2. Minta daun diberi daun,
Dalam daun buah bidara,
Minta pantun diberi pantun,
Dalam pantun ada bicara
(Nik Safiah Karim,1996:15)
3. Pantun merupakan puisi tradisional masyarakat
Melayu yang wujud sejak zaman berzaman
lagi.
Menurut Harun Mat Piah (1989), telah
memberikan definisi pantun berdasarkan
aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur
visualnya. Aspek dalaman meliputi unsur
estetik yang dapat dilihat berdasarkan dua
aspek .
4. Pertama: berkaitan dengan penggunaan lambang-
lambang tertentu yang terdapat dalam pantun
mengikut tanggapan dan pandangan dunia
masyarakat Melayu
Sarawak sungainya sempit,
Sungguh sempit bercabang lima,
Tuan Merak saya nan pipit,
Manakah boleh terbang bersama.
( Bunga Kalong, 138)
Perlambangan burung.
5. Kedua: Berdasarkan hubungan makna antara
pasangan pembayang dengan pasangan maksud
sama ada secara konkrit atau abstrak
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
(Pantun rindu )
6. Lazimnya pantun terdiri daripada empat
rangkap pantun ( mempunyai dua baris
pembayang dan dua baris maksud)
Rima pantun abab
Setiap baris terdiri drpda 8-12 suku kata
Setiap baris mengandungi antara 4 hingga 5
perkataan.
7. Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
8. Putih berona berbunga senduduk,
Tempat berkicau pipit didarat,
Beza di mana sirih dan kaduk?
Sama menghijau bujur berurat.
( karya:As’malia Malia Pemantun Nusantara)
9.
10. Jawapan 1 : Deria Rasa
Hitam warna hulunya senduk,
Patah ditengah mengacau laksa,
Beza dimana sirih dan kaduk,
Cuba dikunyah dapatla rasa.
Jawapan 2: Perlambangan (kedudukan)
Bawa petanda angin di kota,
Gerimis dikata hingga ke tanjung,
Bezanya pada darjat dan takhta,
Kaduk melata sirih dijunjung
17. Budi Bahasa
Bahasa Jiwa Bangsa
Kasih Sayang
Nilai-nilai murni
Memartabatkan Bahasa
Percintaan
Keusahawanan
Guru Cemerlang
Bebas
Pusingan 1
Akhir
Pusingan 2
18. BAHASA ISI
-Dua baris pembayang dalam pantun
-Pembayang haruslah saling berkait,
logik dan pemilihan kata yg indah.
-Penggunaan unsur alam, tumbuh-
tumbuhan, sifat haiwan, bunga,
tingkah laku manusia,sejarah(lagenda
digunakan, mahsuri, Hang Tuah, Tun
Teja)
-Rima hujung abab
Contoh pantun yg berkait:
Kain cindai berwarna kelabu,
Cantik dipakai tuan puteri.
-Dua baris maksud.
-Jawapan haruslah tepat dan logik
serta dijawab berdasarkan soalan yang
ditanya.
-Pantun yang dijual dan memang
disediakan awal terlebih dahulu
haruslah menjual mengikut tema.
(Tema iaitu soalan yg mudah
difahami, dan tidak kabur).
Contohnya:Semangat Perpaduan
Dari Maluku belayar Laksamana,
Tuju Bengkalis membingkis berlian,
Benih berpadu bertunas bagaimana,
Dijurang prejudis dek dobi pakaian.
19. PERSEMBAHAN
-Suara yang jelas
-Suara lantang
-Gaya persembahan
-Tidak gemuruh
-Menjual dan membeli pantun
dibaca dengan nada berpangun
dan mengikut jeda, (berhenti)
Tidak terlalu cepat sehingga
menyukarkan pihak lawan dan
juri memahami.
Pertandingan yang dianjurkan
mengikut kepada anjuran
tertentu.
Mungkin pantun dijual dan
dibeli dalam keadaan santai
namun masih menjaga kualiti
pantun.