Peperiksaan berpusat amali sains (PBAS) akan dilaksanakan semula pada tahun 2015 untuk mata pelajaran fizik, kimia, biologi, dan sains tambahan selepas digantikan oleh pentaksiran kerja amali (PEKA) pada tahun 2000. Penambahbaikan format ini bertujuan memperkukuh kemahiran saintifik pelajar dan mengatasi isu ketidaksetaraan dalam pelaksanaan amali. Format baharu ini akan memberi markah sebanyak 30 bagi setiap mata pelajaran dengan penilaian berdasarkan rubrik penskoran.