Huraian ini disediakan untuk membantu guru dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kematangan murid selaras dengan kehendak sukatan pelajaran
Huraian ini disediakan untuk membantu guru dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kematangan murid selaras dengan kehendak sukatan pelajaran
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondelferrydmn1999
Indonesia, negara kepulauan yang kaya akan keragaman budaya, suku, dan tradisi, memiliki Jakarta sebagai pusat kebudayaan yang dinamis dan unik. Salah satu kesenian tradisional yang ikonik dan identik dengan Jakarta adalah ondel-ondel, boneka raksasa yang biasanya tampil berpasangan, terdiri dari laki-laki dan perempuan. Ondel-ondel awalnya dianggap sebagai simbol budaya sakral dan memainkan peran penting dalam ritual budaya masyarakat Betawi untuk menolak bala atau nasib buruk. Namun, seiring dengan bergulirnya waktu dan perubahan zaman, makna sakral ondel-ondel perlahan memudar dan berubah menjadi sesuatu yang kurang bernilai. Kini, ondel-ondel lebih sering digunakan sebagai hiasan atau sebagai sarana untuk mencari penghasilan. Buku foto Lensa Kampung Ondel-Ondel berfokus pada Keluarga Mulyadi, yang menghadapi tantangan untuk menjaga tradisi pembuatan ondel-ondel warisan leluhur di tengah keterbatasan ekonomi yang ada. Melalui foto cerita, foto feature dan foto jurnalistik buku ini menggambarkan usaha Keluarga Mulyadi untuk menjaga tradisi pembuatan ondel-ondel sambil menghadapi dilema dalam mempertahankan makna budaya di tengah perubahan makna dan keterbatasan ekonomi keluarganya. Buku foto ini dapat menggambarkan tentang bagaimana keluarga tersebut berjuang untuk menjaga warisan budaya mereka di tengah arus modernisasi.
Apakah program Sekolah Alkitab Liburan ada di gereja Anda? Perlukah diprogramkan? Jika sudah ada, apa-apa saja yang perlu dipertimbangkan lagi? Pak Igrea Siswanto dari organisasi Life Kids Indonesia membagikannya untuk kita semua.
Informasi lebih lanjut: 0821-3313-3315 (MLC)
#SABDAYLSA #SABDAEvent #ylsa #yayasanlembagasabda #SABDAAlkitab #Alkitab #SABDAMLC #ministrylearningcenter #digital #sekolahAlkitabliburan #gereja #SAL
Sebagai salah satu pertanggungjawab pembangunan manusia di Jawa Timur, dalam bentuk layanan pendidikan yang bermutu dan berkeadilan, Dinas Pendidikan Provinsi Jawa Timur terus berupaya untuk meningkatkan kualitas pendidikan masyarakat. Untuk mempercepat pencapaian sasaran pembangunan pendidikan, Dinas Pendidikan Provinsi Jawa Timur telah melakukan banyak terobosan yang dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesinambungan. Salah satunya adalah Penerimaan Peserta Didik Baru (PPDB) jenjang Sekolah Menengah Atas, Sekolah Menengah Kejuruan, dan Sekolah Luar Biasa Provinsi Jawa Timur tahun ajaran 2024/2025 yang dilaksanakan secara objektif, transparan, akuntabel, dan tanpa diskriminasi.
Pelaksanaan PPDB Jawa Timur tahun 2024 berpedoman pada Peraturan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan RI Nomor 1 Tahun 2021 tentang Penerimaan Peserta Didik Baru, Keputusan Sekretaris Jenderal Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Riset, dan Teknologi nomor 47/M/2023 tentang Pedoman Pelaksanaan Peraturan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Nomor 1 Tahun 2021 tentang Penerimaan Peserta Didik Baru pada Taman Kanak-Kanak, Sekolah Dasar, Sekolah Menengah Pertama, Sekolah Menengah Atas, dan Sekolah Menengah Kejuruan, dan Peraturan Gubernur Jawa Timur Nomor 15 Tahun 2022 tentang Pedoman Pelaksanaan Penerimaan Peserta Didik Baru pada Sekolah Menengah Atas, Sekolah Menengah Kejuruan dan Sekolah Luar Biasa. Secara umum PPDB dilaksanakan secara online dan beberapa satuan pendidikan secara offline. Hal ini bertujuan untuk mempermudah peserta didik, orang tua, masyarakat untuk mendaftar dan memantau hasil PPDB.
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid KHB Pertanian Tingkatan 2
1. PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERTANIAN TINGKATAN 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
PERTANIAN
TINGKATAN 2
3. 0
KANDUNGAN
BIL
PERKARA
MUKA SURAT
1
PENDAHULUAN
1
2
3
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
MATLAMAT MATA PELAJARAN
2
3
4
OBJEKTIF MATA PELAJARAN
3
5
OBJEKTIF PENTAKSIRAN
4
6
TAFSIRAN
5
7
KERANGKA STANDARD PRESTASI
6
8
PENYATAAN STANDARD KHB PERTANIAN
7
9
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID
8
4. 1
PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Pertanian serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.
Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran.
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Pertanian sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.
5. 2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
6. 3
MATLAMAT MATA PELAJARAN
Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
OBJEKTIF MATA PELAJARAN
OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit.
OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk.
OM3 Menterjemahkan idea-idea kreatif, dan inovatif melalui lukisan teknik.
OM4 Mengenal pasti hidangan dan mengurus sajian.
OM5 Memelihara haiwan kesayangan dan melakukan aktiviti menternak ikan air tawar.
OM6 Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.
OM7 Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.
OM8 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat keputusan rekaan dan penghasilan projek.
OM9 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.
(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.)
7. 4
OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;
OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.
OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.
OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.
OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.
OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.
OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.
(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian. (2005). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)
8. 5
TAFSIRAN
o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.
o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.
o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.
o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran, peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
9. 6
KERANGKA STANDARD PRESTASI
1
2
3
4
5
6
Tahu
Faham
Boleh Buat dengan Beradab
Tahu
Faham
Tahu
Boleh Buat
Faham
Tahu
Tahu
Boleh Buat dengan BeradabTerpuji
Faham
Tahu
Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Faham
10. 7
PENYATAAN STANDARD KHB PERTANIAN
BAND
PENYATAAN STANDARD
6
(Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.
5
(Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.
4
(Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.
3
(Tahu, Faham dan Boleh Buat)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan.
2
(Tahu dan Faham)
Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan.
1
(Tahu)
Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan.
12. 9
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
1. Reka Bentuk dan Penghasilan Projek
B1
Menyatakan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menyenaraikan lima alatan tangan.
B2
Menerangkan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menjelaskan lima alatan tangan dari segi fungsinya.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menggunakan alatan tangan untuk kerja mengukur, menanda dan memotong.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menggunakan alatan tangan untuk kerja mengukur, menanda dan memotong dengan mengikut prosedur1.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menggunakan alatan tangan untuk kerja mengukur, menanda dan memotong dengan daya usaha1.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menggunakan alatan tangan untuk kerja mengukur, menanda dan memotong dan membimbing1.
prosedur1 : Kaedah dan teknik yang betul.
daya usaha2 : (i) Hasil kerja kemas dan betul.
(ii) Mengamalkan peraturan keselamatan diri dan alatan.
membimbing1 : (i) Menjadi contoh dari segi tingkah laku dan hasil kerja.
(ii) Boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang lain.
13. 10
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
2. Elektronik
B1
Menyatakan tentang asas elektronik dengan memberikan tiga simbol komponen elektronik.
B2
Menerangkan tentang asas elektronik dengan menjelaskan tiga komponen elektronik dari segi fungsinya.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik dengan menterjemah semua komponen1 dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik dengan menterjemah semua komponen dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar mengikut prosedur2.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik dengan menterjemah semua komponen dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar dengan daya usaha2.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik dengan menterjemah semua komponen dalam lukisan skematik kepada lukisan dan membimbing1.
semua komponen1 : Minimum empat jenis [Perintang, suis, LED, kapasitor, transistor atau pembaz (buzzer)]
prosedur2 : Komponen dilukis mengikut kedudukan dan kekutuban yang betul.
14. 11
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
3. Lukisan teknik
B1
Menyatakan tentang asas lukisan teknik dengan memberikan empat alatan tangan lukisan teknik.
B2
Menerangkan tentang asas lukisan teknik dengan menjelaskan empat alatan lukisan teknik dari segi fungsinya.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik dengan melukis unjuran ortografik.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara sistematik dengan melukis unjuran ortografik mengikut prosedur1.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara berinisiatif dengan melukis unjuran ortografik dengan daya usaha3.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara berinisiatif dengan melukis unjuran ortografik dan membimbing1.
daya usaha3 : (i) Ukuran dan penyambungan garisan objek tepat (had terima + 1 mm)
(ii) Garisan binaan dan garisan objek dilukis dengan betul.
(iii) Hasil lukisan betul dan bersih.
15. 12
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
4. Masakan
B1
Menyatakan tentang masakan dengan mengenal pasti jenis-jenis minuman.
B2
Menerangkan tentang masakan dengan mengenal pasti bahan yang sesuai untuk jenis minuman.
B3
Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang masakan dengan menghasilkan minuman menyegarkan/berkhasiat.
B4
Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang masakan dengan menghasilkan minuman menyegarkan/berkhasiat dengan mengikut prosedur3
B5
Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang masakan dengan menghasilkan minuman menyegarkan/berkhasiat dengan daya usaha4.
B6
Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang masakan dengan menghasilkan minuman menyegarkan/berkhasiat dan membimbing1.
prosedur3 : Urutan dan langkah kerja yang betul
daya usaha4. : (i) Menghias
(ii) Hasil kerja kemas
(iii) Mengamalkan peraturan keselamatan diri dan alatan
16. 13
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
5. Tanaman hiasan
B1
Menyatakan tentang tanaman hiasan dengan mengenal pasti dua ciri tanaman hiasan dalam bekas yang perlu pemasuan semula.
B2
Menerangkan tentang tanaman hiasan dengan menjelaskan dua ciri tanaman hiasan dalam bekas yang perlu pemasuan semula.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan membuat pemasuan semula tanaman hiasan.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan membuat pemasuan semula tanaman hiasan dengan mengikut prosedur3.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan membuat pemasuan semula tanaman hiasan dengan daya usaha2. .
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan membuat pemasuan semula tanaman hiasan dan membimbing1.
17. 14
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
PERTANIAN
1. Haiwan kesayangan
B1
Menyatakan tentang haiwan kesayangan dengan memberikan tiga kumpulan haiwan kesayangan dan tiga penyakit biasa pada haiwan kesayangan.
B2
Menerangkan tentang haiwan kesayangan dengan menjelaskan tiga kriteria pemilihan dan dua keperluan asas penjagaan haiwan kesayangan.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang haiwan kesayangan dengan menyediakan perumahan untuk sejenis haiwan yang dipilih .
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang haiwan kesayangan dengan menyediakan perumahan untuk sejenis haiwan yang dipilih dan melakukan tiga aktiviti penjagaan haiwan kesayangan mengikut prosedur4.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang haiwan kesayangan dengan menyediakan perumahan untuk sejenis haiwan yang dipilih dan melakukan tiga aktiviti penjagaan haiwan kesayangan dengan daya usaha5.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang haiwan kesayangan dengan menyediakan perumahan untuk sejenis haiwan yang dipilih dan melakukan tiga aktiviti penjagaan haiwan kesayangan dan membimbing1.
prosedur4 : (i) Perumahan sesuai dengan haiwan
(ii) Kaedah penjagaan haiwan yang betul
daya usaha5 : (i) Menambah aksesori yang sesuai dalam perumahan
: (ii) Mengamalkan peraturan keselamatan diri dan haiwan dalam aktiviti penjagaan
18. 15
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
PERTANIAN
2. Ternakan ikan air tawar
B1
Menyatakan tentang ternakan ikan air tawar dengan memberikan tiga sistem penternakan ikan air tawar.
B2
Menerangkan tentang ternakan ikan air tawar dengan menjelaskan dua ciri bagi satu sistem penternakan dan tiga langkah pelepasan benih ikan ke dalam tangki atau kolam.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang ternakan ikan air tawar dengan memungut hasil dan membuat pengiraan kos pengeluaran perternakan ikan air tawar.
B4
Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang ternakan air tawar secara sistematik dengan memungut hasil dan membuat pengiraan kos pengeluaran penternakan mengikut prosedur5.
B5
Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang ternakan air tawar secara sistematik dengan memungut hasil dan membuat pengiraan kos pengeluaran penternakan dengan daya usaha6.
B6
Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang ternakan air tawar secara sistematik dengan memungut hasil dan membuat pengiraan kos pengeluaran penternakan dan membimbing1.
Prosedur5 : (i) Mengikut tempoh matang dan kaedah pungutan hasil yang betul.
(ii) Butiran yang betul dalam membuat pengiraan kos pengeluaran
daya usaha6 : (i) Mengamalkan peraturan keselamatan diri dan alatan dalam memungur hasil
(ii) Pengiraan yang tepat dalam membuat pengiraan kos pengeluaran
19. 16
BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR
PERTANIAN
3. Asas keusahawanan
B1
Menyatakan tentang asas keusahawanan dengan mengenal pasti ciri usahawan.
B2
Menerangkan tentang asas keusahawanan dengan menjelaskan ciri usahawan.
B3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas keusahawanan dengan mengenal pasti kelebihan menjadi usahawan berbanding makan gaji.
B4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas keusahawanan dengan mengenal pasti kelebihan menjadi usahawan berbanding makan gaji dan bidang kegiatan usahawan.
B5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas keusahawanan dengan membuat perkaitan kerjaya yang ingin murid ceburi dengan bidang keusahawanan.
B6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas keusahawanan dengan membanding diri dengan ciri usahawan.
20. 17
.
Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, 2, 5 – 15, Blok E11,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tel. : 03-88843787
Faks : 03-88843783
Web :http://www.moe.gov.my/lp
e-mel : weblpm@moe.gov.my