PPT Askeb Nifas, Masalah Pengeluaran ASI Menyusui Bayi Prematur Pengaruh Masa...
Petua sihat hari ini
1. PETUA SIHAT HARI INI: Petua Anak Demam
Assalamualaikum sahabat-sahabat MyLittleYaya.
Diharap hari anda semua hari ini ceria di samping keluarga tersayang. Anak demam dan
selsema? Jangan panik dan jangan risau...hari ini saya nak berkongsi petua untuk anakanak yg demam, batuk dan selsema yg saya perolehi dari sharing seorang teman. Moga
dengan sedikit panduan ini, anda dapat menguruskan anak-anak yg tidak sihat ini
dengan baik dan semoga anak-anak anda akan cepat sembuh, insyaALLAH.
•
Jika anak anda demam; pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya
panasnya keluar.
•
Jika anak selsema ; tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi,
lendir itu akan mudah keluar. Namun, ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak
sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku, anak mudah berkahak
sehingga sesak nafas.
•
Jika anak batuk ; tetap mandikan 3 kali supaya
panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak
burung unta dibelakang badan anak & tapak kaki dalam jam antara 1-3 pagi,
insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan
sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan
anak. Tepuk-tepuk (tepuk lohong) juga belakang anak supaya kahaknya mudah
longgar dan jatuh ke perut keluar bersama najis.
•
Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan
sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan
dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak
mudah sejuk dan diserang selsema.
•
Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang
telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini
membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.