SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
International Conference on Education and Regional Development 2016 (ICERD 2016)
“Cross-Cultural Education for Sustainable Regional Development”
Bandung, Indonesia.
31 October & 1 November 2016
PERBANDINGAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR
UNTUK TUJUAN UMUM DAN PEMBELAJARAN
DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI
Fariza Khalid a
, Md Yusoff Daud a
, Mohd Khalid Mohamad Nasir a
,
a
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Malaysia.
Abstrak
Penggunaan telefon bimbit kini tidak lagi semata-mata berfungsi sebagai alat berkomunikasi, malah
dengan wujudnya telefon pintar yang menawarkan pelbagai aplikasi turut memberi manfaat dalam bidang
pendidikan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti pola penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar
universiti. Penggunaan tersebut dilihat dari dua perspektif; penggunaan umum dan penggunaan untuk
pembelajaran. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpul data daripada 113 pelajar pra-siswazah. Data
dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Bagi kategori penggunaan umum, min tertinggi dicatat bagi
tujuan khidmat mesej seperti WhatsApp dan Telegram, diikuti rangkaian sosial (Facebook, Twitter),
manakala min terendah adalah untuk emel dan mencari arah (Google maps, Waze). Untuk tujuan
pembelajaran pula, penggunaan tertinggi dicatat untuk tujuan berkomunikasi dengan rakan pelajar, manakala
min terendah adalah untuk tujuan menyemak markah peperiksaan. Kertas kerja ini turut mengupas perbezaan
antara jantina dan program dari sudut penggunaan untuk tujuan umum dan pembelajaran di samping
membincangkan isu-isu berkaitan potensi serta kelangsungan penggunaan telefon pintar dan aplikasi
mudahalih untuk tujuan pembelajaran di insitusi pengajian tinggi.
Kata Kunci: m-pembelajaran; kemahiran Abad ke-21; pengajaran & pembelajaran; e-pembelajaran
1. Pendahuluan
Telefon pintar merupakan alat yang sofistikated, dinamik serta bersifat mudahalih yang memberi ruang
kepada pengguna untuk mendapat akses maklumat tidak kira bila dan di mana (Al-Barashdi et al, 2015;
Alfawareh dan Jusoh, 2014). Kapasiti telefon pintar yang mampu beroperasi seperti komputer memberi
banyak kemudahan kepada pengguna dan sekaligus meningkatkan tahap pemilikan telefon pintar serta cara
dan tujuan penggunaannya (Lay-Yee et al., 2013; Weinberg, 2012). Melalui penggunaan telefon pintar,
banyak aktiviti boleh dilaksanakan termasuklah perkongsian maklumat, komunikasi, pelayaran internet,
penghasilan dan pengeditan dokumen dan pelbagai aktiviti lain (Al-Barashdi et al, 2015). Kemudahan untuk
merakam gambar serta video secara mudah serta apps yang pelbagai turut menyumbang kepada meningkatkan
penggunaan telefon pintar (Weinberg, 2012). Dengan wujudnya pelbagai aplikasi pada telefon pintar, ia
menjadi popular dalam kalangan pengguna khususnya untuk tujuan sosialisasi yang mampu meningkatkan
komunikasi (Hong et el., 2012).
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 174
Kini, pemilikan telefon pintar telah menjadi sebahagian daripada keperluan dalam hidup seharian. Song et
al (2013) melaporkan bahawa sebanyak 40% daripada rakyat Malaysia secara individu mempunyai lebih
daripada dua telefon bimbit. Ciri mudah alih serta aplikasi yang sangat mirip kepada penggunaan komputer
memudahkan pengguna mendapatkan sebarang akses maklumat samada yang formal atau tidak formal.
Penggunaan untuk tujuan pembelajaran merupakan salah satu potensi telefon pintar. Hal ini sejajar dengan
perkembangan semasa di mana semua maklumat dapat disalurkan dengan cepat, proses kolaborasi boleh
berlaku secara pantas dalam talian, serta perkongsian maklumat merupakan satu bentuk pendekatan
pembelajaran yang bermakna. Potensi ini juga menyebabkan proses pembelajaran berasaskan telefon pintar
semakin pesat berkembang. Penggunaan telefon pintar juga pernah dilaporkan sebagai mempunyai
hubungannya dengan faktor jantina seseorang. Misalnya, Jenaro et al. (2007) dan Kawasaki et al. 2006)
menyifatkan penggunaan telefon pintar yang tinggi lebih banyak dikaitkan dengan pengguna wanita
berbanding lelaki. Hal yang sama turut dilaporkan oleh Howell et al. (2008) dengan menegaskan bahawa
selain tinggi tahap penggunaan telefon pintarnya, pengguna wanita turut menunjukkan sikap yang lebih positif
terhadap khidmat aplikasi mudahalih dalam telefon mereka.
Kajian-kajian yang telah dijalankan di beberapa negara menunjukkan perkembangan dan penerimaan yang
positif dalam kalangan pengguna khususnya para pelajar universiti. Di United Kingdom misalnya Dayne,
Wharrad & Watts (2012) melaporkan bahawa para pelajar menyokong penuh usaha penggunaan telefon pintar
serta aplikasi mudah alih digunakan dalam pembelajaran. Hal ini banyak disokong oleh kebolehan telefon
pintar untuk mengakses capaian Internet secara efektif menyebabkan ramai pengguna lebih gemar mencari
dan mendapatkan maklumat menggunakan telefon pintar. Uys et al. (2012) melaporkan para pelajar dalam
kajian mereka menghabiskan masa sebanyak 16 jam sehari secara purata untuk penggunaan telefon pintar.
Walau bagaimanapun, kebanyakan masa ini digunakan untuk tujuan berinteraksi secara sosial bersama para
rakan serta tiada data tentang penggunaan untuk pembelajaran dilaporkan.
Kajian oleh Park & Lee (2012) terhadap pelajar-pelajar universiti di Korea memberi satu tanda aras yang
positif tentang bagaimana telefon pintar boleh digunakan secara berkesan dalam membantu meningkatkan
pembelajaran pelajar. Park & Lee (2012) melaporkan bahawa secara purata, responden kajian mereka
mempunyai sekitar 80 aplikasi mudahalih dalam telefon bimbit, manakala 16% daripada aplikasi tersebut
digunakan secara langsung untuk tujuan pembelajaran. Namun demikian, secara keseluruhan, potensi sebenar
aplikasi mudahalih dalam telefon pintar sebagai platform atau sumber pengayaan pembelajaran pelajar masih
perlu diperkasakan. Hal ini turut dijelaskan oleh Alfawareh & Jusoh (2014) bahawa meskipun telefon pintar
mempunyai banyak potensi untuk digunakan secara optimum untuk pembelajaran, namun tahap
penggunaannya untuk tujuan ini masih pada tahap yang rendah (Alfawareh & Jusoh, 2014). Dapatan ini
secara tidak langsung memberi ruang kepada penyelidikan yang lebih khusus dilaksanakan untuk memahami
bagaimana pola penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar universiti sekiranya lebih banyak aplikasi
mudahahlih hendak dilaksanakan secara lebih proaktif dan menyeluruh di universiti atau institusi pengajian
tinggi. Hal ini merupakan satu keperluan yang perlu diisi, justeru kajian Mohtar et al. (2013) membuktikan
bahawa majoriti pelajar universiti dalam kajian mereka menunjukkan minat yang tinggi dalam penggunaan
telefon pintar untuk tujuan pembelajaran dan menganggap ia sebagai satu kemestian seiring dengan era
perkembangan teknologi telefon masa kini. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti secara lebih
mendalam ciri-ciri pengguna telefon pintar dalam kalangan pelajar universiti, serta pola penggunaan aplikasi
mudahalih sama ada untuk tujuan umum atau pembelajaran. Kajian ini turut meninjau sikap pelajar terhadap
penggunaan aplikasi mudahalih untuk pembelajaran.
2. Metodologi
Kajian ini dijalankan secara tinjauan di mana data dikumpul menggunakan satu set soal selidik yang
diubahsuai daripada kajian Bowen & Pistilli (2012). Soal selidik mengandungi tiga bahagian: Bahagian A
melibatkan demografi responden yang mengandungi maklumat seperti jantina, serta program; Bahagian B
mengukur penggunaan telefon pintar secara umum yang melibatkan jenama telefon pintar, operasi sistem,
bilangan apps, serta tahap pengalaman menggunakan telefon pintar; Bahagian C pula mengandungi item
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 175
tentang bagaimana responden menggunakan telefon pintar mereka untuk tujuan umum dan pembelajaran serta
persepsi mereka terhadap penggunaan aplikasi telefon pintar di intitusi pengajian tinggi. Data yang dikumpul
telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23 yang melibatkan analisis deskriptif, t-test, ANOVA serta
korelasi.
Kajian ini disasarkan terhadap semua pelajar tahun pertama di Fakulti Pendidikan iaitu seramai 151 pelajar
dan seramai 113 orang telah memulangkan soal selidik. Sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 1, seramai 37
pelajar lelaki (32.7%) dan 76 pelajar perempuan (67.3%) telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Dari
sudut taburan program pula, 38 orang adalah daripada program Pendidikan Khas, 39 daripada program Sukan
dan Rekreasi manakala selebihnya (n=36) adalah pelajar TESL.
Jadual 1: Jumlah responden kajian
Jantina N %
Lelaki 37 32.7
Perempuan 76 67.3
Program N %
Pendidikan Khas 38 33.6
Sukan dan Rekreasi 39 34.5
TESL 36 31.9
Jumlah 113 100.0
3. Dapatan kajian
3.1. Jenama telefon bimbit
Analisis yang dijalankan (Jadual 2) menunjukkan jumlah pengguna telefon bimbit tertinggi yang dimilik
responden kajian adalah dari jenama Samsung (n=33, 29.2%) diikuti oleh iPhone (n=26, 23.0%). Namun
demikian, terdapat juga responden yang menggunakan jenama lain seperti Sony, Oppo, HTC, Alcatel, Nokia
dan lain-lain. Dapatan ini merupakan sesuatu yang dijangka kerana menurut The Star (2012), meskipun
terdapat banyak jenama telefon bimbit di pasaran, namun dua jenama yang terkenal terdiri daripada iPhone
dan Samsung, di mana menurut laporan ini juga, jenama Samsung semakin menguasai pasaran meninggalkan
iPhone sebagai pesaing terdekat di belakang.
Jadual 2: Jenama telefon bimbit responden
Jenama n %
Samsung 33 29.2
iPhone 26 23.0
Nokia 1 .9
Oppo 11 9.7
Sony 8 7.1
HTC 2 1.8
Alcatel 1 .9
Lain-lain 31 27.4
Jumlah 113 100.0
Penggunaan sistem operasi (Jadual 3) pula menunjukkan majoriti responden menggunakan Android (n=87,
77.0%), diikuti iOS (n=24, 21.2%). Jumlah terendah adalah sistem operasi Windows iaitu seramai 2 orang
(1.8%).
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 176
Jadual 3: Sistem operasi telefon bimbit
Sistem Operasi n %
Android 87 77.0
iOS 24 21.2
Windows 2 1.8
Jumlah 113 100.0
Kajian turut mengenalpasti bilangan aplikasi mudahalih pada telefon bimbit responden. Sebagaimana yang
diringkaskan dalam Jadual 3, majoriti responden (n=32, 28.3%) mempunyai antara tujuh hingga sembilan
aplikasi mudahalih diikuti seramai 28 orang (24.8%) mempunyai empat hingga enam aplikasi mudahalih.
Seramai 25 (22.1%) responden mempunyai lebih daripada 13 aplikasi mudahalih manakala 5 (4.4%)
responden tidak mempunyai apa-apa aplikasi mudahalih.
Jadual 3: Jumlah aplikasi mudahalih
Jumlah aplikasi mudahalih Kekerapan Peratus
0 5 4.4
1-3 11 9.7
4-6 28 24.8
7-9 32 28.3
10-12 12 10.6
lebih dari 13 25 22.1
Total 113 100.0
Hasil analisis terhadap tahap penggunaan telefon pintar (Jadual 4) menunjukkan majoriti pelajar (n=66,
58.4%) mengatakan yang mereka telah menggunakan telefon pintar lebih dari 2 tahun serta mempunyai lebih
daripada 10 aplikasi mudahalih pada telefon pintar mereka. Golongan ini juga kadangkala memuatnaik lebih
daripada 1 aplikasi mudahalih untuk fungsi yang sama untuk mereka membuat perbandingan. Penggunaan
bagi tahap ini diintepretasikan sebagai pengguna yang maju. Tahap kedua tertinggi yang menjadi pilihan
responden adalah pada tahap pertengahan (n=36, 31.9%). Pada tahap ini, responden telah menggunakan
telefon pintar lebih daripada 6 bulan serta mempunyai sebilangan aplikasi mudahalih pada telefon pintar
mereka (4 hingga 9 apps). Hanya 11 responden (9.7%) merupakan pengguna novis yang baharu menggunakan
telefon pintar iaitu di bawah 6 bulan serta mempunyai bilangan aplikasi mudahalih yang sangat sedikit.
Jadual 4: Tahap penggunaan telefon pintar
Tahap penggunaan N % Interpretasi
Saya menggunakan telefon pintar kurang dari 6 bulan dan hanya
mempunyai beberapa apps (1 hingga 3) pada telefon saya
11 9.7
Novis
Saya menggunakan telefon pintar lebih dari 6 bulan dan mempunyai agak
banyak apps (4 hingga 9) yang sering saya gunakan
35 31.9
Pertengahan
Saya menggunakan telefon pintar lebih dari 2 tahun dan menggunakan
pelbagai apps (lebih dari 10). Kadangkala saya memuatnaik lebih
daripada 1 apss untuk fungsi yang sama utk membuat perbandingan
66 58.4
Advanced
Maju
Saya pernah membangunkan mobile apps sendiri - - Mahir
Selain tahap penggunaan, kajian ini turut mengenalpasti tujuan penggunaan telefon pintar dalam kalangan
responden. Penggunaan dalam kajian ini terbahagi kepada dua; umum dan untuk pembelajaran. Berdasarkan
analisis di Jadual 5, terdapat beberapa tujuan penggunaan yang menunjukkan intepretasi min yang agak tinggi
iaitu Khidmat mesej seperti WhatsApp, WeChat dan Telegram (M=4.46, S.P=0.80), Jaringan sosial (M=4.00,
S.P=1.04) serta pencarian maklumat (M=4.00, S.P=0.94). Dapatan ini sekaligus memberi gambaran terhadap
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 177
pola penggunaan telefon bimbit dalam kalangan responden yang lebih kepada tujuan sosialisasi dan
perhubungan atau komunikasi. Penggunaan yang lain adalah untuk tujuan permainan (games) (M=3.84,
S.P=9.11). Penggunaan yang agak rendah dicatat bagi tujuan khidmat pesanan ringkas (M=3.35, S.P=1.21).
Min yang sama turut dicatatkan untuk tujuan membuat panggilan telefon (M=3.35, S.P=1.11) manakala untuk
emel, min yang dicatat adalah sebanyak (M=3.34, S.P=0.96). Min terendah adalah bagi tujuan pencarian arah
seperti Google Map atau Waze (M=2.71, S.P=0.99). Dapatan ini juga menunjukkan bahawa panggilan telefon
serta emel bukanlah penggunaan yang paling kerap digunakan, sebaliknya pola penggunaan tertinggi lebih
bertumpu kepada penggunaan aplikasi mudahalih untuk proses sosialisasi dan komunikasi. Responden juga
didapati kurang menggunakan telefon untuk membuat panggilan. Hal ini mungkin disebabkan wujudnya
banyak aplikasi mudahalih yang memberi ruang panggilan secara percuma atau hanya dengan talian Internet
yang jauh lebih murah berbanding kos panggilan telefon menggunakan talian berbayar seperti Maxis, Celcom
dan sebagainya.
Jadual 5: Pengguna telefon pintar untuk tujuan umum
Tujuan penggunaan Min S.P
Jaringan Sosial (Twitter, Facebook dll) 4.00 1.04
Membaca bahan (e-book/articles) 3.55 0.95
Beremel 3.34 0.96
Pesanan ringkas (SMS) 3.35 1.21
Membuat panggilan 3.35 1.11
Khidmat mesej (Whatsapps, WeChat dll) 4.46 0.80
Pencarian maklumat (Google Search dll) 4.00 0.94
Pencarian arah (Google maps, waze dll) 2.71 0.99
Bermain games 3.84 9.11
Mendengar muzik, radio dll 3.71 1.14
Menonton video (YouTube dll) 3.59 1.16
Selain untuk tujuan umum, kajian ini turut mengenalpasti penggunaan telefon bimbit untuk tujuan
pembelajaran. Hasil analisis yang dijalankan sepertimana dalam Jadual 6 menunjukkan pola kekerapan
penggunaan tertinggi bertumpu kepada penggunaan untuk tujuan berkomunikasi dengan rakan pelajar (M=
3.81, S.P=0.940, diikuti oleh pencarian bahan berkaitan kursus (M=3.76, S.P=1.08), mendapatkan nota kursus
(M=3.65, S.P=1.02) dan membaca bahan yang dikongsi oleh pensyarah (M=3.60, S.P=0.95). Walau
bagaimanapun, beberapa tujuan mencatatkan nilai skor min agak rendah iaitu untuk tujuan menyemak markah
(M=3.10, S.P=1.10) dan bertanya soalan kepada pensyarah (M=3.15, S.P=0.94).
Jadual 6: Pengguna telefon pintar untuk tujuan pembelajaran
Penggunaan mobile untuk tujuan pembelajaran Min S.P
Merujuk jadual kursus/proforma 3.28 1.02
Menyemak markah semasa 3.10 1.10
Menyemak makluman terkini kursus 3.58 0.91
Berkomunikasi dengan rakan pelajar 3.81 0.94
Membaca bahan bacaan yang dikongsi pensyarah/rakan 3.60 0.95
Perbincangan maya 3.48 0.93
Bertanya soalan kepada pensyarah 3.15 0.94
Berkongsi bahan/rujukan dengan rakan 3.47 1.01
Menonton video yang dikongsi pensyarah 3.24 1.01
Mendapatkan nota kursus 3.65 1.02
Menghantar tugasan kursus kepada pensyarah 3.50 1.11
Mengambil bahagian dalam kuiz 3.35 1.02
Mencari bahan berkaitan kursus 3.67 1.08
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 178
3.1.1. Persepsi pelajar tentang penggunaan telefon pintar dalam pengajaran dan pembelajaran
Selain melihat pola penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum dan pembelajaran, kajian ini turut
mendapatkan data berkaitan pandangan pelajar tentang penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran.
Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 7, responden menunjukkan persetujuan yang tinggi terhadap
penyataan bahawa ‘Pensyarah harus lebih banyak menggunakan telefon pintar untuk pembelajaran’ (M=4.22,
S.P=0.91). Min yang tinggi juga dicatat untuk penyataan ‘Pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan
jika pensyarah mengintegrasikan penggunaan telefon pintar dalam aktiviti pembelajaran’ (M=4.03, S.P=.96).
Penggunaan telefon pintar sebagai sebahagian daripada alat mempermudah pembelajaran turut dilihat oleh
responden sebagai mampu menarik minat pelajar untuk meneroka topik yang dipelajari dengan lebih
mendalam (M=3.84, S.P=.7763). Di samping itu, responden juga menunjukkan sikap yang positif terhadap
kepentingan pembelajaran melalui telefon pintar sesuai dengan perkembangan di abad ke-21 ini. Ini dapat
dilihat dalam penyataan ‘Penggunaan telefon pintar merupakan satu cara pembelajaran yang penting
dilakukan dalam era sekarang’ (M=3.80, S.P=.83).
Jadual 7: Persepsi pelajar tentang penggunaan telefon pintar untuk pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan telefon bimbit untuk P&P Min S.P
Pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan jika pensyarah
mengintegrasikan penggunaan telefon pintar dalam aktiviti pembelajaran
4.03 0.96
Pensyarah harus lebih banyak menggunakan telefon pintar untuk pembelajaran 4.22 0.91
Penggunaan telefon pintar merupakan satu cara pembelajaran yang mudah 3.69 0.86
Penggunaan telefon pintar merupakan satu cara pembelajaran yang penting
dilakukan dalam era sekarang
3.80 0.83
Penggunaan telefon pintar merupakan satu cara pembelajaran yang mampu
meningkatkan kefahaman dan pembelajaran pelajar
3.66 0.84
Penggunaan telefon pintar mampu menarik minat pelajar untuk meneroka topik
yang dipelajari dengan lebih mendalam
3.84 0.76
Fakulti harus menyediakan kursus pembangunan mobile app untuk para pelajar 3.93 0.78
3.1.2. Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum berdasarkan jantina
Analisis ujian-t telah dijalankan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan
perempuan dari sudut penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum. Secara deskriptif (Jadual 8), pelajar
perempuan menunjukkan min penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum yang lebih tinggi (M=4.02,
S.P=1.28) berbanding pelajar lelaki (M=3.89, S.P=0.75). Walau bagaimanapun, hasil ujian-t tidak
menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kedua kumpulan jantina ini dalam penggunaan untuk tujuan
umum, t (-.572) = .569 , p <.05 sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 10. Oleh itu, hipotesis pertama
untuk kajian ini gagal ditolak.
Jadual 8: Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum berdasarkan jantina
Jantina
Lelaki
(n= 37)
Perempuan
(n=75)
Min S.P Min S.P t Sig. (2-
tailed)
Penggunaan telefon pintar
untuk tujuan umum
3.89 0.75 4.02 1.28 -.572 .569
3.1.3. Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran berdasarkan jantina
Ujian-t seterusnya dijalankan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan
perempuan dari sudut penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran (Jadual 9). Secara deskriptif,
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 179
pelajar perempuan menunjukkan min penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran yang lebih tinggi
(M=4.48, S.P=1.04) berbanding pelajar lelaki (M=4.46, S.P=0.91). Walau bagaimanapun, hasil ujian-t tidak
menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kedua kumpulan jantina ini dalam penggunaan untuk tujuan
umum, t(-.575) = .941 , p<.05. Oleh itu, hipotesis kedua untuk kajian ini gagal ditolak.
Jadual 9: Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran berdasarkan jantina
Jantina
Lelaki
(n= 37)
Perempuan
(n=75)
Min S.P Min S.P t Sig. (2-
tailed)
Penggunaan telefon pintar
untuk tujuan pembelajaran
4.46 0.91 4.48 1.04 -.575 .941
3.1.4. Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum berdasarkan program
Responden kajian ini terdiri daripada para pelajar tahun pertama di Fakulti Pendidikan yang terdiri
daripada tiga program – TESL, Pendidikan Khas dan Sukan & Rekreasi. Secara deskriptif (Jadual 10), min
penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran dicatat oleh kumpulan pelajar dari program Pendidikan
Khas (M=4.10, S.P=1.74), diikuti oleh pelajar program TESL (M=3.92, S.P=0.57) manakala pelajar program
Sukan & Rekreasi menunjukkan min terendah (M=3.92, S.P=0.57). Hasil ujian ANOVA (Jadual 11) pula
mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga kumpulan dalam tahap penggunaan telefon
bimbit untuk tujuan pembelajaran, F (2,109) = .718, p<.05.
Jadual 10: Min penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum berdasarkan program
Program n M S.P
Pendidikan Khas 38 4.10 17.44
Sukan dan Rekreasi 38 3.91 6.38
TESL 36 3.92 5.73
Jumlah 112
Jadual 11: Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum berdasarkan program
Jumlah kuasa dua dk Min kuasa dua F Sig.
Antara kumpulan 84.99 2 42.49 .33 .718
Dalam kumpulan 13918.06 109 127.68
Total 14003.06 111
3.1.5. Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran berdasarkan program
Dari sudut penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran pula (Jadual 12), min penggunaan
tertinggi dicatat oleh pelajar dari program Sukan & Rekreasi (M=4.70, S.P=0.93) manakala min terendah
dicatat oleh pelajar dari program TESL (M=4.32, S.P=1.01). Hasil ujian ANOVA (Jadual 13) pula mendapati
tiada perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga kumpulan dalam tahap penggunaan telefon bimbit untuk
tujuan pembelajaran, F (2,109) = .156, p<.05. Ini bermakna tiada ada sebarang perbezaan yang signifikan
antara pelajar berlainan program dari sudut tahap penggunaan telefon pintar mereka sama ada untuk tujuan
umum mahupun pembelajaran.
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 180
Jadual 12: Min penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran berdasarkan program
Program n M S.P
Pendidikan Khas 38 4.39 10.50
Sukan dan Rekreasi 39 4.70 9.30
TESL 35 4.32 10.14
Jumlah 112
Jadual 13: Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran berdasarkan program
Jumlah kuasa dua dk Min kuasa dua F Sig.
Antara kumpulan 312.08 2 156.04 1.56 .214
Dalam kumpulan 10869.33 109 99.71
Total 11181.42 111
3.1.6. Hubungan antara penggunaan untuk tujuan umum dan pembelajaran
Analisis seterusnya dijalankan menggunakan korelasi Pearson yang bertujuan mengenalpasti hubungan
antara tahap pengggunaan telefon pintar untuk tujuan umum dengan tujuan pembelajaran. Sebagaimana yang
dipaparkan dalam Jadual 14, didapati terdapat hubungan positif yang signifikan pada tahap sederhana antara
tahap penggunaan telefon pintar dalam kalangan repsonden untuk kedua-dua tujuan, r = 0.338, p <.05.
Dapatan ini secara tidak langsung memberi gambaran tentang perkaitan antara peningkatan tempoh masa
yang diperuntukkan untuk penggunaan telefon untuk tujuan umum dan pembelajaran.
Jadual 14: Hubungan antara penggunaan untuk tujuan umum dan pembelajaran
Penggunaan untuk tujuan pembelajaran
Penggunaan untuk tujuan
umum
Pearson Correlation .338**
Sig. (2-tailed) .000
** p< 0.01 (2-tailed)
4. Perbincangan dan kesimpulan
Kajian ini bertujuan meneliti pola penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar universiti serta
persepsi mereka terhadap penggunaan aplikasi mudahalih untuk tujuan pembelajaran. Dapatan kajian secara
keseluruhannya menunjukkan majoriti pelajar adalah pengguna kepada telefon pintar serta mempunyai jumlah
aplikasi mudahalih melebihi 10 aplikasi. Selain itu, lebih separuh responden berada pada tahap penggunaan
yang maju di mana mereka bukan sahaja memuat turun aplikasi untuk digunakan, malahan turut membuat
perbandingan antara aplikasi untuk memilih yang terbaik.
Dari sudut penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum, dapatan menunjukkan penggunaan tertinggi
adalah bagi kategori untuk tujuan sosialisasi. Hal ini seiring dengan kemajuan pesat dalam khidmat mesej
seperti WhatsApp, Telegram serta WeChat yang menjadi kegemaran pengguna. Aplikasi khidmat mesej ini
bukan sahaja memudahkan perkongsian maklumat antara pengguna, malah turut menjimatkan kerana
pengguna hanya memerlukan talian Internet untuk berhubung berbanding panggilan telefon yang dikenakan
bayaran tambahan (Fariza et al., 2015). Selain itu, khidmat mesej juga membolehkan pengguna mencipta
kumpulan (group) untuk perbincangan dalam satu kelompok komuniti tertentu. Interaksi sosial sebegini
mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja dalam kalangan pelajar malah kebanyakan penggunan
telefon pintar. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa telefon pintar turut berguna sebagai panduan
dalam mencari arah seperti aplikasi Google maps, meskipun peratusan penggunaannya tidak setinggi khidmat
mesej.
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 181
Kajian ini turut mengenalpasti pola penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran yang lebih
cenderung kepada proses komunikasi dan interaksi antara pelajar. Hal ini bukanlah satu dapatan yang
memeranjatkan. Seiring dengan perkembangan dalam Abad ke-21, pembelajaran banyak dibangunkan
menerusi perbincangan serta perkongsian idea dan dapat ini memberi isyarat kepada tahap kesediaan para
pelajar terhadap penggunaan bahan mudahalih untuk perkongsian ilmu dan tidak lagi bergantung sepenuhnya
kepada kuliah dan syarahan daripada pensyarah (Khalid, 2014; Daud & Khalid, 2014). Ruang sebegini
seharusnya diambil kesempatan oleh para pensyarah untuk terus bersikap proaktif untuk menyumbang idea
dan tenaga dalam penglahiran lebih banyak aplikasi mudahalih untuk tujuan pembelajaran melalui proses
perkongsian idea serta pembentukan komuniti pembelajaran. Hal ini wajar diteruskan berikutan dapatan
kajian ini yang menyingkap sikap pelajar yang positif dan sokongan mereka terhadap penggunaan telefon
pintar untuk tujuan pembelajaran.
Faktor jantina dilihat tidak mempengaruhi tahap penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar yang
terlibat dengan kajian ini, seperti mana juga faktor program yang tidak berbeza secara signifikan terhadap
penggunaan telefon pintar sama ada untuk tujuan umum atau pembelajaran. Dapatan ini dilihat berbeza
dengan dapatan-dapatan lepas (Kawasaki et al. 2006; Jenaro et al. 2007; Howell et al., 2008) yang
menonjolkan faktor jantina sebagai pembolehubah dalam perbezaan cara penggunaan telefon pintar. Namun
demikian, kekerapan atau tempoh penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran dilihat mempunyai
hubungannya dengan penggunaan secara umum. Hal ini membuktikan bahawa di sana potensi untuk
memanfaatkan aplikasi mudahalih untuk pembelajaran adalah besar.
Dapatan ini walau bagaimanapun, harus diteliti dengan lebih mendalam. Misalnya, sejauhmanakah pihak
fakulti atau universiti yang hendak melaksanakan penggunaan aplikasi mudahalih untuk pembelajaran dapat
memberi sokongan kepada segelintir pelajar yang tidak mempunyai telefon pintar. Konsep membawa sendiri
peralatan atau Bring Your Own Device (BYOD) perlu diperhalusi kerana hakikatnya di luar sana masih wujud
segolongan pelajar yang masih tidak mampu untuk memilik telefon pintar (Bowen & Pistili, 2012). Hal ini
tentu sekali menghasilkan keadaan pemelajaran yang tidak harmoni.
Berkait dengan sokongan dan fasiliti juga, pihak pelaksana khususnya fakulti atau universiti harus
mempertimbangkan tentang capaian Internet khususnya di sekitar kampus sekiranya pendekatan aplikasi
mudahalih hendak dioptimumkan penggunaannya. Hal ini kerana, antara faktor penting dalam memastikan
penggunaan sesuatu inovasi dalam P&P adalah wujudnya fasiliti (Ely, 1990; Khalid et al, 2009). Selain
daripada itu, keperluan lain yang perlu diberi perhatian adalah terhadap kapasiti pensyarah atau tenaga
pengajar dalam membangunkan aplikasi mudahalih itu sendiri. Tanpa tenaga mahir untuk membangunkan
aplikasi yang efektif serta pengetahuan berkaitan isu reka bentuk dan teori pembelajaran, hasrat untuk
memperkasa pembelajaran melalui aplikasi mudahalih akan terbantut. Sehubungan itu, usaha yang lebih
proaktif perlu diambil oleh mana-mana institusi yang ingin melihat aplikasi sebegini diketengahkan secara
meluas untuk mengambil langkah persediaan yang lebih mapan agar hasrat untuk mengetengahkan
pendekatan aplikasi mudahalih ini dapat dicapai dengan berkesan.
Rujukan
Al-Barashdi, H. S., Buoazza, A., & Jabur, N. H. (2015). Samrtphone addiction among university undergraduates: A literature review.
Journal of Scientific Research & Reports, 4(3), 210-225.
Alfawareh, H. M., & Jusoh, S. (2014). Smartphones Usage Among University Students: Najran University Case. International Journal Of
Academic Research, 6(2), 321-326.
Bowen, K. & Pistili, M. D. (2012). Student preferences for mobile app usage, EDUCAUSE Centre for Applied Research. Diakses
daripada: https://net.educause.edu/ir/library/pdf/erb1210.pdf
Daud, M. D. & Khalid, F. (2014). Nurturing the 21st Century Skills among Undergraduate Students through The Application and
Development of Weblog. International Education Studies, 7 (13), 123-129.
Ely, D. P. (1990). Conditions that facilitate the implementation of educational technology innovations. Journal of Research on Computing
in Education, 23(2), 298-306.
Fariza Khalid, Md Yusoff Daud & Aidah Abdul Karim. (2015). Pemilihan Aplikasi Teknologi sebagai Medium Perkongsian Maklumat
oleh Pelajar Siswazah Universiti. The ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015, 7-8 Oktober 2015.
Hong, F. Y., Chiu, S, I., Huang, D.H. (2012). A model of the relationship between psychological characteristics, mobile phone addiction
and use of mobile phones by Taiwanese University female students. Computers in Human Behavior, 28, 2152–2159.
International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 182
Howell, M., Love, S., Turner, M. (2008). User characteristics and performance with automated mobile phone systems. International
Journal of Mobile Communications, 6(1):1-15.
Jenaro, C. N., Flores, M, Gómez-Vela, F., González, G., & Caballo, C. (2007). Problematic internet and cell-phone use: Psychological,
behavioral, and health correlates. Addiction Research and Theory, 15(3), 309–20.
Kawasaki, N., Tanei, S., & Ogata, F. (2006). Survey on cellular phone usage on students in Thailand. Journal of Physiological
Anthropology, 25(6), 377–382.
Khalid, F. (2014). Students' Views on the Use of e-Portfolio and Support Given to Promote Their Computer Learning for Educational
Purposes. Recent Advance in Telecommunications, Informatics and Educational Technologies. 54-59.
Khalid, F., Nawawi, M., & Roslan, S. (2009). Integration of ICT in Malaysian secondary schools: What conditions will facilitate its
use? The International Journal of Learning, 15 (12), 85-93.
Lay-Yee , K. L., Kok-Siew, H., Chan Yin-Fah, B. (2013). Factors affecting smartphone purchase decision among Malaysia Generation
Y. International Journal of Asian Social Science, 2013, 3(12): 2426-2440.
Mohtar, N.M. M. , Hassan, M. A., Hassan, M. S., & Osman, M. N. (2013) The Importance of Smartphone’s Usage Among Malaysian,
Journal Of Humanities and Social Science, 15(9), 491-497.
Park, N. & Lee, H. (2012). Social Implications of Smartphone Use: Korean College Students' Smartphone Use and Psychological Well-
Being. CyberPsychology, Behavior & Social Networking,15(9), 491-497.
Song, H. S. Y., Murphy, A., & Farley, H. (2013). Mobile devisces for learning in Malaysia: Then and now. Prosiding 30th Ascilite
Conference, 1-4 Disember 2013.
The Star. (2012). Smartphone’s’ share of mobile phone markets to hit 35% [Online]. Diakses dari:
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?sec=business&file=/2012/9/13/business/20120913154248
Uys, W. A.. Mia, G.J..Jansen, H.V., Schyff, M.A., Khusu, M., Gierdien, M., Luekes, N.A.,
Weinberg, D. (2012). Smartphone features [Online]. Diakses dari: http://techtips.salon.com/Smartphonefeatures-179.html

More Related Content

What's hot

Tugasan 3 : Kajian tinjauan web
Tugasan 3 : Kajian tinjauan webTugasan 3 : Kajian tinjauan web
Tugasan 3 : Kajian tinjauan webhelidzia
 
Proposal Reserach
Proposal ReserachProposal Reserach
Proposal ReserachPKB -> USIM
 
Dapatan kajian kpt 6044
Dapatan kajian kpt 6044Dapatan kajian kpt 6044
Dapatan kajian kpt 6044zailaamir
 
KPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina Nazori
KPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina NazoriKPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina Nazori
KPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina NazoriHusniyah Rashid
 
Kpt6044tugasan3kajiantinjauan
Kpt6044tugasan3kajiantinjauanKpt6044tugasan3kajiantinjauan
Kpt6044tugasan3kajiantinjauannijalbahari
 
Student expectations of technology enhanced pedagogy
Student expectations of technology enhanced pedagogyStudent expectations of technology enhanced pedagogy
Student expectations of technology enhanced pedagogySE Shamsol
 
Laporan Tahap 1 Metpen
Laporan Tahap 1 MetpenLaporan Tahap 1 Metpen
Laporan Tahap 1 MetpenAldi Putra
 
KPT 6044 tugasan 1 powerpoint
KPT 6044 tugasan 1 powerpointKPT 6044 tugasan 1 powerpoint
KPT 6044 tugasan 1 powerpointnuurad
 
Penulisan dalam kajian e learning
Penulisan dalam kajian e learningPenulisan dalam kajian e learning
Penulisan dalam kajian e learningCalvin Marinoe
 
Kajian lain e learning
Kajian lain e learningKajian lain e learning
Kajian lain e learningniakpt6043
 
Vol 1 no_1_desember_2014_4_h_muhammad_rustam-57bad-2142_522
Vol 1 no_1_desember_2014_4_h_muhammad_rustam-57bad-2142_522Vol 1 no_1_desember_2014_4_h_muhammad_rustam-57bad-2142_522
Vol 1 no_1_desember_2014_4_h_muhammad_rustam-57bad-2142_522STISIPWIDURI
 

What's hot (16)

Tugasan 3 : Kajian tinjauan web
Tugasan 3 : Kajian tinjauan webTugasan 3 : Kajian tinjauan web
Tugasan 3 : Kajian tinjauan web
 
Proposal Reserach
Proposal ReserachProposal Reserach
Proposal Reserach
 
Dapatan kajian kpt 6044
Dapatan kajian kpt 6044Dapatan kajian kpt 6044
Dapatan kajian kpt 6044
 
KPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina Nazori
KPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina NazoriKPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina Nazori
KPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina Nazori
 
Pembentangan tugasan 1
Pembentangan tugasan 1Pembentangan tugasan 1
Pembentangan tugasan 1
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Kpt6044tugasan3kajiantinjauan
Kpt6044tugasan3kajiantinjauanKpt6044tugasan3kajiantinjauan
Kpt6044tugasan3kajiantinjauan
 
Student expectations of technology enhanced pedagogy
Student expectations of technology enhanced pedagogyStudent expectations of technology enhanced pedagogy
Student expectations of technology enhanced pedagogy
 
Laporan Tahap 1 Metpen
Laporan Tahap 1 MetpenLaporan Tahap 1 Metpen
Laporan Tahap 1 Metpen
 
Kajiselidik
KajiselidikKajiselidik
Kajiselidik
 
KPT 6044 tugasan 1 powerpoint
KPT 6044 tugasan 1 powerpointKPT 6044 tugasan 1 powerpoint
KPT 6044 tugasan 1 powerpoint
 
Tahap akhir
Tahap akhirTahap akhir
Tahap akhir
 
Vijian
VijianVijian
Vijian
 
Penulisan dalam kajian e learning
Penulisan dalam kajian e learningPenulisan dalam kajian e learning
Penulisan dalam kajian e learning
 
Kajian lain e learning
Kajian lain e learningKajian lain e learning
Kajian lain e learning
 
Vol 1 no_1_desember_2014_4_h_muhammad_rustam-57bad-2142_522
Vol 1 no_1_desember_2014_4_h_muhammad_rustam-57bad-2142_522Vol 1 no_1_desember_2014_4_h_muhammad_rustam-57bad-2142_522
Vol 1 no_1_desember_2014_4_h_muhammad_rustam-57bad-2142_522
 

Similar to SMARTPHONE

T8: Penulisan Dapatan Kajian e-learning
T8: Penulisan Dapatan Kajian e-learningT8: Penulisan Dapatan Kajian e-learning
T8: Penulisan Dapatan Kajian e-learningGovernment
 
34303-85020-1-PB.pdf
34303-85020-1-PB.pdf34303-85020-1-PB.pdf
34303-85020-1-PB.pdfssuser6926dd
 
Vol 1 no_1_desember_2014_4_h_muhammad_rustam-57bad-2142_522
Vol 1 no_1_desember_2014_4_h_muhammad_rustam-57bad-2142_522Vol 1 no_1_desember_2014_4_h_muhammad_rustam-57bad-2142_522
Vol 1 no_1_desember_2014_4_h_muhammad_rustam-57bad-2142_522STISIPWIDURI
 
Tugas cyber konseling
Tugas cyber konselingTugas cyber konseling
Tugas cyber konselingResinuryana10
 
Penggunaan telefon bimbit_dlm_pdp
Penggunaan telefon bimbit_dlm_pdpPenggunaan telefon bimbit_dlm_pdp
Penggunaan telefon bimbit_dlm_pdpasmawatiabdsamat
 
Dampak Penggunaan Smartphone dikalangan Mahasiswa FMIPA UNLAM Banjarbaru
Dampak Penggunaan Smartphone dikalangan Mahasiswa FMIPA UNLAM BanjarbaruDampak Penggunaan Smartphone dikalangan Mahasiswa FMIPA UNLAM Banjarbaru
Dampak Penggunaan Smartphone dikalangan Mahasiswa FMIPA UNLAM BanjarbaruRiza Magfirah
 
7504-19203-1-SM.pdf
7504-19203-1-SM.pdf7504-19203-1-SM.pdf
7504-19203-1-SM.pdfWiwidWidya10
 
DAMPAK KEMAJUAN TEKNOLOGI INFORMASI (Pendhuluan, Apersepsi) (minggu 4).pptx
DAMPAK KEMAJUAN TEKNOLOGI INFORMASI (Pendhuluan, Apersepsi) (minggu 4).pptxDAMPAK KEMAJUAN TEKNOLOGI INFORMASI (Pendhuluan, Apersepsi) (minggu 4).pptx
DAMPAK KEMAJUAN TEKNOLOGI INFORMASI (Pendhuluan, Apersepsi) (minggu 4).pptxlastri9
 
4 jurnal pembelajaran e_learning
4 jurnal pembelajaran e_learning4 jurnal pembelajaran e_learning
4 jurnal pembelajaran e_learningsalmaazizi
 
Asigmnt 1
Asigmnt 1Asigmnt 1
Asigmnt 1Faz Lee
 
Medpen tahap akhir
Medpen tahap akhirMedpen tahap akhir
Medpen tahap akhirbankir212
 
Jurnal pengaruh sistem operasi mobile android pada anak usia dini - Nurrachma...
Jurnal pengaruh sistem operasi mobile android pada anak usia dini - Nurrachma...Jurnal pengaruh sistem operasi mobile android pada anak usia dini - Nurrachma...
Jurnal pengaruh sistem operasi mobile android pada anak usia dini - Nurrachma...Nurrachmawati Ir
 
Pemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demak
Pemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demakPemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demak
Pemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demakistichomah1
 
PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...
PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...
PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...Paulus Robert Tuerah
 
Meningkatkan mutu pendidikan
Meningkatkan mutu pendidikanMeningkatkan mutu pendidikan
Meningkatkan mutu pendidikanilah2012
 
Tugas 1 Pemanfaatan Mobile Aplication.pptx
Tugas 1 Pemanfaatan Mobile Aplication.pptxTugas 1 Pemanfaatan Mobile Aplication.pptx
Tugas 1 Pemanfaatan Mobile Aplication.pptxpmbstisip
 

Similar to SMARTPHONE (20)

T8: Penulisan Dapatan Kajian e-learning
T8: Penulisan Dapatan Kajian e-learningT8: Penulisan Dapatan Kajian e-learning
T8: Penulisan Dapatan Kajian e-learning
 
34303-85020-1-PB.pdf
34303-85020-1-PB.pdf34303-85020-1-PB.pdf
34303-85020-1-PB.pdf
 
Vol 1 no_1_desember_2014_4_h_muhammad_rustam-57bad-2142_522
Vol 1 no_1_desember_2014_4_h_muhammad_rustam-57bad-2142_522Vol 1 no_1_desember_2014_4_h_muhammad_rustam-57bad-2142_522
Vol 1 no_1_desember_2014_4_h_muhammad_rustam-57bad-2142_522
 
Tugas cyber konseling
Tugas cyber konselingTugas cyber konseling
Tugas cyber konseling
 
Penggunaan telefon bimbit_dlm_pdp
Penggunaan telefon bimbit_dlm_pdpPenggunaan telefon bimbit_dlm_pdp
Penggunaan telefon bimbit_dlm_pdp
 
Tahap 1
Tahap 1Tahap 1
Tahap 1
 
Media sosial
Media sosialMedia sosial
Media sosial
 
Dampak Penggunaan Smartphone dikalangan Mahasiswa FMIPA UNLAM Banjarbaru
Dampak Penggunaan Smartphone dikalangan Mahasiswa FMIPA UNLAM BanjarbaruDampak Penggunaan Smartphone dikalangan Mahasiswa FMIPA UNLAM Banjarbaru
Dampak Penggunaan Smartphone dikalangan Mahasiswa FMIPA UNLAM Banjarbaru
 
7504-19203-1-SM.pdf
7504-19203-1-SM.pdf7504-19203-1-SM.pdf
7504-19203-1-SM.pdf
 
DAMPAK KEMAJUAN TEKNOLOGI INFORMASI (Pendhuluan, Apersepsi) (minggu 4).pptx
DAMPAK KEMAJUAN TEKNOLOGI INFORMASI (Pendhuluan, Apersepsi) (minggu 4).pptxDAMPAK KEMAJUAN TEKNOLOGI INFORMASI (Pendhuluan, Apersepsi) (minggu 4).pptx
DAMPAK KEMAJUAN TEKNOLOGI INFORMASI (Pendhuluan, Apersepsi) (minggu 4).pptx
 
Jurnal weny r
Jurnal weny rJurnal weny r
Jurnal weny r
 
4 jurnal pembelajaran e_learning
4 jurnal pembelajaran e_learning4 jurnal pembelajaran e_learning
4 jurnal pembelajaran e_learning
 
Asigmnt 1
Asigmnt 1Asigmnt 1
Asigmnt 1
 
Print
 Print Print
Print
 
Medpen tahap akhir
Medpen tahap akhirMedpen tahap akhir
Medpen tahap akhir
 
Jurnal pengaruh sistem operasi mobile android pada anak usia dini - Nurrachma...
Jurnal pengaruh sistem operasi mobile android pada anak usia dini - Nurrachma...Jurnal pengaruh sistem operasi mobile android pada anak usia dini - Nurrachma...
Jurnal pengaruh sistem operasi mobile android pada anak usia dini - Nurrachma...
 
Pemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demak
Pemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demakPemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demak
Pemanfaatan TIK yang tidak merata bagi siswa sdn sedo 1 demak
 
PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...
PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...
PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...
 
Meningkatkan mutu pendidikan
Meningkatkan mutu pendidikanMeningkatkan mutu pendidikan
Meningkatkan mutu pendidikan
 
Tugas 1 Pemanfaatan Mobile Aplication.pptx
Tugas 1 Pemanfaatan Mobile Aplication.pptxTugas 1 Pemanfaatan Mobile Aplication.pptx
Tugas 1 Pemanfaatan Mobile Aplication.pptx
 

Recently uploaded

IDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOT
IDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOTIDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOT
IDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOTNeta
 
Wa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandung
Wa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandungWa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandung
Wa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandungnicksbag
 
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang Jackpot
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang JackpotWen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang Jackpot
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang JackpotWen4D
 
IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024
IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024
IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024idmpo grup
 
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolikMAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolikssuser328cb5
 
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang Maxwin
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang MaxwinLim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang Maxwin
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang MaxwinLim4D
 
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...Neta
 
Ryu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang Menang
Ryu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang MenangRyu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang Menang
Ryu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang MenangRyu4D
 
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...Neta
 
Babahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjf
BabahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjfBabahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjf
BabahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjfDannahadiantyaflah
 
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdfPEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdfachsofyan1
 
MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................
MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................
MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................teeka180806
 
Bento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah Maxwin
Bento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah MaxwinBento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah Maxwin
Bento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah MaxwinBento88slot
 
STD BAB 6 STATISTIKA kelas x kurikulum merdeka
STD BAB 6 STATISTIKA kelas x kurikulum merdekaSTD BAB 6 STATISTIKA kelas x kurikulum merdeka
STD BAB 6 STATISTIKA kelas x kurikulum merdekachairilhidayat
 

Recently uploaded (14)

IDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOT
IDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOTIDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOT
IDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOT
 
Wa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandung
Wa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandungWa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandung
Wa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandung
 
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang Jackpot
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang JackpotWen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang Jackpot
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang Jackpot
 
IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024
IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024
IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024
 
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolikMAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
 
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang Maxwin
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang MaxwinLim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang Maxwin
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang Maxwin
 
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
 
Ryu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang Menang
Ryu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang MenangRyu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang Menang
Ryu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang Menang
 
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...
 
Babahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjf
BabahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjfBabahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjf
Babahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjf
 
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdfPEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
 
MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................
MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................
MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................
 
Bento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah Maxwin
Bento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah MaxwinBento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah Maxwin
Bento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah Maxwin
 
STD BAB 6 STATISTIKA kelas x kurikulum merdeka
STD BAB 6 STATISTIKA kelas x kurikulum merdekaSTD BAB 6 STATISTIKA kelas x kurikulum merdeka
STD BAB 6 STATISTIKA kelas x kurikulum merdeka
 

SMARTPHONE

  • 1. International Conference on Education and Regional Development 2016 (ICERD 2016) “Cross-Cultural Education for Sustainable Regional Development” Bandung, Indonesia. 31 October & 1 November 2016 PERBANDINGAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR UNTUK TUJUAN UMUM DAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI Fariza Khalid a , Md Yusoff Daud a , Mohd Khalid Mohamad Nasir a , a Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Malaysia. Abstrak Penggunaan telefon bimbit kini tidak lagi semata-mata berfungsi sebagai alat berkomunikasi, malah dengan wujudnya telefon pintar yang menawarkan pelbagai aplikasi turut memberi manfaat dalam bidang pendidikan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti pola penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar universiti. Penggunaan tersebut dilihat dari dua perspektif; penggunaan umum dan penggunaan untuk pembelajaran. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpul data daripada 113 pelajar pra-siswazah. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Bagi kategori penggunaan umum, min tertinggi dicatat bagi tujuan khidmat mesej seperti WhatsApp dan Telegram, diikuti rangkaian sosial (Facebook, Twitter), manakala min terendah adalah untuk emel dan mencari arah (Google maps, Waze). Untuk tujuan pembelajaran pula, penggunaan tertinggi dicatat untuk tujuan berkomunikasi dengan rakan pelajar, manakala min terendah adalah untuk tujuan menyemak markah peperiksaan. Kertas kerja ini turut mengupas perbezaan antara jantina dan program dari sudut penggunaan untuk tujuan umum dan pembelajaran di samping membincangkan isu-isu berkaitan potensi serta kelangsungan penggunaan telefon pintar dan aplikasi mudahalih untuk tujuan pembelajaran di insitusi pengajian tinggi. Kata Kunci: m-pembelajaran; kemahiran Abad ke-21; pengajaran & pembelajaran; e-pembelajaran 1. Pendahuluan Telefon pintar merupakan alat yang sofistikated, dinamik serta bersifat mudahalih yang memberi ruang kepada pengguna untuk mendapat akses maklumat tidak kira bila dan di mana (Al-Barashdi et al, 2015; Alfawareh dan Jusoh, 2014). Kapasiti telefon pintar yang mampu beroperasi seperti komputer memberi banyak kemudahan kepada pengguna dan sekaligus meningkatkan tahap pemilikan telefon pintar serta cara dan tujuan penggunaannya (Lay-Yee et al., 2013; Weinberg, 2012). Melalui penggunaan telefon pintar, banyak aktiviti boleh dilaksanakan termasuklah perkongsian maklumat, komunikasi, pelayaran internet, penghasilan dan pengeditan dokumen dan pelbagai aktiviti lain (Al-Barashdi et al, 2015). Kemudahan untuk merakam gambar serta video secara mudah serta apps yang pelbagai turut menyumbang kepada meningkatkan penggunaan telefon pintar (Weinberg, 2012). Dengan wujudnya pelbagai aplikasi pada telefon pintar, ia menjadi popular dalam kalangan pengguna khususnya untuk tujuan sosialisasi yang mampu meningkatkan komunikasi (Hong et el., 2012).
  • 2. International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 174 Kini, pemilikan telefon pintar telah menjadi sebahagian daripada keperluan dalam hidup seharian. Song et al (2013) melaporkan bahawa sebanyak 40% daripada rakyat Malaysia secara individu mempunyai lebih daripada dua telefon bimbit. Ciri mudah alih serta aplikasi yang sangat mirip kepada penggunaan komputer memudahkan pengguna mendapatkan sebarang akses maklumat samada yang formal atau tidak formal. Penggunaan untuk tujuan pembelajaran merupakan salah satu potensi telefon pintar. Hal ini sejajar dengan perkembangan semasa di mana semua maklumat dapat disalurkan dengan cepat, proses kolaborasi boleh berlaku secara pantas dalam talian, serta perkongsian maklumat merupakan satu bentuk pendekatan pembelajaran yang bermakna. Potensi ini juga menyebabkan proses pembelajaran berasaskan telefon pintar semakin pesat berkembang. Penggunaan telefon pintar juga pernah dilaporkan sebagai mempunyai hubungannya dengan faktor jantina seseorang. Misalnya, Jenaro et al. (2007) dan Kawasaki et al. 2006) menyifatkan penggunaan telefon pintar yang tinggi lebih banyak dikaitkan dengan pengguna wanita berbanding lelaki. Hal yang sama turut dilaporkan oleh Howell et al. (2008) dengan menegaskan bahawa selain tinggi tahap penggunaan telefon pintarnya, pengguna wanita turut menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap khidmat aplikasi mudahalih dalam telefon mereka. Kajian-kajian yang telah dijalankan di beberapa negara menunjukkan perkembangan dan penerimaan yang positif dalam kalangan pengguna khususnya para pelajar universiti. Di United Kingdom misalnya Dayne, Wharrad & Watts (2012) melaporkan bahawa para pelajar menyokong penuh usaha penggunaan telefon pintar serta aplikasi mudah alih digunakan dalam pembelajaran. Hal ini banyak disokong oleh kebolehan telefon pintar untuk mengakses capaian Internet secara efektif menyebabkan ramai pengguna lebih gemar mencari dan mendapatkan maklumat menggunakan telefon pintar. Uys et al. (2012) melaporkan para pelajar dalam kajian mereka menghabiskan masa sebanyak 16 jam sehari secara purata untuk penggunaan telefon pintar. Walau bagaimanapun, kebanyakan masa ini digunakan untuk tujuan berinteraksi secara sosial bersama para rakan serta tiada data tentang penggunaan untuk pembelajaran dilaporkan. Kajian oleh Park & Lee (2012) terhadap pelajar-pelajar universiti di Korea memberi satu tanda aras yang positif tentang bagaimana telefon pintar boleh digunakan secara berkesan dalam membantu meningkatkan pembelajaran pelajar. Park & Lee (2012) melaporkan bahawa secara purata, responden kajian mereka mempunyai sekitar 80 aplikasi mudahalih dalam telefon bimbit, manakala 16% daripada aplikasi tersebut digunakan secara langsung untuk tujuan pembelajaran. Namun demikian, secara keseluruhan, potensi sebenar aplikasi mudahalih dalam telefon pintar sebagai platform atau sumber pengayaan pembelajaran pelajar masih perlu diperkasakan. Hal ini turut dijelaskan oleh Alfawareh & Jusoh (2014) bahawa meskipun telefon pintar mempunyai banyak potensi untuk digunakan secara optimum untuk pembelajaran, namun tahap penggunaannya untuk tujuan ini masih pada tahap yang rendah (Alfawareh & Jusoh, 2014). Dapatan ini secara tidak langsung memberi ruang kepada penyelidikan yang lebih khusus dilaksanakan untuk memahami bagaimana pola penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar universiti sekiranya lebih banyak aplikasi mudahahlih hendak dilaksanakan secara lebih proaktif dan menyeluruh di universiti atau institusi pengajian tinggi. Hal ini merupakan satu keperluan yang perlu diisi, justeru kajian Mohtar et al. (2013) membuktikan bahawa majoriti pelajar universiti dalam kajian mereka menunjukkan minat yang tinggi dalam penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran dan menganggap ia sebagai satu kemestian seiring dengan era perkembangan teknologi telefon masa kini. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti secara lebih mendalam ciri-ciri pengguna telefon pintar dalam kalangan pelajar universiti, serta pola penggunaan aplikasi mudahalih sama ada untuk tujuan umum atau pembelajaran. Kajian ini turut meninjau sikap pelajar terhadap penggunaan aplikasi mudahalih untuk pembelajaran. 2. Metodologi Kajian ini dijalankan secara tinjauan di mana data dikumpul menggunakan satu set soal selidik yang diubahsuai daripada kajian Bowen & Pistilli (2012). Soal selidik mengandungi tiga bahagian: Bahagian A melibatkan demografi responden yang mengandungi maklumat seperti jantina, serta program; Bahagian B mengukur penggunaan telefon pintar secara umum yang melibatkan jenama telefon pintar, operasi sistem, bilangan apps, serta tahap pengalaman menggunakan telefon pintar; Bahagian C pula mengandungi item
  • 3. International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 175 tentang bagaimana responden menggunakan telefon pintar mereka untuk tujuan umum dan pembelajaran serta persepsi mereka terhadap penggunaan aplikasi telefon pintar di intitusi pengajian tinggi. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23 yang melibatkan analisis deskriptif, t-test, ANOVA serta korelasi. Kajian ini disasarkan terhadap semua pelajar tahun pertama di Fakulti Pendidikan iaitu seramai 151 pelajar dan seramai 113 orang telah memulangkan soal selidik. Sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 1, seramai 37 pelajar lelaki (32.7%) dan 76 pelajar perempuan (67.3%) telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Dari sudut taburan program pula, 38 orang adalah daripada program Pendidikan Khas, 39 daripada program Sukan dan Rekreasi manakala selebihnya (n=36) adalah pelajar TESL. Jadual 1: Jumlah responden kajian Jantina N % Lelaki 37 32.7 Perempuan 76 67.3 Program N % Pendidikan Khas 38 33.6 Sukan dan Rekreasi 39 34.5 TESL 36 31.9 Jumlah 113 100.0 3. Dapatan kajian 3.1. Jenama telefon bimbit Analisis yang dijalankan (Jadual 2) menunjukkan jumlah pengguna telefon bimbit tertinggi yang dimilik responden kajian adalah dari jenama Samsung (n=33, 29.2%) diikuti oleh iPhone (n=26, 23.0%). Namun demikian, terdapat juga responden yang menggunakan jenama lain seperti Sony, Oppo, HTC, Alcatel, Nokia dan lain-lain. Dapatan ini merupakan sesuatu yang dijangka kerana menurut The Star (2012), meskipun terdapat banyak jenama telefon bimbit di pasaran, namun dua jenama yang terkenal terdiri daripada iPhone dan Samsung, di mana menurut laporan ini juga, jenama Samsung semakin menguasai pasaran meninggalkan iPhone sebagai pesaing terdekat di belakang. Jadual 2: Jenama telefon bimbit responden Jenama n % Samsung 33 29.2 iPhone 26 23.0 Nokia 1 .9 Oppo 11 9.7 Sony 8 7.1 HTC 2 1.8 Alcatel 1 .9 Lain-lain 31 27.4 Jumlah 113 100.0 Penggunaan sistem operasi (Jadual 3) pula menunjukkan majoriti responden menggunakan Android (n=87, 77.0%), diikuti iOS (n=24, 21.2%). Jumlah terendah adalah sistem operasi Windows iaitu seramai 2 orang (1.8%).
  • 4. International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 176 Jadual 3: Sistem operasi telefon bimbit Sistem Operasi n % Android 87 77.0 iOS 24 21.2 Windows 2 1.8 Jumlah 113 100.0 Kajian turut mengenalpasti bilangan aplikasi mudahalih pada telefon bimbit responden. Sebagaimana yang diringkaskan dalam Jadual 3, majoriti responden (n=32, 28.3%) mempunyai antara tujuh hingga sembilan aplikasi mudahalih diikuti seramai 28 orang (24.8%) mempunyai empat hingga enam aplikasi mudahalih. Seramai 25 (22.1%) responden mempunyai lebih daripada 13 aplikasi mudahalih manakala 5 (4.4%) responden tidak mempunyai apa-apa aplikasi mudahalih. Jadual 3: Jumlah aplikasi mudahalih Jumlah aplikasi mudahalih Kekerapan Peratus 0 5 4.4 1-3 11 9.7 4-6 28 24.8 7-9 32 28.3 10-12 12 10.6 lebih dari 13 25 22.1 Total 113 100.0 Hasil analisis terhadap tahap penggunaan telefon pintar (Jadual 4) menunjukkan majoriti pelajar (n=66, 58.4%) mengatakan yang mereka telah menggunakan telefon pintar lebih dari 2 tahun serta mempunyai lebih daripada 10 aplikasi mudahalih pada telefon pintar mereka. Golongan ini juga kadangkala memuatnaik lebih daripada 1 aplikasi mudahalih untuk fungsi yang sama untuk mereka membuat perbandingan. Penggunaan bagi tahap ini diintepretasikan sebagai pengguna yang maju. Tahap kedua tertinggi yang menjadi pilihan responden adalah pada tahap pertengahan (n=36, 31.9%). Pada tahap ini, responden telah menggunakan telefon pintar lebih daripada 6 bulan serta mempunyai sebilangan aplikasi mudahalih pada telefon pintar mereka (4 hingga 9 apps). Hanya 11 responden (9.7%) merupakan pengguna novis yang baharu menggunakan telefon pintar iaitu di bawah 6 bulan serta mempunyai bilangan aplikasi mudahalih yang sangat sedikit. Jadual 4: Tahap penggunaan telefon pintar Tahap penggunaan N % Interpretasi Saya menggunakan telefon pintar kurang dari 6 bulan dan hanya mempunyai beberapa apps (1 hingga 3) pada telefon saya 11 9.7 Novis Saya menggunakan telefon pintar lebih dari 6 bulan dan mempunyai agak banyak apps (4 hingga 9) yang sering saya gunakan 35 31.9 Pertengahan Saya menggunakan telefon pintar lebih dari 2 tahun dan menggunakan pelbagai apps (lebih dari 10). Kadangkala saya memuatnaik lebih daripada 1 apss untuk fungsi yang sama utk membuat perbandingan 66 58.4 Advanced Maju Saya pernah membangunkan mobile apps sendiri - - Mahir Selain tahap penggunaan, kajian ini turut mengenalpasti tujuan penggunaan telefon pintar dalam kalangan responden. Penggunaan dalam kajian ini terbahagi kepada dua; umum dan untuk pembelajaran. Berdasarkan analisis di Jadual 5, terdapat beberapa tujuan penggunaan yang menunjukkan intepretasi min yang agak tinggi iaitu Khidmat mesej seperti WhatsApp, WeChat dan Telegram (M=4.46, S.P=0.80), Jaringan sosial (M=4.00, S.P=1.04) serta pencarian maklumat (M=4.00, S.P=0.94). Dapatan ini sekaligus memberi gambaran terhadap
  • 5. International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 177 pola penggunaan telefon bimbit dalam kalangan responden yang lebih kepada tujuan sosialisasi dan perhubungan atau komunikasi. Penggunaan yang lain adalah untuk tujuan permainan (games) (M=3.84, S.P=9.11). Penggunaan yang agak rendah dicatat bagi tujuan khidmat pesanan ringkas (M=3.35, S.P=1.21). Min yang sama turut dicatatkan untuk tujuan membuat panggilan telefon (M=3.35, S.P=1.11) manakala untuk emel, min yang dicatat adalah sebanyak (M=3.34, S.P=0.96). Min terendah adalah bagi tujuan pencarian arah seperti Google Map atau Waze (M=2.71, S.P=0.99). Dapatan ini juga menunjukkan bahawa panggilan telefon serta emel bukanlah penggunaan yang paling kerap digunakan, sebaliknya pola penggunaan tertinggi lebih bertumpu kepada penggunaan aplikasi mudahalih untuk proses sosialisasi dan komunikasi. Responden juga didapati kurang menggunakan telefon untuk membuat panggilan. Hal ini mungkin disebabkan wujudnya banyak aplikasi mudahalih yang memberi ruang panggilan secara percuma atau hanya dengan talian Internet yang jauh lebih murah berbanding kos panggilan telefon menggunakan talian berbayar seperti Maxis, Celcom dan sebagainya. Jadual 5: Pengguna telefon pintar untuk tujuan umum Tujuan penggunaan Min S.P Jaringan Sosial (Twitter, Facebook dll) 4.00 1.04 Membaca bahan (e-book/articles) 3.55 0.95 Beremel 3.34 0.96 Pesanan ringkas (SMS) 3.35 1.21 Membuat panggilan 3.35 1.11 Khidmat mesej (Whatsapps, WeChat dll) 4.46 0.80 Pencarian maklumat (Google Search dll) 4.00 0.94 Pencarian arah (Google maps, waze dll) 2.71 0.99 Bermain games 3.84 9.11 Mendengar muzik, radio dll 3.71 1.14 Menonton video (YouTube dll) 3.59 1.16 Selain untuk tujuan umum, kajian ini turut mengenalpasti penggunaan telefon bimbit untuk tujuan pembelajaran. Hasil analisis yang dijalankan sepertimana dalam Jadual 6 menunjukkan pola kekerapan penggunaan tertinggi bertumpu kepada penggunaan untuk tujuan berkomunikasi dengan rakan pelajar (M= 3.81, S.P=0.940, diikuti oleh pencarian bahan berkaitan kursus (M=3.76, S.P=1.08), mendapatkan nota kursus (M=3.65, S.P=1.02) dan membaca bahan yang dikongsi oleh pensyarah (M=3.60, S.P=0.95). Walau bagaimanapun, beberapa tujuan mencatatkan nilai skor min agak rendah iaitu untuk tujuan menyemak markah (M=3.10, S.P=1.10) dan bertanya soalan kepada pensyarah (M=3.15, S.P=0.94). Jadual 6: Pengguna telefon pintar untuk tujuan pembelajaran Penggunaan mobile untuk tujuan pembelajaran Min S.P Merujuk jadual kursus/proforma 3.28 1.02 Menyemak markah semasa 3.10 1.10 Menyemak makluman terkini kursus 3.58 0.91 Berkomunikasi dengan rakan pelajar 3.81 0.94 Membaca bahan bacaan yang dikongsi pensyarah/rakan 3.60 0.95 Perbincangan maya 3.48 0.93 Bertanya soalan kepada pensyarah 3.15 0.94 Berkongsi bahan/rujukan dengan rakan 3.47 1.01 Menonton video yang dikongsi pensyarah 3.24 1.01 Mendapatkan nota kursus 3.65 1.02 Menghantar tugasan kursus kepada pensyarah 3.50 1.11 Mengambil bahagian dalam kuiz 3.35 1.02 Mencari bahan berkaitan kursus 3.67 1.08
  • 6. International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 178 3.1.1. Persepsi pelajar tentang penggunaan telefon pintar dalam pengajaran dan pembelajaran Selain melihat pola penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum dan pembelajaran, kajian ini turut mendapatkan data berkaitan pandangan pelajar tentang penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran. Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 7, responden menunjukkan persetujuan yang tinggi terhadap penyataan bahawa ‘Pensyarah harus lebih banyak menggunakan telefon pintar untuk pembelajaran’ (M=4.22, S.P=0.91). Min yang tinggi juga dicatat untuk penyataan ‘Pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan jika pensyarah mengintegrasikan penggunaan telefon pintar dalam aktiviti pembelajaran’ (M=4.03, S.P=.96). Penggunaan telefon pintar sebagai sebahagian daripada alat mempermudah pembelajaran turut dilihat oleh responden sebagai mampu menarik minat pelajar untuk meneroka topik yang dipelajari dengan lebih mendalam (M=3.84, S.P=.7763). Di samping itu, responden juga menunjukkan sikap yang positif terhadap kepentingan pembelajaran melalui telefon pintar sesuai dengan perkembangan di abad ke-21 ini. Ini dapat dilihat dalam penyataan ‘Penggunaan telefon pintar merupakan satu cara pembelajaran yang penting dilakukan dalam era sekarang’ (M=3.80, S.P=.83). Jadual 7: Persepsi pelajar tentang penggunaan telefon pintar untuk pengajaran dan pembelajaran Penggunaan telefon bimbit untuk P&P Min S.P Pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan jika pensyarah mengintegrasikan penggunaan telefon pintar dalam aktiviti pembelajaran 4.03 0.96 Pensyarah harus lebih banyak menggunakan telefon pintar untuk pembelajaran 4.22 0.91 Penggunaan telefon pintar merupakan satu cara pembelajaran yang mudah 3.69 0.86 Penggunaan telefon pintar merupakan satu cara pembelajaran yang penting dilakukan dalam era sekarang 3.80 0.83 Penggunaan telefon pintar merupakan satu cara pembelajaran yang mampu meningkatkan kefahaman dan pembelajaran pelajar 3.66 0.84 Penggunaan telefon pintar mampu menarik minat pelajar untuk meneroka topik yang dipelajari dengan lebih mendalam 3.84 0.76 Fakulti harus menyediakan kursus pembangunan mobile app untuk para pelajar 3.93 0.78 3.1.2. Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum berdasarkan jantina Analisis ujian-t telah dijalankan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan dari sudut penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum. Secara deskriptif (Jadual 8), pelajar perempuan menunjukkan min penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum yang lebih tinggi (M=4.02, S.P=1.28) berbanding pelajar lelaki (M=3.89, S.P=0.75). Walau bagaimanapun, hasil ujian-t tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kedua kumpulan jantina ini dalam penggunaan untuk tujuan umum, t (-.572) = .569 , p <.05 sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 10. Oleh itu, hipotesis pertama untuk kajian ini gagal ditolak. Jadual 8: Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum berdasarkan jantina Jantina Lelaki (n= 37) Perempuan (n=75) Min S.P Min S.P t Sig. (2- tailed) Penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum 3.89 0.75 4.02 1.28 -.572 .569 3.1.3. Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran berdasarkan jantina Ujian-t seterusnya dijalankan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan dari sudut penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran (Jadual 9). Secara deskriptif,
  • 7. International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 179 pelajar perempuan menunjukkan min penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran yang lebih tinggi (M=4.48, S.P=1.04) berbanding pelajar lelaki (M=4.46, S.P=0.91). Walau bagaimanapun, hasil ujian-t tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kedua kumpulan jantina ini dalam penggunaan untuk tujuan umum, t(-.575) = .941 , p<.05. Oleh itu, hipotesis kedua untuk kajian ini gagal ditolak. Jadual 9: Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran berdasarkan jantina Jantina Lelaki (n= 37) Perempuan (n=75) Min S.P Min S.P t Sig. (2- tailed) Penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran 4.46 0.91 4.48 1.04 -.575 .941 3.1.4. Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum berdasarkan program Responden kajian ini terdiri daripada para pelajar tahun pertama di Fakulti Pendidikan yang terdiri daripada tiga program – TESL, Pendidikan Khas dan Sukan & Rekreasi. Secara deskriptif (Jadual 10), min penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran dicatat oleh kumpulan pelajar dari program Pendidikan Khas (M=4.10, S.P=1.74), diikuti oleh pelajar program TESL (M=3.92, S.P=0.57) manakala pelajar program Sukan & Rekreasi menunjukkan min terendah (M=3.92, S.P=0.57). Hasil ujian ANOVA (Jadual 11) pula mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga kumpulan dalam tahap penggunaan telefon bimbit untuk tujuan pembelajaran, F (2,109) = .718, p<.05. Jadual 10: Min penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum berdasarkan program Program n M S.P Pendidikan Khas 38 4.10 17.44 Sukan dan Rekreasi 38 3.91 6.38 TESL 36 3.92 5.73 Jumlah 112 Jadual 11: Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum berdasarkan program Jumlah kuasa dua dk Min kuasa dua F Sig. Antara kumpulan 84.99 2 42.49 .33 .718 Dalam kumpulan 13918.06 109 127.68 Total 14003.06 111 3.1.5. Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran berdasarkan program Dari sudut penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran pula (Jadual 12), min penggunaan tertinggi dicatat oleh pelajar dari program Sukan & Rekreasi (M=4.70, S.P=0.93) manakala min terendah dicatat oleh pelajar dari program TESL (M=4.32, S.P=1.01). Hasil ujian ANOVA (Jadual 13) pula mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga kumpulan dalam tahap penggunaan telefon bimbit untuk tujuan pembelajaran, F (2,109) = .156, p<.05. Ini bermakna tiada ada sebarang perbezaan yang signifikan antara pelajar berlainan program dari sudut tahap penggunaan telefon pintar mereka sama ada untuk tujuan umum mahupun pembelajaran.
  • 8. International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 180 Jadual 12: Min penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran berdasarkan program Program n M S.P Pendidikan Khas 38 4.39 10.50 Sukan dan Rekreasi 39 4.70 9.30 TESL 35 4.32 10.14 Jumlah 112 Jadual 13: Perbezaan penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran berdasarkan program Jumlah kuasa dua dk Min kuasa dua F Sig. Antara kumpulan 312.08 2 156.04 1.56 .214 Dalam kumpulan 10869.33 109 99.71 Total 11181.42 111 3.1.6. Hubungan antara penggunaan untuk tujuan umum dan pembelajaran Analisis seterusnya dijalankan menggunakan korelasi Pearson yang bertujuan mengenalpasti hubungan antara tahap pengggunaan telefon pintar untuk tujuan umum dengan tujuan pembelajaran. Sebagaimana yang dipaparkan dalam Jadual 14, didapati terdapat hubungan positif yang signifikan pada tahap sederhana antara tahap penggunaan telefon pintar dalam kalangan repsonden untuk kedua-dua tujuan, r = 0.338, p <.05. Dapatan ini secara tidak langsung memberi gambaran tentang perkaitan antara peningkatan tempoh masa yang diperuntukkan untuk penggunaan telefon untuk tujuan umum dan pembelajaran. Jadual 14: Hubungan antara penggunaan untuk tujuan umum dan pembelajaran Penggunaan untuk tujuan pembelajaran Penggunaan untuk tujuan umum Pearson Correlation .338** Sig. (2-tailed) .000 ** p< 0.01 (2-tailed) 4. Perbincangan dan kesimpulan Kajian ini bertujuan meneliti pola penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar universiti serta persepsi mereka terhadap penggunaan aplikasi mudahalih untuk tujuan pembelajaran. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan majoriti pelajar adalah pengguna kepada telefon pintar serta mempunyai jumlah aplikasi mudahalih melebihi 10 aplikasi. Selain itu, lebih separuh responden berada pada tahap penggunaan yang maju di mana mereka bukan sahaja memuat turun aplikasi untuk digunakan, malahan turut membuat perbandingan antara aplikasi untuk memilih yang terbaik. Dari sudut penggunaan telefon pintar untuk tujuan umum, dapatan menunjukkan penggunaan tertinggi adalah bagi kategori untuk tujuan sosialisasi. Hal ini seiring dengan kemajuan pesat dalam khidmat mesej seperti WhatsApp, Telegram serta WeChat yang menjadi kegemaran pengguna. Aplikasi khidmat mesej ini bukan sahaja memudahkan perkongsian maklumat antara pengguna, malah turut menjimatkan kerana pengguna hanya memerlukan talian Internet untuk berhubung berbanding panggilan telefon yang dikenakan bayaran tambahan (Fariza et al., 2015). Selain itu, khidmat mesej juga membolehkan pengguna mencipta kumpulan (group) untuk perbincangan dalam satu kelompok komuniti tertentu. Interaksi sosial sebegini mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja dalam kalangan pelajar malah kebanyakan penggunan telefon pintar. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa telefon pintar turut berguna sebagai panduan dalam mencari arah seperti aplikasi Google maps, meskipun peratusan penggunaannya tidak setinggi khidmat mesej.
  • 9. International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 181 Kajian ini turut mengenalpasti pola penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran yang lebih cenderung kepada proses komunikasi dan interaksi antara pelajar. Hal ini bukanlah satu dapatan yang memeranjatkan. Seiring dengan perkembangan dalam Abad ke-21, pembelajaran banyak dibangunkan menerusi perbincangan serta perkongsian idea dan dapat ini memberi isyarat kepada tahap kesediaan para pelajar terhadap penggunaan bahan mudahalih untuk perkongsian ilmu dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kuliah dan syarahan daripada pensyarah (Khalid, 2014; Daud & Khalid, 2014). Ruang sebegini seharusnya diambil kesempatan oleh para pensyarah untuk terus bersikap proaktif untuk menyumbang idea dan tenaga dalam penglahiran lebih banyak aplikasi mudahalih untuk tujuan pembelajaran melalui proses perkongsian idea serta pembentukan komuniti pembelajaran. Hal ini wajar diteruskan berikutan dapatan kajian ini yang menyingkap sikap pelajar yang positif dan sokongan mereka terhadap penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran. Faktor jantina dilihat tidak mempengaruhi tahap penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar yang terlibat dengan kajian ini, seperti mana juga faktor program yang tidak berbeza secara signifikan terhadap penggunaan telefon pintar sama ada untuk tujuan umum atau pembelajaran. Dapatan ini dilihat berbeza dengan dapatan-dapatan lepas (Kawasaki et al. 2006; Jenaro et al. 2007; Howell et al., 2008) yang menonjolkan faktor jantina sebagai pembolehubah dalam perbezaan cara penggunaan telefon pintar. Namun demikian, kekerapan atau tempoh penggunaan telefon pintar untuk tujuan pembelajaran dilihat mempunyai hubungannya dengan penggunaan secara umum. Hal ini membuktikan bahawa di sana potensi untuk memanfaatkan aplikasi mudahalih untuk pembelajaran adalah besar. Dapatan ini walau bagaimanapun, harus diteliti dengan lebih mendalam. Misalnya, sejauhmanakah pihak fakulti atau universiti yang hendak melaksanakan penggunaan aplikasi mudahalih untuk pembelajaran dapat memberi sokongan kepada segelintir pelajar yang tidak mempunyai telefon pintar. Konsep membawa sendiri peralatan atau Bring Your Own Device (BYOD) perlu diperhalusi kerana hakikatnya di luar sana masih wujud segolongan pelajar yang masih tidak mampu untuk memilik telefon pintar (Bowen & Pistili, 2012). Hal ini tentu sekali menghasilkan keadaan pemelajaran yang tidak harmoni. Berkait dengan sokongan dan fasiliti juga, pihak pelaksana khususnya fakulti atau universiti harus mempertimbangkan tentang capaian Internet khususnya di sekitar kampus sekiranya pendekatan aplikasi mudahalih hendak dioptimumkan penggunaannya. Hal ini kerana, antara faktor penting dalam memastikan penggunaan sesuatu inovasi dalam P&P adalah wujudnya fasiliti (Ely, 1990; Khalid et al, 2009). Selain daripada itu, keperluan lain yang perlu diberi perhatian adalah terhadap kapasiti pensyarah atau tenaga pengajar dalam membangunkan aplikasi mudahalih itu sendiri. Tanpa tenaga mahir untuk membangunkan aplikasi yang efektif serta pengetahuan berkaitan isu reka bentuk dan teori pembelajaran, hasrat untuk memperkasa pembelajaran melalui aplikasi mudahalih akan terbantut. Sehubungan itu, usaha yang lebih proaktif perlu diambil oleh mana-mana institusi yang ingin melihat aplikasi sebegini diketengahkan secara meluas untuk mengambil langkah persediaan yang lebih mapan agar hasrat untuk mengetengahkan pendekatan aplikasi mudahalih ini dapat dicapai dengan berkesan. Rujukan Al-Barashdi, H. S., Buoazza, A., & Jabur, N. H. (2015). Samrtphone addiction among university undergraduates: A literature review. Journal of Scientific Research & Reports, 4(3), 210-225. Alfawareh, H. M., & Jusoh, S. (2014). Smartphones Usage Among University Students: Najran University Case. International Journal Of Academic Research, 6(2), 321-326. Bowen, K. & Pistili, M. D. (2012). Student preferences for mobile app usage, EDUCAUSE Centre for Applied Research. Diakses daripada: https://net.educause.edu/ir/library/pdf/erb1210.pdf Daud, M. D. & Khalid, F. (2014). Nurturing the 21st Century Skills among Undergraduate Students through The Application and Development of Weblog. International Education Studies, 7 (13), 123-129. Ely, D. P. (1990). Conditions that facilitate the implementation of educational technology innovations. Journal of Research on Computing in Education, 23(2), 298-306. Fariza Khalid, Md Yusoff Daud & Aidah Abdul Karim. (2015). Pemilihan Aplikasi Teknologi sebagai Medium Perkongsian Maklumat oleh Pelajar Siswazah Universiti. The ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015, 7-8 Oktober 2015. Hong, F. Y., Chiu, S, I., Huang, D.H. (2012). A model of the relationship between psychological characteristics, mobile phone addiction and use of mobile phones by Taiwanese University female students. Computers in Human Behavior, 28, 2152–2159.
  • 10. International Conference on Education and Regional Development 2016, Indonesia 182 Howell, M., Love, S., Turner, M. (2008). User characteristics and performance with automated mobile phone systems. International Journal of Mobile Communications, 6(1):1-15. Jenaro, C. N., Flores, M, Gómez-Vela, F., González, G., & Caballo, C. (2007). Problematic internet and cell-phone use: Psychological, behavioral, and health correlates. Addiction Research and Theory, 15(3), 309–20. Kawasaki, N., Tanei, S., & Ogata, F. (2006). Survey on cellular phone usage on students in Thailand. Journal of Physiological Anthropology, 25(6), 377–382. Khalid, F. (2014). Students' Views on the Use of e-Portfolio and Support Given to Promote Their Computer Learning for Educational Purposes. Recent Advance in Telecommunications, Informatics and Educational Technologies. 54-59. Khalid, F., Nawawi, M., & Roslan, S. (2009). Integration of ICT in Malaysian secondary schools: What conditions will facilitate its use? The International Journal of Learning, 15 (12), 85-93. Lay-Yee , K. L., Kok-Siew, H., Chan Yin-Fah, B. (2013). Factors affecting smartphone purchase decision among Malaysia Generation Y. International Journal of Asian Social Science, 2013, 3(12): 2426-2440. Mohtar, N.M. M. , Hassan, M. A., Hassan, M. S., & Osman, M. N. (2013) The Importance of Smartphone’s Usage Among Malaysian, Journal Of Humanities and Social Science, 15(9), 491-497. Park, N. & Lee, H. (2012). Social Implications of Smartphone Use: Korean College Students' Smartphone Use and Psychological Well- Being. CyberPsychology, Behavior & Social Networking,15(9), 491-497. Song, H. S. Y., Murphy, A., & Farley, H. (2013). Mobile devisces for learning in Malaysia: Then and now. Prosiding 30th Ascilite Conference, 1-4 Disember 2013. The Star. (2012). Smartphone’s’ share of mobile phone markets to hit 35% [Online]. Diakses dari: http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?sec=business&file=/2012/9/13/business/20120913154248 Uys, W. A.. Mia, G.J..Jansen, H.V., Schyff, M.A., Khusu, M., Gierdien, M., Luekes, N.A., Weinberg, D. (2012). Smartphone features [Online]. Diakses dari: http://techtips.salon.com/Smartphonefeatures-179.html