SlideShare a Scribd company logo
1 of 30
BAB 2
Konsep Asas
Hubungan Etnik
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–3
Hasil Pembelajaran
• Menjelaskan pengertian konsep asas hubungan etnik
seperti etnik, etnisiti dan etnosentrisme
• Mentakrifkan ras, rasisme, prejudis, stereotaip,
diskriminasi dan segregasi
• Memperincikan konsep perpaduan seperti
akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi
• Menjelaskan pengertian perpaduan dan integrasi
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–4
Pendahuluan
• Tanpa pemahaman yang baik terhadap konsep masyarakat
dan budaya, hubungan etnik sebagai suatu bidang ilmu akan
menjadi kabur.
• Ras dan etnik sering dianggap perkara yang sama. Realitinya
terdapat perbezaan antara kedua-duanya.
• Aspek lain seperti etnosentrisme, rasisme, prejudis, stereotaip
dan diskriminasi turut dibincangkan. Apabila wujud hubungan
antara etnik, terbentuklah integrasi dan perpaduan dalam
kalangan manusia.
• Ahli sains sosial melihat proses itu dari pelbagai dasar seperti
segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi.
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–5
Masyarakat
• Terdiri daripada sejumlah orang yang tinggal dalam wilayah
geografi yang spesifik, berinteraksi antara satu dengan yang
lain dan berkongsi budaya yang sama.
• Kumpulan manusia yang relatif dan kekal yang menetap di
sesuatu wilayah, berkongsi budaya dan kebanyakan
hubungannya adalah berkumpulan.
• Hubungan sesama manusia dalam masyarakat adalah
berstruktur, berulang-ulang dan kekal lama.
• Ahli-ahli dalam masyarakat juga terikat dalam ikatan politik
dan ekonomi yang sama.
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–6
Etnik dan Etnisiti
• Istilah etnik dapat disusurgalurkan daripada perkataan
Greek, iaitu etnos. Etnos bermaksud bangsa.
• Etnos bukanlah merujuk sekumpulan manusia yang
mempunyai kesatuan politik tetapi kumpulan manusia
yang mempunyai asal usul yang sama atau yang
mempunyai pertalian darah.
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–7
Etnik dan Etnisiti
(sambung...)
• Max Weber dalam bukunya Economy and Society awal abad
ke-20 telah menjelaskan konsep etnik. Inti sari daripada idea
Weber adalah seperti yang berikut:
(i) Kumpulan manusia yang mempunyai asal usul yang sama
(ii) Ahli-ahli kumpulan etnik mempunyai perkaitan darah
(iii) Ahli-ahli kumpulan etnik percaya mereka mempunyai asal
usul dan pertalian darah
(iv) Antara asas persamaan asal usul yang sama ialah
persamaan ciri-ciri fizikal tubuh, budaya dan
pengalaman sejarah yang sama
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–8
Faktor Peneguhan
Kumpulan Etnik
Faktor
Pengukuh
Etnik
Bahasa
Budaya
Sejarah
Agama
Tanah
Pertiwi
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–9
Etnosentrik
• Etnosentrik ialah suatu tindakan menilai budaya masyarakat
lain mengikut ukuran budaya sendiri.
• Dengan pemikiran yang sebegini, mereka akan menganggap
budaya sendiri sebagai unggul.
• Apabila berhadapan dengan bentuk-bentuk budaya asing
yang tidak difahami, terdapat kecenderungan untuk
menganggapnya sebagai “pelik” dan “tidak patut dilakukan”.
• Punca-punca Etnosentrik:
(i) Pengasingan masyarakat
(ii) Nasionalisme
(iii) Mitos dan legenda
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–10
Ras
• Pada dasarnya, ras ialah suatu konsep biologi.
• Terdapat kecenderungan para saintis sosial untuk
mentakrifkan ras sebagai sekumpulan manusia yang
dibezakan daripada kumpulan-kumpulan lain oleh kombinasi
sifat-sifat fizikal.
• Pentakrifan tersebut tidaklah saintifik dan tepat kerana
manusia boleh melakukan perkahwinan campur. Dalam
persejarahan manusia, perkahwinan campur berlaku dari
masa ke semasa serta berlaku dalam semua masyarakat.
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–11
Ras (sambung...)
• Masyarakat Eropah mendapati penduduk Asia,
Amerika dan Eropah mempunyai raut wajah dan cara
bertindak yang begitu berbeza daripada mereka.
• Masyarakat Eropah akhirnya membuat rumusan
bahawa perbezaan luaran ini merupakan petanda
wujudnya perbezaan-perbezaan lain yang lebih
penting.
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–12
Rasisme
• Terdapat tiga idea penting yang mendasari pemikiran rasisme, iaitu:
(i) Manusia secara fitrahnya terbahagi kepada sifat fizikal yang
berbeza-beza
(ii) Sifat-sifat fizikal manusia itu akan berkait dengan budaya,
personaliti dan pemikiran mereka
(iii) Melalui genetik yang diwarisi, terdapat kumpulan yang lebih
unggul daripada kumpulan manusia yang lain
• Idea penting rasisme ialah manusia terbahagi kepada kumpulan-
kumpulan yang secara semula jadi berbeza dari segi perlakuan
sosial dan kemampuan mental.
• Pemikiran beginilah yang menghalalkan sistem perhambaan di
Amerika Syarikat. Orang kulit hitam dianggap tidak akan dapat
mencapai tahap peradaban orang kulit putih.
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–13
Prejudis
• Prejudis membawa maksud dahuluan, iaitu sesuatu keputusan diambil
berdasarkan keputusan dan pengalaman silam.
• Kini prejudis bermaksud tanggapan buruk terhadap orang lain tanpa
asas yang secukupnya.
• Prejudis ialah tanggapan awal terhadap sesuatu perkara yang akan
berterusan sekiranya tanggapan itu tetap tidak berubah walaupun
mendapat pendedahan tentang pengetahuan baharu.
• Prejudis juga boleh diertikan sebagai sikap yang negatif terhadap
kumpulan-kumpulan luar.
• Manusia tidak dilahirkan dengan sikap prejudis. Seseorang itu
mempelajari sikap prejudis sejak kecil menerusi proses sosialisasi.
• Prejudis merupakan sesuatu yang dipelajari oleh manusia apabila dia
berada dalam kalangan masyarakat.
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–14
Prejudis (sambung...)
Faktor
Prejudis
Dasar
Segregasi
Bahasa
Sejarah
Nasionalisme
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–15
Stereotaip
• Stereotaip ialah suatu bentuk kepercayaan individu bahawa ahli-ahli
kumpulan lain mempunyai sifat-sifat tertentu.
• Sifat-sifat ini mungkin positif ataupun negatif.
• Jelasnya, individu itu telah mempunyai idea-idea tetap mengenai
ahli-ahli kumpulan lain.
• Pemikiran stereotaip dapat dikaitkan dengan kebiasaan untuk
melakukan proses pengkategorian apabila berhadapan dengan ahli
kumpulan.
• Manusia akan meramalkan cara ahli kumpulan lain bertingkah laku.
• Stereotaip berkait dengan pemikiran yang membesar-besarkan
sesuatu sifat ahli kumpulan lain.
• Kumpulan-kumpulan manusia sama ada kumpulan etnik, ras atau
nasionaliti dianggap mempunyai sifat-sifat tersendiri.
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–16
Stereotaip (sambung...)
• Apabila sesuatu kumpulan itu dianggap berfikiran stereotaip, ahli-
ahlinya tidak dianggap sebagai individu, tetapi dianggap sebagai
sebuah kumpulan.
• Pemikiran stereotaip akan mewujudkan perasaan “kita dan mereka”.
Dengan itu, wujudlah perbezaan kumpulan majoriti dan minoriti.
• Biasanya, kumpulan majoriti akan menggunakan pemikiran
stereotaip terhadap kumpulan lain untuk mengekalkan kuasa.
• Seseorang yang mempunyai pemikiran stereotaip akan terus
berpegang pada kepercayaannya serta tidak mempedulikan realiti.
• Pemikiran stereotaip akan mendorong seseorang itu bersikap
prejudis jika dia tidak mengubah pandangan terhadap kumpulan lain
apabila wujud bukti-bukti yang menolak pendiriannya itu.
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–17
Diskriminasi
• Diskriminasi ialah perlakuan memberikan layanan yang tidak sama
kepada individu-individu kerana keahliannya kepada kumpulan-
kumpulan yang tertentu.
• Tujuan layanan yang tidak sama adalah untuk menghalang
kumpulan-kumpulan minoriti memiliki kuasa dan untuk menjadikan
mereka itu “berbeza” daripada kumpulan majoriti.
• Bentuk-bentuk diskriminasi:
(i) Diskriminasi personal
(ii) Diskriminasi perundangan
(iii) Diskriminasi institusi
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–18
Diskriminasi (sambung...)
• Terdapat beberapa penerangan mengenai punca diskriminasi. Ahli-ahli
psikologi sosial menyatakan bahawa kegagalan untuk memenuhi keinginan
akan menyumbang pada prejudis dan diskriminasi.
• Manusia mempunyai matlamat-matlamat yang perlu dipenuhi. Sekiranya
keinginan dihalang, mereka akan kecewa dan marah.
• Budaya dan cara hidup pihak lain dipandang rendah, manakala perasaan
kekitaan pula diperkukuh.
• Namun demikian, sifat prejudis akan terbentuk dan akhirnya membawa
kepada tindakan diskriminasi terhadap mereka yang tidak mengamalkan
bentuk-bentuk budaya yang sama.
• Dari perspektif konflik pula, diskriminasi merupakan suatu bentuk
pertentangan kumpulan-kumpulan ras dan etnik untuk memperoleh
sumber-sumber yang terbatas dalam masyarakat.
• Semakin hebat persaingan, semakin tinggi tahap diskriminasi.
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–19
Segregasi
• Pada dasarnya segregasi membawa maksud pemisahan manusia dan
mengelakkan sebarang bentuk hubungan. Sistem segregasi boleh
dilaksanakan secara paksaan dan juga secara sukarela.
• Contoh terbaik sistem segregasi yang dijalankan secara paksaan adalah
seperti di Afrika Selatan dengan pelaksanaan dasar aparteid. Aparteid
yang bermaksud keterpisahan (apartness) merupakan dasar kerajaan-
kerajaan minoriti kulit putih Afrika Selatan sejak tahun 1948–1994.
• Terdapat juga pengasingan yang sengaja dilakukan (self seggregation) oleh
kumpulan etnik.
• Mereka memilih untuk menetap dan tinggal di kawasan tertentu kerana
terdapat ahli-ahli etnik yang sama.
• Di Amerika Syarikat, kumpulan etnik Amish dengan sengaja memisahkan
diri mereka daripada masyarakat luar demi mengekalkan keaslian cara
hidup mereka.
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–20
Segregasi (sambung...)
• Salah satu usaha untuk mengatasi segregasi adalah dengan
menggalakkan interaksi antara mereka yang berlainan budaya
dan ras.
• Di Amerika Syarikat, amalan busing dilaksanakan untuk
menggalakkan interaksi antara pelajar kulit putih dengan
pelajar kulit hitam di sekolah-sekolah.
• Bas digunakan untuk membawa pelajar-pelajar dari kawasan-
kawasan berlainan agar sekolah menjadi tempat pertemuan
pelajar-pelajar yang berlainan ras.
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–21
Akomodasi
• Akomodasi ialah proses individu atau kumpulan-kumpulan dalam
masyarakat berkonflik yang mengadakan penyelesaian bersifat
sementara.
• Akomodasi akan berlaku apabila pihak-pihak yang berkonflik
merasakan mereka perlu bekerjasama walaupun wujud perbezaan
pendapat .
• Melalui akomodasi, pihak-pihak lain diizinkan untuk wujud tanpa
permusuhan secara terbuka .
• Akomodasi mungkin merupakan penyelesaian yang bersifat
sementara atau mungkin juga menjangkau beberapa abad.
Penyelesaian yang mutlak mungkin tidak dapat dicapai, setiap pihak
akan terus mempunyai matlamat dan pandangan yang berbeza.
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–22
Akomodasi (sambung...)
• Akomodasi berperanan menggantikan konflik dalam masyarakat
tanpa menyelesaikan isu pertikaian yang asas.
• Dengan cara ini, punca-punca permusuhan dan perbezaan antara
pihak-pihak yang terlibat dapat dikurangkan.
• Sebaliknya, sikap yang lebih mesra dapat diwujudkan melalui
interaksi yang aman.
• Dengan mengiktiraf hak pihak lain untuk mempunyai pandangan
dan pendirian yang berbeza-beza, pihak-pihak yang berkonflik
mempunyai peluang untuk mengkaji semula isu perbalahan dan hal
ini biasanya akan merintis peluang untuk hubungan yang lebih baik.
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–23
Akulturasi
• Semasa berlakunya hubungan antara budaya yang berbeza, akulturasi juga
akan berlaku, iaitu pemindahan dan peminjaman elemen-elemen budaya
daripada satu kebudayaan kepada kebudayaan yang lain.
• Masyarakat yang melakukan pemindahan budaya akan turut melakukan
penyesuaian dengan persekitaran mereka.
• Akulturasi akan mengakibatkan perubahan-perubahan struktur budaya
kepada budaya asal, budaya peminjam atau mungkin juga berlaku kepada
kedua-dua budaya.
• Di sekolah-sekolah, pelajar bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu,
manakala mereka masih mengekalkan bahasa ibunda dalam situasi tidak
formal.
• Akibat hubungan budaya, masyarakat Melayu juga mengambil beberapa
elemen budaya daripada masyarakat bukan Melayu seperti jenis makanan.
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–24
Akulturasi (sambung...)
• Adakalanya proses akulturasi berlaku secara yang tidak
langsung. Apabila kuasa kolonial British menjajah benua
Amerika, mereka tidak memaksa penduduk peribumi
Amerika, iaitu orang-orang India untuk memeluk agama
Kristian.
• Namun dengan merampas tanah-tanah mereka, kuasa
kolonial itu telah menyebabkan penduduk peribumi tidak
dapat meneruskan kehidupan tradisi mereka.
• Tanpa banyak pilihan, penduduk peribumi terpaksa menerima
elemen-elemen budaya kolonial.
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–25
Akulturasi (sambung...)
Faktor-Faktor
yang
Mempengaruhi
Proses
Akulturasi
Keluasan budaya/tapak budaya
Jumlah populasi
Kekerapan hubungan dengan budaya luar
Perubahan dalam persekitaran fizikal dan sosial
Penciptaan-penciptaan penting
Sikap terhadap perubahan
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–26
Asimilasi
• Asimilasi bermaksud meningkatnya kesamaan.
• J. Milton Yinger mentakrifkan asimilasi sebagai:
“...mengurangkan perbezaan yang mungkin berlaku apabila dua atau
lebih masyarakat atau kumpulan budaya yang lebih kecil bertemu.”
• Harold Abramson pula mendefinisikan proses ini sebagai:
“Proses yang membawa kepada peningkatan kesamaan dalam
masyarakat.”
• Asimilasi juga dianggap sebagai satu proses kumpulan-kumpulan etnik
mula mengamalkan elemen-elemen budaya majoriti.
• Hal ini kerana, budaya majoriti menjadi pengaruh yang tidak dapat
dihindarkan oleh kumpulan etnik minoriti.
• Semasa proses asimilasi berlaku, kumpulan etnik minoriti kehilangan
elemen-elemen budaya seperti bahasa asal mereka.
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–27
Asimilasi (sambung...)
Bentuk
Asimilasi
Asimilasi
Budaya
Asimilasi
Struktural
Asimilasi Biologi
Asimilasi
Psikologi
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–28
Amalgamasi
• Amalgamasi merupakan suatu proses penyebatian penuh
kumpulan-kumpulan etnik.
• Amalgamasi ialah peringkat tertinggi dalam interaksi antara
kumpulan-kumpulan etnik.
• Ahli-ahli kumpulan etnik minoriti dianggap setaraf dengan ahli
kumpulan etnik dominan.
• Setiap kumpulan menyumbang pada pembentukan budaya baharu.
• Perkahwinan campur merupakan suatu amalan yang dapat
menghasilkan proses amalgamasi.
• Amalgamasi sering kali dianggap sebagai proses melting pot.
• Melalui proses amalgamasi berlakulah “penyebatian budaya”.
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–29
Amalgamasi (sambung...)
• Formula yang sering dikaitkan dengan proses amalgamasi atau
melting pot ini ialah:
A + B + C = D
• D boleh dianggap sebagai entiti yang terhasil dalam bentuk
budaya yang baharu.
• Dalam erti kata lain, tidak ada budaya yang dominan dalam
kalangan kumpulan etnik. Budaya yang dihasilkan bersifat unik
dan mungkin diamalkan di tempat-tempat berlakunya proses
amalgamasi sahaja.
All Rights Reserved
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–30
Konsep Perpaduan
dan Integrasi
• Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai suatu usaha atau proses
menyatukan seluruh masyarakat dalam sesebuah negara
untuk membentuk satu identiti atau nilai bersama.
• Integrasi adalah menyatukan dan menggabungkan
komponen-komponen untuk mewujudkan suatu keseluruhan
yang berpadu.
• Integrasi membawa pengertian menyatukan ahli-ahli yang
berbeza ras dan kumpulan etnik dalam sebuah organisasi
sosial yang setaraf dan tiada sistem pemisahan.

More Related Content

Similar to SPG Hubungan Etnik bab 2_150118.ppt

Budaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompokBudaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompokshamsiahmn
 
Hubungan etnik (17 2-09)(1)
Hubungan etnik (17 2-09)(1)Hubungan etnik (17 2-09)(1)
Hubungan etnik (17 2-09)(1)sam_ax
 
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)Saya Awak
 
She 101 full notes
She 101 full notesShe 101 full notes
She 101 full notesanepsaaid
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Wanie Sabrie Ws
 
T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaT1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaRosmahiza Ramli
 
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1share with me
 
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2  masyarakat malaysia dalam sejarahBab 2  masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarahNur Az
 
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasionalHubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasionalfarhanahgary
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik Amin Upsi
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
Topik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxTopik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxAlHadmie1
 
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysiaSyazwan Zulkifli
 
Assingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayaAssingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayamama fiya
 

Similar to SPG Hubungan Etnik bab 2_150118.ppt (20)

Budaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompokBudaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompok
 
Nota Hubungan Etnik
Nota Hubungan EtnikNota Hubungan Etnik
Nota Hubungan Etnik
 
Hubungan etnik (17 2-09)(1)
Hubungan etnik (17 2-09)(1)Hubungan etnik (17 2-09)(1)
Hubungan etnik (17 2-09)(1)
 
Konsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnikKonsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnik
 
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
 
She 101 full notes
She 101 full notesShe 101 full notes
She 101 full notes
 
She 101 full notes
She 101 full notesShe 101 full notes
She 101 full notes
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
Budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia assingment edu 2013
 
T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaT1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
 
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
 
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2  masyarakat malaysia dalam sejarahBab 2  masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
 
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasionalHubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
Hubungan etnik dan asas integrasi perpaduan nasional
 
Kuliah 1 & 2
Kuliah 1 & 2Kuliah 1 & 2
Kuliah 1 & 2
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
Topik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxTopik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptx
 
Ctu 553
Ctu 553Ctu 553
Ctu 553
 
CTU PRESENTATION
CTU PRESENTATIONCTU PRESENTATION
CTU PRESENTATION
 
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
7. bab 7 cabaran hubungan etnik di malaysia
 
Assingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayaAssingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budaya
 

Recently uploaded

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 

Recently uploaded (12)

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 

SPG Hubungan Etnik bab 2_150118.ppt

  • 1.
  • 3. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–3 Hasil Pembelajaran • Menjelaskan pengertian konsep asas hubungan etnik seperti etnik, etnisiti dan etnosentrisme • Mentakrifkan ras, rasisme, prejudis, stereotaip, diskriminasi dan segregasi • Memperincikan konsep perpaduan seperti akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi • Menjelaskan pengertian perpaduan dan integrasi
  • 4. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–4 Pendahuluan • Tanpa pemahaman yang baik terhadap konsep masyarakat dan budaya, hubungan etnik sebagai suatu bidang ilmu akan menjadi kabur. • Ras dan etnik sering dianggap perkara yang sama. Realitinya terdapat perbezaan antara kedua-duanya. • Aspek lain seperti etnosentrisme, rasisme, prejudis, stereotaip dan diskriminasi turut dibincangkan. Apabila wujud hubungan antara etnik, terbentuklah integrasi dan perpaduan dalam kalangan manusia. • Ahli sains sosial melihat proses itu dari pelbagai dasar seperti segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi.
  • 5. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–5 Masyarakat • Terdiri daripada sejumlah orang yang tinggal dalam wilayah geografi yang spesifik, berinteraksi antara satu dengan yang lain dan berkongsi budaya yang sama. • Kumpulan manusia yang relatif dan kekal yang menetap di sesuatu wilayah, berkongsi budaya dan kebanyakan hubungannya adalah berkumpulan. • Hubungan sesama manusia dalam masyarakat adalah berstruktur, berulang-ulang dan kekal lama. • Ahli-ahli dalam masyarakat juga terikat dalam ikatan politik dan ekonomi yang sama.
  • 6. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–6 Etnik dan Etnisiti • Istilah etnik dapat disusurgalurkan daripada perkataan Greek, iaitu etnos. Etnos bermaksud bangsa. • Etnos bukanlah merujuk sekumpulan manusia yang mempunyai kesatuan politik tetapi kumpulan manusia yang mempunyai asal usul yang sama atau yang mempunyai pertalian darah.
  • 7. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–7 Etnik dan Etnisiti (sambung...) • Max Weber dalam bukunya Economy and Society awal abad ke-20 telah menjelaskan konsep etnik. Inti sari daripada idea Weber adalah seperti yang berikut: (i) Kumpulan manusia yang mempunyai asal usul yang sama (ii) Ahli-ahli kumpulan etnik mempunyai perkaitan darah (iii) Ahli-ahli kumpulan etnik percaya mereka mempunyai asal usul dan pertalian darah (iv) Antara asas persamaan asal usul yang sama ialah persamaan ciri-ciri fizikal tubuh, budaya dan pengalaman sejarah yang sama
  • 8. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–8 Faktor Peneguhan Kumpulan Etnik Faktor Pengukuh Etnik Bahasa Budaya Sejarah Agama Tanah Pertiwi
  • 9. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–9 Etnosentrik • Etnosentrik ialah suatu tindakan menilai budaya masyarakat lain mengikut ukuran budaya sendiri. • Dengan pemikiran yang sebegini, mereka akan menganggap budaya sendiri sebagai unggul. • Apabila berhadapan dengan bentuk-bentuk budaya asing yang tidak difahami, terdapat kecenderungan untuk menganggapnya sebagai “pelik” dan “tidak patut dilakukan”. • Punca-punca Etnosentrik: (i) Pengasingan masyarakat (ii) Nasionalisme (iii) Mitos dan legenda
  • 10. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–10 Ras • Pada dasarnya, ras ialah suatu konsep biologi. • Terdapat kecenderungan para saintis sosial untuk mentakrifkan ras sebagai sekumpulan manusia yang dibezakan daripada kumpulan-kumpulan lain oleh kombinasi sifat-sifat fizikal. • Pentakrifan tersebut tidaklah saintifik dan tepat kerana manusia boleh melakukan perkahwinan campur. Dalam persejarahan manusia, perkahwinan campur berlaku dari masa ke semasa serta berlaku dalam semua masyarakat.
  • 11. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–11 Ras (sambung...) • Masyarakat Eropah mendapati penduduk Asia, Amerika dan Eropah mempunyai raut wajah dan cara bertindak yang begitu berbeza daripada mereka. • Masyarakat Eropah akhirnya membuat rumusan bahawa perbezaan luaran ini merupakan petanda wujudnya perbezaan-perbezaan lain yang lebih penting.
  • 12. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–12 Rasisme • Terdapat tiga idea penting yang mendasari pemikiran rasisme, iaitu: (i) Manusia secara fitrahnya terbahagi kepada sifat fizikal yang berbeza-beza (ii) Sifat-sifat fizikal manusia itu akan berkait dengan budaya, personaliti dan pemikiran mereka (iii) Melalui genetik yang diwarisi, terdapat kumpulan yang lebih unggul daripada kumpulan manusia yang lain • Idea penting rasisme ialah manusia terbahagi kepada kumpulan- kumpulan yang secara semula jadi berbeza dari segi perlakuan sosial dan kemampuan mental. • Pemikiran beginilah yang menghalalkan sistem perhambaan di Amerika Syarikat. Orang kulit hitam dianggap tidak akan dapat mencapai tahap peradaban orang kulit putih.
  • 13. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–13 Prejudis • Prejudis membawa maksud dahuluan, iaitu sesuatu keputusan diambil berdasarkan keputusan dan pengalaman silam. • Kini prejudis bermaksud tanggapan buruk terhadap orang lain tanpa asas yang secukupnya. • Prejudis ialah tanggapan awal terhadap sesuatu perkara yang akan berterusan sekiranya tanggapan itu tetap tidak berubah walaupun mendapat pendedahan tentang pengetahuan baharu. • Prejudis juga boleh diertikan sebagai sikap yang negatif terhadap kumpulan-kumpulan luar. • Manusia tidak dilahirkan dengan sikap prejudis. Seseorang itu mempelajari sikap prejudis sejak kecil menerusi proses sosialisasi. • Prejudis merupakan sesuatu yang dipelajari oleh manusia apabila dia berada dalam kalangan masyarakat.
  • 14. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–14 Prejudis (sambung...) Faktor Prejudis Dasar Segregasi Bahasa Sejarah Nasionalisme
  • 15. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–15 Stereotaip • Stereotaip ialah suatu bentuk kepercayaan individu bahawa ahli-ahli kumpulan lain mempunyai sifat-sifat tertentu. • Sifat-sifat ini mungkin positif ataupun negatif. • Jelasnya, individu itu telah mempunyai idea-idea tetap mengenai ahli-ahli kumpulan lain. • Pemikiran stereotaip dapat dikaitkan dengan kebiasaan untuk melakukan proses pengkategorian apabila berhadapan dengan ahli kumpulan. • Manusia akan meramalkan cara ahli kumpulan lain bertingkah laku. • Stereotaip berkait dengan pemikiran yang membesar-besarkan sesuatu sifat ahli kumpulan lain. • Kumpulan-kumpulan manusia sama ada kumpulan etnik, ras atau nasionaliti dianggap mempunyai sifat-sifat tersendiri.
  • 16. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–16 Stereotaip (sambung...) • Apabila sesuatu kumpulan itu dianggap berfikiran stereotaip, ahli- ahlinya tidak dianggap sebagai individu, tetapi dianggap sebagai sebuah kumpulan. • Pemikiran stereotaip akan mewujudkan perasaan “kita dan mereka”. Dengan itu, wujudlah perbezaan kumpulan majoriti dan minoriti. • Biasanya, kumpulan majoriti akan menggunakan pemikiran stereotaip terhadap kumpulan lain untuk mengekalkan kuasa. • Seseorang yang mempunyai pemikiran stereotaip akan terus berpegang pada kepercayaannya serta tidak mempedulikan realiti. • Pemikiran stereotaip akan mendorong seseorang itu bersikap prejudis jika dia tidak mengubah pandangan terhadap kumpulan lain apabila wujud bukti-bukti yang menolak pendiriannya itu.
  • 17. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–17 Diskriminasi • Diskriminasi ialah perlakuan memberikan layanan yang tidak sama kepada individu-individu kerana keahliannya kepada kumpulan- kumpulan yang tertentu. • Tujuan layanan yang tidak sama adalah untuk menghalang kumpulan-kumpulan minoriti memiliki kuasa dan untuk menjadikan mereka itu “berbeza” daripada kumpulan majoriti. • Bentuk-bentuk diskriminasi: (i) Diskriminasi personal (ii) Diskriminasi perundangan (iii) Diskriminasi institusi
  • 18. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–18 Diskriminasi (sambung...) • Terdapat beberapa penerangan mengenai punca diskriminasi. Ahli-ahli psikologi sosial menyatakan bahawa kegagalan untuk memenuhi keinginan akan menyumbang pada prejudis dan diskriminasi. • Manusia mempunyai matlamat-matlamat yang perlu dipenuhi. Sekiranya keinginan dihalang, mereka akan kecewa dan marah. • Budaya dan cara hidup pihak lain dipandang rendah, manakala perasaan kekitaan pula diperkukuh. • Namun demikian, sifat prejudis akan terbentuk dan akhirnya membawa kepada tindakan diskriminasi terhadap mereka yang tidak mengamalkan bentuk-bentuk budaya yang sama. • Dari perspektif konflik pula, diskriminasi merupakan suatu bentuk pertentangan kumpulan-kumpulan ras dan etnik untuk memperoleh sumber-sumber yang terbatas dalam masyarakat. • Semakin hebat persaingan, semakin tinggi tahap diskriminasi.
  • 19. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–19 Segregasi • Pada dasarnya segregasi membawa maksud pemisahan manusia dan mengelakkan sebarang bentuk hubungan. Sistem segregasi boleh dilaksanakan secara paksaan dan juga secara sukarela. • Contoh terbaik sistem segregasi yang dijalankan secara paksaan adalah seperti di Afrika Selatan dengan pelaksanaan dasar aparteid. Aparteid yang bermaksud keterpisahan (apartness) merupakan dasar kerajaan- kerajaan minoriti kulit putih Afrika Selatan sejak tahun 1948–1994. • Terdapat juga pengasingan yang sengaja dilakukan (self seggregation) oleh kumpulan etnik. • Mereka memilih untuk menetap dan tinggal di kawasan tertentu kerana terdapat ahli-ahli etnik yang sama. • Di Amerika Syarikat, kumpulan etnik Amish dengan sengaja memisahkan diri mereka daripada masyarakat luar demi mengekalkan keaslian cara hidup mereka.
  • 20. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–20 Segregasi (sambung...) • Salah satu usaha untuk mengatasi segregasi adalah dengan menggalakkan interaksi antara mereka yang berlainan budaya dan ras. • Di Amerika Syarikat, amalan busing dilaksanakan untuk menggalakkan interaksi antara pelajar kulit putih dengan pelajar kulit hitam di sekolah-sekolah. • Bas digunakan untuk membawa pelajar-pelajar dari kawasan- kawasan berlainan agar sekolah menjadi tempat pertemuan pelajar-pelajar yang berlainan ras.
  • 21. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–21 Akomodasi • Akomodasi ialah proses individu atau kumpulan-kumpulan dalam masyarakat berkonflik yang mengadakan penyelesaian bersifat sementara. • Akomodasi akan berlaku apabila pihak-pihak yang berkonflik merasakan mereka perlu bekerjasama walaupun wujud perbezaan pendapat . • Melalui akomodasi, pihak-pihak lain diizinkan untuk wujud tanpa permusuhan secara terbuka . • Akomodasi mungkin merupakan penyelesaian yang bersifat sementara atau mungkin juga menjangkau beberapa abad. Penyelesaian yang mutlak mungkin tidak dapat dicapai, setiap pihak akan terus mempunyai matlamat dan pandangan yang berbeza.
  • 22. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–22 Akomodasi (sambung...) • Akomodasi berperanan menggantikan konflik dalam masyarakat tanpa menyelesaikan isu pertikaian yang asas. • Dengan cara ini, punca-punca permusuhan dan perbezaan antara pihak-pihak yang terlibat dapat dikurangkan. • Sebaliknya, sikap yang lebih mesra dapat diwujudkan melalui interaksi yang aman. • Dengan mengiktiraf hak pihak lain untuk mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza-beza, pihak-pihak yang berkonflik mempunyai peluang untuk mengkaji semula isu perbalahan dan hal ini biasanya akan merintis peluang untuk hubungan yang lebih baik.
  • 23. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–23 Akulturasi • Semasa berlakunya hubungan antara budaya yang berbeza, akulturasi juga akan berlaku, iaitu pemindahan dan peminjaman elemen-elemen budaya daripada satu kebudayaan kepada kebudayaan yang lain. • Masyarakat yang melakukan pemindahan budaya akan turut melakukan penyesuaian dengan persekitaran mereka. • Akulturasi akan mengakibatkan perubahan-perubahan struktur budaya kepada budaya asal, budaya peminjam atau mungkin juga berlaku kepada kedua-dua budaya. • Di sekolah-sekolah, pelajar bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu, manakala mereka masih mengekalkan bahasa ibunda dalam situasi tidak formal. • Akibat hubungan budaya, masyarakat Melayu juga mengambil beberapa elemen budaya daripada masyarakat bukan Melayu seperti jenis makanan.
  • 24. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–24 Akulturasi (sambung...) • Adakalanya proses akulturasi berlaku secara yang tidak langsung. Apabila kuasa kolonial British menjajah benua Amerika, mereka tidak memaksa penduduk peribumi Amerika, iaitu orang-orang India untuk memeluk agama Kristian. • Namun dengan merampas tanah-tanah mereka, kuasa kolonial itu telah menyebabkan penduduk peribumi tidak dapat meneruskan kehidupan tradisi mereka. • Tanpa banyak pilihan, penduduk peribumi terpaksa menerima elemen-elemen budaya kolonial.
  • 25. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–25 Akulturasi (sambung...) Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Proses Akulturasi Keluasan budaya/tapak budaya Jumlah populasi Kekerapan hubungan dengan budaya luar Perubahan dalam persekitaran fizikal dan sosial Penciptaan-penciptaan penting Sikap terhadap perubahan
  • 26. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–26 Asimilasi • Asimilasi bermaksud meningkatnya kesamaan. • J. Milton Yinger mentakrifkan asimilasi sebagai: “...mengurangkan perbezaan yang mungkin berlaku apabila dua atau lebih masyarakat atau kumpulan budaya yang lebih kecil bertemu.” • Harold Abramson pula mendefinisikan proses ini sebagai: “Proses yang membawa kepada peningkatan kesamaan dalam masyarakat.” • Asimilasi juga dianggap sebagai satu proses kumpulan-kumpulan etnik mula mengamalkan elemen-elemen budaya majoriti. • Hal ini kerana, budaya majoriti menjadi pengaruh yang tidak dapat dihindarkan oleh kumpulan etnik minoriti. • Semasa proses asimilasi berlaku, kumpulan etnik minoriti kehilangan elemen-elemen budaya seperti bahasa asal mereka.
  • 27. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–27 Asimilasi (sambung...) Bentuk Asimilasi Asimilasi Budaya Asimilasi Struktural Asimilasi Biologi Asimilasi Psikologi
  • 28. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–28 Amalgamasi • Amalgamasi merupakan suatu proses penyebatian penuh kumpulan-kumpulan etnik. • Amalgamasi ialah peringkat tertinggi dalam interaksi antara kumpulan-kumpulan etnik. • Ahli-ahli kumpulan etnik minoriti dianggap setaraf dengan ahli kumpulan etnik dominan. • Setiap kumpulan menyumbang pada pembentukan budaya baharu. • Perkahwinan campur merupakan suatu amalan yang dapat menghasilkan proses amalgamasi. • Amalgamasi sering kali dianggap sebagai proses melting pot. • Melalui proses amalgamasi berlakulah “penyebatian budaya”.
  • 29. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–29 Amalgamasi (sambung...) • Formula yang sering dikaitkan dengan proses amalgamasi atau melting pot ini ialah: A + B + C = D • D boleh dianggap sebagai entiti yang terhasil dalam bentuk budaya yang baharu. • Dalam erti kata lain, tidak ada budaya yang dominan dalam kalangan kumpulan etnik. Budaya yang dihasilkan bersifat unik dan mungkin diamalkan di tempat-tempat berlakunya proses amalgamasi sahaja.
  • 30. All Rights Reserved SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2017 2–30 Konsep Perpaduan dan Integrasi • Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai suatu usaha atau proses menyatukan seluruh masyarakat dalam sesebuah negara untuk membentuk satu identiti atau nilai bersama. • Integrasi adalah menyatukan dan menggabungkan komponen-komponen untuk mewujudkan suatu keseluruhan yang berpadu. • Integrasi membawa pengertian menyatukan ahli-ahli yang berbeza ras dan kumpulan etnik dalam sebuah organisasi sosial yang setaraf dan tiada sistem pemisahan.