Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Pemahaman

496 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Pemahaman

  1. 1. PEMAHAMAN 1Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.Banyak pihak yang mendakwa bahawa ibu-ibu lebih cenderung menyusui anak merekadengan susu tiruan. Keadaan ini wujud kerana kebanyakan ibu terpengaruh oleh iklan-iklantentang kebaikan dan khasiat susu tiruan yang sering disiarkan di media massa. Oleh itu, tidakhairan jika terdapat ibu-ibu yang memilih susu tiruan untuk diberikan kepada bayi mereka.Keadaan ini amat ketara berlaku di kalangan ibu-ibu yang tinggal di bandar.Ada beberapa sebab keadaan ini berlaku. Pertama, sebahagian besar wanita yang tinggal dibandar terdiri daripada mereka yang bekerja. Oleh hal yang demikian, mereka tidak mempunyaimasa yang cukup untuk menyusui sendiri bayi mereka kerana ikatan kerja. Kedua, sebahagiandaripada wanita-wanita di bandar amat mementingkan kecantikan tubuh badan. Dengandemikian, kerja menyusui anak ini dianggap remeh. Ketiga, ada juga sesetengah wanita yangtidak sedar akan ketinggian khasiat susu ibu.Menurut pendapat doktor, pemberian susu ibu kepada bayi adalah lebih baik daripada susutiruan untuk kesihatan dan perlindungan bayi. Ketinggian khasiat susu ibu adalah jelas jika kitaperhatikan kepada proses pembentukan susu itu sendiri. Di peringkat permulaan, susu ibuterbentuk hasil percampuran estrogen, progestron, dan prome yang mengalir dalam saluran darah.Selepas itu, semua hasil campuran kimia bahan dan bahan makanan yang dimakan oleh ibu yangdisebut “kolustrum” yang mempunyai khasiat yang amat tinggi. Kandungan susu ibu kaya denganprotein dan asid amino yang memainkan peranan penting dalam mempercepat proses pembesaranbayi. Kandungan bahan-bahan kimia dalam susu tersebut dapat juga mengawal bayi daripadadijangkiti penyakit dan bertindak untuk menghapuskan kuman.Pemberian susu ibu juga dapat mengurangkan kekerapan ibu melahirkan anak, iaitumerupakan kaedah merancang keluarga secara semula jadi. Jarak kelahiran yang jauh akanmenjamin kesihatan ibu. Hubungan ibu dengan anak akan lebih mesra.1 Bagaimanakah susu ibu terhasil?A Melalui percampuran protein dan asidaminoB Melalui percampuran estrogen,progestron, dan promeC Melalui percampuran “kolustrum” danpertambahan darahD Melalui percampuran kimia danprolaktin serta pertambahan darah2 Mengapakah kebanyakan ibu yang bekerjalebih suka memberi bayi mereka susutiruan?A Kerana mereka kesuntukan waktuB Kerana mereka mengutamakankecantikanC Kerana mereka tidak tahu khasiat susuibuD Kerana mereka menganggap prosespenyusuan perkara kecil3 Mengapakah ibu-ibu di bandar lebihterpengaruh kepada iklan?A Kerana mereka banyak terdedahkepada media massaB Kerana masyarakat bandar mudahdipengaruhiC Kerana kebanyakan mereka terdiridaripada wanita yang bekerjaD Kerana mereka menganggap susutiruan lebih berkhasiat4 Yang manakah BUKAN kebaikan susuibu?A Menjimatkan masaB Mencegah penyakitC Menjarangkan kelahiran anakD Mempercepatkan proses pembesaranbayi5 Kata cenderung dalam petikan bolehdigantikan dengan kataA memilih. C berminat.B berpihak. D menyebelahi.
  2. 2. Jawapan: 1 B 2 A 3 A 4 A 5 CPEMAHAMAN 2Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Dia bangun dan memberitahukan cita-citanya. Tiba-tiba bilik darjah itu bergema dengangelak ketawa. Semua kawan-kawannya memandang ke arahnya dengan kehairanan. Perkataan“peguam” amat luar biasa kepada mereka. Tambahan pula, ia cuma anak kampung.Tun Abdul Hamid bin Omar lahir pada 25 Mac 1929 di Kuala Perlis. Beliau dibesarkandalam lingkungan keluarga Melayu yang bukan daripada golongan bangsawan. Bapanya seorangguru kampung yang menaruh harapan agar anaknya itu menjadi orang yang berjaya. Dengan itu,Abdul Hamid dibawa ke Kangar untuk diasuh oleh bapa saudaranya yang juga seorang guru.Pada tahun 1940, Abdul Hamid memasuki Maktab Sultan Abdul Halim di Alor Setar tetapipengajiannya terbantut sebagai akibat Perang Dunia Kedua. Dalam tempoh berlakunyapeperangan itu, dia menyambung pengajiannya semula sehingga lulus Peperiksaan SeniorCambridge.Dia menjadi mangsa pilih kasih kerana tidak diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajarannyake universiti. Dia pergi ke England tanpa biasiswa tetapi mujurlah Tan Sri Jamil Raismembantunya untuk mendapatkan biasiswa. Dia kembali ke tanah air pada 1955 dan menjadimajistret. Dari situlah bermula kerjayanya dalam bidang perundangan. Antara jawatan yangpernah disandangnya termasuklah Timbalan Pendakwa Raya Perak, Penasihat Undang-undangPerak, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi. Pada 3 Februari 1984, bel bidang perundangan.Antara jawatan yang pernah disandangnya termasuklah Timbalan Pendakwa Raya Perak,Penasihat Undang-undang Perak, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi. Pada 3 Februari 1984,beliau dilantik menjadi Hakim Besar Malaya. Selepas itu, beliau memegang jawatan KetuaHakim Negara pada 10 November 1988.Walaupun menjadi seorang hakim memerlukan masa yang banyak, hal ini tidak menghalangAbdul Hamid untuk bergiat dalam sukan. Beliau terpilih menjadi Presiden Persekutuan GolfAsia, Kusta Malaysia, Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor, dan Persatuan Bulan SabitMerah Malaysia.Abdul Hamid dianugerahi pingat Seri Setia Mahkota oleh Yang Di-Pertua Agong pada 7 Jun1989 yang membawa gelaran Tun. Beliau dilantik menjadi Pro-Canselor Universiti UtaraMalaysia mulai tahun 1988 hingga kini.1 Sejak bilakah Abdul Hamid menyimpancita-cita untuk menjadi peguam?A Semasa bersekolah di kampungnyaB Semasa belajar di Maktab SultanAbdul HamidC Setelah lulus Senior CambridgeD Sekembalinya dari England2 Mengapakah ayah Abdul Hamidmenyerahkan beliau di bawah jagaan bapasaudaranya?A Demi mencapai cita-citanyaB Agar dapat belajar bahasa InggerisC Supaya Abdul Hamid dapatmenyambung pelajarannyaD Kerana berlakunya Perang DuniaKedua3 Bagaimanakah Abdul Hamid Omarmembiayai pengajian di luar negara?A Melalui biasiswaB Melalui pinjamanC Melalui perbelanjaan sendiriD Melalui bantuan Tan Sri Jamil Rais4 Apakah jawatan tertinggi dalam bidangundang-undang yang pernah dijawat olehTun Abdul Hamid Omar?A Hakim Besar MalayaB Ketua Hakim NegaraC Hakim Mahkamah Persekutuan
  3. 3. D Ketua Pendaftar MahkamahPersekutuan5 Pernyataan yang berikut BENAR tentangAbdul Hamid Omar, kecualiA dia anak seorang pendidik.B dia mendapat anugerah kebesaran.C dia seorang ahli sukan yang berjaya.D dia dapat menguasai lebih daripadasatu bahasa.Jawapan:1 A 2 A 3 A 4 B 5 CPEMAHAMAN 3Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.Pengerusi : Salam sejahtera rakan-rakan. Pagi ini kita akan membincangkan cara-cara memupuktabiat membaca di kalangan murid sekolah. Kita telah menjemput tiga orang rakankita yang sudah bersedia dengan hujah masing-masing. Mereka ialah Saudara Hasan,Saudara Ismail, dan Saudara Mahfuz. Tanpa membuang masa, saya menjemputSaudara Hasan untuk memulakan perbincangan.Hasan : Terima kasih, Saudara Pengerusi. Pada pendapat saya, cara yang baik untukmemupuk tabiat membaca di kalangan murid sekolah adalah dengan menggalakkanmereka menggunakan perpustakaan.Pengerusi : Terima kasih, Saudara Hasan. Apakah pula pada pandangan Saudara Ismail?Ismail : Tuan Pengerusi, saya rasa, cara yang berkesan untuk memupuk tabiat membacaadalah dengan mengkhususkan sedikit waktu dalam sehari untuk membaca. Setiaphari kita mesti membaca pada waktu yang ditetapkan itu. Lama-kelamaan tabiatmembaca akan berterusan.Pengerusi : Terima kasih, Saudara Ismail. Apa pula pandangan Saudara Mahfuz?Mahfuz : Saudara Pengerusi, satu cara lagi yang dapat memupuk tabiat membaca adalahdengan menubuhkan “Kelab Buku”. Melalui kelab ini, kita dapat bertukar-tukar bukudan berbincang tentang buku-buku yang telah kita baca. Tiap-tiap orang hendaklahmenderma sebuah buku kepunyaannya kepada kelab ini sebagai permulaan. Kelaskita ada 40 orang murid. Hal ini bermakna, kita sudah mempunyai 40 buah buku.Hasan : Saudara Pengerusi, cadangan Saudara Mahfuz ini amat baik. Saya menyokongnya.Pengerusi : Saya juga merasakan bahawa cadangan Mahfuz ini amat baik dan patut dibincangkandengan lebih mendalam. Apa pula pandangan Saudara Ismail?Ismail : Saya ingin melanjutkan cadangan Saudara Mahfuz itu supaya almari yang kosong disudut sana dijadikan tempat menyimpan buku-buku, Kelab Buku kita. Saya percayaCikgu Munirah akan bersetuju.Pengerusi : Baiklah, diskusi kita pada hari ini mengambil keputusan menubuhkan Kelab Buku.1 Apakah tujuan perbincangan ini diadakan?A Untuk menubuhkan Kelab Buku disekolahB Untuk mencari jalan menggalakkanmurid-murid membacaC Untuk menanam semangat membacadi kalangan murid-muridD Untuk menggalakkan murid-muridmenggunakan perpustakaan2 Kita mengetahui ahli panel telah membuatpersediaan terlebih dahulu melaluiA pembacaan buku.B cadangan Mahfuz.C hujah masing-masing.D penerangan Pengerusi.3 Apakah cadangan yang perlu mendaptkebenaran Cikgu Munirah?A Mengutip dermaB Mengumpulkan buku
  4. 4. C Menggunakan almariD Mengadakan perbincangan lanjut4 Penyataan yang berikut BENAR tentangcara memupuk minat membaca, kecualiA mengadakan sudut membaca.B menyediakan jadual khas membaca.C menggalakkan murid-murid membacadi perpustakaan.D bertukar-tukar bahan bacaan dikalangan murid.5 Frasa lebih mendalam dalam petikanmembawa maksudA tertib. C tersusun.B teratur. D terperinci.Jawapan:1 C 2 C 3 C 4 B 5 DPEMAHAMAN 4Baca puisi di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.Ingat pesanku wahai belia,Jangan berdusta jangan memperdaya,Jangan kikir kasihkan kaya,Jangan boros yang sia-sia.Jangan mengata jangan mengeji,Jangan aniaya, bengis, dan benci,Jangan takbur diri dipuji,Jangan sesekali mungkir janji.Judi dan arak jangan dirasa,Dengki khianat jangan selesa,Usah bermain ular yang bisa,Lambat bangat akan binasa.Jangan meminjam jangan berhutang,Jangan meminta bantuan si piutang,Tabiat meminjam hendaklah pantang,Bebas kehidupan sentiasa ditatang.Meminjam jangan meminjamkan jangan,Barang dipinjam kerap kehilangan,Sahabat peminjam, renggang di tangan,Hutang merosakkan maruah pandangan.Jangan biasakan meminta tolong,Ke sini tersembah ke sana terlolong,Ikhtiar sendiri bantut tergulung,Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.1 Apakah akibatnya orang yang sukaberhutang?A Akan dipandang rendahB Tidak suka hidup berdikariC Hidup sentiasa terkongkongD Persahabatan menjadi renggang2 Mengapakah keupayaan seseorangterencat?A Kerana selalu meminjamB Kerana selalu membesarkan diriC Kerana selalu mungkir janjiD Kerana selalu mengharapkan bantuan3 Bagaimanakah seharusnya seseorang itumengurus hartanya?A Jangan memberikan pinjamanB Selalu memberikan bantuanC Berbelanja secara berhermatD Berikhtiar sepenuh tenaga
  5. 5. 4 Belia dinasihatkan menghindari sifat-sifatyang berikut, kecualiA kedekut. C pembazir.B pemurah. D pembohong.5 Maksud usah bermain ular yang bisadalam petikan ialahA jangan boros dan fikir.B jangan suka berhutang.C jangan melakukan kekejian.D jangan bermain benda bahaya.Jawapan:1 A 2 D 3 A 4 A 5 DPEMAHAMAN 5Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.Belakangan ini, unsur-unsur seperti air, udara, bunyi, hutan, dan tempat tinggal manusiasemakin tercemar. Manusia yang rakus akan wang telah menyebabkan alam sekitar ternoda.Kalau kita perhatikan, setiap hari bukit-bukau digondolkan, pohon-pohon hijau ditebang,sungai-sungai dan lautan telah dicemari. Kesan pencemaran menyebabkan suhu muka bumimeningkat dan lapisan ozon semakin nipis.Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk menyedarkan masyarakat tentangpentingnya pemuliharaan alam sekitar. Di peringkat kanak-kanak, diadakan pertandingan melukisdan mengarang tentang alam sekitar. Manakala di peringkat sekolah pula digalakkan menubuhkanKelab Pencinta Alam Sekitar bagi menyedarkan para pelajar tentang kepentingan memuliharaalam sekitar.Bagi orang awam, Dana Hidupan Liar Malaysia telah menyarankan unsur-unsur yang perludilakukan untuk pemuliharaan alam sekitar. Unsur-unsur ini ialah rasa tanggungjawab danprihatin terhadap alam sekitar, kemahiran menggunakan sumber alam dengan berkesan, dansemangat bekerjasama untuk menjaga kebersihan.Selain memberikan kesedaran kepada masyarakat, undang-undang pengawalan juga telahdibuat. Hal ini disebabkan sesetengah masyarakat tidak bertanggungjawab dan mementingkandiri sendiri. Mereka masih tidak mempedulikan kebersihan alam sekitar. Oleh itu, negara kitatelah mengadakan pelbagai akta untuk mengawal alam sekitar. Tujuannya adalah untukmembolehkan pihak berkuasa mengenakan tindakan kepada individu dan kumpulan masyarakatyang melakukan kesalahan.Sebenarnya, pihak kerajaan bukanlah ingin menjadikan negara ini sebagai sebuah negaraperindustrian semata-mata, sebaliknya dalam masa yang sama ingin memiliki persekitaran yangselamat dan indah. Oleh itu, semua pihak seharusnya memikirkan peranan masing-masing demimewujudkan alam sekitar yang bersih agar kehidupan rakyat akan lebih harmoni.1 Apakah faktor utama yang menyebabkanberlakunya pencemaran alam?A Bencana alamB Ancaman haiwanC Perubahan masaD Perbuatan manusia2 Mengapakah undang-undang perlu dibuatbagi mengawal pencemaran alam sekitar?A Untuk memelihara alam sekitarB Untuk menanamkan sikapbertanggung jawabC Kerana ada golongan yang masihberdegilD Kerana kurangnya kesedaran dikalangan orang ramai3 Bagaimanakah kesedaran tentang perlunyamenjaga alam sekitar diwujudkan dikalangan pelajar-pelajar?A Dengan memberikan ceramahkesedaranB Dengan menubuhkan persatuan-persatuan dan kelab-kelabC Dengan mengadakan peraturan-peraturan
  6. 6. D Dengan mengadakan pertandingan-pertandingan4 Dana Hidupan Liar Malaysia telahmencadangkan agar orang ramaimengambil tindakan-tindakan yangberikut bagi memulihara alam sekitar,kecualiA mempelajari cara-cara menggunakansumber alam.B sentiasa bekerjasama membersihkanalam sekitar.C selalu mengambil berat tentangkebersihan alam sekitar.D mengawal kegiatan masyarakatberkaitan dengan alam sekitar.5 Kata perindustian bermaksudA perusahaan. C pertanian.B maju. D moden.Jawapan:1 D 2 B 3 B 4 D 5 APEMAHAMAN 6Baca syair di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.Terbongkok-bongkok di tepi jalan,Membawa tempurung di tapak tangan,Bertongkat buluh sebagai teman,Meminta sedekah menadah tangan.Pakaian buruk carik pula,Panasnya kaki alas tiada,Sesuap rezeki meminta-minta,Hilanglah lapar hilanglah dahaga.Wahai nasib bilakah gerangan,Nikmat Ilahi datang menjelang,Oh, Tuhan aku pohonkan,Anugerahilah aku dengan ketabahan.Waktu malam gelap gelita,Angin bertiup hujan pun tiba,Badan letih amat terasa,Penat berjalan tidak terhingga.Tidur si miskin di kaki lima,Kepada Tuhan dia berdoa,Derita ini janganlah lama,Cepatlah bahagia datang menjelma.1 Siapakah yang bertongkat?A Dia C Seorang miskinB Seorang tua D Peminta sedekah2 Mengapakah “dia” memohon kepada Ilahiagar dirinya cekal?A Supaya mampu berhujanB Supaya mampu menahan laparC Supaya hidup meminta-mintaD Supaya mampu menghadapi dugaan3 Maksud Cepatlah bahagia datangmenjelma dalam petikan tersebut ialahA mengharapkan rezeki.B mengharapkan nikmat.C mengharapkan kekayaan.D mengharapkan kesenangan.4 Mengapakah “dia” berasa sangat letih?A Kerana hari gelapB Kerana jauh berjalanC Kerana kakinya panasD Kerana tidur di kaki lima
  7. 7. 5 Nada syair ini berbentukA aduan. C keluhan.B rayuan. D pujukan.Jawapan:1 D 2 D 3 A 4 B 5 CPEMAHAMAN 7Baca dialog di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.Jonet : Bapak, ini sahabat saya, Rosli. Dia datang dari Semenanjung.Rosli : Apa khabar, pak cik? Saya gembira dapat bertemu dengan pak cik.Pak Atem: Khabar baik, nak!Jonet : Pak, Rosli ingin tahu tentang Pesta Menuai. Boleh bapak ceritakan kepadanya?Pak Atem: Boleh. Pesta Menuai ialah satu perayaan yang diraikan pada bulan Mei setiap tahunsebagai memuja semangat padi. Sejak tahun 1960, penduduk negeri Sabah diberi cutiumum pada hari perayaan tersebut.Rosli : Bagaimana perayaan ini dijalankan, pak cik?Pak Atem: Mula-mula diadakan upacara yang ada kaitannya dengan kepercayaan orang-orangKadazan atau Dusun. Kemudian, mereka dijamu minuman tapai dan diajak menaritarian Sumazau. Kedua-dua ini merupakan acara tradisi pesta ini.Rosli : Apakah acara kemuncak pesta ini, pak cik?Pak Atem: Acara kemuncaknya ialah pertandingan memalu gong dan minum tapai.Rosli : Wah, hebat juga pesta ini dirayakan! Orang Kadazan atau Dusun sajakah yangmerayakan pesta ini?Pak Atem: Tidak, Rosli. Sekarang Pesta Menuai ini dirayakan secara besar-besaran dikebanyakan daerah di Sabah. Pesta ini sebenarnya pesta kaum tani. Sabah memangbanyak golongan petani.Jonet : Acara-acara lain ada juga dijalankan, misalnya sukan darat dan sukan laut,pertandingan bayi sihat, pameran hasil-hasil pertanian, kraf tangan, dan pertunjukankebudayaan.Rosli : Oh, begitu!Pak Atem: Pesta Menuai ini bukan sahaja untuk bergembira, Rosli, tetapi untuk memupuk rasamuhibah dan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.Rosli : Betul kata pak cik tu. Saya pun tidak begitu tahu tentang pesta ini.1 Mengapakah pesta ini dirayakan padabulan Mei setiap tahun?A Kerana kaum tani berhimpun padabulan iniB Kerana telah diberi cuti umumC Kerana bulan Mei bulan yang muliaD Kerana padi mereka telah masak padabulan ini2 Apakah acara yang dijalankan turun-temurun dalam Pesta Menuai?A Upacara menuaiB Upacara penyembahanC Upacara minum tapai dan memalugongD Upacara minum tapai dan menaritarian Sumazau3 Tujuan utama Pesta Menuai diadakanadalah untukA bersuka ria.B memupuk rasa muhibah.C memuja semangat padi.D mengeratkan perpaduan kaum.
  8. 8. 4 Bagaimanakah Rosli mendapatkanmaklumat tentang Pesta Menuai?A Dengan berkunjung ke SabahB Dengan menyaksikan sendiri pesta ituC Dengan bertanya kepada Pak AtemD Dengan bertandang ke rumah panjang5 Perkataan diraikan boleh digantikandengan perkataanA dilaksanakan C dirayakanB dipujakan D dijalankanJawapan:1 D 2 D 3 C 4 C 5 CPEMAHAMAN 8Baca surat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.Sekolah Kebangsaan Kajang,Jalan Low Ti Kok,43000 Kajang,Selangor Darul Ehsan.27 September 2005.Menemui Saudara Loqman yang diingati, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.Saudara,Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk meminta maaf kerana tidak dapat menyertairombongan saudara melawat ke Langkawi tempoh hari.Sebenarnya pada hari tersebut, saya telah menghadiri “Hari Terbuka” di Sekolah TinggiKajang bersama abang saya. Biarlah saya mengambil kesempatan ini untuk menceritakan apayang telah berlaku pada hari itu.Pada sebelah paginya, murid-murid sibuk menyediakan bilik-bilik pameran. Murid-muridPersatuan Masakan sibuk menyediakan pelbagai jenis masakan untuk dipamerkan kepadapengunjung. Bilik-bilik makmal juga tidak kurang menariknya dengan berbagai-bagai percubaansains.Di kawasan lapang di hadapan sekolah pula, ahli-ahli Pandu Puteri mengadakanperkhemahan. Di dewan besar, kerusi-kerusi tersusun dengan kemasnya untuk pengunjungmenyaksikan pertunjukan kebudayaan. Dewan ini dihias dengan indah.Pada pukul 2.00 petang, orang ramai mula membanjiri pameran tersebut. Tuan Pengetua danguru-guru kemudian terus dibawa ke bilik pameran.Pada pukul 4.00 petang pula, semua pengunjung turun ke padang untuk menyaksikanpermainan pancaragam oleh para pelajar sekolah ini. Kemudian, mereka dijemput ke dewanuntuk menyaksikan pertunjukan kebudayaan. Abang saya turut mengambil bahagian. Sayatertarik dengan tarian zapin dan inang. Setelah selesai pertunjukan itu, para pengunjungdipersilakan menikmati jamuan ringan.Sekian sahaja yang dapat saya ceritakan. Sehingga kita berjumpa lagi dalam lembaran yanglain, sambutlah salam mesra daripada saya.Yang benar,Hanafi1 Apakah tujuan Hanafi menulis suratkepada Loqman?A Untuk meminta maafB Untuk mengajak melawat pameran
  9. 9. C Untuk menceritakan apa yang berlakuD Untuk membatalkan rancangannyapergi ke Langkawi2 Apakah acara yang paling diminati olehHanafi pada hari itu?A Hiasan dewanB Acara sambutanC Pameran masakanD Tarian tradisional3 Di manakah persembahan kebudayaandiadakan?A Di dewanB Di bilik makmalC Di bilik pameranD Di kawasan lapang4 Apakah atur cara pertama yang disusunoleh pihak sekolah untuk orang ramai?A Menikmati jamuanB Melihat hasil-hasil pelajarC Melawat ke kawasan perkhemahanD Menyaksikan pertunjukan kebudayaan5 Di bilik pameran, para pengunjung dapatmenyaksikan perkara-perkara berikut,kecualiA hasil-hasil seni.B permainan pancaragam.C kuih-muih dan lauk-pauk.D hasil-hasil percubaan sains.Jawapan:1 A 2 D 3 A 4 B 5 BPEMAHAMAN 9Baca berita di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.KUALA SELANGOR, Isnin – Usaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MKDS) memasukkanpesta sukan air dalam diari tahunan negeri itu sudah menampakkan kejayaan. Hal ini dapat dilihatmenerusi sambutan orang ramai, terutamanya penduduk tempatan. Jika pada tahun lalu, kegiatanyang mula diperkenalkan berjaya menarik minat kira-kira 3 000 pengunjung, tetapi jumlah itumeningkat kepada 4 500 pengunjung pada tahun ini.Pesta yang diadakan pada bulan September lalu bukan sekadar memenuhi diari tahunan,tetapi juga berjaya memperkenalkan pelbagai jenis sukan air yang belum pernah diadakansebelum ini. Tarik tali perahu ialah acara baru yang disenaraikan. Acara itu berjaya menarikbanyak peminat selain daripada acara merentas Sungai Selangor, menghambat itik, lumba perahuberdayung, meniti balak, dan perlumbaan jet ski.Walaupun semua acara bermula pada jam 2.45 petang, tetapi orang ramai sudah mulamembanjiri tebing Sungai Selangor sejak jam 11.00 pagi lagi. Kedatangan mereka bukan sahajauntuk melihat pesta air tersebut, tetapi juga untuk mengunjungi destinasi pelancongan yang tidakasing lagi daerah itu, iaitu Bukit Melawati.Orang ramai juga berpeluang menyaksikan demonstrasi menyelamat mangsa dalam sungaioleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Shah Alam. Demonstrasi danmencegah penyeludupan oleh anggota Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dengan menggunakandua bot laju turut diadakan. Dalam demonstrasi itu, orang ramai didedahkan kepada kecekapanpihak terbabit dalam bidang masing-masing.1 Berapakah pertambahan pengunjung PestaSukan Air pada tahun ini jikadibandingkan dengan tahun lepas?A 7 500 orang C 1 500 orangB 1 000 orang D 2 000 orang2 Apakah jenis sukan air yang barudiperkenalkan?A Menghambat itikB Lumba perahu berdayungC Tarik tali perahuD Meniti balak
  10. 10. 3 Di manakah Pesta Sukan Air itu diadakan?A Di pinggir sungai Kuala SelangorB Di Bukit MelawatiC Di Sungai SelangorD D Shah Alam4 Kata demonstrasi dalam petikan inibermaksudA pendedahan. C perlawanan.B pertunjukan. D peraduan.5 Antara pernyataan yang berikut, yangmanakah tidak benar tentang PestaSukan Air dalam petikan itu?A Beberapa jenis sukan baru telahdiperkenalkanB Mendapat sambutan yang menggalak-kan daripada orang ramaiC Demonstrasi menyelamat olehanggota polis telah diadakanD Bilangan pengunjung semakinbertambahJawapan:1 C 2 C 3 C 4 B 5 CSOALAN PEMAHAMAN 10Lihat jadual di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.Jumlah Pertambahan Murid di Sekolah Kebangsaan Semenyih bagi Tahun 2000-2004TahunBangsaMelayu Cina India Bangsa lain Jumlah2000 21 12 6 3 422001 24 13 8 4 492002 30 16 10 5 612003 31 21 11 11 732004 37 22 19 12 901 Jika pelajar keseluruhan pada tahun 2000ialah 400 orang, berapakah jumlah pelajarpada tahun 1999?A 442 orang C 422 orangB 358 orang D 458 orang2 Berapakah pertambahan murid berbangsaIndia antara tahun 2002 hingga 2004?A 40 orang C 19 orangB 9 orang D 11 orang3 Bangsa apakah yang memperlihatkanpeningkatan yang paling ketara?A Cina C IndiaB Melayu D Bangsa lain4 Berapakah pertambahan murid Cina padatahun 2001 berbanding tahun sebelumnya?A 1 orang C 22 orangB 13 orang D 2 orang5 Yang manakah BENAR tentang jadual diatas?A Murid Melayu lebih ramai daripadamurid lainB Murid Cina lebih ramai daripadamurid MelayuC Pertambahan pada tahun 2002 lebihtinggi berbanding tahun 2004D Berbanding tahun 2000, pertambahanmurid berbangsa lain pada tahun 2001hanya tujuh orangJawapan:1 B 2 A 3 B 4 A 5 A
  11. 11. SOALAN PEMAHAMAN 11Baca petikan dialog di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.Amir : Semalam saya dan Tapa pergi ke perpustakaan.Dani : Apa yang kalian buat di sana?Amir : Kami membuat kamus kecil.Dani : Bagaimanakah cara kalian membuatnya?Amir : Mula-mula kami mengumpulkan kata-kata yang sukar, kemudian kami menyusunnyamengikut abjad. Selepas itu, kami mencari makna-maknanya. Akhir sekali, kamimembina ayat-ayat yang sesuai dengan kata-kata tersebut.Dani : Siapakah yang menyuruh kalian membuat kamus kecil itu?Amir : Cikgu Sidik, sebagai aktiviti pengayaan.Dani : Apa gunanya kamus kecil itu?Amir : Kamus kecil itu dapat membantu kita meningkatkan perbendaharaan kata dan mengingatmakna kata-kata yang sukar. Jadi, apabila kita membaca buku atau petikan yangmengandungi kata-kata tersebut,kita telah sedia maklum akan maknanya dan kita akanmemahami bacaan kita itu dengan lebih mudah.Dani : Bolehkah cara yang sama digunakan untuk membuat kamus bagi mata pelajaran yanglain?Amir : Boleh! Caranya iaitu dengan mengumpulkan semua kata atau istilah mata pelajarantersebut dan cari makna atau ejaannya, susun mengikut abjad.Dani : Bagaimana pula dengan pelajaran bahasa Inggeris?Amir : Kamus bahasa Inggeris boleh juga dibina sama seperti kamus bahasa Melayu. Kalaukamu tidak percaya, cubalah.Dani : Boleh saya pinjam kamus awak yang sudah siap itu?Amir : Tidak boleh, kamus ini dibuat dengan berdasarkan kepada kemampuan masing-masing.Perbendaharaan kata kamu mungkin tidak sama dengan perbendaharaan kata saya. Sayamencadangkan kamu membuatnya sendiri.Dani : Baiklah, saya akan cuba membuatnya bersama rakan saya.1 Yang manakah antara langkah-langkahyang berikut merupakan langkah yangbetul untuk membuat kamus?A Menyenaraikan kata, mencari makna,dan menyusun kata-kata tersebutmengikut abjadB Menyenaraikan kata dan menyusun-nya mengikut abjadC Menyenaraikan kata, menyusunnyamengikut abjad, mencari maknanya,dan membina ayatD Menyenaraikan kata, membina ayat,dan mencari makna2 Pembinaan kamus seperti yang dibuat olehAmir dan Tapa dapatA Mempertingkat perbendaharaan kataB Mempertingkat pemahamanC Mempertingkat kemahiranD Mempertingkat bahasa3 Apakah mata pelajaran yang diajarkanoleh Cikgu Sidik?A Bahasa InggerisB Bahasa MelayuC SainsD Kajian Tempatan4 Mengapakah ayat-ayat dibina untuk setiapkata yang telah dipilih?A Untuk melengkapkan usahapembinaan kamusB Untuk menjelaskan lagi maksud kataituC Untuk memantapkan pemahamantentang penggunaan kata yang dipilihD Untuk memberikan maknanya yangkhusus
  12. 12. 5 Mengapakah Amir tidak mahu meminjam-kan kamusnya kepada Dani?A Kerana dia perlu mendapatpersetujuan daripada Tapa terlebihdahuluB Kerana kamus itu baru dibuatnyaC Kerana kamus itu kepunyaannyaD Kerana kamus itu dibina mengikuttahap perbendaharaan masing-masingJawapan:1 C 2 A 3 B 4 B 5 DSOALAN PEMAHAMAN 12Baca syair di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.Kisah nelayan di tengah lautan,Mencari rezeki menangkap ikan,Membawa umpan berserta joran,Hasil tangkapan diharap lumayan.Ketika itu cuaca cerah,Berada di tengah lautan nan indah,Tidak diduga bagai disergah,Awan hitam membawa gundah.Angin bertiup bukan kepalang,Sehingga nelayan berhati walang,Ketika itu berasa malang,Suratan takdir sukar dihalang.Anak-anak berasa cemas,Teringat ayah di lautan luas,Ombak pula bertindak ganas,Takut ayah mendapat nahas.Perahu kecil teroleng-oleng,Nelayan ngeri bercampur pening,Berkat doa anakanda mengiring,Suasana ribut bertukar hening.Berkayuh nelayan ke arah pantai,Anak isteri melambai-lambai,Tidak mengira hujan nan renyai,Perlu lagi kasih dan belai.1 Apakah tajuk yang sesuai untuk syair diatas?A Nelayan MalangB Nelayan Dihempas BadaiC Nasib NelayanD Nelayan Pinggir Pantai2 Apakah faedah yang digunakan olehnelayan itu untuk menangkap ikan?A Menggunakan jalaB Menggunakan pukatC Menggunakan bubuD Menggunakan pancing3 Mengapakah anak dan isteri nelayanberasa cemas?A Kerana nelayan itu berada di lautanketika hujan ributB Kerana nelayan tidak mendapattangkapanC Kerana mereka hidup miskinD Kerana mereka bergantung hidup padanelayan4 Kata walang dalam petikan membawamaksudA iri hari. C besar hati.B susah hati. D kecil hati.
  13. 13. 5 Pilih penyataan yang TIDAK BENAR.A Angin bertiup kencang di lautan.B Keluarga nelayan bimbang akankeselamatan nelayan.C Keluarga nelayan menunggukepulangannya di pantai.D Nelayan berjaya mendapat hasiltangkapan yang lumayan.Jawapan:1 C 2 D 3 A 4 B 5 DSOALAN PEMAHAMAN 13Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.La Nina berasal daripada bahasa Sepanyol yang bermaksud budak perempuan. Gelaran lainbagi La Nina ialah “El Viejo” yang bermaksud lelaki tua. La Nina merujuk kepada suhu yangketerlaluan di permukaan laut di Pasifik Tropika. Keadaan ini menyebabkan berlakunyaperubahan cuaca.Fenomena La Nina ini berlaku semasa tiupan Angin Timuran menjadi bertambah kuat disebelah timur Lautan Pasifik di sepanjang pesisir pantai Ecuador, Chile, dan Peru. Fenomena inihanya berlaku di Lautan Pasifik. Lautan Pasifik menyimpan 50 peratus daripada kandungan jisimair di dunia.Di Lautan Pasifik ini, terdapat dua perbezaan yang ketara, iaitu sejuk di bahagian timur danpanas di bahagian barat. Apabila La Nina berlaku, Suhu Permukaan Laut (SST) dan IndeksAyunan Selatan (SOI) berubah. Hal ini menjadikan tekanan di Tahiti, Hawaii (timur) lebih tinggidaripada di Darwin (barat). Lanjutan daripada itu, suhu sejuk di bahagian timur ditolak olehtekanan tinggi ke arah barat yang biasanya mengalami suhu panas. Keadaan ini menyebabkanangin bertiup dari timur ke barat Pasifik menjadi dominan. Dengan kata lain, suhu sejuk yangmembawa dan menerima menguasai kawasan barat.Tiupan Angin Timuran semakin meningkat menyebabkan suhu permukaan laut semakinrendah. Cuaca akan menjadi sejuk dan kering di bahagian barat laut dan menjadi lembap dibahagian barat Pasifik.Malaysia juga mengalami fenomena La Nina ini. Hujan turun pada kadar yang melebihikebiasaan. Kematangan cuaca seperti ini berlaku pada hujung tahun dan memberikan kesan yangbesar kepada Monsun Timur Laut. Negeri-negeri yang berhampiran dengan Indo-Australia akanmengalami kesan penuh La Nina ini.1 La Nina bermaksudA seorang budak perempuan.B seorang lelaki tua.C suhu yang melampau di permukaanlaut.D perubahan cuaca di Pasifik Tropika.2 Bilakah berlakunya fenomena ini?A Semasa tiupan Angin Timuranbertambah kencang di sebelah timurLautan PasifikB Semasa Angin Timuran bertiup disepanjang pantai Ecuador, Chile, danPeruC Ketika Lautan Pasifik mengalamisuhu yang berbezaD Ketika 50 peratus jisim air berada diLautan Pasifik3 Mengapakah tekanan di Tahiti lebih tinggidaripada tekanan di Darwin?A Kerana Suhu Permukaan Laut danIndeks Ayunan Selatan berubahB Kerana Indeks Ayunan Selatan tetapC Kerana Suhu Permukaan Laut danIndeks Ayunan Selatan tetapD Kerana Suhu Permukaan Lautberubah-ubah
  14. 14. 4 Pilih penyataan yang BENAR.A Dalam bahasa Melayu, La Ninabermaksud lelaki tua.B Di Lautan Pasifik, cuaca di bahagiantimurnya sejuk manakala di bahagianbaratnya panas.C Negara-negara di Indo-China akanmengalami kesan penuh La Nina.D Suhu Permukaan Laut akan meningkatapabila tiupan Angin Timuransemakin kuat.5 Kematangan cuaca Monsun Timur Lautberlaku pada bulanA Ogos. C Januari.B November. D Disember.Jawapan:1 A 2 A 3 D 4 B 5 DSOALAN PEMAHAMAN 14Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.KEKBahan-bahannya:200 g mentega1 cawan gula hangus2 cawan tepung naik sendiri8 biji pisang emas5 biji telur ayam1 sudu teh soda bikarbonatsedikit esen vanillaCara-cara membuatnya:1 Pukul gula dan mentega sehingga kembang di dalam bekas yang besar. Masukkan telur sebijidemi sebiji sambil dipukul dengan rata hingga habis.2 Pisang emas dilecek hingga lumat. Masukkan pisang sedikit demi sedikit, sambil kacau hinggarata. Kemudian, masukkan esen vanilla. Tepung dan soda bikarbonat diayak bersama-sama.Masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan kacau mengikut bentuk yangdigemari.3 Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disapu dengan mentega atau minyak. Bakarlahdengan kepanasan 190 ° C atau 375 ° F selama satu jam.1 Apakah nama yang sesuai diberikankepada kek tersebut?A Kek GulaB Kek PisangC Kek MentegaD Kek Gula Hangus2 Berapa banyak mentegakah yangdiperlukan untuk membuat dua adunankek tersebut?A 0.2 kg C 200 kgB 0.4 kg D 2 kg3 Cara yang betul memasukkan tepung kedalam adunan ialahA Mengikut sukatan yang ditetapkanB Memasukkannya sedikit demi sedikitC Memasukkannya sekali gusD Memasukkannya mengikut cita rasasendiri4 Mengapakah tepung dan soda bikarbonatperlu diayak?A Untuk memudahkan campuranB Untuk memesrakan kedua-dua bahan
  15. 15. C Untuk mendapatkan hasil yang halusD Untuk memanfaatkan ayak5 Mengapakah adunan itu perlu dibakarpada kepanasan hingga 190 ° C?A Untuk memanaskan ovenB Supaya adunan masak dengan betulC Kerana tahap kepanasan telahditetapkan mengikut tempoh tertentuD Agar adunan boleh dibakarJawapan:1 B 2 B 3 B 4 A 5 BPEMAHAMAN 15Baca biografi di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.Kamaluddin bin Muhammad lebih dikenali dengan nama penanya Keris Mas. Beliaudianggap sebagai pelopor cerpen Melayu moden. Beliau dapat disifatkan sebagai cerpenis yangterkemuka dan paling mengagumkan selepas Perang Dunia Kedua.Keris Mas anak watan negeri Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal dalam aliran Melayuhingga darjah lima. Keputusan peperiksaan beliau yang baik melayakkan beliau melanjutkanpelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar. Akan tetapi, beliau tidak mendapat peluang itukerana maktab tersebut dikhaskan kepada golongan bangsawan sahaja. Keris Mas tidak berputusasa. Beliau melanjutkan pelajarannya ke Kolej Islam, Padang Panjang, Sumatera.Keris Mas menceburkan diri dalam bidang kewartawanan di Singapura pada tahun 1947dengan bertugas sebagai pengarang di syarikat percetakan Utusan Melayu. Salah satu sumbanganbesar yang diusahakannya ialah memesatkan lagi pengeluaran majalah Mastika yang pada ketikaitu hampir tidak mendapat sambutan. Setelah Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan di JohorBahru pada tahun 1956, Keris Mas diterima sebagai pengarang umum. Beliau kemudiannyadinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarang. Sejak tahun 1971, beliau menjadi Ketua BahagianPembinaan dan Pengembangan Sastera, dan bertanggung jawab sebagai Ketua Pengarang majalahDewan Bahasa dan Dewan Sastera. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga bersara padatahun 1977.Keris Mas telah menghasilkan kira-kira 69 buah cerpen. Beliau telah mengemukakanpelbagai persoalan seperti peristiwa cinta, kepincangan masyarakat, dan perjuangan kebangsaan.Dua buah antologi cerpennya yang terkenal ialah Mekar dan Segar dan PatahTumbuh.Keseluruhan hidup Keris Mas ditumpukan kepada bidang kesusasteraan. Oleh sebabjasa-jasa beliau itu, beliau telah menerima anugerah Pejuang Sastera pada tahun 1976 danAnugerah Sastera Negara yang pertama pada tahun 1981.1 Mengapakah Kamaluddin bin Muhammadtidak belajar di Maktab Melayu KualaKangsar?A Kerana dia anak rakyat biasaB Kerana dia ingin ke Kolej IslamC Kerana dia hanya tamat darjah limaD Kerana dia anak watan negeri Pahang2 Apakah jawatan terakhir yang disandangoleh Kamaluddin bin Muhammad?A Pengarang UmumB Ketua PengarangC Ketua Bahagian Pembinaan danPengembangan SasteraD Ketua Pengarang majalah DewanBahasa dan Dewan Sastera3 Pilih pernyataan yang BENAR tentangKeris Mas.A Beliau merupakan pengasas majalahMastika.B Beliau seorang Sasterawan Negara.C Beliau ialah penerbit majalah DewanBahasa.D Beliau mula menulis semasa di JohorBahru.
  16. 16. 4 Berapa lamakah Kamaluddin binMuhammad berkhidmat di Dewan Bahasadan Pustaka?A Enam tahun C 24 tahunB 21 tahun D 30 tahun5 Kata pelopor juga sinonim denganperkataanA pejuang. C perintis.B peneroka. D peninjau.Jawapan:1 A 2 D 3 B 4 B 5 CPEMAHAMAN 16Baca catatan di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.AHAD, 26 JUN 2005Bertolak dari KLIA ke Kuching dengan menaiki pesawat MAS MH 1043. Hari ini merupakanhari yang bersejarah dalam hidupku kerana pertama kali menaiki kapal terbang. Pukul 11.30 pagi,kira-kira dua jam kemudian, aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuching. Oh, alangkahindahnya Bumi Kenyalang!ISNIN, 27 JUN 2005Malam tadi menginap di rumah Saniah, sahabat penaku di Petra Jaya. Pagi, Saniah menemanikuberjalan-jalan di Bandar Kuching. Kami menaiki bas melalui Jambatan Datuk Patinggi HajiAbdul Rahman Yaakub. Kemudian, kami menaiki perahu penambang menyeberangi SungaiSarawak. Naik gentar aku kerana pelbagai gambaran tentang Bujang Senang bermain dibenakku. Kami melawat Fort Margherita.SELASA, 28 JUN 2005Baru kuketahui Saniah mempunyai saudara kembar, Sani namanya. Dia malu-malu denganku.Sani ada hati untuk belajar di Semenanjung.RABU, 29 JUN 2005Bersama-sama Saniah dan Sani, kami melawat Muzium Sarawak. Amboi, banyaknya barangpurba yang dipamerkan!KHAMIS, 30 JUN 2005Melawat pameran buku di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, di Jalan Tun AbangHaji Openg. Banyak buku dan majalah yang dipamerkan. Malam, bersama dengan keluargaSaniah, aku makan ikan terubuk bakar di Batu Lintang. Alangkah enaknya!JUMAAT, 1 JULAI 2005Hari ini tidak ke mana-mana. Bapa Saniah membeli dua kilogram telur ikan terubuk.SABTU, 2 JULAI 2005Petang, bapa Saniah membawa aku, Saniah, dan Sani ke Tasik Biru di Bau. Pada masa dahulu,tasik ini merupakan kawasan perlombongan emas.Waktu balik, kami singgah sebentar diKilometer 8 untuk membeli pasu Sarawak.AHAD, 3 JULAI 2005Pukul 5.00 petang, aku berada di Lapangan Terbang Kuching. Aku berangkat pulang ke KualaLumpur dengan pesawat MAS MH 1021. Selamat tinggal Bumi Kenyalang.
  17. 17. 1 Penulis berlepas ke Kuching pada pukulA 9.30 pagi.B 10.30 pagi.C 11.30 pagi.D 12.30 tengah hari.2 Apakah ole-ole yang dibawa oleh penulisdari Sarawak?A Barang purbaB Pasu SarawakC Buku dan majalahD Telur ikan terubuk3 Di manakah tempat yang dilawati olehpenulis tanpa Sani?A Tasik BiruB Batu LintangC Muzium SarawakD Bandar Kuching4 Penyataan yang berikut BENAR tentanglawatan penulis, kecualiA Dia menginap di rumah Sani.B Dia melihat bekas lombong emas.C Dia meninggalkan Sarawak padapukul 5.00 petang.D Dia menyeberangi Sungai Sarawakpada hari kedua.5 Maksud gentar dalam petikan ialahA sedih. C murung.B takut. D terharu.Jawapan:1 A 2 B 3 D 4 C 5 BPEMAHAMAN 17Baca petikan laporan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yangberikutnya.Laporan Lawatan Rombongan Sekolah Kebangsaan Seri Andika, Grik, Perakke Sekolah Kebangsaan Sinar HarapanPada 3 Mac 2005, satu rombongan dari Sekolah Kebangsaan Seri Andika, Grik, Perak telahmengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan. Seramai 55 orang ahli rombonganyang menyertai rombongan ini. Mereka terdiri daripada tujuh orang guru lelaki, enam orang guruwanita, 15 orang murid murid perempuan, 22 orang murid lelaki, dan lima orang pekerja. Merekatiba di perkarangan sekolah dengan sebuah bas sejam lewat dari masa yang dijadualkan mengikutsurat yang dikirimkan seminggu sebelum tarikh lawatan.Kunjungan mereka disambut oleh Guru Besar, penolong-penolong kanan, dan guru-guruSekolah Kebangsaan Sinar Harapan. Selepas bersalaman, ahli rombongan dipersilakan ke BilikGerakan untuk mendengar taklimat khas daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan SinarHarapan berhubung pengurusan dan pentadbiran sekolah. Guru Besar juga menyentuh tentangdisiplin murid, hubungan ibu bapa serta kerjasama guru-guru yang telah menghasilkan kejayaansekolah dalam peperiksaan UPSR selama tiga tahun berturut-turut.Selepas taklimat Guru Besar, mereka berpeluang mendengar ceramah strategi pengajaran danpembelajaran Bahasa Melayu, Matematik,dan Bahasa Inggeris oleh guru-guru berkenaan. Ahlirombongan berkesempatan berbincang dan mengetahui rahsia kejayaan Sekolah KebangsaanSinar Harapan. Mereka berada di Bilik Gerakan selama kira-kira dua jam. Selepas berbincang,mereka menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh tuan rumah.Sebaik sahaja selesai perbincangan, rombongan ini dibawa melawat pusat sumber, tamanbacaan, laluan ilmu, dan melihat proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Merekatelah diberi penerangan oleh guru pengiring.
  18. 18. Selain itu, mereka mengambil kesempatan beramah mesra dengan guru-guru dan murid-murid sekolah ini. Kehadiran mereka di sekolah ini membanggakan pihak sekolah.Jam 1.30 petang, rombongan mereka pun berlepas pulang, iaitu setelah berada di sekolah inikira-kira empat jam. Sebelum berpisah, wakil kedua-dua buah sekolah bertukar-tukar cenderahatisebagai tanda kenangan.Yang menjalankan tugas, 17 MAC 2005.Ismail(ISMAIL BIN ABDULLAH)Setiausaha Guru,Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan,Johor Bahru, Johor.1 Bilakah Sekolah Kebangsaan SinarHarapan dimaklumkan tentang lawatanitu?A 24 Februari 2004B 25 Februari 2004C 26 Februari 2004D 27 Februari 20042 Mengapakah ahli rombongan itu dibawake Bilik Gerakan?A Untuk menikmati jamuan ringanB Untuk berkenal mesraC Untuk mendengar takllimatD Untuk bertukar-tukar hadiah3 Apakah yang mendorong SekolahKebangsaan Seri Andika mengadakanlawatan ke Sekolah Kebangsaan Sinarharapan?A Kerjasama ibu bapaB Kecemerlangan sekolahC Kesungguhan murid-muridD Melihat kawasan sekitar sekolah4 Tempat yang tidak dilawati oleh rombong-an Sekolah Seri Andika semasa lawatanitu ialahA bilik guru. C taman bacaan.B perpustakaan. D bilik darjah.5 Apakah yang membanggakan pihakSekolah Kebangsaan Sinar Harapandaripada lawatan itu?A Mendapat penghormatanB Dapat menyambut tetamuC Dapat menyambung silaturrahimD Mengetahui rahsia kejayaan sekolahJawapan:1 A 2 C 3 B 4 A 5 CPEMAHAMAN 18Baca puisi di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.Burung jelatik burung jaladan,Hinggap terkukur di pohon ceri;Ilmu dituntut tiada sempadan,Nilainya mahal tidak terperi.Burung merpati terbang ke hulu,Terbangnya tinggi melewa-lewa;Semasa belajar janganlah jemu,Pabila tua tidak kecewa.Burung nuri hinggap di dahan,Burung merbuk bersarang rendah;
  19. 19. Orang berilmu dikasihi Tuhan,Ke mana pergi tidak menadah.Terbang helang menjangkau angkasa,Kembali ke bumi hilangkan dahaga;Ilmu dunia bagaikan perkasa,Ilmu akhirat bawa ke syurga.Burung kedidi burung ketitir,Kenari terbang bersama pipit;Andai berilmu janganlah kikir,Hidup di dunia tidaklah sempit.Burung punai memakan padi,Mengigal merak di hari senja;Jika berilmu taburlah budi,Dipandang mulia di mana saja.1 Mengapakah kita mesti rajin dan tekunmenuntut ilmu?A Agar kita dihormati masyarakatB Kerana nilainya amat tinggiC Kerana ilmu tiada batasannyaD Agar berbahagia pada masa depan2 Apakah yang diharapkan kepada orangyang berilmu?A Membawa ke syurgaB Sanggup berkorbanC Hidup senang di duniaD Bersedia menyebarkannya3 Pembayang maksud dalam rangkapkeempat menceritakan tentangA sifat burung. C habitat burung.B fizikal burung. D lumrah burung.4 Perkara yang berikut BENAR tentangmaksud pantun di atas, kecualiA Orang yang berilmu hidup mewahB Orang yang berilmu tidak memintaC Orang yang berilmu dirahmati TuhanD Orang yang berilmu dipandang mulia5 Frasa tidak terperi juga membawamaksudA tidak tersirat. C tidak ternilai.B tidak terakam. D tidak terungkai.Jawapan:1 B 2 C 3 A 4 A 5 CPEMAHAMAN 19Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.KUALA LUMPUR, Selasa – Kejadian banjir di kawasan hutan kekal di negara ini berpuncadaripada masalah ekologi semula jadi yang tidak dijangka dan bukan kerana aktiviti manusia.Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan, Saiful Ariffin berkata, dalam tempoh tertentu, hutanmengalami perubahan semula jadi seperti pokok tua tumbang. Beliau menambah, pokok itumewujudkan takungan air yang menyekat air hujan daripada mengalir ke sungai yangberhampiran. Katanya, pertambahan hujan juga menjadikan tanah lembap sehinggamelonggarkan struktur akar pokok dan memudahkan pokok tumbang.Pertambahan hujan juga menyebabkan lantai hutan ditakungi air. Apabila takungan terlalubesar, banjir lumpur akan berlaku. “Mengikut pengalaman lalu, kejadian banjir lumpur di
  20. 20. kawasan hutan berpunca daripada ekologi hutan dan bukan disebabkan aktiviti manusia,” katanyaketika dihubungi di sini, hari ini.Beliau diminta mengulas kejadian banjir lumpur di kawasan hutan simpan di negara ini padasetiap musim tengkujuh. Minggu lalu, 14 buah rumah dihanyutkan air akibat banjir lumpur dankejadian tanah runtuh di Kampung Sri Gunung Pulai di Kaki Gunung Pulai, kira-kira lapankilometer dari Pekan Nanas, Pontian.Dalam kejadian jam 11.00 malam tadi, timbunan balak, tunggul kayu, dan sampahdihanyutkan air deras ke kaki Gunung Pulai. Lima sekeluarga maut dalam kejadian itu.Bagaimanapun, setakat ini, hanya empat mayat ditemui.1 Apakah tajuk berita yang paling tepatdigunakan bagi berita di atas?A Kejadian BanjirB Masalah ekologi punca banjir di hutansimpanC Hutan mengalami perubahan semulajadiD Lima sekeluarga maut dalam kejadianbanjir Lumpur2 Kejadian banjir di hutan simpandisebabkan olehA masalah ekologi semula jadi yangsudah dijangka.B masalah ekologi semula jadi luarjangka.C pertambahan hujan yang banyak.D banjir lumpur dan tanah runtuh.3 Pokok-pokok tua yang tumbang di hutansimpan itu telah menyebabkanA banyak rumah yang hanyut.B pengaliran air hujan ke sungaitersekat.C struktur tanah menjadi longgar.D berlakunya musim tengkujuh.4 Di manakah kejadian banjir lumpur dantanah runtuh berlaku?A Kuala LumpurB Kampung Sri Gunung PulaiC Pekan Nanas, PontianD Kaki Gunung Pulai5 Berapakah anggota mangsa banjir dantanah runtuh itu yang belum ditemui?A Seorang C Dua orangD Empat orang D Lima orangJawapan:1 B 2 B 3 B 4 B 5 APEMAHAMAN 20Baca petikan syarahan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yangberikutnya.Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru besar, guru-guru,dan rakan seperjuangan sekalian.“Pentingnya Persatuan Pengguna Ditubuhkan di Sekolah” begitulah tajuk syarahan saya padapagi ini.Pengguna ialah golongan masyarakat yang sering tertindas oleh pengusaha dan para peniaga.Pengguna dijadikan alat oleh golongan tertentu untuk meraih kekayaan. Kenaikan harga barangansering dibebankan ke atas bahu pengguna. Pengguna dan pembangunan ekonomi bagai tautdengan umpan. Tiada umpan, taut tidak mengena. Begitulah sebaliknya.Oleh yang demikian, pengguna perlu mempunyai pengetahuan tentang hak-hak merekasebagai pengguna.Di sinilah pentingnya satu persatuan yang dapat membimbing dan memberipendidikan kepada para pelajar tentang hal ehwal pengguna.Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
  21. 21. Persatuan pengguna di sekolah dapat melahirkan masyarakat pengguna yang bijaksana.Caranya ialah melatih mereka membuat keputusan dengan bijak, iaitu memilih sesuatu baranganyang mempunyai nilai yang sepadan dengan harganya. Oleh yang demikian, mereka tidak mudahterpedaya.Selain itu, pelajar yang menjadi ahli Persatuan Pengguna akan dapat dilatih menjadipengguna yang berdisiplin, iaitu mereka berbelanja mengikut kemampuan mereka. Sikap yangdemikian akan membantu pihak kerajaan membendung inflasi.Seperti yang kita maklum, negara kita pernah melaksanakan kempen Inflasi Sifar. Kempenini bertujuan menyedarkan masyarakat akan kesan inflasi terhadap negara. Langkah sebeginiamat perlu untuk mengawal kenaikan harga barangan. Dalam hal ini, Persatuan Pengguna dapatmemainkan peranan yang penting dalam memupuk kesedaran pada peringkat akar umbi, iaitu disekolah. Saya akhiri syarahan ini dengan slogan “Pengguna Berpendidikan Teras Kemajuan”.Sekian, terima kasih.1 Mengapakah Persatuan Pengguna perluditubuhkan di sekolah?A Untuk melatih pelajar berjimat cermatB Untuk mengasuh pelajar membendunginflasiC Untuk memberi pendidikankepenggunaan kepada pelajarD Untuk melatih pelajar membuatpenilaian harga barang2 Mengapakah pemidato mengatakanbahawa pengguna sering tertindas?A Kerana pengguna sering terpedayaoleh jualan murahB Kerana pengguna ialah tempatpengusaha mengaut untungC Kerana pengguna tidak dapatdipisahkan daripada pengusahaD Kerana pengguna sering menjadimangsa kenaikan harga barang3 Pilihan yang bijak menurut pemidato ialahA pengguna yang pandai memilihbarangan yang baik.B pengguna yang bijak menawar hargabarangan yang dibelinya.C pengguna yang dapat menilai buatanbarangan yang dbelinya.D pengguna yang pandai menilai mutudengan harga barangan.4 Maksud bagai taut dengan umpan dalampetikan di atas ialahA saling memerlukan.B saling berkaitan.C saling bermusuhan.D saling membantu.5 Kenaikan harga hanya dapat dikawal jikaA pengguna tidak berbelanja.B pengguna bijak berbelanja.C pengguna berbelanja pada hari sabtusahaja.D pengguna membeli barangan yangmurah sahaja.Jawapan:1 C 2 B 3 D 4 A 5 B

×