TEKS UCAPAN PERASMIAN
MAJLIS GRADUASI
SMK Sijangkang Jaya
TAHUN 2014
Yang Berbahagia.
En Abdul Hamid bin Abd Majid.
Ketua Penolong PPD
Pengurusan Sekolah
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan
1
TEKS UCAPAN PERASMI Sempena
MAJLIS GRADUSI PELAJAR 2014 SMK Sijangkang Jaya
Yang dihormati,
Tn Hj Zulkapli bin Mat Taib,
YDP PIBG SMK Sijangkang Jaya,
Yang Berusaha,
Pn Hajah Salbiah bt Ibrahim
Pengetua SMK Sijangkang Jaya
Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan,
Pn. Ramlah bt Hj Hashim - PK Pentadbiran.
Tn. Haji Kowangid bt Taufik - PK Hal Ehwal Murid.
Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum
Pn. Rubi’ah bt Hayat - PK Petang
Pn Sharipah bt. Saari - PK Pendidikan Khas
Yang Dihormati,
Para Tetamu Jemputan,
Yang Dikasihi, Guru-guru Kanan Matapelajaran, Para Guru, dan seterusnya
para graduan SMK Sijangkang Jaya yang dikasihi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan
izin dan limpah kurniaNya saya dapat bersua muka dan dapat bersama-
sama di Foyer Cempaka SMK Sijangkang Jaya yang serba indah ini untuk
menyempurnakan majlis yang penuh bermakna iaitu Majlis Graduasi Pelajar
Tingkatan 5 bagi tahun 2014. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
Jawatankuasa Pelaksana yang sudi menjemput saya bagi
2
menyempurnakan Majlis dan menyampaikan sijil-sijil kepada para pelajar.
Terima kasih kepada guru yang beriltizam menyempurnakan majlis ini
sebagai tanda sokongan, galakkan dan penghargaan kepada anak-anak
didik mereka. Adalah diharapkan majlis graduasi ini menjadi pembakar
semangat untuk merealisasikan kecemerlangan dalam bidang pendidikan.
Hadirin yang dihormati,
Sayugia diingatkan bahawa, para pelajar perlu memainkan peranan
bagi kesinambungan pembelajaran anda di sekolah. Kalau pelajar terleka
dan alpa, dibimbangi proses pembelajaran akan terbantut dan tersekat
ketika anda keluar dari kawasan sekolah. Insya Allah, jika berlaku pertautan
pembelajaran di rumah dan di sekolah, para pelajar akan berjaya dengan
cemerlang dalam bidang pembelajaran.
Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada graduan yang
akan menerima sijil dan tidak lupa ucapan penghargaan kepada
jawatankuasa pelaksana yang telah bertanggungjawab merancang dan
melaksanakan dengan jayanya majlis yang gemilang pada pagi ini.
Sebagaimana yang kita semua tahu, Majlis Graduasi ini diadakan
bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang yang telah ditunjukkan
oleh pelajar-pelajar terpilih di sekolah ini sama ada dalam bidang kurikulum,
kokurikulum, keimpinan, dan sahsiah diri. Saya percaya kejayaan pelajar-
3
pelajar tersebut pada hari ini bukan sahaja disebabkan oleh hasil pemusatan
mereka terhadap pelajaran yang diajar, malah termasuklah kerja keras yang
mereka usahakan selama ini dengan dibantu oleh semua warga guru di
sekolah serta ibu bapa yang tidak jemu-jemu berusaha ke arah pencapaian
maksimum anak-anak di sini. Kejayaan anak-anak ini pada keseluruhannya
adalah hasil daripada usaha secara kolektif dan kerja berpasukan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih dan
tahniah kepada semua tenaga pengajar yang telah menunjukkan komitmen
yang tinggi terhadap tugas dan amanah yang diberikan bagi memastikan
tranformasi pendidikan berjalan lancar dan memenuhi aspirasi negara
terutamanya dalam memastikan PPPM 2013-2025 dilaksnakan dengan
jayanya. Saya juga dimaklkumkan bahawa terdapat murid-murid sekolah
kita ini telah bertanding hingga ke peringkat negeri dan kebangsaan.
Saya yakin dan percaya , keikhlasan dan usaha yang tuan-tuan dan
puan-puan berikan kepada anak-anak didik ini, pasti akan mendapat
kebaikan dan rahmat daripada Allah SWT. Sebagai Pegawai Pelajaran
Daerah ini, saya sudah semestinya berasa gembira dan berpuas hati
dengan pencapaian murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan
Sijangkang Jaya ini. Namun begitu, saya yakin pihak sekolah akan terus
berusaha tanpa jemu untuk mempertingkat pencapaian anak-anak kita ini ke
tahap yang lebih baik dan cemerlang bukan sahaja dalam aspek kurikulum
bahkan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah, daerah dan seterusnya
4
yang lebih tinggi. Teruskan usaha yang baik ini dan saya pasti ganjaran
yang baik juga akan datang kepada pihak tuan puan semua.
Hadirin sekalian,
Warga sekolah termasuklah para guru serta murid bukan sahaja perlu
dilihat sebagai cemerlang tetapi harus sentiasa dilihat mendahului zaman.
Walaupun kita boleh berbangga dengan pencapaian sehingga kini, tugas
dan cabaran masa depan memerlukan kita bersama-sama untuk terus
bekerja lebih keras dan lebih strategik. Setiap detik kita perlu bersedia
menilai dan bermuhasabah diri untuk mengenalpasti kekurangan dan
kelemahan yang harus diperbaik, hatta mempelajari daripada mereka yang
lebih cemerlang.
Usaha mencapai kecemerlangan pelajaran sebenarnya bermula dari
rumah, ibu bapa ialah guru pertama yang dikenali anak-anak. Merekalah
yang bertanggungjawab menanam nilai-nilai mulia yang sesuai bagi
membolehkan anak-anak cemerlang pada masa depan serta menjadi
manusia yang dapat memanfaatkan agama , bangsa, dan negara.
Pendidikan seharusnya bersifat seumur hidup, tidak ada nokhtah kepada
proses ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
Saya percaya bahawa murid-murid yang cemerlang merupakan
produk hasilan guru-guru yang cemerlang. Manakala kedua-keduanya itu
5
pula merupakan hasil dari persekitaran sekolah yang turut cemerlang. Saya
yakin, sikap terbuka pengurusan sekolah dan sikap profesional guru-guru
dapat menggalakkan penyertaan masyarakat untuk bersama-sama memikul
tanggungjawab memastikan kejayaan di sekolah ini. Bukan mudah untuk
mendidik anak-anak pada abad ke-21 ini. Oleh itu sebagai bapa, kami amat
menghargai dan berterima kasih kepada guru-guru yang sudi membantu
kami mendidik anak-anak kami dan memastikan keselamatan mereka di
sekolah.
Tuan-tuan dan puan-puan
Saya percaya semua yang berada di sini juga bersetuju dengan apa
yang saya nyatakan ini. Saya berharap semua guru di sekolah ini dapat
meneruskan usaha mendidik anak bangsa tanpa jemu dan penuh dedikasi.
Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari
masa ke masa. Kita berharap dapat melahirkan generasi yang mempunyai
minda kelas pertama di sebalik kemudahan kelas pertama. Hakikatnya
dengan segala kemudahan dan pelbagai jenis bantuan yang diberikan pihak
kerajaan tidak ada sebab atau alasan mengapa anak-anak kita tidak
menggunakan sepenuhnya kemudahan pendidikan yang ada untuk
mencipta masa depan yang lebih baik. Peluang pendidikan harus
digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina
personaliti yang cemerlang, tanpa kelulusan dan ilmu yang mencukupi,
sukar untuk anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah. Apatah lagi
6
anak-anak kita pula hidup dalam zaman yang semakin mencabar kerana
masalah sosial dan ekonomi kian bertambah.
Selain itu, saya juga menasihati pelajar agar selalu berjumpa dengan
guru-guru anak untuk berbincang mengenai pelajaran terutama dalam saat
saat akhir menjelang peperiksaan. Gunakan waktu yang terhad ini untuk
menyelesaiakan semua permasalahan dalam pelajaran agar anda tidak
menyesal nanti.
Penyelesaian masalah disiplin murid bukan hanya tanggungjawab
pihak sekolah semata-mata tetapi harus dipikul bersama oleh Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG). Kita bimbang isu masalah disiplin ini akan menjadi
polemik malah lebih memburukkan keadaan jika ia menjadi isu politik. Saya
selaku Pegawai PPD benar-benar berharap PIBG berfungsi sebagai
pemangkin dengan sama-sama menyelesaikan masalah di sekolah
terutama gejala disiplin dalam kalangan pelajar.
Hadirin sekalian,
Saya juga melihat bahawa penyertaan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan
masalah sosial. Apabila mereka mempunyai aktiviti yang baik seperti
7
bersukan dan kawad kaki, masa mereka terisi dengan sesuatu yang
berfaedah dan dapat membentuk disiplin anak-anak.
Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit.
Bak kata orang tua- tua, kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.
Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek. Itulah kita SATU MALAYSIA,
SATU SIJANGKANG JAYA.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
Di bawah kepimpinan dan pentadbiran Pn. Hajjah Salbiah selaku
pengetua SMK Sijangkang Jaya, kita berharap boleh mencapai prestasi
yang lebih cemerlang dalam semua aspek, di samping kerjasama semua
pihak yang ingin melihat Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya
benar-benar berada di puncak bagi merealisasikan visi Sekolah Menengah
Kebangsaan Sijangkang Jaya Unggul, Penjana Generasi Gemilang.
Akhirnya, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak
terhingga kepada semua warga SMK Sijangkang Jaya. Tahniah dan syabas
sekali lagi saya ucapkan kepada pengetua , guru-guru, kaki tangan sekolah,
dan murid-murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan
semoga kecemerlangan ini akan dapat diteruskan pada tahun 2014 ini. Saya
berharap usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan akan
dilipatgandakan lagi agar kita dapat menyediakan pendidikan terbaik kepada
8
anak-anak kita pada hari ini dan masa depan. Semoga usaha kita akan
diberkati Allah SWT dan segala perancangan kita dapat dilaksanakan
dengan jayanya.
Hanya ini yang dapat saya sampaikan, Sebelum kata saya noktah, terimalah
serangkap pantun.
Tinggi bukit silang-gemilang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit takkan hilang,
Dalam hati kenang-kenangan
Jejaran mengkudu bias kesuma,
Di celah angsana di Kuala Sedeli,
Akhir di sini nokhtah bersama,
Di lain masa bersua kembali
Saya dengan ini merasmikan Majlis Graduasi Pelajar SMK Sijangkang Jaya
tahun 2014.
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Wassalamualaikum warrah matullahi
wabarakatuh
Terima Kasih.
9
TEKS UCAPAN PERASMI Sempena
PROTOKOL MAJLIS
MAJLIS GRADUSI PELAJAR SMK SIJANGKANG JAYA
TAHUN 2014
Yang Berbahagia,
En Abdul Hamid bin Abd Majid,
Ketua Penolong PPD
Pengurusan Sekolah
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat.
Yang dihormati,
Tn Hj Zulkapli bin Mat Taib,
YDP PIBG SMK Sijangkang Jaya,
Yang Berusaha,
Pn Hajah Salbiah bt Ibrahim
Pengetua SMK Sijangkang Jaya
Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan;
Pn. Ramlah bt Hj Hashim - PK Pentadbiran.
Tn. Haji Kowangid b. Taufik - PK Hal Ehwal Murid.
Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum
Pn. Rubi’ah bt Hayat - PK Petang
Pn Sharipah bt. Saari - PK Pendidikan Khas
Yang Dihormati,
Para Tetamu Jemputan,
10
Yang Dikasihi ;
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,
Para Guru, dan
seterusnya Putera dan Puteri SMK Sijangkang Jaya yang dikasihi.
11

Ucapan perasmian majlis graduasi

  • 1.
    TEKS UCAPAN PERASMIAN MAJLISGRADUASI SMK Sijangkang Jaya TAHUN 2014 Yang Berbahagia. En Abdul Hamid bin Abd Majid. Ketua Penolong PPD Pengurusan Sekolah Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat Selangor Darul Ehsan 1
  • 2.
    TEKS UCAPAN PERASMISempena MAJLIS GRADUSI PELAJAR 2014 SMK Sijangkang Jaya Yang dihormati, Tn Hj Zulkapli bin Mat Taib, YDP PIBG SMK Sijangkang Jaya, Yang Berusaha, Pn Hajah Salbiah bt Ibrahim Pengetua SMK Sijangkang Jaya Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan, Pn. Ramlah bt Hj Hashim - PK Pentadbiran. Tn. Haji Kowangid bt Taufik - PK Hal Ehwal Murid. Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum Pn. Rubi’ah bt Hayat - PK Petang Pn Sharipah bt. Saari - PK Pendidikan Khas Yang Dihormati, Para Tetamu Jemputan, Yang Dikasihi, Guru-guru Kanan Matapelajaran, Para Guru, dan seterusnya para graduan SMK Sijangkang Jaya yang dikasihi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurniaNya saya dapat bersua muka dan dapat bersama- sama di Foyer Cempaka SMK Sijangkang Jaya yang serba indah ini untuk menyempurnakan majlis yang penuh bermakna iaitu Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 bagi tahun 2014. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pelaksana yang sudi menjemput saya bagi 2
  • 3.
    menyempurnakan Majlis danmenyampaikan sijil-sijil kepada para pelajar. Terima kasih kepada guru yang beriltizam menyempurnakan majlis ini sebagai tanda sokongan, galakkan dan penghargaan kepada anak-anak didik mereka. Adalah diharapkan majlis graduasi ini menjadi pembakar semangat untuk merealisasikan kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Hadirin yang dihormati, Sayugia diingatkan bahawa, para pelajar perlu memainkan peranan bagi kesinambungan pembelajaran anda di sekolah. Kalau pelajar terleka dan alpa, dibimbangi proses pembelajaran akan terbantut dan tersekat ketika anda keluar dari kawasan sekolah. Insya Allah, jika berlaku pertautan pembelajaran di rumah dan di sekolah, para pelajar akan berjaya dengan cemerlang dalam bidang pembelajaran. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada graduan yang akan menerima sijil dan tidak lupa ucapan penghargaan kepada jawatankuasa pelaksana yang telah bertanggungjawab merancang dan melaksanakan dengan jayanya majlis yang gemilang pada pagi ini. Sebagaimana yang kita semua tahu, Majlis Graduasi ini diadakan bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang yang telah ditunjukkan oleh pelajar-pelajar terpilih di sekolah ini sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum, keimpinan, dan sahsiah diri. Saya percaya kejayaan pelajar- 3
  • 4.
    pelajar tersebut padahari ini bukan sahaja disebabkan oleh hasil pemusatan mereka terhadap pelajaran yang diajar, malah termasuklah kerja keras yang mereka usahakan selama ini dengan dibantu oleh semua warga guru di sekolah serta ibu bapa yang tidak jemu-jemu berusaha ke arah pencapaian maksimum anak-anak di sini. Kejayaan anak-anak ini pada keseluruhannya adalah hasil daripada usaha secara kolektif dan kerja berpasukan. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua tenaga pengajar yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan amanah yang diberikan bagi memastikan tranformasi pendidikan berjalan lancar dan memenuhi aspirasi negara terutamanya dalam memastikan PPPM 2013-2025 dilaksnakan dengan jayanya. Saya juga dimaklkumkan bahawa terdapat murid-murid sekolah kita ini telah bertanding hingga ke peringkat negeri dan kebangsaan. Saya yakin dan percaya , keikhlasan dan usaha yang tuan-tuan dan puan-puan berikan kepada anak-anak didik ini, pasti akan mendapat kebaikan dan rahmat daripada Allah SWT. Sebagai Pegawai Pelajaran Daerah ini, saya sudah semestinya berasa gembira dan berpuas hati dengan pencapaian murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya ini. Namun begitu, saya yakin pihak sekolah akan terus berusaha tanpa jemu untuk mempertingkat pencapaian anak-anak kita ini ke tahap yang lebih baik dan cemerlang bukan sahaja dalam aspek kurikulum bahkan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah, daerah dan seterusnya 4
  • 5.
    yang lebih tinggi.Teruskan usaha yang baik ini dan saya pasti ganjaran yang baik juga akan datang kepada pihak tuan puan semua. Hadirin sekalian, Warga sekolah termasuklah para guru serta murid bukan sahaja perlu dilihat sebagai cemerlang tetapi harus sentiasa dilihat mendahului zaman. Walaupun kita boleh berbangga dengan pencapaian sehingga kini, tugas dan cabaran masa depan memerlukan kita bersama-sama untuk terus bekerja lebih keras dan lebih strategik. Setiap detik kita perlu bersedia menilai dan bermuhasabah diri untuk mengenalpasti kekurangan dan kelemahan yang harus diperbaik, hatta mempelajari daripada mereka yang lebih cemerlang. Usaha mencapai kecemerlangan pelajaran sebenarnya bermula dari rumah, ibu bapa ialah guru pertama yang dikenali anak-anak. Merekalah yang bertanggungjawab menanam nilai-nilai mulia yang sesuai bagi membolehkan anak-anak cemerlang pada masa depan serta menjadi manusia yang dapat memanfaatkan agama , bangsa, dan negara. Pendidikan seharusnya bersifat seumur hidup, tidak ada nokhtah kepada proses ini. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Saya percaya bahawa murid-murid yang cemerlang merupakan produk hasilan guru-guru yang cemerlang. Manakala kedua-keduanya itu 5
  • 6.
    pula merupakan hasildari persekitaran sekolah yang turut cemerlang. Saya yakin, sikap terbuka pengurusan sekolah dan sikap profesional guru-guru dapat menggalakkan penyertaan masyarakat untuk bersama-sama memikul tanggungjawab memastikan kejayaan di sekolah ini. Bukan mudah untuk mendidik anak-anak pada abad ke-21 ini. Oleh itu sebagai bapa, kami amat menghargai dan berterima kasih kepada guru-guru yang sudi membantu kami mendidik anak-anak kami dan memastikan keselamatan mereka di sekolah. Tuan-tuan dan puan-puan Saya percaya semua yang berada di sini juga bersetuju dengan apa yang saya nyatakan ini. Saya berharap semua guru di sekolah ini dapat meneruskan usaha mendidik anak bangsa tanpa jemu dan penuh dedikasi. Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari masa ke masa. Kita berharap dapat melahirkan generasi yang mempunyai minda kelas pertama di sebalik kemudahan kelas pertama. Hakikatnya dengan segala kemudahan dan pelbagai jenis bantuan yang diberikan pihak kerajaan tidak ada sebab atau alasan mengapa anak-anak kita tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan pendidikan yang ada untuk mencipta masa depan yang lebih baik. Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang cemerlang, tanpa kelulusan dan ilmu yang mencukupi, sukar untuk anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah. Apatah lagi 6
  • 7.
    anak-anak kita pulahidup dalam zaman yang semakin mencabar kerana masalah sosial dan ekonomi kian bertambah. Selain itu, saya juga menasihati pelajar agar selalu berjumpa dengan guru-guru anak untuk berbincang mengenai pelajaran terutama dalam saat saat akhir menjelang peperiksaan. Gunakan waktu yang terhad ini untuk menyelesaiakan semua permasalahan dalam pelajaran agar anda tidak menyesal nanti. Penyelesaian masalah disiplin murid bukan hanya tanggungjawab pihak sekolah semata-mata tetapi harus dipikul bersama oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Kita bimbang isu masalah disiplin ini akan menjadi polemik malah lebih memburukkan keadaan jika ia menjadi isu politik. Saya selaku Pegawai PPD benar-benar berharap PIBG berfungsi sebagai pemangkin dengan sama-sama menyelesaikan masalah di sekolah terutama gejala disiplin dalam kalangan pelajar. Hadirin sekalian, Saya juga melihat bahawa penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan masalah sosial. Apabila mereka mempunyai aktiviti yang baik seperti 7
  • 8.
    bersukan dan kawadkaki, masa mereka terisi dengan sesuatu yang berfaedah dan dapat membentuk disiplin anak-anak. Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit. Bak kata orang tua- tua, kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek. Itulah kita SATU MALAYSIA, SATU SIJANGKANG JAYA. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Di bawah kepimpinan dan pentadbiran Pn. Hajjah Salbiah selaku pengetua SMK Sijangkang Jaya, kita berharap boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek, di samping kerjasama semua pihak yang ingin melihat Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya benar-benar berada di puncak bagi merealisasikan visi Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya Unggul, Penjana Generasi Gemilang. Akhirnya, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua warga SMK Sijangkang Jaya. Tahniah dan syabas sekali lagi saya ucapkan kepada pengetua , guru-guru, kaki tangan sekolah, dan murid-murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dan semoga kecemerlangan ini akan dapat diteruskan pada tahun 2014 ini. Saya berharap usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan akan dilipatgandakan lagi agar kita dapat menyediakan pendidikan terbaik kepada 8
  • 9.
    anak-anak kita padahari ini dan masa depan. Semoga usaha kita akan diberkati Allah SWT dan segala perancangan kita dapat dilaksanakan dengan jayanya. Hanya ini yang dapat saya sampaikan, Sebelum kata saya noktah, terimalah serangkap pantun. Tinggi bukit silang-gemilang, Air pasang tenang-tenangan, Budi sedikit takkan hilang, Dalam hati kenang-kenangan Jejaran mengkudu bias kesuma, Di celah angsana di Kuala Sedeli, Akhir di sini nokhtah bersama, Di lain masa bersua kembali Saya dengan ini merasmikan Majlis Graduasi Pelajar SMK Sijangkang Jaya tahun 2014. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Wassalamualaikum warrah matullahi wabarakatuh Terima Kasih. 9
  • 10.
    TEKS UCAPAN PERASMISempena PROTOKOL MAJLIS MAJLIS GRADUSI PELAJAR SMK SIJANGKANG JAYA TAHUN 2014 Yang Berbahagia, En Abdul Hamid bin Abd Majid, Ketua Penolong PPD Pengurusan Sekolah Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat. Yang dihormati, Tn Hj Zulkapli bin Mat Taib, YDP PIBG SMK Sijangkang Jaya, Yang Berusaha, Pn Hajah Salbiah bt Ibrahim Pengetua SMK Sijangkang Jaya Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan; Pn. Ramlah bt Hj Hashim - PK Pentadbiran. Tn. Haji Kowangid b. Taufik - PK Hal Ehwal Murid. Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum Pn. Rubi’ah bt Hayat - PK Petang Pn Sharipah bt. Saari - PK Pendidikan Khas Yang Dihormati, Para Tetamu Jemputan, 10
  • 11.
    Yang Dikasihi ; Guru-guruKanan Mata Pelajaran, Para Guru, dan seterusnya Putera dan Puteri SMK Sijangkang Jaya yang dikasihi. 11