Dokumen ini menjelaskan peraturan pertandingan asas pertolongan cemas tahun 2021. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar badan beruniform dan peserta perlu mengikuti kursus asas pertolongan cemas secara online. Peserta perlu menjawab kuiz dan menghantar video balutan anduh selama 2-3 minit untuk dinilai. Hadiah akan diberikan kepada 10 tempat teratas.
1. PERATURAN PENYERTAAN
B. PERTANDINGAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS TAHUN 2021
1.Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pasukan Badan Beruniform SMKDARY
Semua pelajar yang menyertai mestilah bersedia daripada segi pengetahuan dan kemahiran
2.Penglibatan.
Semua peserta hendaklah mengikut Kursus Asas Pertolongan Cemas yang diadakan secara
online. Markah penglibatan akan diambil daripada kehadiran pelajar dalam kursus tersebut
3.Pertandingan
Semua peserta hendaklah menyertai cara penyertaan secara online:
a. Menjawab kuiz yang disediakan oleh pihak penganjur secara Google Form
b. Menghantar video pendek pertolongan cemas, cara membuat balutan anduh
berdurasi 2-3 minit yang dihasilkan oleh pelajar secara individu. Model untuk
balutan anduh hanya dibenarkan seorang sahaja manakala rakaman video boleh
dibantu dalam kalangan ahli keluarga serumah sahaja. Video tersebut hendaklah
mengandungi rakaman yang jelas langkah-langkah balutan anduh yang dihasilkan
oleh Peserta keatas model. Peserta boleh memilih dua jenis balutan anduh
dibawah :
Anduh besar
Anduh tiga segi
Anduh kecil
Anduh leher dan lengan
c. Peserta bebas untuk menggunakan apps video smarphone atau komputer yang
bersesuaian bagi tujuan edit video yang diambil supaya durasi masa video tidak
lebih dari 3 minit. .
d. Video yang telah siap hendaklah dimuat naik pada pelantar PADLET yang
disediakan. Link Padlet adalah seperti berikut
:https://padlet.com/fathir8220/ylztx3v05mi61ix4
4. Markah
Markah akan dikira berdasarkan:-
a. Penglibatan dalam Kursus Asas Pertolongan Cemas.
b. Kuiz Pertandingan Asas Pertolongan Cemas.
c. Video balutan anduh yang berjaya dibuat dan dimuat naik pada pelantar PADLET yang
disediakan
d. Video yang di edit atau yang diambil dari sumber internet adalah DILARANG dan
TERBATAL
e. Keputusan adalah MUKTAMAD.
2. 5. Hadiah
Tempat – 1 Piala + Boucer Makanan + Sijil Penyertaan
Tempat – 2 Piala + Boucer Makanan + Sijil Penyertaan
Tempat – 3 Piala + Boucer Makanan + Sijil Penyertaan
Tempat 4 – 10 Boucer Makanan + Sijil Penyertaan
Tempat 11 – 20 Boucer Makanan + Sijil Penyertaan
6. Pertanyaan
Pelajar digalakkan untuk menyertai group telegram yang disediakan khusus untuk KARNIVAL
UNIT BADAN BERUNIFORM TAHUN 2021.
Link telegram https://t.me/joinchat/5IphurjwGKg2YjQ9