI Bab 6 "
 
Laporan teknologi benih aspek hpt
Laporan teknologi benih aspek hptLaporan teknologi benih aspek hpt
Laporan teknologi benih aspek hpt
 
Larva Ikan Nila (Oreochromis niloticus)
Larva Ikan Nila (Oreochromis niloticus)Larva Ikan Nila (Oreochromis niloticus)
Larva Ikan Nila (Oreochromis niloticus)
 
Makalah (pro) pangan rekayasa genetika
Makalah (pro) pangan rekayasa genetikaMakalah (pro) pangan rekayasa genetika
Makalah (pro) pangan rekayasa genetika
 

Viewers also liked

Final report eafm_alor_fix 1
Final report eafm_alor_fix 1Final report eafm_alor_fix 1
Final report eafm_alor_fix 1Ed Plaimo
 
Viii informatica-entornos virtuales
Viii informatica-entornos virtualesViii informatica-entornos virtuales
Viii informatica-entornos virtualesYakeline Gonzalez
 
Indian infrastructure industry
Indian infrastructure industryIndian infrastructure industry
Indian infrastructure industryMahendra Chaudhari
 
Borland Delphi - Delphi Programming Language Guide
Borland Delphi - Delphi Programming Language GuideBorland Delphi - Delphi Programming Language Guide
Borland Delphi - Delphi Programming Language GuideAbdelrahman Othman Helal
 
The bryant advantage 150 commands
The bryant advantage 150 commandsThe bryant advantage 150 commands
The bryant advantage 150 commandsAreej Khasawneh
 
Business case study of loewen group inc.
Business case study of loewen group inc.Business case study of loewen group inc.
Business case study of loewen group inc.Muntasir Mostafa
 
Computational Linguistics FCIS'13 - ASU -- Part(I)
Computational Linguistics FCIS'13 - ASU -- Part(I)Computational Linguistics FCIS'13 - ASU -- Part(I)
Computational Linguistics FCIS'13 - ASU -- Part(I)Abdelrahman Othman Helal
 
The Fall of Baghdad - Dr Raghib Sarjani
The Fall of Baghdad - Dr Raghib SarjaniThe Fall of Baghdad - Dr Raghib Sarjani
The Fall of Baghdad - Dr Raghib SarjaniNajid Jamal
 
Silk V Brief 2015 (Edit)
Silk V Brief 2015 (Edit)Silk V Brief 2015 (Edit)
Silk V Brief 2015 (Edit)David Tudor
 
пирамиды Египта
пирамиды Египтапирамиды Египта
пирамиды Египтаnatasimkina
 
Chapter 4 learning media
Chapter 4 learning mediaChapter 4 learning media
Chapter 4 learning mediaproranat
 
Unit 3 irregular plural
Unit 3 irregular pluralUnit 3 irregular plural
Unit 3 irregular pluralRosana Muñoz
 
Reference Letter LMRA
Reference Letter LMRAReference Letter LMRA
Reference Letter LMRAKarolina Meus
 
Teaching changes lives julia kharchenko
Teaching changes lives julia kharchenkoTeaching changes lives julia kharchenko
Teaching changes lives julia kharchenkoJulia Birhova
 

Viewers also liked (19)

Kupang
KupangKupang
Kupang
 
Final report eafm_alor_fix 1
Final report eafm_alor_fix 1Final report eafm_alor_fix 1
Final report eafm_alor_fix 1
 
Viii informatica-entornos virtuales
Viii informatica-entornos virtualesViii informatica-entornos virtuales
Viii informatica-entornos virtuales
 
Indian infrastructure industry
Indian infrastructure industryIndian infrastructure industry
Indian infrastructure industry
 
Borland Delphi - Delphi Programming Language Guide
Borland Delphi - Delphi Programming Language GuideBorland Delphi - Delphi Programming Language Guide
Borland Delphi - Delphi Programming Language Guide
 
The bryant advantage 150 commands
The bryant advantage 150 commandsThe bryant advantage 150 commands
The bryant advantage 150 commands
 
Business case study of loewen group inc.
Business case study of loewen group inc.Business case study of loewen group inc.
Business case study of loewen group inc.
 
Foreign exchange reserve
Foreign exchange reserveForeign exchange reserve
Foreign exchange reserve
 
Computational Linguistics FCIS'13 - ASU -- Part(I)
Computational Linguistics FCIS'13 - ASU -- Part(I)Computational Linguistics FCIS'13 - ASU -- Part(I)
Computational Linguistics FCIS'13 - ASU -- Part(I)
 
BEC
BECBEC
BEC
 
my cv
my cvmy cv
my cv
 
The Fall of Baghdad - Dr Raghib Sarjani
The Fall of Baghdad - Dr Raghib SarjaniThe Fall of Baghdad - Dr Raghib Sarjani
The Fall of Baghdad - Dr Raghib Sarjani
 
Reference Bindella
Reference BindellaReference Bindella
Reference Bindella
 
Silk V Brief 2015 (Edit)
Silk V Brief 2015 (Edit)Silk V Brief 2015 (Edit)
Silk V Brief 2015 (Edit)
 
пирамиды Египта
пирамиды Египтапирамиды Египта
пирамиды Египта
 
Chapter 4 learning media
Chapter 4 learning mediaChapter 4 learning media
Chapter 4 learning media
 
Unit 3 irregular plural
Unit 3 irregular pluralUnit 3 irregular plural
Unit 3 irregular plural
 
Reference Letter LMRA
Reference Letter LMRAReference Letter LMRA
Reference Letter LMRA
 
Teaching changes lives julia kharchenko
Teaching changes lives julia kharchenkoTeaching changes lives julia kharchenko
Teaching changes lives julia kharchenko
 

Similar to Hasil benih tiram

Penggunaan Teknik Ablasi Tangkai Mata Pada Pematangan Ovarium Induk Rajungan...
Penggunaan Teknik Ablasi Tangkai Mata Pada Pematangan Ovarium  Induk Rajungan...Penggunaan Teknik Ablasi Tangkai Mata Pada Pematangan Ovarium  Induk Rajungan...
Penggunaan Teknik Ablasi Tangkai Mata Pada Pematangan Ovarium Induk Rajungan...CRABERS
 
Laporan praktikum bioteknologi reproduksi hewan tropis
Laporan praktikum bioteknologi reproduksi hewan tropisLaporan praktikum bioteknologi reproduksi hewan tropis
Laporan praktikum bioteknologi reproduksi hewan tropisaulidya nurul habibah
 
Laporan praktikum bioteknologi reproduksi hewan tropis
Laporan praktikum bioteknologi reproduksi hewan tropisLaporan praktikum bioteknologi reproduksi hewan tropis
Laporan praktikum bioteknologi reproduksi hewan tropisaulidya nurul habibah
 
Aplikasi sistem resirkulasi pada induk kepiting bakau (Scylla olivacea)
Aplikasi sistem resirkulasi pada induk kepiting bakau (Scylla olivacea)Aplikasi sistem resirkulasi pada induk kepiting bakau (Scylla olivacea)
Aplikasi sistem resirkulasi pada induk kepiting bakau (Scylla olivacea)CRABERS
 
KOLONISASI_SEMUT_HITAM_(_Dolichoderus_thoracicus_Smith_).pdf
KOLONISASI_SEMUT_HITAM_(_Dolichoderus_thoracicus_Smith_).pdfKOLONISASI_SEMUT_HITAM_(_Dolichoderus_thoracicus_Smith_).pdf
KOLONISASI_SEMUT_HITAM_(_Dolichoderus_thoracicus_Smith_).pdfAgathaHaselvin
 
poliploidisasi ikan mas.pptx
poliploidisasi ikan mas.pptxpoliploidisasi ikan mas.pptx
poliploidisasi ikan mas.pptxRusdiMachrizal1
 
Jojo subagja semah domestikasi
Jojo subagja semah domestikasiJojo subagja semah domestikasi
Jojo subagja semah domestikasiJojo Subagja
 
MASKULINISASI BENIH RAJUNGAN DENGAN PERENDAMAN HORMON 17 α- METILTESTOSTERO...
MASKULINISASI  BENIH RAJUNGAN DENGAN PERENDAMAN  HORMON 17 α- METILTESTOSTERO...MASKULINISASI  BENIH RAJUNGAN DENGAN PERENDAMAN  HORMON 17 α- METILTESTOSTERO...
MASKULINISASI BENIH RAJUNGAN DENGAN PERENDAMAN HORMON 17 α- METILTESTOSTERO...lisa ruliaty 631971
 
Pembenihan ikan kerapu macan
Pembenihan ikan kerapu macanPembenihan ikan kerapu macan
Pembenihan ikan kerapu macanMuharman Taher
 
POLIPLOIDISASI IKAN NILEM (Osteochilus hasselti Valenciennes, 1842) dengan Ke...
POLIPLOIDISASI IKAN NILEM (Osteochilus hasselti Valenciennes, 1842) dengan Ke...POLIPLOIDISASI IKAN NILEM (Osteochilus hasselti Valenciennes, 1842) dengan Ke...
POLIPLOIDISASI IKAN NILEM (Osteochilus hasselti Valenciennes, 1842) dengan Ke...Syawalina Soerbakti
 
Laporan praktik penetasan rps kelas xi.1 atu 06112021
Laporan praktik penetasan rps kelas xi.1 atu 06112021Laporan praktik penetasan rps kelas xi.1 atu 06112021
Laporan praktik penetasan rps kelas xi.1 atu 06112021DediKusmana2
 
Mt lasut 2003-cyanide-seaurchin-ekoton
Mt lasut 2003-cyanide-seaurchin-ekotonMt lasut 2003-cyanide-seaurchin-ekoton
Mt lasut 2003-cyanide-seaurchin-ekotonMarkus T Lasut
 
EVALUASI PENEBARAN UDANG GALAH (Macrobrachium rosenbergii) DI WADUK DARMA, JA...
EVALUASI PENEBARAN UDANG GALAH (Macrobrachium rosenbergii) DI WADUK DARMA, JA...EVALUASI PENEBARAN UDANG GALAH (Macrobrachium rosenbergii) DI WADUK DARMA, JA...
EVALUASI PENEBARAN UDANG GALAH (Macrobrachium rosenbergii) DI WADUK DARMA, JA...Repository Ipb
 
Pedoman informasi pakan ikan
Pedoman informasi pakan ikanPedoman informasi pakan ikan
Pedoman informasi pakan ikanWarta Wirausaha
 
PENAMPILAN REPRODUKSI DAN KUALITAS LARVA RAJUNGAN DENGAN PEMBERIAN BIOMASS A...
PENAMPILAN REPRODUKSI DAN KUALITAS LARVA  RAJUNGAN DENGAN PEMBERIAN BIOMASS A...PENAMPILAN REPRODUKSI DAN KUALITAS LARVA  RAJUNGAN DENGAN PEMBERIAN BIOMASS A...
PENAMPILAN REPRODUKSI DAN KUALITAS LARVA RAJUNGAN DENGAN PEMBERIAN BIOMASS A...lisa ruliaty 631971
 
Laporan akhir praktikum penetasan 1 budi
Laporan akhir praktikum penetasan 1 budiLaporan akhir praktikum penetasan 1 budi
Laporan akhir praktikum penetasan 1 budifernandasyahputra1
 
DERAJAT INFESTASI EKTOPARASIT HIRUDINEA Piscicola sp PADA IKAN KERAPU MACAN E...
DERAJAT INFESTASI EKTOPARASIT HIRUDINEA Piscicola sp PADA IKAN KERAPU MACAN E...DERAJAT INFESTASI EKTOPARASIT HIRUDINEA Piscicola sp PADA IKAN KERAPU MACAN E...
DERAJAT INFESTASI EKTOPARASIT HIRUDINEA Piscicola sp PADA IKAN KERAPU MACAN E...Repository Ipb
 

Similar to Hasil benih tiram (20)

Penggunaan Teknik Ablasi Tangkai Mata Pada Pematangan Ovarium Induk Rajungan...
Penggunaan Teknik Ablasi Tangkai Mata Pada Pematangan Ovarium  Induk Rajungan...Penggunaan Teknik Ablasi Tangkai Mata Pada Pematangan Ovarium  Induk Rajungan...
Penggunaan Teknik Ablasi Tangkai Mata Pada Pematangan Ovarium Induk Rajungan...
 
kajian penetasan telur walet
kajian penetasan telur waletkajian penetasan telur walet
kajian penetasan telur walet
 
Laporan praktikum bioteknologi reproduksi hewan tropis
Laporan praktikum bioteknologi reproduksi hewan tropisLaporan praktikum bioteknologi reproduksi hewan tropis
Laporan praktikum bioteknologi reproduksi hewan tropis
 
Laporan praktikum bioteknologi reproduksi hewan tropis
Laporan praktikum bioteknologi reproduksi hewan tropisLaporan praktikum bioteknologi reproduksi hewan tropis
Laporan praktikum bioteknologi reproduksi hewan tropis
 
Aplikasi sistem resirkulasi pada induk kepiting bakau (Scylla olivacea)
Aplikasi sistem resirkulasi pada induk kepiting bakau (Scylla olivacea)Aplikasi sistem resirkulasi pada induk kepiting bakau (Scylla olivacea)
Aplikasi sistem resirkulasi pada induk kepiting bakau (Scylla olivacea)
 
Jurnal pemijahan
Jurnal pemijahanJurnal pemijahan
Jurnal pemijahan
 
KOLONISASI_SEMUT_HITAM_(_Dolichoderus_thoracicus_Smith_).pdf
KOLONISASI_SEMUT_HITAM_(_Dolichoderus_thoracicus_Smith_).pdfKOLONISASI_SEMUT_HITAM_(_Dolichoderus_thoracicus_Smith_).pdf
KOLONISASI_SEMUT_HITAM_(_Dolichoderus_thoracicus_Smith_).pdf
 
poliploidisasi ikan mas.pptx
poliploidisasi ikan mas.pptxpoliploidisasi ikan mas.pptx
poliploidisasi ikan mas.pptx
 
Jojo subagja semah domestikasi
Jojo subagja semah domestikasiJojo subagja semah domestikasi
Jojo subagja semah domestikasi
 
MASKULINISASI BENIH RAJUNGAN DENGAN PERENDAMAN HORMON 17 α- METILTESTOSTERO...
MASKULINISASI  BENIH RAJUNGAN DENGAN PERENDAMAN  HORMON 17 α- METILTESTOSTERO...MASKULINISASI  BENIH RAJUNGAN DENGAN PERENDAMAN  HORMON 17 α- METILTESTOSTERO...
MASKULINISASI BENIH RAJUNGAN DENGAN PERENDAMAN HORMON 17 α- METILTESTOSTERO...
 
Pembenihan ikan kerapu macan
Pembenihan ikan kerapu macanPembenihan ikan kerapu macan
Pembenihan ikan kerapu macan
 
POLIPLOIDISASI IKAN NILEM (Osteochilus hasselti Valenciennes, 1842) dengan Ke...
POLIPLOIDISASI IKAN NILEM (Osteochilus hasselti Valenciennes, 1842) dengan Ke...POLIPLOIDISASI IKAN NILEM (Osteochilus hasselti Valenciennes, 1842) dengan Ke...
POLIPLOIDISASI IKAN NILEM (Osteochilus hasselti Valenciennes, 1842) dengan Ke...
 
Laporan praktik penetasan rps kelas xi.1 atu 06112021
Laporan praktik penetasan rps kelas xi.1 atu 06112021Laporan praktik penetasan rps kelas xi.1 atu 06112021
Laporan praktik penetasan rps kelas xi.1 atu 06112021
 
Mt lasut 2003-cyanide-seaurchin-ekoton
Mt lasut 2003-cyanide-seaurchin-ekotonMt lasut 2003-cyanide-seaurchin-ekoton
Mt lasut 2003-cyanide-seaurchin-ekoton
 
EVALUASI PENEBARAN UDANG GALAH (Macrobrachium rosenbergii) DI WADUK DARMA, JA...
EVALUASI PENEBARAN UDANG GALAH (Macrobrachium rosenbergii) DI WADUK DARMA, JA...EVALUASI PENEBARAN UDANG GALAH (Macrobrachium rosenbergii) DI WADUK DARMA, JA...
EVALUASI PENEBARAN UDANG GALAH (Macrobrachium rosenbergii) DI WADUK DARMA, JA...
 
Aicis mataram2013
Aicis mataram2013Aicis mataram2013
Aicis mataram2013
 
Pedoman informasi pakan ikan
Pedoman informasi pakan ikanPedoman informasi pakan ikan
Pedoman informasi pakan ikan
 
PENAMPILAN REPRODUKSI DAN KUALITAS LARVA RAJUNGAN DENGAN PEMBERIAN BIOMASS A...
PENAMPILAN REPRODUKSI DAN KUALITAS LARVA  RAJUNGAN DENGAN PEMBERIAN BIOMASS A...PENAMPILAN REPRODUKSI DAN KUALITAS LARVA  RAJUNGAN DENGAN PEMBERIAN BIOMASS A...
PENAMPILAN REPRODUKSI DAN KUALITAS LARVA RAJUNGAN DENGAN PEMBERIAN BIOMASS A...
 
Laporan akhir praktikum penetasan 1 budi
Laporan akhir praktikum penetasan 1 budiLaporan akhir praktikum penetasan 1 budi
Laporan akhir praktikum penetasan 1 budi
 
DERAJAT INFESTASI EKTOPARASIT HIRUDINEA Piscicola sp PADA IKAN KERAPU MACAN E...
DERAJAT INFESTASI EKTOPARASIT HIRUDINEA Piscicola sp PADA IKAN KERAPU MACAN E...DERAJAT INFESTASI EKTOPARASIT HIRUDINEA Piscicola sp PADA IKAN KERAPU MACAN E...
DERAJAT INFESTASI EKTOPARASIT HIRUDINEA Piscicola sp PADA IKAN KERAPU MACAN E...
 

Hasil benih tiram

  • 1. Disampaikan Pada Kolokium Sumber Alam III 13-15 November 1995 Pulau Manukan Kota Kinabalu, Sabah PENGHASILAN BENIH (SPAT) TIRAM Crassostrea iredalei Syafriadiman Komis1, Almah Awaluddin1 dan Arbain Hj. Kadri2 1 Jabatan Sains Laut Program Sains Sekitaran Fakulti Sains Sumber Alam UKM 43600 Bangi 2 Abstrak Penghasilan benih mempunyai peranan langsung bagi memajukan perkembangan usaha penetasan seterusnya industri pengkulturan tiram. Percubaan penghasilan benih tiram telah dijalankan dengan kaedah pengeringan sesaat, hydrogen peroksida, suntikan ammonium hidroksida, serotonin dan kombinasi antara pengeringan sesaat dan suntikan serotonin. Semua kaedah tersebut telah didapati boleh merangsang tiram untuk “spawn”, tetapi kaedah kombinasi antara pengeringan sesaat dan suntikan serotonin adalah yang paling berjaya. Kaedah ini telah menghasilkan 2.70-24.55 juta telur. Manakala kaedah pengeringan sesaat pula memberi peratus fasa tumbesaran benih yang tinggi berbanding dengan kaedah-kaedah lain. Peratus penetasan telur, trokofor, larva bentuk D dan larva peringkat umbo dalam kaedah ini adalah tinggi, iaitu masing-masing 95.45%, 86.96%, 75.36% dan 57.70%. Abstract Artificial spawning of oyster plays an important role in the development of it hatchery and culture industry. Five spawning methods had been used to produce larvae: running water with intermittent and partial draying (control), addition of hydrogen proxide, ammonium hydroxide injection, serotonin injection and the combination of running water with intermittent and partial drying with serotonin injection. The overall result showed that the methods used stimulated the spawning of oyster. The combination of running water with intermittent and partial drying with serotonin injection was comparatively found to be more efficient in stimulating the oyster to spawn. This method resulted in the production of 2.7024.55 million eggs. Whereas the running water with intermittent and partial drying with serotonin injection method resulted in higher percent of growth rate (95.45% fertile eggs, 86.96% trochopore, 75.36% D-shaped and 57.70% umbo stage).
  • 2. 2 PENGENALAN Sabah mempunyai pantai sepanjang 1.500 km termasuk kira-kira 300.000 ha. Kawasan paya bakau dan nipah. Kira-kira 50.000 ha daripadanya telah didapati sesuai untuk tujuan akuakultur. Tiram mempunyai potensi dan sesuai untuk diternak di Sabah (Maiks, 1992). Ia juga merupakan sebahagian daripada sumber bekalan protein di sini. Kandungan protein dalam isi tiram kering adalah sekitar 42% (MedCof, 1961). Analisis industri perikanan dunia pada awal tahun 1980’an menurut Steel (1986) menunjukkan permintaan yang berganda ke atas sumber ini. Permintaan dunia ke atas tiram pada tahun 2,000 dijangka dalam sekitar 2.45 juta tan (Bell et al. dalam Pillay & Dill, 1976). Memandangkan kepada meningkatnya permintaan keatas bekalan protein marin, maka amat perlu satu kajian dijalankan keatas penghasilan benih tiram. Kajian seperti ini berperan secara langsung bagi memajukan perkembangan pusat penetasan dan industri pengkulturan tiram. Salah satu jenis tiram yang penting secara komersial adalah tiram jenis C. iredalei. Isinya enak, rupa dan warnanya dapat menarik selera. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka beberapa kaedah pembiakan tiruan dan mengenalpasti kaedah terbaik dan sesuai bagi merangsangkan tiram untuk ‘spawn’ (iaitu bertelur bagi tiram betina dan menghasilkan sperma bagi tiram jantan). BAHAN DAN KAEDAH Sebanyak 3 jenis tangki diperlukan dalam kajian ini iaitu tangki pengumpulan induk, tangki makanan dan tangki pembiakan. Setiap kali tangki diguna ia harus dibersihkan dengan kalsium hypoklorit dan dicuci dengan air berturas 4-6 kali untuk menghindarkan kesan klorin. Tangki diisi dengan air berturas dan bekalan makanan yang cukup. Sebelum proses pembiakan dijalankan, tiram dieram dalam tangki selama 48 jam atau lebih. Makanan yang diberi kepada tiram adalah mengikut Hariati (1976) dan Christensen (1992) (Isochrysis sp., Chaetoceros sp., Tetraselmis sp. dan Skletonema sp.). jumlah makanan bagi tiram yang diberi adalah 1.1 x 10 9 sel/tiram/hari. Sebanyak 600 induk tiram telah dikumpul. Induk-induk ini telah diperolehi dari projek pengkulturan tiram Ko-Nelayan Kg. Serusup, Perikanan Kuala Penyu dan nelayan di Mengkabong. Saiz cangkang induk tiram yang dipilih adalah 80-116 mm. Kajian percubaan pembiakan telah dijalankan dengan 5 kaedah, iaitu (1) kaedah pengeringan sesaat (K1), (2) kaedah hydrogen peroksida (K2), (3) suntikan ammonium hidroksida (K3), (4) suntikan serotonin (K4) dan (5) kombinasi antara pengeringan sesaat dengan suntikan serotonin (K5). Kaedah pertama dijalankan dengan mengeringkan tiram pada suhu bilik (26o 28 C) selama 22-24 jam, kemudian dimasukkan ke air selama 2-3 jam dan dikeringkan semula selama 30-40 minit. Kaedah kedua pula dijalankan dengan
  • 3. 3 merendam tiram selama 8-12 jam dalam air laut yang ditambahkan sodium hydroksida 10% sehingga pH larutan 9.1-9.5. larutan tersebut ditambah pula dengan larutan hydrogen peroksida sehingga mencapai kepekatan 150 ppm. Kaedah ketiga dan keempat dijalankan secara suntikan pada bahagian sebelah otot aduktor iaitu antara kedua katup kiri dan kanan. Kaedah ketiga menggunakan larutan 0.1 N amonium hydroksida atau serotonin sebanyak 200-300 cc. Manakala kaedah yang kelima adalah kombinasi dua kaedah iaitu kaedah pertama dengan kaedah keempat. Pencerapan dilakukan ke atas sampel air yang diambil dari tangki pembiakan setelah 15-30 minit, 4-6 jam, 20-24 jam, 7-8 hari, 15-20 hari dan 21-26 hari percubaan. Datadata dianalisis dengan ANOVA CRD (Complete Random Design) dan ujian Tukey. HASIL DAN PERBINCANGAN Berdasarkan hasil kajian yang ditemui C. iredalei adalah tergolong kepada haiwan ovivar iaitu pembiakan yang terjadi secara luaran. Persenyawaan telur dan sperma berlaku di dalam air. Kesemua kaedah percubaan yang dijalankan menghasilkan diameter telur, C. iredalei berjulat antara 40-50 µm. purata diameter telur C. belcheri adalah 49 µm (Wong et al, 1989), C. gigas 50-55 µm (Angell, 1984), C. angulata 5058 µm (Nishikawa, 1977) dan C. virginica adalah 45-54 µm. penetasan telur C. iredalei dalam kajian ini berlaku selepas 15-30 minit setelah ia disenyawakan dengan sperma. Setelah 4-6 jam kemudian telur berkembang menjadi larva trokofor dan larva bertukar menjadi peringkat umbo setelah 20-24 jam. 7-8 hari kemudian larva berkembang menjadi peringkat umbo dan setelah 15-20 hari menjadi umbo matang dan 21-26 hari menjadi spat. Dari masa telur menetas hingga menjadi larva berumur 21-26 hari. Kehilangan kaki dan velum adalah pada umur 22-27 hari atau setelah kelihatan secara jelas spat melekat pada substrat. Fasa tumbesaran benih C. iredalei yang ditemui selama kajian ini dijalankan adalah hampir sama dengan perkembangan C. belcheri yang ditemui oleh Wong et al. (1989). Keberkesanan kesemua kaedah yang dikaji bagi merangsangkan tiram untuk spawn adalah menunjukkan perbedaan yang bererti pada aras keyakinan 95%. Kaedah kombinasi antara pengeringan sesaat dengan suntikan serotonin (K5) memberikan peratus spawn tiram yang tertinggi berbanding dengan kaedah suntikan serotonin (K4), hydrogen peroksida (K2) atau suntikan ammonium hydroksida (K3) dan pengeringan sesaat (K1) (Rajah 1). Kaedah kombinasi ini telah mampu merangsang tiram sekitar 35 % daripada 120 tiram yang diujikan. Hal ini mungkin disebabkan kerana tiram dirangsangkan dua kali iaitu pemindahan tiram dari suhu sekitar (dari dalam air) kepada suhu bilik dan kemudian setelah 20-24 jam disuntik dengan serotonin. Sasaran utama serotonin (5-hydroxytryptamine atau creatinine sulfate complex), C14H19N5O2.H2SO4 adalah organ saraf otot licin (nerves smooth muscle). Serotonin adalah sejenis bahan kimia yang telah banyak digunakan untuk merangsangkan spesies-spesies bivalvia (Gibbons & Castagna, 1984) dan 6 spesies dari jenis kerang besar (Braley, 1985). Walau bagaimanapun dalam kajian ini kesan
  • 4. 4 serotonin secara kimia tidak diselidiki, namun bila serotonin dititiskan pada daging di atas gonad tiram (cangkang yang telah dikopek), daging kelihatan bergerak-gerak. Walau bagaimanapun, serotonin sebagai induser yang paling berkesan untuk spawning namun sedikit diketahui mengenai ragam tindakan serotonin (Wong et al, 1989). Penelitian secara terusan dan seksama dalam hal penggunaan serotonin dan masa pengeringan tiram yang baik masih diperlukan, terutama mengenai dos serotonin serta penyebab kematian larva yang sangat tinggi. Jumlah telur tiram adalah dalam julat 2.70-24.55 juta telur/ekor untuk kesemua kaedah percubaan. Bilangan ini lebih banyak berbanding dengan tiram, C. belcheri iaitu sekitar 1 juta telur dan O. folium sekitar 0.2858 juta (Awaluddin et al, 1993; Wong et al, 1989). Jelas bahawa penghasilan spat tiram, C. iredalei lebih banyak berbanding dengan C. belcheri dan O. folium. Mengikut jumlah telur, kaedah kombinasi antara pengeringan sesaat dengan suntikan serotonin (K5) menunjukkan kaedah yang paling baik berbanding dengan kaedah suntikan serotonin (K4), pengeringan sesaat (K1), suntikan ammonium hydroksida (K3) dan hydrogen peroksida (K2) (Rajah 2). Jumlah telur yang menetas pada tiap-tiap kaedah adalah menunjukkan perbezaan yang beerti pada tingkat kepercayaan 95%. Penetasan terbanyak berlaku dalam kajian menggunakan kaedah kombinasi pengeringan sesaat dengan suntikan serotonin (K5) (Rajah 3). Dikosong pula oleh hasil ujian Tukey bahawa kaedah kombinasi antara pengeringan sesaat dengan suntikan serotonin (K5) adalah kaedah yang paling baik berbanding dengan kaedah suntikan serotonin (K4), pengeringan sesaat (K1), suntikan ammonium hydroksida (K3) dan hydrogen peroksida (K2). Pengaruh rangsangan daripada kelima-lima kaedah yang dicubakan didapati berbezabeza terhadap larva peringkat trokofor, bentuk D dan peringkat umbo. Jumlah larva trokovor, bentuk D dan peringkat umbo paling banyak ditemui pada kaedah kombinasi antara pengeringan sesaat dengan suntikan serotonin (K5) (Rajah 3). Hasil ujian Tukey pula menunjukkan bahawa kaedah kombinasi antara pengeringan sesaat dengan suntikan serotonin (K5) adalah paling baik. Manakala jumlah larva umbo matang dan spat yang paling banyak ditemui adalah menggunakan kaedah pengeringan sesaat (K1) (Rajah 3). Secara keseluruhan, fasa tumbesaran tiram dari peringkat telur hingga spat yang paling baik adalah dengan menggunakan kaedah pengeringan sesaat (K1). Hanya perubahan suhu sekitaran yang dilakukan untuk merangsangkan induk tiram pada kaedah ini. Jumlah kematian larva dengan menggunakan kaedah yang sama mungkin lebih sedikit berbanding dengan kaedah-kaedah lain. Penggunaan kaedah pengeringan sesaat juga sangat berkesan dan mempunyai respon yang baik untuk pembiakan kerang, Anadara spp, C. belcheri, Saccostrea lugubris, Pecten maximus, Chlamis opercularis dan Meretrix spp (Christensen, 1992). Peratus larva dari peringkat penetasan telur hingga spat ditunjukkan dalam Rajah 4. Urutan peratus penetasan telur terbaik adalah seperti berikut : kaedah pengeringan sesaat (K1) > kombinasi pengeringan sesaat dengan suntikan serotonin
  • 5. 5 (K5) > suntikan serotonin (K4) > suntikan ammonium hydroksida (K3) > hydrogen peroksida (K2), larva trokofor adalah kaedah pengeringan sesaat (K1) > kombinasi pengeringan sesaat dengan suntikan serotonin (K5) > suntikan serotonin (K4) > hydrogen peroksida (K2) > suntikan ammonium hydroksida (K3), larva bentuk D adalah kaedah pengeringan sesaat (K1) > kombinasi pengeringan sesaat dengan suntikan serotonin (K5) > hydrogen peroksida (K2) > suntikan ammonium hydroksida (K3) > suntikan serotonin (K4) dan larva peringkat umbo adalah kaedah pengeringan sesaat (K1) > kombinasi pengeringan sesaat dengan suntikan serotonin (K5) > hydrogen peroksida (K2) > suntikan ammonium hydroksida (K3) > suntikan serotonin (K4). Manakala peratus perkembangan larva sehingga ke larva peringkat umbo matang dan spat yang paling tinggi adalah menggunakan kaedah pengeringan sesaat (K1).
  • 6. 6 Peratus kematian induk tiram setelah percubaan pembiakan tiruan dijalankan adalah 0.67%. Kematian induk adalah berlaku pada tiram-tiram yang telah spawn. Kematian yang paling banyak selama kajian dijalankan adalah pada kaedah kombinasi pengeringan sesaat (K5) dengan suntikan serotonin (K4) iaitu 2 individu (0.33%). Selebihnya adalah dalam kajian menggunakan kaedah hydrogen peroksida iaitu 1 individu (0.17%). Kematian ini mungkin disebabkan oleh ‘stress’ akibat bahan kimia perangsang, pemindahan tempat (perubahan sekitaran) dan makanan. Oleh itu, kajian penggunaan kepekatan optimum bahan kimia perangsang bagi tiram untuk spawn masih diperlukan supaya peratus kematian dapat dikurangkan. Perkambangan benih yang tinggi berbanding dengan kaedah-kaedah lainnya. Perkambangan pusat penetasan tiram, C. iredalei perlu menerapkannya bagi kemajuan industri pengkulturan tiram di masa hadapan. Kaedah ini mampu mengeluarkan telur yang banyak dan boleh menghasilkan spat dalam tempoh satu bulan. Namun demikian,
  • 7. 7 kajian lanjut penggunaan kepekatan optimum daripada bahan-bahan kimia untuk merangsangkan tiram masih diperlukan.
  • 8. 8 KESIMPULAN Kajian percubaan pembiakan tiram Crassostrea iredalei yang telah dijalankan dalam kajian ini adalah 5 kaedah, iaitu (1) kaedah pengeringan sesaat (K1), (2) kaedah hydrogen peroksida (K2), (3) suntikan ammonium hidroksida (K3), (4) suntikan serotonin (K4) dan (5) kombinasi antara pengeringan sesaat dengan suntikan serotonin (K5). Amnya, semua kaedah tersebut telah didapati boleh merangsang tiram untuk “spawn”. Kaedah kombinasi antara pengeringan sesaat dan suntikan serotonin adalah kaedah yang paling berjaya. Kaedah ini telah menghasilkan 2.70-24.55 juta telur. Manakala kaedah pengeringan sesaat pula memberi peratus fasa tumbesaran benih yang tinggi berbanding dengan kaedah-kaedah lain. Peratus penetasan telur, trokofor, larva bentuk D dan larva peringkat umbo dalam kaedah ini adalah tinggi, iaitu masing-masing 95.45%, 86.96%, 75.36% dan 57.70%. RUJUKAN Angell, C.L., 1984. Thailand Bivalve Hatchery Workshop. Presented at Prachuap Khiri-Khan Brackiswhater Fisheries Station. Feb. 13-17. ICLARM. Awaluddin, A., Kadri, A. & Mahadi, Z., 1993. Akuakultur Tiram di Malaysia: Perkembangan dan Permasalahan. Penerbitan Tak Berkala. No. 5. FSSA, UKM Kampus Sabah. 34 ms. Braley, R.D., 1985. Serotonin induced spawning in giant clams (Bivalvia: Tridacnidae). Aquaculture, 47:321-325. Christensen, M.S., 1992. Pengenalan pada budidaya perairan dengan penekanan khusus pada lingkungan air laut dan air payau. Sam Ratulangi University. Report 2. 126 muka. Gibbons, M.C. and M. Castagna., 1984. Serotonin as an inducer of spawning in six bivalve species. Aquaculture, 40:189-191. Hariati, T. 1976. Analisa lambung tiram jenis local, Crassostrea cuculata Born yang terdapat di perairan teluk Banten. LPPL, DEPTAN, Jakarta, Indonesia. Ms 87-95. Maiks, J. 1992. Akuakultur : Satu Alternatif Sumber Protein Pada Masa Depan Untuk Sabah. Pros. Simposium Sumber Alam Kebangsaan Pertama. FSSA, UKM Kampus Sabah. ms 43-50. MedCof, J.C. 1961. Oyster farming in the maritimes. Fish. Res. Board of Canada. Bull. No. 131. m. s 158.
  • 9. 9 Nishikawa, N. 1977. The rearing of larvae and seedlings of bivalve. In Imai, T., editor. Aquaculture in Shallow Seas: Progress in shallow sea culture. H.A. Balkema, Rotterdam. Pages 579-600. Pillay and W.A. Dill., 1976. Advance in aquaculture. Fisheries Department food and agriculture organization of the United Nation, Rome. Italy. Fishing News (Books) Ltd. Farhan Survey, England. M.s 653. Steele, I., 1986. Dunia Kini Kekurangan Ikan. Di dalam Berita Harian. Kuala Lumpur. 13/9/1986 Wong, T.M., S.H. Tan & T.K. Cheong., 1989. Induced Spawning, Larval Development and Early Spat Growth of the Tropical Oyster Crassostrea belcheri in the Laboratory. Proc. 12th. Ann. Seminar of the Mal. Soc. Mar. Sci. ms 255-260.
  • 10. 10 KOLOKIUM SUMBER ALAM III PENGHASILAN BENIH (SPAT) TIRAM CRASSOSTREA IRREDALEI OLEH : SYAFRIADIMAN KOMIS ALMAH AWALUDDIN ARBAIN HJ. KADRI 13 - 15 NOVEMBER 1995 PULAU MANUKAN SABAH Anjuran FAKULTI SAINS SUMBER ALAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KAMPUS SABAH KOTAKINABALU November 1995