SlideShare a Scribd company logo
KAE 3013
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
TAJUK TUGASAN

TUGASAN 2
BINCANGKAN DENGAN LEBIH KRITIS TEORI PERKEMBANGAN
ARTISTIK KANAK-KANAK
KUMPULKAN SATU LUKISAN FIGURA BAGI SETIAP UMUR 3 – 12
TAHUN. ANALISIS SETIAP LUKISAN
KUMPULAN
EL – A18 (A122PJJ)

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO MATRIK

NO TELEFON

ROSLIZA BINTI RAZALI

D20112052413

0129530934

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. MAHANI BINTI RAZALI
TARIKH SERAH : 10 MEI 2013
1
ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

HALAMAN

1.

Penghargaan

3

2.

Teori Perkembangan Artistik oleh Al Hurwitz dan Michael Day

4

3.

Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan

7

Britain
4.

Bibliografi

19

2
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Mengasihani………………………….
Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas
Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan
hidayahnya, telah mengizinkan saya menyiapkan Tugasan KAE 3013 ini.
Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada Dr. Mahani binti Razali
pensyarah e-learning dan Cik Rubrina selaku tutor pembimbing tugasan ini yang telah banyak
membantu dengan penuh komitmen dalam membimbing, menasihati, memberi dorongan,
panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta kesungguhan beliau segala
permasalahan dan kekeliruan dapat diatasi. Tidak dilupakan juga setinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih ditujukan kepada guru-guru di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan yang sudi
memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan
seperjuangan yang membantu di kala buntu ketika menyiapkan tugasan ini dan suami serta kedua
anak-anak kecilku yang menjadi inspirasi menyambung pengajian PJJ ini. Budi kalian saya akan
kenang hingga akhir hayat. Insyaallah..
Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang
telah menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Tugasan KAE 3013 ini.
Amin........
Terima kasih yang tidak terhingga.

3
A. Teori Perkembangan Artistik oleh Al Hurwitz dan Michael Day

Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan tahap perkembangan artis kanak-kanak
tebahagi kepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat
manipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja.
“Stages of artistic development are useful norms that can enlighten the
teacher, but they should not be considered as goals for education.”
- Hurwitz dan Day (2001)

(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan
kerana umur mereka yang masih muda, biasanya di dalam lingkungan umur dua hingga
lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga tidak terkawal dan banyak terdapat di
dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis alatan atau bahan
dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain.

Penghasilan karya pada umur ini tidak bersifat realistik dan lebih kepada menggunakan lukisan
garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada umur ini, kanak-kanak lebih cenderung untuk
mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan
melalui pelbagai media.

Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu
contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal
dan contengan rupa.

Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya
kawalan dan garisan yang dihasilkan serta ia biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengan
garisan terkawal pula, garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang
dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal
4
menampakkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya
mengikut kehendak mereka.

Akhir sekali adalah contengan rupa, iaitu pada peringkat ini kanak-kanak berupaya
mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan
yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi
peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil.

Antara perkara penting yang perlu diberi penekanan adalah cara kanak-kanak memegang
alatan untuk melukis. Pada usia ini, bahan atau alatan tulis yang dipegang adalah mengikut
keupayaan cara dan gaya yang digemari oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung
kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokus
imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai.

(b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)

Daripada peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula beralih ke peringkat
menghasilkan simbol. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga
kanak-kanak berumur lapan tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh
dengan keadaan sekelilingnya.

Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang kerap dihasilkan adalah seperti
rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Imej dalam lukisan figura
merupakan imej yang paling dominan. Simbol dan imej yang dilukis oleh kanak-kanak
ini biasanya dimulai dengan imej mereka sendiri, kemudian diikuti dengan keluarga
terdekat seperti ibu bapa diikuti rakan-rakan. Pada peringkat ini juga, simbol yang
dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal pasti kerana kanak-kanak mempunyai
kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan.

Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma, imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan
terdiri daripada pelbagai saiz. Umumnya, seseorang yang penting di dalam kehidupan
5
kanak-kanak tersebut digambarkan lebih besar saiznya berbanding dengan imej figura
yang lain. Sebagai contoh, bapa digambarkan lebih besar daripada imej ahli keluarga
yang lain menjelaskan atau melambangkan kekuasaan dan kekuatan yang di miliki oleh bapa
selaku ketua keluarga. Dalam sesetengah keadaan, imej diri kanak-kanak itu juga mempunyai
saiz yang lebih besar berbanding dengan imej figura yang lain.

Pada permulaan peringkat pertama simbolisma ini, penggunaan warna terhadap imej tidak
menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada peringkat kedua pula, penggunaan warna ke
atas imej mula diperlihatkan. Sebagai contoh, imej langit dikaitkan dengan warna biru,
warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau
tumbuhan. Pada peringkat ketiga simbolisma,lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan
kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang mereka
tahu.

(c) Pra-Remaja (10-13 Tahun)

Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja.
Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula
dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Misalnya, figura manusia
mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuat
penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada
kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan warna yang
tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan
seolah-olah nampak realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula menggunakan kaedah
perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang
iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat.

6
B. Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain

Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanakkanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun. Peringkat perkembangan artistik
yang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumi lima peringkat utama iaitu
peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, peringkat dawning
realism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art.

(a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak
terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan
koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai
pergerakan tangan dan badan mereka mula melukis dari peringkat contengan
kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

(b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)
Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada
percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan
menggunakan garisan. Misalnya, ibu bapa dan orang yang rapat dengan
mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah
terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.

(c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek
berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau
konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam
imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai
contoh, kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada
kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah.

Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama
7
manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan
adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri
dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan
gemar untuk berkongsi.

(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan
skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis
secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak
mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula
membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka
berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang
dihasilkan.

(e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam
menghasilkan lukisan. Mereka menekankan konsep kedudukan dan saiz rasional
imej. Mereka lebih suka untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek
di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang
dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan
rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik.

(f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya
seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam
membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya
seni.

8
ANALISIS TENTANG PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK

Nama : Nur ‘Aisyah Humaira binti Mohd Fairdaus
Umur : 3 tahun
Bangsa : Melayu

Kanak-kanak ini menggunakan pensil sepenuhnya dan lukisan ini tidak diwarnakan. Dia
juga menggambarkan lukisan figura manusia ini dengan saiz tangan yang agak panjang dan
terletak di bahagian kepala. Cuma berlaku sedikit kekeliruan dengan tiga kaki yang dimiliki oleh
lukisan manusia ini. Pada masa yang sama, kanak-kanak ini mula menyatakan rambut yang
sedikit tumbuh di bahagian kepala. Kanak-kanak ini sudah belajar asas melukis di Taska Permata
Cemerlang, Taman Bandar Baru Tangkak berhampiran rumahnya, maka kemungkinan ini adalah
pengalamannya yang melukis bentuk manusia sebegini rupa. Kanak-kanak ini juga menulis
dengan tangan kiri (kidal). Simbol manusia sudah jelas kelihatan daripada lukisan kanak-kanak
ini yang mempunyai kepala, rambut, tangan, badan dan kaki.

9
Nama : Muhammad Afiq Bin Arif
Umur : 4 tahun
Bangsa : Melayu

Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan
lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap walaupun warna agak
kurang kemas. Terdapat contengan yang agak terkawal dan warna yang digunakan tidak
melebihi garisan bentuk badan lukisan figura manusia ini. Jantina yang menjadi pilihannya ialah
kanak-kanak perempuan yang memakai gaun merah. Mungkin ini pengaruh televisyen, ini
adalah kerana kanak-kanak ini tinggal di kawasan kampung. Warna rambut sudah digambarkan
berwarna hitam, warna kulit digambarkan bersawa matang, dengan warna baju dan kasut yang
kemerahan. Rambut, muka, tangan, badan dan kaki yang sudah jelas kelihatan. Kanak-kanak ini
telah belajar melukis di kelas Tabika Bukit Gambir, Johor. Maka kemungkinan ini adalah
pengalamannya yang melukis bentuk manusia daripada apa yang telah diajar oleh guru tabikanya

10
Nama : Mariam Izati Binti Zulkifli
Umur : 5 tahun
Bangsa : Melayu

Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan
lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang sehingga paras pinggang sahaja.
Warna yang digunakan juga berwarna-warni dan agak kemas. Terdapat contengan yang agak
terkawal dan warna yang digunakan tidak melebihi garisan bentuk badan lukisan figura manusia
ini. Lukisan figura ini jantinanya adalah kanak-kanak lelaki kerana lukisan ini memakai kopiah
(songkok). Bentuk telinga, muka, mata. hidung yang bulat, mulut, tangan dan badan amat jelas
kelihatan. Penggunaan pensil warna juga pelbagai iaitu kopiah berwarna biru, kulit sawa matang,
baju berwarna hijau dan ungu. Cuma kekeliruan berlaku apabila mulut lukisan figura ini
berwarna mera, ianya lebih kepada perempuan. Latar belakang pula, terdapatnya meja, pensil,
pemadam, kuih donut dan pasu bunga. Ini mungkin persekitaran dalaman kelas prasekolah dan
kuih kesukaannya. Tetapi sepatutnya donut itu berwarna coklat. Kanak-kanak ini telah belajar
melukis dan mewarna di kelas Prasekolahnya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Johor. Maka
kemungkinan ini adalah pengalamannya yang melukis bentuk manusia daripada apa yang telah
diajar oleh guru prasekolahnya

11
Nama : Siti ‘Aina Madihah binti Ahmad
Umur : 6 tahun
Bangsa : Melayu

Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan
lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap dan mempunyai tiga
orang yang berlainan jantina iaitu dua lelaki dan satu perempuan. Warna yang digunakan juga
berwarna-warni dan kemas. Terdapat contengan yang agak terkawal dan warna yang digunakan
tidak melebihi garisan bentuk badan lukisan figura manusia ini. ‘Aina juga menggunakan teknik
garisan pada cara dia mewarna pakaian lukisan figurannya. Penggunaan pensil warna juga
pelbagai iaitu bagi perempuan bertudung ungu, berbaju biru dan berkain oren. Manakala, lelaki
bersongkok hitam, berambut hitam yang kerinting, berbaju hijau dan merah jambu dan berseluar
merah jambu dan hijau. Mungkin gambaran ‘Aina ini adalah sebuah keluarga iaitu ini adalah
sebuah keluarga; ibu, ayah dan anak lelaki. Kanak-kanak ini telah belajar melukis dan mewarna
di kelas Prasekolahnya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Johor. Maka kemungkinan ini
adalah pengalamannya yang melukis bentuk lengkap manusia daripada apa yang telah diajar oleh
guru prasekolahnya.
12
Nama : Nur Eliya Anisa Binti Shukor
Umur : 7 tahun
Bangsa : Melayu

Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan
lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap dan mempunyai dua
orang yang berlainan jantina iaitu satu lelaki dewasa dan satu perempuan dewasa juga. Warna
yang digunakan juga berwarna-warni dan kemas. Terdapat imej manusia diganbarkan dengan
rupa dan bentuk yang jelas . ‘Aina juga menggunakan teknik garisan pada cara dia mewarna
pakaian lukisan figurannya. Penggunaan pensil warna juga pelbagai iaitu bagi perempuan
bertudung kuning dan bajunya berwarna kontra iaitu hijau cair dan pekat, merah jambu dan oren.
Manakala, lelaki bersongkok hitam,, berbaju melayu biru muda dan siap bersampin biru tua.
Mungkin gambaran Anisa ini adalah pasangan yang baru berkahwin atau bercinta kerana
terdapatnya simbol ‘love’ antara lukisan figura lelaki dan perempuan ini. Mungkin juga
pasangan ini Anisa terjumpa ketika sambutan Hari Raya Puasa kerana terdapatnya lukisan
ketupat nasi pada latar belakangnya. Daya imaginasi Anisa sangat menarik. Kanak-kanak ini
telah belajar melukis dan mewarna di kelas tahun satunya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan,
Johor. Maka kemungkinan ini adalah pengalamannya yang melukis bentuk lengkap manusia
daripada apa yang telah diajar oleh guru Pendidikan seni Visualnya.
13
Nama : Nur Dini binti Mohd.Nor
Umur : 8 tahun
Bangsa : Melayu

Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan
lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap dan mempunyai dua
orang yang berlainan jantina iaitu satu lelaki dewasa dan satu perempuan. Warna yang digunakan
juga berwarna-warni dan kemas. Terdapat imej manusia digambarkan dengan rupa dan bentuk
yang jelas . Dini juga menggunakan teknik garisan pada cara dia mewarna pakaian lukisan
figurannya. Penggunaan pensil warna juga pelbagai iaitu bagi kanak – kanak perempuan berbaju
kuning dan lelaki dewasa itu berwarna hijau serta bersampin hitam. Mungkin gambaran Dini ini
adalah bapa dan anaknya yang sedang bersalaman sempena sambutan Hari Raya Puasa yang
tersenyum gembira.Daya imaginasi Dini sangat menarik. Latar belakangnya juga berada di
dalam rumah yang mempunyai langsir bercorak geometri hijau kuning dan rumah diperbuat
daripada kayu serta pemandangan di luar rumah yang kelihatan banyak ekor burung yang sedang
terbang. Ini adalah kerana Dini tinggal di kawasan kampung, ia mempengaruhi gambaran lukisan
figuranya.suasana yang digambarkan sangat gembira. Kanak-kanak ini telah belajar melukis dan
mewarna di kelas tahun duanya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Johor. Maka kemungkinan
ini adalah pengalamannya yang melukis bentuk lengkap manusia daripada apa yang telah diajar
oleh guru Pendidikan seni Visualnya.
14
Nama : Siti Fairuz Binti M. Azhar
Umur : 9 tahun
Bangsa : Melayu

Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan
lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap dan mempunyai tiga
orang yang berlainan jantina iaitu satu lelaki dewasa dan dua perempuan. Warna yang digunakan
juga berwarna-warni dan kemas. Terdapat imej manusia digambarkan dengan rupa dan bentuk
yang jelas . Dini juga menggunakan teknik garisan pada cara dia mewarna pakaian lukisan
figurannya. Penggunaan pensil warna juga pelbagai iaitu bagi kanak – kanak perempuan yang
bertocang dua, dia memakai baju berwarna merah, berkain oren. Manakala, seorang perempuan
yang bertudung hitam dan berbaju biru serat seorang remaja lelaki yang berbaju oren, hitam,
berambut hitam yang agak panjang dan berseluar hijau. Mungkin gambaran Fairuz yang melihat
persekitaran terhadap cara orang sekeliling berpakaian.Daya imaginasi Fairuz sangat menarik.
Latar belakangnya juga terdapat baying-bayang pada bahagian kaki lukisan figuranya. Fairuz
telah belajar melukis dan mewarna di kelas tahun tiga nya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan,
Johor. Maka kemungkinan ini adalah pengalamannya yang melukis bentuk lengkap manusia
daripada apa yang telah diajar oleh guru Pendidikan seni Visualnya.

15
Nama : Nur Faziana binti K. afendi
Umur : 10 tahun
Bangsa : Melayu

Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan
lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap dan mempunyai tiga
orang yang jantinanya perempuan. Warna yang digunakan juga berwarna-warni dan kemas.
Terdapat imej manusia digambarkan dengan rupa dan bentuk yang jelas . Ana juga menggunakan
teknik garisan pada cara dia mewarna pakaian lukisan figurannya. Penggunaan pensil warna juga
pelbagai. Mungkin gambaran Ana ini adalah tiga kanak-kanak perempuan yang menyertai
pertandingan pakaian cantik.Daya imaginasi Dini sangat menarik. Ana telah belajar melukis dan
mewarna di kelas tahun empatnya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Johor. Maka
kemungkinan ini adalah pengalamannya yang melukis bentuk lengkap manusia daripada apa
yang telah diajar oleh guru Pendidikan seni Visualnya.

16
Nama : Syafika Izwanie binti Roslan
Umur : 11 tahun
Bangsa : Melayu

Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan
lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap yang jantinanya
perempuan. Warna yang digunakan juga berwarna-warni dan kemas. Terdapat imej manusia
digambarkan dengan rupa dan bentuk yang jelas . Syafika juga menggunakan teknik garisan pada
cara dia mewarna pakaian lukisan figurannya dan kemas. Penggunaan pensil warna juga
pelbagai. Mungkin gambaran Syafika ini adalah seorang doktor perempuan yang agak bergaya.
Daya imaginasi Syafika sangat menarik. Syafika telah belajar melukis dan mewarna di kelas
tahun limanya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Johor. Maka kemungkinan ini adalah
pengalamannya yang melukis bentuk lengkap manusia daripada apa yang telah diajar oleh guru
Pendidikan seni Visualnya.

17
Nama : Amiza Lyana Binti Mahat
Umur : 12 tahun
Bangsa : Melayu

Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan
lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap yang jantinanya
perempuan dan sedang menoreh pokok getah . Warna yang digunakan juga berwarna-warni dan
kemas. Terdapat imej manusia digambarkan dengan rupa dan bentuk yang jelas . Amiza juga
menggunakan teknik garisan pada cara dia mewarna pakaian lukisan figurannya. Penggunaan
pensil warna juga pelbagai. Mungkin gambaran Amiza ialah berkaitan latar belakangnya yang
menorah getah. Ini mempengaruhi hasil lukisan figuranya.. Daya imaginasi Amiza sangat
menarik. Amiza telah belajar melukis dan mewarna di kelas tahun enamnya di Sekolah
Kebangsaan Parit Kasan, Johor. Maka kemungkinan ini adalah pengalamannya yang melukis
bentuk lengkap manusia daripada apa yang telah diajar oleh guru Pendidikan seni Visualnya.

18
Rujukan buku
1. Kamus Dewan .(2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Mok Soon Sang .(2008). Perkembangan Kanak-kanak.Selangor:Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
3. Khairuddin Mohamad.(2011).Literasi Bahasa Melayu, Siri Pendidikan Guru.Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
4. Chang Hon Woon.(2008).Teori Seni Visual Edisi Kedua.Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka.
5. Mok, S. S. (2011). Psikologi Pendidikan (2nd ed).Puchong, Selangor:Penerbit Multimedia Sdn
Bhd.
6. Mohd. Azhar Abd. Hamaid. (2004). Kreativiti:Konsep dan Teori Praktis.Johor:
Universiti Teknologi Malaysia.

Rujukan internet
1. http://blogcikgumazlan.blogspot.com/2012/05/6-seni-dan-perkembangan-kanak-kanak.html
2. http://zulprasekolah.blogspot.com/
3. http://assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/751212105056_135109_final
.pdf
4. http://flow-sharul.blogspot.com/2009/08/kreativiti-taylor.html
5. http://bz-li.blogspot.com/2012_01_01_archive.html
6. http://iefahart.blogspot.com/2012/01/teori-kreativiti-victor-lowenfeld.html
7. http://assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/840203125383_182866_final
.pdf

19
20

More Related Content

Similar to Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

paud
paudpaud
paud
juni apri
 
green arts
green artsgreen arts
green arts
juni apri
 
MODUL 10 P.SENI APRESIASI SENI RUPA ANAK.pptx
MODUL 10 P.SENI APRESIASI SENI RUPA ANAK.pptxMODUL 10 P.SENI APRESIASI SENI RUPA ANAK.pptx
MODUL 10 P.SENI APRESIASI SENI RUPA ANAK.pptx
erick426983
 
Saran perbaikan karil dwi susilowati
Saran perbaikan karil dwi susilowatiSaran perbaikan karil dwi susilowati
Saran perbaikan karil dwi susilowati
maz_baz
 
Pendidikan seni rupa untuk anak usia dini
Pendidikan seni rupa untuk anak usia diniPendidikan seni rupa untuk anak usia dini
Pendidikan seni rupa untuk anak usia dini
Agussani Algani
 
Teori Perkembangan.pptx
Teori Perkembangan.pptxTeori Perkembangan.pptx
Teori Perkembangan.pptx
deskaaisyiahanifa
 
3. Hubungan Kreativitas dengan Intelektual dan Periode Kreativitas Anak.pptx
3. Hubungan Kreativitas dengan Intelektual dan Periode Kreativitas Anak.pptx3. Hubungan Kreativitas dengan Intelektual dan Periode Kreativitas Anak.pptx
3. Hubungan Kreativitas dengan Intelektual dan Periode Kreativitas Anak.pptx
AjangRamdani1
 
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakKepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Mazri Muhammad
 
Bjt umum tugas2
Bjt umum tugas2Bjt umum tugas2
Bjt umum tugas2
RitaHardiantiAris
 
Konseling anak
Konseling anakKonseling anak
Konseling anak
didit23
 
Konseling anak
Konseling anakKonseling anak
Konseling anak
didit23
 
Terapi menggambar
Terapi menggambarTerapi menggambar
Terapi menggambardidit23
 
Perkembangan kognitif anak balit1
Perkembangan kognitif anak balit1Perkembangan kognitif anak balit1
Perkembangan kognitif anak balit1amyprahesti
 
Kelompok 6 modul 10 Pendidikan Seni di SD
Kelompok 6 modul 10 Pendidikan Seni di SDKelompok 6 modul 10 Pendidikan Seni di SD
Kelompok 6 modul 10 Pendidikan Seni di SD
irhannanatasya
 
Assignment hbae membentuk dan membuat binaan
Assignment hbae membentuk dan membuat binaanAssignment hbae membentuk dan membuat binaan
Assignment hbae membentuk dan membuat binaan
mdgeehan
 
Pengembangan Materi Kognitif Math (Mencocokkan-Mengurutkan-Menghitung)
Pengembangan Materi Kognitif Math (Mencocokkan-Mengurutkan-Menghitung)Pengembangan Materi Kognitif Math (Mencocokkan-Mengurutkan-Menghitung)
Pengembangan Materi Kognitif Math (Mencocokkan-Mengurutkan-Menghitung)
EvaniaYafie
 
SKRIPSI Upaya meningkatkan kreativitas menggambar melalui pendekatan contextu...
SKRIPSI Upaya meningkatkan kreativitas menggambar melalui pendekatan contextu...SKRIPSI Upaya meningkatkan kreativitas menggambar melalui pendekatan contextu...
SKRIPSI Upaya meningkatkan kreativitas menggambar melalui pendekatan contextu...Nugie Outsider's
 
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
LAPORAN KAJIAN TINDAKANLAPORAN KAJIAN TINDAKAN
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
Siti Ana
 
KOGNITIF MATEMATIKA (PART 5) (WAKTU, MENGGAMBAR GRAFIK, DAN SIMBOL)
KOGNITIF MATEMATIKA (PART 5) (WAKTU, MENGGAMBAR GRAFIK, DAN SIMBOL)KOGNITIF MATEMATIKA (PART 5) (WAKTU, MENGGAMBAR GRAFIK, DAN SIMBOL)
KOGNITIF MATEMATIKA (PART 5) (WAKTU, MENGGAMBAR GRAFIK, DAN SIMBOL)
EvaniaYafie
 
Similar to Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1 (20)

paud
paudpaud
paud
 
green arts
green artsgreen arts
green arts
 
MODUL 10 P.SENI APRESIASI SENI RUPA ANAK.pptx
MODUL 10 P.SENI APRESIASI SENI RUPA ANAK.pptxMODUL 10 P.SENI APRESIASI SENI RUPA ANAK.pptx
MODUL 10 P.SENI APRESIASI SENI RUPA ANAK.pptx
 
Saran perbaikan karil dwi susilowati
Saran perbaikan karil dwi susilowatiSaran perbaikan karil dwi susilowati
Saran perbaikan karil dwi susilowati
 
Pendidikan seni rupa untuk anak usia dini
Pendidikan seni rupa untuk anak usia diniPendidikan seni rupa untuk anak usia dini
Pendidikan seni rupa untuk anak usia dini
 
Teori Perkembangan.pptx
Teori Perkembangan.pptxTeori Perkembangan.pptx
Teori Perkembangan.pptx
 
3. Hubungan Kreativitas dengan Intelektual dan Periode Kreativitas Anak.pptx
3. Hubungan Kreativitas dengan Intelektual dan Periode Kreativitas Anak.pptx3. Hubungan Kreativitas dengan Intelektual dan Periode Kreativitas Anak.pptx
3. Hubungan Kreativitas dengan Intelektual dan Periode Kreativitas Anak.pptx
 
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakKepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanak
 
Bjt umum tugas2
Bjt umum tugas2Bjt umum tugas2
Bjt umum tugas2
 
Konseling anak
Konseling anakKonseling anak
Konseling anak
 
Konseling anak
Konseling anakKonseling anak
Konseling anak
 
Terapi menggambar
Terapi menggambarTerapi menggambar
Terapi menggambar
 
Perkembangan kognitif anak balit1
Perkembangan kognitif anak balit1Perkembangan kognitif anak balit1
Perkembangan kognitif anak balit1
 
Kelompok 6 modul 10 Pendidikan Seni di SD
Kelompok 6 modul 10 Pendidikan Seni di SDKelompok 6 modul 10 Pendidikan Seni di SD
Kelompok 6 modul 10 Pendidikan Seni di SD
 
Assignment hbae membentuk dan membuat binaan
Assignment hbae membentuk dan membuat binaanAssignment hbae membentuk dan membuat binaan
Assignment hbae membentuk dan membuat binaan
 
Pengembangan Materi Kognitif Math (Mencocokkan-Mengurutkan-Menghitung)
Pengembangan Materi Kognitif Math (Mencocokkan-Mengurutkan-Menghitung)Pengembangan Materi Kognitif Math (Mencocokkan-Mengurutkan-Menghitung)
Pengembangan Materi Kognitif Math (Mencocokkan-Mengurutkan-Menghitung)
 
SKRIPSI Upaya meningkatkan kreativitas menggambar melalui pendekatan contextu...
SKRIPSI Upaya meningkatkan kreativitas menggambar melalui pendekatan contextu...SKRIPSI Upaya meningkatkan kreativitas menggambar melalui pendekatan contextu...
SKRIPSI Upaya meningkatkan kreativitas menggambar melalui pendekatan contextu...
 
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
LAPORAN KAJIAN TINDAKANLAPORAN KAJIAN TINDAKAN
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
 
KOGNITIF MATEMATIKA (PART 5) (WAKTU, MENGGAMBAR GRAFIK, DAN SIMBOL)
KOGNITIF MATEMATIKA (PART 5) (WAKTU, MENGGAMBAR GRAFIK, DAN SIMBOL)KOGNITIF MATEMATIKA (PART 5) (WAKTU, MENGGAMBAR GRAFIK, DAN SIMBOL)
KOGNITIF MATEMATIKA (PART 5) (WAKTU, MENGGAMBAR GRAFIK, DAN SIMBOL)
 
Kepentingan seni visual bahan psv
Kepentingan seni visual bahan psvKepentingan seni visual bahan psv
Kepentingan seni visual bahan psv
 
Recently uploaded

GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptxGERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
fildiausmayusuf1
 
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docxLaporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
Laporan Pembina Pramuka sd format doc.docx
RUBEN Mbiliyora
 
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdfPanduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
MildayantiMildayanti
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan_ PENGAWASAN P3DN & TKDN_ pd PENGADAAN Ba...
Kanaidi ken
 
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDFJUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
JUKNIS SOSIALIASI PPDB JATENG 2024/2025.PDF
budimoko2
 
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Fathan Emran
 
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul AjarPowerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
MashudiMashudi12
 
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdfMODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
MODUL P5 FASE B KELAS 4 MEMBUAT COBRICK.pdf
YuristaAndriyani1
 
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdfPpt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
fadlurrahman260903
 
Kisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdf
Kisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdfKisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdf
Kisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdf
indraayurestuw
 
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdfPPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
PPT ELABORASI PEMAHAMAN MODUL 1.4. budaya positfpdf
SdyokoSusanto1
 
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Kanaidi ken
 
Kebijakan PPDB Siswa SMA dan SMK DIY 2024
Kebijakan PPDB Siswa SMA dan SMK DIY 2024Kebijakan PPDB Siswa SMA dan SMK DIY 2024
Kebijakan PPDB Siswa SMA dan SMK DIY 2024
DrEngMahmudKoriEffen
 
Pemaparan budaya positif di sekolah.pptx
Pemaparan budaya positif di sekolah.pptxPemaparan budaya positif di sekolah.pptx
Pemaparan budaya positif di sekolah.pptx
maulatamah
 
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
nasrudienaulia
 
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdekaKKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
KKTP Kurikulum Merdeka sebagai Panduan dalam kurikulum merdeka
irvansupriadi44
 
ANALISIS PENCEMARAN UDARA AKIBAT PABRIK ASPAL
ANALISIS PENCEMARAN UDARA AKIBAT PABRIK ASPALANALISIS PENCEMARAN UDARA AKIBAT PABRIK ASPAL
ANALISIS PENCEMARAN UDARA AKIBAT PABRIK ASPAL
Annisa Syahfitri
 
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdekaSOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
SOAL ASAS SENI MUSIK kelas 2 semester 2 kurikulum merdeka
NiaTazmia2
 
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOKPENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
GusniartiGusniarti5
 
Recently uploaded (20)

Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1

  • 1. KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN TUGASAN 2 BINCANGKAN DENGAN LEBIH KRITIS TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK KUMPULKAN SATU LUKISAN FIGURA BAGI SETIAP UMUR 3 – 12 TAHUN. ANALISIS SETIAP LUKISAN KUMPULAN EL – A18 (A122PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO MATRIK NO TELEFON ROSLIZA BINTI RAZALI D20112052413 0129530934 NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. MAHANI BINTI RAZALI TARIKH SERAH : 10 MEI 2013 1
  • 2. ISI KANDUNGAN BIL PERKARA HALAMAN 1. Penghargaan 3 2. Teori Perkembangan Artistik oleh Al Hurwitz dan Michael Day 4 3. Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan 7 Britain 4. Bibliografi 19 2
  • 3. PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…………………………. Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah mengizinkan saya menyiapkan Tugasan KAE 3013 ini. Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada Dr. Mahani binti Razali pensyarah e-learning dan Cik Rubrina selaku tutor pembimbing tugasan ini yang telah banyak membantu dengan penuh komitmen dalam membimbing, menasihati, memberi dorongan, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta kesungguhan beliau segala permasalahan dan kekeliruan dapat diatasi. Tidak dilupakan juga setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada guru-guru di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan yang sudi memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan seperjuangan yang membantu di kala buntu ketika menyiapkan tugasan ini dan suami serta kedua anak-anak kecilku yang menjadi inspirasi menyambung pengajian PJJ ini. Budi kalian saya akan kenang hingga akhir hayat. Insyaallah.. Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang telah menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Tugasan KAE 3013 ini. Amin........ Terima kasih yang tidak terhingga. 3
  • 4. A. Teori Perkembangan Artistik oleh Al Hurwitz dan Michael Day Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan tahap perkembangan artis kanak-kanak tebahagi kepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat manipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja. “Stages of artistic development are useful norms that can enlighten the teacher, but they should not be considered as goals for education.” - Hurwitz dan Day (2001) (a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana umur mereka yang masih muda, biasanya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis alatan atau bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. Penghasilan karya pada umur ini tidak bersifat realistik dan lebih kepada menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada umur ini, kanak-kanak lebih cenderung untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media. Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa. Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan serta ia biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengan garisan terkawal pula, garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal 4
  • 5. menampakkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka. Akhir sekali adalah contengan rupa, iaitu pada peringkat ini kanak-kanak berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil. Antara perkara penting yang perlu diberi penekanan adalah cara kanak-kanak memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini, bahan atau alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang digemari oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai. (b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun) Daripada peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga kanak-kanak berumur lapan tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang kerap dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Imej dalam lukisan figura merupakan imej yang paling dominan. Simbol dan imej yang dilukis oleh kanak-kanak ini biasanya dimulai dengan imej mereka sendiri, kemudian diikuti dengan keluarga terdekat seperti ibu bapa diikuti rakan-rakan. Pada peringkat ini juga, simbol yang dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal pasti kerana kanak-kanak mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan. Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma, imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Umumnya, seseorang yang penting di dalam kehidupan 5
  • 6. kanak-kanak tersebut digambarkan lebih besar saiznya berbanding dengan imej figura yang lain. Sebagai contoh, bapa digambarkan lebih besar daripada imej ahli keluarga yang lain menjelaskan atau melambangkan kekuasaan dan kekuatan yang di miliki oleh bapa selaku ketua keluarga. Dalam sesetengah keadaan, imej diri kanak-kanak itu juga mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan imej figura yang lain. Pada permulaan peringkat pertama simbolisma ini, penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada peringkat kedua pula, penggunaan warna ke atas imej mula diperlihatkan. Sebagai contoh, imej langit dikaitkan dengan warna biru, warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau tumbuhan. Pada peringkat ketiga simbolisma,lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang mereka tahu. (c) Pra-Remaja (10-13 Tahun) Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Misalnya, figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuat penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan seolah-olah nampak realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula menggunakan kaedah perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat. 6
  • 7. B. Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanakkanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun. Peringkat perkembangan artistik yang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, peringkat dawning realism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art. (a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. (b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun) Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Misalnya, ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza. (c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai contoh, kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama 7
  • 8. manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi. (d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. (e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menekankan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih suka untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik. (f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. 8
  • 9. ANALISIS TENTANG PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK Nama : Nur ‘Aisyah Humaira binti Mohd Fairdaus Umur : 3 tahun Bangsa : Melayu Kanak-kanak ini menggunakan pensil sepenuhnya dan lukisan ini tidak diwarnakan. Dia juga menggambarkan lukisan figura manusia ini dengan saiz tangan yang agak panjang dan terletak di bahagian kepala. Cuma berlaku sedikit kekeliruan dengan tiga kaki yang dimiliki oleh lukisan manusia ini. Pada masa yang sama, kanak-kanak ini mula menyatakan rambut yang sedikit tumbuh di bahagian kepala. Kanak-kanak ini sudah belajar asas melukis di Taska Permata Cemerlang, Taman Bandar Baru Tangkak berhampiran rumahnya, maka kemungkinan ini adalah pengalamannya yang melukis bentuk manusia sebegini rupa. Kanak-kanak ini juga menulis dengan tangan kiri (kidal). Simbol manusia sudah jelas kelihatan daripada lukisan kanak-kanak ini yang mempunyai kepala, rambut, tangan, badan dan kaki. 9
  • 10. Nama : Muhammad Afiq Bin Arif Umur : 4 tahun Bangsa : Melayu Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap walaupun warna agak kurang kemas. Terdapat contengan yang agak terkawal dan warna yang digunakan tidak melebihi garisan bentuk badan lukisan figura manusia ini. Jantina yang menjadi pilihannya ialah kanak-kanak perempuan yang memakai gaun merah. Mungkin ini pengaruh televisyen, ini adalah kerana kanak-kanak ini tinggal di kawasan kampung. Warna rambut sudah digambarkan berwarna hitam, warna kulit digambarkan bersawa matang, dengan warna baju dan kasut yang kemerahan. Rambut, muka, tangan, badan dan kaki yang sudah jelas kelihatan. Kanak-kanak ini telah belajar melukis di kelas Tabika Bukit Gambir, Johor. Maka kemungkinan ini adalah pengalamannya yang melukis bentuk manusia daripada apa yang telah diajar oleh guru tabikanya 10
  • 11. Nama : Mariam Izati Binti Zulkifli Umur : 5 tahun Bangsa : Melayu Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang sehingga paras pinggang sahaja. Warna yang digunakan juga berwarna-warni dan agak kemas. Terdapat contengan yang agak terkawal dan warna yang digunakan tidak melebihi garisan bentuk badan lukisan figura manusia ini. Lukisan figura ini jantinanya adalah kanak-kanak lelaki kerana lukisan ini memakai kopiah (songkok). Bentuk telinga, muka, mata. hidung yang bulat, mulut, tangan dan badan amat jelas kelihatan. Penggunaan pensil warna juga pelbagai iaitu kopiah berwarna biru, kulit sawa matang, baju berwarna hijau dan ungu. Cuma kekeliruan berlaku apabila mulut lukisan figura ini berwarna mera, ianya lebih kepada perempuan. Latar belakang pula, terdapatnya meja, pensil, pemadam, kuih donut dan pasu bunga. Ini mungkin persekitaran dalaman kelas prasekolah dan kuih kesukaannya. Tetapi sepatutnya donut itu berwarna coklat. Kanak-kanak ini telah belajar melukis dan mewarna di kelas Prasekolahnya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Johor. Maka kemungkinan ini adalah pengalamannya yang melukis bentuk manusia daripada apa yang telah diajar oleh guru prasekolahnya 11
  • 12. Nama : Siti ‘Aina Madihah binti Ahmad Umur : 6 tahun Bangsa : Melayu Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap dan mempunyai tiga orang yang berlainan jantina iaitu dua lelaki dan satu perempuan. Warna yang digunakan juga berwarna-warni dan kemas. Terdapat contengan yang agak terkawal dan warna yang digunakan tidak melebihi garisan bentuk badan lukisan figura manusia ini. ‘Aina juga menggunakan teknik garisan pada cara dia mewarna pakaian lukisan figurannya. Penggunaan pensil warna juga pelbagai iaitu bagi perempuan bertudung ungu, berbaju biru dan berkain oren. Manakala, lelaki bersongkok hitam, berambut hitam yang kerinting, berbaju hijau dan merah jambu dan berseluar merah jambu dan hijau. Mungkin gambaran ‘Aina ini adalah sebuah keluarga iaitu ini adalah sebuah keluarga; ibu, ayah dan anak lelaki. Kanak-kanak ini telah belajar melukis dan mewarna di kelas Prasekolahnya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Johor. Maka kemungkinan ini adalah pengalamannya yang melukis bentuk lengkap manusia daripada apa yang telah diajar oleh guru prasekolahnya. 12
  • 13. Nama : Nur Eliya Anisa Binti Shukor Umur : 7 tahun Bangsa : Melayu Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap dan mempunyai dua orang yang berlainan jantina iaitu satu lelaki dewasa dan satu perempuan dewasa juga. Warna yang digunakan juga berwarna-warni dan kemas. Terdapat imej manusia diganbarkan dengan rupa dan bentuk yang jelas . ‘Aina juga menggunakan teknik garisan pada cara dia mewarna pakaian lukisan figurannya. Penggunaan pensil warna juga pelbagai iaitu bagi perempuan bertudung kuning dan bajunya berwarna kontra iaitu hijau cair dan pekat, merah jambu dan oren. Manakala, lelaki bersongkok hitam,, berbaju melayu biru muda dan siap bersampin biru tua. Mungkin gambaran Anisa ini adalah pasangan yang baru berkahwin atau bercinta kerana terdapatnya simbol ‘love’ antara lukisan figura lelaki dan perempuan ini. Mungkin juga pasangan ini Anisa terjumpa ketika sambutan Hari Raya Puasa kerana terdapatnya lukisan ketupat nasi pada latar belakangnya. Daya imaginasi Anisa sangat menarik. Kanak-kanak ini telah belajar melukis dan mewarna di kelas tahun satunya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Johor. Maka kemungkinan ini adalah pengalamannya yang melukis bentuk lengkap manusia daripada apa yang telah diajar oleh guru Pendidikan seni Visualnya. 13
  • 14. Nama : Nur Dini binti Mohd.Nor Umur : 8 tahun Bangsa : Melayu Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap dan mempunyai dua orang yang berlainan jantina iaitu satu lelaki dewasa dan satu perempuan. Warna yang digunakan juga berwarna-warni dan kemas. Terdapat imej manusia digambarkan dengan rupa dan bentuk yang jelas . Dini juga menggunakan teknik garisan pada cara dia mewarna pakaian lukisan figurannya. Penggunaan pensil warna juga pelbagai iaitu bagi kanak – kanak perempuan berbaju kuning dan lelaki dewasa itu berwarna hijau serta bersampin hitam. Mungkin gambaran Dini ini adalah bapa dan anaknya yang sedang bersalaman sempena sambutan Hari Raya Puasa yang tersenyum gembira.Daya imaginasi Dini sangat menarik. Latar belakangnya juga berada di dalam rumah yang mempunyai langsir bercorak geometri hijau kuning dan rumah diperbuat daripada kayu serta pemandangan di luar rumah yang kelihatan banyak ekor burung yang sedang terbang. Ini adalah kerana Dini tinggal di kawasan kampung, ia mempengaruhi gambaran lukisan figuranya.suasana yang digambarkan sangat gembira. Kanak-kanak ini telah belajar melukis dan mewarna di kelas tahun duanya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Johor. Maka kemungkinan ini adalah pengalamannya yang melukis bentuk lengkap manusia daripada apa yang telah diajar oleh guru Pendidikan seni Visualnya. 14
  • 15. Nama : Siti Fairuz Binti M. Azhar Umur : 9 tahun Bangsa : Melayu Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap dan mempunyai tiga orang yang berlainan jantina iaitu satu lelaki dewasa dan dua perempuan. Warna yang digunakan juga berwarna-warni dan kemas. Terdapat imej manusia digambarkan dengan rupa dan bentuk yang jelas . Dini juga menggunakan teknik garisan pada cara dia mewarna pakaian lukisan figurannya. Penggunaan pensil warna juga pelbagai iaitu bagi kanak – kanak perempuan yang bertocang dua, dia memakai baju berwarna merah, berkain oren. Manakala, seorang perempuan yang bertudung hitam dan berbaju biru serat seorang remaja lelaki yang berbaju oren, hitam, berambut hitam yang agak panjang dan berseluar hijau. Mungkin gambaran Fairuz yang melihat persekitaran terhadap cara orang sekeliling berpakaian.Daya imaginasi Fairuz sangat menarik. Latar belakangnya juga terdapat baying-bayang pada bahagian kaki lukisan figuranya. Fairuz telah belajar melukis dan mewarna di kelas tahun tiga nya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Johor. Maka kemungkinan ini adalah pengalamannya yang melukis bentuk lengkap manusia daripada apa yang telah diajar oleh guru Pendidikan seni Visualnya. 15
  • 16. Nama : Nur Faziana binti K. afendi Umur : 10 tahun Bangsa : Melayu Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap dan mempunyai tiga orang yang jantinanya perempuan. Warna yang digunakan juga berwarna-warni dan kemas. Terdapat imej manusia digambarkan dengan rupa dan bentuk yang jelas . Ana juga menggunakan teknik garisan pada cara dia mewarna pakaian lukisan figurannya. Penggunaan pensil warna juga pelbagai. Mungkin gambaran Ana ini adalah tiga kanak-kanak perempuan yang menyertai pertandingan pakaian cantik.Daya imaginasi Dini sangat menarik. Ana telah belajar melukis dan mewarna di kelas tahun empatnya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Johor. Maka kemungkinan ini adalah pengalamannya yang melukis bentuk lengkap manusia daripada apa yang telah diajar oleh guru Pendidikan seni Visualnya. 16
  • 17. Nama : Syafika Izwanie binti Roslan Umur : 11 tahun Bangsa : Melayu Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap yang jantinanya perempuan. Warna yang digunakan juga berwarna-warni dan kemas. Terdapat imej manusia digambarkan dengan rupa dan bentuk yang jelas . Syafika juga menggunakan teknik garisan pada cara dia mewarna pakaian lukisan figurannya dan kemas. Penggunaan pensil warna juga pelbagai. Mungkin gambaran Syafika ini adalah seorang doktor perempuan yang agak bergaya. Daya imaginasi Syafika sangat menarik. Syafika telah belajar melukis dan mewarna di kelas tahun limanya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Johor. Maka kemungkinan ini adalah pengalamannya yang melukis bentuk lengkap manusia daripada apa yang telah diajar oleh guru Pendidikan seni Visualnya. 17
  • 18. Nama : Amiza Lyana Binti Mahat Umur : 12 tahun Bangsa : Melayu Kanak-kanak ini menggunakan pensil dan pensil warna. Dia juga menggambarkan lukisan figura manusia ini dengan bentuk badan manusia yang lengkap yang jantinanya perempuan dan sedang menoreh pokok getah . Warna yang digunakan juga berwarna-warni dan kemas. Terdapat imej manusia digambarkan dengan rupa dan bentuk yang jelas . Amiza juga menggunakan teknik garisan pada cara dia mewarna pakaian lukisan figurannya. Penggunaan pensil warna juga pelbagai. Mungkin gambaran Amiza ialah berkaitan latar belakangnya yang menorah getah. Ini mempengaruhi hasil lukisan figuranya.. Daya imaginasi Amiza sangat menarik. Amiza telah belajar melukis dan mewarna di kelas tahun enamnya di Sekolah Kebangsaan Parit Kasan, Johor. Maka kemungkinan ini adalah pengalamannya yang melukis bentuk lengkap manusia daripada apa yang telah diajar oleh guru Pendidikan seni Visualnya. 18
  • 19. Rujukan buku 1. Kamus Dewan .(2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Mok Soon Sang .(2008). Perkembangan Kanak-kanak.Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. 3. Khairuddin Mohamad.(2011).Literasi Bahasa Melayu, Siri Pendidikan Guru.Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 4. Chang Hon Woon.(2008).Teori Seni Visual Edisi Kedua.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Mok, S. S. (2011). Psikologi Pendidikan (2nd ed).Puchong, Selangor:Penerbit Multimedia Sdn Bhd. 6. Mohd. Azhar Abd. Hamaid. (2004). Kreativiti:Konsep dan Teori Praktis.Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Rujukan internet 1. http://blogcikgumazlan.blogspot.com/2012/05/6-seni-dan-perkembangan-kanak-kanak.html 2. http://zulprasekolah.blogspot.com/ 3. http://assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/751212105056_135109_final .pdf 4. http://flow-sharul.blogspot.com/2009/08/kreativiti-taylor.html 5. http://bz-li.blogspot.com/2012_01_01_archive.html 6. http://iefahart.blogspot.com/2012/01/teori-kreativiti-victor-lowenfeld.html 7. http://assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/840203125383_182866_final .pdf 19
  • 20. 20