Terang bulan terang di paya,
  Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
   Nama yang baik tidak tersebut.


 Anak merak mati tersangkut,
      Mati dipanah Sri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.


 Anak itik terenang-renang,
    Air pasang tenang-tenangan;
 Budi sedikit bila kan hilang,
   Itu menjadi kenang-kenangan.


   Anak ikan berlima-lima,
   Mati ditimpa punggur berdaun;
   Kasih tuan saya terima,
    Sebagai hutang seribu tahun.
Maksud rangkap
Rangkap 1:Pantun ini disampaikan
 sebagai pesanan tidak langsung
 bahawa orang yang berbudi
 hendaklah dikenang.

Rangkap 2 :Orang yang berbudi pasti
 akan disebut-sebut walaupun telah
 meninggal dunia.
Rangkap 3:Jasa dan budi orang sentiasa
 dikenang biarpun kecil , budi itu tetap
 dihargai.

Rangkap 4:Seorang yang mengasihi yang
 lain , apabila kasihnya diterima hubungan
 tersebut akan berterusan untuk jangka
 masa yang panjang.
Tema

 Pantun ini bertemakan budi.Bagi yang
  menerima budi dianggap sebagai hutang
  dan bagi yang memberi budi akan
  dikenang selama-lamanya.
Persoalan
   Ketinggian nilai budi.

   Sikap mengenang budi.

   Budi yang tidak luput walaupun seseorang
    itu telah meninggal dunia.
Nilai Murni
 Menghargai budi yang dihulurkan
  - Contoh: Budi yang diterima walaupun sedikit
  atau kecil menjadi suatu yang berharga dan
  dikenang selalu.
 Keikhlasan
  - Contoh: Ditunjukkan menerusi tindakan
  menghulurkan budi kepada insan lain.
 Bersopan
  - Contoh: Selagi hidup kita harus berbudi
  kepada seseorang,masyarakat dan negara.
Pengajaran
• Kita hendaklah memberi sumbangan untuk
  mewujudkan keharmonian dalam kehidupan.

• Kita mestilah mengenang budi walaupun
  budi itu tidak sebesar mana.

• Kita hendaklah rajin menabur budi agar
  kita disenangi orang.
Gaya Bahasa
- Repitisi
Contohnya: ter ang bulan ter ang di paya.

-Simile
Contohnya: sebagai hutang seribu tahun.

-Sinkope
Contohnya: jika tak kenang kepada saya.

-Asonansi
Contohnya: jika tak kenang kepada saya
  (pengulangan bunyi vokal a)

-Aliter asi
Contohnya: or ang yang mati meninggalkan
  nama (pengulangan bunyi konsonan m)
Bentuk
Bentuk pantun ini terikat.

Terdiri daripada empat rangkap.

Jumlah kata setiap rangkap antara tiga hingga
lima.

Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga
sebelas suku kata.

Rima akhirnya berselang-seli, iaitu a,b,a,b.
PANTUN BUDI

PANTUN BUDI

  • 2.
    Terang bulan terangdi paya, Anak kambing memakan rumput; Jika tak kenang kepada saya, Nama yang baik tidak tersebut. Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Sri Rama; Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama. Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan; Budi sedikit bila kan hilang, Itu menjadi kenang-kenangan. Anak ikan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun; Kasih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun.
  • 3.
    Maksud rangkap Rangkap 1:Pantunini disampaikan sebagai pesanan tidak langsung bahawa orang yang berbudi hendaklah dikenang. Rangkap 2 :Orang yang berbudi pasti akan disebut-sebut walaupun telah meninggal dunia.
  • 4.
    Rangkap 3:Jasa danbudi orang sentiasa dikenang biarpun kecil , budi itu tetap dihargai. Rangkap 4:Seorang yang mengasihi yang lain , apabila kasihnya diterima hubungan tersebut akan berterusan untuk jangka masa yang panjang.
  • 5.
    Tema  Pantun inibertemakan budi.Bagi yang menerima budi dianggap sebagai hutang dan bagi yang memberi budi akan dikenang selama-lamanya.
  • 6.
    Persoalan  Ketinggian nilai budi.  Sikap mengenang budi.  Budi yang tidak luput walaupun seseorang itu telah meninggal dunia.
  • 7.
    Nilai Murni  Menghargaibudi yang dihulurkan - Contoh: Budi yang diterima walaupun sedikit atau kecil menjadi suatu yang berharga dan dikenang selalu.  Keikhlasan - Contoh: Ditunjukkan menerusi tindakan menghulurkan budi kepada insan lain.  Bersopan - Contoh: Selagi hidup kita harus berbudi kepada seseorang,masyarakat dan negara.
  • 8.
    Pengajaran • Kita hendaklahmemberi sumbangan untuk mewujudkan keharmonian dalam kehidupan. • Kita mestilah mengenang budi walaupun budi itu tidak sebesar mana. • Kita hendaklah rajin menabur budi agar kita disenangi orang.
  • 9.
    Gaya Bahasa - Repitisi Contohnya:ter ang bulan ter ang di paya. -Simile Contohnya: sebagai hutang seribu tahun. -Sinkope Contohnya: jika tak kenang kepada saya. -Asonansi Contohnya: jika tak kenang kepada saya (pengulangan bunyi vokal a) -Aliter asi Contohnya: or ang yang mati meninggalkan nama (pengulangan bunyi konsonan m)
  • 10.
    Bentuk Bentuk pantun initerikat. Terdiri daripada empat rangkap. Jumlah kata setiap rangkap antara tiga hingga lima. Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga sebelas suku kata. Rima akhirnya berselang-seli, iaitu a,b,a,b.