SlideShare a Scribd company logo
1
Huraikan sistem panggilan dan ganti nama dalam bahasa Melayu. Kaitkan kata-kata
panggilan dalam bahasa/dialek Melayu dengan budaya masyarakat Melayu
Definisi sistem panggilan dan ganti nama dalam bahasa Melayu
Masyarakat Melayu terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan orang
yang memerintah dan golongan orang yang diperintah. Daripada dua golongan
besar ini dibahagikan lagi kepda beberapa subgolongan. Dalam setiap subgolongan
itu terdapat suatu sistem panggilan yang tertentu untuk berhubung antara ahli dalam
sesuautu komuniti itu, seperti keluarga, sanak saudara, rakan sepejabat, ahli siasah
dan berbagai-bagai lagi. Sistem panggilan ini penting kerana ia mengikut urutan
tertentu yang dapat membayangkan kehidupan masyarakat Melayu. Amat Juhari
(1985:2) menerangkan bahawa, “sistem sapaan dan panggilan ini selaras dengan
keadaan masyarakat Melayu yang merupakan suatu masyarakat yang mempunyai
beberapa ciri dan sifat yang tersendiri, dan struktur serta susun lapis masyarakat
yang tersendiri yang membezakannya dengan masyarakat lain”.
Sebaliknya, jika salah penggunaan sapaan dan panggilannya “akan
membayangkan kekurangan asuhan yang baik, dan akan dianggap sebagai satu
penghinaan oleh orang disapa sebagai biadap atau kurang ajar” (Nik Safiah Karim
1981:113).
Di Malaysia pula, terdapat perbezaan sapaan untuk raja, pegawai-pegawai
kanan dan juga orang umum dalam majlis yang sama. Raja dianggap
berkedudukan istimewa, disapa dengan cara yang khusus dan diberi penjelasan
yang khas juga. Para tetamu yang lain diberi layanan yang berbeza. Mereka
termasuklah pengerusi majlis dan tetamu jemputan. Dengan ini terlihat jelaslah
2
bahawa kedudukan hierarki tiap-tiap anggota masyarakat daripada raja hingga
kepada orang bawah.
Penggunaan Kata Ganti Nama
Penggunaan kata ganti nama orang kedua iaitu kepada orang yang disapa,
tidak ada satu pun yang boleh dikategorikan ke dalam kelompok kata ganti nama diri
orang kedua. Semua sapaan itu dalam bentuk gelaran warisan, gelaran kurniaan,
rujukan kehormat, atau panggilan bersahaja seperti encik, tuan, puan dan cik. Ini
disebabkan bahawa penutur dan interlokutornya ada perbezaan kuasa dan
mempunyai hubungan yang tidak rapat. Penggunaan engkau lahir apabila
interlokutornya setaraf dan rapat dengannya.
Berkaitan dengan kata ganti nama diri orang pertama, terdapat hanya dua
iaitu patik yang digunakan semasa berbual dengan raja yang memerintah dan
kerabat diraja yang karib, manakala dengan orang biasa, hanya digunakan saya.
Aku dan engkau bolehlah dianggap setaraf penggunaanya iaitu pasangan
penuturnya setaraf dan akrab.
Nama Peribadi
Setiap orang diberikan nama peribadi sejak dilahirkan. Contohnya Aminah
binte Roslan, Lukman bin Ariffin Sukar untuk menentukan hubungan kekeluargaan
antara anggota dalam masyarakat, kecuali hubungan antara anak-anak yang
ditandai dengan bentuk bin dan binti. Nama peribadi juga termasuk nama timangan
dan nama pendek. Contohnya Liza bagi Lizawati, Man bagi Rasman. Nama
seseorang itu sering digunakan di tempat kata ganti nama antara orang yang
setaraf, yang dikenali, intim dan orang yang berstatus tinggi kepada orang yang
3
berstatus rendah. Anggota keluarga dan sahabat handai yang erat lebih banyak
menggunakan nama timangan atau nama pendek daripada nama peribadi yang
lengkap.
Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata ganti nama diri kedua yang digunakan di kalangan kerabat diraja, dan
oleh orang biasa sama ada kepada atau tentang golongan diraja.
“…dalam komunikasi antara raja dengan raja nampaknya sapaan atau panggilan
lebih banyak menggunakan panggilan pangkat dalam hubungan kekeluargaan.
Tegasnya di sini perkataan seperti kakanda, adinda, ayahanda, bonda, anakanda
dan seumpamanya sering digunakan”. Amat Juhari (1985:137)
Di antara kalangan kaum kerabat atau dengan raja-raja lain digunakan
beberapa jenis kata untuk membahasakan diri sendiri dan juga orang yang dipanggil
atau disapa. Sistem panggilan ini juga bergantung kepada suasana dan keadaan.
Perkataan beta digunakan oleh raja untuk menyebut dirinya sendiri apabila bercakap
dengan orang biasa; ini bererti raja menjadi orang pertama.
Jika orang biasa menjadi orang kedua; raja bebas menggunakan apa sahaja
ganti nama diri kedua (kamu, engkau, awak, anda, saudara dan saudari) atau
sebutan nama, pangkat dan gelaran orang biasa itu. Kata ganti nama yang
digunakan oleh orang biasa kepada raja atau golongan diraja adalah seperti yang
berikut: Tuanku, Tengku, Engku dan Ungku.
Kata Ganti Nama Diri Kedua yang Digunakan oleh Orang Biasa. Kata ganti
nama diri kedua yang digunakan oleh orang biasa dapat dibahagikan kepada empat
subgolongan iaitu bentuk halus atau hormat, bentuk kasar atau intim, bentuk neutral;
4
dan bentuk dialek. Perbincangan pada bahagian pertama ini akan hanya
menyentuh kata ganti nama diri kedua dalam tiga subgolongan pertama.
Bentuk Halus atau Hormat
Kata ganti nama diri kedua bentuk halus atau hormat ialah seperti Tuan,
merujuk kepada orang lelaki yang lebih tinggi taraf, umur dan status atau yang
dimuliakan; Puan, merujuk kepada orang perempuan yang sudah berkahwin, atau
yang dimuliakan, seperti tuan; Encik, merujuk kepada orang lelaki yang sama umur,
taraf, status, atau lebih muda dan dimuliakan; dan Cik, merujuk kepada orang
perempuan yang belum berkahwin, atau lebih muda dan dimuliakan seperti encik.
Bentuk Kasar atau Intim
Kata ganti nama diri kedua yang bentuk kasar ialah seperti “kamu / mu”. Kata
ganti nama diri kedua yang berbentuk kasar ini dianggap sebagai bentuk yang
digunakan oleh orang-orang yang rendah kedudukannya atau yang kurang
menerima ajaran tatatertib, dan sebagainya. Kata ganti nama diri kedua yang bentuk
intim ialah seperti “awak”. Kata ganti nama diri kedua yang berbentuk halus ini
digunakan di antara sahabat handai yang karib, sebaya dan setaraf atau digunakan
oleh orang yang lebih tua dan tinggi taraf kepada orang yang lebih muda, atau
rendah taraf.
Bentuk Neutral
Kata ganti nama diri kedua yang berbentuk neutral digunakan dalam suasana
dan keadaan formal. Bentuk itu ialah seperti anda, saudara dan saudari .Anda
digunakan kepada lelaki dan perempuan yang setaraf, setingkat dan sebaya atau
5
kepada seseorang yang tidak dikenali. “Anda dikenali sebagai bentuk yang
setanding dengan You dalam bahasa Inggeris yang dapat digunakan kepada
seseorang yang lebih tinggi atau rendah kedudukannya”. Noor Azlina (1975:16)
Saudara digunakan kepada orang lelaki dan saudari kepada orang
perempuan terutama dalam perihal surat-menyurat dan dalam keadaan rasmi.
Kedua-dua perkataan ini sama ertinya dengan anda. Mengikut teori, kelihatan
bentuk di atas neutral tetapi secara praktis anda atau saudara/saudari
kebanyakannya digunakan dalam keadaan rasmi antara individu atau anggota
masyarakat yang setaraf, atau individu yang lebih tinggi kepada individu yang lebih
rendah tarafnya. Anda atau saudara/saudari digunakan oleh pensyarah apabila
menyapa pelajarnya atau menteri apabila menyapa wartawan.
Sebaliknya, anda atau saudara/saudari tidak digunakan apabila pelajar menyapa
pensyarahnya atau apabila seorang wartawan menyapa seorang menteri.
Kesimpulannya secara praktis anda atau saudara/saudari adalah tidak neutral.
Nama Panggilan Kekeluargaan
“Ada banyak nama panggilan kekeluargaan yang digunakan dalam bahasa
Melayu sebagai ganti kata-kata ganti nama.” Noor Azlina:1975:19 seperti pak, mak,
kak, adik. Nama panggilan kekeluargaan seperti pak, mak, kak dan adik digunakan
dalam hubungan kekeluargaan. Nama panggilan kekeluargaan juga digunakan di
luar hubungan kekeluargaan seperti dengan kawan-kawan, keluarga kawan dan
orang sekampung (Asmah Haji Omar 1986:36)
“Kerana orang Melayu merasakan penggunaan nama panggilan
kekeluargaan ialah cara panggilan yang amat sopan dan berbudi bahasa, mereka
bukan sahaja sentiasa menggunakan nama panggilan kekeluargaan dengan makna
6
tertentu, tetapi juga sebagai penjenisan bentuk untuk bukan sanak saudara dan
untuk orang yang tidak dikenali.” Noor Azlina 1975:19
“Penggunaan nama panggilan kekeluargaan melambangkan kehormatan,
keeratan dan kesopanan.” (Nik Safiah Karim 1981:106-107)
Nama Panggilan Kekeluargaan Asas
Semua nama panggilan kekeluargaan asas boleh diikuti oleh nama orang
berkenaan contohnya Pak Mat, Mak Piah, Bang Dollah
Bentuk Sapaan
Bentuk sapaan ialah kata nama yang digunakan di tempat kata ganti nama
dengan meletakkannya selepas nama kekeluargaan, terutamanya untuk
mengeratkan pertalian dari segi faktor umur, status, jantina, pertalian darah dan
ikatan perkahwinan. “Bentuk sapaan paling bererti bagi menunjukkan perbezaan
jantina dan umur (dan juga status). Bukan sahaja penting untuk seseorang itu
memanggil bapa saudara dan emak saudara dengan nama panggilan kekeluargaan
7
yang sesuai, tetapi ditambahkan juga bentuk akhiran yang menunjukkan urutan
(mengikut umur dan jantina) dalam hierarki kekeluargaan, pada kedua-dua belah
bapa dan ibu.” Noor Azlina 1975:20
Bentuk Sapaan Pertalian Darah
Sapaan begini menggambarkan urutan seseorang menurut kelahirannya.
Contohnya: Long, Ngah, Busu / Su. Ia juga melambangkan pertalian kekeluargaan
antara orang yang menyapa dengan orang yang disapa.
Bentuk Sapaan
Bentuk Sapaan Pertalian Perkahwinan
Menggambarkan hubungan menurut perkahwinan yang digunakan dengan
nama panggilan kekeluargaan asas untuk melambangkan pertalian perkahwianan
antara orang yang bercakap dengan orang yang dilawan bercakap contohnya ipar,
menantu, mentua, besan, biras, tiri
8
Bentuk Sapaan
Bentuk Sapaan
Gelaran
Semua jenis gelaran boleh diikuti oleh nama orang yang berkenaan seperti
contoh Cik Nurhaliza, Profesor Abdullah dan Datuk Salim. Berdasarkan Senarai
Gelaran Melayu (1980:v) “gelaran didefinisikan sebagai tambahan kepada nama
yang menunjukkan tanda penghargaan atau penghormatan yang dianugerahkan
kepada seseorang atas jasa baktinya, kedudukan jawatan atau keturunan
bangsawan. Biasanya gelaran ini boleh didapati pada pangkal nama pemberian
9
dan/atau nama bapa. Gelaran boleh dipegang turun-temurun atau sebagai khas
untuk penyandang. Gelaran Sosial dalam masyarakat Melayu terdiri daripada
Gelaran Sosial Biasa dan Gelaran Sosial Formal.
Gelaran Sosial Biasa
Gelaran Sosial Formal
10
Gelaran Sosial Formal
Gelaran Kurniaan Ikhtisas
Gelaran Kurniaan Kehormat
Darjah kebesaran yang “dianugerahkan setiap tahun oleh Seri Paduka
Bagaind yang Di-Pertuan Agong dan Sultan pelbagai negeri” (Noor Azlina 1975:21)
kepada yang telah menunjukkan jasa bakti kepada negara.
Dalam Persekutuan dan negeri masing-masing tidak sama kerana setiap negeri ada
undang-undang sendiri
11
Gelaran Kurniaan Kerajaan
Gelaran yang dikurniakan oleh ketua-ketua kerajaan dari masa ke masa
kepada pegawai-pegawai yang memegang jawatan tertentu seperti; datuk bandar,
yang dipertua dewan negara, perdana menteri, menteri, menteri besar, ahli dewan
negeri, hakim, gabenor, duta, panglima tentera udara, pengarah, ketua,
pengurus,penghulu, mejar, kapten, leftenan dan guru besar.
Gelaran Warisan
Gelaran warisan atau gelaran turun-temurun merupakan gelaran yang
dipusakai dari satu generasi ke satu generasi. Penyandangnya terdiri daripada
kerabat diraja, golongan bangsawan dan keturunan Arab (Senarai Gelaran Melayu
1980:v). Gelaran warisan terdiri daripada empat jenis iaiti raja yang memerintah
pada zaman dahulu atau kini, orang besar, titisan darah Nabi Muhammad S.A.W
melalui titisan darah Sayidina Hussain bin Ali bin Abi Talib, dan Gelaran yang
berasal dari luar Malaysia yang disenaraikan oleh Amat Juhari (1985:114 - 115).
Gelaran yang berasal dari luar Malaysia
(a) Gelaran warisan daripada raja yang banayak terdapat pada masa kini
Tuanku – di negeri johor dan Kedah
Tengku – di Kelantan
Wan – di Kelantan, Perak dan Terengganu
Megat dan Puteri – di Perak
12
Datu dan Dayang – di Sabah
Abang dan Dayang – di Brunei Darussalam
(b) Gelaran warisan yang menunjukkan bahawa seseorang itu berasal daripada
titisan darah Nabi Muhammad S.A.W
Sayid dan Syarifah
Syeikh dan Siti – di semenanjung Malaysia
Syarif dan Syarifah – di Sabah dan Sarawak
Tuanku dan Wan – di Sarawak
(c) Gelaran warisan yang berasal daru luar Malaysia
Raden – berasal dari pulau Jawa dan Palembang
Sidi dan Sutan – dari Minangkabau
13
Kaitkan kata-kata panggilan dalam bahasa / dialek Melayu dengan budaya
masyarakat Melayu.
Kata Panggilan
Definisnya adalah kata yang menggantikan nama yang digunakan kepada
manusia dengan penentuan gender, rujukan dan status contohnya encik, puan, pak
cik, saudara, dan lain-lain lagi.
Kata Panggilan Keluarga
Definisinya pula ialah kata yang menggantikan nama yang digunakan kepada
manusia dengan penentuan gender, rujukan, dan kedudukan dalam keluarga
contohnya long, ngah, usu, an sebagainya.
14
Kaitan Sistem Panggilan Dengan Budaya Jawa
Orang Jawa adalah penduduk asli bahagian tengah dan timur Pulau Jawa
yang berbahasa Jawa. Orang Jawa mempunyai dua golongan sosial iaitu wong cilik
(orang kecil) dan kaum priyayi.
Peranan besar dalam mengatur pola interaksi dalam masyarakat Jawa ialah
prinsip hormat. Prinsip itu mengatakan bahawa setiap orang dalam cara bicara dan
membawa diri selalu harus menunjukkan sikap hormat terhadap orang lain, sesuai
dengan darjat dan kedudukannya. “Apabila dua orang bertemu, terutama dua orang
Jawa, bahasa, pembawaan dan sikap mereka mesti mengungkapkan suatu
pengakuan terhadap kedudukan mereka masing-masing dalam suatu tatanan sosial
yang tersusun dengan terperinci dan cita rasa. Mengikuti aturan-aturan tatakrama
yang sesuai, dengan mengambil sikap hormat atau kebapaan yang tepat, adalah
amat penting” Wilner 1970.
Sistem panggilan keluarga orang Jawa
Selalu terungkap segi junior-senior. Apabila lawan bicara memiliki pangkat
sosial yang lebih tinggi, dipergunakan istilah senior, apabila pangkatnya lebih rendah
istilah junior. Penggunaan istilah-istilah itu masih bergeser sesuai dengan
kedudukan sosial; makin tinggi kedudukan seseorang, makin tua dia dalam sebutan,
dan sebaliknya. Apabila mereka itu betul-betul masih keluarga, maka tanpa
memperhatikan perbandingan umur yang nyata harus dipergunakan istilah dan
bahasa yang sesuai dengan hubungan generasi.
Menurut Hildred Geertz, fikiran pertama seorang Jawa pada permulaan suatu
pembicaraan adalah: “Tingkat kehormatan mana yang harus saya tunjukkan
kepadanya?” Orang Jawa secara emosional membezakan dengan jelas antara
15
keluarga inti dan keluarga lainnya. Dalam keluarga inti terdapat suasana terbuka
dan ramah, penuh kepercayaan dan simpati spontan, sedangkan terhadap keluarga
yang lebih jauh dan keluarga ipar dijaga jarak dan suasana lebih berhati-hati dan
dingin. Kekuatan normatif prinsip kerukunan orang Jawa tidak akan
menggambarkan keadaan ini, tetapi sebaliknya, iaitu semua keluarga dipandang
sama dan semua sehati-sejiwa. Oleh itu orang Jawa berusaha untuk
memperlakukan orang lain yang perlu dihubungi seperti anggota keluarga. Orang
asing selalu disapa dengan istilah-istilah dari bahasa keluarga: pak, bu, mbah,
pakdhe, paklik, budhe, bulik, mbakyu, dhik dan lain-lain. Memasukkan lingkungan
sosial dekat ke dalam lingkaran keluarga inti dapat ditafsirkan sebagai usaha
mencegah timbulnya ketegangan-ketegangan.
Keterkaitan Sistem Panggilan Dengan Budaya Bawean
Masyarakat Bawean terdiri dari pelbagai puak seperti Bawean Pakalongan,
Bawean Paker Bung, Bawean Sangkapura, Bawean Sukalela, Bawean Daun,
Bawean Menara, Bawean Dekatagung, Bawean Kepuh Teluk, Bawean Diponggo
dan lain-lain lagi.
Konsep menghormati orang-orang dari golongan masyarakat yang tertentu
memaparkan sikap hormat terhadap orang lain, yang bersesuaian dengan darjat dan
kedudukannya. Seperti contoh, terdapat kelainan dari segi panggilan bapa yang
mempunyai gelaran Dato’, iaitu Rama. Nama panggilan yang dikenakan kepada
bapa, mampu mengenal pasti kedudukan keluarga tersebut dalam hierarki
masyarakat. Ahli keluarga yang sulung dalam masyarakat Bawean sering diberi
penghormatan yang khusus kerana mereka dilihat sebagai ketua, pewaris dan
pendidik dalam sesebuah keluarga. Seperti contoh, panggilan Obek diberikan
16
kepada makcik yang paling tua dalam sistem panggilan Bawean. Malahan, makcik
yang lain hanya dipanggil sebagai Bibik atau Bik sahaja. Dalam sistem panggilan
Bawean, nenek saudara tidak boleh dipanggil sebaga makwa (nenek) tetapi
dipanggil sebagai oneng. Bahasa Bawean juga mempunyai bahasa halus dan
bahasa kasar. Bahasa halus sering sekali digunakan oleh masyarakat atasan
secara eksklusif. Malahan, bahasa kasar pula digunakan oleh orang kebanyakan
atau orang yang berkedudukan rendah. Mereka yang bertutur dalam bahasa halus
dianggap sebagai seorang yang berpendidikan dan celik budaya. Seperti contoh,
ganti nama orang pertama, saya, disebut sebagai eson dalam bahasa kasar
malahan, bule dalam bahasa halus.
Dapat dilihat bahawa sistem panggilan bahasa Bawean masih mempunyai
unsur-unsur feudalisme dimana masyarakat dibahagikan kepada golongan-golongan
kecil mengikut fungsi dan kedudukannya dalam masyarakat. Kehormatan yang khas
diberikan kepada ahli keluarga yang utama dan penting dalam struktur kekeluargaan
masyarakat Bawean.
Kaitan Sistem Panggilan Dengan Budaya Bugis
Strata sosial Bugis didahului dengan Kraeng, Daeng dan Ambok. Orang
Bugis dikatakan sering kali memilih menggunakan kaca pembesar ketika mereka
hendak bercermin diri. Akibatnya gambaran dirinya senantiasa terlihat lebih besar
atau lebih hebat daripada keadaan yang sebenarnya. Gambaran atau citra diri (self-
image) yang mengalami pembesaran itu, kemudian dilahirkankan dalam tindakan-
tindakan sosial mereka yang cenderung mempamerkan kekayaan, jabatan, gelar
akademik dan gelar lainnya yang bersifat warisan.
17
Sementara itu, peribadi orang Bugis yang tergambar dalam berbagai karya
tulis umumnya bersifat ideal-normatif. Sebagai contoh, pola pergaulan sehari-hari
orang Bugis senantiasa berdasarkan prinsip sipakatau iaitu menempatkan martabat
manusia sebagai makhluk yang termulia dan pranata panngadereng iaitu sistem
norma dan aturan adat yang mengatur kegiatan dan pergaulan hidup manusia
Bugis.1 Pada umumnya gelaran daeng diberika oleh nenek, kakek atau buyut
seseorang itu ketika majlis khatan bagi budak lelaki dan bermulanya kedatang haid
bagi budak perempuan.2
Masyarakat Bugis di Singapura rata-rata datangnya dari generasi kedua
sudah banyak kahwin campur. Perwatakan mereka dikata sombong kemungkin
kerana mereka ahli perniagaan yang berada dan juga mudah marah. Kalau
seseorang bertaraf ‘daeng’ hendak pergi ke majlis perkahwinan, seharusnya ibu
pengantin harus melayannya. Jika tidak dia akan pulang. Tetamu kalau datang ke
rumah, mereka pun dipanggil ‘daeng.’ Masyarakat Bugis pentingkan pendidikan
sehingga sanggup menjual kambing untuk sekolahkan anak berdasarkan rakaman
video yang dilampirkan bersama tugasan ini.
1 http://www.panyingkul.com/view.php?id=478&jenis=risetkita
2
http://www.panyingkul.com/view.php?id=545&jenis=tahukahkita
18
Dapatan Kajian Lapangan
Perihal Penggunaannya masihkah sistem panggilan ini digunakan di kalangan
masyarakat Melayu Singapura kini?
5. Apakah panggilan yang anda gunakan untuk merujuk kepada nenek anda?
Hasil dapatan tinjauan kami seperti berikut.
4. Apakah panggilan yang anda gunakan untuk merujuk kepada ibu anda?
Hasil dapatan tinjauan kami seperti berikut.
6.Apakah panggilan yang anda gunakan untuk merujuk kepada bapa saudara anda?
(contoh: Pakcik, Cik + nama, Pak Long, Wak dsb)
Hasil dapatan tinjauan kami seperti berikut.
46%
31%
2%
4%
4%
13% Nenek
Nyai
Opah
Tok
Mak
Lain
41%
24%
24%
7%
4%
Emak
Ibu
Mama
Mummy
Lain
0
2
4
6
8
10
12
14
16
W
a
k
P
a
k
L
o
n
g
C
i
k
U
n
c
l
e
O
b
e
k
M
a
m
u
A
n
g
a
h
M
a
m
a
n
jumlah penutur
19
Hasil dapatan tinjauan kami seperti berikut.
Hasil dapatan tinjauan kami seperti berikut.
Panggilan Sebelah Ibu Panggilan Sebelah Ayah
Bapa Saudara Pertama Mamu Cik
Pak Long Wak
Uncle Wak
Pak Long Mamu
Bapa Saudara Kedua Mamu Cik
Pak Ngah Wak
Pak Ngah Mamu
Bapa Saudara Ketiga Mamu Cik
Pak Uda Mamu
0
5
10
15
20
25
W
ak
Pak
N
gah
C
ik
U
ncle
O
bek
A
lang
Pak
O
teh
Pam
an
Pak
+nam
a
A
njang
jumlah penutur
0
5
10
15
20
25
30
W
ak
Pak
Su
C
ik
U
ncle
O
bek
Pak
Uda
Pak
O
teh
Pam
an
M
am
ang
A
njang
jumlah penutur
20
Pendidikan telah memodenkan pemikiran
Pendidikan formal yang diterima oleh ibu bapa mempengaruhi sistem panggilan
dalam keluarga Melayu
Menurut Abdullah Hassan (2002:6), yang telah memetik hipotesis Malik Bennabi,
iaitu “anak-anak akan mewarisi idea-idea induk yang terkandung dalam bahas
Inggeris, bukan idea-idea induk yang terkandung dalam bahasa Melayu lagi.”
Pak cik / Mak cik
“Rasanya seperti sangat tua”
“Tengok umur yang memanggil jika jarak umur hanya 10 tahun , nak panggil pak
cik , malampau lah”
“Tidak cocok dengan umur dan penampilan saya. Makcik lebih sesuai untuk
mereka yang 30 tahun dan ke atas”
“Seperti ada pengiktirafan dan dihormati”
“Persepsi seorang mak cik/aunty ialah seorang wanita yang sudah agak matang
dalam usia. Saya lebih suka digelar "Cik" sahaja”
Uncle / Aunty
“...lebih bersifat kebaratan dan tidak terlalu janggal jika digunakan”
“…mempunyai konotasi yang lebih modern, glamour dan class”
“Tidak sesuai namun kerana ia kedengaran lebih glamer, dapat diterima
berbanding dengan makcik yg sering kali dipadankan dengan konotasi mereka
yang bertudung dan berbaju ORBIT.”
“Tak suka budak-budak Melayu panggil I aunty. Tu pasal I suruh my nephews
panggil I mak busu/mushu/maksu. Lebih cute”
“Kita ni asalnya orang Melayu”
21
Kesimpulan
Masyarakat Melayu lebih gemar mengelakkan dari penggunaan kata ganti
nama sama ada untuk diri si penyapa atau orang yang disapa. Ini sealiran dengan
pendapat Winstedt (1957:26) yang menyatakan:
Malay shun the use of personal pronouns. If the context and circumstances
admit no doubt, they omit the pronouns altogether.
Pernyataan begitu kerana orang-orang Melayu mementingkan budi bahasa
lebih daripada yang lain. Sehubungan untuk menunjukkan ketinggian budi bahasa,
gelaran atau rujukan kehormat digunakan sebagai ganti kata nama orang kedua
sedangkan untuk membahasakan dirinya sendiri digunakan kata alih.
Melalui perbincangan di atas, jelaslah terdapat beberapa pola sapaan dan
panggilan yang berbeza-beza mengikut peribadi yang disapa. Dalam bahasa
Melayu sapaan dan panggilan ada berbagai-bagai iaitu menurut kedudukan,
suasana, gelaran-gelaran yang dimiliki, dan martabat seseorang. Untuk
menunjukkan martabat seseorang itu tinggi, rujukan kehormatnya akan panjang-
panjang dan kata-kata yang member makna yang lebih tinggi sesuai dan selaras
dengan kedudukannya. Jika sebaliknya, rujukan kehormatnya ringkas begitu juga
dengan gelaran dan panggilannya pun ringkas.
Penggunaan kata panggilan keluarga memerlukan usaha memproses
maklumat berlapis yang akan menjadikan mereka yang kurang arif tentang
kepentingannya merasakan kata panggilan ini sebagai ketinggalan zaman,
tradisional serta tidak membawa nilai ekonomi. Tidak dapat dinafikan bahawa
pengetahuan sains dan teknologi moden harus kita pelajari tetapi tidak harus pula
mengorbankan bahasa dan nilai budaya Melayu.
22
Bibliografi
1. http://www.panyingkul.com/view.php?id=478&jenis=risetkita (LAMPIRAN 1)
2. http://www.panyingkul.com/view.php?id=545&jenis=tahukahkita (LAMPIRAN
2)
3. Nor Hashimah Jalaluddin. (2005). Sistem Panggilan dalam Keluarga Melayu:
Satu dokumentasi. Dewan Bahasa & Pustaka: Kuala Lumpur.
4. Sumalee Nimmanupap. (1994). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu dan
Bahasa Thai: Suatu analisis sosiolinguistik. Dewan Bahasa & Pustaka: Kuala
Lumpur.
5. Franz Magnis-suseno. (1996). Etika Jawa: Sebuah analisa falsafi tentang
Kebijaksanaan Hidup Jawa. PT Gramedia Pustaka Utama: Jakarta.
6. Jacob Vredenbregt. (1990). Bawean dan Islam. INIS: Jakarta.
7. Roksana Bibi Abdullah. Pengalihan Bahasa di Kalangan Masyarakay Bawean
di Singapura: Sebab dan Akibat, dalam Memeluk Akar Menyuluh ke Langit.

More Related Content

What's hot

Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik) Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
NabihahNazri
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasamarzieta
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
HanaFitrah
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayu
Erica Leenya
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
Pihin Hassanal
 
Asal Usul Bahasa Melayu
Asal Usul  Bahasa MelayuAsal Usul  Bahasa Melayu
Asal Usul Bahasa Melayu
Linn Othman Rulz Munchoii
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
Rafiza Diy
 
Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)
aisya97
 
Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu
Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat MelayuTutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu
Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat MelayuPhua Joo
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
ArifahAzlanShah1
 
Bentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunanBentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunan
Demolish Wolf
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
Ahmad NazRi
 
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Mok Ming yan
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Noor Salina
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
Rickson JD
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
NURLIDYAWATI JASMIN
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanzazunzin
 
Sesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di Malaysia
Sesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di MalaysiaSesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di Malaysia
Sesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di Malaysia
Mohd Adib Abd Muin, Senior Lecturer at Universiti Utara Malaysia
 
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
Mok Ming yan
 

What's hot (20)

Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik) Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayu
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
 
Asal Usul Bahasa Melayu
Asal Usul  Bahasa MelayuAsal Usul  Bahasa Melayu
Asal Usul Bahasa Melayu
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)
 
Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu
Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat MelayuTutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu
Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Bentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunanBentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunan
 
Peranan mabbim
Peranan mabbimPeranan mabbim
Peranan mabbim
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
 
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
Kuliah 6 kesantunan verbal dan_nonverbal_2
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
 
Sesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di Malaysia
Sesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di MalaysiaSesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di Malaysia
Sesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di Malaysia
 
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
Kuliah 7 kesantunan lisan dan_penulisan_2
 

Similar to Tugasan sistem panggilan

WEEK_10_-_KESANTUNAN_BAHASA.pptx
WEEK_10_-_KESANTUNAN_BAHASA.pptxWEEK_10_-_KESANTUNAN_BAHASA.pptx
WEEK_10_-_KESANTUNAN_BAHASA.pptx
Ewei Voon
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
Richard Roberto Marchille
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
Clatan yongchee
 
kesantunanberbahasa3-130811211448-phpapp02.pdf
kesantunanberbahasa3-130811211448-phpapp02.pdfkesantunanberbahasa3-130811211448-phpapp02.pdf
kesantunanberbahasa3-130811211448-phpapp02.pdf
niza asraf
 
Ppt filsafat satria wiradika ikor19c 057
Ppt filsafat satria wiradika ikor19c 057Ppt filsafat satria wiradika ikor19c 057
Ppt filsafat satria wiradika ikor19c 057
SatriaWiradika
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kissanraj Raj
 
Kesantunanberbahasa3 131008032332-phpapp02
Kesantunanberbahasa3 131008032332-phpapp02Kesantunanberbahasa3 131008032332-phpapp02
Kesantunanberbahasa3 131008032332-phpapp02FATINATUL HUSNA
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
Neeta Fhadzilla Yaacob
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Ranjene Ramaya
 
Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPM
Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPMPendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPM
Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPM
Muhammad Fareez Iqmal
 
Kata Ganti nama Diri.docx
Kata Ganti nama Diri.docxKata Ganti nama Diri.docx
Kata Ganti nama Diri.docx
ssuser82215f
 
Tugas agama kelompok 9
Tugas agama kelompok 9Tugas agama kelompok 9
Tugas agama kelompok 9
SantosoKurniawan3
 

Similar to Tugasan sistem panggilan (14)

WEEK_10_-_KESANTUNAN_BAHASA.pptx
WEEK_10_-_KESANTUNAN_BAHASA.pptxWEEK_10_-_KESANTUNAN_BAHASA.pptx
WEEK_10_-_KESANTUNAN_BAHASA.pptx
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
kesantunanberbahasa3-130811211448-phpapp02.pdf
kesantunanberbahasa3-130811211448-phpapp02.pdfkesantunanberbahasa3-130811211448-phpapp02.pdf
kesantunanberbahasa3-130811211448-phpapp02.pdf
 
Ppt filsafat satria wiradika ikor19c 057
Ppt filsafat satria wiradika ikor19c 057Ppt filsafat satria wiradika ikor19c 057
Ppt filsafat satria wiradika ikor19c 057
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
Kesantunanberbahasa3 131008032332-phpapp02
Kesantunanberbahasa3 131008032332-phpapp02Kesantunanberbahasa3 131008032332-phpapp02
Kesantunanberbahasa3 131008032332-phpapp02
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
Kesantunan
Kesantunan Kesantunan
Kesantunan
 
Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPM
Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPMPendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPM
Pendidikan Islam tingkatan 5 - Perkahwinan dalam Islam - SPM
 
pbs BAHASA MELAYU STPM
 pbs BAHASA MELAYU STPM pbs BAHASA MELAYU STPM
pbs BAHASA MELAYU STPM
 
Kata Ganti nama Diri.docx
Kata Ganti nama Diri.docxKata Ganti nama Diri.docx
Kata Ganti nama Diri.docx
 
Tugas agama kelompok 9
Tugas agama kelompok 9Tugas agama kelompok 9
Tugas agama kelompok 9
 

Recently uploaded

Aksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs Konsekuensi
Aksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs KonsekuensiAksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs Konsekuensi
Aksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs Konsekuensi
sabir51
 
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
SABDA
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos ValidasiAksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
DinaSetiawan2
 
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptxGERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
fildiausmayusuf1
 
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdekaSOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
NiaTazmia2
 
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdfRANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
junarpudin36
 
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDFJUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
budimoko2
 
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdfMODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
YuristaAndriyani1
 
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
asepridwan50
 
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
PikeKusumaSantoso
 
FORMAT PPT RANGKAIAN PROGRAM KERJA KM 7.pptx
FORMAT PPT RANGKAIAN PROGRAM KERJA KM 7.pptxFORMAT PPT RANGKAIAN PROGRAM KERJA KM 7.pptx
FORMAT PPT RANGKAIAN PROGRAM KERJA KM 7.pptx
NavaldiMalau
 
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKANSAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
NURULNAHARIAHBINTIAH
 
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdfKelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
JALANJALANKENYANG
 
refleksi tindak lanjut d pmm agar lebih mudah
refleksi tindak lanjut d pmm agar lebih mudahrefleksi tindak lanjut d pmm agar lebih mudah
refleksi tindak lanjut d pmm agar lebih mudah
muhamadsufii48
 
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdfPPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
SdyokoSusanto1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
Kanaidi ken
 
SINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MENITI IMPIAN
SINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MENITI IMPIANSINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MENITI IMPIAN
SINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MENITI IMPIAN
NanieIbrahim
 
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
nasrudienaulia
 
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docxLaporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
RUBEN Mbiliyora
 

Recently uploaded (20)

Aksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs Konsekuensi
Aksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs KonsekuensiAksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs Konsekuensi
Aksi Nyata Disiplin Positif: Hukuman vs Restitusi vs Konsekuensi
 
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
 
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos ValidasiAksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
Aksi Nyata Merdeka Belajar Lolos Validasi
 
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptxGERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
 
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdekaSOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
 
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdfRANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
RANCANGAN TINDAKAN UNTUK AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
 
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDFJUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
 
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdfMODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
 
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
 
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
2. PEMBELAJARAN YANG MENGUATKAN TRANSISI PAUD-SD Merancang Instrumen Asesmen ...
 
FORMAT PPT RANGKAIAN PROGRAM KERJA KM 7.pptx
FORMAT PPT RANGKAIAN PROGRAM KERJA KM 7.pptxFORMAT PPT RANGKAIAN PROGRAM KERJA KM 7.pptx
FORMAT PPT RANGKAIAN PROGRAM KERJA KM 7.pptx
 
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKANSAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
 
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdfKelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
Kelompok 2 Tugas Modul 2.1 Ruang Kolaborasi.pdf
 
refleksi tindak lanjut d pmm agar lebih mudah
refleksi tindak lanjut d pmm agar lebih mudahrefleksi tindak lanjut d pmm agar lebih mudah
refleksi tindak lanjut d pmm agar lebih mudah
 
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdfPPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
 
SINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MENITI IMPIAN
SINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MENITI IMPIANSINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MENITI IMPIAN
SINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN NOVEL MENITI IMPIAN
 
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
 
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docxLaporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
 

Tugasan sistem panggilan

  • 1. 1 Huraikan sistem panggilan dan ganti nama dalam bahasa Melayu. Kaitkan kata-kata panggilan dalam bahasa/dialek Melayu dengan budaya masyarakat Melayu Definisi sistem panggilan dan ganti nama dalam bahasa Melayu Masyarakat Melayu terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan orang yang memerintah dan golongan orang yang diperintah. Daripada dua golongan besar ini dibahagikan lagi kepda beberapa subgolongan. Dalam setiap subgolongan itu terdapat suatu sistem panggilan yang tertentu untuk berhubung antara ahli dalam sesuautu komuniti itu, seperti keluarga, sanak saudara, rakan sepejabat, ahli siasah dan berbagai-bagai lagi. Sistem panggilan ini penting kerana ia mengikut urutan tertentu yang dapat membayangkan kehidupan masyarakat Melayu. Amat Juhari (1985:2) menerangkan bahawa, “sistem sapaan dan panggilan ini selaras dengan keadaan masyarakat Melayu yang merupakan suatu masyarakat yang mempunyai beberapa ciri dan sifat yang tersendiri, dan struktur serta susun lapis masyarakat yang tersendiri yang membezakannya dengan masyarakat lain”. Sebaliknya, jika salah penggunaan sapaan dan panggilannya “akan membayangkan kekurangan asuhan yang baik, dan akan dianggap sebagai satu penghinaan oleh orang disapa sebagai biadap atau kurang ajar” (Nik Safiah Karim 1981:113). Di Malaysia pula, terdapat perbezaan sapaan untuk raja, pegawai-pegawai kanan dan juga orang umum dalam majlis yang sama. Raja dianggap berkedudukan istimewa, disapa dengan cara yang khusus dan diberi penjelasan yang khas juga. Para tetamu yang lain diberi layanan yang berbeza. Mereka termasuklah pengerusi majlis dan tetamu jemputan. Dengan ini terlihat jelaslah
  • 2. 2 bahawa kedudukan hierarki tiap-tiap anggota masyarakat daripada raja hingga kepada orang bawah. Penggunaan Kata Ganti Nama Penggunaan kata ganti nama orang kedua iaitu kepada orang yang disapa, tidak ada satu pun yang boleh dikategorikan ke dalam kelompok kata ganti nama diri orang kedua. Semua sapaan itu dalam bentuk gelaran warisan, gelaran kurniaan, rujukan kehormat, atau panggilan bersahaja seperti encik, tuan, puan dan cik. Ini disebabkan bahawa penutur dan interlokutornya ada perbezaan kuasa dan mempunyai hubungan yang tidak rapat. Penggunaan engkau lahir apabila interlokutornya setaraf dan rapat dengannya. Berkaitan dengan kata ganti nama diri orang pertama, terdapat hanya dua iaitu patik yang digunakan semasa berbual dengan raja yang memerintah dan kerabat diraja yang karib, manakala dengan orang biasa, hanya digunakan saya. Aku dan engkau bolehlah dianggap setaraf penggunaanya iaitu pasangan penuturnya setaraf dan akrab. Nama Peribadi Setiap orang diberikan nama peribadi sejak dilahirkan. Contohnya Aminah binte Roslan, Lukman bin Ariffin Sukar untuk menentukan hubungan kekeluargaan antara anggota dalam masyarakat, kecuali hubungan antara anak-anak yang ditandai dengan bentuk bin dan binti. Nama peribadi juga termasuk nama timangan dan nama pendek. Contohnya Liza bagi Lizawati, Man bagi Rasman. Nama seseorang itu sering digunakan di tempat kata ganti nama antara orang yang setaraf, yang dikenali, intim dan orang yang berstatus tinggi kepada orang yang
  • 3. 3 berstatus rendah. Anggota keluarga dan sahabat handai yang erat lebih banyak menggunakan nama timangan atau nama pendek daripada nama peribadi yang lengkap. Kata Ganti Nama Diri Kedua Kata ganti nama diri kedua yang digunakan di kalangan kerabat diraja, dan oleh orang biasa sama ada kepada atau tentang golongan diraja. “…dalam komunikasi antara raja dengan raja nampaknya sapaan atau panggilan lebih banyak menggunakan panggilan pangkat dalam hubungan kekeluargaan. Tegasnya di sini perkataan seperti kakanda, adinda, ayahanda, bonda, anakanda dan seumpamanya sering digunakan”. Amat Juhari (1985:137) Di antara kalangan kaum kerabat atau dengan raja-raja lain digunakan beberapa jenis kata untuk membahasakan diri sendiri dan juga orang yang dipanggil atau disapa. Sistem panggilan ini juga bergantung kepada suasana dan keadaan. Perkataan beta digunakan oleh raja untuk menyebut dirinya sendiri apabila bercakap dengan orang biasa; ini bererti raja menjadi orang pertama. Jika orang biasa menjadi orang kedua; raja bebas menggunakan apa sahaja ganti nama diri kedua (kamu, engkau, awak, anda, saudara dan saudari) atau sebutan nama, pangkat dan gelaran orang biasa itu. Kata ganti nama yang digunakan oleh orang biasa kepada raja atau golongan diraja adalah seperti yang berikut: Tuanku, Tengku, Engku dan Ungku. Kata Ganti Nama Diri Kedua yang Digunakan oleh Orang Biasa. Kata ganti nama diri kedua yang digunakan oleh orang biasa dapat dibahagikan kepada empat subgolongan iaitu bentuk halus atau hormat, bentuk kasar atau intim, bentuk neutral;
  • 4. 4 dan bentuk dialek. Perbincangan pada bahagian pertama ini akan hanya menyentuh kata ganti nama diri kedua dalam tiga subgolongan pertama. Bentuk Halus atau Hormat Kata ganti nama diri kedua bentuk halus atau hormat ialah seperti Tuan, merujuk kepada orang lelaki yang lebih tinggi taraf, umur dan status atau yang dimuliakan; Puan, merujuk kepada orang perempuan yang sudah berkahwin, atau yang dimuliakan, seperti tuan; Encik, merujuk kepada orang lelaki yang sama umur, taraf, status, atau lebih muda dan dimuliakan; dan Cik, merujuk kepada orang perempuan yang belum berkahwin, atau lebih muda dan dimuliakan seperti encik. Bentuk Kasar atau Intim Kata ganti nama diri kedua yang bentuk kasar ialah seperti “kamu / mu”. Kata ganti nama diri kedua yang berbentuk kasar ini dianggap sebagai bentuk yang digunakan oleh orang-orang yang rendah kedudukannya atau yang kurang menerima ajaran tatatertib, dan sebagainya. Kata ganti nama diri kedua yang bentuk intim ialah seperti “awak”. Kata ganti nama diri kedua yang berbentuk halus ini digunakan di antara sahabat handai yang karib, sebaya dan setaraf atau digunakan oleh orang yang lebih tua dan tinggi taraf kepada orang yang lebih muda, atau rendah taraf. Bentuk Neutral Kata ganti nama diri kedua yang berbentuk neutral digunakan dalam suasana dan keadaan formal. Bentuk itu ialah seperti anda, saudara dan saudari .Anda digunakan kepada lelaki dan perempuan yang setaraf, setingkat dan sebaya atau
  • 5. 5 kepada seseorang yang tidak dikenali. “Anda dikenali sebagai bentuk yang setanding dengan You dalam bahasa Inggeris yang dapat digunakan kepada seseorang yang lebih tinggi atau rendah kedudukannya”. Noor Azlina (1975:16) Saudara digunakan kepada orang lelaki dan saudari kepada orang perempuan terutama dalam perihal surat-menyurat dan dalam keadaan rasmi. Kedua-dua perkataan ini sama ertinya dengan anda. Mengikut teori, kelihatan bentuk di atas neutral tetapi secara praktis anda atau saudara/saudari kebanyakannya digunakan dalam keadaan rasmi antara individu atau anggota masyarakat yang setaraf, atau individu yang lebih tinggi kepada individu yang lebih rendah tarafnya. Anda atau saudara/saudari digunakan oleh pensyarah apabila menyapa pelajarnya atau menteri apabila menyapa wartawan. Sebaliknya, anda atau saudara/saudari tidak digunakan apabila pelajar menyapa pensyarahnya atau apabila seorang wartawan menyapa seorang menteri. Kesimpulannya secara praktis anda atau saudara/saudari adalah tidak neutral. Nama Panggilan Kekeluargaan “Ada banyak nama panggilan kekeluargaan yang digunakan dalam bahasa Melayu sebagai ganti kata-kata ganti nama.” Noor Azlina:1975:19 seperti pak, mak, kak, adik. Nama panggilan kekeluargaan seperti pak, mak, kak dan adik digunakan dalam hubungan kekeluargaan. Nama panggilan kekeluargaan juga digunakan di luar hubungan kekeluargaan seperti dengan kawan-kawan, keluarga kawan dan orang sekampung (Asmah Haji Omar 1986:36) “Kerana orang Melayu merasakan penggunaan nama panggilan kekeluargaan ialah cara panggilan yang amat sopan dan berbudi bahasa, mereka bukan sahaja sentiasa menggunakan nama panggilan kekeluargaan dengan makna
  • 6. 6 tertentu, tetapi juga sebagai penjenisan bentuk untuk bukan sanak saudara dan untuk orang yang tidak dikenali.” Noor Azlina 1975:19 “Penggunaan nama panggilan kekeluargaan melambangkan kehormatan, keeratan dan kesopanan.” (Nik Safiah Karim 1981:106-107) Nama Panggilan Kekeluargaan Asas Semua nama panggilan kekeluargaan asas boleh diikuti oleh nama orang berkenaan contohnya Pak Mat, Mak Piah, Bang Dollah Bentuk Sapaan Bentuk sapaan ialah kata nama yang digunakan di tempat kata ganti nama dengan meletakkannya selepas nama kekeluargaan, terutamanya untuk mengeratkan pertalian dari segi faktor umur, status, jantina, pertalian darah dan ikatan perkahwinan. “Bentuk sapaan paling bererti bagi menunjukkan perbezaan jantina dan umur (dan juga status). Bukan sahaja penting untuk seseorang itu memanggil bapa saudara dan emak saudara dengan nama panggilan kekeluargaan
  • 7. 7 yang sesuai, tetapi ditambahkan juga bentuk akhiran yang menunjukkan urutan (mengikut umur dan jantina) dalam hierarki kekeluargaan, pada kedua-dua belah bapa dan ibu.” Noor Azlina 1975:20 Bentuk Sapaan Pertalian Darah Sapaan begini menggambarkan urutan seseorang menurut kelahirannya. Contohnya: Long, Ngah, Busu / Su. Ia juga melambangkan pertalian kekeluargaan antara orang yang menyapa dengan orang yang disapa. Bentuk Sapaan Bentuk Sapaan Pertalian Perkahwinan Menggambarkan hubungan menurut perkahwinan yang digunakan dengan nama panggilan kekeluargaan asas untuk melambangkan pertalian perkahwianan antara orang yang bercakap dengan orang yang dilawan bercakap contohnya ipar, menantu, mentua, besan, biras, tiri
  • 8. 8 Bentuk Sapaan Bentuk Sapaan Gelaran Semua jenis gelaran boleh diikuti oleh nama orang yang berkenaan seperti contoh Cik Nurhaliza, Profesor Abdullah dan Datuk Salim. Berdasarkan Senarai Gelaran Melayu (1980:v) “gelaran didefinisikan sebagai tambahan kepada nama yang menunjukkan tanda penghargaan atau penghormatan yang dianugerahkan kepada seseorang atas jasa baktinya, kedudukan jawatan atau keturunan bangsawan. Biasanya gelaran ini boleh didapati pada pangkal nama pemberian
  • 9. 9 dan/atau nama bapa. Gelaran boleh dipegang turun-temurun atau sebagai khas untuk penyandang. Gelaran Sosial dalam masyarakat Melayu terdiri daripada Gelaran Sosial Biasa dan Gelaran Sosial Formal. Gelaran Sosial Biasa Gelaran Sosial Formal
  • 10. 10 Gelaran Sosial Formal Gelaran Kurniaan Ikhtisas Gelaran Kurniaan Kehormat Darjah kebesaran yang “dianugerahkan setiap tahun oleh Seri Paduka Bagaind yang Di-Pertuan Agong dan Sultan pelbagai negeri” (Noor Azlina 1975:21) kepada yang telah menunjukkan jasa bakti kepada negara. Dalam Persekutuan dan negeri masing-masing tidak sama kerana setiap negeri ada undang-undang sendiri
  • 11. 11 Gelaran Kurniaan Kerajaan Gelaran yang dikurniakan oleh ketua-ketua kerajaan dari masa ke masa kepada pegawai-pegawai yang memegang jawatan tertentu seperti; datuk bandar, yang dipertua dewan negara, perdana menteri, menteri, menteri besar, ahli dewan negeri, hakim, gabenor, duta, panglima tentera udara, pengarah, ketua, pengurus,penghulu, mejar, kapten, leftenan dan guru besar. Gelaran Warisan Gelaran warisan atau gelaran turun-temurun merupakan gelaran yang dipusakai dari satu generasi ke satu generasi. Penyandangnya terdiri daripada kerabat diraja, golongan bangsawan dan keturunan Arab (Senarai Gelaran Melayu 1980:v). Gelaran warisan terdiri daripada empat jenis iaiti raja yang memerintah pada zaman dahulu atau kini, orang besar, titisan darah Nabi Muhammad S.A.W melalui titisan darah Sayidina Hussain bin Ali bin Abi Talib, dan Gelaran yang berasal dari luar Malaysia yang disenaraikan oleh Amat Juhari (1985:114 - 115). Gelaran yang berasal dari luar Malaysia (a) Gelaran warisan daripada raja yang banayak terdapat pada masa kini Tuanku – di negeri johor dan Kedah Tengku – di Kelantan Wan – di Kelantan, Perak dan Terengganu Megat dan Puteri – di Perak
  • 12. 12 Datu dan Dayang – di Sabah Abang dan Dayang – di Brunei Darussalam (b) Gelaran warisan yang menunjukkan bahawa seseorang itu berasal daripada titisan darah Nabi Muhammad S.A.W Sayid dan Syarifah Syeikh dan Siti – di semenanjung Malaysia Syarif dan Syarifah – di Sabah dan Sarawak Tuanku dan Wan – di Sarawak (c) Gelaran warisan yang berasal daru luar Malaysia Raden – berasal dari pulau Jawa dan Palembang Sidi dan Sutan – dari Minangkabau
  • 13. 13 Kaitkan kata-kata panggilan dalam bahasa / dialek Melayu dengan budaya masyarakat Melayu. Kata Panggilan Definisnya adalah kata yang menggantikan nama yang digunakan kepada manusia dengan penentuan gender, rujukan dan status contohnya encik, puan, pak cik, saudara, dan lain-lain lagi. Kata Panggilan Keluarga Definisinya pula ialah kata yang menggantikan nama yang digunakan kepada manusia dengan penentuan gender, rujukan, dan kedudukan dalam keluarga contohnya long, ngah, usu, an sebagainya.
  • 14. 14 Kaitan Sistem Panggilan Dengan Budaya Jawa Orang Jawa adalah penduduk asli bahagian tengah dan timur Pulau Jawa yang berbahasa Jawa. Orang Jawa mempunyai dua golongan sosial iaitu wong cilik (orang kecil) dan kaum priyayi. Peranan besar dalam mengatur pola interaksi dalam masyarakat Jawa ialah prinsip hormat. Prinsip itu mengatakan bahawa setiap orang dalam cara bicara dan membawa diri selalu harus menunjukkan sikap hormat terhadap orang lain, sesuai dengan darjat dan kedudukannya. “Apabila dua orang bertemu, terutama dua orang Jawa, bahasa, pembawaan dan sikap mereka mesti mengungkapkan suatu pengakuan terhadap kedudukan mereka masing-masing dalam suatu tatanan sosial yang tersusun dengan terperinci dan cita rasa. Mengikuti aturan-aturan tatakrama yang sesuai, dengan mengambil sikap hormat atau kebapaan yang tepat, adalah amat penting” Wilner 1970. Sistem panggilan keluarga orang Jawa Selalu terungkap segi junior-senior. Apabila lawan bicara memiliki pangkat sosial yang lebih tinggi, dipergunakan istilah senior, apabila pangkatnya lebih rendah istilah junior. Penggunaan istilah-istilah itu masih bergeser sesuai dengan kedudukan sosial; makin tinggi kedudukan seseorang, makin tua dia dalam sebutan, dan sebaliknya. Apabila mereka itu betul-betul masih keluarga, maka tanpa memperhatikan perbandingan umur yang nyata harus dipergunakan istilah dan bahasa yang sesuai dengan hubungan generasi. Menurut Hildred Geertz, fikiran pertama seorang Jawa pada permulaan suatu pembicaraan adalah: “Tingkat kehormatan mana yang harus saya tunjukkan kepadanya?” Orang Jawa secara emosional membezakan dengan jelas antara
  • 15. 15 keluarga inti dan keluarga lainnya. Dalam keluarga inti terdapat suasana terbuka dan ramah, penuh kepercayaan dan simpati spontan, sedangkan terhadap keluarga yang lebih jauh dan keluarga ipar dijaga jarak dan suasana lebih berhati-hati dan dingin. Kekuatan normatif prinsip kerukunan orang Jawa tidak akan menggambarkan keadaan ini, tetapi sebaliknya, iaitu semua keluarga dipandang sama dan semua sehati-sejiwa. Oleh itu orang Jawa berusaha untuk memperlakukan orang lain yang perlu dihubungi seperti anggota keluarga. Orang asing selalu disapa dengan istilah-istilah dari bahasa keluarga: pak, bu, mbah, pakdhe, paklik, budhe, bulik, mbakyu, dhik dan lain-lain. Memasukkan lingkungan sosial dekat ke dalam lingkaran keluarga inti dapat ditafsirkan sebagai usaha mencegah timbulnya ketegangan-ketegangan. Keterkaitan Sistem Panggilan Dengan Budaya Bawean Masyarakat Bawean terdiri dari pelbagai puak seperti Bawean Pakalongan, Bawean Paker Bung, Bawean Sangkapura, Bawean Sukalela, Bawean Daun, Bawean Menara, Bawean Dekatagung, Bawean Kepuh Teluk, Bawean Diponggo dan lain-lain lagi. Konsep menghormati orang-orang dari golongan masyarakat yang tertentu memaparkan sikap hormat terhadap orang lain, yang bersesuaian dengan darjat dan kedudukannya. Seperti contoh, terdapat kelainan dari segi panggilan bapa yang mempunyai gelaran Dato’, iaitu Rama. Nama panggilan yang dikenakan kepada bapa, mampu mengenal pasti kedudukan keluarga tersebut dalam hierarki masyarakat. Ahli keluarga yang sulung dalam masyarakat Bawean sering diberi penghormatan yang khusus kerana mereka dilihat sebagai ketua, pewaris dan pendidik dalam sesebuah keluarga. Seperti contoh, panggilan Obek diberikan
  • 16. 16 kepada makcik yang paling tua dalam sistem panggilan Bawean. Malahan, makcik yang lain hanya dipanggil sebagai Bibik atau Bik sahaja. Dalam sistem panggilan Bawean, nenek saudara tidak boleh dipanggil sebaga makwa (nenek) tetapi dipanggil sebagai oneng. Bahasa Bawean juga mempunyai bahasa halus dan bahasa kasar. Bahasa halus sering sekali digunakan oleh masyarakat atasan secara eksklusif. Malahan, bahasa kasar pula digunakan oleh orang kebanyakan atau orang yang berkedudukan rendah. Mereka yang bertutur dalam bahasa halus dianggap sebagai seorang yang berpendidikan dan celik budaya. Seperti contoh, ganti nama orang pertama, saya, disebut sebagai eson dalam bahasa kasar malahan, bule dalam bahasa halus. Dapat dilihat bahawa sistem panggilan bahasa Bawean masih mempunyai unsur-unsur feudalisme dimana masyarakat dibahagikan kepada golongan-golongan kecil mengikut fungsi dan kedudukannya dalam masyarakat. Kehormatan yang khas diberikan kepada ahli keluarga yang utama dan penting dalam struktur kekeluargaan masyarakat Bawean. Kaitan Sistem Panggilan Dengan Budaya Bugis Strata sosial Bugis didahului dengan Kraeng, Daeng dan Ambok. Orang Bugis dikatakan sering kali memilih menggunakan kaca pembesar ketika mereka hendak bercermin diri. Akibatnya gambaran dirinya senantiasa terlihat lebih besar atau lebih hebat daripada keadaan yang sebenarnya. Gambaran atau citra diri (self- image) yang mengalami pembesaran itu, kemudian dilahirkankan dalam tindakan- tindakan sosial mereka yang cenderung mempamerkan kekayaan, jabatan, gelar akademik dan gelar lainnya yang bersifat warisan.
  • 17. 17 Sementara itu, peribadi orang Bugis yang tergambar dalam berbagai karya tulis umumnya bersifat ideal-normatif. Sebagai contoh, pola pergaulan sehari-hari orang Bugis senantiasa berdasarkan prinsip sipakatau iaitu menempatkan martabat manusia sebagai makhluk yang termulia dan pranata panngadereng iaitu sistem norma dan aturan adat yang mengatur kegiatan dan pergaulan hidup manusia Bugis.1 Pada umumnya gelaran daeng diberika oleh nenek, kakek atau buyut seseorang itu ketika majlis khatan bagi budak lelaki dan bermulanya kedatang haid bagi budak perempuan.2 Masyarakat Bugis di Singapura rata-rata datangnya dari generasi kedua sudah banyak kahwin campur. Perwatakan mereka dikata sombong kemungkin kerana mereka ahli perniagaan yang berada dan juga mudah marah. Kalau seseorang bertaraf ‘daeng’ hendak pergi ke majlis perkahwinan, seharusnya ibu pengantin harus melayannya. Jika tidak dia akan pulang. Tetamu kalau datang ke rumah, mereka pun dipanggil ‘daeng.’ Masyarakat Bugis pentingkan pendidikan sehingga sanggup menjual kambing untuk sekolahkan anak berdasarkan rakaman video yang dilampirkan bersama tugasan ini. 1 http://www.panyingkul.com/view.php?id=478&jenis=risetkita 2 http://www.panyingkul.com/view.php?id=545&jenis=tahukahkita
  • 18. 18 Dapatan Kajian Lapangan Perihal Penggunaannya masihkah sistem panggilan ini digunakan di kalangan masyarakat Melayu Singapura kini? 5. Apakah panggilan yang anda gunakan untuk merujuk kepada nenek anda? Hasil dapatan tinjauan kami seperti berikut. 4. Apakah panggilan yang anda gunakan untuk merujuk kepada ibu anda? Hasil dapatan tinjauan kami seperti berikut. 6.Apakah panggilan yang anda gunakan untuk merujuk kepada bapa saudara anda? (contoh: Pakcik, Cik + nama, Pak Long, Wak dsb) Hasil dapatan tinjauan kami seperti berikut. 46% 31% 2% 4% 4% 13% Nenek Nyai Opah Tok Mak Lain 41% 24% 24% 7% 4% Emak Ibu Mama Mummy Lain 0 2 4 6 8 10 12 14 16 W a k P a k L o n g C i k U n c l e O b e k M a m u A n g a h M a m a n jumlah penutur
  • 19. 19 Hasil dapatan tinjauan kami seperti berikut. Hasil dapatan tinjauan kami seperti berikut. Panggilan Sebelah Ibu Panggilan Sebelah Ayah Bapa Saudara Pertama Mamu Cik Pak Long Wak Uncle Wak Pak Long Mamu Bapa Saudara Kedua Mamu Cik Pak Ngah Wak Pak Ngah Mamu Bapa Saudara Ketiga Mamu Cik Pak Uda Mamu 0 5 10 15 20 25 W ak Pak N gah C ik U ncle O bek A lang Pak O teh Pam an Pak +nam a A njang jumlah penutur 0 5 10 15 20 25 30 W ak Pak Su C ik U ncle O bek Pak Uda Pak O teh Pam an M am ang A njang jumlah penutur
  • 20. 20 Pendidikan telah memodenkan pemikiran Pendidikan formal yang diterima oleh ibu bapa mempengaruhi sistem panggilan dalam keluarga Melayu Menurut Abdullah Hassan (2002:6), yang telah memetik hipotesis Malik Bennabi, iaitu “anak-anak akan mewarisi idea-idea induk yang terkandung dalam bahas Inggeris, bukan idea-idea induk yang terkandung dalam bahasa Melayu lagi.” Pak cik / Mak cik “Rasanya seperti sangat tua” “Tengok umur yang memanggil jika jarak umur hanya 10 tahun , nak panggil pak cik , malampau lah” “Tidak cocok dengan umur dan penampilan saya. Makcik lebih sesuai untuk mereka yang 30 tahun dan ke atas” “Seperti ada pengiktirafan dan dihormati” “Persepsi seorang mak cik/aunty ialah seorang wanita yang sudah agak matang dalam usia. Saya lebih suka digelar "Cik" sahaja” Uncle / Aunty “...lebih bersifat kebaratan dan tidak terlalu janggal jika digunakan” “…mempunyai konotasi yang lebih modern, glamour dan class” “Tidak sesuai namun kerana ia kedengaran lebih glamer, dapat diterima berbanding dengan makcik yg sering kali dipadankan dengan konotasi mereka yang bertudung dan berbaju ORBIT.” “Tak suka budak-budak Melayu panggil I aunty. Tu pasal I suruh my nephews panggil I mak busu/mushu/maksu. Lebih cute” “Kita ni asalnya orang Melayu”
  • 21. 21 Kesimpulan Masyarakat Melayu lebih gemar mengelakkan dari penggunaan kata ganti nama sama ada untuk diri si penyapa atau orang yang disapa. Ini sealiran dengan pendapat Winstedt (1957:26) yang menyatakan: Malay shun the use of personal pronouns. If the context and circumstances admit no doubt, they omit the pronouns altogether. Pernyataan begitu kerana orang-orang Melayu mementingkan budi bahasa lebih daripada yang lain. Sehubungan untuk menunjukkan ketinggian budi bahasa, gelaran atau rujukan kehormat digunakan sebagai ganti kata nama orang kedua sedangkan untuk membahasakan dirinya sendiri digunakan kata alih. Melalui perbincangan di atas, jelaslah terdapat beberapa pola sapaan dan panggilan yang berbeza-beza mengikut peribadi yang disapa. Dalam bahasa Melayu sapaan dan panggilan ada berbagai-bagai iaitu menurut kedudukan, suasana, gelaran-gelaran yang dimiliki, dan martabat seseorang. Untuk menunjukkan martabat seseorang itu tinggi, rujukan kehormatnya akan panjang- panjang dan kata-kata yang member makna yang lebih tinggi sesuai dan selaras dengan kedudukannya. Jika sebaliknya, rujukan kehormatnya ringkas begitu juga dengan gelaran dan panggilannya pun ringkas. Penggunaan kata panggilan keluarga memerlukan usaha memproses maklumat berlapis yang akan menjadikan mereka yang kurang arif tentang kepentingannya merasakan kata panggilan ini sebagai ketinggalan zaman, tradisional serta tidak membawa nilai ekonomi. Tidak dapat dinafikan bahawa pengetahuan sains dan teknologi moden harus kita pelajari tetapi tidak harus pula mengorbankan bahasa dan nilai budaya Melayu.
  • 22. 22 Bibliografi 1. http://www.panyingkul.com/view.php?id=478&jenis=risetkita (LAMPIRAN 1) 2. http://www.panyingkul.com/view.php?id=545&jenis=tahukahkita (LAMPIRAN 2) 3. Nor Hashimah Jalaluddin. (2005). Sistem Panggilan dalam Keluarga Melayu: Satu dokumentasi. Dewan Bahasa & Pustaka: Kuala Lumpur. 4. Sumalee Nimmanupap. (1994). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Thai: Suatu analisis sosiolinguistik. Dewan Bahasa & Pustaka: Kuala Lumpur. 5. Franz Magnis-suseno. (1996). Etika Jawa: Sebuah analisa falsafi tentang Kebijaksanaan Hidup Jawa. PT Gramedia Pustaka Utama: Jakarta. 6. Jacob Vredenbregt. (1990). Bawean dan Islam. INIS: Jakarta. 7. Roksana Bibi Abdullah. Pengalihan Bahasa di Kalangan Masyarakay Bawean di Singapura: Sebab dan Akibat, dalam Memeluk Akar Menyuluh ke Langit.