SlideShare a Scribd company logo
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
( KPT 6044)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TUGASAN 3
Tinjauan Terhadap Jenis Penggunaan Internet Dan
Tahap Ketagihan Internet Di Kalangan Pelajar
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DISEDIAKAN OLEH:
HELIDZIA BT RAMLI
(M20102000970)
PENSYARAH:
PROF M. ABDUL LATIF B. HJ. GAPOR
1.0 PENGENALAN
Mutakhir ini, teknologi maklumat berkembang dengan semakin pesat dan pantas menjadikan
dunia berhubung tanpa sempadan dan batasan. Ledakan informasi teknologi maklumat atau
secara ringkasnya ICT (Information Communication Technology), membawa perubahan yang
besar dalam hidup kita yang sedang membangun. Internet merupakan saluran maklumat dan
komunikasi yang digunakan secara meluas. Dulu penggunaan Internet hanya bergantung pada
sebuah komputer, kini Internet juga mampu diakses dengan menggunakan telefon bimbit
yang mempunyai perisian perkhidmatan Internet tanpa wayar (Wireless).
Sehubungan dengan itu, perkhidmatan Internet tanpa wayar yang terdapat di mana-mana
sahaja seperti di kafe, restoran, lapangan terbang, hotel dan pusat membeli belah
memudahkan pengguna mengakses Internet. Lantaran wujudnya syarikat yang menyediakan
perkhidmatan Internet tanpa wayar dan jalur lebar dengan harga yang begitu murah seperti
syarikat Celcom dan Maxis merupakan salah satu faktor meningkatnya jumlah pelayar siber.
Dari semasa ke semasa harga langganan perkhidmatan Internet tanpa wayar dan jalur lebar
semakin menurun dengan kadar yang munasabah disebabkan syarikat-syarikat berkenaan
bersaing untuk menarik perhatian pengguna Internet untuk melanggan. Justeru,
kebanyakannya penduduk dibandar mahupun bukan bandar sudah memiliki sendiri
perkhidmatan Internet terutamanya jalur lebar bagi membolehkan mereka mengakses Internet
ke mana dan pada bila-bila masa sahaja yang mereka mahu.
Berdasarkan statistik Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) (dalam Irfan Khairi
2010), jumlah pengguna Internet di Malaysia tahun 2010 mencecah 16.9 juta orang. Di
Malaysia, antara rangkaian sosial yang paling popular adalah laman sosial Facebook dengan
catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung (Shahrizan Salian, 2010).
Siber Kafe merupakan “port” atau tempat lepak kepada remaja yang gemar melayari Internet
bagi mengisi masa lapang mereka. Senario ini sering terjadi kepada pelajar sekolah rendah
mahupun menengah mereka lebih banyak meluangkan masa dengan hanya duduk di hadapan
komputer.
Tambahan pula, kebiasaannya pelajar sekolah yang gemar menggunakan Internet dengan
tujuan untuk mendapatkan hiburan dengan cara bersembang di rangkaian sosial atau chat,
memuat turun lagu, klip video, gambar dan mengemaskini blog atau mengikuti
perkembangan blog-blog lain selalunya adalah pelajar yang bersekolah menengah atas. Hal
ini disebabkan mereka lebih pandai dan berpengalaman dalam menggunakan komputer
berbanding pelajar yang bersekolah menengah rendah. Sehubungan dengan itu, pelajar
menengah atas juga lebih matang dan selalunya Internet menjadi saluran kepada mereka
untuk mengikuti perkembangan idola pujaan mereka.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Maklumat Internet yang mudah dicapai dan diakses menyebabkan pengguna terutama golongan
remaja sekolah mampu mencari maklumat apa sahaja tanpa batasnya dengan satu “klik” tanpa
merujuk pada sesiapa. Hal ini lebih membimbangkan apabila sikap remaja yang suka mengambil
tahu dan mahu mencuba sesuatu yang baru menyebabkan mereka mampu mengaksesnya dengan
begitu mudah dan pantas. Secara ringkasnya, remaja sekolah mudah mengakses laman yang tidak
sihat dan boleh memudaratkan diri.
Berdasarkan kajian oleh Norton Online Living Report (NOLR) di Malaysia mengenai tabiat
penggunaan Internet, mendapati remaja menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari
Internet. Jumlah itu sebenarnya 6 jam lebih banyak daripada masa purata NOLR peringkat
global berdasarkan kajian ke atas 12 negara utama dunia dan ia juga 4 jam lebih banyak
daripada ibu bapa mereka.
Justeru, kemudahan yang banyak terdapat dalam Internet, memberi banyak kesan sampingan
kepada pelayar siber. Pelajar kurang memberi tumpuan dalam pelajaran disebabkan pelajaran
mereka terganggu disebabkan tiada banyak masa untuk mengulangkaji. Tambahan lagi, sikap
pelajar yang sanggup ponteng sekolah untuk ke siber kafe disebabkan ketagihan Internet turut
menjejaskan kesihatan diri, dan pelajaran. Malahan negara juga turut mendapat impak besar
akibat gejala yang tidak sihat gara-gara ketagihan Internet.
Berdasarkan hal itu, penyelidik melakukan kajian untuk mengenalpasti tahap ketagihan
Internet yang dialami oleh pelajar pada masa kini, dan punca pelajar mengalami ketagihan
Internet serta jenis penggunaan Internet yang kerap diakses oleh pelajar.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk
1. Mengenalpasti jenis penggunaan Internet di kalangan remaja sekolah.
2. Mengenalpasti tujuan sebenar remaja sekolah menggunakan Internet.
3. Mengenalpasti punca ketagihan penggunaan Internet.
4. Mengenalpasti tahap ketagihan penggunaan Internet di kalangan remaja sekolah.
5. Mengenalpasti kesan kepada remaja sekolah yang menggunakan Internet secara
berlebihan.
4.0 FAKTOR MENGGUNAKAN INTERNET
Kajian berhubung rangkaian sosial mendapati, remaja di negara ini cenderung untuk
menyertai sesuatu rangkaian sosial tertentu seperti Friendster dan Facebook kerana
mempunyai perasaan memiliki (sense of belonging) yang kuat (Jens Olav Bjornson, dalam
Adham Shadan (2010)).
Selain melayari laman sosial, blog juga merupakan laman yang sering dilayari oleh pelajar.
Pada hari ini juga didapati terdapat kesedaran yang semakin meningkat terhadap penggunaan
blog di kalangan rakyat Malaysia. Menurut Rozinah Jamaludin (2007), pelajar sekolah sering
terlibat dalam isu ketagihan Internet. Hal ini disebabkan oleh tiada disiplin diri dalam diri
pelajar. Pengurusan masa yang tidak teratur dan tiada kawalan daripada keluarga atau orang
lain yang lebih dewasa merupakan faktor remaja terlibat dalam kegiatan Internet yang
berlebihan.
Di samping itu, faktor ekonomi keluarga juga merupakan faktor pelajar sekolah melayari
Internet secara berlebihan. Faktor ekonomi yang dimaksudkan ialah golongan keluarga yang
sudah mampu memiliki sistem komputer dan mudah menyediakan talian Internet di rumah.
Faktor ini disokong berdasarkan kajian dari luar negara oleh Patricia et. al. (2000), yang
mendapati pelajar dari semua bangsa dan etnik, yang mempunyai komputer di rumah
keluarga mereka, cenderung untuk menggunakan Internet berjam lamanya pada setiap
minggu berbanding mereka yang dibesarkan dalam keluarga tanpa komputer.
5.0 REKABENTUK KAJIAN
Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Penyelidikan
deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena
yang sedang berlaku atau menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji (Majid
Konting, 1994). Untuk kajian ini, penyelidik menggunakan penyelidikan deskriptif jenis
tinjauan kerana kaedah tinjauan merupakan satu cara yang spesifik bagi mengumpul
maklumat berkenaan sekumpulan besar populasi.
Dalam kajian ini maklumat pelajar yang terlibat akan dikumpul melalui penggunaan
instrumen berbentuk soal selidik. Penggunaan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal
selidik memudahkan penyelidik memperolehi kerjasama daripada responden. Penyelidik
menggunakan instrumen berbentuk soal selidik kerana ia senang ditadbir, data mudah dikutip
dan di analisis.
5.1 Lokasi, dan Sampel Kajian
Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Tasek Damai, Ipoh Perak. sekolah menengah ini
terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Ianya adalah bertujuan untuk melihat
perbezaan penggunaan Internet dan untuk mengetahui tahap ketagihan penggunaan Internet
di kalangan pelajar berdasarkan persekitaran sekolah ini.
Hanya sebuah kelas sahaja diambil sebagai sampel kajian. Hal ini disebabkan kekangan masa
untuk menjalankan penyelidikan. Justeru, hanya 36 orang pelajar dari Tingkatan 4PA
dijadikan sampel kajian untuk mewakili populasi pelajar tingkatan 4 Sekolah Menangah
Tasek Damai Ipoh, Perak.
5.2 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan instrumen soal-selidik sebagai instrumen kajian terhadap responden
untuk mendapatkan maklum balas dan pengumpulan data. Kertas soal-selidik ini terdiri
daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A ialah
maklumat latar belakang responden dan jenis aplikasi Internet mengikut kekerapan yang
dilayari oleh responden, Bahagian B ialah pengukur tahap ketagihan Internet dan Bahagian C
ialah tujuan menggunakan internet.
6.0 ANALISIS DATA
6.1 Analisis Data Bahagian Jantina
Jadual 1 : Taburan Bilangan Responden Mengikut Jantina
Jantina N Peratus (%)
Lelaki 16 44.4
Perempuan 20 55.6
Jumlah 36 100
Jadual 1 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut jantina. Hasil kajian
menunjukkan seramai 16 orang (44.4%) adalah pelajar-pelajar lelaki manakala seramai 20
orang (55.6%) adalah pelajar-pelajar perempuan.
6.1.1 Jenis Penggunaan Internet
Jadual 2 : Jenis Penggunaan ketika melayari internet
Jenis Aplikasi
Bil Internet / Laman Lelaki Perempuan
Web
1 Laman web berita / isu semasa 2 (12.5%) 7 (35%)
2 Laman web video / online movie 16 (100%) 20 (100%)
3 Laman web pendidikan / e-pembelajaran 3 (18.8%) 2 (10%)
4 Laman web rangkaian sosial 16 (100%) 20 (100%)
5 Laman web pornografi 2 (12.5%) 0 (0%)
6 Permaianan atas talian (online game) 11 (66.8%) 5 (25%)
7 Chatting 12 (75%) 17 (85%)
8 E-mel 4 (25%) 4 (20%)
9 Laman memuat turun (download) 10 (62.5%) 18 (90%)
10 Laman web hiburan 16 (100%) 19 (95%)
11 Blog 7 (43.8%) 10 (50%)
Dari sudut jenis penggunaan Internet, laman rangkaian sosial dan laman web video / online
movie adalah laman web yang paling kerap dilayari oleh responden (Jadual 2). Dapatan
menunjukkan kesemua responden iaitu seramai 36 orang responden (100%) sentiasa melayari
kedua-dua laman web ini. Hal ini menunjukkan laman web sosial seperti Facebook, Twitter,
Tagged, Friendster, dan Myspace dan Youtube merupakan jenis aplikasi yang paling kerap
dilayari oleh responden. Seterusnya diikuti dengan lawan web hiburan iaitu terdiri daripada
16 orang responden (100%) lelaki dan 19 orang responden (95%) perempuan.
Seterusnya didapati responden juga menggunakan internet untuk tujuan memuat turun
(download) sesuatu bahan iaitu 10 orang responden (62.5%) lelaki dan 19 orang responden
(80%) perempuan. Kepesatan dunia teknologi maklumat dan komunikasi juga menyebabkan
responden menggunakan saluran internet untuk berkomonukasi iaitu melalui laman chatting
dapatan dapat menunjukkan 12 orang responden (75%) lelaki manakala 17 orang responden
(85%) perempuan telah menggunakan laman ini untuk berkomunikasi.
Didapati laman web berbentuk ilmiah kurang dilawati oleh responden berdasarkan analisis
menunjukkan bagi laman web berita / isu semasa hanya 2 orang responden (12.5%) lelaki dan
7 orang responden (35%) perempuan yang melayari laman ini manakala bagi laman web
pendidikan / e-pembelajaran pula masing-masing 3 orang responden (18.8%) lelaki dan 2
orang responden (10%) perempuan.
Hasil kajian mendapati, laman web pornografi juga merupakan salah satu jenis aplikasi
Internet yang turut dilayari oleh responden iaitu hanya melibatkan responden lelaki seramai 2
orang (12.5%). Responden lelaki juga didapati lebih cenderung menggunakan internet bagi
tujuan bermaian permainan atas talian (online game) iaitu seramai 11 orang (66.8%)
manakala hanya 5 orang responden (25%) perempuan sahaja yang terlibat. Penggunaan e-mel
didapati kurang meluas dikalangan responden kerana masing-masing mencatatkan 4 orang
sahaja responden lelaki dan perempuan.
6.2 Analisis Data Bahagian Tahap Ketagihan Berdasarkan Jam Penggunaan Internet
Bahagian ini adalah untuk mengukur tahap ketagihan penggunaan Internet di kalangan
pelajar melalui jam penggunaan.
Jadual 3 : Tahap Ketagihan Berdasarkan Jam Penggunaan Internet
Jam Penggunaan Internet (Sehari) Lelaki Perempuan
Kurang daripada 1 jam 0 0
1 hingga 2 jam 3 (18.8%) 5 (25 %)
3 hingga 4 jam 10 (62.5%) 13 (65 %)
Melebihi 5 jam 3 (18.8%) 2 (10 %)
Jumlah 16 20
Melalui soal selidik yang diedarkan kepada pelajar didapati tiada responden yang
menggunakan internet kurang daripada 1 jam yang menunjukkan tidak mengalami sebarang
ketagihan penggunaan internet. Seramai 3 orang responden (18.8%) lelaki dan 5 orang
responden (25%) perempuan memperuntukan 1 hingga 2 jam sehari dalam penggunaan
internet yang menunjukkan tahap ketagihan yang sedikit. Majoriti responden berada pada
tahap ketagihan yang sederhana dalam iaitu menggunakan 3 hingga 4 jam sehari melayari
internet dengan 10 orang responden (62.5%) adalah lelaki dan 13 orang responden (65%) lagi
adalah perempuan. Hasil kajian menunjukkan terdapat responden yang menggunakan internet
melebihi 5 jam sehari iaitu berada pada tahap ketagihan yang tinggi dengan diwakili seramai
3 orang responden (18.8%) lelaki dan 2 orang responden (20%) perempuan.
6.3 Analisis Data Bahagian Tujuan Melayari Internet
6.3.1 Pelajaran
Jadual 4 : Tujuan Penggunaan Internet Dalam Aspek Pelajaran
Bil Pernyataan Lelaki Perempuan
1 Saya mahu memahirkan diri dalam penggunaan komputer 12 (75%) 19 (95%)
2 Saya selalu membuat kerja sekolah dengan bantuan laman 3 (18.8%) 8 (40%)
web ilmiah di internet
3 Saya suka berkongsi pendapat mengenai pelajaran dengan 3 (18.8%) 4 (20%)
rakan melalui internet
4 Internet menyebabkan saya berminat dan rajin menyiapkan 2 (12.5%) 5 (25%)
kerja sekolah yang diberikan oleh guru
5 Penggunaan internet membantu meningkatkan prestasi 12 (75%) 16 (80%)
akademik saya
6 Internet menambahkan keyakinan saya dalam penggunaan 14 ( 87.5%) 16 (80%)
Bahasa Inggeris
7 Internet membantu meluaskan pemahaman dan 16 (100%) 19 (95%)
pengetahuan saya
8 Internet membantu saya untuk menghantar dan menerima 0 (0 %) 3 (15%)
tugasan di antara kawan yang jauh
Dari sudut tujuan melayari internet dalam aspek pelajaran di dapati majoriti pelajar bersetuju
bahawa internet dapat membantu meluaskan pemahaman dan pengetahuan responden iaitu 16
orang (100%) lelaki dan 19 orang responden (95%) perempuan. Diikuti dengan internet dapat
menambahkan kayakinan respnden dalam penggunaan Bahasa Inggeris iaitu 14 orang
(87.5%) responden lelaki dan 16 orang responden (80%) perempuan. Selain itu dalam aspek
pelajaran juga hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan internet dapat membantu
meningkatkan prestasi akademik di kalangan pelajar iaitu seramai 14 orang (87.5%) lelaki
dan 16 orang responden (80%) perempuan bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Walau bagaimanapun hanya 3 orang (18.8%) lelaki dan 8 orang responden (40%) perempuan
yang sering menyiapkan kerja sekolah dengan bantuan laman web ilmiah di internet. Dapatan
ini selari dengan menunjukkan pelajar kurang bersetuju bahawa internet menyebabkan
responden berminat dan rajin menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru iaitu
berdasarkan analisis hanya diwakili oleh 2 orang (12.5%) lelaki dan 5 orang responden (25%)
perempuan. Hal ini disebabkan responden ingin memahirkan diri dalam penggunaan
komputer masing-masing dengan 12 orang responden (75%) lelaki dan 19 orang responden
(95%) perempuan.
6.3.2 Sosial
Jadual 5 : Analisis Tujuan Penggunaan Internet Dalam Aspek Sosial
Bil Pernyataan Lelaki Perempuan
1 Saya menggunakan internet untuk mendapat kenalan baru 14 ( 87.5%) 18 (90%)
2 Saya mempunyai blog sendiri yang membolehkan saya 3 (18.8%) 5 (25%)
menceritakan apa sahaja sama ada berkaitan diri sendiri
atau orang lain
3 Hobi saya ialah melayari internet 14 ( 87.5%) 19 (95%)
Dari sudut penggunaan internet dalam aspek sosial pula, didapati 14 orang responden
(87.5%) lelaki dan 18 orang responden (90%) perempuan menggunakan internet bertujuan
untuk mendapat kenalan baru. Seterusnya hanya 3 orang responden (18.8%) lelaki dan 5
orang responden (25%) perempuan sahaja yang mengakui mempunyai blog sendiri yang
membolehkan mereka menceritakan apa sahaja sama ada berkaitan diri sendiri atau orang
lain. Majoriti responden bersetuju bahawa melayari internet adalah merupakan satu hobi
dengan 14 orang (87.5%) responden lelaki dan 19 orang responden (95%) perempuan.
7.0 PERBINCANGAN
7.1 Jenis Penggunaan Internet / Aplikasi Internet Yang Kerap Diakses Oleh Pelajar
Laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Tagged, Myspace, dan Friendster dan
laman web video/online movie iaitu Youtube merupakan aplikasi yang sering dilayari oleh
remaja sekolah pada masa kini. Majoriti responden melayari laman rangkaian sosial dan
video ini pada setiap hari. Maka, disini dapat kita lihat bahawa aplikasi laman web sosial dan
video sangat menarik perhatian ramai pelajar. Hal ini disebabkan, boleh dikatakan semua
rumah mempunyai jaringan Internet, bahkan pelajar yang memiliki telefon bimbit juga
berupaya melanggani akaun Facebook dan menonton video melalui telefon bimbit mereka.
Walau bagaimanapun penggunaan emel tidaklah mendapat perhatian daripada pelajar, kerana
kajian menunjukkan penggunaan emel tidak begitu popular dikalangan pelajar. Dari sudut
penggunaan laman web pendidikan atau e-pembelajaran sebilangan kecil sahaja pelajar yang
melayari laman tersebut. Pada pendapat penyelidik, pelajar jarang melayari laman web
pendidikan kerana pelajar kurang meminati dan kurang pendedahan tentang laman yang
berilmiah. Pendedahan dan pengenalan kepada laman web berilmiah adalah penting supaya
seseorang pelajar itu dapat menguasai kemahiran asas menggunakan e-pembelajaran kerana
mereka yang tidak mempunyai kemahiran asas berhubung dengan Internet tidak mungkin
dapat menggunakan e-pembelajaran dengan baik dan berkesan.
Secara keseluruhannya, laman yang menarik minat pelajar masa kini adalah laman rangkaian
sosial. Pelajar lebih berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan menerusi alam siber,
disamping mengetahui status atau berita terkini mengenai artis kesayangan mereka.
7.2 Tujuan Menggunakan Internet
Dengan wujudnya kemudahan Internet, kanak-kanak dan remaja memperolehi banyak faedah
untuk menimba ilmu di samping berkomunikasi sesama mereka di laman web sosial atau di
ruang sembang. Dalam aspek pelajaran, pelajar menggunakan Internet untuk memahirkan diri
dalam penggunaan komputer. Justeru, penyelidik berpendapat, pengaruh Internet yang
semakin canggih dan berkembang, telah memberi motivasi kepada ramai pengguna termasuk
pelajar untuk belajar menggunakan komputer. Internet mampu mendorong pelajar untuk
meningkatkan pembelajaran secara kendiri di samping mahir dalam penggunaan komputer.
Kajian juga mendapati, pelajar sangat bersetuju bahawa penggunaan Internet membantu
meluaskan pemahaman dan pengetahuan mereka. Oleh itu, penyelidik berpendapat Internet
merupakan medium bagi menggalakkan pelajar mencari maklumat sendiri serta memberi
galakkan yang positif supaya pelajar dapat belajar sendiri dan dapat menanam semangat
belajar pelajar untuk menemui sesuatu yang baru untuk dipelajari bukan hanya bergantung
kepada guru dan juga sekolah.
Walaupun terdapat banyak laman web di Internet yang membolehkan pelajar mendapatkan
latihan yang meliputi kuiz interaktif dan juga tutor online yang dapat membantu mengajar
pelajar memahami sesuatu subjek pelajaran, namun pelajar kurang menggunakan ia sebagai
rujukan untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Selain itu juga terdapat
laman web yang membolehkan pelajar dapat berkomunikasi bersama pelajar lain dalam ruang
siber bagi mempraktikkan penggunaan bahasa yang betul seperti Bahasa Inggeris. Jika laman
interaktif tidak memadai, ada laman yang lebih menarik yang menyediakan pembelajaran
secara video yang memaparkan rakaman video berbentuk pengajaran, babak drama dan
hiburan yang lebih menarik untuk tontonan sambil belajar. Para guru boleh bertindak sebagai
pembimbing untuk menggalakkan pelajar melayari laman web tersebut. Secara tidak
langsung penggunaan internet dapat membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar.
Dalam aspek sosial, pelajar didapati kebanyakkannya menggunakan Internet untuk
mendapatkan ramai kenalan baru. Para pelajar hari ini bertanding dengan rakan-rakan untuk
mengumpul jumlah rakan yang paling ramai dalam akaun Facebook dan juga Twitter. Secara
keseluruhannya, penggunaan Internet di kalangan pelajar dalam aspek pelajaran berada pada
tahap sederhana manakala dalam aspek sosial berada pada tahap tinggi. Pelajar
menggunakan Internet untuk mendapatkan hiburan disamping rajin memuat turun sesuatu.
Pelajar memerlukan dunia hiburan untuk menenangkan fikiran tetapi ianya perlu pemantauan
bagi mengelakkan pelajar terpengaruh dengan gejala negatif yang tidak sihat seperti
kehidupan artis terutama artis-artis barat. Ibu bapa dan guru-guru perlu membimbing pelajar
agar penggunaan internet yang dapat membawa kepada manfaat yang baik.
7.3 Punca Ketagihan Internet
Ibu bapa pelajar dikategorikan sebagai golongan yang berpendapatan sederhana. Maka tidak
hairanlah apabila kajian mendapati majoriti pelajar telah pun mempunyai kemudahan Internet
sama ada berbentuk internet tanpa wayar “wireless” atau berbentuk jalur lebar atau lebih
dikenali sebagai “Broadband‟ yang membolehkan mereka mengakses Internet di mana
sahaja dengan hanya memasang “USB‟ di komputer. Selain jalur lebar, penggunaan “Mobile
Internet” juga mempunyai kebarangkalian yang tinggi digunakan di kalangan responden
kerana ia juga termasuk dalam kategori kemudahan Internet yang boleh diakses di mana-
mana sahaja melalui telefon bimbit pelajar. Dengan pakej yang murah seperti RM 2 yang
ditawarkan oleh syarikat komunikasi, pelajar boleh mengaktifkannya melalui telefon bimbit
dan mereka boleh melayari apa sahaja laman web dalam masa 1 hari. Cara ini mungkin tidak
dapat dikesan oleh ibu bapa bahawa anak-anak mereka boleh melayari Internet tanpa
menggunakan komputer di rumah.
Justeru, dengan pakej yang murah dan pelbagai yang ditawarkan oleh syarikat komunikasi
juga berkemungkinan merupakan punca bagi sesetengah pelajar yang mengalami ketagihan
Internet. Maka dapat dirumuskan, masyarakat kini sedar bahawa Internet merupakan satu
keperluan peribadi bagi mengetahui segala informasi atau apa sahaja yang ingin diketahui
hanya dengan sentuhan jari. Penggunaan Internet di kafe siber semakin lama semakin
berkurangan disebabkan majoriti di rumah sudah mempunyai perkhidmatan Internet sendiri.
Tidak kira di mana sahaja, masyarakat pada hari ini telah terdedah dengan kemudahan
Internet dan rata-rata sudah pun celik IT dan mereka menyedari kepentingan Internet.
Selain itu, majoriti responden mempunyai hobi melayari Internet. Ini bermakna pada waktu
lapang, pelajar akan mengisi masa dengan melayari Internet. Sekali gus dengan minat yang
mendalam melayari Internet, merupakan punca kepada sesetengah pelajar mengalami
ketagihan kerana mereka sanggup menghabiskan masa dengan melayari Internet untuk
keseronokan.
Pada pendapat penyelidik, faktor harga perkhidmatan Internet yang semakin murah,
menyebabkan kebanyakkan ibu bapa sudah mampu untuk melanggan perkhidmatan Internet
pada setiap bulan. Maka, dapat kita simpulkan bahawa dengan faktor mempunyai kemudahan
Internet di rumah dan berlatar belakangkan ibu bapa yang mampu menyediakan kemudahan
internet merupakan punca kepada sesetengah pelajar mempunyai ketagihan kepada Internet.
Pelajar yang mempunyai hobi melayari Internet juga berpotensi untuk merasa ketagih
Internet kerana mereka menggunakan masa lapang mereka untuk mengakses Internet.
7.4 Tahap Ketagihan Penggunaan Internet
Secara keseluruhannya berdasarkan kajian yang dijalankan penyelidik, responden didapati
berada pada tahap ketagihan yang sederhana iaitu pengguna sedang mengalami masalah biasa
kerana disebabkan oleh internet. Oleh itu pengguna perlu memastikan kesan secara
menyeluruh dalam penggunaan internet dalam kehidupan seharian mereka. Sekiranya
pengguna berada pada ketagihan penggunaan internet yang tinggi, bermakna penggunaan
internet membawa kesan yang mendalam dalam kehidupan pengguna. Pengguna seharusnya
menimbang keburukkan internet pada diri sendiri dan perlu mengakui bahawa penggunaan
internet yang berlebihan akan membawa kepada kelalaian dalam kehidupan.
8.0 Kesimpulan
Dewasa ini istilah ’Dunia Tanpa Sempadan’ sering digunakan yang begitu sinonim dengan
internet. Ianya merujuk kepada, internet sebagai ’rangkaian komputer antarabangsa’ yang
membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu dengan yang lain
dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia.
Penggunaan internet di Malaysia adalah bukan sesuatu yang asing di kalangan para remaja
khususnya kepada pelajar. Oleh hal yang demikian, terdapat kesan positif dan juga negatif
melalui penggunaan internet dalam kalangan pelajar khususnya.
Antara kesan-kesan positif penggunaan internet ialah internet bertindak sebagai satu medium
interaksi tanpa sempadan di seluruh dunia. Sebagai contoh, laman sosial seperti Facebook,
MySpace, Friendster dan lain-lain. Dengan menggunakan internet dan juga laman sosial ini,
para pelajar dapat menerokai dunia luar dengan mudah.
Para pelajar dapat menambah kenalan dari seluruh pelosok dunia. Mereka juga dapat saling
bertukar pandangan dan berkongsi cerita mengenai negara dan budaya negara masing-
masing. Hal ini secara tidak langsung, dapat memupuk semangat kesejahteraan dan
keamanan sejagat melalui internet kerana para pengguna internet dapat serba sedikit
pengetahuan mengenai sesuatu budaya di negara tersebut.
Selain itu juga dalam bidang pendidikan penggunaan internet boleh dikenalpasti sebagai
salah satu medium untuk membantu pelajar-pelajar dan guru- guru dalan proses pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini adalah sangat penting kerana dapat mendedahkan pelajar-pelajar
kepada dunia teknologi yang semakin berkembang pesat dan dalam usaha meletakkan mereka
seiring dengan kemajuan dunia IT. Terdapat pelbagai laman web dan aplikasi pembelajaran
yang sangat membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar.
Dengan menggunakan internet, para pelajar dapat meningkatkan produktiviti dan kemajuan
dalam pelajaran kerana mereka mempunyai sumber lain sebagai maklumat tambahan dalam
pembelajaran mereka di samping pembelajaran dalam kelas. Pelajar tidak hanya bergantung
kepada guru dan sumber buku teks semata-mata dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Namun hal yang sedemikian, adalah penting bagi para pelajar untuk mengetahui dan
menyedari had serta batasan terhadap penggunaan internet. Hal ini kerana, penggunaan tanpa
had akan membawa kesan yang negatif terhadap diri mereka sendiri.
Antara kesan-kesan buruk penggunaan internet adalah mendedahkan para pelajar kepada
unsur-unsur luar atau budaya kuning yang mana tidak membawa manfaat kepada para pelajar
itu sendiri. Sebagai contoh,budaya barat tidak semuanya adalah bagus untuk ditiru seperti
budaya seks bebas dan hedonisme.
Kesan yang kedua, penggunaan internet tanpa had mendedahkan para remaja kepada jenayah
siber. Dewasa ini, jenayah siber semakin meningkat selari dengan pertambahan bilangan
pengguna internet. Antara jenis-jenis jenayah siber adalah penipuan, kerosakan atau
pengubahsuaian keatas program atau data komputer, kecurian maklumat,capaian secara tidak
sah ke atas sistem, menyalin perisian secara tidak sah, pengintipan, judi siber, penggodam
atau ’hacker’, penyebaran virus dan jenayah pornografi. Jenayah siber dilakukan oleh
golongan yang tidak bertanggungjawab dan juga yang tidak menghargai kemudahan internet
yang telah disediakan.
Selain itu, tindakan melayari internet untuk satu tempoh masa yang lama iaitu yang terlibat
dalam mengalami masalah ketagihan penggunaan internet yang tinggi, ianya boleh
mengundang kepada masalah kesihatan secara mental dan juga fizikal. Contohnya, sakit
belakang, sakit di pergelangan tangan akibat menggunakan tangan dalam jangka masa yang
panjang, sakit mata akibat terlalu lama memandang skrin komputer dan lain-lain. Seseorang
itu akan menjadi lebih pasif dan kurang bersosial dengan orang lain. Kerana masa lebih
banyak dihabiskan dengan mengadap komputer. Ketagihan internet yang terlampau sehingga
berbelas-belas jam sehari berisiko menjejaskan perkembangan minda pelayarnya,
menyebabkan tingkah laku tidak terkawal iaitu agresif, kurang berinteraksi dan cenderung
meniru aksi yang ditonton dalam alam maya. Malahan lebih teruk lagi, kebanyakan remaja
terutama lelaki secara tidak sengaja mudah terikut dengan pengaruh rakan sebaya sekali gus
terjebak melayari laman web porno atau berunsur lucah.
Peranan ibu bapa adalah mengehadkan aktiviti anak-anak di hadapan skrin dan jauhi tindakan
memberikan gajet sebagai alat supaya anak leka dan tidak meragam atau menggunakan gajet
sebagai penghubung serta alat pemantau anak di luar rumah. Pelajar pula seharusnya bijak
dalam memanfaatkan internet dengan sewajarnya dan hanya menggunakan internet sekiranya
mempunyai keperluan untuk berbuat demikian. Hal ini dapat sekaligus dapat menggelakkan
gejala ketagihan internet yang mana mereka ’terkurung’ dalam dunia ciptaan sendiri.

More Related Content

What's hot

KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
Naveen Segaran
 
Ringkasan Penelitian Dampak Penggunaan Smartphone Di Kalangan Pelajar Nama : ...
Ringkasan Penelitian Dampak Penggunaan Smartphone Di Kalangan Pelajar Nama : ...Ringkasan Penelitian Dampak Penggunaan Smartphone Di Kalangan Pelajar Nama : ...
Ringkasan Penelitian Dampak Penggunaan Smartphone Di Kalangan Pelajar Nama : ...Nur Anita Okaya
 
Laporan Tahap 1 Metpen
Laporan Tahap 1 MetpenLaporan Tahap 1 Metpen
Laporan Tahap 1 MetpenAldi Putra
 
Laporan kajian-penggunaan-web-2.0
Laporan kajian-penggunaan-web-2.0Laporan kajian-penggunaan-web-2.0
Laporan kajian-penggunaan-web-2.0
cik_orked
 
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talianPersepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
AidaNabila7
 
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
AidaNabila7
 
Metode penelitiantahap1
Metode penelitiantahap1Metode penelitiantahap1
Metode penelitiantahap1corenida
 
KPT 6044 tugasan 1 powerpoint
KPT 6044 tugasan 1 powerpointKPT 6044 tugasan 1 powerpoint
KPT 6044 tugasan 1 powerpointnuurad
 
Web 2.0 Dalam Pendidikan
Web 2.0 Dalam PendidikanWeb 2.0 Dalam Pendidikan
Web 2.0 Dalam Pendidikan
cik_orked
 
Media sosial
Media sosialMedia sosial
Media sosial
asampedas1996
 

What's hot (18)

KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
 
Metpen akhir
Metpen akhirMetpen akhir
Metpen akhir
 
Ringkasan Penelitian Dampak Penggunaan Smartphone Di Kalangan Pelajar Nama : ...
Ringkasan Penelitian Dampak Penggunaan Smartphone Di Kalangan Pelajar Nama : ...Ringkasan Penelitian Dampak Penggunaan Smartphone Di Kalangan Pelajar Nama : ...
Ringkasan Penelitian Dampak Penggunaan Smartphone Di Kalangan Pelajar Nama : ...
 
Perbandingan penggunaan telefon_pintar_u
Perbandingan penggunaan telefon_pintar_uPerbandingan penggunaan telefon_pintar_u
Perbandingan penggunaan telefon_pintar_u
 
Penggunaan telefon bimbit sebagai medium
Penggunaan telefon bimbit sebagai mediumPenggunaan telefon bimbit sebagai medium
Penggunaan telefon bimbit sebagai medium
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Laporan Tahap 1 Metpen
Laporan Tahap 1 MetpenLaporan Tahap 1 Metpen
Laporan Tahap 1 Metpen
 
Tugas proposal
Tugas proposalTugas proposal
Tugas proposal
 
Laporan kajian-penggunaan-web-2.0
Laporan kajian-penggunaan-web-2.0Laporan kajian-penggunaan-web-2.0
Laporan kajian-penggunaan-web-2.0
 
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talianPersepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
Persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
 
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
(tugasan kumpulan) Artikel persepsi pelajar terhadap pembelajaran atas talian
 
Metode penelitiantahap1
Metode penelitiantahap1Metode penelitiantahap1
Metode penelitiantahap1
 
KPT 6044 tugasan 1 powerpoint
KPT 6044 tugasan 1 powerpointKPT 6044 tugasan 1 powerpoint
KPT 6044 tugasan 1 powerpoint
 
Oumh1103
Oumh1103Oumh1103
Oumh1103
 
Pembentangan tugasan 1
Pembentangan tugasan 1Pembentangan tugasan 1
Pembentangan tugasan 1
 
Web 2.0 Dalam Pendidikan
Web 2.0 Dalam PendidikanWeb 2.0 Dalam Pendidikan
Web 2.0 Dalam Pendidikan
 
ICT #2
ICT #2ICT #2
ICT #2
 
Media sosial
Media sosialMedia sosial
Media sosial
 

Similar to Tugasan 3 : Kajian tinjauan web

Kajian tinjauan web
Kajian tinjauan webKajian tinjauan web
Kajian tinjauan webhelidzia
 
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajarLaporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajarSalisa Setiawati
 
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajarLaporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajarfathad
 
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajarLaporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajarfathad
 
KPT6044 Kajian Tinjauan_ppt
KPT6044 Kajian Tinjauan_pptKPT6044 Kajian Tinjauan_ppt
KPT6044 Kajian Tinjauan_pptngochooihong
 
Medpen tahap akhir
Medpen tahap akhirMedpen tahap akhir
Medpen tahap akhir
bankir212
 
Cabaran pelajar belajar atas talian
Cabaran pelajar belajar atas talianCabaran pelajar belajar atas talian
Cabaran pelajar belajar atas talian
Damairin Selangor
 
Oumh1103
Oumh1103 Oumh1103
Oumh1103
Romzi Bin Zainal
 
Oumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learnersOumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learners
Romzi Bin Zainal
 
KPT6044 Kajian Tinjauan_pdf
KPT6044 Kajian Tinjauan_pdfKPT6044 Kajian Tinjauan_pdf
KPT6044 Kajian Tinjauan_pdfngochooihong
 
Dampak negatif situs jejaring sosial dan ayat tentang teknologi
Dampak negatif situs jejaring sosial dan ayat tentang teknologiDampak negatif situs jejaring sosial dan ayat tentang teknologi
Dampak negatif situs jejaring sosial dan ayat tentang teknologi
Yukma Widjaya
 
Makalah seni rupa terapan
Makalah seni rupa terapanMakalah seni rupa terapan
Makalah seni rupa terapan
Warnet Raha
 
Tahap1(pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar mahasiswa)
Tahap1(pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar mahasiswa)Tahap1(pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar mahasiswa)
Tahap1(pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar mahasiswa)fathad
 
Metpen tahap 1
Metpen tahap 1Metpen tahap 1
Metpen tahap 1Aldi Putra
 
Pemanfaatan Internet Balerancage
Pemanfaatan Internet BalerancagePemanfaatan Internet Balerancage
Pemanfaatan Internet Balerancage
Gun Gun Gunawan
 
Laporan akhir muhammad tofa ngenda j1_f111238
Laporan akhir muhammad tofa ngenda j1_f111238Laporan akhir muhammad tofa ngenda j1_f111238
Laporan akhir muhammad tofa ngenda j1_f111238lxionsaga
 
KARYA ILMIAH XII MIPA2. Din.docx
KARYA ILMIAH XII MIPA2. Din.docxKARYA ILMIAH XII MIPA2. Din.docx
KARYA ILMIAH XII MIPA2. Din.docx
WodhifelDkSnakthia19
 
Slide Artikel TIDP kumpulan 7
Slide Artikel TIDP kumpulan 7Slide Artikel TIDP kumpulan 7
Slide Artikel TIDP kumpulan 7
RubinaKhan69
 
BAHASA INDONESIA: MAKALAH "Dampak Teknologi dan Komunikasi Terhadap Aktivitas...
BAHASA INDONESIA: MAKALAH "Dampak Teknologi dan Komunikasi Terhadap Aktivitas...BAHASA INDONESIA: MAKALAH "Dampak Teknologi dan Komunikasi Terhadap Aktivitas...
BAHASA INDONESIA: MAKALAH "Dampak Teknologi dan Komunikasi Terhadap Aktivitas...Ghina Siti Ramadhanty
 

Similar to Tugasan 3 : Kajian tinjauan web (20)

Kajian tinjauan web
Kajian tinjauan webKajian tinjauan web
Kajian tinjauan web
 
Metpen akhir
Metpen akhirMetpen akhir
Metpen akhir
 
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajarLaporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
 
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajarLaporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
 
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajarLaporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
Laporan akhir pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar
 
KPT6044 Kajian Tinjauan_ppt
KPT6044 Kajian Tinjauan_pptKPT6044 Kajian Tinjauan_ppt
KPT6044 Kajian Tinjauan_ppt
 
Medpen tahap akhir
Medpen tahap akhirMedpen tahap akhir
Medpen tahap akhir
 
Cabaran pelajar belajar atas talian
Cabaran pelajar belajar atas talianCabaran pelajar belajar atas talian
Cabaran pelajar belajar atas talian
 
Oumh1103
Oumh1103 Oumh1103
Oumh1103
 
Oumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learnersOumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learners
 
KPT6044 Kajian Tinjauan_pdf
KPT6044 Kajian Tinjauan_pdfKPT6044 Kajian Tinjauan_pdf
KPT6044 Kajian Tinjauan_pdf
 
Dampak negatif situs jejaring sosial dan ayat tentang teknologi
Dampak negatif situs jejaring sosial dan ayat tentang teknologiDampak negatif situs jejaring sosial dan ayat tentang teknologi
Dampak negatif situs jejaring sosial dan ayat tentang teknologi
 
Makalah seni rupa terapan
Makalah seni rupa terapanMakalah seni rupa terapan
Makalah seni rupa terapan
 
Tahap1(pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar mahasiswa)
Tahap1(pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar mahasiswa)Tahap1(pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar mahasiswa)
Tahap1(pemanfaatan internet sebagai sarana belajar dan mengajar mahasiswa)
 
Metpen tahap 1
Metpen tahap 1Metpen tahap 1
Metpen tahap 1
 
Pemanfaatan Internet Balerancage
Pemanfaatan Internet BalerancagePemanfaatan Internet Balerancage
Pemanfaatan Internet Balerancage
 
Laporan akhir muhammad tofa ngenda j1_f111238
Laporan akhir muhammad tofa ngenda j1_f111238Laporan akhir muhammad tofa ngenda j1_f111238
Laporan akhir muhammad tofa ngenda j1_f111238
 
KARYA ILMIAH XII MIPA2. Din.docx
KARYA ILMIAH XII MIPA2. Din.docxKARYA ILMIAH XII MIPA2. Din.docx
KARYA ILMIAH XII MIPA2. Din.docx
 
Slide Artikel TIDP kumpulan 7
Slide Artikel TIDP kumpulan 7Slide Artikel TIDP kumpulan 7
Slide Artikel TIDP kumpulan 7
 
BAHASA INDONESIA: MAKALAH "Dampak Teknologi dan Komunikasi Terhadap Aktivitas...
BAHASA INDONESIA: MAKALAH "Dampak Teknologi dan Komunikasi Terhadap Aktivitas...BAHASA INDONESIA: MAKALAH "Dampak Teknologi dan Komunikasi Terhadap Aktivitas...
BAHASA INDONESIA: MAKALAH "Dampak Teknologi dan Komunikasi Terhadap Aktivitas...
 

Tugasan 3 : Kajian tinjauan web

  • 1. PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB ( KPT 6044) --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- TUGASAN 3 Tinjauan Terhadap Jenis Penggunaan Internet Dan Tahap Ketagihan Internet Di Kalangan Pelajar --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- DISEDIAKAN OLEH: HELIDZIA BT RAMLI (M20102000970) PENSYARAH: PROF M. ABDUL LATIF B. HJ. GAPOR 1.0 PENGENALAN
  • 2. Mutakhir ini, teknologi maklumat berkembang dengan semakin pesat dan pantas menjadikan dunia berhubung tanpa sempadan dan batasan. Ledakan informasi teknologi maklumat atau secara ringkasnya ICT (Information Communication Technology), membawa perubahan yang besar dalam hidup kita yang sedang membangun. Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Dulu penggunaan Internet hanya bergantung pada sebuah komputer, kini Internet juga mampu diakses dengan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai perisian perkhidmatan Internet tanpa wayar (Wireless). Sehubungan dengan itu, perkhidmatan Internet tanpa wayar yang terdapat di mana-mana sahaja seperti di kafe, restoran, lapangan terbang, hotel dan pusat membeli belah memudahkan pengguna mengakses Internet. Lantaran wujudnya syarikat yang menyediakan perkhidmatan Internet tanpa wayar dan jalur lebar dengan harga yang begitu murah seperti syarikat Celcom dan Maxis merupakan salah satu faktor meningkatnya jumlah pelayar siber. Dari semasa ke semasa harga langganan perkhidmatan Internet tanpa wayar dan jalur lebar semakin menurun dengan kadar yang munasabah disebabkan syarikat-syarikat berkenaan bersaing untuk menarik perhatian pengguna Internet untuk melanggan. Justeru, kebanyakannya penduduk dibandar mahupun bukan bandar sudah memiliki sendiri perkhidmatan Internet terutamanya jalur lebar bagi membolehkan mereka mengakses Internet ke mana dan pada bila-bila masa sahaja yang mereka mahu. Berdasarkan statistik Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) (dalam Irfan Khairi 2010), jumlah pengguna Internet di Malaysia tahun 2010 mencecah 16.9 juta orang. Di Malaysia, antara rangkaian sosial yang paling popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung (Shahrizan Salian, 2010). Siber Kafe merupakan “port” atau tempat lepak kepada remaja yang gemar melayari Internet bagi mengisi masa lapang mereka. Senario ini sering terjadi kepada pelajar sekolah rendah mahupun menengah mereka lebih banyak meluangkan masa dengan hanya duduk di hadapan komputer. Tambahan pula, kebiasaannya pelajar sekolah yang gemar menggunakan Internet dengan tujuan untuk mendapatkan hiburan dengan cara bersembang di rangkaian sosial atau chat, memuat turun lagu, klip video, gambar dan mengemaskini blog atau mengikuti perkembangan blog-blog lain selalunya adalah pelajar yang bersekolah menengah atas. Hal ini disebabkan mereka lebih pandai dan berpengalaman dalam menggunakan komputer berbanding pelajar yang bersekolah menengah rendah. Sehubungan dengan itu, pelajar menengah atas juga lebih matang dan selalunya Internet menjadi saluran kepada mereka untuk mengikuti perkembangan idola pujaan mereka.
  • 3. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Maklumat Internet yang mudah dicapai dan diakses menyebabkan pengguna terutama golongan remaja sekolah mampu mencari maklumat apa sahaja tanpa batasnya dengan satu “klik” tanpa merujuk pada sesiapa. Hal ini lebih membimbangkan apabila sikap remaja yang suka mengambil tahu dan mahu mencuba sesuatu yang baru menyebabkan mereka mampu mengaksesnya dengan begitu mudah dan pantas. Secara ringkasnya, remaja sekolah mudah mengakses laman yang tidak sihat dan boleh memudaratkan diri. Berdasarkan kajian oleh Norton Online Living Report (NOLR) di Malaysia mengenai tabiat penggunaan Internet, mendapati remaja menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari Internet. Jumlah itu sebenarnya 6 jam lebih banyak daripada masa purata NOLR peringkat global berdasarkan kajian ke atas 12 negara utama dunia dan ia juga 4 jam lebih banyak daripada ibu bapa mereka. Justeru, kemudahan yang banyak terdapat dalam Internet, memberi banyak kesan sampingan kepada pelayar siber. Pelajar kurang memberi tumpuan dalam pelajaran disebabkan pelajaran mereka terganggu disebabkan tiada banyak masa untuk mengulangkaji. Tambahan lagi, sikap pelajar yang sanggup ponteng sekolah untuk ke siber kafe disebabkan ketagihan Internet turut menjejaskan kesihatan diri, dan pelajaran. Malahan negara juga turut mendapat impak besar akibat gejala yang tidak sihat gara-gara ketagihan Internet. Berdasarkan hal itu, penyelidik melakukan kajian untuk mengenalpasti tahap ketagihan Internet yang dialami oleh pelajar pada masa kini, dan punca pelajar mengalami ketagihan Internet serta jenis penggunaan Internet yang kerap diakses oleh pelajar. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk 1. Mengenalpasti jenis penggunaan Internet di kalangan remaja sekolah. 2. Mengenalpasti tujuan sebenar remaja sekolah menggunakan Internet. 3. Mengenalpasti punca ketagihan penggunaan Internet. 4. Mengenalpasti tahap ketagihan penggunaan Internet di kalangan remaja sekolah. 5. Mengenalpasti kesan kepada remaja sekolah yang menggunakan Internet secara berlebihan. 4.0 FAKTOR MENGGUNAKAN INTERNET
  • 4. Kajian berhubung rangkaian sosial mendapati, remaja di negara ini cenderung untuk menyertai sesuatu rangkaian sosial tertentu seperti Friendster dan Facebook kerana mempunyai perasaan memiliki (sense of belonging) yang kuat (Jens Olav Bjornson, dalam Adham Shadan (2010)). Selain melayari laman sosial, blog juga merupakan laman yang sering dilayari oleh pelajar. Pada hari ini juga didapati terdapat kesedaran yang semakin meningkat terhadap penggunaan blog di kalangan rakyat Malaysia. Menurut Rozinah Jamaludin (2007), pelajar sekolah sering terlibat dalam isu ketagihan Internet. Hal ini disebabkan oleh tiada disiplin diri dalam diri pelajar. Pengurusan masa yang tidak teratur dan tiada kawalan daripada keluarga atau orang lain yang lebih dewasa merupakan faktor remaja terlibat dalam kegiatan Internet yang berlebihan. Di samping itu, faktor ekonomi keluarga juga merupakan faktor pelajar sekolah melayari Internet secara berlebihan. Faktor ekonomi yang dimaksudkan ialah golongan keluarga yang sudah mampu memiliki sistem komputer dan mudah menyediakan talian Internet di rumah. Faktor ini disokong berdasarkan kajian dari luar negara oleh Patricia et. al. (2000), yang mendapati pelajar dari semua bangsa dan etnik, yang mempunyai komputer di rumah keluarga mereka, cenderung untuk menggunakan Internet berjam lamanya pada setiap minggu berbanding mereka yang dibesarkan dalam keluarga tanpa komputer. 5.0 REKABENTUK KAJIAN Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku atau menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji (Majid Konting, 1994). Untuk kajian ini, penyelidik menggunakan penyelidikan deskriptif jenis tinjauan kerana kaedah tinjauan merupakan satu cara yang spesifik bagi mengumpul maklumat berkenaan sekumpulan besar populasi. Dalam kajian ini maklumat pelajar yang terlibat akan dikumpul melalui penggunaan instrumen berbentuk soal selidik. Penggunaan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik memudahkan penyelidik memperolehi kerjasama daripada responden. Penyelidik menggunakan instrumen berbentuk soal selidik kerana ia senang ditadbir, data mudah dikutip dan di analisis. 5.1 Lokasi, dan Sampel Kajian
  • 5. Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Tasek Damai, Ipoh Perak. sekolah menengah ini terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Ianya adalah bertujuan untuk melihat perbezaan penggunaan Internet dan untuk mengetahui tahap ketagihan penggunaan Internet di kalangan pelajar berdasarkan persekitaran sekolah ini. Hanya sebuah kelas sahaja diambil sebagai sampel kajian. Hal ini disebabkan kekangan masa untuk menjalankan penyelidikan. Justeru, hanya 36 orang pelajar dari Tingkatan 4PA dijadikan sampel kajian untuk mewakili populasi pelajar tingkatan 4 Sekolah Menangah Tasek Damai Ipoh, Perak. 5.2 Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan instrumen soal-selidik sebagai instrumen kajian terhadap responden untuk mendapatkan maklum balas dan pengumpulan data. Kertas soal-selidik ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A ialah maklumat latar belakang responden dan jenis aplikasi Internet mengikut kekerapan yang dilayari oleh responden, Bahagian B ialah pengukur tahap ketagihan Internet dan Bahagian C ialah tujuan menggunakan internet. 6.0 ANALISIS DATA 6.1 Analisis Data Bahagian Jantina Jadual 1 : Taburan Bilangan Responden Mengikut Jantina Jantina N Peratus (%) Lelaki 16 44.4 Perempuan 20 55.6 Jumlah 36 100 Jadual 1 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut jantina. Hasil kajian menunjukkan seramai 16 orang (44.4%) adalah pelajar-pelajar lelaki manakala seramai 20 orang (55.6%) adalah pelajar-pelajar perempuan. 6.1.1 Jenis Penggunaan Internet Jadual 2 : Jenis Penggunaan ketika melayari internet
  • 6. Jenis Aplikasi Bil Internet / Laman Lelaki Perempuan Web 1 Laman web berita / isu semasa 2 (12.5%) 7 (35%) 2 Laman web video / online movie 16 (100%) 20 (100%) 3 Laman web pendidikan / e-pembelajaran 3 (18.8%) 2 (10%) 4 Laman web rangkaian sosial 16 (100%) 20 (100%) 5 Laman web pornografi 2 (12.5%) 0 (0%) 6 Permaianan atas talian (online game) 11 (66.8%) 5 (25%) 7 Chatting 12 (75%) 17 (85%) 8 E-mel 4 (25%) 4 (20%) 9 Laman memuat turun (download) 10 (62.5%) 18 (90%) 10 Laman web hiburan 16 (100%) 19 (95%) 11 Blog 7 (43.8%) 10 (50%) Dari sudut jenis penggunaan Internet, laman rangkaian sosial dan laman web video / online movie adalah laman web yang paling kerap dilayari oleh responden (Jadual 2). Dapatan menunjukkan kesemua responden iaitu seramai 36 orang responden (100%) sentiasa melayari kedua-dua laman web ini. Hal ini menunjukkan laman web sosial seperti Facebook, Twitter, Tagged, Friendster, dan Myspace dan Youtube merupakan jenis aplikasi yang paling kerap dilayari oleh responden. Seterusnya diikuti dengan lawan web hiburan iaitu terdiri daripada 16 orang responden (100%) lelaki dan 19 orang responden (95%) perempuan. Seterusnya didapati responden juga menggunakan internet untuk tujuan memuat turun (download) sesuatu bahan iaitu 10 orang responden (62.5%) lelaki dan 19 orang responden (80%) perempuan. Kepesatan dunia teknologi maklumat dan komunikasi juga menyebabkan responden menggunakan saluran internet untuk berkomonukasi iaitu melalui laman chatting dapatan dapat menunjukkan 12 orang responden (75%) lelaki manakala 17 orang responden (85%) perempuan telah menggunakan laman ini untuk berkomunikasi. Didapati laman web berbentuk ilmiah kurang dilawati oleh responden berdasarkan analisis menunjukkan bagi laman web berita / isu semasa hanya 2 orang responden (12.5%) lelaki dan 7 orang responden (35%) perempuan yang melayari laman ini manakala bagi laman web pendidikan / e-pembelajaran pula masing-masing 3 orang responden (18.8%) lelaki dan 2 orang responden (10%) perempuan. Hasil kajian mendapati, laman web pornografi juga merupakan salah satu jenis aplikasi Internet yang turut dilayari oleh responden iaitu hanya melibatkan responden lelaki seramai 2
  • 7. orang (12.5%). Responden lelaki juga didapati lebih cenderung menggunakan internet bagi tujuan bermaian permainan atas talian (online game) iaitu seramai 11 orang (66.8%) manakala hanya 5 orang responden (25%) perempuan sahaja yang terlibat. Penggunaan e-mel didapati kurang meluas dikalangan responden kerana masing-masing mencatatkan 4 orang sahaja responden lelaki dan perempuan. 6.2 Analisis Data Bahagian Tahap Ketagihan Berdasarkan Jam Penggunaan Internet Bahagian ini adalah untuk mengukur tahap ketagihan penggunaan Internet di kalangan pelajar melalui jam penggunaan. Jadual 3 : Tahap Ketagihan Berdasarkan Jam Penggunaan Internet Jam Penggunaan Internet (Sehari) Lelaki Perempuan Kurang daripada 1 jam 0 0 1 hingga 2 jam 3 (18.8%) 5 (25 %) 3 hingga 4 jam 10 (62.5%) 13 (65 %) Melebihi 5 jam 3 (18.8%) 2 (10 %) Jumlah 16 20 Melalui soal selidik yang diedarkan kepada pelajar didapati tiada responden yang menggunakan internet kurang daripada 1 jam yang menunjukkan tidak mengalami sebarang ketagihan penggunaan internet. Seramai 3 orang responden (18.8%) lelaki dan 5 orang responden (25%) perempuan memperuntukan 1 hingga 2 jam sehari dalam penggunaan internet yang menunjukkan tahap ketagihan yang sedikit. Majoriti responden berada pada tahap ketagihan yang sederhana dalam iaitu menggunakan 3 hingga 4 jam sehari melayari internet dengan 10 orang responden (62.5%) adalah lelaki dan 13 orang responden (65%) lagi adalah perempuan. Hasil kajian menunjukkan terdapat responden yang menggunakan internet melebihi 5 jam sehari iaitu berada pada tahap ketagihan yang tinggi dengan diwakili seramai 3 orang responden (18.8%) lelaki dan 2 orang responden (20%) perempuan. 6.3 Analisis Data Bahagian Tujuan Melayari Internet
  • 8. 6.3.1 Pelajaran Jadual 4 : Tujuan Penggunaan Internet Dalam Aspek Pelajaran Bil Pernyataan Lelaki Perempuan 1 Saya mahu memahirkan diri dalam penggunaan komputer 12 (75%) 19 (95%) 2 Saya selalu membuat kerja sekolah dengan bantuan laman 3 (18.8%) 8 (40%) web ilmiah di internet 3 Saya suka berkongsi pendapat mengenai pelajaran dengan 3 (18.8%) 4 (20%) rakan melalui internet 4 Internet menyebabkan saya berminat dan rajin menyiapkan 2 (12.5%) 5 (25%) kerja sekolah yang diberikan oleh guru 5 Penggunaan internet membantu meningkatkan prestasi 12 (75%) 16 (80%) akademik saya 6 Internet menambahkan keyakinan saya dalam penggunaan 14 ( 87.5%) 16 (80%) Bahasa Inggeris 7 Internet membantu meluaskan pemahaman dan 16 (100%) 19 (95%) pengetahuan saya 8 Internet membantu saya untuk menghantar dan menerima 0 (0 %) 3 (15%) tugasan di antara kawan yang jauh Dari sudut tujuan melayari internet dalam aspek pelajaran di dapati majoriti pelajar bersetuju bahawa internet dapat membantu meluaskan pemahaman dan pengetahuan responden iaitu 16 orang (100%) lelaki dan 19 orang responden (95%) perempuan. Diikuti dengan internet dapat menambahkan kayakinan respnden dalam penggunaan Bahasa Inggeris iaitu 14 orang (87.5%) responden lelaki dan 16 orang responden (80%) perempuan. Selain itu dalam aspek pelajaran juga hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan internet dapat membantu meningkatkan prestasi akademik di kalangan pelajar iaitu seramai 14 orang (87.5%) lelaki dan 16 orang responden (80%) perempuan bersetuju dengan pernyataan tersebut. Walau bagaimanapun hanya 3 orang (18.8%) lelaki dan 8 orang responden (40%) perempuan yang sering menyiapkan kerja sekolah dengan bantuan laman web ilmiah di internet. Dapatan ini selari dengan menunjukkan pelajar kurang bersetuju bahawa internet menyebabkan responden berminat dan rajin menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru iaitu berdasarkan analisis hanya diwakili oleh 2 orang (12.5%) lelaki dan 5 orang responden (25%) perempuan. Hal ini disebabkan responden ingin memahirkan diri dalam penggunaan komputer masing-masing dengan 12 orang responden (75%) lelaki dan 19 orang responden (95%) perempuan. 6.3.2 Sosial
  • 9. Jadual 5 : Analisis Tujuan Penggunaan Internet Dalam Aspek Sosial Bil Pernyataan Lelaki Perempuan 1 Saya menggunakan internet untuk mendapat kenalan baru 14 ( 87.5%) 18 (90%) 2 Saya mempunyai blog sendiri yang membolehkan saya 3 (18.8%) 5 (25%) menceritakan apa sahaja sama ada berkaitan diri sendiri atau orang lain 3 Hobi saya ialah melayari internet 14 ( 87.5%) 19 (95%) Dari sudut penggunaan internet dalam aspek sosial pula, didapati 14 orang responden (87.5%) lelaki dan 18 orang responden (90%) perempuan menggunakan internet bertujuan untuk mendapat kenalan baru. Seterusnya hanya 3 orang responden (18.8%) lelaki dan 5 orang responden (25%) perempuan sahaja yang mengakui mempunyai blog sendiri yang membolehkan mereka menceritakan apa sahaja sama ada berkaitan diri sendiri atau orang lain. Majoriti responden bersetuju bahawa melayari internet adalah merupakan satu hobi dengan 14 orang (87.5%) responden lelaki dan 19 orang responden (95%) perempuan. 7.0 PERBINCANGAN 7.1 Jenis Penggunaan Internet / Aplikasi Internet Yang Kerap Diakses Oleh Pelajar Laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Tagged, Myspace, dan Friendster dan laman web video/online movie iaitu Youtube merupakan aplikasi yang sering dilayari oleh remaja sekolah pada masa kini. Majoriti responden melayari laman rangkaian sosial dan video ini pada setiap hari. Maka, disini dapat kita lihat bahawa aplikasi laman web sosial dan video sangat menarik perhatian ramai pelajar. Hal ini disebabkan, boleh dikatakan semua rumah mempunyai jaringan Internet, bahkan pelajar yang memiliki telefon bimbit juga berupaya melanggani akaun Facebook dan menonton video melalui telefon bimbit mereka. Walau bagaimanapun penggunaan emel tidaklah mendapat perhatian daripada pelajar, kerana kajian menunjukkan penggunaan emel tidak begitu popular dikalangan pelajar. Dari sudut penggunaan laman web pendidikan atau e-pembelajaran sebilangan kecil sahaja pelajar yang melayari laman tersebut. Pada pendapat penyelidik, pelajar jarang melayari laman web pendidikan kerana pelajar kurang meminati dan kurang pendedahan tentang laman yang berilmiah. Pendedahan dan pengenalan kepada laman web berilmiah adalah penting supaya seseorang pelajar itu dapat menguasai kemahiran asas menggunakan e-pembelajaran kerana
  • 10. mereka yang tidak mempunyai kemahiran asas berhubung dengan Internet tidak mungkin dapat menggunakan e-pembelajaran dengan baik dan berkesan. Secara keseluruhannya, laman yang menarik minat pelajar masa kini adalah laman rangkaian sosial. Pelajar lebih berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan menerusi alam siber, disamping mengetahui status atau berita terkini mengenai artis kesayangan mereka. 7.2 Tujuan Menggunakan Internet Dengan wujudnya kemudahan Internet, kanak-kanak dan remaja memperolehi banyak faedah untuk menimba ilmu di samping berkomunikasi sesama mereka di laman web sosial atau di ruang sembang. Dalam aspek pelajaran, pelajar menggunakan Internet untuk memahirkan diri dalam penggunaan komputer. Justeru, penyelidik berpendapat, pengaruh Internet yang semakin canggih dan berkembang, telah memberi motivasi kepada ramai pengguna termasuk pelajar untuk belajar menggunakan komputer. Internet mampu mendorong pelajar untuk meningkatkan pembelajaran secara kendiri di samping mahir dalam penggunaan komputer. Kajian juga mendapati, pelajar sangat bersetuju bahawa penggunaan Internet membantu meluaskan pemahaman dan pengetahuan mereka. Oleh itu, penyelidik berpendapat Internet merupakan medium bagi menggalakkan pelajar mencari maklumat sendiri serta memberi galakkan yang positif supaya pelajar dapat belajar sendiri dan dapat menanam semangat belajar pelajar untuk menemui sesuatu yang baru untuk dipelajari bukan hanya bergantung kepada guru dan juga sekolah. Walaupun terdapat banyak laman web di Internet yang membolehkan pelajar mendapatkan latihan yang meliputi kuiz interaktif dan juga tutor online yang dapat membantu mengajar pelajar memahami sesuatu subjek pelajaran, namun pelajar kurang menggunakan ia sebagai rujukan untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Selain itu juga terdapat laman web yang membolehkan pelajar dapat berkomunikasi bersama pelajar lain dalam ruang siber bagi mempraktikkan penggunaan bahasa yang betul seperti Bahasa Inggeris. Jika laman interaktif tidak memadai, ada laman yang lebih menarik yang menyediakan pembelajaran secara video yang memaparkan rakaman video berbentuk pengajaran, babak drama dan hiburan yang lebih menarik untuk tontonan sambil belajar. Para guru boleh bertindak sebagai pembimbing untuk menggalakkan pelajar melayari laman web tersebut. Secara tidak langsung penggunaan internet dapat membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar.
  • 11. Dalam aspek sosial, pelajar didapati kebanyakkannya menggunakan Internet untuk mendapatkan ramai kenalan baru. Para pelajar hari ini bertanding dengan rakan-rakan untuk mengumpul jumlah rakan yang paling ramai dalam akaun Facebook dan juga Twitter. Secara keseluruhannya, penggunaan Internet di kalangan pelajar dalam aspek pelajaran berada pada tahap sederhana manakala dalam aspek sosial berada pada tahap tinggi. Pelajar menggunakan Internet untuk mendapatkan hiburan disamping rajin memuat turun sesuatu. Pelajar memerlukan dunia hiburan untuk menenangkan fikiran tetapi ianya perlu pemantauan bagi mengelakkan pelajar terpengaruh dengan gejala negatif yang tidak sihat seperti kehidupan artis terutama artis-artis barat. Ibu bapa dan guru-guru perlu membimbing pelajar agar penggunaan internet yang dapat membawa kepada manfaat yang baik. 7.3 Punca Ketagihan Internet Ibu bapa pelajar dikategorikan sebagai golongan yang berpendapatan sederhana. Maka tidak hairanlah apabila kajian mendapati majoriti pelajar telah pun mempunyai kemudahan Internet sama ada berbentuk internet tanpa wayar “wireless” atau berbentuk jalur lebar atau lebih dikenali sebagai “Broadband‟ yang membolehkan mereka mengakses Internet di mana sahaja dengan hanya memasang “USB‟ di komputer. Selain jalur lebar, penggunaan “Mobile Internet” juga mempunyai kebarangkalian yang tinggi digunakan di kalangan responden kerana ia juga termasuk dalam kategori kemudahan Internet yang boleh diakses di mana- mana sahaja melalui telefon bimbit pelajar. Dengan pakej yang murah seperti RM 2 yang ditawarkan oleh syarikat komunikasi, pelajar boleh mengaktifkannya melalui telefon bimbit dan mereka boleh melayari apa sahaja laman web dalam masa 1 hari. Cara ini mungkin tidak dapat dikesan oleh ibu bapa bahawa anak-anak mereka boleh melayari Internet tanpa menggunakan komputer di rumah. Justeru, dengan pakej yang murah dan pelbagai yang ditawarkan oleh syarikat komunikasi juga berkemungkinan merupakan punca bagi sesetengah pelajar yang mengalami ketagihan Internet. Maka dapat dirumuskan, masyarakat kini sedar bahawa Internet merupakan satu keperluan peribadi bagi mengetahui segala informasi atau apa sahaja yang ingin diketahui hanya dengan sentuhan jari. Penggunaan Internet di kafe siber semakin lama semakin berkurangan disebabkan majoriti di rumah sudah mempunyai perkhidmatan Internet sendiri. Tidak kira di mana sahaja, masyarakat pada hari ini telah terdedah dengan kemudahan Internet dan rata-rata sudah pun celik IT dan mereka menyedari kepentingan Internet.
  • 12. Selain itu, majoriti responden mempunyai hobi melayari Internet. Ini bermakna pada waktu lapang, pelajar akan mengisi masa dengan melayari Internet. Sekali gus dengan minat yang mendalam melayari Internet, merupakan punca kepada sesetengah pelajar mengalami ketagihan kerana mereka sanggup menghabiskan masa dengan melayari Internet untuk keseronokan. Pada pendapat penyelidik, faktor harga perkhidmatan Internet yang semakin murah, menyebabkan kebanyakkan ibu bapa sudah mampu untuk melanggan perkhidmatan Internet pada setiap bulan. Maka, dapat kita simpulkan bahawa dengan faktor mempunyai kemudahan Internet di rumah dan berlatar belakangkan ibu bapa yang mampu menyediakan kemudahan internet merupakan punca kepada sesetengah pelajar mempunyai ketagihan kepada Internet. Pelajar yang mempunyai hobi melayari Internet juga berpotensi untuk merasa ketagih Internet kerana mereka menggunakan masa lapang mereka untuk mengakses Internet. 7.4 Tahap Ketagihan Penggunaan Internet Secara keseluruhannya berdasarkan kajian yang dijalankan penyelidik, responden didapati berada pada tahap ketagihan yang sederhana iaitu pengguna sedang mengalami masalah biasa kerana disebabkan oleh internet. Oleh itu pengguna perlu memastikan kesan secara menyeluruh dalam penggunaan internet dalam kehidupan seharian mereka. Sekiranya pengguna berada pada ketagihan penggunaan internet yang tinggi, bermakna penggunaan internet membawa kesan yang mendalam dalam kehidupan pengguna. Pengguna seharusnya menimbang keburukkan internet pada diri sendiri dan perlu mengakui bahawa penggunaan internet yang berlebihan akan membawa kepada kelalaian dalam kehidupan. 8.0 Kesimpulan Dewasa ini istilah ’Dunia Tanpa Sempadan’ sering digunakan yang begitu sinonim dengan internet. Ianya merujuk kepada, internet sebagai ’rangkaian komputer antarabangsa’ yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu dengan yang lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Penggunaan internet di Malaysia adalah bukan sesuatu yang asing di kalangan para remaja khususnya kepada pelajar. Oleh hal yang demikian, terdapat kesan positif dan juga negatif melalui penggunaan internet dalam kalangan pelajar khususnya.
  • 13. Antara kesan-kesan positif penggunaan internet ialah internet bertindak sebagai satu medium interaksi tanpa sempadan di seluruh dunia. Sebagai contoh, laman sosial seperti Facebook, MySpace, Friendster dan lain-lain. Dengan menggunakan internet dan juga laman sosial ini, para pelajar dapat menerokai dunia luar dengan mudah. Para pelajar dapat menambah kenalan dari seluruh pelosok dunia. Mereka juga dapat saling bertukar pandangan dan berkongsi cerita mengenai negara dan budaya negara masing- masing. Hal ini secara tidak langsung, dapat memupuk semangat kesejahteraan dan keamanan sejagat melalui internet kerana para pengguna internet dapat serba sedikit pengetahuan mengenai sesuatu budaya di negara tersebut. Selain itu juga dalam bidang pendidikan penggunaan internet boleh dikenalpasti sebagai salah satu medium untuk membantu pelajar-pelajar dan guru- guru dalan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah sangat penting kerana dapat mendedahkan pelajar-pelajar kepada dunia teknologi yang semakin berkembang pesat dan dalam usaha meletakkan mereka seiring dengan kemajuan dunia IT. Terdapat pelbagai laman web dan aplikasi pembelajaran yang sangat membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar. Dengan menggunakan internet, para pelajar dapat meningkatkan produktiviti dan kemajuan dalam pelajaran kerana mereka mempunyai sumber lain sebagai maklumat tambahan dalam pembelajaran mereka di samping pembelajaran dalam kelas. Pelajar tidak hanya bergantung kepada guru dan sumber buku teks semata-mata dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun hal yang sedemikian, adalah penting bagi para pelajar untuk mengetahui dan menyedari had serta batasan terhadap penggunaan internet. Hal ini kerana, penggunaan tanpa had akan membawa kesan yang negatif terhadap diri mereka sendiri. Antara kesan-kesan buruk penggunaan internet adalah mendedahkan para pelajar kepada unsur-unsur luar atau budaya kuning yang mana tidak membawa manfaat kepada para pelajar itu sendiri. Sebagai contoh,budaya barat tidak semuanya adalah bagus untuk ditiru seperti budaya seks bebas dan hedonisme. Kesan yang kedua, penggunaan internet tanpa had mendedahkan para remaja kepada jenayah siber. Dewasa ini, jenayah siber semakin meningkat selari dengan pertambahan bilangan pengguna internet. Antara jenis-jenis jenayah siber adalah penipuan, kerosakan atau
  • 14. pengubahsuaian keatas program atau data komputer, kecurian maklumat,capaian secara tidak sah ke atas sistem, menyalin perisian secara tidak sah, pengintipan, judi siber, penggodam atau ’hacker’, penyebaran virus dan jenayah pornografi. Jenayah siber dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab dan juga yang tidak menghargai kemudahan internet yang telah disediakan. Selain itu, tindakan melayari internet untuk satu tempoh masa yang lama iaitu yang terlibat dalam mengalami masalah ketagihan penggunaan internet yang tinggi, ianya boleh mengundang kepada masalah kesihatan secara mental dan juga fizikal. Contohnya, sakit belakang, sakit di pergelangan tangan akibat menggunakan tangan dalam jangka masa yang panjang, sakit mata akibat terlalu lama memandang skrin komputer dan lain-lain. Seseorang itu akan menjadi lebih pasif dan kurang bersosial dengan orang lain. Kerana masa lebih banyak dihabiskan dengan mengadap komputer. Ketagihan internet yang terlampau sehingga berbelas-belas jam sehari berisiko menjejaskan perkembangan minda pelayarnya, menyebabkan tingkah laku tidak terkawal iaitu agresif, kurang berinteraksi dan cenderung meniru aksi yang ditonton dalam alam maya. Malahan lebih teruk lagi, kebanyakan remaja terutama lelaki secara tidak sengaja mudah terikut dengan pengaruh rakan sebaya sekali gus terjebak melayari laman web porno atau berunsur lucah. Peranan ibu bapa adalah mengehadkan aktiviti anak-anak di hadapan skrin dan jauhi tindakan memberikan gajet sebagai alat supaya anak leka dan tidak meragam atau menggunakan gajet sebagai penghubung serta alat pemantau anak di luar rumah. Pelajar pula seharusnya bijak dalam memanfaatkan internet dengan sewajarnya dan hanya menggunakan internet sekiranya mempunyai keperluan untuk berbuat demikian. Hal ini dapat sekaligus dapat menggelakkan gejala ketagihan internet yang mana mereka ’terkurung’ dalam dunia ciptaan sendiri.