SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
FALSAFAH DAN
KEHIDUPAN
TAKRIF PERTAMA
Falsafah ataupun philosophy berasal dari perkataan
Greek iaitu philosophia. Philo bermaksud cinta dan
Sophia bermaksud kearifan iaitu cinta kepada
kearifan/hikmah (love of wisdom).
Penekanannya adalah terhadap kehidupan iaitu
falsafah bertujuan untuk memberikan kita satu
panduan tentang bagaimana untuk melahirkan
suatu kehidupan yang baik yang membawa
kepada kebahagiaan.
Satu pendekatan yang terdapat pada masa dahulu
dan juga Tamadun Greek, Tamadun Asia seperti
Tamadun Cina dan India.
Mempunyai kaitan rapat dengan fahaman
keagamaan yang juga mempunyai tujuan untuk
melahirkan satu kehidupan yang baik, satu
kehidupan insan yang mulia dan
bagaimana mencari kebahagiaan.
Fokusnya adalah insan dan kemanusiaan itu sendiri.
TAKRIF KEDUA
 Memberi penekanan kepada alam tabi’i iaitu (natural
philospophy).
 Wujud teori-teori falsafah yang mengisahkan tentang
.
 Ia termasuk dalam dalam kajian falsafah
iaitu cuba mengkaji persoalan:
1. Apakah bentuk realiti sebenar?
2. Apakah alam ini cuma bersifat material ataupun
mengandungi unsur-unsur lain yang real yang bukan bersifat
material?
 Persoalannya sudah beralih bukan kepada manusia tetapi
kepada alam tabi’i.
TAKRIF KETIGA
 Falsafah dilihat sebagai suatu aktiviti intelektual yang
cuba menyelesaikan masalah-masalah falsafah.
 Penekanan diberikan kepada:
1. Apakah masalah falsafah tersebut?
2. Apakah penyelesaian dan bentuk-bentuk penyelesaiannya?
 Falsafah telah beralih arah kepada suatu
yang cuma menghuraikan persoalan-
persoalan intelektual dengan penyelesaian-penyelesaian yang
tertentu tanpa mengaitkannya dengan kearifan dan kehidupan
manusia.
 Kesimpulannya, falsafah itu sendiri mempunyai orientasi yang
berbeza dan dengan itu kita boleh memberikan takrifan-takrifan
berbeza menurut fahaman orientasi yang berbeza.
 Namun begitu, satu perkara yang dikongsi bersama oleh ilmu falsafah
yang terdapat di Barat adalah penekanan mereka terhadap
(problem solving) dan falsafah itu
sebagai sesuatu yang cuba menyelesaikan masalah.
 Penyelesaian masalah dilakukan dengan menggunakan hujah-
hujah yang rasional dan juga di abad ke-19 dan ke-20 dengan
secara logikal ataupun penggunaan kaedah logik yang melibatkan logik
simbolik yang bersifat matematikal.
 Ia merupakan satu bentuk falsafah yang agak berlainan dan baru yang
selaras dengan ilmu itu sebagai sesuatu yang mempunyai justifikasi
tersendiri.
 Dalam kes falsafah, ianya bersifat justifikasi rasional dan konseptual.
 Ia berbeza dengan falsafah yang terdapat dalam zaman
Greek yang berteraskan kepada persoalan kehidupan dan
kebahagiaan.
 Ia juga berbeza dengan falsafah-falsafah yang terdapat
dalam falsafah Timur yang tidak bersifat
konseptual tetapi lebih kepada kata-kata
hikmah yang apa yang kita harapkan
sebagai wisdom.
 Falsafah Timur tidak berhujah secara mendalam
menggunakan logik dan rasionaliti, tetapi lebih kepada
kaedah induktif dan metafizikal keinginan untuk
menghuraikan realiti mengikut pandangan ataupun vision
masing-masing yang tidak semestinya berdasarkan hujah
rasional semata-mata.
FALSAFAH TEORITIKAL
Falsafah yang merujuk kepada persoalan-persoalan
dasar yang memerlukan satu usaha intelektual yang
mendalam, untuk menjawab persoalan-persoalan dasar
tadi.
Diskusinya tidak mempunyai apa-apa kegunaan yang
nyata tetapi ianya menjawab keinginan untuk
itu.
Contohnya, bidang metafizik, logik dan epistemologi.
METAFIZIK
Mengkaji persoalan:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan realiti itu?
2. Apakah realiti perkara yang wujud itu?
Ini semua perkara yang asas dan dasar tentang
.
Tidak ada satu kegunaan yang praktikal hasil
daripada ilmu mengenai perkara tersebut.
EPISTEMOLOGI
Menjawab persoalan-persoalan:
1. Apakah sifat ilmu itu?
2. Apakah ilmu itu boleh dipercayai ? Jika boleh atas
dasar apa?
Jadi, ianya bukan merujuk kepada mana-mana ilmu-ilmu
yang tertentu ataupun disiplin-disiplin ilmu yang khusus
tetapi ilmu secara menyeluruh.
Dengan itu, tidak ada aplikasi secara langsung yang
boleh didapati daripada perbincangan tentang ilmu yang
sedemikian.
LOGIK
Logik dalam bentuk logik matematik
begitu abstrak sekali sehingga ianya
tidak mempunyai kegunaan secara
langsung.
FALSAFAH PRAKTIKAL
Maksudnya, bidang-bidang falsafah yang
dimana perhasilan perbincangan falsafah
tersebut boleh digunakan dalam
disiplin-disiplin yang tertentu.
Contohnya: falsafah politik, falsafah ekonomi
dan falsafah sosial.
FALSAFAH EKONOMI
 Membincangkan tentang perkara-perkara dan persoalan
dasar mengenai ekonomi. Contoh:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan keadilan ekonomi
(economic justice)?
2. Bagaimana kita boleh mencapai keadilan dalam elocation of
resources secara adil kepada semua lapisan masyarakat?
3. Bagaimana keadilan itu boleh dipraktikkan dalam konteks
ekonomi khususnya dalam pembahagian sumber antara
lapisan masyarakat yang berbeza-beza?
Hasil daripada pemikiran falsafah mengenai ekonomi
atau melalui persoalan economic justice boleh
digunapakai supaya dasar ekonomi itu akan lebih adil
lagi dalam pembahagian economic resources atau
sumber ekonomi.
Ia dapat membantu kerajaan dalam membentuk polisi-
polisi yang lebih adil.
Dengan itu, lebih mudah diterima oleh masyarakat
umum dan tidak ada pertikaian yang fundamental
mengenai dasar kerajaan mengenai pembahagian
ekonomi.
FALSAFAH POLITIK
 Menjawab persoalan:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan government atau konsep kerajaan?
2. Apakah bentuk kerajaan yang baik?
3. Apakah ciri-ciri good governance?
 Memberi hasil yang praktikal dan boleh menjadi nasihat kepada kerajaan
tentang bagaimana untuk mentadbir sesuatu negara itu dalam sistem
kerajaan seperti demokrasi dan sebagainya.
 Plato dalam bukunya ‘The Republic’ menganjurkan satu masyarakat yang
ideal, prinsip-prinsip politik yang ideal yang mungkin boleh dipraktikkan oleh
sesuatu pemerintah itu.
 Kesimpulannya, s
.
FALSAFAH ALAM SEKITAR
 Merujuk kepada persoalan-persoalan dasar dan bercorak falsafah
mengenai alam sekitar.
 Wujud kerana adanya masalah-masalah alam sekitar yang telah melanda
manusia dan tamadun kita pada masa kini hingga mencetuskan satu krisis
yang disebut sebagai ecological cricis.
Persoalan-persoalan yang timbul:
1. Apakah hubungan manusia dengan alam sebenarnya?
2. Apakah makna alam ini bagi kehidupan manusia?
3. Adakah alam ini hanya untuk manusia menggunakan bagi kepentingan
ekonominya bagi keselesaan atau adakah alam ini sesuatu yang lebih
dari sumber ekonomi semata-mata?
 Kalau kita menganggap alam ini adalah sesuatu yang
merupakan tempat kita bernaung, tempat kita mencari rezeki
dan tempat kita menjalinkan hubungan yang harmoni antara
manusia dan manusia, manusia dan alam sekitar dan
persekitarannya sudah tentulah etika yang timbul terhadap
alam sekitar akan berbeza.
 Kita akan lebih menjadi eco-friendly terhadap alam
sekitar dan kita tidak melakukan sesuatu yang memusnahkan
alam sekitar seperti apa yang didapati pada hari ini.
FALSAFAH TEKNOLOGI
 Wujud kerana munculnya teknologi-teknologi baru yang kemunculannya begitu pesat
selepas revolusi industri yang kedua di abad yang ke-19.
 Contohnya, teknologi pembuatan kereta, kapal terbang, telefon, television, internet
dan sebagainya.
 Timbul persoalan:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi?
2. Apakah hubungan teknologi dengan manusia?
3. Apakah sifat teknologi itu sendiri?
4. Adakah teknologi boleh kita anggap sebagai sambungan kepada diri manusia (is
technology an extension to the human itself?) ataupun teknologi itu dianggap
sebagai sesuatu yang boleh mengancam kemanusiaan itu sendiri ?
 Misalnya teknologi membuat bom atom, senjata-senjata nuklear, ataupun teknologi
berasaskan artificial intelligence yang boleh
menghasilkan robot-robot yang mungkin
mengambil alih kehidupan manusia suatu hari
ADAKAH FALSAFAH-FALSAFAH BUKAN BARAT
BOLEH DITERIMA SEBAGAI FALSAFAH
SEPERTIMANA FALSAFAH YANG TERDAPAT DI
DUNIA BARAT?
 Terdapat dua pandangan:
 Pertama :Ya
 Kedua : Tidak
 Hujah pandangan kedua:
1. Apa yang terdapat dalam pemikiran Timur itu lebih bersifat kajian
mengenai cara-cara hidup yang betul dan baik (virtual living) dan
sebagainya seperti yang terdapat dalam keagamaan mereka.
2. Ia merupakan cara mereka membentangkan pandangan alam mereka
yang tidak semestinya mempunyai satu sokongan yang rasional
kerana bersifat metafizikal dan juga bersifat emosi. Ia tidak diterima
sebagai kaedah yang legitimate ataupun yang sahih dalam falsafah
Barat.
PENDAPAT YANG SAHIH
 Pandangan kedua tidak boleh diterima dan tidak wajar kerana:
1. Falsafah Barat juga ada yang bersifat sedemikan umpamanya teori-
teori metafizik mereka mencerminkan pandangan alam mereka yang
mungkin juga tidak mempunyai sokongan yang rasional 100% tetapi
lebih bersfat imaginatif tentang alam dan sebagainya.
2. Kalau dikatakan faslafah barat itu berasaskan hujah-hujah rasional dan
sebagainya. Bagaimana pula dengan falsafah Pascamodenisme?
Yang tidak berteraskan kepada hujah-hujah rasional tetapi merupakan
penentangan kepada rasionaliti sendiri. Aspek bukan rasional seperti
emosi dan intuisi yang difahami oleh pascamodenis sebagai
logocentrisme.
Konsep falsfah tidak harus disempitkan tetapi
dilonggarkan.
Semua jenis pemikiran yang mempunyai kesamaan
sedikit sebanyak dalam ciri-ciri falsafah dalam
kalangan ahli falsafah serata dunia sudah boleh
diterima sebagai falsafah.
 Falsafah haruslah bersifat inklusif supaya kita boleh
menerima ilmu-ilmu yang lain tentang alam, manusia
dan sebagainya dari luar masyarakat Barat sebagai
pemikiran falsafah.

More Related Content

Similar to Slaid Transkrip Temuramah 2 (Falsafah Dalam Kehidupan) (1).pptx

Similar to Slaid Transkrip Temuramah 2 (Falsafah Dalam Kehidupan) (1).pptx (20)

Tugas filsafat ilmu
Tugas filsafat ilmu Tugas filsafat ilmu
Tugas filsafat ilmu
 
Makalah filsafat 3
Makalah filsafat 3Makalah filsafat 3
Makalah filsafat 3
 
FILSAFAT ILMU DALAM KEHIDUAPAN MANUSIA.docx
FILSAFAT ILMU DALAM KEHIDUAPAN MANUSIA.docxFILSAFAT ILMU DALAM KEHIDUAPAN MANUSIA.docx
FILSAFAT ILMU DALAM KEHIDUAPAN MANUSIA.docx
 
Kumpulan soal dan jawab
Kumpulan soal dan jawabKumpulan soal dan jawab
Kumpulan soal dan jawab
 
Makalah filsafat pendidikan
Makalah filsafat pendidikanMakalah filsafat pendidikan
Makalah filsafat pendidikan
 
Makalah filsafat pendidikan
Makalah filsafat pendidikanMakalah filsafat pendidikan
Makalah filsafat pendidikan
 
Tugas kumpulan PPT filsafat kelompok 13
Tugas kumpulan PPT filsafat kelompok 13Tugas kumpulan PPT filsafat kelompok 13
Tugas kumpulan PPT filsafat kelompok 13
 
Dasar pendidikan iv
Dasar pendidikan ivDasar pendidikan iv
Dasar pendidikan iv
 
Makalah filsafat 4 (2)
Makalah filsafat 4 (2)Makalah filsafat 4 (2)
Makalah filsafat 4 (2)
 
Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4
 
Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4
 
Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4
 
Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4
 
Kumpulan materi filsafat ilmu
Kumpulan materi filsafat ilmuKumpulan materi filsafat ilmu
Kumpulan materi filsafat ilmu
 
Makalah filsafat
Makalah filsafat Makalah filsafat
Makalah filsafat
 
Makalah filsafat pendidikan2
Makalah filsafat pendidikan2Makalah filsafat pendidikan2
Makalah filsafat pendidikan2
 
Makalah filsafat pendidikan2
Makalah filsafat pendidikan2Makalah filsafat pendidikan2
Makalah filsafat pendidikan2
 
Makalah filsafat pendidikan2
Makalah filsafat pendidikan2Makalah filsafat pendidikan2
Makalah filsafat pendidikan2
 
Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4Makalah filsafat 4
Makalah filsafat 4
 
Bahan ajar dr valen lumowa
Bahan ajar dr valen lumowaBahan ajar dr valen lumowa
Bahan ajar dr valen lumowa
 

Recently uploaded

UU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdf
UU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdfUU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdf
UU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdfSumardi Arahbani
 
PPT-UEU-Manajemen-Logistik-Pelayanan-Kesehatan-Pertemuan-5.pptx
PPT-UEU-Manajemen-Logistik-Pelayanan-Kesehatan-Pertemuan-5.pptxPPT-UEU-Manajemen-Logistik-Pelayanan-Kesehatan-Pertemuan-5.pptx
PPT-UEU-Manajemen-Logistik-Pelayanan-Kesehatan-Pertemuan-5.pptxmuhammadrezza14
 
Permendagri No 15 Tahun 2023 Pedoman Penyusunan APBD
Permendagri No 15 Tahun 2023 Pedoman Penyusunan APBDPermendagri No 15 Tahun 2023 Pedoman Penyusunan APBD
Permendagri No 15 Tahun 2023 Pedoman Penyusunan APBDSumardi Arahbani
 
pilihan hukum dan perjanjian internasional dan pilihan forum
pilihan hukum dan perjanjian internasional dan pilihan forumpilihan hukum dan perjanjian internasional dan pilihan forum
pilihan hukum dan perjanjian internasional dan pilihan forumekahariansyah96
 
materi hukum bisnis hukum persaingan usaha
materi hukum bisnis hukum persaingan usahamateri hukum bisnis hukum persaingan usaha
materi hukum bisnis hukum persaingan usahayunitahatmayantihafi
 
Naskah Akademik Tentang Desa Adat Tahun 2023
Naskah Akademik Tentang Desa Adat Tahun 2023Naskah Akademik Tentang Desa Adat Tahun 2023
Naskah Akademik Tentang Desa Adat Tahun 2023Sumardi Arahbani
 
Potensi Pelanggaran pemilu 2024 kesiapan
Potensi Pelanggaran pemilu 2024 kesiapanPotensi Pelanggaran pemilu 2024 kesiapan
Potensi Pelanggaran pemilu 2024 kesiapanDIVISIPENCEGAHAN
 
interpretasi literal and purposive .pptx
interpretasi literal and purposive .pptxinterpretasi literal and purposive .pptx
interpretasi literal and purposive .pptxekahariansyah96
 
aspek hukum ttg kepailitan, pkpu, pengadilan niaga
aspek hukum ttg kepailitan, pkpu, pengadilan niagaaspek hukum ttg kepailitan, pkpu, pengadilan niaga
aspek hukum ttg kepailitan, pkpu, pengadilan niagaastrinovianti699
 

Recently uploaded (9)

UU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdf
UU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdfUU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdf
UU-HKPD-Bahan-Sosialisasi-UU-No-1-tahun-2022-HKPD.pdf
 
PPT-UEU-Manajemen-Logistik-Pelayanan-Kesehatan-Pertemuan-5.pptx
PPT-UEU-Manajemen-Logistik-Pelayanan-Kesehatan-Pertemuan-5.pptxPPT-UEU-Manajemen-Logistik-Pelayanan-Kesehatan-Pertemuan-5.pptx
PPT-UEU-Manajemen-Logistik-Pelayanan-Kesehatan-Pertemuan-5.pptx
 
Permendagri No 15 Tahun 2023 Pedoman Penyusunan APBD
Permendagri No 15 Tahun 2023 Pedoman Penyusunan APBDPermendagri No 15 Tahun 2023 Pedoman Penyusunan APBD
Permendagri No 15 Tahun 2023 Pedoman Penyusunan APBD
 
pilihan hukum dan perjanjian internasional dan pilihan forum
pilihan hukum dan perjanjian internasional dan pilihan forumpilihan hukum dan perjanjian internasional dan pilihan forum
pilihan hukum dan perjanjian internasional dan pilihan forum
 
materi hukum bisnis hukum persaingan usaha
materi hukum bisnis hukum persaingan usahamateri hukum bisnis hukum persaingan usaha
materi hukum bisnis hukum persaingan usaha
 
Naskah Akademik Tentang Desa Adat Tahun 2023
Naskah Akademik Tentang Desa Adat Tahun 2023Naskah Akademik Tentang Desa Adat Tahun 2023
Naskah Akademik Tentang Desa Adat Tahun 2023
 
Potensi Pelanggaran pemilu 2024 kesiapan
Potensi Pelanggaran pemilu 2024 kesiapanPotensi Pelanggaran pemilu 2024 kesiapan
Potensi Pelanggaran pemilu 2024 kesiapan
 
interpretasi literal and purposive .pptx
interpretasi literal and purposive .pptxinterpretasi literal and purposive .pptx
interpretasi literal and purposive .pptx
 
aspek hukum ttg kepailitan, pkpu, pengadilan niaga
aspek hukum ttg kepailitan, pkpu, pengadilan niagaaspek hukum ttg kepailitan, pkpu, pengadilan niaga
aspek hukum ttg kepailitan, pkpu, pengadilan niaga
 

Slaid Transkrip Temuramah 2 (Falsafah Dalam Kehidupan) (1).pptx

  • 2. TAKRIF PERTAMA Falsafah ataupun philosophy berasal dari perkataan Greek iaitu philosophia. Philo bermaksud cinta dan Sophia bermaksud kearifan iaitu cinta kepada kearifan/hikmah (love of wisdom). Penekanannya adalah terhadap kehidupan iaitu falsafah bertujuan untuk memberikan kita satu panduan tentang bagaimana untuk melahirkan suatu kehidupan yang baik yang membawa kepada kebahagiaan.
  • 3. Satu pendekatan yang terdapat pada masa dahulu dan juga Tamadun Greek, Tamadun Asia seperti Tamadun Cina dan India. Mempunyai kaitan rapat dengan fahaman keagamaan yang juga mempunyai tujuan untuk melahirkan satu kehidupan yang baik, satu kehidupan insan yang mulia dan bagaimana mencari kebahagiaan. Fokusnya adalah insan dan kemanusiaan itu sendiri.
  • 4. TAKRIF KEDUA  Memberi penekanan kepada alam tabi’i iaitu (natural philospophy).  Wujud teori-teori falsafah yang mengisahkan tentang .  Ia termasuk dalam dalam kajian falsafah iaitu cuba mengkaji persoalan: 1. Apakah bentuk realiti sebenar? 2. Apakah alam ini cuma bersifat material ataupun mengandungi unsur-unsur lain yang real yang bukan bersifat material?  Persoalannya sudah beralih bukan kepada manusia tetapi kepada alam tabi’i.
  • 5. TAKRIF KETIGA  Falsafah dilihat sebagai suatu aktiviti intelektual yang cuba menyelesaikan masalah-masalah falsafah.  Penekanan diberikan kepada: 1. Apakah masalah falsafah tersebut? 2. Apakah penyelesaian dan bentuk-bentuk penyelesaiannya?  Falsafah telah beralih arah kepada suatu yang cuma menghuraikan persoalan- persoalan intelektual dengan penyelesaian-penyelesaian yang tertentu tanpa mengaitkannya dengan kearifan dan kehidupan manusia.
  • 6.  Kesimpulannya, falsafah itu sendiri mempunyai orientasi yang berbeza dan dengan itu kita boleh memberikan takrifan-takrifan berbeza menurut fahaman orientasi yang berbeza.  Namun begitu, satu perkara yang dikongsi bersama oleh ilmu falsafah yang terdapat di Barat adalah penekanan mereka terhadap (problem solving) dan falsafah itu sebagai sesuatu yang cuba menyelesaikan masalah.  Penyelesaian masalah dilakukan dengan menggunakan hujah- hujah yang rasional dan juga di abad ke-19 dan ke-20 dengan secara logikal ataupun penggunaan kaedah logik yang melibatkan logik simbolik yang bersifat matematikal.  Ia merupakan satu bentuk falsafah yang agak berlainan dan baru yang selaras dengan ilmu itu sebagai sesuatu yang mempunyai justifikasi tersendiri.  Dalam kes falsafah, ianya bersifat justifikasi rasional dan konseptual.
  • 7.  Ia berbeza dengan falsafah yang terdapat dalam zaman Greek yang berteraskan kepada persoalan kehidupan dan kebahagiaan.  Ia juga berbeza dengan falsafah-falsafah yang terdapat dalam falsafah Timur yang tidak bersifat konseptual tetapi lebih kepada kata-kata hikmah yang apa yang kita harapkan sebagai wisdom.  Falsafah Timur tidak berhujah secara mendalam menggunakan logik dan rasionaliti, tetapi lebih kepada kaedah induktif dan metafizikal keinginan untuk menghuraikan realiti mengikut pandangan ataupun vision masing-masing yang tidak semestinya berdasarkan hujah rasional semata-mata.
  • 8. FALSAFAH TEORITIKAL Falsafah yang merujuk kepada persoalan-persoalan dasar yang memerlukan satu usaha intelektual yang mendalam, untuk menjawab persoalan-persoalan dasar tadi. Diskusinya tidak mempunyai apa-apa kegunaan yang nyata tetapi ianya menjawab keinginan untuk itu. Contohnya, bidang metafizik, logik dan epistemologi.
  • 9. METAFIZIK Mengkaji persoalan: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan realiti itu? 2. Apakah realiti perkara yang wujud itu? Ini semua perkara yang asas dan dasar tentang . Tidak ada satu kegunaan yang praktikal hasil daripada ilmu mengenai perkara tersebut.
  • 10. EPISTEMOLOGI Menjawab persoalan-persoalan: 1. Apakah sifat ilmu itu? 2. Apakah ilmu itu boleh dipercayai ? Jika boleh atas dasar apa? Jadi, ianya bukan merujuk kepada mana-mana ilmu-ilmu yang tertentu ataupun disiplin-disiplin ilmu yang khusus tetapi ilmu secara menyeluruh. Dengan itu, tidak ada aplikasi secara langsung yang boleh didapati daripada perbincangan tentang ilmu yang sedemikian.
  • 11. LOGIK Logik dalam bentuk logik matematik begitu abstrak sekali sehingga ianya tidak mempunyai kegunaan secara langsung.
  • 12. FALSAFAH PRAKTIKAL Maksudnya, bidang-bidang falsafah yang dimana perhasilan perbincangan falsafah tersebut boleh digunakan dalam disiplin-disiplin yang tertentu. Contohnya: falsafah politik, falsafah ekonomi dan falsafah sosial.
  • 13. FALSAFAH EKONOMI  Membincangkan tentang perkara-perkara dan persoalan dasar mengenai ekonomi. Contoh: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan keadilan ekonomi (economic justice)? 2. Bagaimana kita boleh mencapai keadilan dalam elocation of resources secara adil kepada semua lapisan masyarakat? 3. Bagaimana keadilan itu boleh dipraktikkan dalam konteks ekonomi khususnya dalam pembahagian sumber antara lapisan masyarakat yang berbeza-beza?
  • 14. Hasil daripada pemikiran falsafah mengenai ekonomi atau melalui persoalan economic justice boleh digunapakai supaya dasar ekonomi itu akan lebih adil lagi dalam pembahagian economic resources atau sumber ekonomi. Ia dapat membantu kerajaan dalam membentuk polisi- polisi yang lebih adil. Dengan itu, lebih mudah diterima oleh masyarakat umum dan tidak ada pertikaian yang fundamental mengenai dasar kerajaan mengenai pembahagian ekonomi.
  • 15. FALSAFAH POLITIK  Menjawab persoalan: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan government atau konsep kerajaan? 2. Apakah bentuk kerajaan yang baik? 3. Apakah ciri-ciri good governance?  Memberi hasil yang praktikal dan boleh menjadi nasihat kepada kerajaan tentang bagaimana untuk mentadbir sesuatu negara itu dalam sistem kerajaan seperti demokrasi dan sebagainya.  Plato dalam bukunya ‘The Republic’ menganjurkan satu masyarakat yang ideal, prinsip-prinsip politik yang ideal yang mungkin boleh dipraktikkan oleh sesuatu pemerintah itu.  Kesimpulannya, s .
  • 16. FALSAFAH ALAM SEKITAR  Merujuk kepada persoalan-persoalan dasar dan bercorak falsafah mengenai alam sekitar.  Wujud kerana adanya masalah-masalah alam sekitar yang telah melanda manusia dan tamadun kita pada masa kini hingga mencetuskan satu krisis yang disebut sebagai ecological cricis. Persoalan-persoalan yang timbul: 1. Apakah hubungan manusia dengan alam sebenarnya? 2. Apakah makna alam ini bagi kehidupan manusia? 3. Adakah alam ini hanya untuk manusia menggunakan bagi kepentingan ekonominya bagi keselesaan atau adakah alam ini sesuatu yang lebih dari sumber ekonomi semata-mata?
  • 17.  Kalau kita menganggap alam ini adalah sesuatu yang merupakan tempat kita bernaung, tempat kita mencari rezeki dan tempat kita menjalinkan hubungan yang harmoni antara manusia dan manusia, manusia dan alam sekitar dan persekitarannya sudah tentulah etika yang timbul terhadap alam sekitar akan berbeza.  Kita akan lebih menjadi eco-friendly terhadap alam sekitar dan kita tidak melakukan sesuatu yang memusnahkan alam sekitar seperti apa yang didapati pada hari ini.
  • 18. FALSAFAH TEKNOLOGI  Wujud kerana munculnya teknologi-teknologi baru yang kemunculannya begitu pesat selepas revolusi industri yang kedua di abad yang ke-19.  Contohnya, teknologi pembuatan kereta, kapal terbang, telefon, television, internet dan sebagainya.  Timbul persoalan: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi? 2. Apakah hubungan teknologi dengan manusia? 3. Apakah sifat teknologi itu sendiri? 4. Adakah teknologi boleh kita anggap sebagai sambungan kepada diri manusia (is technology an extension to the human itself?) ataupun teknologi itu dianggap sebagai sesuatu yang boleh mengancam kemanusiaan itu sendiri ?  Misalnya teknologi membuat bom atom, senjata-senjata nuklear, ataupun teknologi berasaskan artificial intelligence yang boleh menghasilkan robot-robot yang mungkin mengambil alih kehidupan manusia suatu hari
  • 19. ADAKAH FALSAFAH-FALSAFAH BUKAN BARAT BOLEH DITERIMA SEBAGAI FALSAFAH SEPERTIMANA FALSAFAH YANG TERDAPAT DI DUNIA BARAT?  Terdapat dua pandangan:  Pertama :Ya  Kedua : Tidak  Hujah pandangan kedua: 1. Apa yang terdapat dalam pemikiran Timur itu lebih bersifat kajian mengenai cara-cara hidup yang betul dan baik (virtual living) dan sebagainya seperti yang terdapat dalam keagamaan mereka. 2. Ia merupakan cara mereka membentangkan pandangan alam mereka yang tidak semestinya mempunyai satu sokongan yang rasional kerana bersifat metafizikal dan juga bersifat emosi. Ia tidak diterima sebagai kaedah yang legitimate ataupun yang sahih dalam falsafah Barat.
  • 20. PENDAPAT YANG SAHIH  Pandangan kedua tidak boleh diterima dan tidak wajar kerana: 1. Falsafah Barat juga ada yang bersifat sedemikan umpamanya teori- teori metafizik mereka mencerminkan pandangan alam mereka yang mungkin juga tidak mempunyai sokongan yang rasional 100% tetapi lebih bersfat imaginatif tentang alam dan sebagainya. 2. Kalau dikatakan faslafah barat itu berasaskan hujah-hujah rasional dan sebagainya. Bagaimana pula dengan falsafah Pascamodenisme? Yang tidak berteraskan kepada hujah-hujah rasional tetapi merupakan penentangan kepada rasionaliti sendiri. Aspek bukan rasional seperti emosi dan intuisi yang difahami oleh pascamodenis sebagai logocentrisme.
  • 21. Konsep falsfah tidak harus disempitkan tetapi dilonggarkan. Semua jenis pemikiran yang mempunyai kesamaan sedikit sebanyak dalam ciri-ciri falsafah dalam kalangan ahli falsafah serata dunia sudah boleh diterima sebagai falsafah.  Falsafah haruslah bersifat inklusif supaya kita boleh menerima ilmu-ilmu yang lain tentang alam, manusia dan sebagainya dari luar masyarakat Barat sebagai pemikiran falsafah.