Prosedur Kerja Selamat - Mesin Fotokopi
PENAFIAN:
Prosedur Kerja Selamat ini disediakan sebagai panduan umum sahaja. Setiap organisasi perlu melakukan penilaian risiko masing-masing untuk menentukan prosedur yang lebih sesuai dengan peralatan masing-masing.
1. Prosedur Kerja Selamat
Mesin Fotokopi
Peralatan ini hanya boleh dikendalikan oleh pekerja terlatih atau individu yang dibenarkan sahaja.
Peralatan TIDAK BOLEH diubah, dipindahkan atau diubahsuai tanpa kebenaran.
Peralatan ini perlu diservis oleh juruteknik berkelayakan sahaja.
ARAHAN KESELAMATAN
1. Pastikan ruang operasi yang mencukupi dan tiada risiko bahaya untuk tersadung.
2. Semua peralatan fotokopi & percetakan perlu diletakkan di kawasan yang berpengudaraan baik, seperti
berhampiran tingkap atau pintu yang terbuka kepada pengudaraan semulajadi. Jika tiada pengudaraan
semulajadi, pengudaraan mekanikal diperlukan.
3. Peralatan mesin perlu diletakkan berasingan dari ruangan pekerja untuk mengurangkan pendedahan
kepada bunyi bising.
4. Baca cara-cara penggunaan mesin terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
5. Jauhkan tangan dan jari dari sorter semasa mesin ini beroperasi.
6. Bertinggung semasa mengendalikan dulang kertas yang rendah. Jangan membongkok.
7. Alihkan tangan dan jari semasa menutup dulang kertas dan penutup atas.
8. JANGAN tinggalkan mesin tanpa pemantauan dalam keadaan dulang kertas yang terbuka.
9. Jauhi kedudukan badan yang janggal dalam tempoh yang lama semasa mengendalikan mesin.
10. Tutup penutup atas semasa menggunakan mesin. Jangan memandang terus cahaya lampu mesin.
11. Elakan bersentuhan dengan permukaan yang panas semasa mengalihkan kertas yang tersangkut.
12. Kembalikan peralatan yang tidak digunakan ke stor. Pastikan kawasan sentiasa bersih dan kemas.
13. Buang sampah atau kertas kotor ke dalam tong sampah yang disediakan.
14. Laporkan semua kerosakan peralatan dan hazad kepada penyelia/pegawai yang bertanggungjawab.
PERHATIAN: Hati-hati dari tersepit jari; kedudukan badan semasa mengendalikan dulang
kertas yang rendah; renjatan elektrik dan kecelakaan; dan bahagian dalam
mesin yang panas.
INGAT . . . Keselamatan adalah tanggunjawab semua.
Disediakan oleh: Dr Mohd Hafiz Bin Ab Gani
Disahkan oleh: Unit Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan Negeri Johor
Tarikh disahkan: 28 Mei 2017
Versi: 1.0 (2017)
PENAFIAN
Prosedur Kerja Selamat ini disediakan sebagai panduan
umum sahaja. Setiap organisasi perlu melakukan penilaian
risiko masing-masing untuk menentukan prosedur yang lebih
sesuai dengan peralatan masing-masing.
Gunakan Pemadam
Api Dry Chemical
Laporkan Semua
hazad
Laporkan Kemalangan
& Dapatkan bantuan
Kecemasan
Angkat Dengan
Betul