1. ALAT TEKNOLOGI UNTUK
MENGATASI MASALAH HAD
PENGLIHATAN DAN
PENDENGARAN
B6 D1 E1
Nama: NUR FARAH LIYANA BT MD ZAIDI
Kelas: 2 IBNU AMIR
Nombor Kad Pengenalan: 000228-03-0100
Nama Guru: PUAN NORASIAH BT ZAKARIA
2. PENGENALAN
Deria adalah keupayaan organ deria mengesan rangsangan. Manusia
mempunyai lima deria yang sangat penting iaitu, deria rasa, deria sentuhan,
deria bau, deria penglihatan dan deria pendengaran. Masing-masing
menggunakan organ deria tersendiri yang mempunyai reseptor yang amat peka
terhadap rangsangan dan juga spesifik dengan fungsinya. Misalnya, deria
penglihatan menggunakan mata sebagai organ deria dan deria pendengaran
menggunakan telinga sebagai organ deria.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa had dan halangan tertentu
kepada deria penglihatan dan deria pendengaran kita. Sebagai contohnya,
mata kita tidak dapat melihat objek yang sangat seni seperti mikroorganisma
manakala telinga kita pula tidak dapat mendengar bunyi yang sangat perlahan
atau yang sangat kuat.
Namun demikian, dengan adanya teknologi moden, halangan dan had
deria-deria seperti ini dapat ditangani dengan mudah. Alatan seperti
mikroskop, sinar-X, periskop dan alat pengesan ultrabunyi dapat membantu
mengatasi had deria penglihatan kita. Alatan seperti mikrofon, pembesar suara,
stetoskop dan alat bantu pendengaran pula mampu untuk membantu kita
mengatasi had deria pendengaran.
3. HAD PENGLIHATAN
1. Deria penglihatan mempunyai had.
2. Had deria penglihatan ialah had keupayaan mata untuk melihat objek di
sekeliling.
3. Kita tidak boleh melihat:
objek yang seni
- bakteria, virus dan atom
objek yang jauh
- bintang dan planet
melalui objek legap
di sekeliling sudut
4. ALAT TEKNOLOGI UNTUK MENGATASI
MASALAH HAD DERIA PENGLIHATAN
PERISKOP
Digunakan di dalam kapal selam untuk melihat objek di permukaan air.
SINAR-X
Menghasilkan imej pada filem dengan menggunakan sinaran bertenaga
tinggi yang dapat menembusi badan sehingga ke tisu badan.
ALAT PENGIMEJAN RESONANS MAGNETIK
Melihat tisu dalam badan menggunakan medan magnet yang kuat.
5. ALAT PENGESAN ULTRABUNYI
Untuk mengimbas imej pelbagai organ dalam badan dengan menggunakan
frekuensi gelombang bunyi yang tinggi.
ALAT PENGIMBAS TOMOGRAFI BERKOMPUTER
Mengesan tumor dan barah dalam otak.
MIKROSKOP
Membesarkan objek seni seperti bakteria dan sel menggunakan dua kanta
cembung, iaitu kanta mata dan kanta objek.
6. HAD PENDENGARAN
1. Deria pendengaran mempunyai had.
2. Had deria pendengaran ialah had keupayaan telinga untuk mendengar
bunyi di sekeliling.
3. Kita tidak boleh mendengar:
bunyi yang berfrekuensi terlalu rendah
bunyi yang berfrekuensi terlalu tinggi
bunyi yang jauh
bunyi yang terlalu perlahan
apabila telinga kurang elastik
7. ALAT TEKNOLOGI UNTUK MENGATASI
MASALAH HAD DERIA PENDENGARAN
ALAT BANTU PENDENGARAN
Membantu menguatkan lagi bunyi yang masuk ke dalam telinga.
IMPLAN KOKLEA
Membantu menghantarkan bunyi terus ke saraf pendengaran melalui
telinga.
PEMBESAR SUARA
Membuat pengumuman.
8. STETOSKOP
Menguatkan bunyi denyutan jantung supaya mudah kedengaran.
FON TELINGA
Mendengar muzik daripada radio/MP3.
MIKROFON
Mengubah gelombang bunyi menjadi gelombang elektrik bagi
meninggikan tekanan bunyi.
9. KESIMPULAN
Kemajuan teknologi pada masa kini nampaknya banyak membantu
manusia untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik. Alatan moden yang
canggih seperti mikroskop, sinar –X, periskop, alat pengesan ultrabunyi,
mikrofon, steteskop, pembesar suara dan juga alat bantu pengaran, ternyata
banyak membantu ramai manusia dalam mendapatkan keperluan hidup yang
maksimum.
Kendatipun, sekalipun teknologi yang ada ini banyak membantu kita,
namun perlulah kita sedari akan kepentingan menjaga organ deria kita dengan
baik. Ini juga bagi membolehkan kita menikmati segala kurniaan Tuhan dengan
sempurna dan tanpa perlu bersusah payah. Harus juga kita bersyukur dengan
segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri supaya dapat
menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin.