SlideShare a Scribd company logo
1 of 29
Download to read offline
0
BM (TATABAHASA)
TINGKATAN 3
-LATIHAN PERIBAHASA-
2023
1
No. Peribahasa Maksud Ayat
1 Ada keinginan Aiman ada hati untuk membuka restoran pada masa
akan datang.
2 Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara
atau masalah.
Tuan Zainal ada jalan untuk mengatasi masalah disiplin
dalam kalangan murid sekolah menengah.
3 Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di
sebalik sesuatu perbuatan.
Ibu berasa curiga apabila adik memujinya secara tiba-tiba
selepas pulang dari sekolah seolah-olah ada udang di
sebalik batu.
4 Maksud pertama : Maruah
Maksud kedua : Wajah
Ayat (Maksud pertama) : Ayah menasihati abang agar
berjaga-jaga semasa bercakap kerana tidak baik
menjatuhkan air muka orang di khalayak.
Ayat (Maksud kedua) : Air muka Aina menjadi
muram selepas dilarang oleh ibunya untuk bermain
permainan video.
5 Air kencing Sultan bertitah kepada rakyat agar membuang air seni
hanya di tandas-tandas yang disediakan untuk menjadi
marhaen yang mengutamakan kebersihan.
2
6 Orang yang memiliki badan yang sihat tentu
memiliki fikiran yang baik dan idea yang bernas.
Ayah saya amat mengutamakan aktiviti senaman dalam
kehidupannya kerana beliau yakin bahawa akal yang
sihat itu ada pada badan yang cergas.
7 Keseluruhan asas yang kukuh Hakim itu telah memberikan keputusan yang muktamad
selepas meneliti dan mengkaji sehingga akar umbi.
8 Perkara atau pekerjaan yang sukar akan
menjadi mudah jika dilakukan secara
berterusan .
Pekerjaan sebagai penoreh getah memang sukar tetapi
akan menjadi mudah sekiranya dilakukan
secara berterusan bak kata peribahasa alah bisa tegal
biasa.
9 Walaupun berasa berat semasa membeli
sesuatu barang yang mahal tetapi barang itu
bermutu dan tahan lama.
: Lehsini sanggup membeli kasut yang mahal kerana dia
percaya alah membeli menang memakai.
10 Sesuatu pekerjaan hendaklah dilakukan
sehingga selesai.
Murid-murid mesti belajar bersungguh-sungguh sehingga
mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM kerana
alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke
pangkal lengan.
3
11 Memulakan / Mengambil Tindakan Tuan Pengetua menasihati murid-murid agar mengambil
langkah dengan segera supaya tidak menyesal pada masa
hadapan.
12 Memberi perhatian Ibu bapa Suhaimai amat mengambil berat hal-hal tentang
pelajaran anak-anak.
13 Orang yang dikasihi oleh ibu bapa atau majikan. Mei Li dianggap sebagai anak emas oleh ibu bapanya
kerana bapanya menjadi seorang jutawan selepas
kelahiran Mei Li.
14 Pengalaman Tuan Hasbul mempunyai banyak asam garam dalam
dunia perniagaan.
15 Orang yang menjadi harapan sesuatu pasukan Cristiano Ronaldo menjadi ayam tambatan bagi pasukan
bola sepak negara Portugal sejak beberapa tahun yang
lepas.
16 Anak-anak akan mengikuti tingkah laku dan
perbuatan ibu bapa.
Ibu bapa tidak patut menggunakan kata-kata kesat di
hadapan anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah
kuihnya.
4
17 Saling menolong antara satu sama lain. Ibu bapa dan pihak sekolah harus bekerjasama bagai aur
dengan tebing untuk meningkatkan prestasi akademik
murid-murid.
18 Orang yang hilang secara tiba-tiba Seorang kanak-kanak yang sedang bermain di taman
permainan telah diculik dalam sekelip mata bagai ayam
disambar helang.
19 Wanita yang amat cantik Abang amat cinta akan gadis itu yang cantik bagai bulan
dipagari bintang.
20 Perasaan sedih Kami berasa sedih bagai kaca terhempas ke batu selepas
mendapat berita bahawa datuk sudah meninggal dunia.
21 Badan yang bertenaga dan sihat dapat
melahirkan pemikiran yang sempurna akalnya.
Kita harus bersenam setiap hari untuk melahirkan badan
yang sihat kerana badan cergas otak cerdas.
22 Seseorang yang melupakan jasa orang lain. Sikap Amirul yang bagai kacang melupakan kulit selepas
menjadi orang kaya menyebabkan dia dibenci oleh
kawan-kawannya.
5
23 Orang yang bermusuhan dan tidak sehaluan Kedua-dua pemimpin itu bagai minyak dengan air kerana
mempunyai ideologi yang berbeza-beza.
24 Orang yang banyak bercakap Murid yang banyak bercakap bagai murai dicabut ekor
telah dihukum oleh guru kelas.
25 Pasangan yang sama padan Pasangan pengantin di majlis perkahwinan ini sama padan
bagai cincin dengan permata.
26 Menjaga anak dengan penuh kasih sayang Ibu bapa harus menjaga anak-anak mereka dengan penuh
kasih sayang bagai menatang minyak
yang penuh.
27 Mempunyai pendapat yang baik terhadap orang
lain
Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka terhadap
semua orang.
28 Banyak pengalaman Kita mesti menghormati orang yang banyak makan
garam dalam kehidupan.
30 Sesuatu yang dijadikan sebagai permulaan untuk
mencapai hajat yang lebih besar.
Kursus usahawan ini akan menjadi batu locatan kepada
saya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya pada
masa akan datang.
31 Sepandai-pandai orang, kadang-kadang salah
juga.
Kesalahan ejaan yang dilakukan oleh Guru Bahasa
Melayu semasa mengajar menunjukkan bahawa orang
6
yang pandai juga boleh melakukan kesilapan ibarat belut
kena ranjau.
32 Mencuba sesuatu dengan harapan untuk
memperoleh kejayaan.
Seseorang harus membuat perancangan yang tepat
sebelum melibatkan diri dalam perniagaan dan perlu
mengelakkan daripada beradu nasib.
33 Bertanding untuk menentukan siapa lebih kuat. Kedua-dua ahli tinju itu beradu tenaga kerana ahli tinju
yang terbaik akan dipilih untuk mewakili negara.
34 Bersusah payah dahulu supaya dapat menikmati
kehidupan yang senang pada masa hadapan.
Generasi muda perlu menerima hakikat bahawa mereka
mesti bersusah payah semasa usia muda agar dapat
menjalani kehidupan yang selesa pada masa hadapan bak
kata peribahasa berakit-rakit ke hulu, berenang-renang
ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian.
35 Pendiam Azri selalu mendapat markah yang cemerlang walaupun
berat mulut orangnya.
7
36 Kesusahan dan kesenangan dinikmati bersama-
sama
Penduduk kampung perlu menghadapi masalah banjir
kilat bersama-sama kerana berat sama dipikul ringan
sama dijinjing.
37 Malas Sikap Karim yang berat tulang menyebabkan dia sering
dimarahi oleh ayah dan ibunya.
38 Berubah hati Adik berbalik hati dan mengambil keputusan untuk
menjadi manusia yang mulia selepas menjalani sesi
kaunseling.
39 Kedudukan yang sama taraf Malaysia perlu mencapai kemajuan yang pesat agar dapat
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-
negara maju yang lain.
40 Memberikan idea Ibu meminta abang agar beri jalan kepada masalah yang
dihadapi oleh adik dalam perniagaan.
41 Berterus terang demi kebenaran walaupun
mungkin menyakiti hati seseorang.
Kita perlu berterus terang dengan orang lain sekiranya
ada sesuatu masalah ibarat peribahasa berkata benarlah
walaupun pahit.
8
42 Melakukan dua pekerjaan serentak Ibu suka menjahit pakaian sambil menonton televisyen
ibarat berkayuh sambil bertimba.
43 Orang yang suka menderma / Tidak kedekut Sikap Encik Zainal yang murah hati menyebabkan beliau
disanjung tinggi oleh penduduk kampung.
44 Malas berusaha Kami benci akan sikap adik yang berpeluk tubuh dan
suka menyalahkan ibu bapa dan orang di sekelilingnya.
45 Sangat kecewa Kami sekeluarga berputih mata setelah ditipu oleh
saudara sendiri.
46 Persefahaman dalam sesebuah masyarakat akan
membuahkan kejayaan manakala perbalahan
(permasalahan) akan menyebabkan perpecahan.
Seluruh rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan
perpaduan kaum kerana bersatu teguh, bercerai roboh.
47 Bekerjasama antara satu sama lain dalam
melaksanakan sesuatu akan menghasilkan
kejayaan yang cemerlang.
Setiap ahli pasukan mesti memberikan sumbangan untuk
berjaya dalam perlawanan kerana bersekutu bertambah
mutu.
48 Percintaan dan perselisihan tidak mungkin
terjadi daripada satu pihak sahaja.
Selepas cintanya ditolak oleh Aminah berkali-kali,
Akhirnya Ali sedar bahawa bertepuk sebelah tangan
tidak akan berbunyi.
9
49 Berbantah atau bertengkar Ibu menasihati kedua-dua orang anaknya agar tidak
bertikam lidah kerana cara ini tidak mampu memberikan
penyelesaian kepada masalah.
50 Perbelanjaan yang lebih besar daripada
pendapatan
Sikap Siti yang suka membeli barang-barang yang tidak
penting menyebabkan perbelanjaannya melebihi
pendapatan sehingga terpaksa mengeluarkan wang
simpanan daripada bank ibarat besar pasak daripada
tiang.
51 Berpegang kuat pada adat. Kita mesti mengutamakan adat dan budaya bangsa
masing-masing kerana biar mati anak, jangan mati adat.
52 Seseorang yang diminta untuk mengambil alih
sesuatu tugas secara mendadak tanpa
dirancang.
Encik Kasim menjadi bidan terjun bagi menggantikan
Encik Dollah sebagai pengerusi majlis kerana Encik
Dollah lambat sampai kerana kemalangan.
53 Pendapat Ketua kampung memberitahu para penduduk agar
menyuarakan buah fikiran mereka secara terbuka.
10
54 Anak Puan Kamsinar telah melahirkan cahaya mata yang
kedua.
55 Meninggi diri Sikap Raju yang suka bercakap besar menyebabkan dia
dijauhi rakan-rakanya.
56 Melibatkan diri dalan urusan orang lain Kita tidak patut mencampur tangan dalam urusan
keluarga orang lain.
57 Hubungan antara adik-beradik akan berbaik-
baik semula walaupun berlaku permasalahan.
Permasalahan antara Aiman dan adik- adiknya telah
berakhir selepas mereka
berjumpa di rumah ayah semasa sambutan Hari
Raya Aidilfitri kerana carik-carik bulu
ayam, akhirnya bercantum juga.
58 Arif dalam hal-hal berkenaan komputer. Alia menjadi seorang yang celik computer selepas
melanjutkan pelajaran ke universiti.
59 Sudah tentu mencapai sesuatu. Adik mengatakan bahawa keputusan yang cemerlang
dalam SPM dalam tangannya.
60 Keuntungan dan kerugian harus dibahagikan
secara sama rata.
Ali dan Abu selalu membahagi segala keuntungan dan
kerugian secara sama rata bak kata pepatah
dapat sama laba, cicir sama rugi.
11
61 Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri. Ayah memarahi anaknya yang sanggup mengkhianati
darah daging sendiri.
62 Cepat marah Zainal menasihati abangnya agar berhati-hati semasa
bercakap dengan ayah kerana dia ialah seorang yang
darah panas.
63 Orang yang mempunyai bakat secara semula
jadi dalam bidang seni.
Orang yang berdarah seni harus menggilap bakat
mereka untuk mencapai kejayaan yang luar biasa
dalam kehidupan.
64 Diam orang berilmu berfikir, Diam orang
bodoh sia-sia sahaja.
Cikgu Anand memberitahu murid-murid supaya
bertanya soalan sekiranya ada pertanyaan dan tidak
berdiam sahaja kerana diam-diam ubi berisi, diam-diam
besi berkarat.
65 Seseorang yang mempunyai keinginan dan
bersungguh-sungguh tentu akan mencapai
kejayaan.
Murid-murid yang ingin mencapai keputusan yang
cemerlang tentu berusaha untuk mengambil
bahagian dalam kelas atas talian kerana di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.
12
66 : Seseorang harus mematuhi peraturan dan
adat tempat yang mereka berada.
Setiap individu yang tinggal di Malaysia harus mematuhi
undang-undang yang ditetapkan kerana di mana bumi
dipijak, di situ langit dijunjung.
67 Disangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa
kesusahan.
Kumar menyesal kerana perniagaan yang dianggap akan
memberi keuntungan yang berterusan telah mengalami
kemunduran selepas 2 tahun ibarat disangka panas
sampai petang, rupanya hujan ditengah hari.
68 Mendapat sesuatu dendan mudah atau tidak
disangka-sangka
Keuntungan yang diterima oleh abang secara tiba-tiba
ibarat durian runtuh menjadikannya amat
gembira.
69 Kesilapan berlalu dengan tidak sengaja
meninggalkan kesan buruk / Orang jahat akan
selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah
Pihak polis mengesyaki Ravi yang berlalu di tempat kes
rompakan ibarat enggang lalu ranting patah
menyebabkan keluarganya amat marah terhadap pihak
berkuasa.
70 Sesuatu pekerjaan yang sukar haruslah
dilakukan dengan tabah sehingga berjaya.
Kita haruslah berani menghadapi cabaran dan melakukan
sesuatu pekerjaan yang sukar sehingga berjaya ibarat
genggam bara api biar sampai menjadi arang.
13
71 Bersenang-senang tanpa perlu bekerja Neetish boleh bergoyang kaki kerana ayahnya
merupakan seorang hartawan yang mempunyai empayar
perniagaan yang besar di Asia.
72 Mencapai sesuatu yang diam-diam Kami terharu apabila mendapat tahu bahawa Johari telah
menjadi seorang juruterbang yang berjaya ibarat gunting
makan di hujung kerana dia ialah seorang yang pendiam.
73 Menggunakan sesuatu sewaktu ada
keperluannya, selepas itu ditinggalkan.
Membuang sesuatu atau meninggalkan
seseorang selepas habis kegunaannya.
Janganlah kita menjadi manusia yang meninggalkan
sahabat atau orang yang dikasihi selepas habis keperluan
ibarat habis madu sepah dibuang
74 Sangat sedih Jasitaran hancur hati selepas ditinggalkan oleh
kekasihnya kerana kehilangan pekerjaan.
75 Orang baik meninggalkan nama baik, orang
jahat meninggalkan nama buruk / Jasa orang
baik akan diingati dan dikenang sampai bila-bila.
Kita haruslah menyumbangkan jasa dan bakti kepada
bangsa dan negara kerana harimau mati meninggalkan
belang, manusia mati meninggalkan nama.
14
76 Pengagihan yang sama rata dan adil. Peluang pekerjaan haruslah diagihkan secara adil dan
sama rata kepada rakyat ibarat hati gajah sama dilapah,
hati kuman sama dicecah.
77 Perasaan dalam hati Hati kecil ibu berasa amat sedih apabila Aiman iaitu anak
sulungnya berpisah dengannya kerana melanjutkan
pelajaran ke universiti.
78 Seseorang yang berikhtiar untuk melakukan
sesuatu perkara akan mencari bermacam-
macam jalan manakala seseorang yang tidak
berhasrat untuk melakukan sesuatu perkara
akan memberi pelbagai alasan.
Ayah menegur sikap adik yang asyik memberi pelbagai
alasan apabila tidak mendapat pekerjaan kerana hendak
seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
79 Orang yang hidup melarat Terdapat banyak organisasi yang sanggup membantu
individu-individu yang hidup segan mati tak mahu akibat
pandemik Covid-19.
80 Walaupun ada banyak kelebihan di negeri
orang, tetap negeri sendiri lebih baik.
Encik Karim menasihati anaknya agar tidak bermigrasi ke
Australia kerana hujan emas di negeri orang, hujan batu
di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
15
81 Tiada kemerdekaan atau kebebasan Kehidupan rakyat pada zaman penjajahan Jepun ibarat
burung mata terlepas, badan terkurung.
82 Seseorang yang tidak dihiraukan atau
dipedulikan
Kehadiran Zamri dan keluarganya tidak dihiraukan oleh
saudara-mara ibarat melukut di tepi gantang kerana
pekerjaan Zamri sebagai petani.
83 Ilmu merupakan cahaya yang boleh menerangi
hidup seseorang.
Generasi muda harus rajin menimba ilmu kerana ilmu
pelita hidup.
84 Orang yang disayangi Alia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan
jantung hatinya yang bekerja di Singapura.
85 Hanya orang yang pakar dan bijaksana boleh
menilai sesuatu dengan tepat.
Encik Amri iaitu seorang pesilat yang handal telah
membantu untuk mengeluarkan bakat anak-anak
muridnya kerana jauhari yang mengenal manikam.
86 Orang yang banyak merantau akan
memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman.
Mei Li suka melancong ke luar negara bersama rakan-
rakan kerana dia sedar bahawa jauh perjalanan, luas
pemandangan.
16
87 Seseorang yang kelihatan senang diperdaya
tetapi sebenarnya tidak.
Zainurah jinak-jinak merpati tetapi tidak mudah
dipengaruhi orang lain.
88 Orang jahat Pemuda-pemuda kacang hantu di kampung itu telah
ditangkap oleh pihak polis.
89 Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup
sahaja / Kehidupan yang serba kekurangan.
Anggota masyarakat yang kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang telah mengalami kesukaran semasa
pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan.
90 Orang yang suka berfoya-foya Golongan remaja yang kaki joli akan mengalami
kesukaran untuk berjaya dalam kehidupan.
91 Anak-anak perlu dididik sejak kecil lagi. Ibu bapa patut menanam amalan membaca dalam
kalangan anak sejak kecil lagi bak kata pepatah kalau
hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
92 Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan cuba
untuk melakukan sesuatu yang lebih besar.
Ayah menasihati adik agar tidak menceburi bidang yang
baharu itu kerana adik tidak mempunyai ilmu luas
tentang bidang tersebut ibarat kalau kail panjang
sejengkal, jangan lautan hendak diduga.
17
93 Cita-cita tidak boleh dicapai tanpa usaha yang
gigih
Kita mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan kerana
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
94 Jangan mendekati bahaya sekiranya takut akan
risiko.
Sesiapa yang tidak berani mengalami kerugian patut
menjauhi dunia perniagaan kerana kalau takut dilambung
ombak, jangan berumah di tepi pantai.
95 Perkataan yang dituturkan boleh menyebabkan
kesakitan.
Kita mesti berjaga-jaga semasa bercakap dengan orang
lain kerana kata-kata lebih tajam daripada mata pedang.
96 Kesusahan dan kesenangan dihadapi bersama-
sama
Masyarakat setempat mesti menghadapi segala-gala
cabaran bersama-sama ibarat ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni.
97 Berasa tersinggung Aini kecil hati kerana dimarahi oleh abangnya sebentar
tadi.
98 Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus
pada orang-orang tua sahaja.
Faizal dilantik sebagai Pegawai Eksekutif syarikat
walaupun baru berusia 26 tahun kerana kecil jangan
disangka anak, besar jangan disangka bapa.
18
99 Orang yang sangat mengharapkan pertolongan,
sangat gembira apabila ada orang ingin
membantu.
Keadaan individu-individu yang mengalami kehilangan
pekerjaan ibarat kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
apabila mendapat bantuan bekalan makanan.
100 Susah menyebut perkataan dengan betul. Ibu mengajar adik yang keras lidah untuk menyebut
perkataan dengan betul.
101 Setiap negara mempunyai adat resam yang
berlainan.
Aini mengalami kejutan budaya selepas pergi ke Amerika
Syarikat untuk melanjutkan pelajaran kerana lain lubuk
lain ikannya.
102 Yang nampaknya baik itu jangan terus diterima
dan yang Nampak buruk itu jangan terus
ditolak. / Seseorang harus melakukan
pertimbangan secara mendalam sebelum
menerima atau menolak sesuatu perkara.
Ustaz menasihati penganut agama Islam agar berhati-hati
semasa mendengar kata-kata orang lain dan tidak terus
mengikutinya ibarat lemak manis jangan terus ditelan,
pahit jangan terus dimuntahkan.
103 Mudah berjanji dan mudah pula mengubah
janjinya.
Janji majikan saya tidak boleh dipercayai kerana dia ialah
seorang yang lidah tidak bertulang.
104 Melakukan sesuatu yang melampai batasan dan
hilang pertimbangan.
Aiman menjadi lupa daratan selepas menjadi seorang
hartawan.
19
105 Peniaga yang mengambil keuntungan yang
terlalu tinggi.
Beberapa orang pelanggan berasa marah terhadap lintah
darat di kawasan perumahan mereka.
106 Bersiar-siar Encik Ali pergi ke Langkawi bersama keluarganya untuk
makan angin.
107 Seseorang yang tidak mahu berusaha tidak
boleh mencapai kejayaan.
Cikgu Anand menasihati murid-muridnya agar rajin
berusaha untuk mencapai cita-cita kerana malu bertanya
sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut.
108 Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. Sikap abang yang pandai menyesuaikan diri dengan
tempat dan keadaan ibarat masuk kandang kambing
mengembek, masuk kandang lembu menguak
menyebabkan dia disukai dan digemari oleh ahli keluarga
dan saudara mara.
109 Perasaan dalam hati Rumah tangga Encik Zamri amat Bahagia kerana dia
pandai memahami mata hati isterinya.
110 Tidak dapat melakukan sesuatu kerana
ketiadaan idea.
Amran dilabelkan sebagai mata kutu oleh sahabat-
sahabat kerana tidak pandai menjalankan perniagaan
akibat ketiadaan idea.
20
111 Amalan membaca dapat membantu kita untuk
menambahkan pengetahuan.
Murid-murid digalakkan untuk melibatkan diri dalam
program Nilam kerana membaca jambatan ilmu.
112 Bekerja keras Ayah sanggup membanting tulang demi menyara
keluarga.
113 Mendedahkan keburukan diri. Kita tidak patut membuka pekung di dada kerana boleh
menjejaskan imej diri
114 Baru hendak belajar sesuatu. Ayah menyuruh adik agar berhati-hati semasa bekerja di
bengekl kerana dia menapak baru setapak, mendaki baru
sekaki
115 Cuba mengambil kesempatan terhadap
kesusahan lain demi kepentingan dan
keuntungan diri sendiri.
Pihak berkuasa harus mengambil tindakan ke atas para
peniaga yang menaikkan harga barang semasa pemintaan
meningkat ibarat menangguk di air keruh.
116 Menyakitkan pandangan Golongan wanita tidak patut memakai pakaian yang
mencolok mata.
117 Berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu
perkara.
Tuan Haimi mencari jalan untuk mengembangkan
perniagaannya ke luar negara.
118 Menyerah kalah Pihak lawan Suhaimi mengangkat bendera putih selepas
menerima tumbukan maut daripadanya.
21
119 Mengharapkan sesuatu yang tidak jelas. Lelaki baik awak melupakannya kerana menunggu untuk
dia kembali hanyalah ibarat menunggu buah yang tidak
gugur.
120 Semangat baharu / Sumber kekuatan yang
baharu
Pasukan bola sepak negeri Kedah seolah-olah mendapat
nafas baru selepas Tuan Akmal dipilih sebagai jurulatih.
121 Menjadi marah Cikgu Aimi naik darah kerana semua murid tidak
menghabiskan kerja rumah yang diberikan.
122 Perbuatan yang sudah terlanjur (Tidak boleh
diubah)
Aiman menyesal kerana sikapnya yang malas belajar
menyebabkan dia gagal dalam peperiksaan, Namun nasi
sudah menjadi bubur.
123 Memperoleh perkara yang benar-benar diingini. Amirul mendapat sebuah kereta berjenama BMW yang
diminatinya sebagai hadiah ibarat orang mengantuk
disorongkan bantal
124 Bodoh Murid itu digelar sebagai otak batu kerana gagal dalam
semua mata pelajaran.
125 Pandai Aizat merupakan seorang yang otak cair kerana mampu
menjawab semua soalan Matematik dengan tepat.
126 Padang atau tanah luas yang kosong. Padang jarak padang tekukur itu sesuai untuk menjalani
latihan sukan kriket.
22
127 Cepat marah Ali merupakan seorang yang panas baran sejak kecil lagi.
128 Jika ada perkara yang rahsia, pandailah
menjaganya agar tidak diketahui orang.
Perbuatan Jamil menyembunyikan rahsia dirinya umpama
pandai makan, pandailah simpan.
129 Anak muda menjadi orang yang diharapkan
untuk membangunkan negara pada masa
hadapan.
Generasi mudah harus berusaha untuk mengharumkan
nama negara di persada dunia kerana pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara.
130 Bergaduh dengan tidak bercakap Perselisihan faham boleh menyebabkan perang dingin
antara suami isteri.
131 Seorang Wanita yang baik lagi teratur Sifat Aina yang bagai pijak semut tak mati menyebabkan
dia disayangi dan dihormati oleh saudara-mara.
131 Berat sebelah Ibu bapa tidak patut mengamalkan sikap pilih kasih
ketika membesarkan anak-anak
132 Memperoleh sesuatu yang dihajati Harapan Wei Hong untuk memenagi pingat Emas dalam
sukan Olimpik telah menjadi kenyataan ibarat pucuk
dicita ulam mendatang.
134 Orang yang rajin Sikap Kavitha yang ringan tulang menyebabkan dia
disenangi oleh orang lain.
135 Suka bercakap Orang yang ringan mulut boleh menjalinkan
persahabatan dengan mudah.
23
136 Orang yang rajin berusaha akan mendapat
rezeki.
Zamri menjadi orang kaya dalam jangka masa yang
singkat kerana usahanya yang bersungguh-sungguh ibarat
ringan tulang berat perut.
137 Perangai seseorang boleh diubah tetapi
penampilan seseorang tidak boleh diubah.
Ayah menasihati adik agar cepat insaf dan menjadi
manusia yang baik dan mulia kerana rupa tidak dapat
diubah, perangi dapat diubah.
138 Dua atau tiga perkara tercapai dengan
mengambil satu usaha.
Kejayaan Faizal boleh diumpamakan sebagai sambil
menyelam minum air kerana dia telah dinaikkan pangkat
dan juga dihadiahkan sebuah kereta baharu.
139 Anak dan isteri yang terlalu dimanjakan akan
menjadi sombong.
Ibu bapa dinasihati menjadi lebih tegas terhadap anak-
anak mereka kerana sayangkan anak tangan-tangankan,
sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.
140 Berhati-hati sebelum menghadapi kesusahan. Puan Siti menasihati anak-anaknya agar berjimat cermat
untuk kegunaan pada masa hadapan ibarat sediakan
payung sebelum hujan.
141 Kejahatan yang tersembunyi Keluarga Pak Aizat menyesal kerana mempercayai Zainal
yang sebenar mempunyai niat yang jahat walaupun
berpura-pura seperti orang baik selama ini seperti api
dalam sekam.
24
142 Mementingkan diri sendiri , tidak bersepakat Negara Malaysia tidak boleh mencapai kemajuan jika
para pemimpin mengamalkan sikap seperti enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing.
143 Tidak suka bergaul dengan orang lain. Sikapnya yang suka mengasingkan diri tanpa bergaul
dengan orang lain seperti kera sumbang menyebabkan
dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan orang
lain.
144 Pintar Azmi merupakan seorang murid yang tajam akal kerana
mampu memcapai keputusan yang cemerlang dalam
semua mata pelajaran.
145 Sesudah mendapat kesusahan, baru hendak
beringat-ingat
Jeoh Hui baru mengalami keinsafan selepas disaman oleh
pihak polis ibarat sudah terhantuk baru tengadah.
146 Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap
utuh.
Budaya dan adat istiadat masyarakat Melayu yang
terpelihara sejak zaman datuk dan nenek moyang ibarat
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas perlu
dipertahankan agar tidak mengalami kepupusan.
147 Tidak membawa apa-apa Kita tidak patut pergi ke rumah orang dengan tangan
kosong.
148 Walaupun bersifat lemah-lembut dan keibuan,
Wanita mampu menyumbangkan tenaga dan
idea untuk membangunkan negara.
Kebolehan golongan dalam memajukan ekonomi negara
tidak patut dipandang enteng kerana tangan yang
menghayun buaian mampu mengoncang dunia.
25
149 Kedekut Seseorang harus menjauhi sikap tangkai jering dalam
kehidupan.
148 Seseorang yang mengharapkan keuntungan
besar yang tidak tentu, keuntungan kecil pula
dilepaskan.
Encik Akmal menyesal kerana meletakkan jawatan di
syarikat lama sebelum menerima pekerjaan di syarikat
baharu ibarat terdengar guruh di langit, air di tempayan
dicurahkan.
149 Orang yang menjadi sumber kekuatan Ibu bapa saya merupakan tulang belakang kejayaan saya
dalam kehidupan.
150 Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dipilih sesuai
dengan kebolehan kita.
Ayah menasihati Aizat agar tidak membeli kereta yang
mahal itu kerana ukur baju di badan sendiri.
151 Tidak boleh mempercayai kata-kata seseorang Para pekerja tidak lagi mempercayai janji pengurus yang
umpama biawak bercabang lidah.
152 Orang yang suka mengata atau mengeji orang
lain.
Sikap segelintir orang kaya suka memandang rendah and
menghina orang lain umpama lebah membuang sengat.
153 Rezeki perlu diusahakan dan tidak akan datang
dengan sendiri.
Seseorang murid harus belajar bersungguh-sungguh
untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan kerana yang bulat tidak datang bergolek,
yang pipih tidak datang melayang.
154 Kehilangan keuntungan yang diharapkan dan
keuntungan sedia ada.
Keadaan Encik Aminuddin ibarat yang dikejar tak dapat,
yang dikendong keciciran setelah diceraikan oleh
isterinya dan ditinggalkan oleh kekasihnya juga.
26
155 Banyak bercakap tanda tidak berilmu Janganlah kita banyak bercakap kerana air beriak tanda
tak dalam.
156 Sesuatu pekerjaan perlu dilakukan sehingga
sempurna.
Cikgu Siti memarahi murid-murid yang tidak
melengkapkan kerja rumah sekolah yang diberikan
kerana alang-alang berminyak biar licin.
157 Sangat menderita kesusahan walaupun bergaji
tinggi
Kehidupan Rakyat Malaysia yang bekerja di Amerika
Syarikat ibarat ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air
mati kehausan kerana ditindas oleh majikan-majikan yang
mementingkan diri sendiri.
158 Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak
berhenti-henti
Aimin suka membaca buku di perpustakaan bagai air
mencari jenisnya untuk menjadi manusia yang
berpengetahuan luas.
159 Terlalu banyak pada suatu masa Kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin
meningkat secara mendadak bagai cendawan tumbuh
selepas hujan.
160 Kehidupan seseorang yang sentiasa susah dan
menderita
Kehidupan Pak Ali bagai kerakap tumbuh di batu, hidup
segan mati tak mahu selepas perniagaan mengalami
kerugian yang teruk akibat pendemik virus Covid 19.
161 Hilang harapan Kehidupan Zainal bagai layang-layang putus tali selepas
selepas ditinggalkan oleh kekasihnya.
27
162 Orang yang suka bercakap Sikap Aini yang suka bercakap bagai murai dicabut ekor
menyebabkan dia dimarahi oleh guru-gurunya.
163 Amat cepat Kemajuan Akil dalam bidang perniagaan dalam jangka
masa yang singkat bagai pucuk dilancarkan menyebabkan
dia menerima pujian orang ramai.
164 Anak-anak akan mengikuti tingkah laku ibu
bapa
Ibu bapa perlu mengelakkan tabiat buruk seperti tabiat
meroko kerana anak-anak akan meniru tingkah laku ibu
bapa ibarat ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
165 Tidak sombong dan rendah diri Kita perlulah menjadi manusia yang rendah diri bagai
baik membawa resmi padi daripada resmi lalang.
166 Sekali melakukan kerja, dua tiga hasil tercapai. Aiman bukan sahaja dapat berkahwin dengan gadis yang
cantik itu tetapi juga dapat mewarisi segala harta pusaka
bapa mentuanya ibarat belayar sambil memapan,
merapat sambil belajar.
167 Belum mendapat sesuatu yang dihajati tetapi
sudah bergembira terlebih dahulu.
Ayah menegur sikap abang yang berasa terlalu gembira
dan yakin bahawa dia akan mendapat keputusan yang
18cemerlang dalam SPM ibarat belum duduk sudah
berlunjur.
168 Betapa susah kita melihat kesusahan orang lain,
lebih susah orang yang menanggung kesusahan
itu.
Rakyat Malaysia berasa sedih dan kasihan akan
kesusahan yang dialami oleh golongan doktor dan
28
jururawat kerana berat mata memandang, berat lagi
bahu memikul.
169 Sementara menunggu sesuatu perkara baik,
lakukan perkara berfaedah yang lain.
Neetish bekerja di pasar raya sementara menunggu
keputusan peperiksaan SPM ibarat berjagung-jagung
dahulu sementara menunggu padi memasak.
170 Lebih baik menarik diri dahulu daripada
diperhentikan dengan tidak hormat.
Jasrizal mengambil keputusan untuk meletak jawatan di
syarikat itu kerana tidak mendapat layanan yang baik
kerana biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas.
171 Berpegang kuat pada adat. Tuan Hakim ialah seorang yang amat mengutamakan
adat kerana berpegang pada peribahasa biar mati anak,
jangan mati adat.
172 Lebih baik mati daripada tidak mendapat
sesuatu yang diidamkan.
Gunalan berusaha bersungguh-sungguh dan sanggup
mengorbankan waktu bersama keluarga untuk menjadi
seorang saintis yang berjaya kerana baginya biar putih
tulang, jangan putih mata.
.

More Related Content

Similar to T3 LATIHAN PERIBAHASA.pdf

Similar to T3 LATIHAN PERIBAHASA.pdf (19)

Soalan sumatif1(2015)
Soalan sumatif1(2015)Soalan sumatif1(2015)
Soalan sumatif1(2015)
 
1
11
1
 
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapan
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapanBengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapan
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapan
 
Latihan peribahasa
Latihan peribahasaLatihan peribahasa
Latihan peribahasa
 
Pemahaman
PemahamanPemahaman
Pemahaman
 
Mujarab latihan tatabahasa
Mujarab latihan tatabahasaMujarab latihan tatabahasa
Mujarab latihan tatabahasa
 
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4+5 kbsm
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4+5 kbsmSenarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4+5 kbsm
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4+5 kbsm
 
Pemahaman
PemahamanPemahaman
Pemahaman
 
Pemahaman
PemahamanPemahaman
Pemahaman
 
Soalan permahaman
Soalan permahamanSoalan permahaman
Soalan permahaman
 
Soalan permahaman
Soalan permahamanSoalan permahaman
Soalan permahaman
 
Document
DocumentDocument
Document
 
Peran ibu dalam membentengi Anak Negeri dari Narkoba
Peran ibu dalam membentengi Anak Negeri dari NarkobaPeran ibu dalam membentengi Anak Negeri dari Narkoba
Peran ibu dalam membentengi Anak Negeri dari Narkoba
 
Paragraf persuasif atau persuasi
Paragraf persuasif atau persuasiParagraf persuasif atau persuasi
Paragraf persuasif atau persuasi
 
Sayangi ibubapa
Sayangi ibubapaSayangi ibubapa
Sayangi ibubapa
 
Tingkatan 1bm
Tingkatan 1bmTingkatan 1bm
Tingkatan 1bm
 
Lembaran bm bhgn c
Lembaran bm bhgn cLembaran bm bhgn c
Lembaran bm bhgn c
 
6 formula ajaib
6 formula ajaib6 formula ajaib
6 formula ajaib
 
sinopsis jalan ke puncak
sinopsis jalan ke puncaksinopsis jalan ke puncak
sinopsis jalan ke puncak
 

Recently uploaded

IMC design - Safety Riding Campaign - Mask Up
IMC design - Safety Riding Campaign - Mask UpIMC design - Safety Riding Campaign - Mask Up
IMC design - Safety Riding Campaign - Mask UpAdePutraTunggali
 
IMC Campaign - Integrated Marketing Communication Bingo
IMC Campaign - Integrated Marketing Communication BingoIMC Campaign - Integrated Marketing Communication Bingo
IMC Campaign - Integrated Marketing Communication BingoAdePutraTunggali
 
undangan tahlil dan kirim doa pendak 1.doc
undangan tahlil dan kirim doa pendak 1.docundangan tahlil dan kirim doa pendak 1.doc
undangan tahlil dan kirim doa pendak 1.docLaelaSafitri7
 
Co-funding Pitchdeck 2024.pptxhdhddjdjdjddjjd
Co-funding Pitchdeck 2024.pptxhdhddjdjdjddjjdCo-funding Pitchdeck 2024.pptxhdhddjdjdjddjjd
Co-funding Pitchdeck 2024.pptxhdhddjdjdjddjjdveinlatex
 
PPT Mengenai Pengelolaan Penataan Kearsipan.pptx
PPT Mengenai Pengelolaan Penataan Kearsipan.pptxPPT Mengenai Pengelolaan Penataan Kearsipan.pptx
PPT Mengenai Pengelolaan Penataan Kearsipan.pptxmuhnurmufid123
 
Modul 1.2 Jurnal Refleksi Dwi Mingguan.pdf
Modul 1.2 Jurnal Refleksi Dwi Mingguan.pdfModul 1.2 Jurnal Refleksi Dwi Mingguan.pdf
Modul 1.2 Jurnal Refleksi Dwi Mingguan.pdfAndiAliyah2
 

Recently uploaded (6)

IMC design - Safety Riding Campaign - Mask Up
IMC design - Safety Riding Campaign - Mask UpIMC design - Safety Riding Campaign - Mask Up
IMC design - Safety Riding Campaign - Mask Up
 
IMC Campaign - Integrated Marketing Communication Bingo
IMC Campaign - Integrated Marketing Communication BingoIMC Campaign - Integrated Marketing Communication Bingo
IMC Campaign - Integrated Marketing Communication Bingo
 
undangan tahlil dan kirim doa pendak 1.doc
undangan tahlil dan kirim doa pendak 1.docundangan tahlil dan kirim doa pendak 1.doc
undangan tahlil dan kirim doa pendak 1.doc
 
Co-funding Pitchdeck 2024.pptxhdhddjdjdjddjjd
Co-funding Pitchdeck 2024.pptxhdhddjdjdjddjjdCo-funding Pitchdeck 2024.pptxhdhddjdjdjddjjd
Co-funding Pitchdeck 2024.pptxhdhddjdjdjddjjd
 
PPT Mengenai Pengelolaan Penataan Kearsipan.pptx
PPT Mengenai Pengelolaan Penataan Kearsipan.pptxPPT Mengenai Pengelolaan Penataan Kearsipan.pptx
PPT Mengenai Pengelolaan Penataan Kearsipan.pptx
 
Modul 1.2 Jurnal Refleksi Dwi Mingguan.pdf
Modul 1.2 Jurnal Refleksi Dwi Mingguan.pdfModul 1.2 Jurnal Refleksi Dwi Mingguan.pdf
Modul 1.2 Jurnal Refleksi Dwi Mingguan.pdf
 

T3 LATIHAN PERIBAHASA.pdf

  • 2. 1 No. Peribahasa Maksud Ayat 1 Ada keinginan Aiman ada hati untuk membuka restoran pada masa akan datang. 2 Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah. Tuan Zainal ada jalan untuk mengatasi masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah menengah. 3 Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan. Ibu berasa curiga apabila adik memujinya secara tiba-tiba selepas pulang dari sekolah seolah-olah ada udang di sebalik batu. 4 Maksud pertama : Maruah Maksud kedua : Wajah Ayat (Maksud pertama) : Ayah menasihati abang agar berjaga-jaga semasa bercakap kerana tidak baik menjatuhkan air muka orang di khalayak. Ayat (Maksud kedua) : Air muka Aina menjadi muram selepas dilarang oleh ibunya untuk bermain permainan video. 5 Air kencing Sultan bertitah kepada rakyat agar membuang air seni hanya di tandas-tandas yang disediakan untuk menjadi marhaen yang mengutamakan kebersihan.
  • 3. 2 6 Orang yang memiliki badan yang sihat tentu memiliki fikiran yang baik dan idea yang bernas. Ayah saya amat mengutamakan aktiviti senaman dalam kehidupannya kerana beliau yakin bahawa akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas. 7 Keseluruhan asas yang kukuh Hakim itu telah memberikan keputusan yang muktamad selepas meneliti dan mengkaji sehingga akar umbi. 8 Perkara atau pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika dilakukan secara berterusan . Pekerjaan sebagai penoreh getah memang sukar tetapi akan menjadi mudah sekiranya dilakukan secara berterusan bak kata peribahasa alah bisa tegal biasa. 9 Walaupun berasa berat semasa membeli sesuatu barang yang mahal tetapi barang itu bermutu dan tahan lama. : Lehsini sanggup membeli kasut yang mahal kerana dia percaya alah membeli menang memakai. 10 Sesuatu pekerjaan hendaklah dilakukan sehingga selesai. Murid-murid mesti belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM kerana alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.
  • 4. 3 11 Memulakan / Mengambil Tindakan Tuan Pengetua menasihati murid-murid agar mengambil langkah dengan segera supaya tidak menyesal pada masa hadapan. 12 Memberi perhatian Ibu bapa Suhaimai amat mengambil berat hal-hal tentang pelajaran anak-anak. 13 Orang yang dikasihi oleh ibu bapa atau majikan. Mei Li dianggap sebagai anak emas oleh ibu bapanya kerana bapanya menjadi seorang jutawan selepas kelahiran Mei Li. 14 Pengalaman Tuan Hasbul mempunyai banyak asam garam dalam dunia perniagaan. 15 Orang yang menjadi harapan sesuatu pasukan Cristiano Ronaldo menjadi ayam tambatan bagi pasukan bola sepak negara Portugal sejak beberapa tahun yang lepas. 16 Anak-anak akan mengikuti tingkah laku dan perbuatan ibu bapa. Ibu bapa tidak patut menggunakan kata-kata kesat di hadapan anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.
  • 5. 4 17 Saling menolong antara satu sama lain. Ibu bapa dan pihak sekolah harus bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid. 18 Orang yang hilang secara tiba-tiba Seorang kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan telah diculik dalam sekelip mata bagai ayam disambar helang. 19 Wanita yang amat cantik Abang amat cinta akan gadis itu yang cantik bagai bulan dipagari bintang. 20 Perasaan sedih Kami berasa sedih bagai kaca terhempas ke batu selepas mendapat berita bahawa datuk sudah meninggal dunia. 21 Badan yang bertenaga dan sihat dapat melahirkan pemikiran yang sempurna akalnya. Kita harus bersenam setiap hari untuk melahirkan badan yang sihat kerana badan cergas otak cerdas. 22 Seseorang yang melupakan jasa orang lain. Sikap Amirul yang bagai kacang melupakan kulit selepas menjadi orang kaya menyebabkan dia dibenci oleh kawan-kawannya.
  • 6. 5 23 Orang yang bermusuhan dan tidak sehaluan Kedua-dua pemimpin itu bagai minyak dengan air kerana mempunyai ideologi yang berbeza-beza. 24 Orang yang banyak bercakap Murid yang banyak bercakap bagai murai dicabut ekor telah dihukum oleh guru kelas. 25 Pasangan yang sama padan Pasangan pengantin di majlis perkahwinan ini sama padan bagai cincin dengan permata. 26 Menjaga anak dengan penuh kasih sayang Ibu bapa harus menjaga anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. 27 Mempunyai pendapat yang baik terhadap orang lain Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka terhadap semua orang. 28 Banyak pengalaman Kita mesti menghormati orang yang banyak makan garam dalam kehidupan. 30 Sesuatu yang dijadikan sebagai permulaan untuk mencapai hajat yang lebih besar. Kursus usahawan ini akan menjadi batu locatan kepada saya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya pada masa akan datang. 31 Sepandai-pandai orang, kadang-kadang salah juga. Kesalahan ejaan yang dilakukan oleh Guru Bahasa Melayu semasa mengajar menunjukkan bahawa orang
  • 7. 6 yang pandai juga boleh melakukan kesilapan ibarat belut kena ranjau. 32 Mencuba sesuatu dengan harapan untuk memperoleh kejayaan. Seseorang harus membuat perancangan yang tepat sebelum melibatkan diri dalam perniagaan dan perlu mengelakkan daripada beradu nasib. 33 Bertanding untuk menentukan siapa lebih kuat. Kedua-dua ahli tinju itu beradu tenaga kerana ahli tinju yang terbaik akan dipilih untuk mewakili negara. 34 Bersusah payah dahulu supaya dapat menikmati kehidupan yang senang pada masa hadapan. Generasi muda perlu menerima hakikat bahawa mereka mesti bersusah payah semasa usia muda agar dapat menjalani kehidupan yang selesa pada masa hadapan bak kata peribahasa berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. 35 Pendiam Azri selalu mendapat markah yang cemerlang walaupun berat mulut orangnya.
  • 8. 7 36 Kesusahan dan kesenangan dinikmati bersama- sama Penduduk kampung perlu menghadapi masalah banjir kilat bersama-sama kerana berat sama dipikul ringan sama dijinjing. 37 Malas Sikap Karim yang berat tulang menyebabkan dia sering dimarahi oleh ayah dan ibunya. 38 Berubah hati Adik berbalik hati dan mengambil keputusan untuk menjadi manusia yang mulia selepas menjalani sesi kaunseling. 39 Kedudukan yang sama taraf Malaysia perlu mencapai kemajuan yang pesat agar dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang lain. 40 Memberikan idea Ibu meminta abang agar beri jalan kepada masalah yang dihadapi oleh adik dalam perniagaan. 41 Berterus terang demi kebenaran walaupun mungkin menyakiti hati seseorang. Kita perlu berterus terang dengan orang lain sekiranya ada sesuatu masalah ibarat peribahasa berkata benarlah walaupun pahit.
  • 9. 8 42 Melakukan dua pekerjaan serentak Ibu suka menjahit pakaian sambil menonton televisyen ibarat berkayuh sambil bertimba. 43 Orang yang suka menderma / Tidak kedekut Sikap Encik Zainal yang murah hati menyebabkan beliau disanjung tinggi oleh penduduk kampung. 44 Malas berusaha Kami benci akan sikap adik yang berpeluk tubuh dan suka menyalahkan ibu bapa dan orang di sekelilingnya. 45 Sangat kecewa Kami sekeluarga berputih mata setelah ditipu oleh saudara sendiri. 46 Persefahaman dalam sesebuah masyarakat akan membuahkan kejayaan manakala perbalahan (permasalahan) akan menyebabkan perpecahan. Seluruh rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan perpaduan kaum kerana bersatu teguh, bercerai roboh. 47 Bekerjasama antara satu sama lain dalam melaksanakan sesuatu akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Setiap ahli pasukan mesti memberikan sumbangan untuk berjaya dalam perlawanan kerana bersekutu bertambah mutu. 48 Percintaan dan perselisihan tidak mungkin terjadi daripada satu pihak sahaja. Selepas cintanya ditolak oleh Aminah berkali-kali, Akhirnya Ali sedar bahawa bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
  • 10. 9 49 Berbantah atau bertengkar Ibu menasihati kedua-dua orang anaknya agar tidak bertikam lidah kerana cara ini tidak mampu memberikan penyelesaian kepada masalah. 50 Perbelanjaan yang lebih besar daripada pendapatan Sikap Siti yang suka membeli barang-barang yang tidak penting menyebabkan perbelanjaannya melebihi pendapatan sehingga terpaksa mengeluarkan wang simpanan daripada bank ibarat besar pasak daripada tiang. 51 Berpegang kuat pada adat. Kita mesti mengutamakan adat dan budaya bangsa masing-masing kerana biar mati anak, jangan mati adat. 52 Seseorang yang diminta untuk mengambil alih sesuatu tugas secara mendadak tanpa dirancang. Encik Kasim menjadi bidan terjun bagi menggantikan Encik Dollah sebagai pengerusi majlis kerana Encik Dollah lambat sampai kerana kemalangan. 53 Pendapat Ketua kampung memberitahu para penduduk agar menyuarakan buah fikiran mereka secara terbuka.
  • 11. 10 54 Anak Puan Kamsinar telah melahirkan cahaya mata yang kedua. 55 Meninggi diri Sikap Raju yang suka bercakap besar menyebabkan dia dijauhi rakan-rakanya. 56 Melibatkan diri dalan urusan orang lain Kita tidak patut mencampur tangan dalam urusan keluarga orang lain. 57 Hubungan antara adik-beradik akan berbaik- baik semula walaupun berlaku permasalahan. Permasalahan antara Aiman dan adik- adiknya telah berakhir selepas mereka berjumpa di rumah ayah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga. 58 Arif dalam hal-hal berkenaan komputer. Alia menjadi seorang yang celik computer selepas melanjutkan pelajaran ke universiti. 59 Sudah tentu mencapai sesuatu. Adik mengatakan bahawa keputusan yang cemerlang dalam SPM dalam tangannya. 60 Keuntungan dan kerugian harus dibahagikan secara sama rata. Ali dan Abu selalu membahagi segala keuntungan dan kerugian secara sama rata bak kata pepatah dapat sama laba, cicir sama rugi.
  • 12. 11 61 Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri. Ayah memarahi anaknya yang sanggup mengkhianati darah daging sendiri. 62 Cepat marah Zainal menasihati abangnya agar berhati-hati semasa bercakap dengan ayah kerana dia ialah seorang yang darah panas. 63 Orang yang mempunyai bakat secara semula jadi dalam bidang seni. Orang yang berdarah seni harus menggilap bakat mereka untuk mencapai kejayaan yang luar biasa dalam kehidupan. 64 Diam orang berilmu berfikir, Diam orang bodoh sia-sia sahaja. Cikgu Anand memberitahu murid-murid supaya bertanya soalan sekiranya ada pertanyaan dan tidak berdiam sahaja kerana diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat. 65 Seseorang yang mempunyai keinginan dan bersungguh-sungguh tentu akan mencapai kejayaan. Murid-murid yang ingin mencapai keputusan yang cemerlang tentu berusaha untuk mengambil bahagian dalam kelas atas talian kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
  • 13. 12 66 : Seseorang harus mematuhi peraturan dan adat tempat yang mereka berada. Setiap individu yang tinggal di Malaysia harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. 67 Disangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan. Kumar menyesal kerana perniagaan yang dianggap akan memberi keuntungan yang berterusan telah mengalami kemunduran selepas 2 tahun ibarat disangka panas sampai petang, rupanya hujan ditengah hari. 68 Mendapat sesuatu dendan mudah atau tidak disangka-sangka Keuntungan yang diterima oleh abang secara tiba-tiba ibarat durian runtuh menjadikannya amat gembira. 69 Kesilapan berlalu dengan tidak sengaja meninggalkan kesan buruk / Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah Pihak polis mengesyaki Ravi yang berlalu di tempat kes rompakan ibarat enggang lalu ranting patah menyebabkan keluarganya amat marah terhadap pihak berkuasa. 70 Sesuatu pekerjaan yang sukar haruslah dilakukan dengan tabah sehingga berjaya. Kita haruslah berani menghadapi cabaran dan melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar sehingga berjaya ibarat genggam bara api biar sampai menjadi arang.
  • 14. 13 71 Bersenang-senang tanpa perlu bekerja Neetish boleh bergoyang kaki kerana ayahnya merupakan seorang hartawan yang mempunyai empayar perniagaan yang besar di Asia. 72 Mencapai sesuatu yang diam-diam Kami terharu apabila mendapat tahu bahawa Johari telah menjadi seorang juruterbang yang berjaya ibarat gunting makan di hujung kerana dia ialah seorang yang pendiam. 73 Menggunakan sesuatu sewaktu ada keperluannya, selepas itu ditinggalkan. Membuang sesuatu atau meninggalkan seseorang selepas habis kegunaannya. Janganlah kita menjadi manusia yang meninggalkan sahabat atau orang yang dikasihi selepas habis keperluan ibarat habis madu sepah dibuang 74 Sangat sedih Jasitaran hancur hati selepas ditinggalkan oleh kekasihnya kerana kehilangan pekerjaan. 75 Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama buruk / Jasa orang baik akan diingati dan dikenang sampai bila-bila. Kita haruslah menyumbangkan jasa dan bakti kepada bangsa dan negara kerana harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
  • 15. 14 76 Pengagihan yang sama rata dan adil. Peluang pekerjaan haruslah diagihkan secara adil dan sama rata kepada rakyat ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. 77 Perasaan dalam hati Hati kecil ibu berasa amat sedih apabila Aiman iaitu anak sulungnya berpisah dengannya kerana melanjutkan pelajaran ke universiti. 78 Seseorang yang berikhtiar untuk melakukan sesuatu perkara akan mencari bermacam- macam jalan manakala seseorang yang tidak berhasrat untuk melakukan sesuatu perkara akan memberi pelbagai alasan. Ayah menegur sikap adik yang asyik memberi pelbagai alasan apabila tidak mendapat pekerjaan kerana hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. 79 Orang yang hidup melarat Terdapat banyak organisasi yang sanggup membantu individu-individu yang hidup segan mati tak mahu akibat pandemik Covid-19. 80 Walaupun ada banyak kelebihan di negeri orang, tetap negeri sendiri lebih baik. Encik Karim menasihati anaknya agar tidak bermigrasi ke Australia kerana hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
  • 16. 15 81 Tiada kemerdekaan atau kebebasan Kehidupan rakyat pada zaman penjajahan Jepun ibarat burung mata terlepas, badan terkurung. 82 Seseorang yang tidak dihiraukan atau dipedulikan Kehadiran Zamri dan keluarganya tidak dihiraukan oleh saudara-mara ibarat melukut di tepi gantang kerana pekerjaan Zamri sebagai petani. 83 Ilmu merupakan cahaya yang boleh menerangi hidup seseorang. Generasi muda harus rajin menimba ilmu kerana ilmu pelita hidup. 84 Orang yang disayangi Alia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan jantung hatinya yang bekerja di Singapura. 85 Hanya orang yang pakar dan bijaksana boleh menilai sesuatu dengan tepat. Encik Amri iaitu seorang pesilat yang handal telah membantu untuk mengeluarkan bakat anak-anak muridnya kerana jauhari yang mengenal manikam. 86 Orang yang banyak merantau akan memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman. Mei Li suka melancong ke luar negara bersama rakan- rakan kerana dia sedar bahawa jauh perjalanan, luas pemandangan.
  • 17. 16 87 Seseorang yang kelihatan senang diperdaya tetapi sebenarnya tidak. Zainurah jinak-jinak merpati tetapi tidak mudah dipengaruhi orang lain. 88 Orang jahat Pemuda-pemuda kacang hantu di kampung itu telah ditangkap oleh pihak polis. 89 Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja / Kehidupan yang serba kekurangan. Anggota masyarakat yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang telah mengalami kesukaran semasa pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. 90 Orang yang suka berfoya-foya Golongan remaja yang kaki joli akan mengalami kesukaran untuk berjaya dalam kehidupan. 91 Anak-anak perlu dididik sejak kecil lagi. Ibu bapa patut menanam amalan membaca dalam kalangan anak sejak kecil lagi bak kata pepatah kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. 92 Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan cuba untuk melakukan sesuatu yang lebih besar. Ayah menasihati adik agar tidak menceburi bidang yang baharu itu kerana adik tidak mempunyai ilmu luas tentang bidang tersebut ibarat kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.
  • 18. 17 93 Cita-cita tidak boleh dicapai tanpa usaha yang gigih Kita mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya 94 Jangan mendekati bahaya sekiranya takut akan risiko. Sesiapa yang tidak berani mengalami kerugian patut menjauhi dunia perniagaan kerana kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. 95 Perkataan yang dituturkan boleh menyebabkan kesakitan. Kita mesti berjaga-jaga semasa bercakap dengan orang lain kerana kata-kata lebih tajam daripada mata pedang. 96 Kesusahan dan kesenangan dihadapi bersama- sama Masyarakat setempat mesti menghadapi segala-gala cabaran bersama-sama ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. 97 Berasa tersinggung Aini kecil hati kerana dimarahi oleh abangnya sebentar tadi. 98 Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja. Faizal dilantik sebagai Pegawai Eksekutif syarikat walaupun baru berusia 26 tahun kerana kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.
  • 19. 18 99 Orang yang sangat mengharapkan pertolongan, sangat gembira apabila ada orang ingin membantu. Keadaan individu-individu yang mengalami kehilangan pekerjaan ibarat kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan apabila mendapat bantuan bekalan makanan. 100 Susah menyebut perkataan dengan betul. Ibu mengajar adik yang keras lidah untuk menyebut perkataan dengan betul. 101 Setiap negara mempunyai adat resam yang berlainan. Aini mengalami kejutan budaya selepas pergi ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran kerana lain lubuk lain ikannya. 102 Yang nampaknya baik itu jangan terus diterima dan yang Nampak buruk itu jangan terus ditolak. / Seseorang harus melakukan pertimbangan secara mendalam sebelum menerima atau menolak sesuatu perkara. Ustaz menasihati penganut agama Islam agar berhati-hati semasa mendengar kata-kata orang lain dan tidak terus mengikutinya ibarat lemak manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dimuntahkan. 103 Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya. Janji majikan saya tidak boleh dipercayai kerana dia ialah seorang yang lidah tidak bertulang. 104 Melakukan sesuatu yang melampai batasan dan hilang pertimbangan. Aiman menjadi lupa daratan selepas menjadi seorang hartawan.
  • 20. 19 105 Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi. Beberapa orang pelanggan berasa marah terhadap lintah darat di kawasan perumahan mereka. 106 Bersiar-siar Encik Ali pergi ke Langkawi bersama keluarganya untuk makan angin. 107 Seseorang yang tidak mahu berusaha tidak boleh mencapai kejayaan. Cikgu Anand menasihati murid-muridnya agar rajin berusaha untuk mencapai cita-cita kerana malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut. 108 Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. Sikap abang yang pandai menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan ibarat masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak menyebabkan dia disukai dan digemari oleh ahli keluarga dan saudara mara. 109 Perasaan dalam hati Rumah tangga Encik Zamri amat Bahagia kerana dia pandai memahami mata hati isterinya. 110 Tidak dapat melakukan sesuatu kerana ketiadaan idea. Amran dilabelkan sebagai mata kutu oleh sahabat- sahabat kerana tidak pandai menjalankan perniagaan akibat ketiadaan idea.
  • 21. 20 111 Amalan membaca dapat membantu kita untuk menambahkan pengetahuan. Murid-murid digalakkan untuk melibatkan diri dalam program Nilam kerana membaca jambatan ilmu. 112 Bekerja keras Ayah sanggup membanting tulang demi menyara keluarga. 113 Mendedahkan keburukan diri. Kita tidak patut membuka pekung di dada kerana boleh menjejaskan imej diri 114 Baru hendak belajar sesuatu. Ayah menyuruh adik agar berhati-hati semasa bekerja di bengekl kerana dia menapak baru setapak, mendaki baru sekaki 115 Cuba mengambil kesempatan terhadap kesusahan lain demi kepentingan dan keuntungan diri sendiri. Pihak berkuasa harus mengambil tindakan ke atas para peniaga yang menaikkan harga barang semasa pemintaan meningkat ibarat menangguk di air keruh. 116 Menyakitkan pandangan Golongan wanita tidak patut memakai pakaian yang mencolok mata. 117 Berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Tuan Haimi mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya ke luar negara. 118 Menyerah kalah Pihak lawan Suhaimi mengangkat bendera putih selepas menerima tumbukan maut daripadanya.
  • 22. 21 119 Mengharapkan sesuatu yang tidak jelas. Lelaki baik awak melupakannya kerana menunggu untuk dia kembali hanyalah ibarat menunggu buah yang tidak gugur. 120 Semangat baharu / Sumber kekuatan yang baharu Pasukan bola sepak negeri Kedah seolah-olah mendapat nafas baru selepas Tuan Akmal dipilih sebagai jurulatih. 121 Menjadi marah Cikgu Aimi naik darah kerana semua murid tidak menghabiskan kerja rumah yang diberikan. 122 Perbuatan yang sudah terlanjur (Tidak boleh diubah) Aiman menyesal kerana sikapnya yang malas belajar menyebabkan dia gagal dalam peperiksaan, Namun nasi sudah menjadi bubur. 123 Memperoleh perkara yang benar-benar diingini. Amirul mendapat sebuah kereta berjenama BMW yang diminatinya sebagai hadiah ibarat orang mengantuk disorongkan bantal 124 Bodoh Murid itu digelar sebagai otak batu kerana gagal dalam semua mata pelajaran. 125 Pandai Aizat merupakan seorang yang otak cair kerana mampu menjawab semua soalan Matematik dengan tepat. 126 Padang atau tanah luas yang kosong. Padang jarak padang tekukur itu sesuai untuk menjalani latihan sukan kriket.
  • 23. 22 127 Cepat marah Ali merupakan seorang yang panas baran sejak kecil lagi. 128 Jika ada perkara yang rahsia, pandailah menjaganya agar tidak diketahui orang. Perbuatan Jamil menyembunyikan rahsia dirinya umpama pandai makan, pandailah simpan. 129 Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa hadapan. Generasi mudah harus berusaha untuk mengharumkan nama negara di persada dunia kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. 130 Bergaduh dengan tidak bercakap Perselisihan faham boleh menyebabkan perang dingin antara suami isteri. 131 Seorang Wanita yang baik lagi teratur Sifat Aina yang bagai pijak semut tak mati menyebabkan dia disayangi dan dihormati oleh saudara-mara. 131 Berat sebelah Ibu bapa tidak patut mengamalkan sikap pilih kasih ketika membesarkan anak-anak 132 Memperoleh sesuatu yang dihajati Harapan Wei Hong untuk memenagi pingat Emas dalam sukan Olimpik telah menjadi kenyataan ibarat pucuk dicita ulam mendatang. 134 Orang yang rajin Sikap Kavitha yang ringan tulang menyebabkan dia disenangi oleh orang lain. 135 Suka bercakap Orang yang ringan mulut boleh menjalinkan persahabatan dengan mudah.
  • 24. 23 136 Orang yang rajin berusaha akan mendapat rezeki. Zamri menjadi orang kaya dalam jangka masa yang singkat kerana usahanya yang bersungguh-sungguh ibarat ringan tulang berat perut. 137 Perangai seseorang boleh diubah tetapi penampilan seseorang tidak boleh diubah. Ayah menasihati adik agar cepat insaf dan menjadi manusia yang baik dan mulia kerana rupa tidak dapat diubah, perangi dapat diubah. 138 Dua atau tiga perkara tercapai dengan mengambil satu usaha. Kejayaan Faizal boleh diumpamakan sebagai sambil menyelam minum air kerana dia telah dinaikkan pangkat dan juga dihadiahkan sebuah kereta baharu. 139 Anak dan isteri yang terlalu dimanjakan akan menjadi sombong. Ibu bapa dinasihati menjadi lebih tegas terhadap anak- anak mereka kerana sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. 140 Berhati-hati sebelum menghadapi kesusahan. Puan Siti menasihati anak-anaknya agar berjimat cermat untuk kegunaan pada masa hadapan ibarat sediakan payung sebelum hujan. 141 Kejahatan yang tersembunyi Keluarga Pak Aizat menyesal kerana mempercayai Zainal yang sebenar mempunyai niat yang jahat walaupun berpura-pura seperti orang baik selama ini seperti api dalam sekam.
  • 25. 24 142 Mementingkan diri sendiri , tidak bersepakat Negara Malaysia tidak boleh mencapai kemajuan jika para pemimpin mengamalkan sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. 143 Tidak suka bergaul dengan orang lain. Sikapnya yang suka mengasingkan diri tanpa bergaul dengan orang lain seperti kera sumbang menyebabkan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain. 144 Pintar Azmi merupakan seorang murid yang tajam akal kerana mampu memcapai keputusan yang cemerlang dalam semua mata pelajaran. 145 Sesudah mendapat kesusahan, baru hendak beringat-ingat Jeoh Hui baru mengalami keinsafan selepas disaman oleh pihak polis ibarat sudah terhantuk baru tengadah. 146 Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh. Budaya dan adat istiadat masyarakat Melayu yang terpelihara sejak zaman datuk dan nenek moyang ibarat tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas perlu dipertahankan agar tidak mengalami kepupusan. 147 Tidak membawa apa-apa Kita tidak patut pergi ke rumah orang dengan tangan kosong. 148 Walaupun bersifat lemah-lembut dan keibuan, Wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara. Kebolehan golongan dalam memajukan ekonomi negara tidak patut dipandang enteng kerana tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia.
  • 26. 25 149 Kedekut Seseorang harus menjauhi sikap tangkai jering dalam kehidupan. 148 Seseorang yang mengharapkan keuntungan besar yang tidak tentu, keuntungan kecil pula dilepaskan. Encik Akmal menyesal kerana meletakkan jawatan di syarikat lama sebelum menerima pekerjaan di syarikat baharu ibarat terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. 149 Orang yang menjadi sumber kekuatan Ibu bapa saya merupakan tulang belakang kejayaan saya dalam kehidupan. 150 Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita. Ayah menasihati Aizat agar tidak membeli kereta yang mahal itu kerana ukur baju di badan sendiri. 151 Tidak boleh mempercayai kata-kata seseorang Para pekerja tidak lagi mempercayai janji pengurus yang umpama biawak bercabang lidah. 152 Orang yang suka mengata atau mengeji orang lain. Sikap segelintir orang kaya suka memandang rendah and menghina orang lain umpama lebah membuang sengat. 153 Rezeki perlu diusahakan dan tidak akan datang dengan sendiri. Seseorang murid harus belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. 154 Kehilangan keuntungan yang diharapkan dan keuntungan sedia ada. Keadaan Encik Aminuddin ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran setelah diceraikan oleh isterinya dan ditinggalkan oleh kekasihnya juga.
  • 27. 26 155 Banyak bercakap tanda tidak berilmu Janganlah kita banyak bercakap kerana air beriak tanda tak dalam. 156 Sesuatu pekerjaan perlu dilakukan sehingga sempurna. Cikgu Siti memarahi murid-murid yang tidak melengkapkan kerja rumah sekolah yang diberikan kerana alang-alang berminyak biar licin. 157 Sangat menderita kesusahan walaupun bergaji tinggi Kehidupan Rakyat Malaysia yang bekerja di Amerika Syarikat ibarat ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan kerana ditindas oleh majikan-majikan yang mementingkan diri sendiri. 158 Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti Aimin suka membaca buku di perpustakaan bagai air mencari jenisnya untuk menjadi manusia yang berpengetahuan luas. 159 Terlalu banyak pada suatu masa Kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat secara mendadak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. 160 Kehidupan seseorang yang sentiasa susah dan menderita Kehidupan Pak Ali bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu selepas perniagaan mengalami kerugian yang teruk akibat pendemik virus Covid 19. 161 Hilang harapan Kehidupan Zainal bagai layang-layang putus tali selepas selepas ditinggalkan oleh kekasihnya.
  • 28. 27 162 Orang yang suka bercakap Sikap Aini yang suka bercakap bagai murai dicabut ekor menyebabkan dia dimarahi oleh guru-gurunya. 163 Amat cepat Kemajuan Akil dalam bidang perniagaan dalam jangka masa yang singkat bagai pucuk dilancarkan menyebabkan dia menerima pujian orang ramai. 164 Anak-anak akan mengikuti tingkah laku ibu bapa Ibu bapa perlu mengelakkan tabiat buruk seperti tabiat meroko kerana anak-anak akan meniru tingkah laku ibu bapa ibarat ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi 165 Tidak sombong dan rendah diri Kita perlulah menjadi manusia yang rendah diri bagai baik membawa resmi padi daripada resmi lalang. 166 Sekali melakukan kerja, dua tiga hasil tercapai. Aiman bukan sahaja dapat berkahwin dengan gadis yang cantik itu tetapi juga dapat mewarisi segala harta pusaka bapa mentuanya ibarat belayar sambil memapan, merapat sambil belajar. 167 Belum mendapat sesuatu yang dihajati tetapi sudah bergembira terlebih dahulu. Ayah menegur sikap abang yang berasa terlalu gembira dan yakin bahawa dia akan mendapat keputusan yang 18cemerlang dalam SPM ibarat belum duduk sudah berlunjur. 168 Betapa susah kita melihat kesusahan orang lain, lebih susah orang yang menanggung kesusahan itu. Rakyat Malaysia berasa sedih dan kasihan akan kesusahan yang dialami oleh golongan doktor dan
  • 29. 28 jururawat kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 169 Sementara menunggu sesuatu perkara baik, lakukan perkara berfaedah yang lain. Neetish bekerja di pasar raya sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM ibarat berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi memasak. 170 Lebih baik menarik diri dahulu daripada diperhentikan dengan tidak hormat. Jasrizal mengambil keputusan untuk meletak jawatan di syarikat itu kerana tidak mendapat layanan yang baik kerana biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas. 171 Berpegang kuat pada adat. Tuan Hakim ialah seorang yang amat mengutamakan adat kerana berpegang pada peribahasa biar mati anak, jangan mati adat. 172 Lebih baik mati daripada tidak mendapat sesuatu yang diidamkan. Gunalan berusaha bersungguh-sungguh dan sanggup mengorbankan waktu bersama keluarga untuk menjadi seorang saintis yang berjaya kerana baginya biar putih tulang, jangan putih mata. .