SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
1
JURNAL REFLEKTIF
Sebagai seorang guru yang sudah lama berkecimpung dalam sukan, ketika
mendapat tugasan ini, bagaikan satu rahmat yang tidak terhingga dan amat gembira untuk
melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Ini adalah kerana sukan bola sepak adalah
merupakan salah satu cabang yang sememangnya menjadi tanggungjawab saya di sekolah
sejak tahun 1994 di mana jawatan yang diberikan kepercayaan kepada saya ialah sebagai
Jurulatih dan penasihat pasukan bola sepak. Tugasan dan tanggungjawab ini bukan sahaja di
peringkat sekolah malah diberikan kepercayaan oleh Pejabat Pendidikan Daerah untuk
membimbing pasukan daerah bermula tahun 2007 sehingga 2012 sebelum dilantik menjadi
Pembantu Teknikal sehinggalah kini.
Saya bertambah bersemangat untuk menjayakan tugasan ini ketika bertemu
dengan guru pembimbing saya iaitu Cikgu Norwahid bin Munjar yang merupakan Ketua
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Beliau memberikan kata-kata semangat di
samping memberikan beberapa idea kepada saya untuk melaksanakan tugasan ini. Banyak
bantuan yang diberikan oleh beliau kepada saya seperti kebenaran menggunakan peralatan
sekolah dan juga menyelaras waktu ketika hendak melaksanakan aktiviti kemahiran ini
bersesuaian dengan jadual waktu saya sementelah dia sebagai guru pembimbing. Malah Guru
Penolong Kanan Kokurikulum saya iaitu Puan Azlina bt Saleh juga turut memberikan
galakan dan semangat untuk saya melakukan yang terbaik.
Saya amat bersyukur kerana diberikan kelas Tingkatan 2 Jamaah untuk
melaksanakan aktiviti amali kemahiran menendang bola menggunakan bahagian dalam kaki
kerana murid-murid ini pernah saya bimbing ketika di Tingkatan 1. Malah ramai murid-
murid daripada kelas ini adalah merupakan pemain bola sepak sekolah. Andaian saya ketika
mula-mula diberikan kelas ini ialah pasti saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk
menjalankan aktiviti kemahiran ini. Malangnya, andaian itu meleset kerana terdapat beberapa
orang murid yang masih tidak dapat menguasai kemahiran menendang leret menggunakan
bahagian dalam kaki ketika kali pertama mengajarnya. Namun demikian, perasaan puas hati
dan gembira itu tetap muncul apabila kesemua murid memberikan komitmen dan kerjasama
yang cukup tinggi kepada pengajaran saya dalam melaksanakan sesi amali ini. Secara amnya,
murid-murid ini tetap patuh pada arahan walaupun ada di antara mereka telah menguasai
kemahiran ini ketika dalam sesi latihan pasukan bola sepak sekolah. Malah saya rasa gembira
bila mana ada di antara mereka memberi tunjuk ajar kepada rakan yang lain apabila rakannya
membuat kesilapan.
2
Dalam aktiviti 1, kesukaran pertama yang saya hadapi ialah menetapkan tarikh
untuk dipantau oleh guru pembimbing. Ini adalah kerana masa PdP saya untuk melaksanakan
kemahiran ini tidak bersesuaian dengan masa guru pembimbing sehinggakan perlu memohon
kebenaran khas dari pengetua selepas mendapat sokongan dari Guru Penolong Kanan
Kokurikulum. Seterusnya, ialah penangguhan tarikh ketika hendak melaksanakan aktiviti ini
buat kali kedua kerana masalah hujan. Aktiviti ini terpaksa ditukar tarikh dari 13hb Januari
2016 ke 20hb Januari 2016. Saya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk membuat
perancangan bagaimana hendak menyampaikan kepada murid-murid dengan berkesan dan
boleh menjadikan kemahiran ini sebagai salah satu aspek yang mesti dilakukan dengan betul
oleh murid-murid ketika bermain bola sepak. Dalam aktiviti ini juga, saya membuat
pencarian beberapa maklumat dari internet berkaitan dengan kemahiran tendangan leret ini
menggunakan bahagian dalam kaki bagi membolehkan saya dapat menyampaikan maklumat
ini dengan tepat. Secara tidak langsung juga, ia boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan
saya berkaitan dengan kemahiran ini.
Dalam aktiviti 2 ketika saya melaksanakan amali kemahiran menendang bola
menggunakan bahagian dalam kaki, halangan pertama yang saya hadapi ialah murid-murid
sudah terbiasa menggunakan bahagian dalam kaki tetapi di sebelah hujung jari kaki. Ini
menyebabkan bola itu tersungkit ke atas apabila ditendang. Ini saya perolehi melalui
pemerhatian saya ketika memberi peluang murid-murid bermain dahulu secara kumpulan
sebelum menunjukkan demonstrasi. Salah satu aspek yang membuatkan saya rasa gembira
dan berpuas hati ketika melaksanakan aktiviti ini ialah kerjasama yang diberikan oleh murid-
murid di mana mereka memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika saya menerangkan
teknik sepakan leret menggunakan bahagian dalam kaki. Murid-murid ini juga sedaya upaya
melakukan kemahiran ini dengan bersungguh-sungguh. Inilah yang menjadi salah satu faktor
pengajaran dan pembelajaran ini berjaya dilaksanakan mengikut perancangan.
Dalam aktiviti 3 pula, kesukaran yang saya hadapi ialah untuk membentuk
satu laporan yang bertepatan dengan kehendak tugasan. Laporan yang dibuat ini haruslah
seiring dengan apa yang telah dilakukan ketika amali ini dilakukan. Saya mengambil masa
hampir seminggu untuk membuat rangka laporan ini sebelum menterjemahkannya di atas
kertas. Dalam kesukaran saya untuk membuat laporan ini, saya dibantu oleh guru
pembimbing saya melalui sesi perbincangan dan beliau telah memberikan pelbagai cadangan
kepada saya untuk membuat pelaporan ini. Ini yang membuatkan perasaan saya gembira dan
bersemangat untuk menyiapkannya. Ketika melaksanakan aktiviti ini, bantuan yang diberikan
oleh rakan-rakan sejawat dalam menyemak dan memperbetulkan kesalahan ejaan dalam
3
pelaporan ini amat saya hargai. Setelah siap menulis pelaporan ini, masalah yang saya hadapi
ialah ketika hendak menghantar laporan ini melalui internet. Ini adalah kerana di tempat
perumahan saya perkhidmatan servisnya kurang baik menyebabkan saya terpaksa
menggunakan perkhidmatan ‘ciber café’.
Akhir kata, sepanjang saya melaksanakan aktiviti 1 hingga aktiviti 3, perasaan
saya cukup gembira dan teruja tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar yang boleh
merencatkan aktiviti ini. Dengan komitmen yang tinggi dan kerjasama jitu yang diberikan
oleh murid-murid membuatkan saya amat berpuas hati dalam melaksanakan kemahiran ini.

More Related Content

What's hot

MINIT MESYUARAT PANITIA PEN. JASMANI 2020
MINIT MESYUARAT PANITIA PEN. JASMANI 2020MINIT MESYUARAT PANITIA PEN. JASMANI 2020
MINIT MESYUARAT PANITIA PEN. JASMANI 2020SK DATO DEMANG HUSSIN
 
Spsk minit mesyuarat pjpk (bil 2) 2015 fir
Spsk minit mesyuarat pjpk (bil 2) 2015 firSpsk minit mesyuarat pjpk (bil 2) 2015 fir
Spsk minit mesyuarat pjpk (bil 2) 2015 firFidz Ust Bpa
 
Minit mesy pertama 1 2016
Minit mesy pertama 1 2016Minit mesy pertama 1 2016
Minit mesy pertama 1 2016adekmanjerrrr79
 
Minit mesyuarat unit kantin 2014
Minit mesyuarat unit kantin 2014Minit mesyuarat unit kantin 2014
Minit mesyuarat unit kantin 2014Teacher Nasrah
 
Surat jemput mesyuarat disiplin
Surat jemput mesyuarat disiplinSurat jemput mesyuarat disiplin
Surat jemput mesyuarat disiplinjamaludinomar
 
Minit mesyuarat kwamp 1 2014
Minit mesyuarat kwamp 1 2014Minit mesyuarat kwamp 1 2014
Minit mesyuarat kwamp 1 2014Teacher Nasrah
 
Minit mesyuarat hal ehwal murid kali pertama 2014
Minit mesyuarat hal ehwal murid kali pertama 2014  Minit mesyuarat hal ehwal murid kali pertama 2014
Minit mesyuarat hal ehwal murid kali pertama 2014 Jaiho Jambari
 
Pk 07 3 minit mesyuarat pengurusan
Pk 07 3 minit mesyuarat pengurusanPk 07 3 minit mesyuarat pengurusan
Pk 07 3 minit mesyuarat pengurusanIzan Wahab
 
Minit mesyuarat persatuan
Minit mesyuarat persatuanMinit mesyuarat persatuan
Minit mesyuarat persatuanRaymala Raman
 
Minit mesyuarat disiplin bil 1 2013
Minit mesyuarat disiplin bil 1 2013Minit mesyuarat disiplin bil 1 2013
Minit mesyuarat disiplin bil 1 2013Julia Anap
 
Minit rmt 2
Minit rmt 2Minit rmt 2
Minit rmt 2zaleha
 
Pelan taktikal olahraga
Pelan taktikal olahragaPelan taktikal olahraga
Pelan taktikal olahragajulianahjimin
 
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 40sktbyn
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 40sktbynMinit mesyuarat agung pibg kali ke 40sktbyn
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 40sktbynSiti Watini Jajuli
 
Minit mesy hem 2 21062014
Minit mesy hem 2 21062014Minit mesy hem 2 21062014
Minit mesy hem 2 21062014Halaliah Adam
 
contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah
 contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah
contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengahNoraZiemah AZman
 

What's hot (20)

MINIT MESYUARAT PANITIA PEN. JASMANI 2020
MINIT MESYUARAT PANITIA PEN. JASMANI 2020MINIT MESYUARAT PANITIA PEN. JASMANI 2020
MINIT MESYUARAT PANITIA PEN. JASMANI 2020
 
Laporan pbs
Laporan pbsLaporan pbs
Laporan pbs
 
Spsk minit mesyuarat pjpk (bil 2) 2015 fir
Spsk minit mesyuarat pjpk (bil 2) 2015 firSpsk minit mesyuarat pjpk (bil 2) 2015 fir
Spsk minit mesyuarat pjpk (bil 2) 2015 fir
 
Minit mesy pertama 1 2016
Minit mesy pertama 1 2016Minit mesy pertama 1 2016
Minit mesy pertama 1 2016
 
Minit mesyuarat unit kantin 2014
Minit mesyuarat unit kantin 2014Minit mesyuarat unit kantin 2014
Minit mesyuarat unit kantin 2014
 
Surat jemput mesyuarat disiplin
Surat jemput mesyuarat disiplinSurat jemput mesyuarat disiplin
Surat jemput mesyuarat disiplin
 
Minit mesyuarat kwamp 1 2014
Minit mesyuarat kwamp 1 2014Minit mesyuarat kwamp 1 2014
Minit mesyuarat kwamp 1 2014
 
Minit mesyuarat hal ehwal murid kali pertama 2014
Minit mesyuarat hal ehwal murid kali pertama 2014  Minit mesyuarat hal ehwal murid kali pertama 2014
Minit mesyuarat hal ehwal murid kali pertama 2014
 
Pk 07 3 minit mesyuarat pengurusan
Pk 07 3 minit mesyuarat pengurusanPk 07 3 minit mesyuarat pengurusan
Pk 07 3 minit mesyuarat pengurusan
 
Pelan taktikal kelab olahraga
Pelan taktikal kelab olahragaPelan taktikal kelab olahraga
Pelan taktikal kelab olahraga
 
Minit mesyuarat persatuan
Minit mesyuarat persatuanMinit mesyuarat persatuan
Minit mesyuarat persatuan
 
Minit mesyuarat disiplin bil 1 2013
Minit mesyuarat disiplin bil 1 2013Minit mesyuarat disiplin bil 1 2013
Minit mesyuarat disiplin bil 1 2013
 
Minit mesyuarat guru 3 26 nov
Minit mesyuarat guru 3 26 novMinit mesyuarat guru 3 26 nov
Minit mesyuarat guru 3 26 nov
 
Minit rmt 2
Minit rmt 2Minit rmt 2
Minit rmt 2
 
Pelan taktikal olahraga
Pelan taktikal olahragaPelan taktikal olahraga
Pelan taktikal olahraga
 
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 40sktbyn
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 40sktbynMinit mesyuarat agung pibg kali ke 40sktbyn
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 40sktbyn
 
Laporan kbs 2 2014
Laporan kbs 2 2014Laporan kbs 2 2014
Laporan kbs 2 2014
 
Minit mesy hem 2 21062014
Minit mesy hem 2 21062014Minit mesy hem 2 21062014
Minit mesy hem 2 21062014
 
contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah
 contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah
contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah
 
Minit mesyu kwapm rmt skbm
Minit mesyu kwapm rmt skbmMinit mesyu kwapm rmt skbm
Minit mesyu kwapm rmt skbm
 

Similar to T1 a4

Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguPengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguSyafiqah Mohamed Noor
 
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1iyiriz
 
Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013AZUAD ozil
 
Penyataan profesional
Penyataan profesionalPenyataan profesional
Penyataan profesionalnzismail
 
Proposal emilia
Proposal emiliaProposal emilia
Proposal emiliaAdi' Mal
 
Proposal emilia
Proposal emiliaProposal emilia
Proposal emiliaAdi' Mal
 
Minit mesyuarat bil. 1 (2015)
Minit mesyuarat bil. 1 (2015)Minit mesyuarat bil. 1 (2015)
Minit mesyuarat bil. 1 (2015)Najjah Salaamah
 
Buku mesyuarat agung pibg kali ke33 tahun 2014
Buku mesyuarat agung pibg kali ke33 tahun 2014Buku mesyuarat agung pibg kali ke33 tahun 2014
Buku mesyuarat agung pibg kali ke33 tahun 2014Di Sha
 
Bukumesyuaratagungpibgkalike33tahun2014
Bukumesyuaratagungpibgkalike33tahun2014Bukumesyuaratagungpibgkalike33tahun2014
Bukumesyuaratagungpibgkalike33tahun2014Di Sha
 
Buku laporan aktiviti rn
Buku laporan aktiviti rnBuku laporan aktiviti rn
Buku laporan aktiviti rnrageesiva
 
DrafToolkitMakmur_050723 (1).pdf
DrafToolkitMakmur_050723 (1).pdfDrafToolkitMakmur_050723 (1).pdf
DrafToolkitMakmur_050723 (1).pdfSanthiyaNadarajan
 

Similar to T1 a4 (20)

Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguPengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
 
Assingment pbs
Assingment pbsAssingment pbs
Assingment pbs
 
Profesional
ProfesionalProfesional
Profesional
 
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
 
Laporan pbs
Laporan pbsLaporan pbs
Laporan pbs
 
Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013Kajian tindakan sktkj 2013
Kajian tindakan sktkj 2013
 
Penyataan profesional
Penyataan profesionalPenyataan profesional
Penyataan profesional
 
Contoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPGContoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPG
 
Pengenalan Berasaskan Sekolah
Pengenalan Berasaskan SekolahPengenalan Berasaskan Sekolah
Pengenalan Berasaskan Sekolah
 
Proposal emilia
Proposal emiliaProposal emilia
Proposal emilia
 
Proposal emilia
Proposal emiliaProposal emilia
Proposal emilia
 
Laporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakanLaporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakan
 
Proposal 2
Proposal 2Proposal 2
Proposal 2
 
Refleksi1 sce 3111 tokiap
Refleksi1 sce 3111 tokiapRefleksi1 sce 3111 tokiap
Refleksi1 sce 3111 tokiap
 
Laporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakanLaporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakan
 
Minit mesyuarat bil. 1 (2015)
Minit mesyuarat bil. 1 (2015)Minit mesyuarat bil. 1 (2015)
Minit mesyuarat bil. 1 (2015)
 
Buku mesyuarat agung pibg kali ke33 tahun 2014
Buku mesyuarat agung pibg kali ke33 tahun 2014Buku mesyuarat agung pibg kali ke33 tahun 2014
Buku mesyuarat agung pibg kali ke33 tahun 2014
 
Bukumesyuaratagungpibgkalike33tahun2014
Bukumesyuaratagungpibgkalike33tahun2014Bukumesyuaratagungpibgkalike33tahun2014
Bukumesyuaratagungpibgkalike33tahun2014
 
Buku laporan aktiviti rn
Buku laporan aktiviti rnBuku laporan aktiviti rn
Buku laporan aktiviti rn
 
DrafToolkitMakmur_050723 (1).pdf
DrafToolkitMakmur_050723 (1).pdfDrafToolkitMakmur_050723 (1).pdf
DrafToolkitMakmur_050723 (1).pdf
 

T1 a4

  • 1. 1 JURNAL REFLEKTIF Sebagai seorang guru yang sudah lama berkecimpung dalam sukan, ketika mendapat tugasan ini, bagaikan satu rahmat yang tidak terhingga dan amat gembira untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Ini adalah kerana sukan bola sepak adalah merupakan salah satu cabang yang sememangnya menjadi tanggungjawab saya di sekolah sejak tahun 1994 di mana jawatan yang diberikan kepercayaan kepada saya ialah sebagai Jurulatih dan penasihat pasukan bola sepak. Tugasan dan tanggungjawab ini bukan sahaja di peringkat sekolah malah diberikan kepercayaan oleh Pejabat Pendidikan Daerah untuk membimbing pasukan daerah bermula tahun 2007 sehingga 2012 sebelum dilantik menjadi Pembantu Teknikal sehinggalah kini. Saya bertambah bersemangat untuk menjayakan tugasan ini ketika bertemu dengan guru pembimbing saya iaitu Cikgu Norwahid bin Munjar yang merupakan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Beliau memberikan kata-kata semangat di samping memberikan beberapa idea kepada saya untuk melaksanakan tugasan ini. Banyak bantuan yang diberikan oleh beliau kepada saya seperti kebenaran menggunakan peralatan sekolah dan juga menyelaras waktu ketika hendak melaksanakan aktiviti kemahiran ini bersesuaian dengan jadual waktu saya sementelah dia sebagai guru pembimbing. Malah Guru Penolong Kanan Kokurikulum saya iaitu Puan Azlina bt Saleh juga turut memberikan galakan dan semangat untuk saya melakukan yang terbaik. Saya amat bersyukur kerana diberikan kelas Tingkatan 2 Jamaah untuk melaksanakan aktiviti amali kemahiran menendang bola menggunakan bahagian dalam kaki kerana murid-murid ini pernah saya bimbing ketika di Tingkatan 1. Malah ramai murid- murid daripada kelas ini adalah merupakan pemain bola sepak sekolah. Andaian saya ketika mula-mula diberikan kelas ini ialah pasti saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjalankan aktiviti kemahiran ini. Malangnya, andaian itu meleset kerana terdapat beberapa orang murid yang masih tidak dapat menguasai kemahiran menendang leret menggunakan bahagian dalam kaki ketika kali pertama mengajarnya. Namun demikian, perasaan puas hati dan gembira itu tetap muncul apabila kesemua murid memberikan komitmen dan kerjasama yang cukup tinggi kepada pengajaran saya dalam melaksanakan sesi amali ini. Secara amnya, murid-murid ini tetap patuh pada arahan walaupun ada di antara mereka telah menguasai kemahiran ini ketika dalam sesi latihan pasukan bola sepak sekolah. Malah saya rasa gembira bila mana ada di antara mereka memberi tunjuk ajar kepada rakan yang lain apabila rakannya membuat kesilapan.
  • 2. 2 Dalam aktiviti 1, kesukaran pertama yang saya hadapi ialah menetapkan tarikh untuk dipantau oleh guru pembimbing. Ini adalah kerana masa PdP saya untuk melaksanakan kemahiran ini tidak bersesuaian dengan masa guru pembimbing sehinggakan perlu memohon kebenaran khas dari pengetua selepas mendapat sokongan dari Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Seterusnya, ialah penangguhan tarikh ketika hendak melaksanakan aktiviti ini buat kali kedua kerana masalah hujan. Aktiviti ini terpaksa ditukar tarikh dari 13hb Januari 2016 ke 20hb Januari 2016. Saya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk membuat perancangan bagaimana hendak menyampaikan kepada murid-murid dengan berkesan dan boleh menjadikan kemahiran ini sebagai salah satu aspek yang mesti dilakukan dengan betul oleh murid-murid ketika bermain bola sepak. Dalam aktiviti ini juga, saya membuat pencarian beberapa maklumat dari internet berkaitan dengan kemahiran tendangan leret ini menggunakan bahagian dalam kaki bagi membolehkan saya dapat menyampaikan maklumat ini dengan tepat. Secara tidak langsung juga, ia boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya berkaitan dengan kemahiran ini. Dalam aktiviti 2 ketika saya melaksanakan amali kemahiran menendang bola menggunakan bahagian dalam kaki, halangan pertama yang saya hadapi ialah murid-murid sudah terbiasa menggunakan bahagian dalam kaki tetapi di sebelah hujung jari kaki. Ini menyebabkan bola itu tersungkit ke atas apabila ditendang. Ini saya perolehi melalui pemerhatian saya ketika memberi peluang murid-murid bermain dahulu secara kumpulan sebelum menunjukkan demonstrasi. Salah satu aspek yang membuatkan saya rasa gembira dan berpuas hati ketika melaksanakan aktiviti ini ialah kerjasama yang diberikan oleh murid- murid di mana mereka memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika saya menerangkan teknik sepakan leret menggunakan bahagian dalam kaki. Murid-murid ini juga sedaya upaya melakukan kemahiran ini dengan bersungguh-sungguh. Inilah yang menjadi salah satu faktor pengajaran dan pembelajaran ini berjaya dilaksanakan mengikut perancangan. Dalam aktiviti 3 pula, kesukaran yang saya hadapi ialah untuk membentuk satu laporan yang bertepatan dengan kehendak tugasan. Laporan yang dibuat ini haruslah seiring dengan apa yang telah dilakukan ketika amali ini dilakukan. Saya mengambil masa hampir seminggu untuk membuat rangka laporan ini sebelum menterjemahkannya di atas kertas. Dalam kesukaran saya untuk membuat laporan ini, saya dibantu oleh guru pembimbing saya melalui sesi perbincangan dan beliau telah memberikan pelbagai cadangan kepada saya untuk membuat pelaporan ini. Ini yang membuatkan perasaan saya gembira dan bersemangat untuk menyiapkannya. Ketika melaksanakan aktiviti ini, bantuan yang diberikan oleh rakan-rakan sejawat dalam menyemak dan memperbetulkan kesalahan ejaan dalam
  • 3. 3 pelaporan ini amat saya hargai. Setelah siap menulis pelaporan ini, masalah yang saya hadapi ialah ketika hendak menghantar laporan ini melalui internet. Ini adalah kerana di tempat perumahan saya perkhidmatan servisnya kurang baik menyebabkan saya terpaksa menggunakan perkhidmatan ‘ciber café’. Akhir kata, sepanjang saya melaksanakan aktiviti 1 hingga aktiviti 3, perasaan saya cukup gembira dan teruja tanpa menghadapi sebarang masalah yang besar yang boleh merencatkan aktiviti ini. Dengan komitmen yang tinggi dan kerjasama jitu yang diberikan oleh murid-murid membuatkan saya amat berpuas hati dalam melaksanakan kemahiran ini.