SlideShare a Scribd company logo
NATIONAL TECHNOLOGY RESEARCH IN ENGINEERING, DESIGN AND SOCIAL SCIENCE CONFERENCE 2022
172
TAHAP PENDIGITALAN PERNIAGAAN DALAM STRATEGI PEMASARAN
DI KALANGAN BELIA
Mohd Reza Fadhlan Daud1,*, Suhana Ramli2, Siti Fatimatuzahrah Khairudin2
1Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Aras 4-7, Galeria PJH, Jalan P4 W, Persiaran Perdana,
62100, Putrajaya
2Politeknik Port Dickson, KM14 Jalan Pantai, Si Rusa,
71050 Port Dickson, N. Sembilan
* Corresponding author rezafadhlan@mohe.gov.my
Abstrak. Pemasaran digital adalah komunikasi moden yang menggunakan internet dan
teknologi digital serta mempunyai hubungan dengan komunikasi tradisional untuk
mencapai matlamat pemasaran syarikat. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal
pasti kebolehan dalam strategi pemasaran dan tahap pendigitalan perniagaan dari
aspek pengetahuan dalam pemasaran digital. Usahawan di kalangan belia merupakan
golongan yang perlu diberikan perhatian dalam memperkasakan perniagaan melalui
platform e-dagang. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif di mana borang soal
selidik diedarkan secara dalam talian dengan pensampelan seramai 100 orang belia
yang terdiri daripada pelajar dan alumni Politeknik Malaysia yang terlibat dengan
perniagaan dalam talian. Kajian rintis dijalankan ke atas 30 orang belia yang menjalankan
perniagaan dalam talian bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen kajian. Analisis
statistik deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS digunakan bagi menganalisis min
dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati kebolehan belia dalam strategi pemasaran
dan tahap pengetahuannya dalam pemasaran digital berada pada tahap tinggi
dengan skor min masing-masing sebanyak 4.06 dan 4.00. Kesimpulannya, kebolehan dan
pengetahuan yang tinggi dalam strategi pemasaran secara digital dapat membantu
meluaskan peluang usahawan dalam meningkatkan jualan produk dan perkhidmatan.
Kata Kunci: pengetahuan, kebolehan, pemasaran digital, keusahawanan
1. PENGENALAN
Dalam era yang semakin maju di dunia, penggunaan internet dilihat tidak asing lagi di
kalangan pengguna tidak kira lapisan umur. Pelbagai platform perniagaan juga dilihat
semakin rancak dibangunkan bagi memenuhi keperluan pemasaran digital. Pemasaran
digital merupakan satu kaedah pemasaran yang sangat luas kerana ianya bukan sahaja
terbatas dengan menggunakan internet tetapi ianya juga boleh dilakukan dengan
kaedah lain seperti penggunaan SMS dan MMS. Pemasaran digital ialah komunikasi
moden yang menggunakan internet dan teknologi digital serta mempunyai hubungan
dengan komunikasi tradisional untuk mencapai matlamat pemasaran syarikat (Christina,
Fenni, & Roselina, 2019). Menurut Sari (2020) pula, pemasaran secara digital merupakan
suatu kaedah penyelesaian bagi menghuraikan permasalahan terhadap lima (5)
indikator yang berkaitan dengan kemudahan di mana pembeli dapat membuat belian
pada bila-bila masa, efisiensi di mana ianya menjimatkan masa, tenaga dan kos, harga
yang kompetitif, fleksibiliti kaedah pembayaran di mana pelbagai alternatif dan pilihan
transaksi dan juga layanan. Pandemik COVID 19 pada tahun 2020 yang menyerang
dunia telah membuka mata ramai pihak tentang pentingnya pengetahuan dan
kemahiran strategi pemasaran digital bagi meneruskan perniagaan dan meluaskan
pencarian pelanggan. Kesukaran mendapatkan bekalan oleh peniaga kecil semasa
krisis COVID-19, telah mengubah persekitaran sosio-ekonomi dan norma baharu
NATIONAL TECHNOLOGY RESEARCH IN ENGINEERING, DESIGN AND SOCIAL SCIENCE CONFERENCE 2022
173
perniagaan peniaga kecil untuk memantapkan kemahiran dan kemampuan mereka
dalam mengembangkan dan melaksanakan strategi agar mereka dapat terus berdaya
saing (Rashid & Hassan, 2020). Peningkatan bilangan pengguna yang berkembang
dengan ketara sehingga berbilion orang di seluruh dunia berada dalam talian yang
diukur dalam masa 24 jam memberi ruang dan peluang kepada kelebihan pemasaran
dalam digital (Warokka, Sjahruddin, Sriyanto, Noerhartati, & Saddhono, 2020).
Dalam bidang keusahawanan amnya dan pemasaran digital khususnya, terdapat
banyak cabaran dan halangan yang perlu ditangani sebaik mungkin bagi mencapai
sasaran yang ditetapkan. Menurut Poorani, Vidhiya dan Santhosini (2021), cabaran-
cabaran pemasaran digital dipecahkan kepada sepuluh (10) perkara iaitu, pertama :
mencipta penjenamaan yang konsisten, kedua : menjana trafik dan petunjuk, ketiga :
pengurusan laman web, keempat : jaminan belanjawan yang berkesan, kelima :
memahami peralatan dan teknologi, keenam : mencipta kandungan yang betul, ketujuh
: mencari peluang pemasaran terbaik, kelapan : menentukan pulangan pelaburan
pemasaran (ROI), kesembilan : latihan dalam pasukan dan kesepuluh : meningkatkan
tarikan pelanggan. Produk atau perkhidmatan tidak akan terjual dengan sendirinya jika
peniaga tidak dapat menangani cabaran-cabaran dan halangan dalam usaha untuk
mempromosikan, meningkatkan kualiti produk dan sasaran pasaran. Oleh itu, objektif
kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti kebolehan belia dalam strategi pemasaran
2. Mengenal pasti tahap pendigitalan perniagaan dari aspek pengetahuan pemasaran
digital
2. SOROTAN KAJIAN
Dalam perniagaan, strategi pemasaran merupakan komponen utama bagi mencapai
matlamat dan juga potensi jualan. Menurut Satrio dan Muhardono (2022), strategi
pemasaran amat penting kerana ia dapat memberi pengetahuan kepada pengguna
melalui penggunaan media sosial dalam memasarkan produk supaya mereka dapat
meningkatkan kelebihan daya saing untuk diri mereka sendiri. Strategi pemasaran
dipecahkan kepada beberapa perkara seperti dalam rajah 1.
PEMASARAN DIGITAL
Pasaran Hasil
1. Kata kunci google
2. Trend google
Persediaan Produk
1. Pengesahan produk
2. Cadangan nilai
3. Sasaran pasaran
Kandungan Strategi
Pemasaran
1. Pembangunan
laman web
2. Kedai dalam talian
3. Siaran artikel
4. Pembangunan
landing page
Pemasaran Media Sosial
1. FB dan Instagram
2. FB dan Instagram Ads
3. Whatsapp
4. Google Ads
Market Place
Rajah 1: Strategi Pemasaran Digital (Satrio & Muhardono, 2022)
NATIONAL TECHNOLOGY RESEARCH IN ENGINEERING, DESIGN AND SOCIAL SCIENCE CONFERENCE 2022
174
Menurut Christina et al., (2019), terdapat beberapa saluran media pemasaran
digital yang perlu dioptimumkan penggunaannya iaitu melalui laman web, enjin carian,
paparan iklan, e-mail dan juga media sosial. Penggunaan media sosial seperti Instagram,
TikTok, Facebook dan banyak lagi didapati semakin popular di kalangan usahawan masa
kini seiring dengan peningkatan teknologi. Dapatan kajian yang dijalankan oleh Mohd
Ramly, Mohamed Salleh dan Ali (2021) mendapati strategi pemasaran melalui instagram
selebriti mempunyai potensi pemasaran yang luas di kalangan pengikut selebriti kerana
laman media sosial selebriti mempunyai pengikut dalam skala yang besar. Selebriti atau
influencer yang mempunyai pengikut yang ramai di instagram menjadi pilihan utama
syarikat atau usahawan untuk memasarkan produk mereka. Penggunaan influencer bagi
tujuan pemasaran juga didapati dapat meningkatkan atau mengukuhkan jenama produk
dan meminimalkan kos promosi pemasaran (Zaki, 2018). Influencer atau ‘pempengaruh’
dalam Bahasa Malaysia menyediakan perkhidmatan ‘review’ produk atau servis dengan
harga yang berpatutan dan dengan keberkesanan yang amat tinggi terus kepada
pelanggan.
Penggunaan email dalam strategi pemasaran digital juga dapat menarik
pelanggan yang lebih ramai dan ianya mestilah dilakukan dengan kaedah promosi yang
professional. Melalui email yang dihantar kepada pengguna, ianya dapat dihantar
secara konsisten dengan kandungan informasi yang berbeza secara berkala. Namun
begitu, kelemahan penggunaan email ialah email secara rawak didapati mengganggu
pelanggan kerana pengkalan data pelanggan yang tidak sah (Sabbagh, 2021). Enjin
carian juga merupakan salah satu strategi pemasaran yang didapati sangat membantu
dalam usaha memasarkan produk atau perkhidmatan. Menurut Panchal, Shah dan
Kansara (2021), pemasaran menggunakan enjin carian mempunyai dua kaedah iaitu
Search Engine Optimization (SEO) dan Search Engine Marketing (SEM) di mana skop SEM
lebih luas daripada SEO kerana SEM merangkumi kedua-dua hasil carian berbayar dan
hasil carian organik (SEM).
Selain pemilihan strategi pemasaran yang tepat, menurut Baharun dan Balwi (2021),
persaingan menjadi cabaran yang paling utama dalam menjalankan perniagaan secara
e-dagang dan jika seseorang usahawan itu tidak mampu untuk bersaing di dalam industri
e-dagang ini, perniagaan yang dibina sudah tentu tidak mampu bertahan lama,
seterusnya membawa kepada kerugian yang besar kepada usahawan. Peniaga perlu
mempunyai disiplin yang tinggi dan meningkatkan kemahiran strategi pemasaran ke atas
perniagaan yang dijalankan untuk bersaing secara sihat. Selain aspek daya saing, aspek
kreativiti juga diperlukan di mana kecekapan dan kemahiran diperlukan oleh seseorang
peniaga bagi memastikan perniagaan yang dijalankan itu mencapai kejayaan dan
memberi kepuasan kepada para pelanggan (Ayob, Daud, & Ismail, 2016). Antara ciri-ciri
usahawan perniagaan e-dagang iaitu kreativiti, kesediaan bagi menanggung risiko,
berpandangan kehadapan, keinginan kebebasan, toleransi terhadap kekaburan yang
mendukung kuat kepada justifikasi kepada proses penciptaan perniagaan baharu e-
dagang di Malaysia (Fadzil, Yaacob, & Muhayiddin, 2017). Menurutnya lagi, usahawan e-
dagang mestilah kreatif dalam reka bentuk iklan melalui penulisan ayat promosi yang
menarik di samping menggunakan sedikit kemahiran IT.
3. METODOLOGI KAJIAN
3.1 Reka bentuk kajian
Reka bentuk kajian yang digunakan adalah jenis kuantitatif iaitu dengan menggunakan
borang soal selidik. Soal selidik ini menjadi alat untuk mendapatkan maklum balas sampel
dan diedarkan secara dalam talian menggunakan google form. Data primer ini
digunakan untuk mengenalpasti kebolehan dalam strategi pemasaran dan juga tahap
pengetahuan pemasaran digital.
Instrumen kajian yang digunakan adalah dari soal selidik yang telah diubahsuai dari
pengkaji terdahulu yang dijalankan oleh Zulkarnain, Abdullah, dan Ridzuan (2019) .
NATIONAL TECHNOLOGY RESEARCH IN ENGINEERING, DESIGN AND SOCIAL SCIENCE CONFERENCE 2022
175
Dalam kajian ini, borang soal selidik yang digunakan mengandungi perkara seperti
berikut:
Bahagian A: Maklumat demografi berkaitan jantina, bangsa, umur dan jenis perniagaan
Bahagian B: Kebolehan dalam strategi pemasaran
Bahagian C: Tahap pengetahuan terhadap pemasaran digital
3.2 Kebolehpercayaan Instrumen
Bagi menguji kebolehpercayaan instrumen, kajian rintis dijalankan ke atas 30 orang belia
yang terlibat dengan perniagaan dalam talian. Merujuk kepada jadual 1, nilai Alpha
Cronbach yang diperolehi adalah melebihi 0.6 dan ini bermakna item soal selidik boleh
diterima untuk digunakan dalam kajian.
Jadual 1: Keputusan Ujian Kebolehpercayaan Terhadap Kajian Rintis
Pembolehubah Bil. Item Nilai Alpha Cronbach
Kebolehan 11 0.876
Pengetahuan 10 0.876
3.3 Populasi dan Pensampelan Kajian
Pensampelan berkelompok digunakan di mana edaran soal selidik hanya terbatas
kepada belia yang menjalankan perniagaan di sekitar bandar sahaja. Ini kerana
pengkaji mengambil kira faktor kebolehcapaian internet untuk menggunakan tools yang
pelbagai dalam strategi pemasaran digital. Pengkaji juga mengambil kira ciri-ciri
kemodenan yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi terlibat dengan perniagaan
dalam talian. Penentuan ukuran sampel adalah dengan menggunakan rumus
Lemeshow (1997) iaitu:
𝑛 =
𝑧2
𝑝(1 − 𝑝)
𝑑2
di mana,
n = jumlah sampel
z = skor Z (kebolehpercayaan 95%)
p = anggaran maksimum (50%)
d = sampling error (10%)
Kaedah rumus Lemeshow digunakan bagi penentuan bilangan sampel kerana
bilangan populasi yang tidak diketahui dan jumlahnya yang berubah-ubah. Melalui
kiraan dengan menggunakan formula Lemeshow, bilangan sampel minimum yang
diperlukan dalam kajian ini ialah seramai 96 orang. Oleh itu, seramai 100 orang belia
yang terdiri daripada pelajar atau alumni Politeknik Malaysia telah dipilih secara rawak
untuk sampel dalam kajian ini.
3.4 Kaedah Analisis Data
Analisis kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah deskriptif skor min dan sisihan
piawai bagi menjawab objektif-objektif kajian. Pengukuran dibuat berdasarkan kepada
julat skor min yang dicadangkan oleh Landell (1997) seperti Jadual 2.
NATIONAL TECHNOLOGY RESEARCH IN ENGINEERING, DESIGN AND SOCIAL SCIENCE CONFERENCE 2022
176
Jadual 2: Julat Skor Min
Min Tafsiran min
1.00 – 2.40 Rendah
2.41 – 3.80 Sederhana
3.81 – 5.00 Tinggi
4. ANALISIS DAN KEPUTUSAN
4.1 Analisis Demografik
Jadual 3: Analisis Demografik
Demografik Kriteria Kekerapan Peratus
Jantina
Lelaki 32 32
Perempuan 68 68
Jenis Perniagaan
Makanan 27 27
Perkhidmatan 21 21
Produk Kecantikan
& Kesihatan
17 17
Pakaian 17 17
Lain-lain 18 18
Tempoh
Perniagaan
Kurang dari 3
tahun
39 39
4 – 6 tahun 32 32
7 – 9 tahun 18 18
10 tahun dan ke
atas
11 11
Jadual 3 menunjukkan bahawa sebanyak 32% jumlah respondan adalah lelaki dan 68%
adalah perempuan. Kesemua respondan telah memiliki pelbagai bentuk jenis
perniagaan. Daripada soalan selidik yang telah dijalankan, didapati sebahagian besar
perniagaan adalah terdiri daripada perniagaan makanan iaitu 27%, diikuti oleh
perniagaan jenis perkhidmatan sebanyak 21%, produk kecantikan dan kesihatan dan
perniagaan pakaian sebanyak 17% dan selebihnya adalah lain-lain jenis perniagaan.
Peratusan tertinggi bagi tempoh perniagaan dijalankan adalah kurang dari 3 tahun
adalah sebanyak 39%. Seterusnya diikuti dengan tempoh 4-6 tahun sebanyak 32%, 18%
tempoh perniagaan antara 7-9 tahun dan peratus paling rendah adalah perniaagaan
yang melebihi 10 tahun dengan nilai sebanyak 11%.
4.2 Analisis Kebolehan Dalam Strategi Pemasaran
Jadual 4 menunjukkan kebolehan belia dalam menjaga hubungan baik bersama
pelanggan mendapat skor min yang tertinggi iaitu sebanyak 4.53. Hubungan baik
dengan pelanggan merupakan salah satu kriteria yang amat penting dalam perniagaan
sebagai salah satu cara membina perniagaan untuk jangka mangsa panjang. Dapatan
ini disokong oleh Ramdan et al., (2020) di mana pengetahuan peniaga dalam
pemasaran digital dapat membantu mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan
sedia ada. Namun begitu, kajian mendapati bahawa tahap kebolehan responden
terhadap kajian pemasaran mendapat skor min yang sederhana iaitu sebanyak 3.72
sedangkan mengkaji pemasaran adalah penting supaya maklumat berkenaan dengan
kehendak pelanggan sama ada dari segi produk dan juga perkhidmatan diperolehi.
Secara keseluruhannya, tahap kebolehan belia dalam strategi pemasaran mendapat
skor min yang tinggi iaitu sebanyak 4.06 dan ini menunjukkan bahawa belia mampu
melaksanakan strategi pemasaran dengan baik dan memahami kepentingan strategi
pemasaran yang betul.
NATIONAL TECHNOLOGY RESEARCH IN ENGINEERING, DESIGN AND SOCIAL SCIENCE CONFERENCE 2022
177
Jadual 4: Analisis Tahap Kebolehan Dalam Strategi Pemasaran
Bil Pernyataan
N = 100
Min s.p Int.
1
Saya boleh menyasarkan target pasaran
terhadap prospek yang betul
4.07 0.728 T
2 Saya boleh mengenalpasti pesaing 4.10 0.689 T
3
Saya boleh menghasilkan produk /
perkhidmatan yang berkualiti
4.13 0.761 T
4
Saya boleh menentukan lokasi penjualan
produk
3.86 0.766 T
5 Saya boleh menguasai pemasaran digital 3.87 0.747 T
6
Saya boleh menentukan lokasi penjualan
produk
4.07 0.714 T
7
Saya boleh menawarkan promosi yang
menarik
4.05 0657 T
8 Saya boleh melakukan kajian pemasaran 3.72 0.766 S
9
Saya boleh melakukan penjenamaan yang
baik
4.12 0.640 T
10
Saya boleh mempromosikan produk /
perkhidmatan
4.17 0.636 T
11
Saya boleh menjaga hubungan baik bersama
pelanggan
4.53 0.643 T
Min keseluruhan 4.06 T
s.p. – sisihan piawai; Int. – interpretasi; S – sederhana T – tinggi
4.3 Analisis Tahap Pengetahuan Pemasaran Digital
Jadual 5 menunjukkan tahap pengetahuan respondan terhadap pemasaran digital.
Hasil kajian menunjukkan pengetahuan belia untuk membina laman web perniagaan
mendapat skor min sederhana iaitu sebanyak 3.36 sedangkan pembinaan laman web
ini adalah satu elemen penting dalam mempromosikan sesuatu jenama produk dan
perniagaan. Penggunaan teknik Copywriting juga mendapat interpretasi skor min yang
sederhana dengan nilai min sebanyak 3.71. Perkara ini juga perlu diambil perhatian
kerana teknik Copywriting yang baik boleh menarik perhatian dan minat pelanggan
untuk membeli produk atau menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan serta
membantu menjadikan sesuatu bentuk perniagaan itu dapat bersaing dengan lebih
baik. Selain itu, pengunaan email untuk promosi dan pemasaran mempunyai min yang
paling rendah iaitu 3.57 dalam skor sederhana. Pengunaan email sebagai salah satu
kaedah mempromosi secara digital adalah penting bagi memudahkan pelanggan
untuk berhubung dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan. Namun begitu, secara keseluruhannya, tahap
pengetahuan belia terhadap pemasaran digital adalah tinggi dengan skor min
sebanyak 4.00. Ini disebabkan belia tahu dan sedar tentang kelebihan pemasaran digital
seperti yang ditulis oleh Satrio dan Muhardono (2022) di mana antara kelebihan
pemasaran secara digital ialah penyebaran maklumat yang cepat, memudahkan
penilaian pemasaran di mana hasil maklumat aktiviti pemasaran digital dapat diketahui
segera dan sebaran luas ke seluruh dunia.
NATIONAL TECHNOLOGY RESEARCH IN ENGINEERING, DESIGN AND SOCIAL SCIENCE CONFERENCE 2022
178
Jadual 5: Analisis Tahap Pengetahuan Terhadap Pemasaran Digital
Bil Pernyataan
N = 100
Min s.p Int.
1 Saya tahu membina laman web perniagaan 3.36 1.097 S
2 Saya tahu asas fotografi 4.22 0.746 T
3
Saya tahu asas pengeditan gambar secara
digital
4.30 0.798 T
4 Saya tahu dengan teknik Copywriting 3.71 0.795 S
5
Saya tahu menggunakan email untuk promosi
dan pemasaran
3.57 0.946 S
6
Saya tahu menggunakan platform medium
sosial untuk promosi dan pemasaran
4.25 0.770 T
7
Saya tahu melakukan video conferencing
dalam perniagaan
4.12 0.832 T
8
Saya tahu mempromosi barang dan
perkhidmatan melalui media sosial
4.27 0.694 T
9
Saya tahu menggunakan market place dalam
perniagaan
4.19 0.813 T
10
Saya tahu membuat video promosi melalui
YouTube
3.98 1.025 T
Min keseluruhan 4.00
s.p. – sisihan piawai; Int. – interpretasi; S – sederhana T – tinggi
5.KESIMPULAN
Kesimpulannya, kajian mendapati kriteria yang dikaji dari sudut kebolehan dan
pengetahuan terhadap belia mendapat skor min yang tinggi. Kebolehan dan
pengetahuan yang tinggi dalam strategi pemasaran secara digital dapat membantu
meluaskan peluang usahawan dalam meningkatkan jualan produk dan perkhidmatan.
Ini kerana pemasaran digital banyak memberi manfaat kepada usahawan jika ianya
dipasarkan dengan kaedah dan strategi yang betul. Dapatan ini diharap mendapat
perhatian dari pihak yang bertanggungjawab bagi merancang program atau bengkel
bagi meningkatkan kebolehan belia terhadap strategi dalam meninjau atau mengkaji
pemasaran semasa.
Pengkaji juga mencadangkan agar kajian seumpama ini dengan skop yang lebih
meluas dijalankan bagi menyalurkan maklumat kepada pihak kerajaan amnya dan juga
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bagi membantu belia amnya
dan alumni atau graduan politeknik khususnya dalam bidang keusahawanan digital.
Selain itu, kajian ‘Hubungan Kemahiran Generik Usahawan Dengan Prestasi Jualan’
disarankan untuk kajian akan datang. Penyelidikan lanjut tentang ‘Kesan Pemasaran
Digital Terhadap Keinginan Prospek Membeli Produk atau Perkhidmatan’ juga
dicadangkan bagi mengukuhkan lagi dapatan-dapatan pengkaji terdahulu.
RUJUKAN
Ayob, N. A., Daud, S., & Ismail, M. T. (2016). Faktor pembentukan modal insan dan daya
saing usahawan wanita Malaysia: Kajian empirikal wanita bumiputera di Melaka
(The formation factors of human capital and competitiveness of Malaysian women
entrepreneurs: An empirical study of indigenous women entrepreneurs in Melaka).
Geografia, 12(5).
Baharun, M. T., & Balwi, M. A. W. F. M. (2021). Potensi Dan Cabaran Perniagaan E-Dagang
Pasca Covid-19: Suatu Cadangan Penyelesaian. Online Journal of Islamic
Management and Finance (OJIMF), 1(1), 1-12.
Christina, I. D., Fenni and Roselina, D. (2019). “Digital Marketing Strategy in Promoting
NATIONAL TECHNOLOGY RESEARCH IN ENGINEERING, DESIGN AND SOCIAL SCIENCE CONFERENCE 2022
179
Product”, Management and entrepreneurship: trends of development, 4 (10), pp.
58-66
Fadzil, A. F. M., Yaacob, M. R., & Muhayiddin, M. N. (2017). Personaliti Usahawan Dalam
Menyumbang Proses Kepada Penciptaan Perniagaan Baharu E-Dagang Di
Malaysia. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 5(1), 173-
187.
Hadi, A. S., & Khairi, A. (2020). Pemilihan Strategi Pemasaran di Era Digital pada Kelompok
Ibu PKK Desa Gadingharjo. Dinamisia: Jurnal Pengabdian Kepada Masyarakat, 4(1),
127-132.
Landell, K. (1997). Management by menu. London: Wilay and Sms Inc.
Lemeshow, S., Hosmer, D.W., Klar, J & Lwanga, S.K. (1997). Besar Sampel Dalam Penelitian
Kesehatan. Jogjakarta: Gadjah Mada University Press
Mohd Ramly, L., Mohamed Salleh, M. A., & Shahizan Ali, M. N. (2021). Selebriti dan
Pemasaran Digital: Kepentingan Penglibatan Selebriti di Laman Media Sosial
Instagram. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities(MJSSH), 6(11), 51–
65.
Panchal, A., Shah, A., & Kansara, K. (2021). Digital marketing-search engine optimization
(SEO) and search engine marketing (SEM). International Research Journal of
Innovations in Engineering and Technology, 5(12), 17.
Poorani, D., Vidhiya, J., & Santhosini, M. (2021). A Study on Opportunities and Challenges
of Digital Marketing.Shanlax International Journal of Management, 8(3), 46-53.
Rashid, S. M. R. A., & Hassan, F. (2020). Amalan dan penglibatan peniaga kecil melalui
perniagaan digital semasa Pandemik COVID-19 di Malaysia. Geografi, 8(2), 1-20
Ramdan, M. R., Abdullah N.L., Mat Isa, R., Hanafiah, M.H, (2020) Meneroka faktor-faktor
yang mempengaruhi penggunaan Platform Digital oleh Perusahaan Mikro dan
Kecil.
Sabbagh, F. (2021). Email Marketing: The Most Important Advantages
Disadvantages. Indian Journal of Data Communication and Networking. 1(3), 32–
40.
Sari, S. P. (2020). Strategi Meningkatkan Penjualan Di Era Digital. Scientific Journal of
Reflection: Economic, Accounting, Management and Business, 3(3), 291–300.
Satrio, D., & Muhardono, A. (2022). Digital Marketing as a Strategy to Defend MSMEs in the
Covid-19 Pandemic. FIRM Journal of Management Studies. 7(1), 73 – 80
Warokka, A., Sjahruddin, H., Sriyanto, S., Noerhartati, E., & Saddhono, K. (2020). Digital
marketing support and business development using online marketing tools: An
experimental analysis. International Journal of Psychosocial Rehabilitation, 24(1),
1181-1188.
Zaki, M. (2018). Pengaruh Influencer Marketing Sebagai Strategi Pemasaran Digital Era
Moderen. Jurnal Manajemen dan Inovasi (MANOVA), 1(2), 14-23.
Zulkarnain, E. F., Abdullah, A. B., & Ridzuan, A. A. (2019). Tahap Pendigitalan
Perniagaan Dalam Kalangan Usahawan PKS MARA di Melaka. Politeknik &
Kolej Komuniti Journal of Life Long Learning, 3(1), 130-140.

More Related Content

What's hot

Research proposal research
Research proposal researchResearch proposal research
Research proposal researchdabneyluang
 
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKMKajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Nuraini Ismail
 
Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107baskin robbin
 
Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006
Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006
Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006share with me
 
Metodologi kajian PA
Metodologi kajian PAMetodologi kajian PA
Metodologi kajian PA
Upper6
 
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Cikgu Sivam sivam
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...Rosdi Ramli
 
Surat lantikan
Surat lantikanSurat lantikan
Surat lantikanBTEC UTeM
 
Pengurusan majlis rasmi
Pengurusan majlis rasmiPengurusan majlis rasmi
Pengurusan majlis rasmi
Aminuddin Awang
 
6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacana6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacana
Rubini Rubi
 
Etnografi 07052014
Etnografi 07052014Etnografi 07052014
Etnografi 07052014
Umithayyibah Ramly
 
Cinta Pelajar
Cinta PelajarCinta Pelajar
Cinta Pelajar
Mel Cassie
 
Analisa borang penilaian program
Analisa borang penilaian programAnalisa borang penilaian program
Analisa borang penilaian programmariam buang
 
Pengakuan isi kandungan senarai jadual senarai rajah kajian utk ar
Pengakuan isi kandungan senarai jadual senarai rajah kajian  utk arPengakuan isi kandungan senarai jadual senarai rajah kajian  utk ar
Pengakuan isi kandungan senarai jadual senarai rajah kajian utk ar
Zack Chepa
 
What's hot (20)

Research proposal research
Research proposal researchResearch proposal research
Research proposal research
 
Aeon
AeonAeon
Aeon
 
1 pengenalan protokol - copy
1  pengenalan protokol - copy1  pengenalan protokol - copy
1 pengenalan protokol - copy
 
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKMKajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
 
Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107
 
4013 t 2
4013 t 24013 t 2
4013 t 2
 
Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006
Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006
Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006
 
Metodologi kajian PA
Metodologi kajian PAMetodologi kajian PA
Metodologi kajian PA
 
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
 
Surat lantikan
Surat lantikanSurat lantikan
Surat lantikan
 
Research proposal
Research proposalResearch proposal
Research proposal
 
Pengurusan majlis rasmi
Pengurusan majlis rasmiPengurusan majlis rasmi
Pengurusan majlis rasmi
 
6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacana6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacana
 
Contoh kajian kes
Contoh kajian kesContoh kajian kes
Contoh kajian kes
 
Bab 16 taklimat
Bab 16 taklimatBab 16 taklimat
Bab 16 taklimat
 
Etnografi 07052014
Etnografi 07052014Etnografi 07052014
Etnografi 07052014
 
Cinta Pelajar
Cinta PelajarCinta Pelajar
Cinta Pelajar
 
Analisa borang penilaian program
Analisa borang penilaian programAnalisa borang penilaian program
Analisa borang penilaian program
 
Pengakuan isi kandungan senarai jadual senarai rajah kajian utk ar
Pengakuan isi kandungan senarai jadual senarai rajah kajian  utk arPengakuan isi kandungan senarai jadual senarai rajah kajian  utk ar
Pengakuan isi kandungan senarai jadual senarai rajah kajian utk ar
 
Similar to TAHAP PENDIGITALAN PERNIAGAAN DALAM STRATEGI PEMASARAN DI KALANGAN BELIA

Modul Digital Marketing.pdf
Modul Digital Marketing.pdfModul Digital Marketing.pdf
Modul Digital Marketing.pdf
Ervina Febriyanti
 
Silabus Training "New Paradigm of MARKETING COMMUNICATIONS in Digital Age 4.0...
Silabus Training "New Paradigm of MARKETING COMMUNICATIONS in Digital Age 4.0...Silabus Training "New Paradigm of MARKETING COMMUNICATIONS in Digital Age 4.0...
Silabus Training "New Paradigm of MARKETING COMMUNICATIONS in Digital Age 4.0...
Kanaidi ken
 
(2022) Silabus Training "Effective DIGITAL MARKETING & SOCIAL MEDIA_Menghadap...
(2022) Silabus Training "Effective DIGITAL MARKETING & SOCIAL MEDIA_Menghadap...(2022) Silabus Training "Effective DIGITAL MARKETING & SOCIAL MEDIA_Menghadap...
(2022) Silabus Training "Effective DIGITAL MARKETING & SOCIAL MEDIA_Menghadap...
Kanaidi ken
 
Metode Penelitian Bisnis_ANNISA AULIA SRG_7213550037.pdf
Metode Penelitian Bisnis_ANNISA AULIA SRG_7213550037.pdfMetode Penelitian Bisnis_ANNISA AULIA SRG_7213550037.pdf
Metode Penelitian Bisnis_ANNISA AULIA SRG_7213550037.pdf
AnnisaAuliaxllips2
 
Materi Digital Marketing untuk UMKM PPT.pdf
Materi Digital Marketing untuk UMKM PPT.pdfMateri Digital Marketing untuk UMKM PPT.pdf
Materi Digital Marketing untuk UMKM PPT.pdf
GrapixelDesign
 
Bab 1 Konsep Dasar Digital Marketing.pptx
Bab 1  Konsep Dasar Digital Marketing.pptxBab 1  Konsep Dasar Digital Marketing.pptx
Bab 1 Konsep Dasar Digital Marketing.pptx
firdausiqbal754
 
(2022) Silabus Training "Effective DIGITAL MARKETING" Menghadapi Era Revolus...
(2022) Silabus Training  "Effective DIGITAL MARKETING" Menghadapi Era Revolus...(2022) Silabus Training  "Effective DIGITAL MARKETING" Menghadapi Era Revolus...
(2022) Silabus Training "Effective DIGITAL MARKETING" Menghadapi Era Revolus...
Kanaidi ken
 
ANALISIS PENGARUH DIGITAL MARKETING TERHADAP BRAND AWARENESS BISNIS SEKTOR RI...
ANALISIS PENGARUH DIGITAL MARKETING TERHADAP BRAND AWARENESS BISNIS SEKTOR RI...ANALISIS PENGARUH DIGITAL MARKETING TERHADAP BRAND AWARENESS BISNIS SEKTOR RI...
ANALISIS PENGARUH DIGITAL MARKETING TERHADAP BRAND AWARENESS BISNIS SEKTOR RI...
AriSaragih1
 
PROJEK 3 KEWIRAUSAHAAN NEW.pptx
PROJEK 3 KEWIRAUSAHAAN NEW.pptxPROJEK 3 KEWIRAUSAHAAN NEW.pptx
PROJEK 3 KEWIRAUSAHAAN NEW.pptx
YunithaKolang
 
CBIC_MDP PALEMBANG.docx
CBIC_MDP PALEMBANG.docxCBIC_MDP PALEMBANG.docx
CBIC_MDP PALEMBANG.docx
Evan Erlando
 
Tantangan Bisnis Periklanan
Tantangan Bisnis PeriklananTantangan Bisnis Periklanan
Tantangan Bisnis Periklanan
PrasastiCitra
 
(2022) Silabus Training_Effective DIGITAL MARKETING & SOCIAL MEDIA Promotion ...
(2022) Silabus Training_Effective DIGITAL MARKETING & SOCIAL MEDIA Promotion ...(2022) Silabus Training_Effective DIGITAL MARKETING & SOCIAL MEDIA Promotion ...
(2022) Silabus Training_Effective DIGITAL MARKETING & SOCIAL MEDIA Promotion ...
Kanaidi ken
 
Silabus Training "Effective DIGITAL MARKETING di Era Revolusi 4.0 & Generasi ...
Silabus Training "Effective DIGITAL MARKETING di Era Revolusi 4.0 & Generasi ...Silabus Training "Effective DIGITAL MARKETING di Era Revolusi 4.0 & Generasi ...
Silabus Training "Effective DIGITAL MARKETING di Era Revolusi 4.0 & Generasi ...
Kanaidi ken
 
(2021) Silabus Training "Effective MARKETING COMMUNICATION" (Pemasaran & Prom...
(2021) Silabus Training "Effective MARKETING COMMUNICATION" (Pemasaran & Prom...(2021) Silabus Training "Effective MARKETING COMMUNICATION" (Pemasaran & Prom...
(2021) Silabus Training "Effective MARKETING COMMUNICATION" (Pemasaran & Prom...
Kanaidi ken
 
Silabus Training "Effective DIGITAL MARKETING" Menghadapi Era Revolusi Indus...
 Silabus Training "Effective DIGITAL MARKETING" Menghadapi Era Revolusi Indus... Silabus Training "Effective DIGITAL MARKETING" Menghadapi Era Revolusi Indus...
Silabus Training "Effective DIGITAL MARKETING" Menghadapi Era Revolusi Indus...
Kanaidi ken
 
Link-link Materi Training "DIGITAL MARKETING (Pemanfaatan Media Promosi Produ...
Link-link Materi Training "DIGITAL MARKETING (Pemanfaatan Media Promosi Produ...Link-link Materi Training "DIGITAL MARKETING (Pemanfaatan Media Promosi Produ...
Link-link Materi Training "DIGITAL MARKETING (Pemanfaatan Media Promosi Produ...
Kanaidi ken
 
Inhouse Training "Effective DIGITAL MARKETING" bagi para Karyawan PT. KPBN Ja...
Inhouse Training "Effective DIGITAL MARKETING" bagi para Karyawan PT. KPBN Ja...Inhouse Training "Effective DIGITAL MARKETING" bagi para Karyawan PT. KPBN Ja...
Inhouse Training "Effective DIGITAL MARKETING" bagi para Karyawan PT. KPBN Ja...
Kanaidi ken
 
Makalah VBM
Makalah VBMMakalah VBM
Makalah VBM
anghandika
 
RENCANA & Link2 Materi TRAINING "DIGITAL MARKETING & MEDIA HANDLING" _LMKN
RENCANA & Link2 Materi  TRAINING  "DIGITAL MARKETING & MEDIA HANDLING" _LMKNRENCANA & Link2 Materi  TRAINING  "DIGITAL MARKETING & MEDIA HANDLING" _LMKN
RENCANA & Link2 Materi TRAINING "DIGITAL MARKETING & MEDIA HANDLING" _LMKN
Kanaidi ken
 
(2022) Silabus Training "Effective MARKETING COMMUNICATION in Digital 4.0"
(2022) Silabus Training  "Effective MARKETING COMMUNICATION in Digital 4.0"(2022) Silabus Training  "Effective MARKETING COMMUNICATION in Digital 4.0"
(2022) Silabus Training "Effective MARKETING COMMUNICATION in Digital 4.0"
Kanaidi ken
 
Similar to TAHAP PENDIGITALAN PERNIAGAAN DALAM STRATEGI PEMASARAN DI KALANGAN BELIA (20)

More from combi07

Tahap Kesediaan Pelajar Melaksanakan Amali Sains Kejuruteraan .pdf
Tahap Kesediaan Pelajar Melaksanakan Amali Sains Kejuruteraan .pdfTahap Kesediaan Pelajar Melaksanakan Amali Sains Kejuruteraan .pdf
Tahap Kesediaan Pelajar Melaksanakan Amali Sains Kejuruteraan .pdf
combi07
 
Hubungan Kekerapan Bermain Permainan Dalam Talian Dengan .pdf
Hubungan Kekerapan Bermain Permainan Dalam Talian Dengan .pdfHubungan Kekerapan Bermain Permainan Dalam Talian Dengan .pdf
Hubungan Kekerapan Bermain Permainan Dalam Talian Dengan .pdf
combi07
 
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdfTahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah Matematik .pdf
combi07
 
Hubungan Antara Sikap Dengan Pengetahuan Penggunaan Web 2.0 .pdf
Hubungan Antara Sikap Dengan Pengetahuan Penggunaan Web 2.0 .pdfHubungan Antara Sikap Dengan Pengetahuan Penggunaan Web 2.0 .pdf
Hubungan Antara Sikap Dengan Pengetahuan Penggunaan Web 2.0 .pdf
combi07
 
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learningKesediaan  pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
Kesediaan pelajar pelajar politeknik mukah terhadap penggunaan e-learning
combi07
 
FS MATHS
FS MATHSFS MATHS
FS MATHS
combi07
 
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
combi07
 
Miracle FS Maths Technique Dalam Meningkatkan Kemahiran & Kefahaman Pelajar
Miracle FS Maths Technique Dalam Meningkatkan Kemahiran & Kefahaman PelajarMiracle FS Maths Technique Dalam Meningkatkan Kemahiran & Kefahaman Pelajar
Miracle FS Maths Technique Dalam Meningkatkan Kemahiran & Kefahaman Pelajar
combi07
 
A study on evacuation performance of sit type water closet by computational f...
A study on evacuation performance of sit type water closet by computational f...A study on evacuation performance of sit type water closet by computational f...
A study on evacuation performance of sit type water closet by computational f...
combi07
 
More from combi07 (9)

Recently uploaded

Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
muhammadRifai732845
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
nawasenamerta
 
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptxKarier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
adolfnuhujanan101
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Dedi Dwitagama
 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
ozijaya
 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
TEDYHARTO1
 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
smp4prg
 
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
Indah106914
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi KomunikasiKarakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
AdePutraTunggali
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
DEVI390643
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
safitriana935
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
Recently uploaded (20)

TAHAP PENDIGITALAN PERNIAGAAN DALAM STRATEGI PEMASARAN DI KALANGAN BELIA

  • 1. NATIONAL TECHNOLOGY RESEARCH IN ENGINEERING, DESIGN AND SOCIAL SCIENCE CONFERENCE 2022 172 TAHAP PENDIGITALAN PERNIAGAAN DALAM STRATEGI PEMASARAN DI KALANGAN BELIA Mohd Reza Fadhlan Daud1,*, Suhana Ramli2, Siti Fatimatuzahrah Khairudin2 1Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Aras 4-7, Galeria PJH, Jalan P4 W, Persiaran Perdana, 62100, Putrajaya 2Politeknik Port Dickson, KM14 Jalan Pantai, Si Rusa, 71050 Port Dickson, N. Sembilan * Corresponding author rezafadhlan@mohe.gov.my Abstrak. Pemasaran digital adalah komunikasi moden yang menggunakan internet dan teknologi digital serta mempunyai hubungan dengan komunikasi tradisional untuk mencapai matlamat pemasaran syarikat. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kebolehan dalam strategi pemasaran dan tahap pendigitalan perniagaan dari aspek pengetahuan dalam pemasaran digital. Usahawan di kalangan belia merupakan golongan yang perlu diberikan perhatian dalam memperkasakan perniagaan melalui platform e-dagang. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif di mana borang soal selidik diedarkan secara dalam talian dengan pensampelan seramai 100 orang belia yang terdiri daripada pelajar dan alumni Politeknik Malaysia yang terlibat dengan perniagaan dalam talian. Kajian rintis dijalankan ke atas 30 orang belia yang menjalankan perniagaan dalam talian bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS digunakan bagi menganalisis min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati kebolehan belia dalam strategi pemasaran dan tahap pengetahuannya dalam pemasaran digital berada pada tahap tinggi dengan skor min masing-masing sebanyak 4.06 dan 4.00. Kesimpulannya, kebolehan dan pengetahuan yang tinggi dalam strategi pemasaran secara digital dapat membantu meluaskan peluang usahawan dalam meningkatkan jualan produk dan perkhidmatan. Kata Kunci: pengetahuan, kebolehan, pemasaran digital, keusahawanan 1. PENGENALAN Dalam era yang semakin maju di dunia, penggunaan internet dilihat tidak asing lagi di kalangan pengguna tidak kira lapisan umur. Pelbagai platform perniagaan juga dilihat semakin rancak dibangunkan bagi memenuhi keperluan pemasaran digital. Pemasaran digital merupakan satu kaedah pemasaran yang sangat luas kerana ianya bukan sahaja terbatas dengan menggunakan internet tetapi ianya juga boleh dilakukan dengan kaedah lain seperti penggunaan SMS dan MMS. Pemasaran digital ialah komunikasi moden yang menggunakan internet dan teknologi digital serta mempunyai hubungan dengan komunikasi tradisional untuk mencapai matlamat pemasaran syarikat (Christina, Fenni, & Roselina, 2019). Menurut Sari (2020) pula, pemasaran secara digital merupakan suatu kaedah penyelesaian bagi menghuraikan permasalahan terhadap lima (5) indikator yang berkaitan dengan kemudahan di mana pembeli dapat membuat belian pada bila-bila masa, efisiensi di mana ianya menjimatkan masa, tenaga dan kos, harga yang kompetitif, fleksibiliti kaedah pembayaran di mana pelbagai alternatif dan pilihan transaksi dan juga layanan. Pandemik COVID 19 pada tahun 2020 yang menyerang dunia telah membuka mata ramai pihak tentang pentingnya pengetahuan dan kemahiran strategi pemasaran digital bagi meneruskan perniagaan dan meluaskan pencarian pelanggan. Kesukaran mendapatkan bekalan oleh peniaga kecil semasa krisis COVID-19, telah mengubah persekitaran sosio-ekonomi dan norma baharu
  • 2. NATIONAL TECHNOLOGY RESEARCH IN ENGINEERING, DESIGN AND SOCIAL SCIENCE CONFERENCE 2022 173 perniagaan peniaga kecil untuk memantapkan kemahiran dan kemampuan mereka dalam mengembangkan dan melaksanakan strategi agar mereka dapat terus berdaya saing (Rashid & Hassan, 2020). Peningkatan bilangan pengguna yang berkembang dengan ketara sehingga berbilion orang di seluruh dunia berada dalam talian yang diukur dalam masa 24 jam memberi ruang dan peluang kepada kelebihan pemasaran dalam digital (Warokka, Sjahruddin, Sriyanto, Noerhartati, & Saddhono, 2020). Dalam bidang keusahawanan amnya dan pemasaran digital khususnya, terdapat banyak cabaran dan halangan yang perlu ditangani sebaik mungkin bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. Menurut Poorani, Vidhiya dan Santhosini (2021), cabaran- cabaran pemasaran digital dipecahkan kepada sepuluh (10) perkara iaitu, pertama : mencipta penjenamaan yang konsisten, kedua : menjana trafik dan petunjuk, ketiga : pengurusan laman web, keempat : jaminan belanjawan yang berkesan, kelima : memahami peralatan dan teknologi, keenam : mencipta kandungan yang betul, ketujuh : mencari peluang pemasaran terbaik, kelapan : menentukan pulangan pelaburan pemasaran (ROI), kesembilan : latihan dalam pasukan dan kesepuluh : meningkatkan tarikan pelanggan. Produk atau perkhidmatan tidak akan terjual dengan sendirinya jika peniaga tidak dapat menangani cabaran-cabaran dan halangan dalam usaha untuk mempromosikan, meningkatkan kualiti produk dan sasaran pasaran. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk: 1. Mengenal pasti kebolehan belia dalam strategi pemasaran 2. Mengenal pasti tahap pendigitalan perniagaan dari aspek pengetahuan pemasaran digital 2. SOROTAN KAJIAN Dalam perniagaan, strategi pemasaran merupakan komponen utama bagi mencapai matlamat dan juga potensi jualan. Menurut Satrio dan Muhardono (2022), strategi pemasaran amat penting kerana ia dapat memberi pengetahuan kepada pengguna melalui penggunaan media sosial dalam memasarkan produk supaya mereka dapat meningkatkan kelebihan daya saing untuk diri mereka sendiri. Strategi pemasaran dipecahkan kepada beberapa perkara seperti dalam rajah 1. PEMASARAN DIGITAL Pasaran Hasil 1. Kata kunci google 2. Trend google Persediaan Produk 1. Pengesahan produk 2. Cadangan nilai 3. Sasaran pasaran Kandungan Strategi Pemasaran 1. Pembangunan laman web 2. Kedai dalam talian 3. Siaran artikel 4. Pembangunan landing page Pemasaran Media Sosial 1. FB dan Instagram 2. FB dan Instagram Ads 3. Whatsapp 4. Google Ads Market Place Rajah 1: Strategi Pemasaran Digital (Satrio & Muhardono, 2022)
  • 3. NATIONAL TECHNOLOGY RESEARCH IN ENGINEERING, DESIGN AND SOCIAL SCIENCE CONFERENCE 2022 174 Menurut Christina et al., (2019), terdapat beberapa saluran media pemasaran digital yang perlu dioptimumkan penggunaannya iaitu melalui laman web, enjin carian, paparan iklan, e-mail dan juga media sosial. Penggunaan media sosial seperti Instagram, TikTok, Facebook dan banyak lagi didapati semakin popular di kalangan usahawan masa kini seiring dengan peningkatan teknologi. Dapatan kajian yang dijalankan oleh Mohd Ramly, Mohamed Salleh dan Ali (2021) mendapati strategi pemasaran melalui instagram selebriti mempunyai potensi pemasaran yang luas di kalangan pengikut selebriti kerana laman media sosial selebriti mempunyai pengikut dalam skala yang besar. Selebriti atau influencer yang mempunyai pengikut yang ramai di instagram menjadi pilihan utama syarikat atau usahawan untuk memasarkan produk mereka. Penggunaan influencer bagi tujuan pemasaran juga didapati dapat meningkatkan atau mengukuhkan jenama produk dan meminimalkan kos promosi pemasaran (Zaki, 2018). Influencer atau ‘pempengaruh’ dalam Bahasa Malaysia menyediakan perkhidmatan ‘review’ produk atau servis dengan harga yang berpatutan dan dengan keberkesanan yang amat tinggi terus kepada pelanggan. Penggunaan email dalam strategi pemasaran digital juga dapat menarik pelanggan yang lebih ramai dan ianya mestilah dilakukan dengan kaedah promosi yang professional. Melalui email yang dihantar kepada pengguna, ianya dapat dihantar secara konsisten dengan kandungan informasi yang berbeza secara berkala. Namun begitu, kelemahan penggunaan email ialah email secara rawak didapati mengganggu pelanggan kerana pengkalan data pelanggan yang tidak sah (Sabbagh, 2021). Enjin carian juga merupakan salah satu strategi pemasaran yang didapati sangat membantu dalam usaha memasarkan produk atau perkhidmatan. Menurut Panchal, Shah dan Kansara (2021), pemasaran menggunakan enjin carian mempunyai dua kaedah iaitu Search Engine Optimization (SEO) dan Search Engine Marketing (SEM) di mana skop SEM lebih luas daripada SEO kerana SEM merangkumi kedua-dua hasil carian berbayar dan hasil carian organik (SEM). Selain pemilihan strategi pemasaran yang tepat, menurut Baharun dan Balwi (2021), persaingan menjadi cabaran yang paling utama dalam menjalankan perniagaan secara e-dagang dan jika seseorang usahawan itu tidak mampu untuk bersaing di dalam industri e-dagang ini, perniagaan yang dibina sudah tentu tidak mampu bertahan lama, seterusnya membawa kepada kerugian yang besar kepada usahawan. Peniaga perlu mempunyai disiplin yang tinggi dan meningkatkan kemahiran strategi pemasaran ke atas perniagaan yang dijalankan untuk bersaing secara sihat. Selain aspek daya saing, aspek kreativiti juga diperlukan di mana kecekapan dan kemahiran diperlukan oleh seseorang peniaga bagi memastikan perniagaan yang dijalankan itu mencapai kejayaan dan memberi kepuasan kepada para pelanggan (Ayob, Daud, & Ismail, 2016). Antara ciri-ciri usahawan perniagaan e-dagang iaitu kreativiti, kesediaan bagi menanggung risiko, berpandangan kehadapan, keinginan kebebasan, toleransi terhadap kekaburan yang mendukung kuat kepada justifikasi kepada proses penciptaan perniagaan baharu e- dagang di Malaysia (Fadzil, Yaacob, & Muhayiddin, 2017). Menurutnya lagi, usahawan e- dagang mestilah kreatif dalam reka bentuk iklan melalui penulisan ayat promosi yang menarik di samping menggunakan sedikit kemahiran IT. 3. METODOLOGI KAJIAN 3.1 Reka bentuk kajian Reka bentuk kajian yang digunakan adalah jenis kuantitatif iaitu dengan menggunakan borang soal selidik. Soal selidik ini menjadi alat untuk mendapatkan maklum balas sampel dan diedarkan secara dalam talian menggunakan google form. Data primer ini digunakan untuk mengenalpasti kebolehan dalam strategi pemasaran dan juga tahap pengetahuan pemasaran digital. Instrumen kajian yang digunakan adalah dari soal selidik yang telah diubahsuai dari pengkaji terdahulu yang dijalankan oleh Zulkarnain, Abdullah, dan Ridzuan (2019) .
  • 4. NATIONAL TECHNOLOGY RESEARCH IN ENGINEERING, DESIGN AND SOCIAL SCIENCE CONFERENCE 2022 175 Dalam kajian ini, borang soal selidik yang digunakan mengandungi perkara seperti berikut: Bahagian A: Maklumat demografi berkaitan jantina, bangsa, umur dan jenis perniagaan Bahagian B: Kebolehan dalam strategi pemasaran Bahagian C: Tahap pengetahuan terhadap pemasaran digital 3.2 Kebolehpercayaan Instrumen Bagi menguji kebolehpercayaan instrumen, kajian rintis dijalankan ke atas 30 orang belia yang terlibat dengan perniagaan dalam talian. Merujuk kepada jadual 1, nilai Alpha Cronbach yang diperolehi adalah melebihi 0.6 dan ini bermakna item soal selidik boleh diterima untuk digunakan dalam kajian. Jadual 1: Keputusan Ujian Kebolehpercayaan Terhadap Kajian Rintis Pembolehubah Bil. Item Nilai Alpha Cronbach Kebolehan 11 0.876 Pengetahuan 10 0.876 3.3 Populasi dan Pensampelan Kajian Pensampelan berkelompok digunakan di mana edaran soal selidik hanya terbatas kepada belia yang menjalankan perniagaan di sekitar bandar sahaja. Ini kerana pengkaji mengambil kira faktor kebolehcapaian internet untuk menggunakan tools yang pelbagai dalam strategi pemasaran digital. Pengkaji juga mengambil kira ciri-ciri kemodenan yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi terlibat dengan perniagaan dalam talian. Penentuan ukuran sampel adalah dengan menggunakan rumus Lemeshow (1997) iaitu: 𝑛 = 𝑧2 𝑝(1 − 𝑝) 𝑑2 di mana, n = jumlah sampel z = skor Z (kebolehpercayaan 95%) p = anggaran maksimum (50%) d = sampling error (10%) Kaedah rumus Lemeshow digunakan bagi penentuan bilangan sampel kerana bilangan populasi yang tidak diketahui dan jumlahnya yang berubah-ubah. Melalui kiraan dengan menggunakan formula Lemeshow, bilangan sampel minimum yang diperlukan dalam kajian ini ialah seramai 96 orang. Oleh itu, seramai 100 orang belia yang terdiri daripada pelajar atau alumni Politeknik Malaysia telah dipilih secara rawak untuk sampel dalam kajian ini. 3.4 Kaedah Analisis Data Analisis kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah deskriptif skor min dan sisihan piawai bagi menjawab objektif-objektif kajian. Pengukuran dibuat berdasarkan kepada julat skor min yang dicadangkan oleh Landell (1997) seperti Jadual 2.
  • 5. NATIONAL TECHNOLOGY RESEARCH IN ENGINEERING, DESIGN AND SOCIAL SCIENCE CONFERENCE 2022 176 Jadual 2: Julat Skor Min Min Tafsiran min 1.00 – 2.40 Rendah 2.41 – 3.80 Sederhana 3.81 – 5.00 Tinggi 4. ANALISIS DAN KEPUTUSAN 4.1 Analisis Demografik Jadual 3: Analisis Demografik Demografik Kriteria Kekerapan Peratus Jantina Lelaki 32 32 Perempuan 68 68 Jenis Perniagaan Makanan 27 27 Perkhidmatan 21 21 Produk Kecantikan & Kesihatan 17 17 Pakaian 17 17 Lain-lain 18 18 Tempoh Perniagaan Kurang dari 3 tahun 39 39 4 – 6 tahun 32 32 7 – 9 tahun 18 18 10 tahun dan ke atas 11 11 Jadual 3 menunjukkan bahawa sebanyak 32% jumlah respondan adalah lelaki dan 68% adalah perempuan. Kesemua respondan telah memiliki pelbagai bentuk jenis perniagaan. Daripada soalan selidik yang telah dijalankan, didapati sebahagian besar perniagaan adalah terdiri daripada perniagaan makanan iaitu 27%, diikuti oleh perniagaan jenis perkhidmatan sebanyak 21%, produk kecantikan dan kesihatan dan perniagaan pakaian sebanyak 17% dan selebihnya adalah lain-lain jenis perniagaan. Peratusan tertinggi bagi tempoh perniagaan dijalankan adalah kurang dari 3 tahun adalah sebanyak 39%. Seterusnya diikuti dengan tempoh 4-6 tahun sebanyak 32%, 18% tempoh perniagaan antara 7-9 tahun dan peratus paling rendah adalah perniaagaan yang melebihi 10 tahun dengan nilai sebanyak 11%. 4.2 Analisis Kebolehan Dalam Strategi Pemasaran Jadual 4 menunjukkan kebolehan belia dalam menjaga hubungan baik bersama pelanggan mendapat skor min yang tertinggi iaitu sebanyak 4.53. Hubungan baik dengan pelanggan merupakan salah satu kriteria yang amat penting dalam perniagaan sebagai salah satu cara membina perniagaan untuk jangka mangsa panjang. Dapatan ini disokong oleh Ramdan et al., (2020) di mana pengetahuan peniaga dalam pemasaran digital dapat membantu mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan sedia ada. Namun begitu, kajian mendapati bahawa tahap kebolehan responden terhadap kajian pemasaran mendapat skor min yang sederhana iaitu sebanyak 3.72 sedangkan mengkaji pemasaran adalah penting supaya maklumat berkenaan dengan kehendak pelanggan sama ada dari segi produk dan juga perkhidmatan diperolehi. Secara keseluruhannya, tahap kebolehan belia dalam strategi pemasaran mendapat skor min yang tinggi iaitu sebanyak 4.06 dan ini menunjukkan bahawa belia mampu melaksanakan strategi pemasaran dengan baik dan memahami kepentingan strategi pemasaran yang betul.
  • 6. NATIONAL TECHNOLOGY RESEARCH IN ENGINEERING, DESIGN AND SOCIAL SCIENCE CONFERENCE 2022 177 Jadual 4: Analisis Tahap Kebolehan Dalam Strategi Pemasaran Bil Pernyataan N = 100 Min s.p Int. 1 Saya boleh menyasarkan target pasaran terhadap prospek yang betul 4.07 0.728 T 2 Saya boleh mengenalpasti pesaing 4.10 0.689 T 3 Saya boleh menghasilkan produk / perkhidmatan yang berkualiti 4.13 0.761 T 4 Saya boleh menentukan lokasi penjualan produk 3.86 0.766 T 5 Saya boleh menguasai pemasaran digital 3.87 0.747 T 6 Saya boleh menentukan lokasi penjualan produk 4.07 0.714 T 7 Saya boleh menawarkan promosi yang menarik 4.05 0657 T 8 Saya boleh melakukan kajian pemasaran 3.72 0.766 S 9 Saya boleh melakukan penjenamaan yang baik 4.12 0.640 T 10 Saya boleh mempromosikan produk / perkhidmatan 4.17 0.636 T 11 Saya boleh menjaga hubungan baik bersama pelanggan 4.53 0.643 T Min keseluruhan 4.06 T s.p. – sisihan piawai; Int. – interpretasi; S – sederhana T – tinggi 4.3 Analisis Tahap Pengetahuan Pemasaran Digital Jadual 5 menunjukkan tahap pengetahuan respondan terhadap pemasaran digital. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan belia untuk membina laman web perniagaan mendapat skor min sederhana iaitu sebanyak 3.36 sedangkan pembinaan laman web ini adalah satu elemen penting dalam mempromosikan sesuatu jenama produk dan perniagaan. Penggunaan teknik Copywriting juga mendapat interpretasi skor min yang sederhana dengan nilai min sebanyak 3.71. Perkara ini juga perlu diambil perhatian kerana teknik Copywriting yang baik boleh menarik perhatian dan minat pelanggan untuk membeli produk atau menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan serta membantu menjadikan sesuatu bentuk perniagaan itu dapat bersaing dengan lebih baik. Selain itu, pengunaan email untuk promosi dan pemasaran mempunyai min yang paling rendah iaitu 3.57 dalam skor sederhana. Pengunaan email sebagai salah satu kaedah mempromosi secara digital adalah penting bagi memudahkan pelanggan untuk berhubung dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Namun begitu, secara keseluruhannya, tahap pengetahuan belia terhadap pemasaran digital adalah tinggi dengan skor min sebanyak 4.00. Ini disebabkan belia tahu dan sedar tentang kelebihan pemasaran digital seperti yang ditulis oleh Satrio dan Muhardono (2022) di mana antara kelebihan pemasaran secara digital ialah penyebaran maklumat yang cepat, memudahkan penilaian pemasaran di mana hasil maklumat aktiviti pemasaran digital dapat diketahui segera dan sebaran luas ke seluruh dunia.
  • 7. NATIONAL TECHNOLOGY RESEARCH IN ENGINEERING, DESIGN AND SOCIAL SCIENCE CONFERENCE 2022 178 Jadual 5: Analisis Tahap Pengetahuan Terhadap Pemasaran Digital Bil Pernyataan N = 100 Min s.p Int. 1 Saya tahu membina laman web perniagaan 3.36 1.097 S 2 Saya tahu asas fotografi 4.22 0.746 T 3 Saya tahu asas pengeditan gambar secara digital 4.30 0.798 T 4 Saya tahu dengan teknik Copywriting 3.71 0.795 S 5 Saya tahu menggunakan email untuk promosi dan pemasaran 3.57 0.946 S 6 Saya tahu menggunakan platform medium sosial untuk promosi dan pemasaran 4.25 0.770 T 7 Saya tahu melakukan video conferencing dalam perniagaan 4.12 0.832 T 8 Saya tahu mempromosi barang dan perkhidmatan melalui media sosial 4.27 0.694 T 9 Saya tahu menggunakan market place dalam perniagaan 4.19 0.813 T 10 Saya tahu membuat video promosi melalui YouTube 3.98 1.025 T Min keseluruhan 4.00 s.p. – sisihan piawai; Int. – interpretasi; S – sederhana T – tinggi 5.KESIMPULAN Kesimpulannya, kajian mendapati kriteria yang dikaji dari sudut kebolehan dan pengetahuan terhadap belia mendapat skor min yang tinggi. Kebolehan dan pengetahuan yang tinggi dalam strategi pemasaran secara digital dapat membantu meluaskan peluang usahawan dalam meningkatkan jualan produk dan perkhidmatan. Ini kerana pemasaran digital banyak memberi manfaat kepada usahawan jika ianya dipasarkan dengan kaedah dan strategi yang betul. Dapatan ini diharap mendapat perhatian dari pihak yang bertanggungjawab bagi merancang program atau bengkel bagi meningkatkan kebolehan belia terhadap strategi dalam meninjau atau mengkaji pemasaran semasa. Pengkaji juga mencadangkan agar kajian seumpama ini dengan skop yang lebih meluas dijalankan bagi menyalurkan maklumat kepada pihak kerajaan amnya dan juga Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bagi membantu belia amnya dan alumni atau graduan politeknik khususnya dalam bidang keusahawanan digital. Selain itu, kajian ‘Hubungan Kemahiran Generik Usahawan Dengan Prestasi Jualan’ disarankan untuk kajian akan datang. Penyelidikan lanjut tentang ‘Kesan Pemasaran Digital Terhadap Keinginan Prospek Membeli Produk atau Perkhidmatan’ juga dicadangkan bagi mengukuhkan lagi dapatan-dapatan pengkaji terdahulu. RUJUKAN Ayob, N. A., Daud, S., & Ismail, M. T. (2016). Faktor pembentukan modal insan dan daya saing usahawan wanita Malaysia: Kajian empirikal wanita bumiputera di Melaka (The formation factors of human capital and competitiveness of Malaysian women entrepreneurs: An empirical study of indigenous women entrepreneurs in Melaka). Geografia, 12(5). Baharun, M. T., & Balwi, M. A. W. F. M. (2021). Potensi Dan Cabaran Perniagaan E-Dagang Pasca Covid-19: Suatu Cadangan Penyelesaian. Online Journal of Islamic Management and Finance (OJIMF), 1(1), 1-12. Christina, I. D., Fenni and Roselina, D. (2019). “Digital Marketing Strategy in Promoting
  • 8. NATIONAL TECHNOLOGY RESEARCH IN ENGINEERING, DESIGN AND SOCIAL SCIENCE CONFERENCE 2022 179 Product”, Management and entrepreneurship: trends of development, 4 (10), pp. 58-66 Fadzil, A. F. M., Yaacob, M. R., & Muhayiddin, M. N. (2017). Personaliti Usahawan Dalam Menyumbang Proses Kepada Penciptaan Perniagaan Baharu E-Dagang Di Malaysia. International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT), 5(1), 173- 187. Hadi, A. S., & Khairi, A. (2020). Pemilihan Strategi Pemasaran di Era Digital pada Kelompok Ibu PKK Desa Gadingharjo. Dinamisia: Jurnal Pengabdian Kepada Masyarakat, 4(1), 127-132. Landell, K. (1997). Management by menu. London: Wilay and Sms Inc. Lemeshow, S., Hosmer, D.W., Klar, J & Lwanga, S.K. (1997). Besar Sampel Dalam Penelitian Kesehatan. Jogjakarta: Gadjah Mada University Press Mohd Ramly, L., Mohamed Salleh, M. A., & Shahizan Ali, M. N. (2021). Selebriti dan Pemasaran Digital: Kepentingan Penglibatan Selebriti di Laman Media Sosial Instagram. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities(MJSSH), 6(11), 51– 65. Panchal, A., Shah, A., & Kansara, K. (2021). Digital marketing-search engine optimization (SEO) and search engine marketing (SEM). International Research Journal of Innovations in Engineering and Technology, 5(12), 17. Poorani, D., Vidhiya, J., & Santhosini, M. (2021). A Study on Opportunities and Challenges of Digital Marketing.Shanlax International Journal of Management, 8(3), 46-53. Rashid, S. M. R. A., & Hassan, F. (2020). Amalan dan penglibatan peniaga kecil melalui perniagaan digital semasa Pandemik COVID-19 di Malaysia. Geografi, 8(2), 1-20 Ramdan, M. R., Abdullah N.L., Mat Isa, R., Hanafiah, M.H, (2020) Meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Platform Digital oleh Perusahaan Mikro dan Kecil. Sabbagh, F. (2021). Email Marketing: The Most Important Advantages Disadvantages. Indian Journal of Data Communication and Networking. 1(3), 32– 40. Sari, S. P. (2020). Strategi Meningkatkan Penjualan Di Era Digital. Scientific Journal of Reflection: Economic, Accounting, Management and Business, 3(3), 291–300. Satrio, D., & Muhardono, A. (2022). Digital Marketing as a Strategy to Defend MSMEs in the Covid-19 Pandemic. FIRM Journal of Management Studies. 7(1), 73 – 80 Warokka, A., Sjahruddin, H., Sriyanto, S., Noerhartati, E., & Saddhono, K. (2020). Digital marketing support and business development using online marketing tools: An experimental analysis. International Journal of Psychosocial Rehabilitation, 24(1), 1181-1188. Zaki, M. (2018). Pengaruh Influencer Marketing Sebagai Strategi Pemasaran Digital Era Moderen. Jurnal Manajemen dan Inovasi (MANOVA), 1(2), 14-23. Zulkarnain, E. F., Abdullah, A. B., & Ridzuan, A. A. (2019). Tahap Pendigitalan Perniagaan Dalam Kalangan Usahawan PKS MARA di Melaka. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Life Long Learning, 3(1), 130-140.