SlideShare a Scribd company logo
1 of 81
Download to read offline
PENGENDALIAN
    BAHAN
 PENGAJARAN
  DI SEKOLAH
       OLEH:

MOHAMED NAIM DAIPI
TAKRIF BAHAN PENGAJARAN
RASIONAL DAN OBJEKTIF
PENGGUNAAN
JENIS-JENIS BAHAN
PEMILIHAN BAHAN
PENGGUNAAN BAHAN
LATARBELAKANG PENGGUNAAN
BAHAN PENGAJARAN DI SINGAPURA
BAHAN KHUSUS : KOMPUTER
PENGGUNAAN AKHBAR DALAM
PENGAJARAN BAHASA MELAYU.
APA-APA JUGA ALAT ATAU PERKAKAS
YANG BIASA DIGUNAKAN UNTUK
MENYAMPAIKAN MAKLUMAT BAGI
TUJUAN-TUJUAN PENGAJARAN.


PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN YANG
DAPAT MENYOKONG PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN.
IKHTIAR-IKHTIAR UNTUK MEMPEROLEHI,
MEMPROSES ATAU MENYUSUN KEMBALI
MAKLUMAT PANDANG DAN DENGAR ATAU
GABUNGANNYA DENGAN CARA GRAFIK,
FOTOGRAFIK, ELEKTRONIK ATAUPUN
CARA MEKANIK.

B.J ENRIGHT - NEW MEDIA AND THE LIBRARY
IN EDUCATION (1972)
… MELIPUTI PELBAGAI KOMPONEN
PERSEKITARAN PELAJAR YANG
MENGHASILKAN RANGSANGAN KEPADA
PELAJAR. LAZIMNYA GURU PERANGSANG
UTAMA DAN BAHAN-BAHAN PENGAJARAN
PULA MEMPUNYAI FUNGSI YANG MEMBERI
INPUT (MASUKAN) KEPADA PELAJAR.

 R.M.GANGE - THE CONDITION OF LEARNING (1965)
DENGAN KATA LAIN, BAHAN PENGAJARAN
     ADALAH PENGANTARA UNTUK
     BERKOMUNIKASI DAN MERUPAKAN SATU
     BAHAGIAN DALAM EDARAN KOMUNIKASI.

              MEDIA DALAM EDARAN KOMUNIKASI


PENGHANTAR                   MEDIA                     PENERIMA



     SHARIFAH ALWIAH ALSAGOFF - TEKNOLOGI PENGAJARAN (1986)
PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN
DALAM SITUASI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MELIBATKAN
PENGGUNAAN PENGLIHATAN DAN
PANDANGAN SESEORANG.

    MAT NOR HUSIN & ABD RAHMAN ABD RASHID -
    ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN
    BAHASA (1988)
PENGGUNAAN BAHAN                      PENGALAMAN DERIA
DALAM SITUASI
                                      PENGLIHATAN   83%
PENGAJARAN DAN
                                      PENDENGARAN   11%
PEMBELAJARAN YANG
                                      PENGHIDUAN    3.5%
MELIBATKAN
PENGALAMAN DERIA                      PENYENTUHAN   1.5%

PELAJAR.                              PERASAIAN     1%

EDGAR DALE - AUDIO VISUAL METHOD IN
TEACHING (1969)
ALAT YANG DIGUNAKAN SEBAGAI
SALURAN (channel)
BAGI MENYAMPAIKAN SATU / BEBERAPA
PESANAN (message)
ATAU INFORMASI DARI SATU
SUMBER (resource)
KEPADA
PENERIMANYA (receiver)
               DRS SOEPARNO - MEDIA
               PENGAJARAN (1988)
SUMBER             PESAN           SALURAN      PENERIMA
  (resource)         (message)        (channel)    (receiver)


                                 PENGLIHATAN
               KOGNITIF
                                 PENDENGARAN
GURU
               AFEKTIF           LIHAT & DENGAR   SISWA
                                 PERASAAN
          PSIKOMOTOR
                                 PENAMPILAN
KEMAMPUAN BERSIFAT INTELEKTUAL

    PENGETAHUAN (knowledge)
    PEMAHAMAN (comperehension)
    PENERAPAN (application)
    PENGHURAIAN (analysis)
    PEMADUAN (synthesis)
    PENILAIAN (evaluation).
KEMAMPUAN BERKENAAN DENGAN RASA,
SIKAP DAN TINGKAH LAKU


     PENERIMAAN (receiving)
     PENANGGAPAN (responding)
     PENGHARGAAN (valuing)
     ORGANISASI (organization)
     KARATERISASI (charaterization)
KEMAMPUAN BERSIFAT JASMANIAH
ATAU KETRAMPILAN FIZIKAL

    PERSEPSI (perception)
    KESIAPAN UTK PENYESUAIAN (set)
    RESPON TERTUNTUN (guided response)
    MEKANISME (mechanism)
    RESPON TERBUKA KOMPLEKS
    (complex over response)
    ORIGINASI (origination).
TUJUAN UTAMA PENGGUNAAN BAHAN
PENGAJARAN IALAH AGAR PESAN /
INFORMASI YANG DIKOMUNIKASIKAN
DAPAT DISERAP SEMAKSIMUM
MUNGKIN OLEH PENERIMA (PELAJAR)
DAN SEKALIGUS MENEMUI MATLAMAT
PENGAJARAN GURU.
ALAT BANTU MENGAJAR YANG MEMPUNYAI
NILAI KOMUNIKASI YANG TINGGI AKAN
MEMBANTU PARA PELAJAR MEMPEROLEHI
PENGALAMAN BELAJAR YANG BERFAEDAH
BAGI MENGEMBANGKAN SIKAP ILMIAH DAN
SIKAP SOSIAL, KEMANTAPAN EMOSI DAN
DAYA PENGHARGAAN.
              S.K SRYGLEY - ADMINISTERING EDUCATION
              MEDIA (1972)
ALAT BANTU MENGAJAR BERTUJUAN
MENAMBAH KELANCARAN
PERHUBUNGAN ANTARA GURU
DENGAN PELAJAR DAN SEBALIKNYA,
PELAJAR DENGAN PELAJAR DAN
MEMBANTU MEMPERCEPATKAN
PROSES PEMAHAMAN MEREKA.
             NORAZIAH ABD HAMID - ALAT MENGAJAR
             DALAM PENGAJARAN BAHASA (1981)
ALAT BANTU MENGAJAR DAPAT ...

   MERANGSANG KEINGINAN BELAJAR
   PENGAJARAN LEBIH MENARIK
   PENGAJARAN LEBIH BERKESAN
   KOMUNIKASI LEBIH SIHAT
   MEMPERCEPAT PROSES PEMAHAMAN.
ALAT BANTU MENGAJAR DAPAT ...
   MENYEDIAKAN ASAS YANG KUKUH UNTUK
   SESUATU KONSEP
   MENJADI DAYA PENARIK
   MENGHASILKAN PEMBELAJARAN YANG KEKAL
   MERANGSANG AKTIVITI
   MEMBINA PEMIKIRAN YANG BERTERUSAN
   MEMBANTU PEMAHAMAN
   PEMBELAJARAN LEBIH MENDALAM & BERAGAM
                        EDGAR DALE - AUDIO VISUAL METHOD IN
                        TEACHING (1969)
BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DAPAT MEMBERI KESAN TERTENTU. MENGIKUT
S.K SRYGLEY (1972):

   Menjadikan pembelajaran lebih produktif dan
   mempercepatkan kadar pembelajaran.
   Menjadikan pengajaran lebih bersifat individu
   yakni belajar berasaskan keupayaan diri.
   Menjadikan pembelajaran lebih aktif dan
   bertenaga.
Menjadikan pembelajaran lebih berkesan -
kecanggihan bahan dalam mempertingkatkan
keupayaan dan merangsangkan persekitaran
pembelajaran.
Mendekatkan jurang pengetahuan,
pengalaman dan informasi
Menjadikan pendidikan lebih seimbang.
MIZUAR NASARUDDIN - BAHAN-BAHAN
PENDIDIKAN (1984) mengelaskan sumber
pengajaran dan pembelajaran kepada dua kategori
yang luas, iaitu :

     SUMBER MANUSIA
     Dalam bilik darjah, sumber manusia ialah
     guru dan pelajar. Walaupun begitu, apa
     sahaja bentuk sumber tidak boleh
     menggantikan guru untuk mengajar.
SUMBER BUKAN MANUSIA
Dalam dunia pendidikan terdapat pelbagai
jenis sumber yang boleh menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
ANTARA BAHAN TERSEBUT IALAH :

    BUKU TEKS          BUKU RUJUKAN      ENSKLOPEDIA

     DOKUMEN              AKHBAR           MAJALAH

 BAHAN DUPLIKASI      FILEM BERGERAK     PROGRAM TV

  RAKAMAN VIDEO        RAKAMAN AUDIO    PROGRAM RADIO

PERISIAN (KOMPUTER)   CARTA BERGAMBAR   BAHAN LUTSINAR

     KARTUN               POSTER            SLAID
J.S FARRANT - PRINSIP DAN AMALI
PENDIDIKAN (1981) mengelaskan bahan
pengajaran kepada dua jenis iaitu:


    Alat bantu mengajar yang asas seperti
    papan hitam, buku teks dan buku kerja,
    gambar dan carta, papan flanel, peta, atlas,
    glob, model dan contohan.
Alat bantu mengajar elektrik seperti layar
dan penggelapan, jalur filem dan slaid,
wayar gambar, televisyen, radio, perakam
suara dan sebagainya.
W.F CONNELL - ASAS PENDIDIKAN (1981)
mengelaskan bahan pengajaraan kepada tiga
bahagian, iaitu:


     Alat bantu mengajar am seperti papan tulis
     dan buku bercetak.
     Alat pandang-dengar
     Alat ciptaan baru bagi pengajaran
     berprogram
NORAZIAH ABD HAMID - ALAT MENGAJAR
DALAM PENGAJARAN BAHASA (1981)
membahagikan bahan pengajaran dan
pembelajaran kepada dua jenis, iaitu :

     Media elektronik
     Media bukan elektronik
MAT NOR HUSSIN & ABD RAHMAN RASHID -
ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN
B AHASA (1988) membahagikan bahan pengajaran
dan pembelajaran kepada tiga jenis, iaitu :

     Alat bantu mengajar yang asas
     Alat bantu mengajar bukan elektronik
     Alat bantu mengajar elektronik
DRS SOEPARNO - MEDIA PENGAJARAN BAHASA
(1988) membahagikan bahan pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan darjat kemediaannya,
iaitu :

     Darjat kemediaan nol
     darjat kemediaan rendah
     darjat kemediaan sederhana
     darjat kemediaan tinggi
DARJAT      DARJAT           DARJAT       DARJAT
KEMEDIAAN   KEMEDIAAN       KEMEDIAAN     KEMEDIAAN
  SIFAR      RENDAH         SEDERHANA       TINGGI

  KAPUR      PAPAN TULIS       SLAID       FILEM
PENGHAPUS   PAPAN MAGNET       RADIO       TELEVISYEN
PENGGARIS   PAPAN FLANNEL       OHP        VIDEO
             PAPAN SELIP    FILEM STRIP
ALASAN MEMILIH BAHAN
 ☺
     ADA PELBAGAI JENIS BAHAN
     ADA MEDIA YANG SESUAI UNTUK
     MENYAMPAIKAN MAKLUMAT TERTENTU
     ADA PERBEZAAN CIRI BAGI SETIAP MEDIA
     ADA PERBEZAAN PEMAKAI MEDIA
     ADA PERBEZAAN SITUASI / KONDISI BAGI
     TEMPAT MEDIA DIPERGUNAKAN.
PANDUAN MEMILIH BAHAN
 ☺
     BAIK BURUKNYA bahan tidak bergantung kepada
     canggih tidaknya peralatan yang dipakai.
     BAIK BURUKNYA bahan diukur sejauh mana media
     tersebut dapat menunjang tercapainya tujuan
     instruktional.
     BAIK BURUKNYA bahan diukur sejauh manakah bahan
     tersebut menyalurkan informasi dan dapat menyerapi
     penerimanya.
BAHAN-BAHAN PENGAJARAN YANG SESUAI
☺             MEMPUNYAI CIRI-CIRI BERIKUT




      KESESUAIAN                                    KEMASKINI


                            KEWIBAWAAN

A. J ROMISZOWSKI - THE SELECTION AND USE OF INSTRUCTIONAL MEDIA (1984)
ASMAH HJ OMAR (1984) - PEMILIHAN BAHAN MESTILAH
   ☺            DILIHAT DARI TIGA SUDUT




                                           SUDUT
        SUDUT GURU                        PEDAGOGI
                                          & BAHASA
TUJUAN DAN                 SUDUT             PENGGUNAAN
OBJEKTIF
PENGAJARAN, ASPEK         PELAJAR            BAHASA DAN
                                             PENYAMPAIANNYA,
LISAN, ASPEK TULISAN,
                                             JANGKA MASA,
ASPEK PEMAHAMAN.        KESESUAIAN BAGI
                                             DSB.
                        PERINGKAT UMUR
CARA MEMILIH BAHAN
 ☺
     Memahami akan ciri-ciri sesebuah media -
     keunggulan dan kekurangannya
     memilih media yang sesuai dengan matlamat
     pengajaran yang hendak dicapai
     memilih media yang sesuai dengan kaedah
     pengajaran
     memilih bahan yang sesuai dengan inti
     pengajaran.
Memilih media yang sesuai dengan keadaan
☺   pelajar - di segi jumlah, usia dan tingkatannya
    memilih media berdasarkan situasi dan
    kondisi lingkungan
    memilih bahan yang berdasarkan kreativiti
    guru
    jangan memilih media berdasarkan media
    tersebut barang bau atau merupakan satu-
    satunya yang kita miliki.
                                       DRS SOEPARNO - MEDIA
                                       PENGAJARAN (1988)
KRITERIA PEMILIHAN BAHAN
 ☺
     BERDASARKAN CIRI-CIRINYA
     BERDASARKAN DIMENSI PRESENTASINYA
     BERDASARKAN PEMAKAINYA
     BERDASARKAN PEMAKAIANNYA


                           DRS SOEPARNO - MEDIA
                           PENGAJARAN (1988)
BERDASARKAN CIRI-CIRINYA
 ☺
     Rudy Bretz            SUARA
     mengatakan bahawa
     media mempunyai 5     GAMBAR
     cara penayampaian     GERAK
     maklumat iaitu
     menerusi :            GARIS
                           TULISAN
BERDASARKAN CIRI-CIRINYA
 ☺
     Penyampaian bahan digolongkan dalam dua ciri, iaitu:
                                   RADIO (SUARA)
                                   KASET (SUARA)
     CIRI TUNGGAL                  SLAID (GAMBAR)
                                   TEKS (TULISAN)


                                   FILEM
                                   TELEVISYEN
      CIRI GANDA                   LUTSINAR
                                   SLAID
BERDASARKAN DIMENSI PRESENTASINYA
 ☺
     Batas waktu penggunaannya :

          PENGGUNAAN SEKILAS

        PENGGUNAAN TAK SEKILAS
BERDASARKAN DIMENSI PRESENTASINYA
 ☺
     Sifat penggunaannya :

            PENGGUNAAN LANGSUNG
        (TIDAK DISELANGI DENGAN PROGRAM LAIN)



             PENGGUNAAN BERJEDA
        (BOLEH DISISPKAN DENGAN PROGRAM LAIN)
BERDASARKAN PEMAKAINYA
 ☺
         MEDIA UNTUK KELAS BESAR


         MEDIA UNTUK KELAS KECIL


         MEDIA UNTUK INDIVIDU
BERDASARKAN PEMAKAIANNYA
 ☺
       BAHAN INDUKSI PENGAJARAN


       BAHAN PERKEMBANGAN PENGAJARAN


       BAHAN AKTIVITI SUSULAN


       BAHAN PENILAIAN
CARA MEMILIH MEDIA
 ☺
Erikson & Curl - Fundamentals of Teaching with
Audio-Visual Technology (1979) memberikan
kriteria pemilihan berikut:

       Isi kandungannya berguna dan penting
       kepada pelajar


       Isi kandungannya boleh menarik minat
       pelajar
☺   Formatnya sesuai bagi memberi kesan
    kepada susunan aktiviti pelajar


    Bahan yang digunakan sah, mudah
    didapati dan mutakhir


    Fakta dan konsep dikaji dari sudut
    kepadatannya
☺   Isi kandungannya berhubung terus dengan
    objektif khusus


    Isi kandungan dan persembahannya sesuai
    dengan keadaan dan nilai semasa


    Bahan-bahannya tidak menimbulkan
    kontraversi / tengkarah
Bahan-bahannya tidak menimbulkan
☺    tanda-tanda berat sebelah atau
     sebagai propaganda

    Kualiti teknikal memuaskan - imejnya jelas,
    dialognya mudah, warnanya menarik dan
    mengandungi ciri-ciri kreatif.

    Isi kandungan dan struktur sesuatu alat
    bantu mengajar menunjukkan
    perancangan yang rapi.
CARA MEMILIH MEDIA
 ☺
Perkara-perkara berikut perlu diambil kira :

      pertimbangan dari segi usia

      pertimbangan dari segi peringkat murid

      pertimbangan dari segi pengalaman guru

      pertimbangan dari segi objektif pengajaran

      pertimbangan dari segi jangka masa
SESUATU BAHAN PENGAJARAN HENDAKLAH
DIGUNAKAN SECARA TERANCANG


1      PERSEDIAAN GURU
       ☺ FIKIRKAN NILAI PADA BAHAN DAN TUJUAN
          PENGGUNAANYA
       ☺ FIKIRKAN KEHENDAK, KEPERLUAN DAN
          MINAT MURID
       ☺ FIKIRKAN MASALAH KOMUNIKASI
       ☺ MENELITI DAHULU BAHAN YANG HENDAK
          DIGUNAKAN
2   PERSEDIAAN BILIK DARJAH
    ☺ ALAT YANG HENDAK DIGUNAKAN SENTIASA
       DALAM KEADAAN BAIK DAN MEMUASKAN.
    ☺ BEKALAN ELEKTRIK BAIK DAN
       PERALATANNYA JUGA MEMASKAN
    ☺ TEMPAT DUDUK MURID PERLU DISUSUSN
       AGAR MURID DAPAT MENDENGAR DAN
       MENONTON DENGAN SELESA
3   PERSEDIAAN MURID
    ☺ GURU JELASKAN SEGALA ARAHAN/
       TUGASAN SEBELUM BAHAN DIGUNAKAN
    ☺ JELASKAN OBJEKTIF PENGGUNAAN BAHAN
       DENGAN JELAS
    ☺ TERANGKAN MAKNA PERKATAAN BARU
    ☺ JELASKAN JUGA AKTIVITI SUSULAN YANG
       TELAH DIRANCANG
4   PENGENDALIAN BAHAN
    ☺ BAHAN HENDAKLAH DIGUNAKAN DENGAN
       BAIK, MENARIK DAN BERKESAN
    ☺ REAKSI MURID AKAN PERSEMBAHAN PERLU
       JUGA DIBERI PERHATIAN
    ☺ KEBOSANAN MURID BOLEH MENJEJAS
       OBJEKTIF PENGAJARAN / PENGGUNAAN
       BAHAN
5   AKTIVITI SUSULAN
    ☺ JELASKAN KEPADA MURID AKAN AKTIVITI
       SUSULAN. KALAU BOLEH DAPATKAN
       CADANGAN MURID
    ☺ PROJEK BERKUMPULAN PERLU
       DIJELASKAN DENGAN TELITI.
    ☺ AKTIVITI SUSULAN IALAH UNTUK MENINJAU
       PEMAHAMAN MURID
6   PENILAIAN
    ☺ SEDIAKAN UJIAN PENILAIAN BAGI
       MENINJAU KEBERKESANAN PENGAJARAN /
       PEMBELAJARAN.
    ☺ KESAN KELEMAHAN MURID DAN BUATLAH
       DIAGNOSTIKNYA
    ☺ USAHA INI BOLEH MENINGKATKAN PRETASI
       PEMBELAJARAN MURID.
1   SEBELUM 1959
    ☺ KAEDAH “CHALK AND TALK”.
    ☺ RADIO PENDIDIKAN
    ☺ BUKU TEKS DARI NEGARA ASAL.

    SELEPAS 1959
2   ☺ KURSUS AVA DI TTC SELAMA 30 JAM
    ☺ ETV DILANCARKAN PADA 1967
3   TAHUN 1970-1975
    ☺ PENUBUHAN IML - Instructional Materials
       Library
    ☺ PENUBUHAN SEMS - The Singapore
       Education Media Service
    ☺ MENINGKATKAN ETV
    ☺ MENGKHASKAN BILIK ETV
4   TAHUN 1975 - 1990
    ☺ PENUBUHAN CDIS / DET 1980
    ☺ IE MENGANJURKAN KURSUS AVA - 60 JAM
       KEPADA GURU-GURU AVA DAN GURU-GURU
       KANAN (500 ORANG)
    ☺ MENGHASILKAN BAHAN-BAHAN AVA
    ☺ PROJEK MAPS MELANCARKAN SARI
       BAHASA DAN PERALATAN MENGAJAR
    ☺ MELANCARKAN PENDIDIKAN KOMPUTER -
       Computer Based Learning
5   TAHUN 1995 DAN MASA MUKA
    ☺ IT MASTER PLAN
    ☺ MEMPELBAGAIKAN PENGGUNAAN PERISIAN
       KOMPUTER
    ☺ KERJA PROJEK / IPW
    ☺ CPDD DIBENTUK
    ☺ BUKU ‘KITA’ DAN BAHAN PENGAJARANNYA
       DILANCARKAN
1   SEBELUM 1959
    ☺ KAEDAH “CHALK AND TALK”.
    ☺ RADIO PENDIDIKAN
    ☺ BUKU TEKS DARI NEGARA ASAL.


2   SELEPAS 1959
    ☺ KURSUS AVA DI TTC SELAMA 30 JAM
    ☺ ETV DILANCARKAN PADA 1967
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU




Penerapan Teknologi Maklumat (IT) menjadikan
pengajaran guru semakin mencabar untuk
menjana warga negara yang terhasil daripada
wawasan pendidikan negara yang dicita-citakan
yakni Sekolah Berdaya Fikir, Negara Penimba Ilmu.


                     SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU (RENDAH)
                     - KEMENTERIAN PENDIDIKAN (2002)
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU


DEFINISI
 ☺
TEKNOLOGI MAKLUMAT ialah semua bentuk
teknologi yang digunakan untuk mencipta,
memperoleh, menyimpan, menggunakan,
menggabungkan, menyampaikan, berkomunikasi,
dan memaparkan maklumat digital dalam pelbagai
bentuk. Ini termasuk teks, grafik, animasi, audio,
video dan gambar.

                        SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU (RENDAH)
                        - KEMENTERIAN PENDIDIKAN (2002)
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU



OBJEKTIF PENERAPAN IT DALAM KURIKULUM
  Mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran BM
  di sekolah
  Melengkapkan pelajaran dengan kemahiran IT
  Menyelaraskan usaha penerapan IT dengan
  polisi negara ke arah TSLN
  Membolehkan generasi muda bersedia
  menghadapi abad 21 dan KBE
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU



OBJEKTIF PENERAPAN IT DALAM KURIKULUM
  Mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran BM
  di sekolah
  Melengkapkan pelajaran dengan kemahiran IT
  Menyelaraskan usaha penerapan IT dengan
  polisi negara ke arah TSLN
  Membolehkan generasi muda bersedia
  menghadapi abad 21 dan KBE
PENGGUNAAN




  AKHBAR
  DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
MEMBACA ADALAH PROSES YANG KOMPLEKS.
KETIKA MEMBACA, PELAJAR PERLU:

    memahami simbol (aspek deria)
    menafsiri apa-apa yang dilihat (aspek
    penerimaan)
    mengikuti penggunaan kekata (aspek
    kejajaran)
    menghubungkan kekata dengan pengalaman
    dan pemaknaan kata (aspek pengalaman)
Membuat kesimpulan dan penilaian teks
(aspek pemikiran)
menghubungkan pengalaman dengan idea
dan fakta baru - jurang informasi (aspek
pembelajaran)
menghubungkan keperluan peribadi dan sikap
dengan tujuan pembacaan (aspek afektif)
meletakkan semua proses dengan objektif
pembacaan (aspek konstruktif)
Apabila kesemua aspek yang disebutkan tadi
berjalin, terbentuklah komunikasi yang tuntas
antara penulis dengan pembaca.
Produk pembacaan merupakan komunikasi
pemikiran dan/atau perasaan antara penulis
dan pembacanya.
Komunikasi bergantung kepada unsur
pemahaman.
Aspek deria
aspek penerimaan
aspek kejajaran
aspek pengalaman     KOMUNIKASI
aspek pemikiran
aspek pembelajaran
aspek afektif
aspek konstruktif
AKHBAR SEBAGAI MEDIA PENGAJARAN
BUKAN SESUATU YANG BARU.

ATAN LONG (1982) - Suratkhabar digunakan
kerana banyak mengandungi maklumat yang
berguna. Maklumat-maklumat ini boleh
dikumpulkan untuk diletakkan pada papan
kenyataan atau buku berita
AKHBAR
    SEBAGAI MEDIA
     PENGAJARAN
(Penggunaan Lelaman Web
  Media bagi membentuk
         soalan)
BENGKEL
    PENGGUNAAN LELAMAN WEB
         CLUSTER EAST 3
           2 NOV 2002
    SEKOLAH RENDAH GRIFFITHS




           AKHBAR
       SEBAGAI MEDIA
         PENGAJARAN
(Penggunaan Lelaman Web Media
    bagi membentuk soalan)




        MOHD NAIM DAIPI
            HOD / MT
    SEKOLAH RENDAH GRIFFITHS
CONTOH 1 : SINONIM

Nama :                                                               Tarikh :

Darjah :                                                             Markah :


PAMERAN PERINGATI TOKOH MELAYU

MEMPERINGATI tokoh-tokoh Melayu yang berbakti dan berperanan dalam pembangunan
negara menerusi satu pameran sempena Ramadan ini. Pameran Balai Tokoh itu bakal
dilancarkan hari ini oleh Presiden S R Nathan di Kampung Melayu Geylang Serai sempena majlis
menyalakan lampu Hari Raya yang diadakan pada malam ini.

Pameran tersebut dianjurkan oleh Majlis Pusat dengan sokongan Angkatan Pelukis Aneka Daya
(Apad) dan Berita Harian (BH). Pameran yang memaparkan tokoh-tokoh terkemuka
Melayu/Islam itu bertujuan menggalakkan semangat bakti setia dan cemerlang terhadap
masyarakat dan negara.

Ia mengetengahkan mantan Presiden pertama Singapura, Allahyarham Yusof Ishak;
Allahyarham Zubir Said, pencipta Lagu Kebangsaan Singapura, Majulah Singapura; serta
Allahyarham Muhd Eunos Abdullah bagi menghargai sumbangan beliau sebagai anak Melayu
pertama yang dilantik dalam Majlis Perundangan pada 1924.

Tokoh lain yang dipaparkan ialah Allahyarham Haji Yaacob Mohamed, tokoh politik veteran yang
disegani.

Bagi tokoh yang masih hidup, Majlis Pusat mengetengahkan Haji Muhd Ariff Ahmad, seorang
bahasawan, sasterawan dan budayawan; dan Encik Ahmad Jaafar, seorang pejuang seni dalam
mengekalkan identiti muzik Melayu sejak dekad 1940-an.

Timbalan Setiausaha Agung Majlis Pusat, Haji Md Yahya Zakaria, berkata ramai daripada tokoh-
tokoh Melayu yang terkemuka bukan sahaja telah menyumbangkan sesuatu terhadap
masyarakatnya, tetapi juga kepada negara Singapura umumnya.

'Sempena Ramadan, Majlis Pusat juga berharap dapat meningkatkan kesedaran di kalangan
masyarakat Melayu/Islam bahawa agama Islam juga menggalakan umatnya supaya maju di
dunia selain di akhirat,' kata Haji Md Yahya.


BERIKAN PERKATAAN SEERTI BAGI PERKATAAN BERGARIS BAWAH:

1) berbakti :      _____________________      2) menerusi :          _____________________

3) dianjurkan :    _____________________      4) memaparkan :        _____________________

5) menggalakkan : _____________________       6) mantan :            _____________________

7) pencipta :      _____________________      8) identiti :          _____________________

9) terkemuka :     _____________________     10)   meningkatkan :    _____________________
CONTOH 2 : PEMAHAMAN

Nama :                                                                  Tarikh :

Darjah :                                                                Markah :



KESAN POSITIF BILA BELIA CEBURI KEGIATAN SOSIAL

MASYARAKAT umum lebih bersedia memberi sokongan sosial kepada para belia yang
melibatkan diri dalam kegiatan sosial. Pada masa yang sama, para belia dapat meraih manfaat di
luar jangkaan mereka memenerusi kegiatan sosial. Demikian dapatan satu tinjauan oleh Majlis
Belia Kebangsaan (NYC) yang melibatkan sekitar 1,500 belia berusia antara 15 dengan 29
tahun. Tinjauan itu dijalankan antara Mei dengan Jun lalu.

Dapatan tinjauan itu menunjukkan belia dalam lingkungan usia 15 hingga 18 tahun lebih
cenderung untuk melibatkan diri dalam kegiatan sosial. Belia yang aktif dalam kegiatan sosial
juga didapati mempunyai pandangan positif terhadap masa depan mereka.

Dalam sidang akhbar mengenai dapatan tinjauan itu di pusat NYC kelmarin, pengerusi panel
tinjauan tersebut, Dr Mohd Maliki Osman, yang juga anggota NYC, berkata tinjauan itu turut
menunjukkan nilai-nilai positif di kalangan para belia adalah hasil pergaulan antara satu sama
lain. Ia juga menunjukkan para belia lebih cenderung bergiat dalam kegiatan sukan, budaya dan
seni, agama serta pasukan beruniform.

Menurut Dr Mohd Maliki, rata-rata para belia yang sudah bekerja mula kurang menjalankan
kegiatan-kegiatan sosial kerana mereka banyak menghabiskan tenaga mereka untuk kegiatan-
kegiatan luar dan memantapkan pekerjaan. Mereka yang sudah berumah tangga pula ingin
menumpukan perhatian kepada pasangan masing-masing. Dr Maliki berkata NYC akan terus giat
menggalak lebih ramai belia menyertai kegiatan-kegiatanya, yang akan dipertingkat mutunya
kelak.


NO            SOALAN                                    JAWAPAN ANDA

 1   Tinajauan apakah yang
     termuat di dalam berita di
     atas?


     Apakah nilai positif yang
 2   dicenderungi oleh para
     belia?

     Berikan sebab kegiatan
 3
     sosial belia mula
     berkurangan apabila
     mereka sudah bekerja dan
     berumahtangga
CONTOH 3 : PEMAHAMAN BERITA

Nama :                                                                   Tarikh :

Darjah :                                                                 Markah :

IBU TERBIAR DI KOLONG BLOK

NASIB seorang nenek berusia 73 tahun telah menarik perhatian beberapa penduduk Blok 18 di
Ghim Moh Road dan Blok 1 Holland Close. Menurut beberapa penduduk di dua blok itu, Cik
Nooriah Samat dikatakan kerap ditinggalkan terbiar, terutamanya di kolong Blok 18 - dari sekitar
8 pagi hingga tengah malam.

Namun, semasa dihubungi, anak perempuan Cik Nooriah, yang hanya mengenalkan dirinya
sebagai Cik Sadiah, berkata beliau meninggalkan ibunya di kolong blok kerana sikap ibunya yang
sering suka mengekorinya setiap kali beliau keluar rumah. “Sekurang-kurangnya di kolong blok,
ada jiran yang menjaganya. Saya sibuk dengan anak-anak dan tugas rumah. Lagipun orang tua
ini selalu menyusahkan saya,” katanya yang tinggal di tingkat 13 Blok 18 di Ghim Moh.

Semasa ditemui di kolong blok, Cik Nooriah yang ada sebuah flat sewa di Blok 1 Holland Close,
mendakwa beliau dipukul anaknya itu. Beliau, yang tidak tahu arah pulang ke flat anaknya, turut
menunjukkan nasi goreng yang dibekalkan kepadanya setiap hari selain sebotol teh sejuk
sebagai penghilang dahaga.

Seorang jiran Cik Nooriah di Holland Close, Cik Norpitri Ahmad Talib, 58 tahun, mendakwa beliau
telah beberapa kali membawa pulang jirannya itu dan memberinya pakaian salinan selain
mencuci pakaiannya. 'Saya anggapnya seperti ibu saya sendiri. Saya tak rela melihatnya lapar
sehingga lewat malam,' kata pekerja pembersihan itu. Seorang lagi penduduk di blok yang sama,
Cik Rospina Rasip, 39 tahun, berkata beliau yang pernah menemani Cik Nooriah sehingga
selewat 1 pagi, pernah terlihat najis beberapa kali di kolong blok itu.

Seorang jurucakap Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Northwest yang dihubungi
mengesahkan pihaknya turut menerima panggilan mengenai nasib Cik Nooriah baru-baru ini
daripada seorang penduduk. 'Kami akan meminta salah sebuah Pusat Khidmat Keluarga (FSC)
di kawasan tersebut meneliti masalah yang beliau dan keluarga hadapai,' jelas jurucakap itu lagi.
Menurutnya, Cik Nooriah menerima bantuan kewangan $230 sebulan dari CDC tersebut.



         SOALAN                                    JAWAPAN ANDA



Berita apa?


Bilakah berita itu
berlaku?
Siapakah yang
terlibat?


Mengapakah berita
itu berlaku?


Apakah tanggapan
kamu?


Bagaimanakah
masalah itu boleh
dihuraikan?

Kalaulah kamu
menjadi nenek yang
malang itu, apakah
yang akan kamu
lakukan?
CONTOH 4 : IMBUHAN

Nama :                                                                Tarikh :

Darjah :                                                              Markah :


KES BELASAH: WANITA DIDAPATI TIDAK BERSALAH

PEKERJA pembersihan yang menghadapi (1)tuduh membelasah rakan sekerjanya sehingga
mencederakan bahu rakannya itu didapati tidak (2)salah pada akhir perbicaraan semalam. Cik
Aminah Omar, 49 tahun, menarik nafas lega setelah Hakim Daerah Jasvender Kaur mendapati
beliau tidak bertanggungjawab atas (3)cedera yang dialami oleh Cik Sardiah Ketab, 56 tahun.

'Saya agak cemas juga apabila (4)heret ke mahkamah. Tetapi, saya tahu saya berada di pihak
yang benar. Apabila disoal pun saya hanya menyatakan perkara yang benar,' ujar ibu tunggal
lima anak itu.

Beliau yang (5)teman oleh beberapa ahli keluarganya jelas kelihatan gembira dan mereka
(6)peluk apabila mendengar keputusan hakim. Ketika merumuskan keputusannya, Hakim
Daerah Jasvender berkata pihak pendakwa raya gagal (7)tengah bukti-bukti kukuh yang dapat
menunjukkan Cik Aminah sengaja mahu (8)cedera Cik Sardiah.

Menurut beliau lagi, laporan-laporan (9)ubat juga gagal menunjukkan bahawa kecederaan pada
bahu Cik Sardiah berpunca daripada asakan Cik Aminah. Cik Aminah didakwa sengaja
menyebabkan rakannya cedera dalam kejadian di tempat kerja mereka di Sekolah Rendah Saint
Hilda's di Tampines pada 9 Mei lalu.

Menyentuh tentang tindakan Cik Aminah yang sengaja menolak Cik Sardiah sehingga beliau
terjatuh dan mengalami kecederaan pada otot-otot bahunya, Hakim akur Cik Aminah (10)paksa
menolak Cik Sardiah untuk melepaskan dirinya apabila digigit. Hakim juga berasa curiga
mengapa Cik Sardiah tidak memberitahukan perkara tersebut kepada doktor ketika beliau
mendapatkan rawatan.

BERIKAN IMBUHAN BAGI PERKATAAN BERGARIS BAWAH:

1) tuduh :         _____________________      2) salah :              _____________________

3) cedera :        _____________________      4) heret :              _____________________

5) teman :         _____________________      6) peluk :              _____________________

7) tengah :        _____________________      8) cedera :             _____________________

9) ubat :          _____________________     10)   paksa :            _____________________
CONTOH 5 : PROSEDUR CLOZE

Nama :                                                               Tarikh :

Darjah :                                                             Markah :


PEROKOK BAWAH 18 TAHUN DIKENAKAN KAUNSELING DAN DENDA

REMAJA di bawah usia 18 tahun yang didapati merokok dikehendaki menghadiri sesi kaunseling
berhenti merokok bersama ibu bapa atau penjaga mereka. Ini di samping membayar denda yang
telah dinaikkkan kepada $300 berbanding $50 bagi kesalahan pertama dan $100 bagi kesalahan
selanjutnya sebelum ini.

Demikian antara perubahan ekoran pindaan Akta Menghisap Rokok (Kawalan Pengiklanan dan
Jualan Tembakau) yang diluluskan Parlimen semalam. Dalam ucapannya, Menteri Kesihatan,
Encik Lim Hng Kiang, berkata (1)______________ itu antara lain bertujuan mengekang remaja
daripada (2)______________.

”Langkah ini memberi peluang baik untuk berkomunikasi (3)______________ remaja dan ibu
bapa mereka, bukan hanya (4)______________ bahaya merokok tetapi juga menerapkan
kemahiran kehidupan (5)______________ diri remaja itu agar mereka boleh terus
(6)______________ merokok,' katanya.

Di bawah pindaan itu, mereka (7)______________ didapati bersalah menjual rokok dan produk
tembakau (8)______________ sesiapa di bawah usia lapan belas tahun (9)______________
didenda tidak lebih daripada sepuluh ribu dolar (10)______________ dipenjara hingga enam
bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Selain itu, perlesenan yang kini melibatkan peruncit yang menjual produk tembakau pula akan
diluaskan kepada pengimpot dan pengedar produk tembakau. Ia juga memerlukan mereka
menyenaraikan bahan-bahan berbahaya selain tar atau nikotin bagi memberi maklumat terperinci
kepada orang ramai mengenai bahan-bahan dalam produk tembakau.




JAWAPAN ANDA:


1                                6

2                                7

3                                8

4                                9

5                               10
CONTOH 6 : KESALAHAN BAHASA

Nama :                                                                Tarikh :

Darjah :                                                              Markah :




RUNDING AIR LAGI

SEORANG Anggota Parlimen Malaysia minggu lalu cadangkan supaya negaranya jual air
kumbahan kepada Singapura, kalau Singapura mahukan air yang murah harganya.

Telinga Wak berdesing bila baca berita itu.

Kalau yang cakap tu rakyat biasa, Wak mungkin boleh terima. Tapi Wak kecewa sebab yang
bercakap itu adalah seorang yang bergelar pemimpin.

Tapi tak mengapa. Sebab kita memang sedar yang bekalan air kita sekarang tak cukup, dan kita
kena beli air dari Malaysia.

Cuma masanya mungkin tak lama lagi apabila kita tak lagi perlu bergantung kepada orang lain
bagi bekalan air kita...




Kesalahan 1



Kesalahan 2



Kesalahan 3



Kesalahan 4



Kesalahan 5
CONTOH 7 : PENYENARAIAN

Nama :                                                                           Tarikh :

Darjah :                                                                         Markah :

PEMENANG RATU CANTIK MELAYU BARU?

RAKAN-RAKANNYA pernah memanggilnya "Ally MacBeal"... bukan saja kerana tugasnya sebagai
peguam, bahkan juga kerana wajah comel dan tubuhnya yang cukup ramping. Lebih-lebih lagi sekarang
Nuraliza Osman juga sudah melangkah ke dunia glamor selepas dimahkotakan gelaran ratu Miss
Singapore-Universe tiga minggu lalu.

"Kalau kerja, saya kerja sungguh-sungguh, tetapi kalau bermain, saya mencari keseronokan yang wajar,''
seloroh ratu yang cukup peramah ini.

Perbualan selama lebih sejam bersama wartawan dan ditemani pembantunya, Freda Hassan, ternyata cukup
menjelaskan mengapa Nuraliza seharusnya dinilaikan lebih daripada setakat kecantikan luarannya. Soal
pencapaian akademik dan kerjaya tak perlu lagi dipersoalkan, tetapi apa yang lebih perlu direnungkan ialah
pendirian beliau yang cukup objektif, keberanian menunjak kebenaran dan sikapnya yang suka berdikari.

Bukan senang sebenarnya untuk mengatur temu janji dengan personaliti yang kini hidup dalam dua dunia
ini; sebagai peguam yang begitu serius dengan kerjayanya dan alam glamor yang baru ditempuhinya sejak
menjadi perhatian media dengan kemenangannya pada 23 Mac lalu. Pada waktu pejabat, peguam berusia
25 tahun yang mempunyai ketinggian 1.7 meter, berat badan 53 kilogram dan sering mengenakan sut hitam
ini, mengejar masa ke sana ke mari untuk bertemu pelanggan, membuat penyelidikan pelbagai kes
mahkamah dan berhujah hebat di depan hakim untuk memenangi kes-kesnya.

Tetapi sebaik saja beliau menanggalkan pakaian hitamnya, Nuraliza didandan pula dari hujung rambut ke
hujung kaki, mengenakan gaun-gaun formal dari pereka fesyen terkenal dan beraksi bak bidadari di depan
sinaran lampu kamera untuk pelbagai media massa.

Ada yang bertanya, sejauh mana Melayu yang ada pada diri Nuraliza? Menurut Nuraliza, di kad
pengenalannya, tertera "India' sebagai bangsanya. Bapanya, Mohamed Osman Bakar, berketurunan India
sementara ibunya, Katinah Yan, berdarah campuran Jawa-Belanda-India-Cina. "Di rumah, kami berbahasa
Melayu dan Inggeris. Gaya hidup kami seperti orang Melayu biasa sebab majoriti penduduk Islam di sini
orang Melayu. Kita tak boleh lari daripada budaya dan adat-istiadat Melayu-Islam, biar macam mana
moden atau bercampur keturunan apa pun. Rasanya, macam semua orang Melayu di sini berasal dari
Geylang,'' jelas anak kedua tiga beradik ini.

Tetapi mengapa beliau membenarkan dirinya melangkah ke dunia yang sensasi sedangkan beliau
mempunyai kerjaya mantap dan disegani? Peguam yang bekerja dengan syarikat Rajah & Tann ini
berpendirian, dunia di luar lingkaran mahkamah sedikit pun tidak menjejas reputasi kerjanya.

""Saya berpegang bahawa dalam hidup, saya harus berusaha mencapai impian saya. Apa pun yang kita
lakukan, halangan tetap ada. Terpulanglah untuk kita bertindak, sejauh mana untuk mengharungi halangan
itu. Seperti saya mengejar impian untuk menunggang kuda. "Di Singapura, naik kuda merupakan hobi yang
mahal ... jadi saya cari jalan lain, cari tempat lebih murah. Kalau nak tahu, saya naik kuda di Pulai, Johor
setiap kali ada masa terluang.”

"Pada masa yang sama, saya juga memastikan dalam mengejar impian, jangan sampai kita menjejas harga
diri, keharmonian hidup terutama soal keluarga,'' ujar ratu yang mengakui tidak mempunyai latar belakang
dalam bidang modeling dan cukup berterimakasih dengan peragawati Hanis Hussey kerana
membimbingnya beraksi "cat walk'.
Dari zaman persekolahan beliau memang sudah terdedah dengan pencapaian cemerlang; beliau mendapat
sembilan gred "A' untuk peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat "O' dan dua A dan dua B untuk
GCE "A'nya.

""Orang tua saya hantar saya ke sekolah perempuan sahaja ... dari CHIJ ke Methodist Girls, kemudian baru
bercampur dengan pelajar lelaki di Maktab Rendah Victoria sebelum masuk NUS. Beliau akan berangkat
ke Puerto Rico pada minggu pertama Mei ini untuk pertandingan Miss Universe peringkat antarabangsa.
Antara pakaian yang akan dibawanya ialah ciptaan pereka fesyen Haron.

Senarai watak Nualiza Osman




                      LATAR KELUARGA                                    KECENDERUNGAN




             PENDIDIKAN                          NURALIZA                               KERJAYA
                                                  OSMAN



                                                    PENDIRIAN

More Related Content

Viewers also liked

Viewers also liked (11)

Hbml4403
Hbml4403Hbml4403
Hbml4403
 
Surat Khabar
Surat KhabarSurat Khabar
Surat Khabar
 
Karangan naratif
Karangan naratifKarangan naratif
Karangan naratif
 
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PMEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
 
Karangan naratif
Karangan naratif Karangan naratif
Karangan naratif
 
Panduan Menulis Karangan
Panduan Menulis KaranganPanduan Menulis Karangan
Panduan Menulis Karangan
 
Elemen Karangan Naratif
Elemen Karangan NaratifElemen Karangan Naratif
Elemen Karangan Naratif
 
Karangan Naratif
Karangan NaratifKarangan Naratif
Karangan Naratif
 
Karangan Naratif
Karangan NaratifKarangan Naratif
Karangan Naratif
 
Tip Penulisan Karangan
Tip Penulisan KaranganTip Penulisan Karangan
Tip Penulisan Karangan
 
Slot 4 pdp berkesan
Slot 4   pdp berkesanSlot 4   pdp berkesan
Slot 4 pdp berkesan
 

Similar to Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

Matematik S5 Kump D
Matematik S5 Kump  DMatematik S5 Kump  D
Matematik S5 Kump Dshockgadof
 
Pembuatan media berbasis it 2013 plpg revisi
Pembuatan media berbasis it 2013 plpg revisiPembuatan media berbasis it 2013 plpg revisi
Pembuatan media berbasis it 2013 plpg revisiAmsori Saari
 
wilayah kajian pengemb metodologi pemb pai.pptx
wilayah kajian pengemb metodologi pemb pai.pptxwilayah kajian pengemb metodologi pemb pai.pptx
wilayah kajian pengemb metodologi pemb pai.pptxlulu76426
 
(PP)_MEDIA_DAN_ALAT_PEMBELAJARAN_PENJAS.pdf
(PP)_MEDIA_DAN_ALAT_PEMBELAJARAN_PENJAS.pdf(PP)_MEDIA_DAN_ALAT_PEMBELAJARAN_PENJAS.pdf
(PP)_MEDIA_DAN_ALAT_PEMBELAJARAN_PENJAS.pdfAntonSudarwo2
 
(PP)_MEDIA_DAN_ALAT_PEMBELAJARAN_PENJAS.pdf
(PP)_MEDIA_DAN_ALAT_PEMBELAJARAN_PENJAS.pdf(PP)_MEDIA_DAN_ALAT_PEMBELAJARAN_PENJAS.pdf
(PP)_MEDIA_DAN_ALAT_PEMBELAJARAN_PENJAS.pdfrahmawanabadi1
 
belajar berbasis aneka sumber
belajar berbasis aneka sumberbelajar berbasis aneka sumber
belajar berbasis aneka sumbermashuda
 
9.-Media-dan-Alat-Peraga-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt
9.-Media-dan-Alat-Peraga-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt9.-Media-dan-Alat-Peraga-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt
9.-Media-dan-Alat-Peraga-Dalam-Pembelajaran-IPA.pptIMADEPEBRIARTONO
 
Media pembelajaran
Media pembelajaranMedia pembelajaran
Media pembelajarankubay12
 
Pemilihan media pendidikan
Pemilihan media pendidikanPemilihan media pendidikan
Pemilihan media pendidikanLhyka SpDtt
 
Sistematika Perencanaan, Penggunaan, dan Pengembangan Media.pptx
Sistematika Perencanaan, Penggunaan, dan Pengembangan Media.pptxSistematika Perencanaan, Penggunaan, dan Pengembangan Media.pptx
Sistematika Perencanaan, Penggunaan, dan Pengembangan Media.pptxShanCyu1
 
Media pembelajaran biologi
Media pembelajaran biologiMedia pembelajaran biologi
Media pembelajaran biologideniindriani
 
IPA MODUL 2 KB 1.pptx
IPA MODUL 2 KB 1.pptxIPA MODUL 2 KB 1.pptx
IPA MODUL 2 KB 1.pptxharishmwddh
 
PEMBELAJARAN IPA DI SD KELOMPOK 4.pptx
PEMBELAJARAN IPA DI SD KELOMPOK 4.pptxPEMBELAJARAN IPA DI SD KELOMPOK 4.pptx
PEMBELAJARAN IPA DI SD KELOMPOK 4.pptxufairaulyasyifa
 

Similar to Pengendalian bahan pengajaran di sekolah (20)

Matematik S5 Kump D
Matematik S5 Kump  DMatematik S5 Kump  D
Matematik S5 Kump D
 
Media pembelajaran
Media pembelajaranMedia pembelajaran
Media pembelajaran
 
Media pembelajaran
Media pembelajaranMedia pembelajaran
Media pembelajaran
 
Pengenalan&Pemilihan beberapa media pembelajaran (4 b)
Pengenalan&Pemilihan beberapa media pembelajaran (4 b)Pengenalan&Pemilihan beberapa media pembelajaran (4 b)
Pengenalan&Pemilihan beberapa media pembelajaran (4 b)
 
Pembuatan media berbasis it 2013 plpg revisi
Pembuatan media berbasis it 2013 plpg revisiPembuatan media berbasis it 2013 plpg revisi
Pembuatan media berbasis it 2013 plpg revisi
 
wilayah kajian pengemb metodologi pemb pai.pptx
wilayah kajian pengemb metodologi pemb pai.pptxwilayah kajian pengemb metodologi pemb pai.pptx
wilayah kajian pengemb metodologi pemb pai.pptx
 
(PP)_MEDIA_DAN_ALAT_PEMBELAJARAN_PENJAS.pdf
(PP)_MEDIA_DAN_ALAT_PEMBELAJARAN_PENJAS.pdf(PP)_MEDIA_DAN_ALAT_PEMBELAJARAN_PENJAS.pdf
(PP)_MEDIA_DAN_ALAT_PEMBELAJARAN_PENJAS.pdf
 
(PP)_MEDIA_DAN_ALAT_PEMBELAJARAN_PENJAS.pdf
(PP)_MEDIA_DAN_ALAT_PEMBELAJARAN_PENJAS.pdf(PP)_MEDIA_DAN_ALAT_PEMBELAJARAN_PENJAS.pdf
(PP)_MEDIA_DAN_ALAT_PEMBELAJARAN_PENJAS.pdf
 
belajar berbasis aneka sumber
belajar berbasis aneka sumberbelajar berbasis aneka sumber
belajar berbasis aneka sumber
 
9.-Media-dan-Alat-Peraga-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt
9.-Media-dan-Alat-Peraga-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt9.-Media-dan-Alat-Peraga-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt
9.-Media-dan-Alat-Peraga-Dalam-Pembelajaran-IPA.ppt
 
Media pembelajaran
Media pembelajaranMedia pembelajaran
Media pembelajaran
 
1 prinsip pembelaja
1 prinsip pembelaja1 prinsip pembelaja
1 prinsip pembelaja
 
Pemilihan media pendidikan
Pemilihan media pendidikanPemilihan media pendidikan
Pemilihan media pendidikan
 
Kelompok 2
Kelompok 2Kelompok 2
Kelompok 2
 
Analisis ku .docx
Analisis ku .docxAnalisis ku .docx
Analisis ku .docx
 
Mintara
MintaraMintara
Mintara
 
Sistematika Perencanaan, Penggunaan, dan Pengembangan Media.pptx
Sistematika Perencanaan, Penggunaan, dan Pengembangan Media.pptxSistematika Perencanaan, Penggunaan, dan Pengembangan Media.pptx
Sistematika Perencanaan, Penggunaan, dan Pengembangan Media.pptx
 
Media pembelajaran biologi
Media pembelajaran biologiMedia pembelajaran biologi
Media pembelajaran biologi
 
IPA MODUL 2 KB 1.pptx
IPA MODUL 2 KB 1.pptxIPA MODUL 2 KB 1.pptx
IPA MODUL 2 KB 1.pptx
 
PEMBELAJARAN IPA DI SD KELOMPOK 4.pptx
PEMBELAJARAN IPA DI SD KELOMPOK 4.pptxPEMBELAJARAN IPA DI SD KELOMPOK 4.pptx
PEMBELAJARAN IPA DI SD KELOMPOK 4.pptx
 

Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

  • 1. PENGENDALIAN BAHAN PENGAJARAN DI SEKOLAH OLEH: MOHAMED NAIM DAIPI
  • 2. TAKRIF BAHAN PENGAJARAN RASIONAL DAN OBJEKTIF PENGGUNAAN JENIS-JENIS BAHAN PEMILIHAN BAHAN PENGGUNAAN BAHAN LATARBELAKANG PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DI SINGAPURA BAHAN KHUSUS : KOMPUTER PENGGUNAAN AKHBAR DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.
  • 3. APA-APA JUGA ALAT ATAU PERKAKAS YANG BIASA DIGUNAKAN UNTUK MENYAMPAIKAN MAKLUMAT BAGI TUJUAN-TUJUAN PENGAJARAN. PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN YANG DAPAT MENYOKONG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
  • 4. IKHTIAR-IKHTIAR UNTUK MEMPEROLEHI, MEMPROSES ATAU MENYUSUN KEMBALI MAKLUMAT PANDANG DAN DENGAR ATAU GABUNGANNYA DENGAN CARA GRAFIK, FOTOGRAFIK, ELEKTRONIK ATAUPUN CARA MEKANIK. B.J ENRIGHT - NEW MEDIA AND THE LIBRARY IN EDUCATION (1972)
  • 5. … MELIPUTI PELBAGAI KOMPONEN PERSEKITARAN PELAJAR YANG MENGHASILKAN RANGSANGAN KEPADA PELAJAR. LAZIMNYA GURU PERANGSANG UTAMA DAN BAHAN-BAHAN PENGAJARAN PULA MEMPUNYAI FUNGSI YANG MEMBERI INPUT (MASUKAN) KEPADA PELAJAR. R.M.GANGE - THE CONDITION OF LEARNING (1965)
  • 6. DENGAN KATA LAIN, BAHAN PENGAJARAN ADALAH PENGANTARA UNTUK BERKOMUNIKASI DAN MERUPAKAN SATU BAHAGIAN DALAM EDARAN KOMUNIKASI. MEDIA DALAM EDARAN KOMUNIKASI PENGHANTAR MEDIA PENERIMA SHARIFAH ALWIAH ALSAGOFF - TEKNOLOGI PENGAJARAN (1986)
  • 7. PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DALAM SITUASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELIBATKAN PENGGUNAAN PENGLIHATAN DAN PANDANGAN SESEORANG. MAT NOR HUSIN & ABD RAHMAN ABD RASHID - ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN BAHASA (1988)
  • 8. PENGGUNAAN BAHAN PENGALAMAN DERIA DALAM SITUASI PENGLIHATAN 83% PENGAJARAN DAN PENDENGARAN 11% PEMBELAJARAN YANG PENGHIDUAN 3.5% MELIBATKAN PENGALAMAN DERIA PENYENTUHAN 1.5% PELAJAR. PERASAIAN 1% EDGAR DALE - AUDIO VISUAL METHOD IN TEACHING (1969)
  • 9. ALAT YANG DIGUNAKAN SEBAGAI SALURAN (channel) BAGI MENYAMPAIKAN SATU / BEBERAPA PESANAN (message) ATAU INFORMASI DARI SATU SUMBER (resource) KEPADA PENERIMANYA (receiver) DRS SOEPARNO - MEDIA PENGAJARAN (1988)
  • 10. SUMBER PESAN SALURAN PENERIMA (resource) (message) (channel) (receiver) PENGLIHATAN KOGNITIF PENDENGARAN GURU AFEKTIF LIHAT & DENGAR SISWA PERASAAN PSIKOMOTOR PENAMPILAN
  • 11. KEMAMPUAN BERSIFAT INTELEKTUAL PENGETAHUAN (knowledge) PEMAHAMAN (comperehension) PENERAPAN (application) PENGHURAIAN (analysis) PEMADUAN (synthesis) PENILAIAN (evaluation).
  • 12. KEMAMPUAN BERKENAAN DENGAN RASA, SIKAP DAN TINGKAH LAKU PENERIMAAN (receiving) PENANGGAPAN (responding) PENGHARGAAN (valuing) ORGANISASI (organization) KARATERISASI (charaterization)
  • 13. KEMAMPUAN BERSIFAT JASMANIAH ATAU KETRAMPILAN FIZIKAL PERSEPSI (perception) KESIAPAN UTK PENYESUAIAN (set) RESPON TERTUNTUN (guided response) MEKANISME (mechanism) RESPON TERBUKA KOMPLEKS (complex over response) ORIGINASI (origination).
  • 14. TUJUAN UTAMA PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN IALAH AGAR PESAN / INFORMASI YANG DIKOMUNIKASIKAN DAPAT DISERAP SEMAKSIMUM MUNGKIN OLEH PENERIMA (PELAJAR) DAN SEKALIGUS MENEMUI MATLAMAT PENGAJARAN GURU.
  • 15. ALAT BANTU MENGAJAR YANG MEMPUNYAI NILAI KOMUNIKASI YANG TINGGI AKAN MEMBANTU PARA PELAJAR MEMPEROLEHI PENGALAMAN BELAJAR YANG BERFAEDAH BAGI MENGEMBANGKAN SIKAP ILMIAH DAN SIKAP SOSIAL, KEMANTAPAN EMOSI DAN DAYA PENGHARGAAN. S.K SRYGLEY - ADMINISTERING EDUCATION MEDIA (1972)
  • 16. ALAT BANTU MENGAJAR BERTUJUAN MENAMBAH KELANCARAN PERHUBUNGAN ANTARA GURU DENGAN PELAJAR DAN SEBALIKNYA, PELAJAR DENGAN PELAJAR DAN MEMBANTU MEMPERCEPATKAN PROSES PEMAHAMAN MEREKA. NORAZIAH ABD HAMID - ALAT MENGAJAR DALAM PENGAJARAN BAHASA (1981)
  • 17. ALAT BANTU MENGAJAR DAPAT ... MERANGSANG KEINGINAN BELAJAR PENGAJARAN LEBIH MENARIK PENGAJARAN LEBIH BERKESAN KOMUNIKASI LEBIH SIHAT MEMPERCEPAT PROSES PEMAHAMAN.
  • 18. ALAT BANTU MENGAJAR DAPAT ... MENYEDIAKAN ASAS YANG KUKUH UNTUK SESUATU KONSEP MENJADI DAYA PENARIK MENGHASILKAN PEMBELAJARAN YANG KEKAL MERANGSANG AKTIVITI MEMBINA PEMIKIRAN YANG BERTERUSAN MEMBANTU PEMAHAMAN PEMBELAJARAN LEBIH MENDALAM & BERAGAM EDGAR DALE - AUDIO VISUAL METHOD IN TEACHING (1969)
  • 19. BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAPAT MEMBERI KESAN TERTENTU. MENGIKUT S.K SRYGLEY (1972): Menjadikan pembelajaran lebih produktif dan mempercepatkan kadar pembelajaran. Menjadikan pengajaran lebih bersifat individu yakni belajar berasaskan keupayaan diri. Menjadikan pembelajaran lebih aktif dan bertenaga.
  • 20. Menjadikan pembelajaran lebih berkesan - kecanggihan bahan dalam mempertingkatkan keupayaan dan merangsangkan persekitaran pembelajaran. Mendekatkan jurang pengetahuan, pengalaman dan informasi Menjadikan pendidikan lebih seimbang.
  • 21. MIZUAR NASARUDDIN - BAHAN-BAHAN PENDIDIKAN (1984) mengelaskan sumber pengajaran dan pembelajaran kepada dua kategori yang luas, iaitu : SUMBER MANUSIA Dalam bilik darjah, sumber manusia ialah guru dan pelajar. Walaupun begitu, apa sahaja bentuk sumber tidak boleh menggantikan guru untuk mengajar.
  • 22. SUMBER BUKAN MANUSIA Dalam dunia pendidikan terdapat pelbagai jenis sumber yang boleh menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • 23. ANTARA BAHAN TERSEBUT IALAH : BUKU TEKS BUKU RUJUKAN ENSKLOPEDIA DOKUMEN AKHBAR MAJALAH BAHAN DUPLIKASI FILEM BERGERAK PROGRAM TV RAKAMAN VIDEO RAKAMAN AUDIO PROGRAM RADIO PERISIAN (KOMPUTER) CARTA BERGAMBAR BAHAN LUTSINAR KARTUN POSTER SLAID
  • 24. J.S FARRANT - PRINSIP DAN AMALI PENDIDIKAN (1981) mengelaskan bahan pengajaran kepada dua jenis iaitu: Alat bantu mengajar yang asas seperti papan hitam, buku teks dan buku kerja, gambar dan carta, papan flanel, peta, atlas, glob, model dan contohan.
  • 25. Alat bantu mengajar elektrik seperti layar dan penggelapan, jalur filem dan slaid, wayar gambar, televisyen, radio, perakam suara dan sebagainya.
  • 26. W.F CONNELL - ASAS PENDIDIKAN (1981) mengelaskan bahan pengajaraan kepada tiga bahagian, iaitu: Alat bantu mengajar am seperti papan tulis dan buku bercetak. Alat pandang-dengar Alat ciptaan baru bagi pengajaran berprogram
  • 27. NORAZIAH ABD HAMID - ALAT MENGAJAR DALAM PENGAJARAN BAHASA (1981) membahagikan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada dua jenis, iaitu : Media elektronik Media bukan elektronik
  • 28. MAT NOR HUSSIN & ABD RAHMAN RASHID - ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN B AHASA (1988) membahagikan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada tiga jenis, iaitu : Alat bantu mengajar yang asas Alat bantu mengajar bukan elektronik Alat bantu mengajar elektronik
  • 29. DRS SOEPARNO - MEDIA PENGAJARAN BAHASA (1988) membahagikan bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan darjat kemediaannya, iaitu : Darjat kemediaan nol darjat kemediaan rendah darjat kemediaan sederhana darjat kemediaan tinggi
  • 30. DARJAT DARJAT DARJAT DARJAT KEMEDIAAN KEMEDIAAN KEMEDIAAN KEMEDIAAN SIFAR RENDAH SEDERHANA TINGGI KAPUR PAPAN TULIS SLAID FILEM PENGHAPUS PAPAN MAGNET RADIO TELEVISYEN PENGGARIS PAPAN FLANNEL OHP VIDEO PAPAN SELIP FILEM STRIP
  • 31. ALASAN MEMILIH BAHAN ☺ ADA PELBAGAI JENIS BAHAN ADA MEDIA YANG SESUAI UNTUK MENYAMPAIKAN MAKLUMAT TERTENTU ADA PERBEZAAN CIRI BAGI SETIAP MEDIA ADA PERBEZAAN PEMAKAI MEDIA ADA PERBEZAAN SITUASI / KONDISI BAGI TEMPAT MEDIA DIPERGUNAKAN.
  • 32. PANDUAN MEMILIH BAHAN ☺ BAIK BURUKNYA bahan tidak bergantung kepada canggih tidaknya peralatan yang dipakai. BAIK BURUKNYA bahan diukur sejauh mana media tersebut dapat menunjang tercapainya tujuan instruktional. BAIK BURUKNYA bahan diukur sejauh manakah bahan tersebut menyalurkan informasi dan dapat menyerapi penerimanya.
  • 33. BAHAN-BAHAN PENGAJARAN YANG SESUAI ☺ MEMPUNYAI CIRI-CIRI BERIKUT KESESUAIAN KEMASKINI KEWIBAWAAN A. J ROMISZOWSKI - THE SELECTION AND USE OF INSTRUCTIONAL MEDIA (1984)
  • 34. ASMAH HJ OMAR (1984) - PEMILIHAN BAHAN MESTILAH ☺ DILIHAT DARI TIGA SUDUT SUDUT SUDUT GURU PEDAGOGI & BAHASA TUJUAN DAN SUDUT PENGGUNAAN OBJEKTIF PENGAJARAN, ASPEK PELAJAR BAHASA DAN PENYAMPAIANNYA, LISAN, ASPEK TULISAN, JANGKA MASA, ASPEK PEMAHAMAN. KESESUAIAN BAGI DSB. PERINGKAT UMUR
  • 35. CARA MEMILIH BAHAN ☺ Memahami akan ciri-ciri sesebuah media - keunggulan dan kekurangannya memilih media yang sesuai dengan matlamat pengajaran yang hendak dicapai memilih media yang sesuai dengan kaedah pengajaran memilih bahan yang sesuai dengan inti pengajaran.
  • 36. Memilih media yang sesuai dengan keadaan ☺ pelajar - di segi jumlah, usia dan tingkatannya memilih media berdasarkan situasi dan kondisi lingkungan memilih bahan yang berdasarkan kreativiti guru jangan memilih media berdasarkan media tersebut barang bau atau merupakan satu- satunya yang kita miliki. DRS SOEPARNO - MEDIA PENGAJARAN (1988)
  • 37. KRITERIA PEMILIHAN BAHAN ☺ BERDASARKAN CIRI-CIRINYA BERDASARKAN DIMENSI PRESENTASINYA BERDASARKAN PEMAKAINYA BERDASARKAN PEMAKAIANNYA DRS SOEPARNO - MEDIA PENGAJARAN (1988)
  • 38. BERDASARKAN CIRI-CIRINYA ☺ Rudy Bretz SUARA mengatakan bahawa media mempunyai 5 GAMBAR cara penayampaian GERAK maklumat iaitu menerusi : GARIS TULISAN
  • 39. BERDASARKAN CIRI-CIRINYA ☺ Penyampaian bahan digolongkan dalam dua ciri, iaitu: RADIO (SUARA) KASET (SUARA) CIRI TUNGGAL SLAID (GAMBAR) TEKS (TULISAN) FILEM TELEVISYEN CIRI GANDA LUTSINAR SLAID
  • 40. BERDASARKAN DIMENSI PRESENTASINYA ☺ Batas waktu penggunaannya : PENGGUNAAN SEKILAS PENGGUNAAN TAK SEKILAS
  • 41. BERDASARKAN DIMENSI PRESENTASINYA ☺ Sifat penggunaannya : PENGGUNAAN LANGSUNG (TIDAK DISELANGI DENGAN PROGRAM LAIN) PENGGUNAAN BERJEDA (BOLEH DISISPKAN DENGAN PROGRAM LAIN)
  • 42. BERDASARKAN PEMAKAINYA ☺ MEDIA UNTUK KELAS BESAR MEDIA UNTUK KELAS KECIL MEDIA UNTUK INDIVIDU
  • 43. BERDASARKAN PEMAKAIANNYA ☺ BAHAN INDUKSI PENGAJARAN BAHAN PERKEMBANGAN PENGAJARAN BAHAN AKTIVITI SUSULAN BAHAN PENILAIAN
  • 44. CARA MEMILIH MEDIA ☺ Erikson & Curl - Fundamentals of Teaching with Audio-Visual Technology (1979) memberikan kriteria pemilihan berikut: Isi kandungannya berguna dan penting kepada pelajar Isi kandungannya boleh menarik minat pelajar
  • 45. Formatnya sesuai bagi memberi kesan kepada susunan aktiviti pelajar Bahan yang digunakan sah, mudah didapati dan mutakhir Fakta dan konsep dikaji dari sudut kepadatannya
  • 46. Isi kandungannya berhubung terus dengan objektif khusus Isi kandungan dan persembahannya sesuai dengan keadaan dan nilai semasa Bahan-bahannya tidak menimbulkan kontraversi / tengkarah
  • 47. Bahan-bahannya tidak menimbulkan ☺ tanda-tanda berat sebelah atau sebagai propaganda Kualiti teknikal memuaskan - imejnya jelas, dialognya mudah, warnanya menarik dan mengandungi ciri-ciri kreatif. Isi kandungan dan struktur sesuatu alat bantu mengajar menunjukkan perancangan yang rapi.
  • 48. CARA MEMILIH MEDIA ☺ Perkara-perkara berikut perlu diambil kira : pertimbangan dari segi usia pertimbangan dari segi peringkat murid pertimbangan dari segi pengalaman guru pertimbangan dari segi objektif pengajaran pertimbangan dari segi jangka masa
  • 49. SESUATU BAHAN PENGAJARAN HENDAKLAH DIGUNAKAN SECARA TERANCANG 1 PERSEDIAAN GURU ☺ FIKIRKAN NILAI PADA BAHAN DAN TUJUAN PENGGUNAANYA ☺ FIKIRKAN KEHENDAK, KEPERLUAN DAN MINAT MURID ☺ FIKIRKAN MASALAH KOMUNIKASI ☺ MENELITI DAHULU BAHAN YANG HENDAK DIGUNAKAN
  • 50. 2 PERSEDIAAN BILIK DARJAH ☺ ALAT YANG HENDAK DIGUNAKAN SENTIASA DALAM KEADAAN BAIK DAN MEMUASKAN. ☺ BEKALAN ELEKTRIK BAIK DAN PERALATANNYA JUGA MEMASKAN ☺ TEMPAT DUDUK MURID PERLU DISUSUSN AGAR MURID DAPAT MENDENGAR DAN MENONTON DENGAN SELESA
  • 51. 3 PERSEDIAAN MURID ☺ GURU JELASKAN SEGALA ARAHAN/ TUGASAN SEBELUM BAHAN DIGUNAKAN ☺ JELASKAN OBJEKTIF PENGGUNAAN BAHAN DENGAN JELAS ☺ TERANGKAN MAKNA PERKATAAN BARU ☺ JELASKAN JUGA AKTIVITI SUSULAN YANG TELAH DIRANCANG
  • 52. 4 PENGENDALIAN BAHAN ☺ BAHAN HENDAKLAH DIGUNAKAN DENGAN BAIK, MENARIK DAN BERKESAN ☺ REAKSI MURID AKAN PERSEMBAHAN PERLU JUGA DIBERI PERHATIAN ☺ KEBOSANAN MURID BOLEH MENJEJAS OBJEKTIF PENGAJARAN / PENGGUNAAN BAHAN
  • 53. 5 AKTIVITI SUSULAN ☺ JELASKAN KEPADA MURID AKAN AKTIVITI SUSULAN. KALAU BOLEH DAPATKAN CADANGAN MURID ☺ PROJEK BERKUMPULAN PERLU DIJELASKAN DENGAN TELITI. ☺ AKTIVITI SUSULAN IALAH UNTUK MENINJAU PEMAHAMAN MURID
  • 54. 6 PENILAIAN ☺ SEDIAKAN UJIAN PENILAIAN BAGI MENINJAU KEBERKESANAN PENGAJARAN / PEMBELAJARAN. ☺ KESAN KELEMAHAN MURID DAN BUATLAH DIAGNOSTIKNYA ☺ USAHA INI BOLEH MENINGKATKAN PRETASI PEMBELAJARAN MURID.
  • 55. 1 SEBELUM 1959 ☺ KAEDAH “CHALK AND TALK”. ☺ RADIO PENDIDIKAN ☺ BUKU TEKS DARI NEGARA ASAL. SELEPAS 1959 2 ☺ KURSUS AVA DI TTC SELAMA 30 JAM ☺ ETV DILANCARKAN PADA 1967
  • 56. 3 TAHUN 1970-1975 ☺ PENUBUHAN IML - Instructional Materials Library ☺ PENUBUHAN SEMS - The Singapore Education Media Service ☺ MENINGKATKAN ETV ☺ MENGKHASKAN BILIK ETV
  • 57. 4 TAHUN 1975 - 1990 ☺ PENUBUHAN CDIS / DET 1980 ☺ IE MENGANJURKAN KURSUS AVA - 60 JAM KEPADA GURU-GURU AVA DAN GURU-GURU KANAN (500 ORANG) ☺ MENGHASILKAN BAHAN-BAHAN AVA ☺ PROJEK MAPS MELANCARKAN SARI BAHASA DAN PERALATAN MENGAJAR ☺ MELANCARKAN PENDIDIKAN KOMPUTER - Computer Based Learning
  • 58. 5 TAHUN 1995 DAN MASA MUKA ☺ IT MASTER PLAN ☺ MEMPELBAGAIKAN PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER ☺ KERJA PROJEK / IPW ☺ CPDD DIBENTUK ☺ BUKU ‘KITA’ DAN BAHAN PENGAJARANNYA DILANCARKAN
  • 59. 1 SEBELUM 1959 ☺ KAEDAH “CHALK AND TALK”. ☺ RADIO PENDIDIKAN ☺ BUKU TEKS DARI NEGARA ASAL. 2 SELEPAS 1959 ☺ KURSUS AVA DI TTC SELAMA 30 JAM ☺ ETV DILANCARKAN PADA 1967
  • 60. DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Penerapan Teknologi Maklumat (IT) menjadikan pengajaran guru semakin mencabar untuk menjana warga negara yang terhasil daripada wawasan pendidikan negara yang dicita-citakan yakni Sekolah Berdaya Fikir, Negara Penimba Ilmu. SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU (RENDAH) - KEMENTERIAN PENDIDIKAN (2002)
  • 61. DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEFINISI ☺ TEKNOLOGI MAKLUMAT ialah semua bentuk teknologi yang digunakan untuk mencipta, memperoleh, menyimpan, menggunakan, menggabungkan, menyampaikan, berkomunikasi, dan memaparkan maklumat digital dalam pelbagai bentuk. Ini termasuk teks, grafik, animasi, audio, video dan gambar. SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU (RENDAH) - KEMENTERIAN PENDIDIKAN (2002)
  • 62. DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OBJEKTIF PENERAPAN IT DALAM KURIKULUM Mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran BM di sekolah Melengkapkan pelajaran dengan kemahiran IT Menyelaraskan usaha penerapan IT dengan polisi negara ke arah TSLN Membolehkan generasi muda bersedia menghadapi abad 21 dan KBE
  • 63. DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU OBJEKTIF PENERAPAN IT DALAM KURIKULUM Mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran BM di sekolah Melengkapkan pelajaran dengan kemahiran IT Menyelaraskan usaha penerapan IT dengan polisi negara ke arah TSLN Membolehkan generasi muda bersedia menghadapi abad 21 dan KBE
  • 64. PENGGUNAAN AKHBAR DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
  • 65.
  • 66. MEMBACA ADALAH PROSES YANG KOMPLEKS. KETIKA MEMBACA, PELAJAR PERLU: memahami simbol (aspek deria) menafsiri apa-apa yang dilihat (aspek penerimaan) mengikuti penggunaan kekata (aspek kejajaran) menghubungkan kekata dengan pengalaman dan pemaknaan kata (aspek pengalaman)
  • 67. Membuat kesimpulan dan penilaian teks (aspek pemikiran) menghubungkan pengalaman dengan idea dan fakta baru - jurang informasi (aspek pembelajaran) menghubungkan keperluan peribadi dan sikap dengan tujuan pembacaan (aspek afektif) meletakkan semua proses dengan objektif pembacaan (aspek konstruktif)
  • 68. Apabila kesemua aspek yang disebutkan tadi berjalin, terbentuklah komunikasi yang tuntas antara penulis dengan pembaca. Produk pembacaan merupakan komunikasi pemikiran dan/atau perasaan antara penulis dan pembacanya. Komunikasi bergantung kepada unsur pemahaman.
  • 69. Aspek deria aspek penerimaan aspek kejajaran aspek pengalaman KOMUNIKASI aspek pemikiran aspek pembelajaran aspek afektif aspek konstruktif
  • 70. AKHBAR SEBAGAI MEDIA PENGAJARAN BUKAN SESUATU YANG BARU. ATAN LONG (1982) - Suratkhabar digunakan kerana banyak mengandungi maklumat yang berguna. Maklumat-maklumat ini boleh dikumpulkan untuk diletakkan pada papan kenyataan atau buku berita
  • 71. AKHBAR SEBAGAI MEDIA PENGAJARAN (Penggunaan Lelaman Web Media bagi membentuk soalan)
  • 72. BENGKEL PENGGUNAAN LELAMAN WEB CLUSTER EAST 3 2 NOV 2002 SEKOLAH RENDAH GRIFFITHS AKHBAR SEBAGAI MEDIA PENGAJARAN (Penggunaan Lelaman Web Media bagi membentuk soalan) MOHD NAIM DAIPI HOD / MT SEKOLAH RENDAH GRIFFITHS
  • 73. CONTOH 1 : SINONIM Nama : Tarikh : Darjah : Markah : PAMERAN PERINGATI TOKOH MELAYU MEMPERINGATI tokoh-tokoh Melayu yang berbakti dan berperanan dalam pembangunan negara menerusi satu pameran sempena Ramadan ini. Pameran Balai Tokoh itu bakal dilancarkan hari ini oleh Presiden S R Nathan di Kampung Melayu Geylang Serai sempena majlis menyalakan lampu Hari Raya yang diadakan pada malam ini. Pameran tersebut dianjurkan oleh Majlis Pusat dengan sokongan Angkatan Pelukis Aneka Daya (Apad) dan Berita Harian (BH). Pameran yang memaparkan tokoh-tokoh terkemuka Melayu/Islam itu bertujuan menggalakkan semangat bakti setia dan cemerlang terhadap masyarakat dan negara. Ia mengetengahkan mantan Presiden pertama Singapura, Allahyarham Yusof Ishak; Allahyarham Zubir Said, pencipta Lagu Kebangsaan Singapura, Majulah Singapura; serta Allahyarham Muhd Eunos Abdullah bagi menghargai sumbangan beliau sebagai anak Melayu pertama yang dilantik dalam Majlis Perundangan pada 1924. Tokoh lain yang dipaparkan ialah Allahyarham Haji Yaacob Mohamed, tokoh politik veteran yang disegani. Bagi tokoh yang masih hidup, Majlis Pusat mengetengahkan Haji Muhd Ariff Ahmad, seorang bahasawan, sasterawan dan budayawan; dan Encik Ahmad Jaafar, seorang pejuang seni dalam mengekalkan identiti muzik Melayu sejak dekad 1940-an. Timbalan Setiausaha Agung Majlis Pusat, Haji Md Yahya Zakaria, berkata ramai daripada tokoh- tokoh Melayu yang terkemuka bukan sahaja telah menyumbangkan sesuatu terhadap masyarakatnya, tetapi juga kepada negara Singapura umumnya. 'Sempena Ramadan, Majlis Pusat juga berharap dapat meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat Melayu/Islam bahawa agama Islam juga menggalakan umatnya supaya maju di dunia selain di akhirat,' kata Haji Md Yahya. BERIKAN PERKATAAN SEERTI BAGI PERKATAAN BERGARIS BAWAH: 1) berbakti : _____________________ 2) menerusi : _____________________ 3) dianjurkan : _____________________ 4) memaparkan : _____________________ 5) menggalakkan : _____________________ 6) mantan : _____________________ 7) pencipta : _____________________ 8) identiti : _____________________ 9) terkemuka : _____________________ 10) meningkatkan : _____________________
  • 74. CONTOH 2 : PEMAHAMAN Nama : Tarikh : Darjah : Markah : KESAN POSITIF BILA BELIA CEBURI KEGIATAN SOSIAL MASYARAKAT umum lebih bersedia memberi sokongan sosial kepada para belia yang melibatkan diri dalam kegiatan sosial. Pada masa yang sama, para belia dapat meraih manfaat di luar jangkaan mereka memenerusi kegiatan sosial. Demikian dapatan satu tinjauan oleh Majlis Belia Kebangsaan (NYC) yang melibatkan sekitar 1,500 belia berusia antara 15 dengan 29 tahun. Tinjauan itu dijalankan antara Mei dengan Jun lalu. Dapatan tinjauan itu menunjukkan belia dalam lingkungan usia 15 hingga 18 tahun lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam kegiatan sosial. Belia yang aktif dalam kegiatan sosial juga didapati mempunyai pandangan positif terhadap masa depan mereka. Dalam sidang akhbar mengenai dapatan tinjauan itu di pusat NYC kelmarin, pengerusi panel tinjauan tersebut, Dr Mohd Maliki Osman, yang juga anggota NYC, berkata tinjauan itu turut menunjukkan nilai-nilai positif di kalangan para belia adalah hasil pergaulan antara satu sama lain. Ia juga menunjukkan para belia lebih cenderung bergiat dalam kegiatan sukan, budaya dan seni, agama serta pasukan beruniform. Menurut Dr Mohd Maliki, rata-rata para belia yang sudah bekerja mula kurang menjalankan kegiatan-kegiatan sosial kerana mereka banyak menghabiskan tenaga mereka untuk kegiatan- kegiatan luar dan memantapkan pekerjaan. Mereka yang sudah berumah tangga pula ingin menumpukan perhatian kepada pasangan masing-masing. Dr Maliki berkata NYC akan terus giat menggalak lebih ramai belia menyertai kegiatan-kegiatanya, yang akan dipertingkat mutunya kelak. NO SOALAN JAWAPAN ANDA 1 Tinajauan apakah yang termuat di dalam berita di atas? Apakah nilai positif yang 2 dicenderungi oleh para belia? Berikan sebab kegiatan 3 sosial belia mula berkurangan apabila mereka sudah bekerja dan berumahtangga
  • 75. CONTOH 3 : PEMAHAMAN BERITA Nama : Tarikh : Darjah : Markah : IBU TERBIAR DI KOLONG BLOK NASIB seorang nenek berusia 73 tahun telah menarik perhatian beberapa penduduk Blok 18 di Ghim Moh Road dan Blok 1 Holland Close. Menurut beberapa penduduk di dua blok itu, Cik Nooriah Samat dikatakan kerap ditinggalkan terbiar, terutamanya di kolong Blok 18 - dari sekitar 8 pagi hingga tengah malam. Namun, semasa dihubungi, anak perempuan Cik Nooriah, yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Cik Sadiah, berkata beliau meninggalkan ibunya di kolong blok kerana sikap ibunya yang sering suka mengekorinya setiap kali beliau keluar rumah. “Sekurang-kurangnya di kolong blok, ada jiran yang menjaganya. Saya sibuk dengan anak-anak dan tugas rumah. Lagipun orang tua ini selalu menyusahkan saya,” katanya yang tinggal di tingkat 13 Blok 18 di Ghim Moh. Semasa ditemui di kolong blok, Cik Nooriah yang ada sebuah flat sewa di Blok 1 Holland Close, mendakwa beliau dipukul anaknya itu. Beliau, yang tidak tahu arah pulang ke flat anaknya, turut menunjukkan nasi goreng yang dibekalkan kepadanya setiap hari selain sebotol teh sejuk sebagai penghilang dahaga. Seorang jiran Cik Nooriah di Holland Close, Cik Norpitri Ahmad Talib, 58 tahun, mendakwa beliau telah beberapa kali membawa pulang jirannya itu dan memberinya pakaian salinan selain mencuci pakaiannya. 'Saya anggapnya seperti ibu saya sendiri. Saya tak rela melihatnya lapar sehingga lewat malam,' kata pekerja pembersihan itu. Seorang lagi penduduk di blok yang sama, Cik Rospina Rasip, 39 tahun, berkata beliau yang pernah menemani Cik Nooriah sehingga selewat 1 pagi, pernah terlihat najis beberapa kali di kolong blok itu. Seorang jurucakap Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Northwest yang dihubungi mengesahkan pihaknya turut menerima panggilan mengenai nasib Cik Nooriah baru-baru ini daripada seorang penduduk. 'Kami akan meminta salah sebuah Pusat Khidmat Keluarga (FSC) di kawasan tersebut meneliti masalah yang beliau dan keluarga hadapai,' jelas jurucakap itu lagi. Menurutnya, Cik Nooriah menerima bantuan kewangan $230 sebulan dari CDC tersebut. SOALAN JAWAPAN ANDA Berita apa? Bilakah berita itu berlaku?
  • 76. Siapakah yang terlibat? Mengapakah berita itu berlaku? Apakah tanggapan kamu? Bagaimanakah masalah itu boleh dihuraikan? Kalaulah kamu menjadi nenek yang malang itu, apakah yang akan kamu lakukan?
  • 77. CONTOH 4 : IMBUHAN Nama : Tarikh : Darjah : Markah : KES BELASAH: WANITA DIDAPATI TIDAK BERSALAH PEKERJA pembersihan yang menghadapi (1)tuduh membelasah rakan sekerjanya sehingga mencederakan bahu rakannya itu didapati tidak (2)salah pada akhir perbicaraan semalam. Cik Aminah Omar, 49 tahun, menarik nafas lega setelah Hakim Daerah Jasvender Kaur mendapati beliau tidak bertanggungjawab atas (3)cedera yang dialami oleh Cik Sardiah Ketab, 56 tahun. 'Saya agak cemas juga apabila (4)heret ke mahkamah. Tetapi, saya tahu saya berada di pihak yang benar. Apabila disoal pun saya hanya menyatakan perkara yang benar,' ujar ibu tunggal lima anak itu. Beliau yang (5)teman oleh beberapa ahli keluarganya jelas kelihatan gembira dan mereka (6)peluk apabila mendengar keputusan hakim. Ketika merumuskan keputusannya, Hakim Daerah Jasvender berkata pihak pendakwa raya gagal (7)tengah bukti-bukti kukuh yang dapat menunjukkan Cik Aminah sengaja mahu (8)cedera Cik Sardiah. Menurut beliau lagi, laporan-laporan (9)ubat juga gagal menunjukkan bahawa kecederaan pada bahu Cik Sardiah berpunca daripada asakan Cik Aminah. Cik Aminah didakwa sengaja menyebabkan rakannya cedera dalam kejadian di tempat kerja mereka di Sekolah Rendah Saint Hilda's di Tampines pada 9 Mei lalu. Menyentuh tentang tindakan Cik Aminah yang sengaja menolak Cik Sardiah sehingga beliau terjatuh dan mengalami kecederaan pada otot-otot bahunya, Hakim akur Cik Aminah (10)paksa menolak Cik Sardiah untuk melepaskan dirinya apabila digigit. Hakim juga berasa curiga mengapa Cik Sardiah tidak memberitahukan perkara tersebut kepada doktor ketika beliau mendapatkan rawatan. BERIKAN IMBUHAN BAGI PERKATAAN BERGARIS BAWAH: 1) tuduh : _____________________ 2) salah : _____________________ 3) cedera : _____________________ 4) heret : _____________________ 5) teman : _____________________ 6) peluk : _____________________ 7) tengah : _____________________ 8) cedera : _____________________ 9) ubat : _____________________ 10) paksa : _____________________
  • 78. CONTOH 5 : PROSEDUR CLOZE Nama : Tarikh : Darjah : Markah : PEROKOK BAWAH 18 TAHUN DIKENAKAN KAUNSELING DAN DENDA REMAJA di bawah usia 18 tahun yang didapati merokok dikehendaki menghadiri sesi kaunseling berhenti merokok bersama ibu bapa atau penjaga mereka. Ini di samping membayar denda yang telah dinaikkkan kepada $300 berbanding $50 bagi kesalahan pertama dan $100 bagi kesalahan selanjutnya sebelum ini. Demikian antara perubahan ekoran pindaan Akta Menghisap Rokok (Kawalan Pengiklanan dan Jualan Tembakau) yang diluluskan Parlimen semalam. Dalam ucapannya, Menteri Kesihatan, Encik Lim Hng Kiang, berkata (1)______________ itu antara lain bertujuan mengekang remaja daripada (2)______________. ”Langkah ini memberi peluang baik untuk berkomunikasi (3)______________ remaja dan ibu bapa mereka, bukan hanya (4)______________ bahaya merokok tetapi juga menerapkan kemahiran kehidupan (5)______________ diri remaja itu agar mereka boleh terus (6)______________ merokok,' katanya. Di bawah pindaan itu, mereka (7)______________ didapati bersalah menjual rokok dan produk tembakau (8)______________ sesiapa di bawah usia lapan belas tahun (9)______________ didenda tidak lebih daripada sepuluh ribu dolar (10)______________ dipenjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama. Selain itu, perlesenan yang kini melibatkan peruncit yang menjual produk tembakau pula akan diluaskan kepada pengimpot dan pengedar produk tembakau. Ia juga memerlukan mereka menyenaraikan bahan-bahan berbahaya selain tar atau nikotin bagi memberi maklumat terperinci kepada orang ramai mengenai bahan-bahan dalam produk tembakau. JAWAPAN ANDA: 1 6 2 7 3 8 4 9 5 10
  • 79. CONTOH 6 : KESALAHAN BAHASA Nama : Tarikh : Darjah : Markah : RUNDING AIR LAGI SEORANG Anggota Parlimen Malaysia minggu lalu cadangkan supaya negaranya jual air kumbahan kepada Singapura, kalau Singapura mahukan air yang murah harganya. Telinga Wak berdesing bila baca berita itu. Kalau yang cakap tu rakyat biasa, Wak mungkin boleh terima. Tapi Wak kecewa sebab yang bercakap itu adalah seorang yang bergelar pemimpin. Tapi tak mengapa. Sebab kita memang sedar yang bekalan air kita sekarang tak cukup, dan kita kena beli air dari Malaysia. Cuma masanya mungkin tak lama lagi apabila kita tak lagi perlu bergantung kepada orang lain bagi bekalan air kita... Kesalahan 1 Kesalahan 2 Kesalahan 3 Kesalahan 4 Kesalahan 5
  • 80. CONTOH 7 : PENYENARAIAN Nama : Tarikh : Darjah : Markah : PEMENANG RATU CANTIK MELAYU BARU? RAKAN-RAKANNYA pernah memanggilnya "Ally MacBeal"... bukan saja kerana tugasnya sebagai peguam, bahkan juga kerana wajah comel dan tubuhnya yang cukup ramping. Lebih-lebih lagi sekarang Nuraliza Osman juga sudah melangkah ke dunia glamor selepas dimahkotakan gelaran ratu Miss Singapore-Universe tiga minggu lalu. "Kalau kerja, saya kerja sungguh-sungguh, tetapi kalau bermain, saya mencari keseronokan yang wajar,'' seloroh ratu yang cukup peramah ini. Perbualan selama lebih sejam bersama wartawan dan ditemani pembantunya, Freda Hassan, ternyata cukup menjelaskan mengapa Nuraliza seharusnya dinilaikan lebih daripada setakat kecantikan luarannya. Soal pencapaian akademik dan kerjaya tak perlu lagi dipersoalkan, tetapi apa yang lebih perlu direnungkan ialah pendirian beliau yang cukup objektif, keberanian menunjak kebenaran dan sikapnya yang suka berdikari. Bukan senang sebenarnya untuk mengatur temu janji dengan personaliti yang kini hidup dalam dua dunia ini; sebagai peguam yang begitu serius dengan kerjayanya dan alam glamor yang baru ditempuhinya sejak menjadi perhatian media dengan kemenangannya pada 23 Mac lalu. Pada waktu pejabat, peguam berusia 25 tahun yang mempunyai ketinggian 1.7 meter, berat badan 53 kilogram dan sering mengenakan sut hitam ini, mengejar masa ke sana ke mari untuk bertemu pelanggan, membuat penyelidikan pelbagai kes mahkamah dan berhujah hebat di depan hakim untuk memenangi kes-kesnya. Tetapi sebaik saja beliau menanggalkan pakaian hitamnya, Nuraliza didandan pula dari hujung rambut ke hujung kaki, mengenakan gaun-gaun formal dari pereka fesyen terkenal dan beraksi bak bidadari di depan sinaran lampu kamera untuk pelbagai media massa. Ada yang bertanya, sejauh mana Melayu yang ada pada diri Nuraliza? Menurut Nuraliza, di kad pengenalannya, tertera "India' sebagai bangsanya. Bapanya, Mohamed Osman Bakar, berketurunan India sementara ibunya, Katinah Yan, berdarah campuran Jawa-Belanda-India-Cina. "Di rumah, kami berbahasa Melayu dan Inggeris. Gaya hidup kami seperti orang Melayu biasa sebab majoriti penduduk Islam di sini orang Melayu. Kita tak boleh lari daripada budaya dan adat-istiadat Melayu-Islam, biar macam mana moden atau bercampur keturunan apa pun. Rasanya, macam semua orang Melayu di sini berasal dari Geylang,'' jelas anak kedua tiga beradik ini. Tetapi mengapa beliau membenarkan dirinya melangkah ke dunia yang sensasi sedangkan beliau mempunyai kerjaya mantap dan disegani? Peguam yang bekerja dengan syarikat Rajah & Tann ini berpendirian, dunia di luar lingkaran mahkamah sedikit pun tidak menjejas reputasi kerjanya. ""Saya berpegang bahawa dalam hidup, saya harus berusaha mencapai impian saya. Apa pun yang kita lakukan, halangan tetap ada. Terpulanglah untuk kita bertindak, sejauh mana untuk mengharungi halangan itu. Seperti saya mengejar impian untuk menunggang kuda. "Di Singapura, naik kuda merupakan hobi yang mahal ... jadi saya cari jalan lain, cari tempat lebih murah. Kalau nak tahu, saya naik kuda di Pulai, Johor setiap kali ada masa terluang.” "Pada masa yang sama, saya juga memastikan dalam mengejar impian, jangan sampai kita menjejas harga diri, keharmonian hidup terutama soal keluarga,'' ujar ratu yang mengakui tidak mempunyai latar belakang dalam bidang modeling dan cukup berterimakasih dengan peragawati Hanis Hussey kerana membimbingnya beraksi "cat walk'.
  • 81. Dari zaman persekolahan beliau memang sudah terdedah dengan pencapaian cemerlang; beliau mendapat sembilan gred "A' untuk peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat "O' dan dua A dan dua B untuk GCE "A'nya. ""Orang tua saya hantar saya ke sekolah perempuan sahaja ... dari CHIJ ke Methodist Girls, kemudian baru bercampur dengan pelajar lelaki di Maktab Rendah Victoria sebelum masuk NUS. Beliau akan berangkat ke Puerto Rico pada minggu pertama Mei ini untuk pertandingan Miss Universe peringkat antarabangsa. Antara pakaian yang akan dibawanya ialah ciptaan pereka fesyen Haron. Senarai watak Nualiza Osman LATAR KELUARGA KECENDERUNGAN PENDIDIKAN NURALIZA KERJAYA OSMAN PENDIRIAN