Perjumpaan ke-8 Kelab Olahraga Sekolah Menengah Sains Seri Puteri memperkenalkan sejarah dan jenis acara sukan olahraga seperti balapan dan padang. Murid-murid diberi tugasan menyenaraikan acara dan atlet kebangsaan dalam sukan olahraga. Perjumpaan berlangsung selama 35 minit untuk menguatkan pengetahuan tentang sukan olahraga.
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sukan Olahraga Mingguan Kelab
1. SEKOLAH MENENGAH SAINS SERI PUTERI
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN UNIT KOKURIKULUM TAHUN 2021
NAMA SUKAN PERMAINAN : OLAHRAGA
NAMA GURU BERTUGAS :
1. PN IRMILA BT JAMIL
2. PN NURSYAHIRA BT YUNUS
3. EN AMINUDDIN BIN BAHARUDDIN
TARIKH :
16 JUN 2021
MASA :
4.10- 4.45 pm
BIL
PERJUMPAAN : 8
BILANGAN
AHLI HADIR : 48
JUMLAH
AHLI : 48
MEDIUM : MICROSOFT TEAMS
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-
MASING
LAPORAN AKTIVITI :
Perjumpaan ke-8 ini dikelola oleh wakil Kelab Olahraga iaitu saudari Nik Balqis dan Nur
Qistina Izzati. Perjumpaan kali ini diisi dengan pengenalan sukan olahraga seperti sejarah
awalnya dan juga beberapa pengenalan tentang acara balapan dan padang turut
dikongsikan.
● Sejarah awal penubuhan sukan olahraga serta fakta menarik di mana sukan olahraga
merupakan sukan tertua di dunia.
● Penubuhan Sukan Olimpik turut diceritakan sehinggalah pada tahun 1896,
bermulanya Sukan Olimpik Moden yang telah menjadikan sukan olahraga sebagai
acara wajib sehingga kini.
● Acara balapan yang diperkenalkan adalah acara lari pecut, lari berganti-ganti, lari
berpagar, steeplechase 3000 meter lari berhalang dan lari jarak sederhana.
● Contoh-contoh acara padang yang disebutkan dalam perkongsian adalah lompat
jauh, lompat tinggi, lontar peluru, lempar cakera dan banyak lagi.
● Turut diselitkan tentang kaedah larian yang betul bagi setiap acara balapan serta
beberapa teknik memegang baton yang dibolehkan semasa acara lari berganti-ganti.
Seterusnya, tugasan diberikan di teams Kelab Olahraga. Semua ahli menyenaraikan tiga
jenis acara balapan dan padang serta tiga atlet kebangsaan dalam sukan olahraga.
Perjumpaan berlangsung selama 35 minit dan berakhir pada jam 4.45 petang.
IMPAK:
- Murid-murid dapat mengenali sukan olahraga dengan lebih mendalam.
KBAT:
Menguatkan pengetahuan am tentang sukan
olahraga dan membina kekuatan fizikal.
NILAI SIVIK:
- Bertanggungjawab
- Kebijaksanaan
SETIAUSAHA:
YASMIN MALIHAH BT SHAHARIZA
GURU PENASIHAT:
PN IRMILA BT JAMIL