SlideShare a Scribd company logo
1
AMALI 2: MENGKAJI SISTEM FISIOLOGI HAIWAN
TAJUK : Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan.
TUJUAN : Menghuraikan proses pencernaan seekor tikus dengan lukisan
saintifik yang jelas berlabel setiap struktur dalam sistem tersebut.
PENGENALAN :
Percernaan ialah proses pemecahan dan penguraian bahan kompleks
yang tidak larut kepada molekul ringkas yang boleh larut dandiserap oleh
badandalam salur pencernaan. Fungsi utama sistem pencernaan ialah
menyediakan zat nutrisi untuk memastikan sel dapat menjalankan fungsi
spesifiknya dengan baik. Sebelum zat ini diserap oleh tubuh, makanan harus
bergerak sepanjang saluran pencernaan yang disebut saluran alimentari.
Saluran alimentari bermula daripada mulut dan berakhir pada anus. Tikus
putih (Rattus norvegicus) telah dipilih sebagai haiwan percubaan untuk
mengetahui sistem percernaan manusia kerana ciri-ciri genetiknya dan
anatomi tubuh tikus yang hampir sama dengan manusia. Hal ini kerana tikus
dan manusia ialah mamalia dan sama-sama tergolong dalam kategori
organisma holozoik yang tidak boleh mensintesis makanan sendiri. Walaupun
tikus ialah haiwan jenis rodensia di mana makanan melalui salur alimentari
dua kali, organ-organ pencernaannya tidak banyak beza dengan manusia.
RADAS : Pisau bedah, gunting, forsep, set pin, bekas kedap udara,
papan bedah, sarung tangan, topeng muka.
BAHAN : Tikus putih (Rattus norvegicus), kapas, klorofom, marker.
PROSEDUR:
2
A. Prosedur Pembiusan Tikus.
1. Bekas kedap udara disediakan.
2. Kapas dititiskan dengan beberapa titik alkohol jenis klorofom.
3. Kapas yang telah dibasahi klorofom dimasukkan ke dalam bekas kedap
udara.
4. Tikus dimasukkan ke dalam bekas dan bekas ditutup rapat.
5. Setelah 15 minit berlalu, tikus pengsan sepenuhnya.
B. Prosedur Pembedahan Tikus.
1. Tikus yang telah pengsan diletakkan ke atas papan bedah dengan cara
keempat-empat kakinya direntangkan dan ditusuk menggunakan pin.
2. Lukis garisan bedah di atas bulu tikus menggunakan marker sebagai
petunjuk untuk membedah.
3. Kulit tikus bahagian bawah badannya dipegang menggunakan forsep
untuk mencari epidermis tikus.
4. Lapisan epidermis tikus dipotong dengan berhati-hati dari bahagian bawah
tikus sehingga rahangnya dan elakkan daripada memotong vena untuk
mengelakkan percikan darah.
5. Bahagian lapisan epidermis dan dermis tikus dipisahkan dengan
menggunakan pisau.
6. Epidermis tikus yang telah terpisah dipinkan ke papan bedah dengan
menggunakan set pin.
7. Dermis tikus dipotong dan dimulakan di bahagian tengan badan dengan
menggunakan pisau bedah.
8. Dermis sisi kiri dan kanan tikus dipotong dan dipinkan ke atas papan
bedah.
3
9. Organ dalaman seekor tikus diperhatikan dan dilukis di atas sekeping
kertas A4..
KEPUTUSAN: (Lukisan berlablel)
PERBINCANGAN:
Zat daripada makanan yang diambil dalam bentuk kompleks seperti
karbohidrat, protein dan lipid perlu dihidrolisiskan ke bentuk molekul lebih
ringkas melalui proses pencernaan dengan bantuan enzim pencernaan.
Proses pencernaan amat penting kerana sel badan dilitupi dengan membran
plasma yang bersifat separa telap. Membran plasma hanya membenarkan
molekul kecil sahaja melaluinya seperti glukosa, asid amino, asid lemak,
gliserol, vitamin dan mineral.
Berikut ialah urutan salur alimentari bagi manusia:
Mulut → Esofagus → Perut → Usus kecil → Kolon → Rektum → Anus
Berikut ialah urutan salur alimentari bagi seekor tikus:
Mulut → Esofagus → Perut → Usus kecil → Kekum → Kolon → Rektum → Anus
(najis pertama) → Mulut → Perut → Usus kecil → Kolon → Rektum → Anus (najis
kedua)
Salur alimentari bagi manusia dan tikus adalah hampir sama. Hal ini
kerana manusia berada pada kategori mamalia omnivore dan tikus pula
mamalia herbivore yang mempunyai perut jenis rodensia. Makanan melalui
salur alimentari hanya sekali pada manusia tetapi dua kali pada salur
alimentari tikus (rodensia). Setiap fungsi organ pencernaan adalah sama.
Namun, tikus mempunyai kekum yang bersaiz besar dan panjang. Kekum
pada tikus mengandungi bakteria simbiotik atau protozoa untuk pencernaan
4
selulosa. Manusia juga mempunyai kekum tetapi bersaiz kecil dan tidak
memainkan peranan dalam proses pencernaan. Selain itu, salur pencernaan
tikus adalah lebih panjang untuk menyimpan makanan pada masa yang
panjang berbanding manusia yang pendek tetapi lengkap.
Berikut ialah penerangan ringkas untuk setiap organ pencernaan yang ada
pada manusia dan menjalankan fungsi yang serupa dengan organ
pencernaan pada tikus:
1. Mulut:
Di mulut, makanan yang diambil akan dikunyah menggunakan gigi supaya
menjadi butir halus. Lidah membantu dalam menerima deria rasa makanan
dan menggerakkan makanan semasa kunyahan. Melalui duktus liur, kelenjar
air liur akan merembeskan air liur mengandungi amilase yang bertindak ke
atas karbohidrat (kanji) secara hidrolisis untuk menghasilkan maltosa. Hasil
kunyahan makanan dalam butir halus akan bercampur dengan air liur untuk
membentuk bolus dan ditelan memasuki esofagus. Protein dan lipid yang
terkandung dalam makanan tidak dicernakan di dalam mulut.
Pencernaan karbohidrat di mulut:
Kanji + Air ⎯
⎯ →
⎯amilase
Maltosa
2. Esofagus:
Pada esofagus, bolus makanan akan ditolak ke perut melalui proses
peristalsis, iaitu pengecutan dan pengenduran otot secara beritma. Bolus akan
melalui esofagus sepanjang 10 inci. Esofagus akan merembeskan mukus
supaya bolus makanan mudah untuk bergerak menuju ke perut..
5
3. Perut:
Seterusnya, bolus makanan akan disalurkan ke perut. Dinding perut yang
mempunyai banyak kelenjar gaster akan merembeskan jus gastrik yang
mengandungi asid hidroklorik (HCl), pepsin, renin dan mukus. Di perut, tiada
pencernaan karbohidrat dan lipid tetapi berlakunya pencernaan protein. Enzim
renin akan mengentalkan susu dengan menukarkan kaseinogen (protein susu
larut) kepada kasein (protein susu tidak larut). Kemudian, pepsin akan
menghidrolisis protein menjadi pepton dan polipeptida. Asid hidroklorik cair
akan menyediakan pH berasid yang sesuai untuk tindakbalas pepsin dan renin,
kemudiannya memecahkan nukleoprotein menjadi asid nukleik dan protein.
Pencernaan protein di perut:
Kaseinogen + Air ⎯
⎯ →
⎯renin
Kasein
Protein + Air ⎯
⎯ →
⎯ sin
pep
Polipeptida
4. Usus kecil:
Kemudian, usus kecil akan menerima makanan daripada perut. Usus
terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu duodenum di bahagian permulaan usus,
jejunum di bahagian tengah dan diakhiri ileum.
4.1 Duodenum:
Duodenum akan menerima jus hempedu daripada pundi hempedu dan
jus pankreas (amilase, tripsin, lipase) daripada pankreas. Jus hempedu
mengandungi garam hempedu yang berperanan dalam mengemulsikan
lemak. Jus pankreas akan menjalankan peranan masing-masing dalam
mencernakan karbohidrat, protein dan lipid.
6
Untuk karbohidrat, di duodenum, enzim amilase dirembeskan oleh
pankreas akan menghidrolisis kanji yang belum dihidrolisis di rongga mulut
kepada maltosa.
Pencernaan karbohidrat di duodenum:
Kanji + Air ⎯
⎯ →
⎯amilase
Maltosa
Bagi protein, di duodenum, tripsin akan memangkinkan penguraian
protein kepada pepton dan polipeptida serta memangkinkan penguraian
polipeptida kepada peptida ringkas.
Pencernaan protein di duodenum:
Polipeptida + Air ⎯
⎯ →
⎯ sin
trip
Peptida
Untuk lipid, di duodenum, hempedu yang dirembeskan oleh hati
mengalir masuk daripada pundi hempedu melalui duktus hempedu dan
mengemulsikan lipid. Lipid teremulsi dengan ketegangan permukaan yang
rendah, menyebabkan lipid terurai menjadi titisan kecil. Luas permukaan
lipid yang luas memudahkan lipid dihidrolisis oleh enzim lipase untuk
menghasilkan asid lemak dan gliserol.
Pencernaan lipid di duodenum:
Lipid + Air ⎯
⎯ →
⎯lipase
Asid lemak + Gliserol
4.2 Jejunum:
Jejunum yang terletak di antara duodenum dan ileum berperanan
dalam penyerapan protein dan karbohidrat. Jejunum ialah bahagian usus
7
yang menyerap zat daripada makanan yang dicerna secara maksimum. Di
jejunum, penyerapan air turut berlaku.
4.3 Ileum:
Di ileum, pencernaan karbohidrat, protein dan lipid dilengkapkan.
Kelenjar di dinding usus akan merembeskan jus usus beralkali yang
mengandungi maltase, laktase, sukrase dan peptidase.
Untuk pencernaan karbohidrat, enzim-enzim seperti maltase, sukrase
dan laktase akan bertindak ke atas substrat masing-masing iaitu maltosa,
sukrosa dan laktosa.
Pencernaan karbohidrat di ileum:
Maltosa + Air ⎯
⎯ →
⎯maltose
Glukosa
Sukrosa + Air ⎯
⎯ →
⎯sukrase
Glukosa + Fruktosa
Laktosa + Air ⎯
⎯ →
⎯laktase
Glukosa + Galaktosa
Untuk pencernaan protein yang berakhir di ileum, jus usus yang
mengandungi enzim peptidase (erepsin) untuk memangkinkan hidrolisis
pepton dan polipeptida kepada asid amino.
Pencernaan protein di ileum:
Peptida + Air ⎯
⎯ →
⎯ sin
erep
Asid amino
8
5. Kolon:
Kolon ialah usus besar yang berperanan dalam penyerapan air dan terlibat
dalam pembentukan nyahtinja. Terdapat habitat bakteria baik di kolon yang
menghasilkan vitamin B dan vitamin K. 90% air dan mineral akan diserap ke
sel ephitial pada kolon, kemudian ke salur darah. Makanan yang tidak tercerna
akan bergerak di sepanjang kolon dengan bantuan peristalsis. Dinding kolon
akan merembeskan mukus untuk melancarkan pergerakan nyahtinja.
6. Rektum:
Rektum ialah sebuah ruang untuk penyimpanan nyahtinja untuk
sementara. Apabila makanan yang tidak tercerna atau juga dikenali sebagai
nyahtinja bertambah memenuhi rektum, tekanan akan terhasil di rektum.
Nyahtinja akan dipaksa keluar daripada tubuh melalui anus.
7. Anus:
Anus ialah laluan khusus untuk nyahtinja keluar daripada tubuh badan.
Proses menyingkirkan tinja ini disebut sebagai penyahtinjaan.
SPESIFIKASI KEPADA SOALAN PERBINCANGAN:
Seorang pelajar telah memakan nasi dan ayam goreng semasa makan
malamnya. Bincangkan apa yang berlaku kepada makanan tersebut pada
struktur ileum.
Ileum ialah bahagian terakhir di dalam sistem pencernaan yang
mengandungi kandungan nutrien seperti asid lemak, gliserol, asid amino,
glukosa, vitamin dan mineral yang tinggi. Ileum terlibat secara aktif dalam
penyerapan makanan yang dicerna. Terdapat lapisan sel epithial pada dinding
usus kecil yang memudahkan proses penyerapan zat makanan. Bentuk fizikal
usus kecil yang panjang dan berlipat-lipat, penyerapan zat makanan
9
mengambil masa yang agak panjang. Permukaan dinding usus kecil yang
mempunyai villi mempercepatkan penyerapan dengan meluaskan luas
permukaan untuk penyerapan zat makanan.
Berbalik kepada soalan perbincangan, secara umumnya, nasi ialah
sumber karbohidrat (kanji), manakala ayam goreng pula sumber protein (ayam)
dan lipid (minyak goreng ayam).
Karbohidrat terbahagi kepada tiga jenis iaitu monosakarida, disakarida
dan polisakarida. Secara ringkasnya, monosakarida ialah gula ringkas,
disakarida ialah dua monosakarida dan polisakarida ialah beratus
monosakarida. Nasi ialah karbohidrat jenis polisakarida kerana mengandungi
kanji. Semua polisakarida ialah bukan gula penurun dan tidak mempunyai
rasa manis serta tidak larut di dalam air.
Kanji dalam nasi akan mengaktifkan enzim-enzim pencernaan dalam jus
usus seperti maltase, sukrase dan laktase untuk menghidrolisis substratnya
iaitu maltosa, sukrosa dan laktosa kepada hasil yang lebih ringkas seperti
glukosa, fruktosa dan galaktosa.
Pencernaan karbohidrat (kanji) di ileum dengan bantuan enzim:
Maltosa + Air ⎯
⎯ →
⎯maltose
Glukosa
Sukrosa + Air ⎯
⎯ →
⎯sukrase
Glukosa + Fruktosa
Laktosa + Air ⎯
⎯ →
⎯laktase
Glukosa + Galaktosa
Protein yang terkandung dalam ayam akan dihidrolisiskan oleh enzim
peptidase (erepsin) yang terkandung dalam jus usus yang dirembeskan oleh
ileum. Hasil akhir tindakbalas enzim dan substrat bagi protein ialah asid amino.
10
Asid amino ialah binaan asas protein yang terdiri daripada kumpulan amina
(-NH2), kumpulan karboksil (-COOH) dan kumpulan R (terdapat 20 jenis R
yang menentukan jenis asid amino). Dua asid amino dihubungkan oleh ikatan
peptida untuk membentuk dipeptida dan air melalui proses kondensasi dan
sebaliknya melalui proses hidrolisis.
Pencernaan protein di ileum:
Peptida + Air ⎯
⎯ →
⎯ sin
erep
Asid amino
Asid amino terbahagi kepada dua, asid amino perlu dan asid amino tidak
perlu. Asid amino perlu tidak dapat disintesis oleh tubuh dan hanya boleh
diperoleh melalui pemakanan. Protein kelas pertama seperti protein haiwan
terletak pada kategori asid amino perlu. Kesimpulannya, ayam akan
dicernakan dengan bantuan enzim-enzim diperlukan untuk menghasilkan
molekul yang lebih kecil iaitu asid amino di akhir proses pencernaan.
Lipid yang diperoleh daripada minyak yang digunakan untuk menggoreng
ayam akan dicernakan di duodenum, iaitu bahagian permulaan usus kecil.
Hempedu yang dirembeskan oleh hati mengalir masuk daripada pundi
hempedu melalui duktus hempedu dan mengemulsikan lipid. Lipid teremulsi
dengan ketegangan permukaan yang rendah, menyebabkan lipid terurai
menjadi titisan kecil. Luas permukaan lipid yang luas memudahkan lipid
dihidrolisis oleh enzim lipase untuk menghasilkan asid lemak dan gliserol.
Pencernaan lipid di duodenum:
Lipid + Air ⎯
⎯ →
⎯lipase
Asid lemak + Gliserol
Di ileum, asid lemak dan gliserol diserap ke dalam sel ephitial villi dan
bergabung untuk membentuk titisan kecil lipid. Zat larut lemak seperti vitamin
11
A, D, E, dan K akan diserap bersama titisan lipid ke dalam lakteal dan dihantar
ke sistem peredaran darah melalui sistem limfa. Zat larut air seperti glukosa,
asid amino, vitamin B, vitamin C, ion mineral akan diserap ke dalam sel
ephitial pada villi dan kemudiannya ke salur darah untuk dihantar ke hati.
KESIMPULAN:
Kesimpulannya, manusia perlulah mengambil pemakanan yang seimbang
seperti yang telah disarankan mengikut piramid makanan untuk melancarkan
sistem penghadaman dan memastikan pengambilan zat yang cukup.
Makanan yang baik akan teroksida dengan mudah untuk menghasilkan
tenaga yang efisien buat seseorang. Sel-sel badan juga dapat menerima
nutrien yang diperlukan untuk menjalankan tugas spesifik masing-masing.
12
RUJUKAN:
Bah, H. G. & Sri Naasariya. (2013). Complete reference: Matriculation biology
1, fourth edition. Kuala Lumpur, Malaysia: Oriental Academic
Publication.
Chang, T. H., Yamin Yasin, Fazilah Hamzah, Linggi Entain, Nor Azlina Mohd
Arif, Norma Ismail et al. (2014). Kunci emas SPM: Biologi tingkatan 4.
Petaling Jaya, Malaysia: Sasbadi Sdn. Bhd.
Lee, S. C., Sudani Sudin, Nalini B., Jacqueline R. S., Nor Azlina Abd Aziz &
Fariza Zakaria. (2013). Biology for matriculation semester 2, third edition.
Shah Alam, Selangor, Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mahadiah Muda. (2014). Xpress tuntas SPM: Biology (bilingual). Petaling
Jaya, Malaysia: Sasbadi Sdn. Bhd.
Nur Raihan Idris, Suhaima Mohammad Suki & Yap, C. M.. (2017). Revisi mobil
biologi SPM. Puchong, Selangor, Malaysia: Penerbitan Nadi Ilmu Sdn.
Bhd.
Sahabuddin Basri, Shafizah Hisham, Norfarizah Ali & M. Rosli. (2016). S.O.S.
ulang kaji last minute SPM. Petaling Jaya, Malaysia: Sasbadi Sdn. Bhd.

More Related Content

Similar to SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan

Nutrisi
NutrisiNutrisi
Nutrisi
ainjohari
 
01 struktur asas badan pbsm
01 struktur asas badan pbsm01 struktur asas badan pbsm
01 struktur asas badan pbsmMohamad Rizal
 
Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Kehidupan
Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Kehidupan Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Kehidupan
Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Kehidupan
mierul8
 
Topik 2 struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
Topik 2   struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)Topik 2   struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
Topik 2 struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
Siti Nafisah
 
Topik 2 struktur dan organisasi sel
Topik 2   struktur dan organisasi selTopik 2   struktur dan organisasi sel
Topik 2 struktur dan organisasi sel
Half Heart
 
Fungsi sel , tisu dan membran
Fungsi sel , tisu dan membranFungsi sel , tisu dan membran
Fungsi sel , tisu dan membran
AsmidahIsdal
 
46309970 bab1-dunia-melalui-deria-kita
46309970 bab1-dunia-melalui-deria-kita46309970 bab1-dunia-melalui-deria-kita
46309970 bab1-dunia-melalui-deria-kita
edain84
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)queenfalin
 
Nutrisi
NutrisiNutrisi
Nutrisi
Hajar Len
 
BIOTEKNOLOGI.pptx
BIOTEKNOLOGI.pptxBIOTEKNOLOGI.pptx
BIOTEKNOLOGI.pptx
ssusere993181
 
Amali 2 protista
Amali 2 protistaAmali 2 protista
Amali 2 protista
irna zuzy
 
Pengenalan metabolisma
Pengenalan metabolismaPengenalan metabolisma
Pengenalan metabolisma
Muhammad Nasrullah
 
sel struktur dan organisasi sel.ppt
sel struktur dan organisasi sel.pptsel struktur dan organisasi sel.ppt
sel struktur dan organisasi sel.ppt
SYAKIRAMURNIBINTIJOH
 
Biologi Bab 9 KSSM
Biologi Bab 9 KSSMBiologi Bab 9 KSSM
Biologi Bab 9 KSSM
amenudin
 
Struktur, fungsi dan metabolisme sel
Struktur, fungsi dan metabolisme selStruktur, fungsi dan metabolisme sel
Struktur, fungsi dan metabolisme selHalimah Zailan
 
Manusia sebagai organisma yang kompleks
Manusia sebagai organisma yang kompleks Manusia sebagai organisma yang kompleks
Manusia sebagai organisma yang kompleks
j j
 

Similar to SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan (20)

Nutrisi
NutrisiNutrisi
Nutrisi
 
01 struktur asas badan pbsm
01 struktur asas badan pbsm01 struktur asas badan pbsm
01 struktur asas badan pbsm
 
Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Kehidupan
Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Kehidupan Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Kehidupan
Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Kehidupan
 
Topik 2 struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
Topik 2   struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)Topik 2   struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
Topik 2 struktur dan organisasi sel (Ting. 4 Biologi)
 
Topik 2 struktur dan organisasi sel
Topik 2   struktur dan organisasi selTopik 2   struktur dan organisasi sel
Topik 2 struktur dan organisasi sel
 
Fungsi sel , tisu dan membran
Fungsi sel , tisu dan membranFungsi sel , tisu dan membran
Fungsi sel , tisu dan membran
 
46309970 bab1-dunia-melalui-deria-kita
46309970 bab1-dunia-melalui-deria-kita46309970 bab1-dunia-melalui-deria-kita
46309970 bab1-dunia-melalui-deria-kita
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
organisasi sel haiwan (siti maizatul fazlin)
 
Nutrisi
NutrisiNutrisi
Nutrisi
 
BIOTEKNOLOGI.pptx
BIOTEKNOLOGI.pptxBIOTEKNOLOGI.pptx
BIOTEKNOLOGI.pptx
 
Amali 2 protista
Amali 2 protistaAmali 2 protista
Amali 2 protista
 
Perkumuhan manusia
Perkumuhan manusiaPerkumuhan manusia
Perkumuhan manusia
 
Pengenalan metabolisma
Pengenalan metabolismaPengenalan metabolisma
Pengenalan metabolisma
 
Bab 6 - Anatomi & Fisiologi (1).pdf
Bab 6 - Anatomi & Fisiologi (1).pdfBab 6 - Anatomi & Fisiologi (1).pdf
Bab 6 - Anatomi & Fisiologi (1).pdf
 
sel struktur dan organisasi sel.ppt
sel struktur dan organisasi sel.pptsel struktur dan organisasi sel.ppt
sel struktur dan organisasi sel.ppt
 
Sistem urinari
Sistem urinariSistem urinari
Sistem urinari
 
Biologi Bab 9 KSSM
Biologi Bab 9 KSSMBiologi Bab 9 KSSM
Biologi Bab 9 KSSM
 
Struktur, fungsi dan metabolisme sel
Struktur, fungsi dan metabolisme selStruktur, fungsi dan metabolisme sel
Struktur, fungsi dan metabolisme sel
 
Manusia sebagai organisma yang kompleks
Manusia sebagai organisma yang kompleks Manusia sebagai organisma yang kompleks
Manusia sebagai organisma yang kompleks
 

More from rosedainty

Bahan Relief: At the Beach (Video: Beach Bean)
Bahan Relief: At the Beach (Video: Beach Bean)Bahan Relief: At the Beach (Video: Beach Bean)
Bahan Relief: At the Beach (Video: Beach Bean)
rosedainty
 
Template Jadual Bertugas Kelas (Boleh Edit)
Template Jadual Bertugas Kelas (Boleh Edit)Template Jadual Bertugas Kelas (Boleh Edit)
Template Jadual Bertugas Kelas (Boleh Edit)
rosedainty
 
Tag Pelajar (Student Tag): I'm a Leader & I'm an Assistant
Tag Pelajar (Student Tag): I'm a Leader & I'm an AssistantTag Pelajar (Student Tag): I'm a Leader & I'm an Assistant
Tag Pelajar (Student Tag): I'm a Leader & I'm an Assistant
rosedainty
 
Kad Ganjaran (Reward Card): Punch Version
Kad Ganjaran (Reward Card): Punch VersionKad Ganjaran (Reward Card): Punch Version
Kad Ganjaran (Reward Card): Punch Version
rosedainty
 
Jurnal Praktikum IPG (Format dan Penulisan 12 Minggu)
Jurnal Praktikum IPG (Format dan Penulisan 12 Minggu)Jurnal Praktikum IPG (Format dan Penulisan 12 Minggu)
Jurnal Praktikum IPG (Format dan Penulisan 12 Minggu)
rosedainty
 
Contoh Minit Curai: Bengkel Pemantapan Guru RBT Baharu Selangor
Contoh Minit Curai: Bengkel Pemantapan Guru RBT Baharu SelangorContoh Minit Curai: Bengkel Pemantapan Guru RBT Baharu Selangor
Contoh Minit Curai: Bengkel Pemantapan Guru RBT Baharu Selangor
rosedainty
 
Contoh Minit Curai: Bengkel Pembinaan Modul & Kertas Konsep
Contoh Minit Curai: Bengkel Pembinaan Modul & Kertas KonsepContoh Minit Curai: Bengkel Pembinaan Modul & Kertas Konsep
Contoh Minit Curai: Bengkel Pembinaan Modul & Kertas Konsep
rosedainty
 
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
rosedainty
 
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
rosedainty
 
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
rosedainty
 
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni VisualSDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
rosedainty
 
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & PenganodanSCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
rosedainty
 
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)
rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)
rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)
rosedainty
 
Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)
rosedainty
 
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet ReliefBahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
rosedainty
 
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur ClothespinBahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
rosedainty
 
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: TumbuhanNota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
rosedainty
 

More from rosedainty (20)

Bahan Relief: At the Beach (Video: Beach Bean)
Bahan Relief: At the Beach (Video: Beach Bean)Bahan Relief: At the Beach (Video: Beach Bean)
Bahan Relief: At the Beach (Video: Beach Bean)
 
Template Jadual Bertugas Kelas (Boleh Edit)
Template Jadual Bertugas Kelas (Boleh Edit)Template Jadual Bertugas Kelas (Boleh Edit)
Template Jadual Bertugas Kelas (Boleh Edit)
 
Tag Pelajar (Student Tag): I'm a Leader & I'm an Assistant
Tag Pelajar (Student Tag): I'm a Leader & I'm an AssistantTag Pelajar (Student Tag): I'm a Leader & I'm an Assistant
Tag Pelajar (Student Tag): I'm a Leader & I'm an Assistant
 
Kad Ganjaran (Reward Card): Punch Version
Kad Ganjaran (Reward Card): Punch VersionKad Ganjaran (Reward Card): Punch Version
Kad Ganjaran (Reward Card): Punch Version
 
Jurnal Praktikum IPG (Format dan Penulisan 12 Minggu)
Jurnal Praktikum IPG (Format dan Penulisan 12 Minggu)Jurnal Praktikum IPG (Format dan Penulisan 12 Minggu)
Jurnal Praktikum IPG (Format dan Penulisan 12 Minggu)
 
Contoh Minit Curai: Bengkel Pemantapan Guru RBT Baharu Selangor
Contoh Minit Curai: Bengkel Pemantapan Guru RBT Baharu SelangorContoh Minit Curai: Bengkel Pemantapan Guru RBT Baharu Selangor
Contoh Minit Curai: Bengkel Pemantapan Guru RBT Baharu Selangor
 
Contoh Minit Curai: Bengkel Pembinaan Modul & Kertas Konsep
Contoh Minit Curai: Bengkel Pembinaan Modul & Kertas KonsepContoh Minit Curai: Bengkel Pembinaan Modul & Kertas Konsep
Contoh Minit Curai: Bengkel Pembinaan Modul & Kertas Konsep
 
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
 
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
 
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
 
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni VisualSDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
 
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & PenganodanSCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
 
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
 
Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)
 
Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)
 
Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)
 
Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)
 
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet ReliefBahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
 
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur ClothespinBahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
 
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: TumbuhanNota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
 

SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan

  • 1. 1 AMALI 2: MENGKAJI SISTEM FISIOLOGI HAIWAN TAJUK : Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan. TUJUAN : Menghuraikan proses pencernaan seekor tikus dengan lukisan saintifik yang jelas berlabel setiap struktur dalam sistem tersebut. PENGENALAN : Percernaan ialah proses pemecahan dan penguraian bahan kompleks yang tidak larut kepada molekul ringkas yang boleh larut dandiserap oleh badandalam salur pencernaan. Fungsi utama sistem pencernaan ialah menyediakan zat nutrisi untuk memastikan sel dapat menjalankan fungsi spesifiknya dengan baik. Sebelum zat ini diserap oleh tubuh, makanan harus bergerak sepanjang saluran pencernaan yang disebut saluran alimentari. Saluran alimentari bermula daripada mulut dan berakhir pada anus. Tikus putih (Rattus norvegicus) telah dipilih sebagai haiwan percubaan untuk mengetahui sistem percernaan manusia kerana ciri-ciri genetiknya dan anatomi tubuh tikus yang hampir sama dengan manusia. Hal ini kerana tikus dan manusia ialah mamalia dan sama-sama tergolong dalam kategori organisma holozoik yang tidak boleh mensintesis makanan sendiri. Walaupun tikus ialah haiwan jenis rodensia di mana makanan melalui salur alimentari dua kali, organ-organ pencernaannya tidak banyak beza dengan manusia. RADAS : Pisau bedah, gunting, forsep, set pin, bekas kedap udara, papan bedah, sarung tangan, topeng muka. BAHAN : Tikus putih (Rattus norvegicus), kapas, klorofom, marker. PROSEDUR:
  • 2. 2 A. Prosedur Pembiusan Tikus. 1. Bekas kedap udara disediakan. 2. Kapas dititiskan dengan beberapa titik alkohol jenis klorofom. 3. Kapas yang telah dibasahi klorofom dimasukkan ke dalam bekas kedap udara. 4. Tikus dimasukkan ke dalam bekas dan bekas ditutup rapat. 5. Setelah 15 minit berlalu, tikus pengsan sepenuhnya. B. Prosedur Pembedahan Tikus. 1. Tikus yang telah pengsan diletakkan ke atas papan bedah dengan cara keempat-empat kakinya direntangkan dan ditusuk menggunakan pin. 2. Lukis garisan bedah di atas bulu tikus menggunakan marker sebagai petunjuk untuk membedah. 3. Kulit tikus bahagian bawah badannya dipegang menggunakan forsep untuk mencari epidermis tikus. 4. Lapisan epidermis tikus dipotong dengan berhati-hati dari bahagian bawah tikus sehingga rahangnya dan elakkan daripada memotong vena untuk mengelakkan percikan darah. 5. Bahagian lapisan epidermis dan dermis tikus dipisahkan dengan menggunakan pisau. 6. Epidermis tikus yang telah terpisah dipinkan ke papan bedah dengan menggunakan set pin. 7. Dermis tikus dipotong dan dimulakan di bahagian tengan badan dengan menggunakan pisau bedah. 8. Dermis sisi kiri dan kanan tikus dipotong dan dipinkan ke atas papan bedah.
  • 3. 3 9. Organ dalaman seekor tikus diperhatikan dan dilukis di atas sekeping kertas A4.. KEPUTUSAN: (Lukisan berlablel) PERBINCANGAN: Zat daripada makanan yang diambil dalam bentuk kompleks seperti karbohidrat, protein dan lipid perlu dihidrolisiskan ke bentuk molekul lebih ringkas melalui proses pencernaan dengan bantuan enzim pencernaan. Proses pencernaan amat penting kerana sel badan dilitupi dengan membran plasma yang bersifat separa telap. Membran plasma hanya membenarkan molekul kecil sahaja melaluinya seperti glukosa, asid amino, asid lemak, gliserol, vitamin dan mineral. Berikut ialah urutan salur alimentari bagi manusia: Mulut → Esofagus → Perut → Usus kecil → Kolon → Rektum → Anus Berikut ialah urutan salur alimentari bagi seekor tikus: Mulut → Esofagus → Perut → Usus kecil → Kekum → Kolon → Rektum → Anus (najis pertama) → Mulut → Perut → Usus kecil → Kolon → Rektum → Anus (najis kedua) Salur alimentari bagi manusia dan tikus adalah hampir sama. Hal ini kerana manusia berada pada kategori mamalia omnivore dan tikus pula mamalia herbivore yang mempunyai perut jenis rodensia. Makanan melalui salur alimentari hanya sekali pada manusia tetapi dua kali pada salur alimentari tikus (rodensia). Setiap fungsi organ pencernaan adalah sama. Namun, tikus mempunyai kekum yang bersaiz besar dan panjang. Kekum pada tikus mengandungi bakteria simbiotik atau protozoa untuk pencernaan
  • 4. 4 selulosa. Manusia juga mempunyai kekum tetapi bersaiz kecil dan tidak memainkan peranan dalam proses pencernaan. Selain itu, salur pencernaan tikus adalah lebih panjang untuk menyimpan makanan pada masa yang panjang berbanding manusia yang pendek tetapi lengkap. Berikut ialah penerangan ringkas untuk setiap organ pencernaan yang ada pada manusia dan menjalankan fungsi yang serupa dengan organ pencernaan pada tikus: 1. Mulut: Di mulut, makanan yang diambil akan dikunyah menggunakan gigi supaya menjadi butir halus. Lidah membantu dalam menerima deria rasa makanan dan menggerakkan makanan semasa kunyahan. Melalui duktus liur, kelenjar air liur akan merembeskan air liur mengandungi amilase yang bertindak ke atas karbohidrat (kanji) secara hidrolisis untuk menghasilkan maltosa. Hasil kunyahan makanan dalam butir halus akan bercampur dengan air liur untuk membentuk bolus dan ditelan memasuki esofagus. Protein dan lipid yang terkandung dalam makanan tidak dicernakan di dalam mulut. Pencernaan karbohidrat di mulut: Kanji + Air ⎯ ⎯ → ⎯amilase Maltosa 2. Esofagus: Pada esofagus, bolus makanan akan ditolak ke perut melalui proses peristalsis, iaitu pengecutan dan pengenduran otot secara beritma. Bolus akan melalui esofagus sepanjang 10 inci. Esofagus akan merembeskan mukus supaya bolus makanan mudah untuk bergerak menuju ke perut..
  • 5. 5 3. Perut: Seterusnya, bolus makanan akan disalurkan ke perut. Dinding perut yang mempunyai banyak kelenjar gaster akan merembeskan jus gastrik yang mengandungi asid hidroklorik (HCl), pepsin, renin dan mukus. Di perut, tiada pencernaan karbohidrat dan lipid tetapi berlakunya pencernaan protein. Enzim renin akan mengentalkan susu dengan menukarkan kaseinogen (protein susu larut) kepada kasein (protein susu tidak larut). Kemudian, pepsin akan menghidrolisis protein menjadi pepton dan polipeptida. Asid hidroklorik cair akan menyediakan pH berasid yang sesuai untuk tindakbalas pepsin dan renin, kemudiannya memecahkan nukleoprotein menjadi asid nukleik dan protein. Pencernaan protein di perut: Kaseinogen + Air ⎯ ⎯ → ⎯renin Kasein Protein + Air ⎯ ⎯ → ⎯ sin pep Polipeptida 4. Usus kecil: Kemudian, usus kecil akan menerima makanan daripada perut. Usus terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu duodenum di bahagian permulaan usus, jejunum di bahagian tengah dan diakhiri ileum. 4.1 Duodenum: Duodenum akan menerima jus hempedu daripada pundi hempedu dan jus pankreas (amilase, tripsin, lipase) daripada pankreas. Jus hempedu mengandungi garam hempedu yang berperanan dalam mengemulsikan lemak. Jus pankreas akan menjalankan peranan masing-masing dalam mencernakan karbohidrat, protein dan lipid.
  • 6. 6 Untuk karbohidrat, di duodenum, enzim amilase dirembeskan oleh pankreas akan menghidrolisis kanji yang belum dihidrolisis di rongga mulut kepada maltosa. Pencernaan karbohidrat di duodenum: Kanji + Air ⎯ ⎯ → ⎯amilase Maltosa Bagi protein, di duodenum, tripsin akan memangkinkan penguraian protein kepada pepton dan polipeptida serta memangkinkan penguraian polipeptida kepada peptida ringkas. Pencernaan protein di duodenum: Polipeptida + Air ⎯ ⎯ → ⎯ sin trip Peptida Untuk lipid, di duodenum, hempedu yang dirembeskan oleh hati mengalir masuk daripada pundi hempedu melalui duktus hempedu dan mengemulsikan lipid. Lipid teremulsi dengan ketegangan permukaan yang rendah, menyebabkan lipid terurai menjadi titisan kecil. Luas permukaan lipid yang luas memudahkan lipid dihidrolisis oleh enzim lipase untuk menghasilkan asid lemak dan gliserol. Pencernaan lipid di duodenum: Lipid + Air ⎯ ⎯ → ⎯lipase Asid lemak + Gliserol 4.2 Jejunum: Jejunum yang terletak di antara duodenum dan ileum berperanan dalam penyerapan protein dan karbohidrat. Jejunum ialah bahagian usus
  • 7. 7 yang menyerap zat daripada makanan yang dicerna secara maksimum. Di jejunum, penyerapan air turut berlaku. 4.3 Ileum: Di ileum, pencernaan karbohidrat, protein dan lipid dilengkapkan. Kelenjar di dinding usus akan merembeskan jus usus beralkali yang mengandungi maltase, laktase, sukrase dan peptidase. Untuk pencernaan karbohidrat, enzim-enzim seperti maltase, sukrase dan laktase akan bertindak ke atas substrat masing-masing iaitu maltosa, sukrosa dan laktosa. Pencernaan karbohidrat di ileum: Maltosa + Air ⎯ ⎯ → ⎯maltose Glukosa Sukrosa + Air ⎯ ⎯ → ⎯sukrase Glukosa + Fruktosa Laktosa + Air ⎯ ⎯ → ⎯laktase Glukosa + Galaktosa Untuk pencernaan protein yang berakhir di ileum, jus usus yang mengandungi enzim peptidase (erepsin) untuk memangkinkan hidrolisis pepton dan polipeptida kepada asid amino. Pencernaan protein di ileum: Peptida + Air ⎯ ⎯ → ⎯ sin erep Asid amino
  • 8. 8 5. Kolon: Kolon ialah usus besar yang berperanan dalam penyerapan air dan terlibat dalam pembentukan nyahtinja. Terdapat habitat bakteria baik di kolon yang menghasilkan vitamin B dan vitamin K. 90% air dan mineral akan diserap ke sel ephitial pada kolon, kemudian ke salur darah. Makanan yang tidak tercerna akan bergerak di sepanjang kolon dengan bantuan peristalsis. Dinding kolon akan merembeskan mukus untuk melancarkan pergerakan nyahtinja. 6. Rektum: Rektum ialah sebuah ruang untuk penyimpanan nyahtinja untuk sementara. Apabila makanan yang tidak tercerna atau juga dikenali sebagai nyahtinja bertambah memenuhi rektum, tekanan akan terhasil di rektum. Nyahtinja akan dipaksa keluar daripada tubuh melalui anus. 7. Anus: Anus ialah laluan khusus untuk nyahtinja keluar daripada tubuh badan. Proses menyingkirkan tinja ini disebut sebagai penyahtinjaan. SPESIFIKASI KEPADA SOALAN PERBINCANGAN: Seorang pelajar telah memakan nasi dan ayam goreng semasa makan malamnya. Bincangkan apa yang berlaku kepada makanan tersebut pada struktur ileum. Ileum ialah bahagian terakhir di dalam sistem pencernaan yang mengandungi kandungan nutrien seperti asid lemak, gliserol, asid amino, glukosa, vitamin dan mineral yang tinggi. Ileum terlibat secara aktif dalam penyerapan makanan yang dicerna. Terdapat lapisan sel epithial pada dinding usus kecil yang memudahkan proses penyerapan zat makanan. Bentuk fizikal usus kecil yang panjang dan berlipat-lipat, penyerapan zat makanan
  • 9. 9 mengambil masa yang agak panjang. Permukaan dinding usus kecil yang mempunyai villi mempercepatkan penyerapan dengan meluaskan luas permukaan untuk penyerapan zat makanan. Berbalik kepada soalan perbincangan, secara umumnya, nasi ialah sumber karbohidrat (kanji), manakala ayam goreng pula sumber protein (ayam) dan lipid (minyak goreng ayam). Karbohidrat terbahagi kepada tiga jenis iaitu monosakarida, disakarida dan polisakarida. Secara ringkasnya, monosakarida ialah gula ringkas, disakarida ialah dua monosakarida dan polisakarida ialah beratus monosakarida. Nasi ialah karbohidrat jenis polisakarida kerana mengandungi kanji. Semua polisakarida ialah bukan gula penurun dan tidak mempunyai rasa manis serta tidak larut di dalam air. Kanji dalam nasi akan mengaktifkan enzim-enzim pencernaan dalam jus usus seperti maltase, sukrase dan laktase untuk menghidrolisis substratnya iaitu maltosa, sukrosa dan laktosa kepada hasil yang lebih ringkas seperti glukosa, fruktosa dan galaktosa. Pencernaan karbohidrat (kanji) di ileum dengan bantuan enzim: Maltosa + Air ⎯ ⎯ → ⎯maltose Glukosa Sukrosa + Air ⎯ ⎯ → ⎯sukrase Glukosa + Fruktosa Laktosa + Air ⎯ ⎯ → ⎯laktase Glukosa + Galaktosa Protein yang terkandung dalam ayam akan dihidrolisiskan oleh enzim peptidase (erepsin) yang terkandung dalam jus usus yang dirembeskan oleh ileum. Hasil akhir tindakbalas enzim dan substrat bagi protein ialah asid amino.
  • 10. 10 Asid amino ialah binaan asas protein yang terdiri daripada kumpulan amina (-NH2), kumpulan karboksil (-COOH) dan kumpulan R (terdapat 20 jenis R yang menentukan jenis asid amino). Dua asid amino dihubungkan oleh ikatan peptida untuk membentuk dipeptida dan air melalui proses kondensasi dan sebaliknya melalui proses hidrolisis. Pencernaan protein di ileum: Peptida + Air ⎯ ⎯ → ⎯ sin erep Asid amino Asid amino terbahagi kepada dua, asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. Asid amino perlu tidak dapat disintesis oleh tubuh dan hanya boleh diperoleh melalui pemakanan. Protein kelas pertama seperti protein haiwan terletak pada kategori asid amino perlu. Kesimpulannya, ayam akan dicernakan dengan bantuan enzim-enzim diperlukan untuk menghasilkan molekul yang lebih kecil iaitu asid amino di akhir proses pencernaan. Lipid yang diperoleh daripada minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam akan dicernakan di duodenum, iaitu bahagian permulaan usus kecil. Hempedu yang dirembeskan oleh hati mengalir masuk daripada pundi hempedu melalui duktus hempedu dan mengemulsikan lipid. Lipid teremulsi dengan ketegangan permukaan yang rendah, menyebabkan lipid terurai menjadi titisan kecil. Luas permukaan lipid yang luas memudahkan lipid dihidrolisis oleh enzim lipase untuk menghasilkan asid lemak dan gliserol. Pencernaan lipid di duodenum: Lipid + Air ⎯ ⎯ → ⎯lipase Asid lemak + Gliserol Di ileum, asid lemak dan gliserol diserap ke dalam sel ephitial villi dan bergabung untuk membentuk titisan kecil lipid. Zat larut lemak seperti vitamin
  • 11. 11 A, D, E, dan K akan diserap bersama titisan lipid ke dalam lakteal dan dihantar ke sistem peredaran darah melalui sistem limfa. Zat larut air seperti glukosa, asid amino, vitamin B, vitamin C, ion mineral akan diserap ke dalam sel ephitial pada villi dan kemudiannya ke salur darah untuk dihantar ke hati. KESIMPULAN: Kesimpulannya, manusia perlulah mengambil pemakanan yang seimbang seperti yang telah disarankan mengikut piramid makanan untuk melancarkan sistem penghadaman dan memastikan pengambilan zat yang cukup. Makanan yang baik akan teroksida dengan mudah untuk menghasilkan tenaga yang efisien buat seseorang. Sel-sel badan juga dapat menerima nutrien yang diperlukan untuk menjalankan tugas spesifik masing-masing.
  • 12. 12 RUJUKAN: Bah, H. G. & Sri Naasariya. (2013). Complete reference: Matriculation biology 1, fourth edition. Kuala Lumpur, Malaysia: Oriental Academic Publication. Chang, T. H., Yamin Yasin, Fazilah Hamzah, Linggi Entain, Nor Azlina Mohd Arif, Norma Ismail et al. (2014). Kunci emas SPM: Biologi tingkatan 4. Petaling Jaya, Malaysia: Sasbadi Sdn. Bhd. Lee, S. C., Sudani Sudin, Nalini B., Jacqueline R. S., Nor Azlina Abd Aziz & Fariza Zakaria. (2013). Biology for matriculation semester 2, third edition. Shah Alam, Selangor, Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Mahadiah Muda. (2014). Xpress tuntas SPM: Biology (bilingual). Petaling Jaya, Malaysia: Sasbadi Sdn. Bhd. Nur Raihan Idris, Suhaima Mohammad Suki & Yap, C. M.. (2017). Revisi mobil biologi SPM. Puchong, Selangor, Malaysia: Penerbitan Nadi Ilmu Sdn. Bhd. Sahabuddin Basri, Shafizah Hisham, Norfarizah Ali & M. Rosli. (2016). S.O.S. ulang kaji last minute SPM. Petaling Jaya, Malaysia: Sasbadi Sdn. Bhd.