SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
Download to read offline
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA
PASIR MAS
DUS30052 (SYARIAH & KEHIDUPAN TUGASAN KAJIAN)
TAJUK TUGASAN:
Mutakhir ini, semakin menjadi-jadi kes penipuan Macau Scam yang melibatkan bukan
sahaja warga tua sebagai mangsa, malah orang muda juga turut terbelit dengan
perangkap sindiket dan kerugian ada yang mencecah jutaan ringgit. Mengambil contoh
kes di Petaling Jaya yang dilaporkan pada 9 Oktober, seorang pengurus agensi
perbankan kerugian hampir RM2 juta ditipu sindiket Macau Scam ini. Liciknya modus
operandi (MO) ini apabila seorang wanita menyamar sebagai 'pegawai polis'
menghubungi pengurus itu pada petang 5 Mei dan menyakinkan mangsa terbabit dengan
kes langgar lari yang menyebabkan kematian.
AHLI KUMPULAN :
NAMA NO. MATRIK
1. RABI’ATUL NABILAH BINTI MUHAMAD ROSLI 202187
2. NUR HUSNINA MIZA BT AZMI 202179
3. NUR ILLYA SHAFIQA BINTI SAUMI 202180
4. SITI JUHARA BT RAHIM 202178
NAMA PROGRAM : DIPLOMA SENIBINA
SEMESTER & KELAS : DSB 3A
NAMA PENSYARAH : AHMAD KHAIRULNIZAM BIN MUHAMAD
ISI KANDUNGAN
NO TAJUK M/S
1. PENGENALAN
- Scenario isu kes penipuan scam di Malaysia
- Skop pembincangan kajian
4
2. DEFINISI SCAM
- Definisi
- Jenis scam
 Scam macau
 Scam kwsp
 Scam pinjaman peribadi
 Scam pelaburan
 Scam skim cepat kaya
5-9
3. FAKTOR-FAKTOR KES PENIPUAN SCAM DI MALAYSIA
- Faktor-faktor
 Pemilihan mangsa yang tepat
 Kurang kesedaran hal semasa ke semasa
 Murah, jimat, untung
 Tiada tindakan tegas dan cepat
 Penyamaran pihak berkuasa
 Penipuan siber
10-12
4. LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH PENIPUAN SCAM
- Langkah-langkah
 Jangan mengangkat panggilan telefon dari nombor
yang mencurigakan
 Pastikan tidak sewenang-wenangnya memberikan
maklumat peribadi
 Menyemak maklumat organisasi ataupun akaun
penjual barangan
 Sebaiknya membeli pada platform yang ada sistem
jaminan
13-14
5. PENUTUP 15
- Rumusan kesuluruhan perbincangan
- Pandangan anda tentang kes penipuan
6. RUJUKAN
- Internet
- Artikel
16-17
7. LAMPIRAN
- File table
- Refleksi kendiri
18-23
1.0 PENGENALAN
Tajuk ini membincangkan tentang kes-kes penipuan atau dipanggil scammer. Laporan jenayah
siber kerap dipaparkan di dalam dada akhbar dan pelbagai kempen penerangan tentang tidak
berkongsi maklumat peribadi melalui media elektronik dan cetak. Namun, kes jenayah
laman siber terus meningkat dengan mendadak terutama dalam kalangan wanita
profesional. Sindiket penipuan percintaan melalui laman siber terutama membabitkan warga
negara Afrika telah mengakibatkan kerugian jutaan ringgit Malaysia. Statistik Jabatan Siasatan
Jenayah Komersial (JSJK) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bukit Aman melaporkan
bahawa, peningkatan kerugian yang mendadak kepada mangsa penipuan Love Scam iaitu
sebanyak RM40.9 juta pada tahun 2012; meningkat kepada RM80.3 juta (tahun 2013); RM816
juta (tahun 2014); dan RM1.09 bilion (tahun 2015) menunjukkan suatu angka yang sangat
membimbangkan. Laporan akhbar Utusan Online pada 12 Mac 2016 dengan tajuk Love Scam
Terus „Mengganas‟ melibatkan seramai 407 mangsa dengan kerugian sebanyak RM19.2 juta
dalam tempoh 70 hari. Penipuan cinta laman siber dilaporkan paling banyak terjadi di Selangor
(122 wanita) diikuti Kuala Lumpur (54 wanita) dengan jumlah kerugian sebanyak RM4.9 juta.
Dalam pada itu, laporan The Straits Times Singapura pada 27 Mac 2016 memetik hasil kajian
yang dibiayai oleh Telenor Group (syarikat telekomunikasi multinasional Norway)
menyatakan bahawa dalam kalangan negara Asia, Malaysia adalah negara paling teruk
terjejas akibat penipuan internet, diikuti Thailand dan Singapura. Laporan Bernama Online
pada 29 Oktober 2019 melaporkan kerugian berjumlah RM410.6 juta akibat scam
sepanjang tahun 2018 hingga 2019 membabitkan 8,489 kes yang melibatkan kegiatan
jenayah scammer (Macau Scammer, Lover Scammer, penipuan cinta, pakej penipuan dan
pinjaman yang tidak wujud) yang menyebabkan rakyat Malaysia kehilangan antara
RM200,000.00 hingga RM1 juta berupa wang tunai dan barangan berharga (Khalid, 2019).
2.0 DEFINISI SCAM
Scam adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan skema penipuan bisnis untuk
mengambil uang atau barang lainnya dari korban. Semakin berkembangnya teknologi internet,
kejahatan scam pun meningkat.Pelaku dari kejahatan scam biasanya
menggunakan website palsu untuk mencuri informasi pribadi dan menyalahgunakannya untuk
mendapatkan keuntungan. Banyaknya pengguna media sosial yang lengah,
memberikan scammer celah untuk untuk melancarkan aksinya. Scammer (sebutan untuk
pelaku scam) bisa bekerja secara individual maupun kelompok dan kejahatan ini juga tersebar
di seluruh dunia.
Ramai orang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Macau Scam ini. Ada juga yang
ingatkan Macau Scam ini sebenarnya sama dengan pengubahan wang haram (money
laundering). Setiap minggu ada saja berita yang dilaporkan oleh media tempatan
kita,berkenaan mangsa-mangsa taktik penipuan yang dikenali sebagai 'Macau Scam. Tidak
jelas kenapa taktik penipuan ini dinamakan sebagai 'Macau Scam' namun banyak pihak
mengatakan punca namanya dilabelkan sedemikian rupa adalah disebabkan dua pendapat.
 Yang pertama ialah sindiket yang beroperasi menjalankan modus operandi ini datang
dari Macau.
 Yang kedua pula menyebut,mangsa pertama kaedah penipuan ini datang dari Macau.
Kedua-dua pendapat tidak dapat dibuktikan secara sahih pada awalnya, namun ucapan yang
dilakukan oleh Preside Polis Antarabangsa (Interpol) Khoo Boon Hui dari Singapura pada
tahun 2012 semasa Persidangan Eropah yang dianjurkan di Tel Aviv, Israel mampu menjawab
asal-usul nama penipuan ini. Bercakap mengenai sindiket jenayah antarabangsa, Boon Hui
menceritakan berkenaan sekumpulan penjenayah yang di tahan di Malaysia, selepas 8 bulan
berjaya melakukan operasi jenayah mereka ,sebelum berjaya di tahan di lapangan terbang oleh
pihak berkuasa negara kita, semasa cuba melarikan diri, Presiden Interpol ketika itu jelas
menamakan Macau sebagai pusat titik mula operasi sedemikian rupa, sebelum gerakan itu
melarikan diri beroperasi di Malaysia, Kemboja, Indonesia, Filipina dan Thailand bagi
mengurangkan risiko diberkas. Bagaimanapun, dalam tangkapan yang berjaya dilakukan it
polis kita terpaksa melepaskan pesalah untuk dihantar pulang ke negara masing-masing,
disebabkan oleh bidang kuasa tangkapan mereka terhad.
2.1 JENIS SCAMMER YANG BERLELUASA DIMALAYSIA
Dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih sekarang ini, macam-macam taktik
yang lebih kompleks digunakan oleh scammer-scammer di Malaysia ini. Scammer ini bijak
memperdaya untuk meyakinkan mangsa-mangsa untuk berkongsikan maklumat-maklumat
peribadi atau terus melakukan transaksi. Dalam bahagian ini, akan dikongsikan 7
jenis scam yang popular di Malaysia dan langkah mengatasi penipuan atas talian bila anda
menghadapi situasi-situasi di bawah ini.
2.1.1. Macau Scam
Pertama dalam senarai merupakan antara penipuan yang mempunyai jumlah mangsa yang
sangat tinggi sehingga ke hari ini. Apa itu macau scam? Untuk memahami Macau Scam ini,
kena faham modus operandi sindiket ini. Teknik spoofing panggilan telefon dengan menyamar
menjadi pegawai sama ada dari mahkamah atau jabatan polis, adalah salah satu taktik yang
sering dilakukan oleh kumpulan ini. Berikut merupakan taktik yang biasa digunakan dalam
modus operandi Macau Scam.
i. Menyamar Sebagai Pegawai Polis
Bayangkan terima panggilan daripada pegawai polis dan pegawai tersebut cakap ada waran
untuk tangkap sebab kita telah melakukan kesalahan-kesalahan tertentu. Kalau tak sedar
tentang modus operandi Macau Scam ini, mesti kita pun akan kena scam. Mangsa-mangsa
selalunya akan berasa panik disebabkan ugutan kena tangkap ini. Dari sinilah, scammer ini
akan mula meminta segala maklumat-maklumat peribadi yang akan membolehkan mereka
untuk merompak duit dari anda nanti. Untuk pengetahuan , PDRM tak akan menghubungi kita
untuk meminta maklumat peribadi. Kalau betul-betul polis cari, pihak polis akan meminta
untuk terus ke balai bagi membantu siasatan-siasatan tertentu.
ii. Menyamar Sebagai Pegawai Bank/ Bank Negara
Panggilan dari bank atau bank negara ini pun ramai yang dah terkena sebab scammer-
scammer ni memang pandai berlakon. Kita mungkin akan menerima panggilan seperti pegawai
bank menyatakan maklumat bank atau kad kredit telah terjejas, atau bahawa pembelian besar
baru sahaja dibuat menggunakan butiran kita . Selepas itu, mereka akan meminta maklumat
tentang kad bank, nombor pin dan sebagainya. Jadi, sekiranya kita mendapat panggilan
sebegini, jangan panik. Letak telefon dengan segera. Selepas itu, pergi ke laman web bank,
dapatkan nombor telefon centre dari situ. Kemudian telefon nombor tersebut untuk dapatkan
kepastian.
iii. Menyamar Sebagai Pegawai Kastam
Lagi satu, scammer ni pun pandai berlakon sebagai pegawai kastam. Kita mungkin akan
mendapat panggilan seperti mempunyai bungkusan yang telah ditahan oleh Kastam Malaysia.
Jadi, untuk anda mendapat bungkusan itu,kita perlu membayar jumlah wang yang
tertentu. Perlu diingatkan scammer-scammer ni sentiasa belajar untuk cuba helah-helah yang
baru. Sesetengah scammer sangat bijak sehingga mereka boleh memalsukan ID pemanggil
mereka.
Maksudnya, mereka berpura-pura membuat panggilan daripada institusi sebenar dengan
menggunakan nombor talian hotline bank kita apabila mereka sebenarnya membuat panggilan
daripada nombor lain. Jika kita menerima mana-mana panggilan ini, sebaiknya tutup telefon
dengan segera dan hubungi mereka semula menggunakan nombor hotline institusi. kita boleh
tengok sama ada panggilan akan dijawab oleh orang sama atau tak. Ini merupakan salah satu
langkah mengelakkan diri daripada menjadi mangsa macau scam.
Sehingga hari ini, sindiket Macau Scam ini masih lagi mampu memperdayakan ramai mangsa
baharu. Laporan berita hariann pada 27 Januari 2022 yang lalu berkongsikan kisah seorang
warga emas kerugian RM1 juta selepas menerima panggilan daripada scammer yang
menyamar menjadi seorang pegawai Telekom Malaysia dan juga scammer yang menyamar
menjadi seorang pegawai polis. Artikel Harian Metro pada 19 Januari 2022 melaporkan
seorang jururawat rugi RM350,000 ditipu Macau Scam. Search je “Macau Scam” di Google
dan akan jumpa banyak artikel berita tentang Macau Scam ini. Kalau kita dah tahu modus
operandi sindiket ini, kita akan lebih berhati-hati.
2.1.2. Scam KWSP
Duit kwsp ini merupakan duit simpanan untuk hari tua nanti. Kebiasaannya, golongan yang
dah pencen dan yang dah mengeluarkan simpanan mereka ini yang menjadi sasaran scammer.
Selain itu, para scammer ini juga menyasarkan golongan yang nak mengeluarkan duit i-Sinar
dan i-Citra. Berikut merupakan antara taktik penipuan KWSP yang digunakan oleh scammer.
i. Panggilan daripada “Ejen KWSP”
Sekiranya mendapat panggilan daripada seseorang yang claim dirinya sebagai seorang ejen
KWSP, boleh letak terus telefon. KWSP tak pernah melantik mana-mana ejen untuk
menguruskan simpanan kita. Jadi, jangan layan sekiranya scammer ini call dan menyatakan
dia boleh bantu untuk membuat pengeluaran atau meminta IC.
ii. Scam melalui SMS
Kalau anda mendapat mesej yang mengandungi nombor OTP walaupun tak pernah memohon,
ini bermakna scammer sedang menggunakan data peribadi .
iii. Aplikasi Palsu i-Sinar
Ada juga scammer yang gigih membuat aplikasi yang nampak real kononnya untuk
memudahkan urusan pengeluaran duit KWSP. Sebagai langkah keselamatan, kita boleh
menghubungi pihak KWSP untuk memastikan sama ada aplikasi tersebut milik mereka atau
tak.
2.1.3. Scam Pinjaman Peribadi
jangan terpedaya dengan kadar faedah 0% dan dijamin kelulusan pinjaman 100%. Bila nampak
perkara yang too good to be true ini, jangan lah mudah percaya. Ada scammer yang menyamar
jadi platform pinjaman dengan menggunakan nama syarikat yang dipercayai untuk menarik
mangsa untuk membuat pinjaman dengan mereka.
i. Scammer Meminta Bayaran Pendahuluan
Jika diminta untuk membayar yuran pendahuluan atau deposit untuk mendapatkan pinjaman,
buat tak tahu dan jangan layan, Tiada pemberi pinjaman yang sah akan meminta membayar
apa-apa sebelum menerima pinjaman.
ii. Didesak Membuat Keputusan Terburu-buru
Jika pemberi pinjaman atau ejen pinjaman terus mendesak untuk membuat keputusan dengan
segera, jangan buat keputusan dengan terburu-buru. bertenang sahaja, kadang-
kadang scammer ni terdesak untuk membuat kerja dengan cepat.
iii. Tak Apply Loan Tapi Dapat Tawaran
tak ada apply apa-apa loan tapi dapat tawaran. menerima panggilan atau e-mel yang
mengatakan bahawa layak untuk pinjaman dengan kadar faedah yang rendah. Ini juga salah
satu taktik yang biasa digunakan. Banyak kes scam pinjaman peribadi ini. Antaranya seorang
juruteknik telah mengalami kerugian sebanyak RM11,000 kerana terpedaya dengan taktik
suspek yang menyamar sebagai pihak bank yang terkemuka. Disebabkan ini, perlulah berhati-
hati bila nak membuat pinjaman peribadi ini.
2.1.4. Scam Pelaburan
Sekarang ni macam-macam jenis pelaburan yang ada dan memang bagus kalau nak cuba
belajar untuk membuat pelaburan. Namun,perlu berhati-hati apabila nak mula melabur
sebab scam pelaburan ini perkara yang dah banyak terjadi sejak kebelakangan ini.
i. Tak Ada Risiko Pelaburan Langsung, Jaminan Untung Besar
anggap sahaja ini janji manis yang hanya sekadar janji. Apabila dah mula komited untuk
melabur, kita akan lihat sendiri untuk mendapat untung besar, memang akan ada risiko yang
tinggi. Ia merupakan lumrah melabur.
ii. Tak Ada Pemegang Amanah
Kalau tak ada pemegang amanah,jangan melabur di situ sebab pengarah syarikat tidak boleh
sewenang-wenangnya mengeluarkan duit daripada akaun yang dipegang oleh pemegang
amanah.
iii. Pengambilan Deposit Tanpa Lesen yang Betul
Bila tak ada lesen yang betul dari Bank Negara untuk mengambil wang daripada orang ramai,
jauhkan diri daripada melabur di situ.
2.1.5. Scam Skim Cepat Kaya
Jangan ambil skim cepat kaya sebab nanti akan kena scam. Skim ini menjanjikan pulangan
yang sangat masyuk dan tak masuk akal.. Skim cepat kaya ini selalunya menggunakan taktik
MLM.
i. Multi-Level Marketing (MLM)
Juga dikenali sebagai skim piramid, skim ini merupakan strategi kewangan yang digunakan
untuk menggalakkan pelabur sedia ada merekrut pelabur baharu. Ini bermakna pelabur hanya
perlu melakukan pelaburan yang kecil dan mendapat pulangan yang tinggi. Apabila tiba
masanya, scammer akan melarikan semua duit pelabur-pelabur MLM ini.
3.0 FAKTOR-FAKTOR KES PENIPUAN SCAM DI MALAYSIA
Skim penipuan atau skim cepat kaya bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Ramai yang
sudah menjadi mangsa dan ada juga mangsa yang tertipu berkali-kali.
Jika dilihat, dalang disebalik penipuaan skim cepat kaya dan penipuan ini adalah orang yang
sama tetapi syarikat yang berbeza.
Berikut adalah beberapa sebab kenapa skim cepat kaya masih lagi berlaku di Malaysia dan
terus berkembang.
3.1 Pemilihan mangsa yang tepat
Individu yang terlibat dan menjadi dalang disebalik kes penipuan dan skim cepat kaya hari ini
sudah semakin bijak dan semakin berleluasa .Mereka sudah pandai mencari target yang lebih
mudah untuk tertipu. Zaman sekarang, untuk tipu individu yang lebih mahir dalam penggunaan
internet adalah lebih sukar. Mereka mempunyai akses untuk dapatkan maklumat berkenaan
sesuatu skim.Tetapi, bagi golongan yang tidak mahir dalam penggunaan internet, mereka
adalah golongan yang lebih mudah tertipu terutama jika periklanan skim tersebut keluar di
televisyen. Dulu, setiap yang keluar di televisyen adalah sesuatu yang boleh dipercayai.
Manakala hari ini pula setiap iklan yang keluar di televisyen adalah kerana mereka dibayar.
3.2 Kurang kesedaran hal semasa
Walaupun anda seorang yang mahir dan sering menggunakan internet setiap hari, tidak
bermaksud anda tidak akan mudah tertipu. Kebanyakan mangsa juga tertipu hasil dari
periklanan media sosial seperti Facebook dan lain-lain. Individu yang tidak peka dengan
keadaan semasa akan lebih mudah tertipu.
Antara contoh kes penipuan adalah berkenaan skim rumah yang terlalu murah sehingga
menarik minat ramai orang. Jika anda seorang yang peka dengan kos untuk membina rumah,
anda mungkin sedar yang rumah terlalu murah adalah mustahil.
3.3 Murah, Jimat, Untung
Siapa yang tidak mahu murah, jimat dan untung? Ini adalah antara ayat marketing yang sering
digunakan dalam penipuan dan skim cepat kaya untuk menarik minat orang ramai. Ada
individu yang terlalu percaya terhadap barang yang terlalu murah sehingga lupa kos sebenar
barang tersebut. Kes yang sering berlaku adalah kerana keinginan untuk mendapatkan
keuntungan dengan cepat dan mudah.
3.4 Tiada tindakan tegas dan cepat
Kebanyakan kes penipuan berlaku hari ini biasanya akan viral terlebih dahulu di media sosial
sebelum tindakan dari pihak berwajib diambil. Jika dapat dilihat, individu yang pernah
melakukan penipuan juga tidak serik dan akan melakukan perkara yang sama berulang kali.
Mungkin kerana mereka sedar bahawa hukuman yang dikenakan adalah terlalu ringan. Jika
tiada tindakan dari pihak berwajib, biasanya duit dari pelanggan juga tidak akan dapat
dipulangkan semula. Selain itu, kebanyakan mangsa juga gagal membuat laporan dengan pihak
berwajib kerana takut duit mereka tidak akan dipulangkan semula.
3.5 Penyamaran pihak berkuasa
Bagi kes penyamaran sebagai pihak berkuasa pula, jika kita menerima panggilan daripada bank
atau pihak penguat kuasa undang-undang mengenai sebarang masalah undang-undang
kononnya membabitkan diri kita, catat segala butiran daripada pihak yang menghubungi kita
dan maklumkan kepada mereka yang kita tidak dapat bercakap pada waktu itu dan akan
menghubungi mereka semula.
Tip penting di sini ialah kita perlu bertenang, tidak takut dan panik. Selepas itu kita
boleh semak nombor telefon bank atau pihak penguat kuasa undang-undang di laman web
rasmi mereka seterusnya hubungi mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Alternatif lain, kita boleh ke pejabat mereka untuk mendapatkan kepastian. Tuntasnya,
rajin-rajin mengambil tahu dan membaca segala pendedahan yang dibuat oleh pihak berkuasa
berkaitan kes penipuan siber atau scammer ini supaya kita sentiasa waspada dan dapat
melindungi diri dan keluarga.
3.6 Penipuan siber
Antara dua kes penipuan besar yang sering menjadi perhatian kita ialah Love Scam dan Macau
Scam. Statistik menunjukkan wanita tempatan terus menjadi mangsa Love Scam apabila mudah
tergoda dengan pujuk rayu anggota sindiket.
Kebiasaanya anggota sindiket akan menggunakan identiti palsu untuk mencari dan
mengumpan wanita yang boleh menjadi sasaran mudah seperti yang kesunyian, berdepan
masalah keluarga atau kematian suami yang meninggalkan harta. Jadi kita berharap wanita
akan lebih waspada dan tidak mudah masuk jerat mereka.
Manakala, Macau Scam pula menggunakan modus operandi memperdaya mangsa
dengan panggilan palsu hingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit. Kebiasaanya, sindiket
beroperasi dengan cara menawarkan cabutan bertuah, tipu culik dan minta wang
tebusan, spoofing pegawai polis atau agensi kerajaan serta pegawai bank negara atau bank
komersial.
Macau Scam didalangi sindiket Taiwan serta China yang menggunakan talian
antarabangsa dari Hong Kong dan juga tempatan. Jadi anggota masyarakat perlu ada
pengetahuan yang secukupnya untuk elak menjadi mangsa Macau Scam yang cukup terancang
dan licik ini.
Antara tip untuk elak menjadi mangsa penipuan siber ialah jangan jawab panggilan
daripada nombor telefon dari luar negara yang tidak dikenali, melainkan nombor itu adalah
senarai kenalan kita yang biasa. Kita juga perlu berhati-hati dalam berkongsi maklumat
peribadi dengan orang lain, misalnya jangan berikan maklumat seperti nombor akaun bank,
kata laluan perbankan online, kod CVV pada kad bank atau pun nombor TAC kepada pihak
yang tidak dikenali. Jika ada mana-mana pihak meminta maklumat berkaitan kad debit/kredit
dan perbankan online, lebih baik kita tamatkan sahaja panggilan itu
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH PENIPUAN SCAM
Langkah pertama untuk mengcegah penipuan scam ialah jangan mengangkat panggilan telefon
dari nombor yang mengcurigakan. Anda ditegah daripada menjawab panggilan telefon dari
nombor yang kelihatan aneh terutamanya panggilan luar negara. Panggilan telefon dari luar
negara yang mengajak anda untuk membeli sesuatu ataupun mengatakan bahawa anda telah
memenangi suatu pertandingan perlu untuk diperiksa terlebih dahulu. Kadangkala, scammer ini
boleh mengakses maklumat peribadi ketika anda menjawab panggilan tersebut. Sebaiknya,
anda dapatkan maklumat pemanggil sebelum menjawab telefon tersebut.
Seterusnya, pastikan tidak sewenang-wenangnya memberikan maklumat peribadi.
Sejak berlakunya perintah kawalan pergerakan dalam membasmi penularan COVID-19,
kerajaan telah menggarap pelbagai inisiatif dalam membantu golongan yang terjejas dari segi
kewangan. Antaranya ialah pengeluaran wang simpan KWSP, program rangsangan bantuan
dan seumpama dengannya. Melihat kepada pendekatan ini, ramai scammer mula untuk
menyamar menjadi ejen kerajaan dan berhubung dengan orang awam serta meminta nombor
kad pengenalan, nombor akaun bank serta nombor TAC. Seandainya benar mereka mewakili
organisasi kerajaan, maklumat berikut sememangnya ada dalam rekod mereka dan hanya untuk
disemak bersama anda. Orang ramai seharusnya berhubung terus dengan pihak kerajaan
berdaftar dan bukannya ejen.
Selain itu, menyemak organisasi ataupun akaun penjual barangan. Teknologi kini
semua di hujung jari sahaja. Oleh itu, anda hendaklah untuk menyemak apa-apa prosedur
bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Pastikan setiap nombor telefon yang menghubungi anda
sama dengan yang tertera pada lama rasmi kerajaan. Hal ini untuk mengelakkan aktiviti
penyamaran. Bagi aplikasi atau laman jualan lain pula, sila baca maklum balas pelanggan
terdahulu dan pastikan bahawa jualan mereka berdaftar serta tidak pernah disenaraihitamkan.
Terdapat banyak laman sesawang yang boleh untuk diakses bagi mengenalpasti scammer.
Sebagai contoh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID), SCAM.MY dan Truecaller.
Akhir sekali, sebaiknya membeli pada platform yang ada sistem jaminan. Sistem
jaminan merupakan pendekatan bagi melindungi pelanggan daripada ditipu, mendapatkan
barangan yang tidak berkualiti,melebihi tarikh luput serta jika berlakunya kerosakan barang.
Pendek kata, ia merupakan warranty kepada pembeli. Dengan ini pelanggan berhak untuk
memulangkan barangan tersebut atau mendapatkan ganti rugi. Polisi ini akan tertera kepada
pelanggan setiap kali pembelian. Sebagai contoh Lazada Guarantee, Shoppee Guarantee dan
PayPal Buyer Protection. Sesetengah jaminan membolehkan barangan tersebut untuk sampai
kepada pelanggan barulah caj dikenakan.
5.0 PENUTUP
Berdasarkan tinjauan pengkaji, kajian-kajian banyak menunjukkan faktor-faktor psikologikal
terutama sekali faktor personaliti dan kawalan diri mempunyai pengaruh terhadap kemangsaan
jenayah penipuan komersil. Namun, faktor-faktor lain seperti sikap asertif dan Jurnal Psikologi
Keselamatan, Vol 1, 2019, 60-86 81 aspek kognitif masih lagi kurang dikaji baik di peringkat
antarabangsa mahupun tempatan. Hal ini kerana menurut pandangan pengkaji, sikap asetif dan
kognitif juga perlu diambil kira dalam menerangkan masalah kemangsaan jenayah penipuan
komersil. Dengan mengambil kira kedua-dua faktor ini, kemangsaan jenayah penipuan komersil
boleh diterokai dengan mendalam lagi. Sebagai contoh, pengkaji menjangkakan individu yang
mempunyai pengherotan kognitif yang tinggi mempunyai kemungkinan terhadap kemangsaan
semula berdasarkan kajian oleh Heim et al. (2018) dan Model Teknik Pemujukan Scammer Whitty
(2013). Seterusnya, pembinaan dan perangkaan modul pencegahan serta kempen dan program
kesedaran dapat diperkayakan lagi dengan dapatan-dapatan kajian yang merangkumi faktor-faktor
psikologi yang rentan atau mudah dimanipulasi oleh penjenayah. Oleh itu, kajian-kajian akan datang
diharapkan dapat mempertimbang untuk mengambil kira pelbagai faktor psikologi dalam mendalami
masalah jenayah penipuan komersil.
6.0 RUJUKAN
Internet
1 https://www.qoala.app/my/blog/kewangan/simpanan/penipuan-scammer/
2.https://www.majalahlabur.com/kewangan/apa-itu-macau-scam-dan-cara-untuk-elak-jadi-
mangsa-penipuan/
3.https://iluminasi.com/bm/apa-itu-penipuan-macau-atau-macau-scam.html
4.https://www.slideshare.net/gr33nb3auty/jenayah-siber-asp-mazita
5.https://www.google.com/search?q=definisi+macau+scam+pdf&rlz=1C1BNSD_enMY1002
MY1002&hl=ms&sxsrf=APq-WBtdcwOvXRm-
hh2AjfHda_UjGIkJxg:1650962338980&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwiiioL
-
qbH3AhU2UGwGHbjPCnMQ_AUoAXoECAEQAw&biw=1440&bih=757&dpr=2#imgrc=pc
FAV3mi-BdlIM
6.https://www.scribd.com/document/449054497/Scammer-docx
7.https://www.doctoroncall.com.my/soalan/tips-elak-scammer-COVID
8.http://www.duitkertas.com/2017/09/5-sebab-kenapa-kes-penipuan-dan-scam.html
9.https://www.hmetro.com.my/rencana/2021/04/696838/bertenang-jangan-panik
10.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/827368/kempen-kesedaran-
pencegahan-jenayah-telekomunikasi-bermula-esok
Artikel
7.0 LAMPIRAN
FILE TABLE
FACT IDEA LEARNING ISSUES ACTION
 Isu kes penipuan
Macau Scam
 Kes petaling jaya
yang dilaporkan
pada 9 oktober
 Wujudnya Macau
scam di Malaysia
 Apakah
maksud Macau
scam?
 Apakah jenis-
jenis penipuan
dalam sendiket
macau scam?
 Mencari
maklumat
berkaitan
Macau scam
 Mencari
maklumat
tentang
tindakan polis
terhadap
golongan ini
 Mendapatkan
maklumat
berkaitan
dengan
pandangan
sudut undang-
undang
 Seorang pengurus
agensi perbankan
kerugian hampir
rm2 juta ditipu.
 Pelbagai kaedah
Macau scam yang
muncul di
Malaysia
 Apakah yang
perlu buat jika
kena scam?
 Seorang wanita
menyamar sebagai
„pegawai polis‟
menghubungi
pengurus itu pada
petang 5 mei
 Macau scam ini
tidak kira sesiapa
mangsanya
 Boleh mengambil
pelbagai tindakan
untuk menghapus
kes ini
 Apakah
tindakan polis?
 Bagaimana
polis bertindak
atas isu-isu ini?
 Menyakinkan
mangsa terbabit
dengan kes langgar
lari yang
menyebabkan
kematian.
 Sendiket-
sendiket Macau
scam
menjalankan
kaedah untuk
memukau
mangsanya
 Bagaimanakah
strategi
dilaksanakan
oleh Macau
scam?
 Apakah kaedah
tektik penipuan
Refleksi kendiri
1.REFLEKSI (SITI JUHARA BT RAHIM)
Pada pendapat saya, perkara paling utama sekarang adalah untuk mempertingkatkan peratusan
pelaksanaan tindakan terhadap laporan yang diterima pihak berkuasa, supaya ianya selari dengan
jumlah laporan yang diterima. Secara peribadi, saya melihat undang-undang dan hukuman sedia
ada melibatkan isu ini sudah mantap, namun kadar peratusan pelaksanaannya yang dilihat agak
rendah. Apabila semakin banyak siasatan, tindakan dan paling utama ada hukuman yang
dikenakan kepada pelaku oleh pihak berkuasa dijalankan akan menjadikan penjenayah lebih
takut.Di Malaysia, bukan sahaja kes penipuan Macau Scam tetapi jenis-jenis penipuan lain,
malahan ada yang dilaporkan jutaan ringgit wang penipuan yang dikumpulkan oleh
penjenayah. Namun kita dapat lihat ada di antaranya, tiada tangkapan atau hukuman penjara
menyebabkan penjenayah semakin berani untuk melakukan aktiviti penipuan kerana
memikirkan mereka mungkin bebas dan lepas tanpa sebarang Tindakan.
Disamping itu juga, Penipuan Macau Scam ini menjadi 'popular' sekarang dan jenayah tanpa
sempadan ini boleh berlaku di mana-mana sahaja Penipuan yang mensasarkan pengguna itu
berpunca dari orang awam masih tidak memahami pelbagai jenis dan strategi penipuan
terutama dalam era perdagangan elektronik. Pengguna perlu memahami modus operandi
penjenayah yang menyamar sebagai pegawai daripada PDRM, mahkamah, Bank Negara
Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau agensi berkaitan
dengan tujuan menakutkan mangsa.
Oleh itu, Pengguna harus memaklumatkan diri untuk mengesan sama ada ada unsur
pelanggaran Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 bila ada pihak yang
memperkenalkan sesuatu skim . Sikap yang kritikal terhadap sebarang tawaran pelaburan perlu
diperhati dengan teliti kerana terlalu banyak kes pihak-pihak tertentu yang sentiasa mencari
peluang untuk mengambil kesempatan terhadap pengguna yang kurang peka dan mudah
diperdaya dengan tawaran yang lumayan atau ugutan yang mengguna maklumat palsu.
Akhir sekali, bagi pandangan saya sangat perlu semua pengguna tidak mudah terperangkap
dengan skandal yang kini sangat agresif mencari mangsa. Sindiket yang mahir mencuri
maklumat diri mangsa seperti nombor kad pengenalan, akaun bank dan maklumat kenderaan ,
memungkinkan operasi yang licik memerangkap pengguna. Kesedaran pengguna supaya
mengelakkan diri daripada terpengaruh kepada tawaran atau ugutan perlu ditingkatkan.Kini
dalam era komunikasi yang sangat pantas dan mudah mensasarkan setiap pengguna, pelbagai
pihak yang mengguna strategi yang sangat halus untuk memancing mangsa kerap berlaku.
Saya harap masyarakat perlu lebih menimba ilmu untuk tidak mudah percayakan seseorang
dengan mudah.
2. REFLEKSI DIRI ( NUR HUSNINA MIZA BT AZMI )
Pada pendapat saya kes penipuan scam di Malaysia semakin berleluasa pada masa kini. Oleh
kerana kes penipuan ini semakin membimbangkan, sudah sampai masanya untuk anggota
masyarakat meningkatkan tahap kesedaran mengenai jenayah ini. Walaupun pihak berkuasa
seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seringkali
mengingatkan rakyat dan mengadakan pelbagai kempen kesedaran, namun jelas sekali masih
ramai yang cuai, leka dan alpa.
Oleh sebab ikut, kita perlulah sentiasa berhati – hati setiap masa bagi mengelakkan
menjadi magsa penipuan scam. Setip kali membaca iklan atau promosi di media sosial kita
perlulah menyelidik terlebih dahulu dan tidak membuat keputusan terburu buru. Selain itu, kita
hendaklah peka dan prihatin dengan teknik dan penipuan scam yang sentiasa berubah setiap
masa supaya kita tidak mudah terpedaya.
3. REFLEKSI (NUR ILLYA SHAFIQA BINTI SAUMI )
Pada pendapat saya, penipuan scammer ini boleh berlaku kepada sesiapa saja. Ingat, jangan
sesekali panik apabila mendapat panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya
pegawai rasmi sebuah institusi, inspektor polis dan sebagainya. Dalam keadaan yang
ketakutan, scammer ini akan mengambil kesempatan sepenuhnya terhadap mangsa-mangsa
sekaligus memusnahkan hidup mereka.
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengelak daripada menjadi mangsa kepada
penipuan internet. Pihak berkuasa harus bertindak melakukan kempen kesedaran secara meluas
berkenaan isu ini supaya ia tidak memudaratkan kemaslahatan masyarakat di Malaysia. Kita
pula sebagai pengguna internet harus sentiasa bijak dalam menjaga keselamatan data yang kita
kongsi dan simpan agar tidak dimanipulasi oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tambahan pula, terdapat agensi kerajaan iaitu Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia
Malaysia (SKMM) yang berperanan untuk menjaga industri komunikasi dan multimedia di
Mlaysia yang berkait dengan penggunaan internat di Malaysia. Semoga setiap usaha yang
dilaksanakan untuk membanteras kes penipuan internet memberikan hasil yang positif kerana
pepatah Melayu ada berkata, pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk .
5. REFLEKSI (RABI‟ATUL NABILAH BINTI MUHAMAD ROSLI )
Pada pendapat saya tentang penipuan scammer ini amat perkara yang tidak baik.
Isu scammer atau penipu siber menjadi bualan hangat di kalangan netizen sejak kebelakangan
ini. Banyak penipuan dalam talian dilapor seperti Macau Scam, penipuan pinjaman dan
pelaburan, Love Scam dan juga kegiatan keldai akaun.Terbaru, kes penipuan membabitkan
golongan berpengaruh mendapat liputan media hampir setiap hari. Pendedahan mengenai
tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan siasatan
seperti pembekuan akaun bank dan menyita aset individu terbabit menimbulkan pelbagai
spekulasi dalam kalangan masyarakat.Umum mengetahui kegiatan penipuan siber ini
penganiayaan terhadap mangsa membabitkan jumlah wang yang banyak.Mangsa yang
terpedaya dengan helah ini terdiri pelbagai peringkat umur dan pekerjaan. Antara modus
operandi digunakan dalam usaha memanipulasi mangsa seperti ugutan dan tekanan.
Pada masyarakat diminta lebih berwaspada dan mengambil tahu tips pencegahan supaya tidak
mudah menjadi mangsa penipuan sindiket sedemikian.Jangan mudah terpesona dengan gambar
profil cantik atau tampan digunakan di media sosial dan jangan mudah terpedaya dengan kata
manis atau janji mereka. Kita perlu berhati-hati memilih rakan melalui media sosial atau alam
maya terutamanya yang kononnya berasal dari luar negara," katanya. Orang ramai perlu
diingatkan tidak mendedahkan nombor akaun bank atau identiti diri dan keluarga kepada
mana-mana individu tidak dikenali atau baru dikenali di internet.Jangan sewenang-wenangnya
memberi pinjaman atau memasukkan wang ke akaun peribadi individu tidak dikenali sekiranya
diminta kenalan laman sosial melalui telefon, SMS dan emel. Oleh itu, kita haruslah berhati-
hati apabila berkongsi maklumat.

More Related Content

What's hot

Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaan
SRMORAD
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Ckg Nizam
 
Kertas kerja program pemantapan kemahiran usahawan kiy (2)
Kertas kerja program pemantapan kemahiran usahawan kiy (2)Kertas kerja program pemantapan kemahiran usahawan kiy (2)
Kertas kerja program pemantapan kemahiran usahawan kiy (2)
syahirah_cra
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
naninami
 
(D) 5.0 dapatan kajian
(D) 5.0 dapatan kajian(D) 5.0 dapatan kajian
(D) 5.0 dapatan kajian
Asri Mohad
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
mothy
 
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAANJENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
ZAFANA
 

What's hot (20)

13 mei 1969
13 mei 196913 mei 1969
13 mei 1969
 
Rancangan Perniagaan
Rancangan PerniagaanRancangan Perniagaan
Rancangan Perniagaan
 
Kesan Gangguan Seksual
Kesan Gangguan SeksualKesan Gangguan Seksual
Kesan Gangguan Seksual
 
Nota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaanNota pemilikan perniagaan
Nota pemilikan perniagaan
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja program
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
Kertas kerja lawatan sambil belajar
Kertas kerja lawatan sambil belajarKertas kerja lawatan sambil belajar
Kertas kerja lawatan sambil belajar
 
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaan
 
Kertas kerja program pemantapan kemahiran usahawan kiy (2)
Kertas kerja program pemantapan kemahiran usahawan kiy (2)Kertas kerja program pemantapan kemahiran usahawan kiy (2)
Kertas kerja program pemantapan kemahiran usahawan kiy (2)
 
Cara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografiCara penulisan-bibliografi
Cara penulisan-bibliografi
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretikaEtika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
Etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
 
(D) 5.0 dapatan kajian
(D) 5.0 dapatan kajian(D) 5.0 dapatan kajian
(D) 5.0 dapatan kajian
 
Perniagaan Bakeri
Perniagaan BakeriPerniagaan Bakeri
Perniagaan Bakeri
 
Senarai nama-syarikat-penajaan
Senarai nama-syarikat-penajaanSenarai nama-syarikat-penajaan
Senarai nama-syarikat-penajaan
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Laporan Khidmat Masyarakat Sivik
Laporan Khidmat Masyarakat SivikLaporan Khidmat Masyarakat Sivik
Laporan Khidmat Masyarakat Sivik
 
Topik 9 cabaran etika dan perdaban
Topik 9 cabaran etika dan perdabanTopik 9 cabaran etika dan perdaban
Topik 9 cabaran etika dan perdaban
 
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAANJENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
 

Similar to PENIPUAN SCAMMER.pdf

Powerpoint dzik
Powerpoint dzikPowerpoint dzik
Powerpoint dzik
dzik21
 
Asal mula scam dan cara menghindarinya
Asal mula scam dan cara menghindarinyaAsal mula scam dan cara menghindarinya
Asal mula scam dan cara menghindarinya
Pradana Collection
 
Presentation etika profesi
Presentation etika profesiPresentation etika profesi
Presentation etika profesi
SISKA PERMATA
 
Presentation1 tiramira
Presentation1 tiramiraPresentation1 tiramira
Presentation1 tiramira
Manquer Amira
 
SHAFIKA PUTRI_223209082_PPT BAB 5 & 6.pptx
SHAFIKA PUTRI_223209082_PPT BAB 5 & 6.pptxSHAFIKA PUTRI_223209082_PPT BAB 5 & 6.pptx
SHAFIKA PUTRI_223209082_PPT BAB 5 & 6.pptx
ShafikaPutri1
 

Similar to PENIPUAN SCAMMER.pdf (20)

Jenis-jenis Penipuan di Internet dan Cara Menghindarinya
Jenis-jenis Penipuan di Internet dan Cara MenghindarinyaJenis-jenis Penipuan di Internet dan Cara Menghindarinya
Jenis-jenis Penipuan di Internet dan Cara Menghindarinya
 
FRAUD
FRAUDFRAUD
FRAUD
 
Money Laundering and Digital Forensics
Money Laundering and Digital ForensicsMoney Laundering and Digital Forensics
Money Laundering and Digital Forensics
 
Powerpoint dzik
Powerpoint dzikPowerpoint dzik
Powerpoint dzik
 
Asal mula scam dan cara menghindarinya
Asal mula scam dan cara menghindarinyaAsal mula scam dan cara menghindarinya
Asal mula scam dan cara menghindarinya
 
Cyber Crime Identity Theft
Cyber Crime Identity TheftCyber Crime Identity Theft
Cyber Crime Identity Theft
 
Power Point
Power PointPower Point
Power Point
 
02_Ammara_Phramaisheila_X-TP4-A_Studi Kasus
02_Ammara_Phramaisheila_X-TP4-A_Studi Kasus02_Ammara_Phramaisheila_X-TP4-A_Studi Kasus
02_Ammara_Phramaisheila_X-TP4-A_Studi Kasus
 
KDB 26.08.2015 -.pptx
KDB 26.08.2015 -.pptxKDB 26.08.2015 -.pptx
KDB 26.08.2015 -.pptx
 
A to z of cyber crime
A to z of cyber crimeA to z of cyber crime
A to z of cyber crime
 
Presentation etika profesi
Presentation etika profesiPresentation etika profesi
Presentation etika profesi
 
Presentasi eptik
Presentasi eptikPresentasi eptik
Presentasi eptik
 
Cakra
CakraCakra
Cakra
 
Presentation1 tiramira
Presentation1 tiramiraPresentation1 tiramira
Presentation1 tiramira
 
Dodi muhammad alfayed
Dodi muhammad alfayedDodi muhammad alfayed
Dodi muhammad alfayed
 
Cyberstalking
CyberstalkingCyberstalking
Cyberstalking
 
SHAFIKA PUTRI_223209082_PPT BAB 5 & 6.pptx
SHAFIKA PUTRI_223209082_PPT BAB 5 & 6.pptxSHAFIKA PUTRI_223209082_PPT BAB 5 & 6.pptx
SHAFIKA PUTRI_223209082_PPT BAB 5 & 6.pptx
 
PENIPUAN WHATSA-WPS Office.pptx
PENIPUAN WHATSA-WPS Office.pptxPENIPUAN WHATSA-WPS Office.pptx
PENIPUAN WHATSA-WPS Office.pptx
 
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF DAN CARA MENANGANINYA
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF  DAN CARA MENANGANINYAGEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF  DAN CARA MENANGANINYA
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF DAN CARA MENANGANINYA
 
EPTIK
EPTIKEPTIK
EPTIK
 

PENIPUAN SCAMMER.pdf

  • 1. KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PASIR MAS DUS30052 (SYARIAH & KEHIDUPAN TUGASAN KAJIAN) TAJUK TUGASAN: Mutakhir ini, semakin menjadi-jadi kes penipuan Macau Scam yang melibatkan bukan sahaja warga tua sebagai mangsa, malah orang muda juga turut terbelit dengan perangkap sindiket dan kerugian ada yang mencecah jutaan ringgit. Mengambil contoh kes di Petaling Jaya yang dilaporkan pada 9 Oktober, seorang pengurus agensi perbankan kerugian hampir RM2 juta ditipu sindiket Macau Scam ini. Liciknya modus operandi (MO) ini apabila seorang wanita menyamar sebagai 'pegawai polis' menghubungi pengurus itu pada petang 5 Mei dan menyakinkan mangsa terbabit dengan kes langgar lari yang menyebabkan kematian. AHLI KUMPULAN : NAMA NO. MATRIK 1. RABI’ATUL NABILAH BINTI MUHAMAD ROSLI 202187 2. NUR HUSNINA MIZA BT AZMI 202179 3. NUR ILLYA SHAFIQA BINTI SAUMI 202180 4. SITI JUHARA BT RAHIM 202178 NAMA PROGRAM : DIPLOMA SENIBINA SEMESTER & KELAS : DSB 3A NAMA PENSYARAH : AHMAD KHAIRULNIZAM BIN MUHAMAD
  • 2. ISI KANDUNGAN NO TAJUK M/S 1. PENGENALAN - Scenario isu kes penipuan scam di Malaysia - Skop pembincangan kajian 4 2. DEFINISI SCAM - Definisi - Jenis scam  Scam macau  Scam kwsp  Scam pinjaman peribadi  Scam pelaburan  Scam skim cepat kaya 5-9 3. FAKTOR-FAKTOR KES PENIPUAN SCAM DI MALAYSIA - Faktor-faktor  Pemilihan mangsa yang tepat  Kurang kesedaran hal semasa ke semasa  Murah, jimat, untung  Tiada tindakan tegas dan cepat  Penyamaran pihak berkuasa  Penipuan siber 10-12 4. LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH PENIPUAN SCAM - Langkah-langkah  Jangan mengangkat panggilan telefon dari nombor yang mencurigakan  Pastikan tidak sewenang-wenangnya memberikan maklumat peribadi  Menyemak maklumat organisasi ataupun akaun penjual barangan  Sebaiknya membeli pada platform yang ada sistem jaminan 13-14 5. PENUTUP 15
  • 3. - Rumusan kesuluruhan perbincangan - Pandangan anda tentang kes penipuan 6. RUJUKAN - Internet - Artikel 16-17 7. LAMPIRAN - File table - Refleksi kendiri 18-23
  • 4. 1.0 PENGENALAN Tajuk ini membincangkan tentang kes-kes penipuan atau dipanggil scammer. Laporan jenayah siber kerap dipaparkan di dalam dada akhbar dan pelbagai kempen penerangan tentang tidak berkongsi maklumat peribadi melalui media elektronik dan cetak. Namun, kes jenayah laman siber terus meningkat dengan mendadak terutama dalam kalangan wanita profesional. Sindiket penipuan percintaan melalui laman siber terutama membabitkan warga negara Afrika telah mengakibatkan kerugian jutaan ringgit Malaysia. Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bukit Aman melaporkan bahawa, peningkatan kerugian yang mendadak kepada mangsa penipuan Love Scam iaitu sebanyak RM40.9 juta pada tahun 2012; meningkat kepada RM80.3 juta (tahun 2013); RM816 juta (tahun 2014); dan RM1.09 bilion (tahun 2015) menunjukkan suatu angka yang sangat membimbangkan. Laporan akhbar Utusan Online pada 12 Mac 2016 dengan tajuk Love Scam Terus „Mengganas‟ melibatkan seramai 407 mangsa dengan kerugian sebanyak RM19.2 juta dalam tempoh 70 hari. Penipuan cinta laman siber dilaporkan paling banyak terjadi di Selangor (122 wanita) diikuti Kuala Lumpur (54 wanita) dengan jumlah kerugian sebanyak RM4.9 juta. Dalam pada itu, laporan The Straits Times Singapura pada 27 Mac 2016 memetik hasil kajian yang dibiayai oleh Telenor Group (syarikat telekomunikasi multinasional Norway) menyatakan bahawa dalam kalangan negara Asia, Malaysia adalah negara paling teruk terjejas akibat penipuan internet, diikuti Thailand dan Singapura. Laporan Bernama Online pada 29 Oktober 2019 melaporkan kerugian berjumlah RM410.6 juta akibat scam sepanjang tahun 2018 hingga 2019 membabitkan 8,489 kes yang melibatkan kegiatan jenayah scammer (Macau Scammer, Lover Scammer, penipuan cinta, pakej penipuan dan pinjaman yang tidak wujud) yang menyebabkan rakyat Malaysia kehilangan antara RM200,000.00 hingga RM1 juta berupa wang tunai dan barangan berharga (Khalid, 2019).
  • 5. 2.0 DEFINISI SCAM Scam adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan skema penipuan bisnis untuk mengambil uang atau barang lainnya dari korban. Semakin berkembangnya teknologi internet, kejahatan scam pun meningkat.Pelaku dari kejahatan scam biasanya menggunakan website palsu untuk mencuri informasi pribadi dan menyalahgunakannya untuk mendapatkan keuntungan. Banyaknya pengguna media sosial yang lengah, memberikan scammer celah untuk untuk melancarkan aksinya. Scammer (sebutan untuk pelaku scam) bisa bekerja secara individual maupun kelompok dan kejahatan ini juga tersebar di seluruh dunia. Ramai orang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Macau Scam ini. Ada juga yang ingatkan Macau Scam ini sebenarnya sama dengan pengubahan wang haram (money laundering). Setiap minggu ada saja berita yang dilaporkan oleh media tempatan kita,berkenaan mangsa-mangsa taktik penipuan yang dikenali sebagai 'Macau Scam. Tidak jelas kenapa taktik penipuan ini dinamakan sebagai 'Macau Scam' namun banyak pihak mengatakan punca namanya dilabelkan sedemikian rupa adalah disebabkan dua pendapat.  Yang pertama ialah sindiket yang beroperasi menjalankan modus operandi ini datang dari Macau.  Yang kedua pula menyebut,mangsa pertama kaedah penipuan ini datang dari Macau. Kedua-dua pendapat tidak dapat dibuktikan secara sahih pada awalnya, namun ucapan yang dilakukan oleh Preside Polis Antarabangsa (Interpol) Khoo Boon Hui dari Singapura pada tahun 2012 semasa Persidangan Eropah yang dianjurkan di Tel Aviv, Israel mampu menjawab asal-usul nama penipuan ini. Bercakap mengenai sindiket jenayah antarabangsa, Boon Hui menceritakan berkenaan sekumpulan penjenayah yang di tahan di Malaysia, selepas 8 bulan berjaya melakukan operasi jenayah mereka ,sebelum berjaya di tahan di lapangan terbang oleh pihak berkuasa negara kita, semasa cuba melarikan diri, Presiden Interpol ketika itu jelas menamakan Macau sebagai pusat titik mula operasi sedemikian rupa, sebelum gerakan itu melarikan diri beroperasi di Malaysia, Kemboja, Indonesia, Filipina dan Thailand bagi mengurangkan risiko diberkas. Bagaimanapun, dalam tangkapan yang berjaya dilakukan it polis kita terpaksa melepaskan pesalah untuk dihantar pulang ke negara masing-masing, disebabkan oleh bidang kuasa tangkapan mereka terhad.
  • 6. 2.1 JENIS SCAMMER YANG BERLELUASA DIMALAYSIA Dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih sekarang ini, macam-macam taktik yang lebih kompleks digunakan oleh scammer-scammer di Malaysia ini. Scammer ini bijak memperdaya untuk meyakinkan mangsa-mangsa untuk berkongsikan maklumat-maklumat peribadi atau terus melakukan transaksi. Dalam bahagian ini, akan dikongsikan 7 jenis scam yang popular di Malaysia dan langkah mengatasi penipuan atas talian bila anda menghadapi situasi-situasi di bawah ini. 2.1.1. Macau Scam Pertama dalam senarai merupakan antara penipuan yang mempunyai jumlah mangsa yang sangat tinggi sehingga ke hari ini. Apa itu macau scam? Untuk memahami Macau Scam ini, kena faham modus operandi sindiket ini. Teknik spoofing panggilan telefon dengan menyamar menjadi pegawai sama ada dari mahkamah atau jabatan polis, adalah salah satu taktik yang sering dilakukan oleh kumpulan ini. Berikut merupakan taktik yang biasa digunakan dalam modus operandi Macau Scam. i. Menyamar Sebagai Pegawai Polis Bayangkan terima panggilan daripada pegawai polis dan pegawai tersebut cakap ada waran untuk tangkap sebab kita telah melakukan kesalahan-kesalahan tertentu. Kalau tak sedar tentang modus operandi Macau Scam ini, mesti kita pun akan kena scam. Mangsa-mangsa selalunya akan berasa panik disebabkan ugutan kena tangkap ini. Dari sinilah, scammer ini akan mula meminta segala maklumat-maklumat peribadi yang akan membolehkan mereka untuk merompak duit dari anda nanti. Untuk pengetahuan , PDRM tak akan menghubungi kita untuk meminta maklumat peribadi. Kalau betul-betul polis cari, pihak polis akan meminta untuk terus ke balai bagi membantu siasatan-siasatan tertentu. ii. Menyamar Sebagai Pegawai Bank/ Bank Negara Panggilan dari bank atau bank negara ini pun ramai yang dah terkena sebab scammer- scammer ni memang pandai berlakon. Kita mungkin akan menerima panggilan seperti pegawai bank menyatakan maklumat bank atau kad kredit telah terjejas, atau bahawa pembelian besar baru sahaja dibuat menggunakan butiran kita . Selepas itu, mereka akan meminta maklumat tentang kad bank, nombor pin dan sebagainya. Jadi, sekiranya kita mendapat panggilan sebegini, jangan panik. Letak telefon dengan segera. Selepas itu, pergi ke laman web bank,
  • 7. dapatkan nombor telefon centre dari situ. Kemudian telefon nombor tersebut untuk dapatkan kepastian. iii. Menyamar Sebagai Pegawai Kastam Lagi satu, scammer ni pun pandai berlakon sebagai pegawai kastam. Kita mungkin akan mendapat panggilan seperti mempunyai bungkusan yang telah ditahan oleh Kastam Malaysia. Jadi, untuk anda mendapat bungkusan itu,kita perlu membayar jumlah wang yang tertentu. Perlu diingatkan scammer-scammer ni sentiasa belajar untuk cuba helah-helah yang baru. Sesetengah scammer sangat bijak sehingga mereka boleh memalsukan ID pemanggil mereka. Maksudnya, mereka berpura-pura membuat panggilan daripada institusi sebenar dengan menggunakan nombor talian hotline bank kita apabila mereka sebenarnya membuat panggilan daripada nombor lain. Jika kita menerima mana-mana panggilan ini, sebaiknya tutup telefon dengan segera dan hubungi mereka semula menggunakan nombor hotline institusi. kita boleh tengok sama ada panggilan akan dijawab oleh orang sama atau tak. Ini merupakan salah satu langkah mengelakkan diri daripada menjadi mangsa macau scam. Sehingga hari ini, sindiket Macau Scam ini masih lagi mampu memperdayakan ramai mangsa baharu. Laporan berita hariann pada 27 Januari 2022 yang lalu berkongsikan kisah seorang warga emas kerugian RM1 juta selepas menerima panggilan daripada scammer yang menyamar menjadi seorang pegawai Telekom Malaysia dan juga scammer yang menyamar menjadi seorang pegawai polis. Artikel Harian Metro pada 19 Januari 2022 melaporkan seorang jururawat rugi RM350,000 ditipu Macau Scam. Search je “Macau Scam” di Google dan akan jumpa banyak artikel berita tentang Macau Scam ini. Kalau kita dah tahu modus operandi sindiket ini, kita akan lebih berhati-hati. 2.1.2. Scam KWSP Duit kwsp ini merupakan duit simpanan untuk hari tua nanti. Kebiasaannya, golongan yang dah pencen dan yang dah mengeluarkan simpanan mereka ini yang menjadi sasaran scammer. Selain itu, para scammer ini juga menyasarkan golongan yang nak mengeluarkan duit i-Sinar dan i-Citra. Berikut merupakan antara taktik penipuan KWSP yang digunakan oleh scammer. i. Panggilan daripada “Ejen KWSP”
  • 8. Sekiranya mendapat panggilan daripada seseorang yang claim dirinya sebagai seorang ejen KWSP, boleh letak terus telefon. KWSP tak pernah melantik mana-mana ejen untuk menguruskan simpanan kita. Jadi, jangan layan sekiranya scammer ini call dan menyatakan dia boleh bantu untuk membuat pengeluaran atau meminta IC. ii. Scam melalui SMS Kalau anda mendapat mesej yang mengandungi nombor OTP walaupun tak pernah memohon, ini bermakna scammer sedang menggunakan data peribadi . iii. Aplikasi Palsu i-Sinar Ada juga scammer yang gigih membuat aplikasi yang nampak real kononnya untuk memudahkan urusan pengeluaran duit KWSP. Sebagai langkah keselamatan, kita boleh menghubungi pihak KWSP untuk memastikan sama ada aplikasi tersebut milik mereka atau tak. 2.1.3. Scam Pinjaman Peribadi jangan terpedaya dengan kadar faedah 0% dan dijamin kelulusan pinjaman 100%. Bila nampak perkara yang too good to be true ini, jangan lah mudah percaya. Ada scammer yang menyamar jadi platform pinjaman dengan menggunakan nama syarikat yang dipercayai untuk menarik mangsa untuk membuat pinjaman dengan mereka. i. Scammer Meminta Bayaran Pendahuluan Jika diminta untuk membayar yuran pendahuluan atau deposit untuk mendapatkan pinjaman, buat tak tahu dan jangan layan, Tiada pemberi pinjaman yang sah akan meminta membayar apa-apa sebelum menerima pinjaman. ii. Didesak Membuat Keputusan Terburu-buru Jika pemberi pinjaman atau ejen pinjaman terus mendesak untuk membuat keputusan dengan segera, jangan buat keputusan dengan terburu-buru. bertenang sahaja, kadang- kadang scammer ni terdesak untuk membuat kerja dengan cepat. iii. Tak Apply Loan Tapi Dapat Tawaran tak ada apply apa-apa loan tapi dapat tawaran. menerima panggilan atau e-mel yang mengatakan bahawa layak untuk pinjaman dengan kadar faedah yang rendah. Ini juga salah satu taktik yang biasa digunakan. Banyak kes scam pinjaman peribadi ini. Antaranya seorang
  • 9. juruteknik telah mengalami kerugian sebanyak RM11,000 kerana terpedaya dengan taktik suspek yang menyamar sebagai pihak bank yang terkemuka. Disebabkan ini, perlulah berhati- hati bila nak membuat pinjaman peribadi ini. 2.1.4. Scam Pelaburan Sekarang ni macam-macam jenis pelaburan yang ada dan memang bagus kalau nak cuba belajar untuk membuat pelaburan. Namun,perlu berhati-hati apabila nak mula melabur sebab scam pelaburan ini perkara yang dah banyak terjadi sejak kebelakangan ini. i. Tak Ada Risiko Pelaburan Langsung, Jaminan Untung Besar anggap sahaja ini janji manis yang hanya sekadar janji. Apabila dah mula komited untuk melabur, kita akan lihat sendiri untuk mendapat untung besar, memang akan ada risiko yang tinggi. Ia merupakan lumrah melabur. ii. Tak Ada Pemegang Amanah Kalau tak ada pemegang amanah,jangan melabur di situ sebab pengarah syarikat tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan duit daripada akaun yang dipegang oleh pemegang amanah. iii. Pengambilan Deposit Tanpa Lesen yang Betul Bila tak ada lesen yang betul dari Bank Negara untuk mengambil wang daripada orang ramai, jauhkan diri daripada melabur di situ. 2.1.5. Scam Skim Cepat Kaya Jangan ambil skim cepat kaya sebab nanti akan kena scam. Skim ini menjanjikan pulangan yang sangat masyuk dan tak masuk akal.. Skim cepat kaya ini selalunya menggunakan taktik MLM. i. Multi-Level Marketing (MLM) Juga dikenali sebagai skim piramid, skim ini merupakan strategi kewangan yang digunakan untuk menggalakkan pelabur sedia ada merekrut pelabur baharu. Ini bermakna pelabur hanya perlu melakukan pelaburan yang kecil dan mendapat pulangan yang tinggi. Apabila tiba masanya, scammer akan melarikan semua duit pelabur-pelabur MLM ini.
  • 10. 3.0 FAKTOR-FAKTOR KES PENIPUAN SCAM DI MALAYSIA Skim penipuan atau skim cepat kaya bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Ramai yang sudah menjadi mangsa dan ada juga mangsa yang tertipu berkali-kali. Jika dilihat, dalang disebalik penipuaan skim cepat kaya dan penipuan ini adalah orang yang sama tetapi syarikat yang berbeza. Berikut adalah beberapa sebab kenapa skim cepat kaya masih lagi berlaku di Malaysia dan terus berkembang. 3.1 Pemilihan mangsa yang tepat Individu yang terlibat dan menjadi dalang disebalik kes penipuan dan skim cepat kaya hari ini sudah semakin bijak dan semakin berleluasa .Mereka sudah pandai mencari target yang lebih mudah untuk tertipu. Zaman sekarang, untuk tipu individu yang lebih mahir dalam penggunaan internet adalah lebih sukar. Mereka mempunyai akses untuk dapatkan maklumat berkenaan sesuatu skim.Tetapi, bagi golongan yang tidak mahir dalam penggunaan internet, mereka adalah golongan yang lebih mudah tertipu terutama jika periklanan skim tersebut keluar di televisyen. Dulu, setiap yang keluar di televisyen adalah sesuatu yang boleh dipercayai. Manakala hari ini pula setiap iklan yang keluar di televisyen adalah kerana mereka dibayar. 3.2 Kurang kesedaran hal semasa Walaupun anda seorang yang mahir dan sering menggunakan internet setiap hari, tidak bermaksud anda tidak akan mudah tertipu. Kebanyakan mangsa juga tertipu hasil dari periklanan media sosial seperti Facebook dan lain-lain. Individu yang tidak peka dengan keadaan semasa akan lebih mudah tertipu. Antara contoh kes penipuan adalah berkenaan skim rumah yang terlalu murah sehingga menarik minat ramai orang. Jika anda seorang yang peka dengan kos untuk membina rumah, anda mungkin sedar yang rumah terlalu murah adalah mustahil.
  • 11. 3.3 Murah, Jimat, Untung Siapa yang tidak mahu murah, jimat dan untung? Ini adalah antara ayat marketing yang sering digunakan dalam penipuan dan skim cepat kaya untuk menarik minat orang ramai. Ada individu yang terlalu percaya terhadap barang yang terlalu murah sehingga lupa kos sebenar barang tersebut. Kes yang sering berlaku adalah kerana keinginan untuk mendapatkan keuntungan dengan cepat dan mudah. 3.4 Tiada tindakan tegas dan cepat Kebanyakan kes penipuan berlaku hari ini biasanya akan viral terlebih dahulu di media sosial sebelum tindakan dari pihak berwajib diambil. Jika dapat dilihat, individu yang pernah melakukan penipuan juga tidak serik dan akan melakukan perkara yang sama berulang kali. Mungkin kerana mereka sedar bahawa hukuman yang dikenakan adalah terlalu ringan. Jika tiada tindakan dari pihak berwajib, biasanya duit dari pelanggan juga tidak akan dapat dipulangkan semula. Selain itu, kebanyakan mangsa juga gagal membuat laporan dengan pihak berwajib kerana takut duit mereka tidak akan dipulangkan semula. 3.5 Penyamaran pihak berkuasa Bagi kes penyamaran sebagai pihak berkuasa pula, jika kita menerima panggilan daripada bank atau pihak penguat kuasa undang-undang mengenai sebarang masalah undang-undang kononnya membabitkan diri kita, catat segala butiran daripada pihak yang menghubungi kita dan maklumkan kepada mereka yang kita tidak dapat bercakap pada waktu itu dan akan menghubungi mereka semula. Tip penting di sini ialah kita perlu bertenang, tidak takut dan panik. Selepas itu kita boleh semak nombor telefon bank atau pihak penguat kuasa undang-undang di laman web rasmi mereka seterusnya hubungi mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Alternatif lain, kita boleh ke pejabat mereka untuk mendapatkan kepastian. Tuntasnya, rajin-rajin mengambil tahu dan membaca segala pendedahan yang dibuat oleh pihak berkuasa berkaitan kes penipuan siber atau scammer ini supaya kita sentiasa waspada dan dapat melindungi diri dan keluarga.
  • 12. 3.6 Penipuan siber Antara dua kes penipuan besar yang sering menjadi perhatian kita ialah Love Scam dan Macau Scam. Statistik menunjukkan wanita tempatan terus menjadi mangsa Love Scam apabila mudah tergoda dengan pujuk rayu anggota sindiket. Kebiasaanya anggota sindiket akan menggunakan identiti palsu untuk mencari dan mengumpan wanita yang boleh menjadi sasaran mudah seperti yang kesunyian, berdepan masalah keluarga atau kematian suami yang meninggalkan harta. Jadi kita berharap wanita akan lebih waspada dan tidak mudah masuk jerat mereka. Manakala, Macau Scam pula menggunakan modus operandi memperdaya mangsa dengan panggilan palsu hingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit. Kebiasaanya, sindiket beroperasi dengan cara menawarkan cabutan bertuah, tipu culik dan minta wang tebusan, spoofing pegawai polis atau agensi kerajaan serta pegawai bank negara atau bank komersial. Macau Scam didalangi sindiket Taiwan serta China yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong dan juga tempatan. Jadi anggota masyarakat perlu ada pengetahuan yang secukupnya untuk elak menjadi mangsa Macau Scam yang cukup terancang dan licik ini. Antara tip untuk elak menjadi mangsa penipuan siber ialah jangan jawab panggilan daripada nombor telefon dari luar negara yang tidak dikenali, melainkan nombor itu adalah senarai kenalan kita yang biasa. Kita juga perlu berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi dengan orang lain, misalnya jangan berikan maklumat seperti nombor akaun bank, kata laluan perbankan online, kod CVV pada kad bank atau pun nombor TAC kepada pihak yang tidak dikenali. Jika ada mana-mana pihak meminta maklumat berkaitan kad debit/kredit dan perbankan online, lebih baik kita tamatkan sahaja panggilan itu
  • 13. 4.0 LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH PENIPUAN SCAM Langkah pertama untuk mengcegah penipuan scam ialah jangan mengangkat panggilan telefon dari nombor yang mengcurigakan. Anda ditegah daripada menjawab panggilan telefon dari nombor yang kelihatan aneh terutamanya panggilan luar negara. Panggilan telefon dari luar negara yang mengajak anda untuk membeli sesuatu ataupun mengatakan bahawa anda telah memenangi suatu pertandingan perlu untuk diperiksa terlebih dahulu. Kadangkala, scammer ini boleh mengakses maklumat peribadi ketika anda menjawab panggilan tersebut. Sebaiknya, anda dapatkan maklumat pemanggil sebelum menjawab telefon tersebut. Seterusnya, pastikan tidak sewenang-wenangnya memberikan maklumat peribadi. Sejak berlakunya perintah kawalan pergerakan dalam membasmi penularan COVID-19, kerajaan telah menggarap pelbagai inisiatif dalam membantu golongan yang terjejas dari segi kewangan. Antaranya ialah pengeluaran wang simpan KWSP, program rangsangan bantuan dan seumpama dengannya. Melihat kepada pendekatan ini, ramai scammer mula untuk menyamar menjadi ejen kerajaan dan berhubung dengan orang awam serta meminta nombor kad pengenalan, nombor akaun bank serta nombor TAC. Seandainya benar mereka mewakili organisasi kerajaan, maklumat berikut sememangnya ada dalam rekod mereka dan hanya untuk disemak bersama anda. Orang ramai seharusnya berhubung terus dengan pihak kerajaan berdaftar dan bukannya ejen. Selain itu, menyemak organisasi ataupun akaun penjual barangan. Teknologi kini semua di hujung jari sahaja. Oleh itu, anda hendaklah untuk menyemak apa-apa prosedur bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Pastikan setiap nombor telefon yang menghubungi anda sama dengan yang tertera pada lama rasmi kerajaan. Hal ini untuk mengelakkan aktiviti penyamaran. Bagi aplikasi atau laman jualan lain pula, sila baca maklum balas pelanggan terdahulu dan pastikan bahawa jualan mereka berdaftar serta tidak pernah disenaraihitamkan. Terdapat banyak laman sesawang yang boleh untuk diakses bagi mengenalpasti scammer. Sebagai contoh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID), SCAM.MY dan Truecaller. Akhir sekali, sebaiknya membeli pada platform yang ada sistem jaminan. Sistem jaminan merupakan pendekatan bagi melindungi pelanggan daripada ditipu, mendapatkan barangan yang tidak berkualiti,melebihi tarikh luput serta jika berlakunya kerosakan barang. Pendek kata, ia merupakan warranty kepada pembeli. Dengan ini pelanggan berhak untuk memulangkan barangan tersebut atau mendapatkan ganti rugi. Polisi ini akan tertera kepada pelanggan setiap kali pembelian. Sebagai contoh Lazada Guarantee, Shoppee Guarantee dan
  • 14. PayPal Buyer Protection. Sesetengah jaminan membolehkan barangan tersebut untuk sampai kepada pelanggan barulah caj dikenakan.
  • 15. 5.0 PENUTUP Berdasarkan tinjauan pengkaji, kajian-kajian banyak menunjukkan faktor-faktor psikologikal terutama sekali faktor personaliti dan kawalan diri mempunyai pengaruh terhadap kemangsaan jenayah penipuan komersil. Namun, faktor-faktor lain seperti sikap asertif dan Jurnal Psikologi Keselamatan, Vol 1, 2019, 60-86 81 aspek kognitif masih lagi kurang dikaji baik di peringkat antarabangsa mahupun tempatan. Hal ini kerana menurut pandangan pengkaji, sikap asetif dan kognitif juga perlu diambil kira dalam menerangkan masalah kemangsaan jenayah penipuan komersil. Dengan mengambil kira kedua-dua faktor ini, kemangsaan jenayah penipuan komersil boleh diterokai dengan mendalam lagi. Sebagai contoh, pengkaji menjangkakan individu yang mempunyai pengherotan kognitif yang tinggi mempunyai kemungkinan terhadap kemangsaan semula berdasarkan kajian oleh Heim et al. (2018) dan Model Teknik Pemujukan Scammer Whitty (2013). Seterusnya, pembinaan dan perangkaan modul pencegahan serta kempen dan program kesedaran dapat diperkayakan lagi dengan dapatan-dapatan kajian yang merangkumi faktor-faktor psikologi yang rentan atau mudah dimanipulasi oleh penjenayah. Oleh itu, kajian-kajian akan datang diharapkan dapat mempertimbang untuk mengambil kira pelbagai faktor psikologi dalam mendalami masalah jenayah penipuan komersil.
  • 16. 6.0 RUJUKAN Internet 1 https://www.qoala.app/my/blog/kewangan/simpanan/penipuan-scammer/ 2.https://www.majalahlabur.com/kewangan/apa-itu-macau-scam-dan-cara-untuk-elak-jadi- mangsa-penipuan/ 3.https://iluminasi.com/bm/apa-itu-penipuan-macau-atau-macau-scam.html 4.https://www.slideshare.net/gr33nb3auty/jenayah-siber-asp-mazita 5.https://www.google.com/search?q=definisi+macau+scam+pdf&rlz=1C1BNSD_enMY1002 MY1002&hl=ms&sxsrf=APq-WBtdcwOvXRm- hh2AjfHda_UjGIkJxg:1650962338980&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwiiioL - qbH3AhU2UGwGHbjPCnMQ_AUoAXoECAEQAw&biw=1440&bih=757&dpr=2#imgrc=pc FAV3mi-BdlIM 6.https://www.scribd.com/document/449054497/Scammer-docx 7.https://www.doctoroncall.com.my/soalan/tips-elak-scammer-COVID 8.http://www.duitkertas.com/2017/09/5-sebab-kenapa-kes-penipuan-dan-scam.html 9.https://www.hmetro.com.my/rencana/2021/04/696838/bertenang-jangan-panik 10.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/827368/kempen-kesedaran- pencegahan-jenayah-telekomunikasi-bermula-esok
  • 18. 7.0 LAMPIRAN FILE TABLE FACT IDEA LEARNING ISSUES ACTION  Isu kes penipuan Macau Scam  Kes petaling jaya yang dilaporkan pada 9 oktober  Wujudnya Macau scam di Malaysia  Apakah maksud Macau scam?  Apakah jenis- jenis penipuan dalam sendiket macau scam?  Mencari maklumat berkaitan Macau scam  Mencari maklumat tentang tindakan polis terhadap golongan ini  Mendapatkan maklumat berkaitan dengan pandangan sudut undang- undang  Seorang pengurus agensi perbankan kerugian hampir rm2 juta ditipu.  Pelbagai kaedah Macau scam yang muncul di Malaysia  Apakah yang perlu buat jika kena scam?  Seorang wanita menyamar sebagai „pegawai polis‟ menghubungi pengurus itu pada petang 5 mei  Macau scam ini tidak kira sesiapa mangsanya  Boleh mengambil pelbagai tindakan untuk menghapus kes ini  Apakah tindakan polis?  Bagaimana polis bertindak atas isu-isu ini?  Menyakinkan mangsa terbabit dengan kes langgar lari yang menyebabkan kematian.  Sendiket- sendiket Macau scam menjalankan kaedah untuk memukau mangsanya  Bagaimanakah strategi dilaksanakan oleh Macau scam?  Apakah kaedah tektik penipuan
  • 19. Refleksi kendiri 1.REFLEKSI (SITI JUHARA BT RAHIM) Pada pendapat saya, perkara paling utama sekarang adalah untuk mempertingkatkan peratusan pelaksanaan tindakan terhadap laporan yang diterima pihak berkuasa, supaya ianya selari dengan jumlah laporan yang diterima. Secara peribadi, saya melihat undang-undang dan hukuman sedia ada melibatkan isu ini sudah mantap, namun kadar peratusan pelaksanaannya yang dilihat agak rendah. Apabila semakin banyak siasatan, tindakan dan paling utama ada hukuman yang dikenakan kepada pelaku oleh pihak berkuasa dijalankan akan menjadikan penjenayah lebih takut.Di Malaysia, bukan sahaja kes penipuan Macau Scam tetapi jenis-jenis penipuan lain, malahan ada yang dilaporkan jutaan ringgit wang penipuan yang dikumpulkan oleh penjenayah. Namun kita dapat lihat ada di antaranya, tiada tangkapan atau hukuman penjara menyebabkan penjenayah semakin berani untuk melakukan aktiviti penipuan kerana memikirkan mereka mungkin bebas dan lepas tanpa sebarang Tindakan. Disamping itu juga, Penipuan Macau Scam ini menjadi 'popular' sekarang dan jenayah tanpa sempadan ini boleh berlaku di mana-mana sahaja Penipuan yang mensasarkan pengguna itu berpunca dari orang awam masih tidak memahami pelbagai jenis dan strategi penipuan terutama dalam era perdagangan elektronik. Pengguna perlu memahami modus operandi penjenayah yang menyamar sebagai pegawai daripada PDRM, mahkamah, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau agensi berkaitan dengan tujuan menakutkan mangsa. Oleh itu, Pengguna harus memaklumatkan diri untuk mengesan sama ada ada unsur pelanggaran Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 bila ada pihak yang memperkenalkan sesuatu skim . Sikap yang kritikal terhadap sebarang tawaran pelaburan perlu diperhati dengan teliti kerana terlalu banyak kes pihak-pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan terhadap pengguna yang kurang peka dan mudah diperdaya dengan tawaran yang lumayan atau ugutan yang mengguna maklumat palsu. Akhir sekali, bagi pandangan saya sangat perlu semua pengguna tidak mudah terperangkap dengan skandal yang kini sangat agresif mencari mangsa. Sindiket yang mahir mencuri maklumat diri mangsa seperti nombor kad pengenalan, akaun bank dan maklumat kenderaan , memungkinkan operasi yang licik memerangkap pengguna. Kesedaran pengguna supaya mengelakkan diri daripada terpengaruh kepada tawaran atau ugutan perlu ditingkatkan.Kini dalam era komunikasi yang sangat pantas dan mudah mensasarkan setiap pengguna, pelbagai
  • 20. pihak yang mengguna strategi yang sangat halus untuk memancing mangsa kerap berlaku. Saya harap masyarakat perlu lebih menimba ilmu untuk tidak mudah percayakan seseorang dengan mudah.
  • 21. 2. REFLEKSI DIRI ( NUR HUSNINA MIZA BT AZMI ) Pada pendapat saya kes penipuan scam di Malaysia semakin berleluasa pada masa kini. Oleh kerana kes penipuan ini semakin membimbangkan, sudah sampai masanya untuk anggota masyarakat meningkatkan tahap kesedaran mengenai jenayah ini. Walaupun pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seringkali mengingatkan rakyat dan mengadakan pelbagai kempen kesedaran, namun jelas sekali masih ramai yang cuai, leka dan alpa. Oleh sebab ikut, kita perlulah sentiasa berhati – hati setiap masa bagi mengelakkan menjadi magsa penipuan scam. Setip kali membaca iklan atau promosi di media sosial kita perlulah menyelidik terlebih dahulu dan tidak membuat keputusan terburu buru. Selain itu, kita hendaklah peka dan prihatin dengan teknik dan penipuan scam yang sentiasa berubah setiap masa supaya kita tidak mudah terpedaya.
  • 22. 3. REFLEKSI (NUR ILLYA SHAFIQA BINTI SAUMI ) Pada pendapat saya, penipuan scammer ini boleh berlaku kepada sesiapa saja. Ingat, jangan sesekali panik apabila mendapat panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya pegawai rasmi sebuah institusi, inspektor polis dan sebagainya. Dalam keadaan yang ketakutan, scammer ini akan mengambil kesempatan sepenuhnya terhadap mangsa-mangsa sekaligus memusnahkan hidup mereka. Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengelak daripada menjadi mangsa kepada penipuan internet. Pihak berkuasa harus bertindak melakukan kempen kesedaran secara meluas berkenaan isu ini supaya ia tidak memudaratkan kemaslahatan masyarakat di Malaysia. Kita pula sebagai pengguna internet harus sentiasa bijak dalam menjaga keselamatan data yang kita kongsi dan simpan agar tidak dimanipulasi oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. Tambahan pula, terdapat agensi kerajaan iaitu Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang berperanan untuk menjaga industri komunikasi dan multimedia di Mlaysia yang berkait dengan penggunaan internat di Malaysia. Semoga setiap usaha yang dilaksanakan untuk membanteras kes penipuan internet memberikan hasil yang positif kerana pepatah Melayu ada berkata, pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk .
  • 23. 5. REFLEKSI (RABI‟ATUL NABILAH BINTI MUHAMAD ROSLI ) Pada pendapat saya tentang penipuan scammer ini amat perkara yang tidak baik. Isu scammer atau penipu siber menjadi bualan hangat di kalangan netizen sejak kebelakangan ini. Banyak penipuan dalam talian dilapor seperti Macau Scam, penipuan pinjaman dan pelaburan, Love Scam dan juga kegiatan keldai akaun.Terbaru, kes penipuan membabitkan golongan berpengaruh mendapat liputan media hampir setiap hari. Pendedahan mengenai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan siasatan seperti pembekuan akaun bank dan menyita aset individu terbabit menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat.Umum mengetahui kegiatan penipuan siber ini penganiayaan terhadap mangsa membabitkan jumlah wang yang banyak.Mangsa yang terpedaya dengan helah ini terdiri pelbagai peringkat umur dan pekerjaan. Antara modus operandi digunakan dalam usaha memanipulasi mangsa seperti ugutan dan tekanan. Pada masyarakat diminta lebih berwaspada dan mengambil tahu tips pencegahan supaya tidak mudah menjadi mangsa penipuan sindiket sedemikian.Jangan mudah terpesona dengan gambar profil cantik atau tampan digunakan di media sosial dan jangan mudah terpedaya dengan kata manis atau janji mereka. Kita perlu berhati-hati memilih rakan melalui media sosial atau alam maya terutamanya yang kononnya berasal dari luar negara," katanya. Orang ramai perlu diingatkan tidak mendedahkan nombor akaun bank atau identiti diri dan keluarga kepada mana-mana individu tidak dikenali atau baru dikenali di internet.Jangan sewenang-wenangnya memberi pinjaman atau memasukkan wang ke akaun peribadi individu tidak dikenali sekiranya diminta kenalan laman sosial melalui telefon, SMS dan emel. Oleh itu, kita haruslah berhati- hati apabila berkongsi maklumat.