High Risk Infant modul perkembangan bayi risiko tinggi
3 syarat pertandingan
1. PESU TAMIZHA PESU 2019 SYARAT PERTANDINGAN
“PESU TAMIZHA PESU”
PERTANDINGAN PIDATO TAMIL BAGI INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI 2019
SYARAT PERTANDINGAN
1. Semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
2. Tarikh akhir untuk PENDAFTARAN NAMA PERTANDINGAN SERTA
PENGHANTARAN VIDEO adalah pada 5 April 2019
3. Proses pendaftaran bagi pertandingan tahun ini merupakan melalui penghantaran
video bagi pusingan saringan pertama (bermaksud, peserta yang telah menghantar
video, secara automatic telah berdaftar dalam pertandingan ini)
4. Peserta yang akan bertanding dalam pertandingan tersebut hendaklah mewakili institut
masing-masing.
5. Peserta yang ingin mengambil bahagian dalam pertandingan ini hendaklah berumur dari 18
hingga 35.
6. Pertandingan tahun ini telah dibahagikan kepada 4 bahagian :
Bahagian Pertama : Saringan Pertama
Bahagian Kedua : Saringan Kedua
Bahagian Ketiga : Bengkel bagi Peserta Pertandingan Akhir
Bahagian Keempat : Pusingan Akhir
7. Saringan Kedua dan Pusingan Akhir akan berlangsung pada tarikh yang berlainan.
8. Bahagian Pertama : SARINGAN PERTAMA
- Saringan Pertama merupakan satu pusingan yang paling mudah.
- Peserta hanya dikehendaki membuat satu rakaman video persembahan pidato masing-
masing dan hantarkan kepada kami melalui aplikasi WhatsApp sahaja.
- Tajuk :
Peserta diberi kebebasan untuk memilih tajuk sendiri yang merangkumi aspek
Seni, Bahasa, Etnik dan Budaya kita.
- Video persembahan pidato peserta haruslah tidak melebihi dari 2 minit.
- Video persembahan pidato harus bermula dengan pengenalan diri .(Nama, Institut &
Tajuk) (Durasi 2 minit bagi video persembahan hanya akan dikira selepas segmen
pengenalan diri)
- Video harus dirakam dalam suasana yang senyap.
2. PESU TAMIZHA PESU 2019 SYARAT PERTANDINGAN
- Video harus dirakam dalam “middle shot”
Contoh Video (“middle shot”& Landscape Mode)
- Video yang telah dirakam harus dihantarkan kepada pihak penganjur melalui aplikasi
WhatsApp dan nombor WhatsApp-nya adalah 016-6184585
- Video akan disingkirkan daripada penilaian jika terdapat perkara seperti berikut :
Video yang disunting (edit) dengan menggunakan mana-mana/ sebarang perisian
penyunting video.
Video dengan muzik latar belakang.
Video yang dirakam dari pelbagai sudut.
- Peserta boleh mengkunjungi laman facebook “Pesu Tamizha Pesu” untuk menonton
contoh video persembahan pidato.
www.facebook.com/Pesu-Tamizha-Pesu
- Berikut adalah aspek yang akan dinilai dalam persembahan pidato peserta :
Isi
Skrip
Sebutan (Pronunciation)
Intonasi
- Tarikh akhir bagi penghantaran video persembahan pidato peserta adalah pada
5 April 2019
- Peserta hendaklah menghubungi pihak penganjur selepas hantar video bagi memastikan
video yang telah dihantar sudah diterima.
- Seramai 30 peserta dari kesuluruhan penyertaan akan dipilih ke Saringan Kedua.
- Keputusan JURI adalah maktamad.
CARA YANG BETUL CARA YANG SALAH
3. PESU TAMIZHA PESU 2019 SYARAT PERTANDINGAN
9. Bahagian Kedua : SARINGAN KEDUA
- Seramai 30 peserta dari kesuluruhan penyertaan akan dipilih ke Saringan Kedua.
- Maklumat (Syarat & Tajuk) Saringan Kedua akan dimaklumkan melalui halaman
facebook pertandingan dan juga melalui panggilan telefon.
- Tarikh, Tempat dan Masa pertandingan akan dimaklumkan kemudian.
- Seramai 12 peserta dari tahap ini akan melayakkan diri mereka ke Pusingan Akhir.
- Keputusan JURI adalah maktamad
10. Bahagian Ketiga : BENGKEL BAGI PESERTA PERTANDINGAN AKHIR
- Seramai 12 peserta dari Saringan Kedua akan melayakkan diri mereka ke Pusingan
Akhir.
- Kesemua 12 peserta yang dipilih ke Pusingan Akhir hendaklah menghadiri satu sesi
bengkel yang akan memberi penjelasan tentang teknik-teknik “public speaking’, skema
pemarkahan dan bagaimana para peserta harus bersedia untuk menghadapi pusingan
akhir.
- Kehadiran ke bengkel ini adalah WAJIB.
- Tarikh, Tempat dan Masa bengkel akan dimaklumkan kemudian.
11. Bahagian Keempat : PUSINGAN AKHIR
- Seramai 12 peserta dari Pusingan Akhir akan melayakkan diri mereka ke Pusingan
Akhir.
- Maklumat (Syarat & Tajuk) Pusingan Akhir akan dimaklumkan melalui halaman
facebook pertandingan dan juga melalui panggilan telefon.
- Tarikh, Tempat dan Masa pertandingan akan dimaklumkan kemudian.
12. Pihak penganjur berhak untuk mengubah terma dan syarat pertandingan pada bila-bila masa.
Para peserta hendaklah mematuhi segala terma-terma yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
13. Para peserta hendaklah mematuhi segala peraturan dan pengumuman yang akan diberikan
oleh pihak penganjur pada hari pertandingan bagi memastikan pertandingan berjalan dengan
lancar dan aman.
14. Bagi sebarang pertanyaan sila hubungi pihak penganjur di talian 03-2284 3000 / 03-2201
5185 / 016-9760 501 (Cik.Vetha).