SlideShare a Scribd company logo
1.0 PENDAHULUAN
Di antara peringkat perkembangan yang teramat penting dalam kehidupan
manusia ialah sewaktu dalam kandungan ibu atau pun dipanggil peringkat prenatal.
Jangka waktu prenatal ialah tempoh sebaik sahaja selepas persenyawaan sehingga
bayi dilahirkan iaitu berlangsung selama kira-kira 266 hari selepas persenyawaan
atau 280 hari dari pertama haid yang terakhir sebelum seseorang hamil. Pada tahap
ini, proses pembahagian sel, pembentukan organ-organ dalaman dan fizikal berlaku
secara amat aktif. Perkembangan bayi sewaku prenatal terdiri daripada tiga fasa
iaitu fasa germa yang berlangsung lebih kurang tiga minggu,fasa embrionik yang
berlangsung dalam tempoh dua minggu hingga dua bulan selepas persenyawaan,
akhir sekali ialah fasa fetal. Sewaktu fasa kedua, bayi dipanggil embrio manakala
pada fasa ketiga bayi di panggil fetus.
2.0 PERSENYAWAAN
Persenyawaan adalah suatu proses di mana sperma lelaki dan ovum
perempuan bersatu untuk membentuk satu sel yang dipanggil zigot. Zigot iaitu suatu
sel yang cukup lengkap. Zigot manusia mempunyai 23 pasangan kromosom yang di
dalamnya terkunci seluruh maklumat yang akan mengendalikan perkembangan dan
sifat-sifat seseorang manusia sehingga berakhir riwayatnya. Di samping itu, di
peringkat zigot inilah juga terkandungnya sepasang kromosom yang menentukan
kejantinaan seseorang sama ada seorang lelaki atau perempuan.
Proses persenyawaan ini biasanya berlaku di sekitar kawasan saluran falopio.
Persenyawaan berlaku apabila seorang wanita dilahirkan lebih kurang 40,000 ovum.
Sewaktu dilahirkan ovum yang tidak matang ini terdapat pada kedua-dua ovari.
Ovum ini terkandung dalam satu bungkusan. Bagi wanita yang telah matang,
penghasilan folikel-folikel yang telah matang daripada ovum berlaku sekali dalam
masa 28 hari. Walaubagaimanapun, jangka masa ini berbeza antara seorang
individu dengan individu yang lain. Ovum ini dibawa dari uterus oleh rambut-rambut
halus disekitar saluran atau tiup falopio yang dipanggil cilia ke dalam rahim.
Persenyawaan biasanya berlaku sewaktu ovum ini melalui saluran falopio.
Sperma antara sel terkecil yang terdapat di dalam badan manusia, dihasilkan
oleh testis seorang lelaki matang. Terdapat berjuta-juta sperma dihasilkan dalam
satu proses ejakulasi. Sperma-sperma ini akan masuk ke saluran falopio melalui
1
servik dan akan berenang mendapatkan ovum. Persenyawaan berlaku apabila
sperma berjaya menembusi ovum dan proses ini berlaku pada hari ovulasi atau lima
hari sebelum ovulasi.
3.0 PROSES KEHAMILAN
Terdapat 3 fasa dalam proses kehamilan iaitu fasa germa yang berlangsung
lebih kurang tiga minggu,fasa embrionik yang berlangsung dalam tempoh dua
minggu hingga dua bulan selepas persenyawaan dan yang terakhir ialah fasa fetal.
Sewaktu fasa kedua, bayi dipanggil embrio manakala pada fasa ketiga bayi di
panggil fetus.
3.1 TRIMESTER PERTAMA
Peringkat pertama dipanggil Fasa Germa yang berlangsung selama lebih
kurang dua minggu iaitu beberapa jam selepas persenyawaan antara sperma (benih
lelaki) dengan ovum (telur perempuan), pertumbuhan manusia pun bermula. Hasil
percantuman sperma dengan ovum menghasilkan zigot. Zigot yang terhasil mewarisi
kebanyakan ciri-ciri kedua-kedua ibu bapa dan nenek moyangnya.
Zigot yang terbentuk mula membahagikan kepada dua sel, kemudian setiap
sel tersebut membahagikan kepada dua sel untuk menghasilkan empat sel
seterusnya 4 sel tadi membahagi lagi untuk menghasilkan 8 sel dan seterusnya
sehingga terbentuk 16 sel, 32 sel dan seterusnya sehinggalah terbentuknya
selonggok sel-sel yang tersusun tidak ubah sepeti sebiji bola. Struktur 16 ini disebut
2
sebagai morula. Kulitnya terdiri dari dua bahagian sel, iaitu lapisan kulit luar dan
kelompokan sel-sel di satu bahagian. Lapisan kulit luar adalah bakal yang akan
membentuk uri, iaitu lapisan tisu-tisu yang menyediakan permukaan yang akan
menghubungkan lembaga dengan rahim ibunya.
Kelompokan sel-sel pula adalah bakal lembaga itu sendiri. Ruang yang
dibendungi oleh sel-sel tersebut dipernuhi dengan cecair yang juga dikeluarkan oleh
sel-sel tersebut. Cecair ini dipercayai mempengaruhi atau mencetuskan
perkembangan lembaga selanjutnya. Pembahagian zigot ini berlaku sewaktu dalam
perjalanan ke rahim iaitu sekitar tiga hingga empat hari. (Rajah 2.0).
Sementara lembaga sedang mengalami proses pembelahan sel-selnya, ia
juga perlahan-lahan bergerak menuruni salur ovum menuju ke dalam rahim dengan
pertolongan silia-silia dan cerutan salur ovum. Peringkat ini berakhir kira-kira dalam
3-4 hari setelah persenyawaan berlaku. Dalam tempoh 3-4 hari berikut pula,
lembaga itu seolah-olah sedang bersiap sedia untuk membenamkan dirinya ke
dalam dinding rahim. Kini, sel-sel dari kelompokan dalam sekali lagi bertukar corak
untuk membentuk sel-sel yang bakal melahirkan lembaga manusia yang
sebenarnya. Sehingga ke sat ini saiz keseluruhan lembaga itu masih lagi sama
besar dengan telur asalnya dan ia masih lagi dibendungi oleh selaput telur.
Pembahagian sel menukarkan zigot kepada morula yang berbentuk bola tiga
hari selepas persenyawaan. Persenyawaan dan pembentukan morula ini berlaku di
dalam salur rahim. Kemudian satu ruang terbentuk di dalam morula dan menukarkan
morula kepada blastosista. Blastosista digerakkan secara lembut ke arah rahim dan
kemudian terbenam ke dalam dinding rahim. Semasa proses pembenaman,
blastosista di penuhi cecair yang memisahkan kepada dua lapisan sel iaitu lapisan
luar yang bertanggungjawab bagi proses pembenaman dan lapisan dalam yang
membentuk embrio. Perjalanan blastosista sehingga sampai ke dinding rahin
mengambil masa lima hingga enam hari. Menjelang hari ke dua belah, blastosista
telah terbenam sepenuhnya di dalam dinding rahim. Biasanya perkembangan zigot
kepada blastosista berlaku tanpa disedari. Pada ketika ini, seorang wanita tidak
mengalami apa-apa tanda bahawa dia telah hamil.
3.2 TRIMESTER KEDUA
3
Di kenali sebagai fasa embrio ( 4 hari hingga 3 bulan). Pada kira-kira hari ke-7
selepas persenyawaan, selaput telur mulai terkoyak dan kini lembaga yang
berkeadaan telanjang bulat itu mula merapatkan dirinya ke dinding rahim dan
seterusnya tertanam perlahan-lahan sehingga terbenam ke dalam dinding rahim
yang berkeadaan lembur dan basah itu. Bermula dari detik inilah lembaga beransur-
ansur membesar dan berubah dari peringkat demi peringkat. Menjelang hari ke-12
blastosista telah terbenam sepenuhnya di dalam dinding rahim. Pembenaman
blastosista dan perlekatan embrio ke dinding rahim berlaku dari akhir minggu
pertama sehingga akhir minggu ketiga. Perkembangan zigot kepada blastosista
berlaku tanpa disedari. Pada ketika ini, seseorang wanita yang hamil tidak
mengalami apa-apa tanda yang menunjukkan bahawa dia telah hamil.
Perkembangan pesat lembaga atau embrio berlaku dari minggu ke-3 hingga
minggu ke-8. Embrio manusia yang sebenar muncul kira-kira pada minggu ke-3. Ia
bermula sebagai lipatan beberapa lapisan bakal yang berubah perlahan-lahan
menjadi embrio yang sempurna. Dalam minggu ke-4, embrio telah menunjukkan
bakal kepala dan ekor yang jelas. Kini, ia berkeadaan melengkung seperti tanda
koma; tali pusatnya kelihatan terjulur keluar berhampiran dengan ekor,
menghubungkannya dengan uri. Kira-kira 3 arau 4 hari kemudian, muncul pula
bayangan-bayangan mata dan tunas-tunas anggota. Perkembangan embrio bermula
pada bahagian otak dan kepala. Sistem saraf yang mencukupi penting untuk
membolehkan sistem-sistem yang lain berfungsi. Perkembangan cepat otak
menyebabkan perkembangan kepala telah berkembang sehingga mencapai satu
pertiga daripada panjang embrio. Panjang seluruh tubuh adalah kira-kira setengah
inci iaitu hampir 10,000 kali berbanding dengan ovum yang telah bersenyawaan.
Perkembangan jantung dan anggota juga berlaku di peringkat ini. Jantung mula
bekerja atau berdenyut pada akhir minggu ke-3. Semua organ utama dibentuk
semasa minggu ke-4 hingga minggu ke-8. Dalam minggu ke-6, bahagian kepala dan
matanya semakin berubah, sementara anggota hadapannya muncul perlahan-lahan.
Anggota belakangnya muncul kemudian. Ketika ini, walaupun perubahan
-perubahan telah banyak berlaku, lembaga itu masih lagi tidak menunjukkan sifat -
sifat seorang manusia. Bayangan atau susuk seperti seorang manusia hanya
kelihatan setelah kira -kira 3 hingga 4 hari kemudian dan beransur - ansur mencapai
kesempurnaan dalam minggu ke-7. Kini panjang lembaga itu telah meningkat lebih
4
kurang 2 cm (3/4 incin) dan rahim manusia agak membesar sedikit, tetapi tanda-
tanda mengandung pada si ibu masih lagi tidak jelas kelihatan.
Bayangan seorang manusia semakin jelas menjelangnya minggu ke-8.
Kepalanya agak besar sedikit dibandingkan dengan saiz badannya. Di bahagian
kepala juga kini telah muncul cuping telinga, hidung dan mulut. Anggota-anggota
hadapan (tangan) dan belakang (kaki) kini hampir mencapai kesempurnaan setelah
mengeluarkan jari-jari kecil yang lengkap (lima jari) serta berkeadaan terbuka.
Perkembangan-perkembangan selanjutnya di bahagian kepala dan otak serta
kepupusan bahagian ekornya dipercayai mencapai kesempurnaan pada akhir bulan
kedua. Sementara itu, organ-organ utama seperti jantung, usus, buah pinggang dan
sebagainya telah juga wujud serta memulakan kerjanya. Ketika ini, rupa paras dan
sifat-sifat lembaga itu tidak lain dan tidak bukan seperti manusia, cuma saiznya
sahaja terlalu kecil, iaitu kira-kira 2.5 cm (1 inci). Selepas daripada tarikh ini,
perubahan-perubahan yang berlaku kepada lembaga hanyalah bertujuan untuk
membesar bahagian-bahagian dan organ-organ yang telah sedia wujud itu sahaja
dengan lain perkataan, perubahan-perubahan besar tidak lagi berlaku selepas ini.
Peringkat tian (bayi yang masih lagi dalam kandungan) bermula pada akhir
minggu ke-8. Menjelangnya bulan ke-3, tanda-tanda kehamilan semakin jelas
terbayang di bahagian bawah pusat. Tian ketika ini kian membesar, tetapi tubuhnya
masih lagi kecil dibandingkan dengan kepalanya. Panjang badannya setelah
berakhir bulan ke-4 adalah kira-kira 7 inci dan berat badannya dianggarkan 100
gram (4 oz.). Dalam bulan-bulan tersebut juga kuku di dapati keluar dari jari-jarinya.
Ia kini telah menunjukkan tanda-tanda gerak alih, lantaran kerjasama antara otot-
otot dan sistem-sistem sarafnya semakin baik. Dalam bulan ke-3, alat-alat
kelaminnya masih lagi tidak dapat dibezakan sama ada jenis lelaki atau jenis
perempuan, tetapi keadaan ini berubah setelah menjelangnya bulan keempat. Pada
akhir minggu ke-8, embrio sudah dilengkapi dengan sistem pendengaran,
penglihatan, tulang, daging, kulit dan organ-organ asas, tetapi tidak berfungsi lagi.
Embrio telah mempunyai organ pembiakan, iaitu testis pada embrio lelaki dan ovari
pada embrio perempuan. Embrio ketika ini berukuran kira-kira 30 mm panjang dan
mempunyai bentuk manusia.
3.3 TRIMESTER KETIGA
5
Peringkat tiga di panggil peringkat janin atau fetus, atau juga dipanggil fasa
fetal. Peringkat ini bermula dari minggu ke-9 kehamilan sehingga bayi dilahirkan.
Bermula dengan embrio yang sekecil buah walnut, janin membesar sehingga 50 kali
ganda. Pada peringkat ini, organ yang terbentuk semasa peringkat embrio
berkembang terus. Badan, kepala, lengan dan kaki berkembang dengan cepat.
Begitu juga organ bagi peredaran darah, pernafasan dan pencernaan semuanya
berkembang dengan pesat. Perkembangan saraf dan otot juga turut berlaku.
Jantung mengepam darah melalui salur darah. Perkembangan otak berlaku dengan
pesat. Janin lambat laun bertukar rupa seperti bayi.
Pada awal minggu ke-9, ukuran kepala janin adalah separuh panjang
badannya. Selepas itu, pertumbuhan badan janin pesat berlaku sehingga ahkir
minggu ke-12, panjangnya meningkat dua kali ganda. Berat janin adalah kira-kira 4
gram. Pada peringkat ini, organ utama tubuh telah terbentuk, jantung berdegup
cepat, darah beredar melalui salur darah, perut janin mula aktif dan ginjal mula
berfungsi. Perubahan yang berlaku seterusnya ialah pertambahan dari segi saiz dan
fungsinya. Uri kian membesar dan ketika ini mempunyai berat 6 kali ganda janin.
Apabila organ seks telah terbentuk, maka jantina janin mungkin dapat dikenalpasti
melalui ultrasound. Adakalanya lengan, kaki dan jari janin mula membuat
pergerakan spontan tetapi tidak begitu dirasai oleh ibunya.
Janin kini berukuran lebih kurang 18 cm (7 inci) panjang dan mempunyai
berat kira-kira 100 gm (minggu ke-13 hingga ke-16). Kepala janin masih besar jika
dibandingkan dengna tubuhnya. Jantungnya berdegup cepat dan otot-ototnya kini
kian aktif. Biasanya jantina janin sudah dapat dikenalpasti ketika peringkat ini. Pada
ketika ini juga (bulan ke-4), uri telah lengkap terbentuk dengan sempurna dan
melekat pada dinding rahim. Bagaimanapun, perkebangan uri tidaklah sepesat
sebelumnya. Berat uri hampir sama dengan berat janin. Janin dihubungkan ke uri
melalui tali pusat. Tali pusat terdiri daripada salur darah yang membawa darah kaya
zat makanan daripada ibu kepada janin dan juga darah yang mengandungi hasil sisa
daripada janin kepada ibu untuk dikumuhkan.
Janin kini mempunyai rupa bentuk manusia (minggu ke-17 hingga ke-20).
Panjangnya lebih kurang 25 cm iaitu lebih kurang 10 inci, manakala beratnya kira-
kira 300 g. Bulu roma halus disebut Lanugo mula tumbuh pada kulitnya. Rambut
juga mulai tumbuh di kepalanya. Kuku mulai kelihatan pada jarinya. Pada bulan
6
kelima, janin mula bergerak aktif dalam cecair amnion. Janin pada ketika ini
menghisap jari, berpusing, sensitif terhadap cahaya dan juga menggerak-gerakkan
kelopak mata. Si ibu pula mula terasa gerakan dalam rahimnya sepertu tendangan
lembut janin. Gerakan ini lebih awal dirasai oleh ibu- ibu yang telah hamil. Bagi
sesetengah wanita, gerakan ini lebih kerap terasa pada waktu malam.
Rahim beransur-ansur membesar selaras dengan pembesaran tian dalam
bulan-bulan berikutnya. Dinding perut si ibu jelas sekali mengembang hingga ke
aras pusat menjelangnya bulan ke-5, kemudian melampauinya dalam bulan ke-6.
Kini, walaupun tian semakin membesar,urinya semakin mengecil. Ini bukanlah
bermakna, kerja-kerja uri untuk membekal serta menukarkan oksigen, makanan dan
bahan-bahan kotor menjadi lemah, malah kerja-kerjanya semakin cekap
sehinggalah ke saat-saat kelahiran bayi tersebut ke dunia.
Zat nutrien dan oksigen disampaikan kepada janin melalui tali pusat, bahan
buangan juga dikeluarkan dari tubuh janin melalui tali pusat. Pada peringkat ini,
perkembangan uri semakin perlahan, manakala janin terus membesar sehingga
dibawah aras pusat. Janin kini lebih berat daripada uri. Walaubagaimanapun,
kandungan masih berasa ringan.
Pada minggu ke-21 hingga ke-26, janin berukuran lebih kurang 32 cm
panjang dan mempunyai berat kira- kira 650 g. Kulit janin kelihatan kurang
kemerahan dan diliputi bulu roma. Matanya mula membuka dan mengatup. Otak
pada lengan dan kaki semakin kuat dan kental. Dalam bulan-bulan tersebut,
gerakalih dan keadaan-keadaan diam-aktif tian semakin dirasai oleh si ibu. Rupa
parasnya pada ketika ini betul-betul menyerupai manusia, peralatan-peralatan
badannya hampir-hampir mencapai kesempurnaan. Tetapi, walau bagaimanapun
paru-parunya masih lagi tidak boleh digunakan Jadi, tidaklah mungkin baginya hidup
jika dilahirkan pada peringkat ini. Pada penghujung bulan ke-6, keseluruhan
badannya diselaputi oleh rerambut-rerambut halus; kepalanya mulai ditumbuhi oleh
rambut-rambut dan bulu keningnya juga muncul. Saiz tian kini meningkat kepada 3
cm (13 inci). Aktiviti janin semakin meningkat dari segi kekerapan dan kekuatannya.
Janin semakin membesar. Pada masa ini juga, bahan yang membantu
pengembangan peparu selepas lahir mula dihasilkan. Walaubagaimanapun, Sistem
pernafasan belum lagi matang. Sekiranya kelahiran berlaku ketika ini, bayi tidak
dapat hidup. Selera makan ibu juga bertambah baik. Dari bulan ke enam sehingga
lahir, panjang keseluruhan tubuh janin meningkat dua kali ganda.
7
Kandungan rahim semakin besar dan dinding perut terus menonjol keluar
sehingga hampir ke aras dada menjelangnya bulan-bulan ke-7, 8 dan 9. Dalam
bulan-bulan ini si ibu boleh merasai dengan jelas gerakan-gerakan kandungannya
yang agak cergas itu. Badan tian semakin berisi dengan tisu-tisu lemak. Kulit
mukanya beransur-ansur menjadi licin dengan tisu-tisu tersebut. Sehingga bulan ke-
9, panjang badannya telah mencapai kira-kira 45 cm (18 inci) dan beratnya kira-kira
5lb. Tian mempunyai peluang besar untuk hidup jika dilahirkan dalam bulan-bulan
ke-7 dan 8. Ketika ini, walaupun semua organ-organ tubuh badan dan kelengkapan-
kelengkapan luarnya telah sempurna, paru-parunya masih lagi tidak boleh
digunakan dengan sepenuhnya., tambahan pula tulang-tulang serta tengkorak masih
lembut.
Pada masa ini, janin berukuran kira-kira 35 cm panjang dan mempunyai berat
lebih kurang 1000 g. Bulan ke-7 atau minggu ke-8 dianggap masa yang penting.
Janin yang dilahirkan selepas 28 minggu berkemungkinan hidup kerana peparu dan
salur darahnya telah berkembangang untuk membenarkan pertukaran gas. Pada
peringkat ini, perkembangan peparu terus berlaku dan jumlah bahan yang
membantu pengembangan peparu selepas lahir semakin meningkat. Pertumbuhan
otak juga masih berlaku dengan cepat dan pantas.
Badan janin kurus, manakala kulitnya masih kemerahan dan diliputi oleh
lapisan pelindung yang dihasilkan oleh kelenjar kecil di kulit dikenali sebagai verniks
kaseosa. Janin kini sudah mampu membuka matanya. Degupan jantung janin sudah
dapat didengari dengan jelas oleh doktor. Janin aktif bergerak di dalam rahim dan
ibunya terus merasai tendangan bayi dalam kandungannya. Ibu ketika peringkat ini
cepat terasa lapar. Oleh itu, mereka dinasihatkan supaya makan lebih kerap tetapi
tidak terlalu banyak bagi mengelakkan rasa senak perut kerana rahim mereka juga
semakin membesar ke atas.
Ketika minggu ke-32, janin dianggarkan 42 cm panjang dan 1800 g berat.
Kulitnya masih kemerahan, tetapi agak berkedut. Tulang kepalanya lembut.
Peparunya juga sudah berkembang baik dan boleh mula berfungsi. Janin sudah
mampu mendengar bunyi yang kuat dan memberi respons dengan menambah
pergerakan kaki dan lengan. Pada minggu ke-36, janin dianggarkan berukuran 46
cm panjang dan 2500 g berat. Berat badannya bertambah agak banyak dalam
jangka masa 4 minggu. Ini kerana lebih banyak lemak terendap di bawah kulit dan di
sekitar bahu. Kehadiran lemak ini penting dalam membantu mengawal suhu tubuh.
8
Dengan bertambahannya lemak di bawah kulit, rupa janin yang dahulunya seperti
orang tua yang berkulit nipis dan kelihatan berkedut berubah menjadi seorang bayi
yang berisi. Pada minggu ini juga, berat dan juga lemak. Penurunan testis ke dalam
skrotum berlaku pada waktu ini bagi janin lelaki. Perkembangan sistem saraf terus
berlaku.
Selepas cukup bulan, janin telah mempunyai kesemua organ yang penting
untuk menjalankan kehidupan selepas lahir tanpa bergantung kepada ibu. Rahim
telah membesar sehingga mencapai aras bawah tulang sternum di hadapan. Janin
sekarang hanya menunggu saat untuk dilahirkan ke dunia. Si ibu menunggu dengan
gelisah manakala berakhirnya bulan ke 10 (mengikut peredaran bulan). Bulan ini
atau minggu ke-40 merupakan detik-detik kematangan isi kandungannya. Dalam
saat-saat ini, hampir 96 peratus isi kandungan itu berkedudukan normal, 3-4 peratus
berkedudukan sonsang dan kira-kira 1 peratus berkedudukan mengiring. Saiz tian
telah meningkat hampir-hampir dua kali ganda dan berat badannya kira-kira 7 ½ lb.
Tian perempuan agak ringan sedikit. Permukaan bdannya licin, tetapi bulu-bulu
roma halus masih lagi terdapat disekitar bahunya. Rambut-rambut juga kelihatan di
kepala yang kini telah mencapai keseimbangan dengan saiz badannya, iaitu saiznya
lebih kurang sesuku daripada saiz badan. Semua peralatan luar tubuh badan seperti
telingan luar (termasuk cuping telinga), mata, hidung, mulut dan alat-alat
kelaminnyatelah berseda menghadapi suasana di luar rahim. Tian ketika ini seolah-
olah sedang menunggu saat yang baik saja untuk keluar ke dunia.
4.0 KEPERLUAN ASAS IBU MENGANDUNG
Semasa mengandung apa sahaja yang si ibu makan dan minum merupakan
sumber utama nutrien bagi bayi dalam kandungannya. Pemakanan si ibu berkait
9
rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan si ibu
supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang
berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol dan merokok. Si ibu
dinasihatkan memakan makanan yang seimbang dan diet yang sihat merangkumi
protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika si ibu
mengamalkan pemakanan yang sihat, anak yang lahir nanti akan turut sihat dan
cerdas.
Senaman semasa hamil banyak membantu meningkatkan serta merangsang
peredaran darah, memelihara postur yang baik, memperkuatkan ototo dan
menambahkan keupayaan berehat si ibu. Terdapat banyak jenis senaman yang
sesuai yang boleh dilakukan oleh ibu yang mengandung. Salah satunya yang paling
mudah adalah berjalan.
Ibu mengandung perlu mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat di klinik
secara berkala bagi penjagaan diri dan kandungannya. Bayi di dalam kandungan
juga akan dipantau bagi memastikan perkembangan kandungan tersebut dalam
keadaan baik. Biasanya ibu mengandung perlu ke klinik prenatal sekurang-
kurangnya lapan kali sepanjang tempoh kehamilannya.
Beberapa perubahan emosi yang mungkin berlaku semasa hamil perlu di
fahami oleh orang yang terdekat seperti suami dan ahli keluarganya. Personaliti ibu
mempengaruhi corak perubahan emosinya semasa proses kehamilan. Suami perlu
memahami perubahan emosi isterinya dengan bersabar dan memberi sokongan
serta keyakinan bahawa kehamilan ialah peristiwa semula jadi. Setiap ahli keluarga
juga perlu membantu menjaga kesejahteraan ibu mengandung.
Selain itu juga, ibu yang mengandung juga memerlukan rehat yang
mencukupi. Ibu yang mengandung perlu tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari.
10
Bibliografi
1. www.babycenter.com.my
2. www.comelnya.com
3. www.salindah.com
4. www.ratuhati.com.my
5. www.amalanibuhamil.blogspot.com
6. www.anizyn.blogspot.com
11
LAMPIRAN
12

More Related Content

What's hot

Bab 4
Bab 4Bab 4
Sistem tuas
Sistem tuasSistem tuas
Sistem tuas
henry kotapirak
 
Teknologi Cloud computing ( Teknologi awan)
Teknologi Cloud computing ( Teknologi awan)Teknologi Cloud computing ( Teknologi awan)
Teknologi Cloud computing ( Teknologi awan)
Shahril Majid
 
IVF (In Vitro Fertilization) (CTU 211)
IVF (In Vitro Fertilization) (CTU 211)IVF (In Vitro Fertilization) (CTU 211)
IVF (In Vitro Fertilization) (CTU 211)
ainmalihah31
 
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja Lelaki
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja  LelakiCeramah Kesihatan Untuk Remaja  Lelaki
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja Lelaki
HCY 7102
 
Perkahwinan
PerkahwinanPerkahwinan
Perkahwinan
Adeba baharudin
 
Sistem suria
Sistem suriaSistem suria
Sistem suriaJULAYNAH
 
Kuliah 01 pengenalan anatomi & fisiologi
Kuliah 01   pengenalan anatomi & fisiologiKuliah 01   pengenalan anatomi & fisiologi
Kuliah 01 pengenalan anatomi & fisiologiKhairul Aida
 
Kandungan
KandunganKandungan
Kandungan
ruhananadzir
 
Kejurulatihan
KejurulatihanKejurulatihan
Kejurulatihan
rubatchanat78
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
KepemimpinanCkg Nizam
 
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja Perempuan
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja  PerempuanCeramah Kesihatan Untuk Remaja  Perempuan
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja Perempuan
HCY 7102
 
sains sukan
sains sukansains sukan
sains sukanZul Apen
 
BIOLOGY FORM 5 CHAPTER 4 - 4.1E FERTILISATION & DEVELOPMENT
BIOLOGY FORM 5 CHAPTER 4 - 4.1E FERTILISATION & DEVELOPMENTBIOLOGY FORM 5 CHAPTER 4 - 4.1E FERTILISATION & DEVELOPMENT
BIOLOGY FORM 5 CHAPTER 4 - 4.1E FERTILISATION & DEVELOPMENT
Nirmala Josephine
 
Organ pembiakan lelaki
Organ pembiakan lelakiOrgan pembiakan lelaki
Organ pembiakan lelakishahid mukhlis
 
Peristiwa gua hirak
Peristiwa gua hirakPeristiwa gua hirak
Peristiwa gua hirak
Mustaqim Mohd
 
What's hot (20)

4.7
4.74.7
4.7
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Kitar haid
Kitar haidKitar haid
Kitar haid
 
Sistem tuas
Sistem tuasSistem tuas
Sistem tuas
 
Kursus jenazah
Kursus jenazahKursus jenazah
Kursus jenazah
 
Teknologi Cloud computing ( Teknologi awan)
Teknologi Cloud computing ( Teknologi awan)Teknologi Cloud computing ( Teknologi awan)
Teknologi Cloud computing ( Teknologi awan)
 
IVF (In Vitro Fertilization) (CTU 211)
IVF (In Vitro Fertilization) (CTU 211)IVF (In Vitro Fertilization) (CTU 211)
IVF (In Vitro Fertilization) (CTU 211)
 
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja Lelaki
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja  LelakiCeramah Kesihatan Untuk Remaja  Lelaki
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja Lelaki
 
Perkahwinan
PerkahwinanPerkahwinan
Perkahwinan
 
Sistem suria
Sistem suriaSistem suria
Sistem suria
 
Kuliah 01 pengenalan anatomi & fisiologi
Kuliah 01   pengenalan anatomi & fisiologiKuliah 01   pengenalan anatomi & fisiologi
Kuliah 01 pengenalan anatomi & fisiologi
 
4.4
4.44.4
4.4
 
Kandungan
KandunganKandungan
Kandungan
 
Kejurulatihan
KejurulatihanKejurulatihan
Kejurulatihan
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
Kepemimpinan
 
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja Perempuan
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja  PerempuanCeramah Kesihatan Untuk Remaja  Perempuan
Ceramah Kesihatan Untuk Remaja Perempuan
 
sains sukan
sains sukansains sukan
sains sukan
 
BIOLOGY FORM 5 CHAPTER 4 - 4.1E FERTILISATION & DEVELOPMENT
BIOLOGY FORM 5 CHAPTER 4 - 4.1E FERTILISATION & DEVELOPMENTBIOLOGY FORM 5 CHAPTER 4 - 4.1E FERTILISATION & DEVELOPMENT
BIOLOGY FORM 5 CHAPTER 4 - 4.1E FERTILISATION & DEVELOPMENT
 
Organ pembiakan lelaki
Organ pembiakan lelakiOrgan pembiakan lelaki
Organ pembiakan lelaki
 
Peristiwa gua hirak
Peristiwa gua hirakPeristiwa gua hirak
Peristiwa gua hirak
 
Viewers also liked

Magenta Advisory partner Otto Söderlund's presentation on big data in Magenta...
Magenta Advisory partner Otto Söderlund's presentation on big data in Magenta...Magenta Advisory partner Otto Söderlund's presentation on big data in Magenta...
Magenta Advisory partner Otto Söderlund's presentation on big data in Magenta...
BearingPoint Finland
 
Lbf innovation zone
Lbf innovation zoneLbf innovation zone
Lbf innovation zoneHotKeyBooks
 
Baby pensionati
Baby pensionatiBaby pensionati
Baby pensionaticeci_nozza
 
OP-Pohjola: monikanavaisuus tänään
OP-Pohjola: monikanavaisuus tänäänOP-Pohjola: monikanavaisuus tänään
OP-Pohjola: monikanavaisuus tänään
BearingPoint Finland
 
HERBALİFE AYDIN KATALOG
HERBALİFE AYDIN KATALOGHERBALİFE AYDIN KATALOG
HERBALİFE AYDIN KATALOG
CELAL KAVİL
 
1 functional characterization of chitin and chitosan
1 functional characterization of chitin and chitosan1 functional characterization of chitin and chitosan
1 functional characterization of chitin and chitosan
Duy Thanh Tran
 
Viewers also liked (7)

Magenta Advisory partner Otto Söderlund's presentation on big data in Magenta...
Magenta Advisory partner Otto Söderlund's presentation on big data in Magenta...Magenta Advisory partner Otto Söderlund's presentation on big data in Magenta...
Magenta Advisory partner Otto Söderlund's presentation on big data in Magenta...
 
Lbf innovation zone
Lbf innovation zoneLbf innovation zone
Lbf innovation zone
 
Baby pensionati
Baby pensionatiBaby pensionati
Baby pensionati
 
OP-Pohjola: monikanavaisuus tänään
OP-Pohjola: monikanavaisuus tänäänOP-Pohjola: monikanavaisuus tänään
OP-Pohjola: monikanavaisuus tänään
 
HERBALİFE AYDIN KATALOG
HERBALİFE AYDIN KATALOGHERBALİFE AYDIN KATALOG
HERBALİFE AYDIN KATALOG
 
1 functional characterization of chitin and chitosan
1 functional characterization of chitin and chitosan1 functional characterization of chitin and chitosan
1 functional characterization of chitin and chitosan
 
Bab 4 pembiakan
Bab 4 pembiakanBab 4 pembiakan
Bab 4 pembiakan
 
Similar to proses persenyawaan sem3

Proses terjadinya manusia berdasarkan IPTEK
Proses terjadinya manusia berdasarkan IPTEKProses terjadinya manusia berdasarkan IPTEK
Proses terjadinya manusia berdasarkan IPTEKmugnisulaeman
 
PRANATAL: TANDA BAHAYA FISIK & PSIKOLOGIS MASA KEHAMILAN
PRANATAL: TANDA BAHAYA FISIK & PSIKOLOGIS MASA KEHAMILANPRANATAL: TANDA BAHAYA FISIK & PSIKOLOGIS MASA KEHAMILAN
PRANATAL: TANDA BAHAYA FISIK & PSIKOLOGIS MASA KEHAMILAN
komarudinkomarudin10
 
Psikologi Perkembangan
Psikologi PerkembanganPsikologi Perkembangan
Psikologi Perkembangan
IAIN Kediri
 
edoc.tips_perbedaan-embriogenesis-pada-amphioxus-.pdf
edoc.tips_perbedaan-embriogenesis-pada-amphioxus-.pdfedoc.tips_perbedaan-embriogenesis-pada-amphioxus-.pdf
edoc.tips_perbedaan-embriogenesis-pada-amphioxus-.pdf
AgathaHaselvin
 
Perkembangan Prakelahiran dan Kelahiran.ppt
Perkembangan Prakelahiran dan Kelahiran.pptPerkembangan Prakelahiran dan Kelahiran.ppt
Perkembangan Prakelahiran dan Kelahiran.ppt
Jimatul Arrobi
 
Biologi perkembaangan kb
Biologi perkembaangan kbBiologi perkembaangan kb
Biologi perkembaangan kb
MJM Networks
 
Ipa biologi ix e- 03
Ipa biologi ix e- 03Ipa biologi ix e- 03
Ipa biologi ix e- 03
AlikaDewanti
 
Kehamilan (mulai dori proses kehamilan sampai persalinan)
Kehamilan (mulai dori proses kehamilan sampai persalinan)Kehamilan (mulai dori proses kehamilan sampai persalinan)
Kehamilan (mulai dori proses kehamilan sampai persalinan)
Arij Asfari
 
Psikologi Perkembangan - Landasan Teori (Klasik dan Teori Agama) Proses Pembu...
Psikologi Perkembangan - Landasan Teori (Klasik dan Teori Agama) Proses Pembu...Psikologi Perkembangan - Landasan Teori (Klasik dan Teori Agama) Proses Pembu...
Psikologi Perkembangan - Landasan Teori (Klasik dan Teori Agama) Proses Pembu...
Wulandari Rima Kumari
 
perkembangan prakelahiran dan kelahiran.pptx
perkembangan prakelahiran dan kelahiran.pptxperkembangan prakelahiran dan kelahiran.pptx
perkembangan prakelahiran dan kelahiran.pptx
CintaPmbd
 
Perkembangan janin Trimester pertama
Perkembangan janin Trimester pertamaPerkembangan janin Trimester pertama
Perkembangan janin Trimester pertama
Sulistia Rini
 
tumbuh_kembang_masa_prenatal.docx
tumbuh_kembang_masa_prenatal.docxtumbuh_kembang_masa_prenatal.docx
tumbuh_kembang_masa_prenatal.docx
Jimatul Arrobi
 
Similar to proses persenyawaan sem3 (20)

Proses terjadinya manusia berdasarkan IPTEK
Proses terjadinya manusia berdasarkan IPTEKProses terjadinya manusia berdasarkan IPTEK
Proses terjadinya manusia berdasarkan IPTEK
 
PRANATAL: TANDA BAHAYA FISIK & PSIKOLOGIS MASA KEHAMILAN
PRANATAL: TANDA BAHAYA FISIK & PSIKOLOGIS MASA KEHAMILANPRANATAL: TANDA BAHAYA FISIK & PSIKOLOGIS MASA KEHAMILAN
PRANATAL: TANDA BAHAYA FISIK & PSIKOLOGIS MASA KEHAMILAN
 
Tumbuh kembang fetus.docx01
Tumbuh kembang fetus.docx01Tumbuh kembang fetus.docx01

Proses pertumbuhan embriogenesis.docxtia 03
Proses pertumbuhan embriogenesis.docxtia 03Proses pertumbuhan embriogenesis.docxtia 03

Kehamilan
KehamilanKehamilan
Kehamilan
 
Psikologi Perkembangan
Psikologi PerkembanganPsikologi Perkembangan
Psikologi Perkembangan
 
Tugas ipa sma negeri 1 raha
Tugas ipa sma negeri 1 rahaTugas ipa sma negeri 1 raha
Tugas ipa sma negeri 1 raha
 
edoc.tips_perbedaan-embriogenesis-pada-amphioxus-.pdf
edoc.tips_perbedaan-embriogenesis-pada-amphioxus-.pdfedoc.tips_perbedaan-embriogenesis-pada-amphioxus-.pdf
edoc.tips_perbedaan-embriogenesis-pada-amphioxus-.pdf
 
Perkembangan Prakelahiran dan Kelahiran.ppt
Perkembangan Prakelahiran dan Kelahiran.pptPerkembangan Prakelahiran dan Kelahiran.ppt
Perkembangan Prakelahiran dan Kelahiran.ppt
 
Biologi perkembaangan kb
Biologi perkembaangan kbBiologi perkembaangan kb
Biologi perkembaangan kb
 
Ipa biologi ix e- 03
Ipa biologi ix e- 03Ipa biologi ix e- 03
Ipa biologi ix e- 03
 
Kehamilan (mulai dori proses kehamilan sampai persalinan)
Kehamilan (mulai dori proses kehamilan sampai persalinan)Kehamilan (mulai dori proses kehamilan sampai persalinan)
Kehamilan (mulai dori proses kehamilan sampai persalinan)
 
Psikologi Perkembangan - Landasan Teori (Klasik dan Teori Agama) Proses Pembu...
Psikologi Perkembangan - Landasan Teori (Klasik dan Teori Agama) Proses Pembu...Psikologi Perkembangan - Landasan Teori (Klasik dan Teori Agama) Proses Pembu...
Psikologi Perkembangan - Landasan Teori (Klasik dan Teori Agama) Proses Pembu...
 
perkembangan prakelahiran dan kelahiran.pptx
perkembangan prakelahiran dan kelahiran.pptxperkembangan prakelahiran dan kelahiran.pptx
perkembangan prakelahiran dan kelahiran.pptx
 
Perkembangan janin Trimester pertama
Perkembangan janin Trimester pertamaPerkembangan janin Trimester pertama
Perkembangan janin Trimester pertama
 
tumbuh_kembang_masa_prenatal.docx
tumbuh_kembang_masa_prenatal.docxtumbuh_kembang_masa_prenatal.docx
tumbuh_kembang_masa_prenatal.docx
 
Recently uploaded

RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
kinayaptr30
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdfLaporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
Laporan pembina seni tari - www.kherysuryawan.id.pdf
heridawesty4
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
mattaja008
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
AgusRahmat39
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
gloriosaesy
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
johan199969
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
bobobodo693
 
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdfSapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
Sapawarga - Manual Guide PPDB Tahun 2024.pdf
TarkaTarka
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
rohman85
 
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogortugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
WILDANREYkun
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
Recently uploaded (20)

proses persenyawaan sem3

  • 1. 1.0 PENDAHULUAN Di antara peringkat perkembangan yang teramat penting dalam kehidupan manusia ialah sewaktu dalam kandungan ibu atau pun dipanggil peringkat prenatal. Jangka waktu prenatal ialah tempoh sebaik sahaja selepas persenyawaan sehingga bayi dilahirkan iaitu berlangsung selama kira-kira 266 hari selepas persenyawaan atau 280 hari dari pertama haid yang terakhir sebelum seseorang hamil. Pada tahap ini, proses pembahagian sel, pembentukan organ-organ dalaman dan fizikal berlaku secara amat aktif. Perkembangan bayi sewaku prenatal terdiri daripada tiga fasa iaitu fasa germa yang berlangsung lebih kurang tiga minggu,fasa embrionik yang berlangsung dalam tempoh dua minggu hingga dua bulan selepas persenyawaan, akhir sekali ialah fasa fetal. Sewaktu fasa kedua, bayi dipanggil embrio manakala pada fasa ketiga bayi di panggil fetus. 2.0 PERSENYAWAAN Persenyawaan adalah suatu proses di mana sperma lelaki dan ovum perempuan bersatu untuk membentuk satu sel yang dipanggil zigot. Zigot iaitu suatu sel yang cukup lengkap. Zigot manusia mempunyai 23 pasangan kromosom yang di dalamnya terkunci seluruh maklumat yang akan mengendalikan perkembangan dan sifat-sifat seseorang manusia sehingga berakhir riwayatnya. Di samping itu, di peringkat zigot inilah juga terkandungnya sepasang kromosom yang menentukan kejantinaan seseorang sama ada seorang lelaki atau perempuan. Proses persenyawaan ini biasanya berlaku di sekitar kawasan saluran falopio. Persenyawaan berlaku apabila seorang wanita dilahirkan lebih kurang 40,000 ovum. Sewaktu dilahirkan ovum yang tidak matang ini terdapat pada kedua-dua ovari. Ovum ini terkandung dalam satu bungkusan. Bagi wanita yang telah matang, penghasilan folikel-folikel yang telah matang daripada ovum berlaku sekali dalam masa 28 hari. Walaubagaimanapun, jangka masa ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Ovum ini dibawa dari uterus oleh rambut-rambut halus disekitar saluran atau tiup falopio yang dipanggil cilia ke dalam rahim. Persenyawaan biasanya berlaku sewaktu ovum ini melalui saluran falopio. Sperma antara sel terkecil yang terdapat di dalam badan manusia, dihasilkan oleh testis seorang lelaki matang. Terdapat berjuta-juta sperma dihasilkan dalam satu proses ejakulasi. Sperma-sperma ini akan masuk ke saluran falopio melalui 1
  • 2. servik dan akan berenang mendapatkan ovum. Persenyawaan berlaku apabila sperma berjaya menembusi ovum dan proses ini berlaku pada hari ovulasi atau lima hari sebelum ovulasi. 3.0 PROSES KEHAMILAN Terdapat 3 fasa dalam proses kehamilan iaitu fasa germa yang berlangsung lebih kurang tiga minggu,fasa embrionik yang berlangsung dalam tempoh dua minggu hingga dua bulan selepas persenyawaan dan yang terakhir ialah fasa fetal. Sewaktu fasa kedua, bayi dipanggil embrio manakala pada fasa ketiga bayi di panggil fetus. 3.1 TRIMESTER PERTAMA Peringkat pertama dipanggil Fasa Germa yang berlangsung selama lebih kurang dua minggu iaitu beberapa jam selepas persenyawaan antara sperma (benih lelaki) dengan ovum (telur perempuan), pertumbuhan manusia pun bermula. Hasil percantuman sperma dengan ovum menghasilkan zigot. Zigot yang terhasil mewarisi kebanyakan ciri-ciri kedua-kedua ibu bapa dan nenek moyangnya. Zigot yang terbentuk mula membahagikan kepada dua sel, kemudian setiap sel tersebut membahagikan kepada dua sel untuk menghasilkan empat sel seterusnya 4 sel tadi membahagi lagi untuk menghasilkan 8 sel dan seterusnya sehingga terbentuk 16 sel, 32 sel dan seterusnya sehinggalah terbentuknya selonggok sel-sel yang tersusun tidak ubah sepeti sebiji bola. Struktur 16 ini disebut 2
  • 3. sebagai morula. Kulitnya terdiri dari dua bahagian sel, iaitu lapisan kulit luar dan kelompokan sel-sel di satu bahagian. Lapisan kulit luar adalah bakal yang akan membentuk uri, iaitu lapisan tisu-tisu yang menyediakan permukaan yang akan menghubungkan lembaga dengan rahim ibunya. Kelompokan sel-sel pula adalah bakal lembaga itu sendiri. Ruang yang dibendungi oleh sel-sel tersebut dipernuhi dengan cecair yang juga dikeluarkan oleh sel-sel tersebut. Cecair ini dipercayai mempengaruhi atau mencetuskan perkembangan lembaga selanjutnya. Pembahagian zigot ini berlaku sewaktu dalam perjalanan ke rahim iaitu sekitar tiga hingga empat hari. (Rajah 2.0). Sementara lembaga sedang mengalami proses pembelahan sel-selnya, ia juga perlahan-lahan bergerak menuruni salur ovum menuju ke dalam rahim dengan pertolongan silia-silia dan cerutan salur ovum. Peringkat ini berakhir kira-kira dalam 3-4 hari setelah persenyawaan berlaku. Dalam tempoh 3-4 hari berikut pula, lembaga itu seolah-olah sedang bersiap sedia untuk membenamkan dirinya ke dalam dinding rahim. Kini, sel-sel dari kelompokan dalam sekali lagi bertukar corak untuk membentuk sel-sel yang bakal melahirkan lembaga manusia yang sebenarnya. Sehingga ke sat ini saiz keseluruhan lembaga itu masih lagi sama besar dengan telur asalnya dan ia masih lagi dibendungi oleh selaput telur. Pembahagian sel menukarkan zigot kepada morula yang berbentuk bola tiga hari selepas persenyawaan. Persenyawaan dan pembentukan morula ini berlaku di dalam salur rahim. Kemudian satu ruang terbentuk di dalam morula dan menukarkan morula kepada blastosista. Blastosista digerakkan secara lembut ke arah rahim dan kemudian terbenam ke dalam dinding rahim. Semasa proses pembenaman, blastosista di penuhi cecair yang memisahkan kepada dua lapisan sel iaitu lapisan luar yang bertanggungjawab bagi proses pembenaman dan lapisan dalam yang membentuk embrio. Perjalanan blastosista sehingga sampai ke dinding rahin mengambil masa lima hingga enam hari. Menjelang hari ke dua belah, blastosista telah terbenam sepenuhnya di dalam dinding rahim. Biasanya perkembangan zigot kepada blastosista berlaku tanpa disedari. Pada ketika ini, seorang wanita tidak mengalami apa-apa tanda bahawa dia telah hamil. 3.2 TRIMESTER KEDUA 3
  • 4. Di kenali sebagai fasa embrio ( 4 hari hingga 3 bulan). Pada kira-kira hari ke-7 selepas persenyawaan, selaput telur mulai terkoyak dan kini lembaga yang berkeadaan telanjang bulat itu mula merapatkan dirinya ke dinding rahim dan seterusnya tertanam perlahan-lahan sehingga terbenam ke dalam dinding rahim yang berkeadaan lembur dan basah itu. Bermula dari detik inilah lembaga beransur- ansur membesar dan berubah dari peringkat demi peringkat. Menjelang hari ke-12 blastosista telah terbenam sepenuhnya di dalam dinding rahim. Pembenaman blastosista dan perlekatan embrio ke dinding rahim berlaku dari akhir minggu pertama sehingga akhir minggu ketiga. Perkembangan zigot kepada blastosista berlaku tanpa disedari. Pada ketika ini, seseorang wanita yang hamil tidak mengalami apa-apa tanda yang menunjukkan bahawa dia telah hamil. Perkembangan pesat lembaga atau embrio berlaku dari minggu ke-3 hingga minggu ke-8. Embrio manusia yang sebenar muncul kira-kira pada minggu ke-3. Ia bermula sebagai lipatan beberapa lapisan bakal yang berubah perlahan-lahan menjadi embrio yang sempurna. Dalam minggu ke-4, embrio telah menunjukkan bakal kepala dan ekor yang jelas. Kini, ia berkeadaan melengkung seperti tanda koma; tali pusatnya kelihatan terjulur keluar berhampiran dengan ekor, menghubungkannya dengan uri. Kira-kira 3 arau 4 hari kemudian, muncul pula bayangan-bayangan mata dan tunas-tunas anggota. Perkembangan embrio bermula pada bahagian otak dan kepala. Sistem saraf yang mencukupi penting untuk membolehkan sistem-sistem yang lain berfungsi. Perkembangan cepat otak menyebabkan perkembangan kepala telah berkembang sehingga mencapai satu pertiga daripada panjang embrio. Panjang seluruh tubuh adalah kira-kira setengah inci iaitu hampir 10,000 kali berbanding dengan ovum yang telah bersenyawaan. Perkembangan jantung dan anggota juga berlaku di peringkat ini. Jantung mula bekerja atau berdenyut pada akhir minggu ke-3. Semua organ utama dibentuk semasa minggu ke-4 hingga minggu ke-8. Dalam minggu ke-6, bahagian kepala dan matanya semakin berubah, sementara anggota hadapannya muncul perlahan-lahan. Anggota belakangnya muncul kemudian. Ketika ini, walaupun perubahan -perubahan telah banyak berlaku, lembaga itu masih lagi tidak menunjukkan sifat - sifat seorang manusia. Bayangan atau susuk seperti seorang manusia hanya kelihatan setelah kira -kira 3 hingga 4 hari kemudian dan beransur - ansur mencapai kesempurnaan dalam minggu ke-7. Kini panjang lembaga itu telah meningkat lebih 4
  • 5. kurang 2 cm (3/4 incin) dan rahim manusia agak membesar sedikit, tetapi tanda- tanda mengandung pada si ibu masih lagi tidak jelas kelihatan. Bayangan seorang manusia semakin jelas menjelangnya minggu ke-8. Kepalanya agak besar sedikit dibandingkan dengan saiz badannya. Di bahagian kepala juga kini telah muncul cuping telinga, hidung dan mulut. Anggota-anggota hadapan (tangan) dan belakang (kaki) kini hampir mencapai kesempurnaan setelah mengeluarkan jari-jari kecil yang lengkap (lima jari) serta berkeadaan terbuka. Perkembangan-perkembangan selanjutnya di bahagian kepala dan otak serta kepupusan bahagian ekornya dipercayai mencapai kesempurnaan pada akhir bulan kedua. Sementara itu, organ-organ utama seperti jantung, usus, buah pinggang dan sebagainya telah juga wujud serta memulakan kerjanya. Ketika ini, rupa paras dan sifat-sifat lembaga itu tidak lain dan tidak bukan seperti manusia, cuma saiznya sahaja terlalu kecil, iaitu kira-kira 2.5 cm (1 inci). Selepas daripada tarikh ini, perubahan-perubahan yang berlaku kepada lembaga hanyalah bertujuan untuk membesar bahagian-bahagian dan organ-organ yang telah sedia wujud itu sahaja dengan lain perkataan, perubahan-perubahan besar tidak lagi berlaku selepas ini. Peringkat tian (bayi yang masih lagi dalam kandungan) bermula pada akhir minggu ke-8. Menjelangnya bulan ke-3, tanda-tanda kehamilan semakin jelas terbayang di bahagian bawah pusat. Tian ketika ini kian membesar, tetapi tubuhnya masih lagi kecil dibandingkan dengan kepalanya. Panjang badannya setelah berakhir bulan ke-4 adalah kira-kira 7 inci dan berat badannya dianggarkan 100 gram (4 oz.). Dalam bulan-bulan tersebut juga kuku di dapati keluar dari jari-jarinya. Ia kini telah menunjukkan tanda-tanda gerak alih, lantaran kerjasama antara otot- otot dan sistem-sistem sarafnya semakin baik. Dalam bulan ke-3, alat-alat kelaminnya masih lagi tidak dapat dibezakan sama ada jenis lelaki atau jenis perempuan, tetapi keadaan ini berubah setelah menjelangnya bulan keempat. Pada akhir minggu ke-8, embrio sudah dilengkapi dengan sistem pendengaran, penglihatan, tulang, daging, kulit dan organ-organ asas, tetapi tidak berfungsi lagi. Embrio telah mempunyai organ pembiakan, iaitu testis pada embrio lelaki dan ovari pada embrio perempuan. Embrio ketika ini berukuran kira-kira 30 mm panjang dan mempunyai bentuk manusia. 3.3 TRIMESTER KETIGA 5
  • 6. Peringkat tiga di panggil peringkat janin atau fetus, atau juga dipanggil fasa fetal. Peringkat ini bermula dari minggu ke-9 kehamilan sehingga bayi dilahirkan. Bermula dengan embrio yang sekecil buah walnut, janin membesar sehingga 50 kali ganda. Pada peringkat ini, organ yang terbentuk semasa peringkat embrio berkembang terus. Badan, kepala, lengan dan kaki berkembang dengan cepat. Begitu juga organ bagi peredaran darah, pernafasan dan pencernaan semuanya berkembang dengan pesat. Perkembangan saraf dan otot juga turut berlaku. Jantung mengepam darah melalui salur darah. Perkembangan otak berlaku dengan pesat. Janin lambat laun bertukar rupa seperti bayi. Pada awal minggu ke-9, ukuran kepala janin adalah separuh panjang badannya. Selepas itu, pertumbuhan badan janin pesat berlaku sehingga ahkir minggu ke-12, panjangnya meningkat dua kali ganda. Berat janin adalah kira-kira 4 gram. Pada peringkat ini, organ utama tubuh telah terbentuk, jantung berdegup cepat, darah beredar melalui salur darah, perut janin mula aktif dan ginjal mula berfungsi. Perubahan yang berlaku seterusnya ialah pertambahan dari segi saiz dan fungsinya. Uri kian membesar dan ketika ini mempunyai berat 6 kali ganda janin. Apabila organ seks telah terbentuk, maka jantina janin mungkin dapat dikenalpasti melalui ultrasound. Adakalanya lengan, kaki dan jari janin mula membuat pergerakan spontan tetapi tidak begitu dirasai oleh ibunya. Janin kini berukuran lebih kurang 18 cm (7 inci) panjang dan mempunyai berat kira-kira 100 gm (minggu ke-13 hingga ke-16). Kepala janin masih besar jika dibandingkan dengna tubuhnya. Jantungnya berdegup cepat dan otot-ototnya kini kian aktif. Biasanya jantina janin sudah dapat dikenalpasti ketika peringkat ini. Pada ketika ini juga (bulan ke-4), uri telah lengkap terbentuk dengan sempurna dan melekat pada dinding rahim. Bagaimanapun, perkebangan uri tidaklah sepesat sebelumnya. Berat uri hampir sama dengan berat janin. Janin dihubungkan ke uri melalui tali pusat. Tali pusat terdiri daripada salur darah yang membawa darah kaya zat makanan daripada ibu kepada janin dan juga darah yang mengandungi hasil sisa daripada janin kepada ibu untuk dikumuhkan. Janin kini mempunyai rupa bentuk manusia (minggu ke-17 hingga ke-20). Panjangnya lebih kurang 25 cm iaitu lebih kurang 10 inci, manakala beratnya kira- kira 300 g. Bulu roma halus disebut Lanugo mula tumbuh pada kulitnya. Rambut juga mulai tumbuh di kepalanya. Kuku mulai kelihatan pada jarinya. Pada bulan 6
  • 7. kelima, janin mula bergerak aktif dalam cecair amnion. Janin pada ketika ini menghisap jari, berpusing, sensitif terhadap cahaya dan juga menggerak-gerakkan kelopak mata. Si ibu pula mula terasa gerakan dalam rahimnya sepertu tendangan lembut janin. Gerakan ini lebih awal dirasai oleh ibu- ibu yang telah hamil. Bagi sesetengah wanita, gerakan ini lebih kerap terasa pada waktu malam. Rahim beransur-ansur membesar selaras dengan pembesaran tian dalam bulan-bulan berikutnya. Dinding perut si ibu jelas sekali mengembang hingga ke aras pusat menjelangnya bulan ke-5, kemudian melampauinya dalam bulan ke-6. Kini, walaupun tian semakin membesar,urinya semakin mengecil. Ini bukanlah bermakna, kerja-kerja uri untuk membekal serta menukarkan oksigen, makanan dan bahan-bahan kotor menjadi lemah, malah kerja-kerjanya semakin cekap sehinggalah ke saat-saat kelahiran bayi tersebut ke dunia. Zat nutrien dan oksigen disampaikan kepada janin melalui tali pusat, bahan buangan juga dikeluarkan dari tubuh janin melalui tali pusat. Pada peringkat ini, perkembangan uri semakin perlahan, manakala janin terus membesar sehingga dibawah aras pusat. Janin kini lebih berat daripada uri. Walaubagaimanapun, kandungan masih berasa ringan. Pada minggu ke-21 hingga ke-26, janin berukuran lebih kurang 32 cm panjang dan mempunyai berat kira- kira 650 g. Kulit janin kelihatan kurang kemerahan dan diliputi bulu roma. Matanya mula membuka dan mengatup. Otak pada lengan dan kaki semakin kuat dan kental. Dalam bulan-bulan tersebut, gerakalih dan keadaan-keadaan diam-aktif tian semakin dirasai oleh si ibu. Rupa parasnya pada ketika ini betul-betul menyerupai manusia, peralatan-peralatan badannya hampir-hampir mencapai kesempurnaan. Tetapi, walau bagaimanapun paru-parunya masih lagi tidak boleh digunakan Jadi, tidaklah mungkin baginya hidup jika dilahirkan pada peringkat ini. Pada penghujung bulan ke-6, keseluruhan badannya diselaputi oleh rerambut-rerambut halus; kepalanya mulai ditumbuhi oleh rambut-rambut dan bulu keningnya juga muncul. Saiz tian kini meningkat kepada 3 cm (13 inci). Aktiviti janin semakin meningkat dari segi kekerapan dan kekuatannya. Janin semakin membesar. Pada masa ini juga, bahan yang membantu pengembangan peparu selepas lahir mula dihasilkan. Walaubagaimanapun, Sistem pernafasan belum lagi matang. Sekiranya kelahiran berlaku ketika ini, bayi tidak dapat hidup. Selera makan ibu juga bertambah baik. Dari bulan ke enam sehingga lahir, panjang keseluruhan tubuh janin meningkat dua kali ganda. 7
  • 8. Kandungan rahim semakin besar dan dinding perut terus menonjol keluar sehingga hampir ke aras dada menjelangnya bulan-bulan ke-7, 8 dan 9. Dalam bulan-bulan ini si ibu boleh merasai dengan jelas gerakan-gerakan kandungannya yang agak cergas itu. Badan tian semakin berisi dengan tisu-tisu lemak. Kulit mukanya beransur-ansur menjadi licin dengan tisu-tisu tersebut. Sehingga bulan ke- 9, panjang badannya telah mencapai kira-kira 45 cm (18 inci) dan beratnya kira-kira 5lb. Tian mempunyai peluang besar untuk hidup jika dilahirkan dalam bulan-bulan ke-7 dan 8. Ketika ini, walaupun semua organ-organ tubuh badan dan kelengkapan- kelengkapan luarnya telah sempurna, paru-parunya masih lagi tidak boleh digunakan dengan sepenuhnya., tambahan pula tulang-tulang serta tengkorak masih lembut. Pada masa ini, janin berukuran kira-kira 35 cm panjang dan mempunyai berat lebih kurang 1000 g. Bulan ke-7 atau minggu ke-8 dianggap masa yang penting. Janin yang dilahirkan selepas 28 minggu berkemungkinan hidup kerana peparu dan salur darahnya telah berkembangang untuk membenarkan pertukaran gas. Pada peringkat ini, perkembangan peparu terus berlaku dan jumlah bahan yang membantu pengembangan peparu selepas lahir semakin meningkat. Pertumbuhan otak juga masih berlaku dengan cepat dan pantas. Badan janin kurus, manakala kulitnya masih kemerahan dan diliputi oleh lapisan pelindung yang dihasilkan oleh kelenjar kecil di kulit dikenali sebagai verniks kaseosa. Janin kini sudah mampu membuka matanya. Degupan jantung janin sudah dapat didengari dengan jelas oleh doktor. Janin aktif bergerak di dalam rahim dan ibunya terus merasai tendangan bayi dalam kandungannya. Ibu ketika peringkat ini cepat terasa lapar. Oleh itu, mereka dinasihatkan supaya makan lebih kerap tetapi tidak terlalu banyak bagi mengelakkan rasa senak perut kerana rahim mereka juga semakin membesar ke atas. Ketika minggu ke-32, janin dianggarkan 42 cm panjang dan 1800 g berat. Kulitnya masih kemerahan, tetapi agak berkedut. Tulang kepalanya lembut. Peparunya juga sudah berkembang baik dan boleh mula berfungsi. Janin sudah mampu mendengar bunyi yang kuat dan memberi respons dengan menambah pergerakan kaki dan lengan. Pada minggu ke-36, janin dianggarkan berukuran 46 cm panjang dan 2500 g berat. Berat badannya bertambah agak banyak dalam jangka masa 4 minggu. Ini kerana lebih banyak lemak terendap di bawah kulit dan di sekitar bahu. Kehadiran lemak ini penting dalam membantu mengawal suhu tubuh. 8
  • 9. Dengan bertambahannya lemak di bawah kulit, rupa janin yang dahulunya seperti orang tua yang berkulit nipis dan kelihatan berkedut berubah menjadi seorang bayi yang berisi. Pada minggu ini juga, berat dan juga lemak. Penurunan testis ke dalam skrotum berlaku pada waktu ini bagi janin lelaki. Perkembangan sistem saraf terus berlaku. Selepas cukup bulan, janin telah mempunyai kesemua organ yang penting untuk menjalankan kehidupan selepas lahir tanpa bergantung kepada ibu. Rahim telah membesar sehingga mencapai aras bawah tulang sternum di hadapan. Janin sekarang hanya menunggu saat untuk dilahirkan ke dunia. Si ibu menunggu dengan gelisah manakala berakhirnya bulan ke 10 (mengikut peredaran bulan). Bulan ini atau minggu ke-40 merupakan detik-detik kematangan isi kandungannya. Dalam saat-saat ini, hampir 96 peratus isi kandungan itu berkedudukan normal, 3-4 peratus berkedudukan sonsang dan kira-kira 1 peratus berkedudukan mengiring. Saiz tian telah meningkat hampir-hampir dua kali ganda dan berat badannya kira-kira 7 ½ lb. Tian perempuan agak ringan sedikit. Permukaan bdannya licin, tetapi bulu-bulu roma halus masih lagi terdapat disekitar bahunya. Rambut-rambut juga kelihatan di kepala yang kini telah mencapai keseimbangan dengan saiz badannya, iaitu saiznya lebih kurang sesuku daripada saiz badan. Semua peralatan luar tubuh badan seperti telingan luar (termasuk cuping telinga), mata, hidung, mulut dan alat-alat kelaminnyatelah berseda menghadapi suasana di luar rahim. Tian ketika ini seolah- olah sedang menunggu saat yang baik saja untuk keluar ke dunia. 4.0 KEPERLUAN ASAS IBU MENGANDUNG Semasa mengandung apa sahaja yang si ibu makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi dalam kandungannya. Pemakanan si ibu berkait 9
  • 10. rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan si ibu supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol dan merokok. Si ibu dinasihatkan memakan makanan yang seimbang dan diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika si ibu mengamalkan pemakanan yang sihat, anak yang lahir nanti akan turut sihat dan cerdas. Senaman semasa hamil banyak membantu meningkatkan serta merangsang peredaran darah, memelihara postur yang baik, memperkuatkan ototo dan menambahkan keupayaan berehat si ibu. Terdapat banyak jenis senaman yang sesuai yang boleh dilakukan oleh ibu yang mengandung. Salah satunya yang paling mudah adalah berjalan. Ibu mengandung perlu mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat di klinik secara berkala bagi penjagaan diri dan kandungannya. Bayi di dalam kandungan juga akan dipantau bagi memastikan perkembangan kandungan tersebut dalam keadaan baik. Biasanya ibu mengandung perlu ke klinik prenatal sekurang- kurangnya lapan kali sepanjang tempoh kehamilannya. Beberapa perubahan emosi yang mungkin berlaku semasa hamil perlu di fahami oleh orang yang terdekat seperti suami dan ahli keluarganya. Personaliti ibu mempengaruhi corak perubahan emosinya semasa proses kehamilan. Suami perlu memahami perubahan emosi isterinya dengan bersabar dan memberi sokongan serta keyakinan bahawa kehamilan ialah peristiwa semula jadi. Setiap ahli keluarga juga perlu membantu menjaga kesejahteraan ibu mengandung. Selain itu juga, ibu yang mengandung juga memerlukan rehat yang mencukupi. Ibu yang mengandung perlu tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. 10
  • 11. Bibliografi 1. www.babycenter.com.my 2. www.comelnya.com 3. www.salindah.com 4. www.ratuhati.com.my 5. www.amalanibuhamil.blogspot.com 6. www.anizyn.blogspot.com 11